Ceramah Pencemaran

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TEKS CERAMAH: HARI ALAM

SEKITAR

TEKS CERAMAH : ALAM SEKITAR DAN PENCEMARAN


KEPENTINGAN PERSEKITARAN YANG SIHAT
Salam Satu Malaysia kepada seluruh warga sekolah dan juga para pelajar. Bersempena
dengan sambutan Hari Alam Sekitar, Cikgu ingin menyampaikan satu ceramah yang bertajuk
Sayangi Alam Sekitar. Saya akan mulakan dengan betapa pentingnya persekitaran yang sihat.
Alam sekitar merupakan kurnian Ilahi yang tidak tergambar nilainya kepada kesejahteraan
kehidupan. Persekitaran yang bersih akan member keselesaan kepada kita. Akan tetapi jika tidak
dijaga dengan baik, ia akan menjejaskan kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan manusia dan juga
Negara.
Penanaman pokok-pokok dapat membantu kita mendapat bekalan
mencukupi selain daripada kita dapat menghirup udara

oksigen yang

yang bersih dan segar kerana

tumbuhan hijau membebaskan oksigen. Tumbuh-tumbuhan juga dapat memberikan persekitaran


yang sejuk

dan nyaman dan mengurangkan kesan pemanasan global kerana

tumbuh-tumbuhan menyerap karbon dioksida.Tambahan pula, persekitaran yang bersih dan


nyaman dapat menggalakkan kita melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dengan selesa
dan meningkatkan

tahap kesihatan kita.

Air merupakan komponen yang terpenting yang diperlukan dalam tubuh dan kehidupan
manusia. Manusia boleh hidup beberapa hari tanpa makanan tetapi tidak tanpa air. Tubuh badan
manusia mengandungi lebih kurang 70% air. Tanpa air, manusia tidak mempunyai tenaga
untuk menjalankan kehidupan seharian.Air juga penting kepada hidupan lain seperti haiwan dan
tumbuhan.Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu bekerjasama menjaga
kebersihan air dan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

DEFINISI PENCEMARAN

TEKS CERAMAH: HARI ALAM


SEKITAR

Para pelajar dan warga sekolah yang dikasihi sekalian,


Apa itu pencemaran? Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi keempat,
pencemaran bermaksud suatu perbuatan yang mencemarkan kebersihan atau mengotorkan alam
sekeliling dengan sampah sarap .

Manakala menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, pencemaran merupakan sebarang perubahan
sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras
sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan
sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau
kebajikan awam atau organisma lain seperti haiwan dan tumbuhan.

JENIS-JENIS PENCEMARAN
Para pelajar yang dikasihi sekalian, sekarang mari kita lihat jenis-jenis pencemaran. Terdapat
pelbagai jenis pencemaran:

1- Pencemaran BUNYI
Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga dan
biasanya bunyi tersebut melebihi 80 dB(A)[desibel].
Pencemaran bunyi kurang diberi perhatian. Ini kerana pembangunan Negara yang pesat yang
menggunakan banyak jentera yang mengeluarkan bunyi bising dan pembinaan lapangan terbang
adalah antara penyumbang kepada pencemaran bunyi. Pembangunan di kawasan perindustrian
dimana bunyi bising dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera dan kenderaan
merupakan antara punca berlakunya pencemaran bunyi.

TEKS CERAMAH: HARI ALAM


SEKITAR

2- Pencemaran UDARA
Pencemaran udara adalah pencemaran yang memberi kesan terbesar kepada manusia
sejagat dan alam sekitar. Seluruh dunia termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
memberi tumpuan untuk mengawal dan mengurangkan pencemaran udara.Pencemaran udara
menyebabkan terjadinya pemanasan global dimana suhu sekitar akan menjadi terlalu panas dan
akan mengakibatkan bencana alam.
Diantara punca-punca pencemaran udara ialah asap yang dilepaskan dari eksos
kenderaan, kilang-kilang yang melepaskan bahan pencemar dan asap berbahaya dan pembakaran
arang batu yang tidak terkawal. Selain itu, pembakaran secara terbuka, pembakaran hutan akibat
panas matahari dan juga letusan gunung berapi juga menyebabkan udara tercemar akibat
pengeluaran asap dan debu yang sangat banyak.

3- Pencemaran AIR
Definisi pencemaran air ialah perubahan yang berlaku dari segi keadaan, komposisi kandungan
dan warna dimana tidak boleh diminum dan digunakan dan akan memberi kesan buruk terhadap
kesihatan manusia apabila digunakan. Sungai, laut, tasik dan semua tempat-tempat berair
menjadi lokasi dimana pencemaran sering berlaku.
Terdapat beberapa punca berlakunya pencemaran air iaitu pembuangan sisa toksik dan bahan
kimia dari kilang-kilang ke dalam sungai tanpa dirawat.Ini mengakibatkan banyak sungai
tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang yang menunjukkan
warna air sungai yang tercemar berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut.

TEKS CERAMAH: HARI ALAM


SEKITAR

SIMPTOM-SIMPTOM / MASALAH KESIHATAN BERKAITAN PENCEMARAN


Sekarang para pelajar, mari kita lihat apakah kesan dan masalah kesihatan yang akan timbul
akibat pencemaran.

1-MASALAH KESIHATAN DISEBABKAN PENCEMARAN BUNYI


Pencemaran bunyi boleh menyebabkan manusia menjadi pekak kerana kerosakan yang
kronik akibat bunyi yang terlalu bising. Selaput tympanum di dalam telinga akan pecah dan
kerosakan tulang kecil pada telinga akan menyebabkan manusia kehilangan pendengaran secara
kekal. Apabila kita terdedah kepada bunyi kuat melebihi 85 dB dalam masa 8 jam sehari, koklia
pada telinga akan rosak dan menjadikan manusia pekak secara perlahan-lahan. Kita mungkin
tidak mengetahui berapakah ukuran kekuatan sesuatu bunyi. Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga,
kita hendaklah menghindarkan diri daripada mendengar bunyi yang kuat secara terus dari
telinga.

2- MASALAH KESIHATAN DISEBABKAN PENCEMARAN UDARA


Di era globalisasi yang semakin maju dan pesat dan ekonomi kian bertambah baik, semua orang
mampu memiliki dan memandu kereta. Akan tetapi inilah yang akan menjadi masalah besar
kepada kita. Asap dari eksos kereta dan kilang akan menyebabkan masalah pernafasan kepada
manusia.Tambahan lagi, pencemaran udara memburukkan lagi individu yang menghidap
penyakit asma dan menyebabkan penyakit alergi. Ini akan mengancam nyawa dan
keselamatan sesetengah individu. Pencemaran udara yang cukup berat akan menyebabkan
masalah kesihatan yang lebih serius seperti kanser dan boleh menyebabkan toksin dihirup
kesaluran pernafasan dari udara yang tercemar. Contoh Negara yang mempunyai masalah
pencemaran udara paling utama ialah Bandaraya Mexico.

TEKS CERAMAH: HARI ALAM


SEKITAR

3-MASALAH KESIHATAN DISEBABKAN PENCEMARAN AIR


Masalah pencemaran air mendatangkan banyak kesan buruk kepada manusia. Bahan toksid yang
dibuang oleh kilang ke dalam air akan di makan oleh ikan dan organism akuatik lain. Sekiranya
manusia termakan ikan yang bertoksid, ini akan mendatangkan keracunan dan penyakit yang
serius kepada manusia jika memakan sumber makanan yang tercemar. Air yang tercemar dengan
sampah sarap juga apabila diminum dan digunakan oleh manusia akan menyebabkan pelbagai
penyakit seperti penyakit

taun, penyakit kulit dan sebagainya. Nitrat merupakan

sejenis toksid yang melarut dalam air akibat sisa pembuangan dari kilang. Apabila bayi kecil
terminum air yang mengandungi nitrat ini, ia akan menyebabkan keracunan

darah dan

barah kepada orang dewasa..


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN, PENGAWALAN DAN PENCEGAHAN
PENCEMARAN
Para pelajar sekalian, akhir sekali mari kita lihat bagaimanakah cara bagi kita mencegah dan
mengawal pencemaran.

1-Penggunaan petrol tanpa plumbum


Dengan menggunakan petrol tanpa plumbum, ia akan mengurangkan masalah jerebu dan juga
dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema yang berpanjangan. Ia juga
dapat mengurangkan pelepasan kandungan plumbum dari asap kenderaan.

2- Program kitar semula


Salah satu cara yang terbaik untuk mengatasi masalah pencemaran ialah kitar semula. Kita boleh
menjana pendapatan dengan menjual barang-barang yang terpakai kepada peniaga barang
terpakai. Antara barangan yang boleh dikitar semula ialah tin kosong, botol kaca kosong, surat

TEKS CERAMAH: HARI ALAM


SEKITAR

khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula
untuk menghasilkan tin, botol dan kertas yang baru dan boleh dipakai semula. Hindarilah
daripada membakar barang-barang yang kita tidak gunakan secara terbuka.

3-Catalytic converter
Catalytic converter ialah penukar bermangkin terhadap kereta dan kenderaan lain. Ia dapat
mengurangkan pencemaran udara kerana ia mesra alam. 98% unsur-unsur pencemaran dapat
dikurangkan dengan menggunakan Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic
Converters). Ia boleh mengurangkan pencemaran asap dari enjin dengan cara menukarkan Hidro
Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga
hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-oksida Nitrogen
tertentu. Ia dapat mengurangkan penggunaan minyak kenderaan bermotor dan juga mengekalkan
kecekapan enjin.

Kesimpulannya, marilah kita semua berganding bahu menyayangi alam sekitar kita
daripada pupus akibat pencemaran. Sayangi alam sekitar bermakna anda menyayangi diri dan
keluarga anda.Sekian terima kasih.
( 1,170 Patah Perkataan)

You might also like