Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)

1.0

PENDAHULUAN

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja


Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Salah satu syarat sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa tadbir urus
kepada tiga bahagian iaitu Kuasa Eksekutif, Kuasa Kehakiman dan Kuasa Perundangan.
Pembahagian kuasa ini dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

1. Yang di-Pertuan Agong


2. Perlembagaan
3. Parlimen
4. Kuasa Tadbir Urus
5. Bendera dan Jata Malaysia
6. Rukunegara
7. Lagu Kebangsaan
8. Putrajaya- Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
9. Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Negeri

1
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


2.0

STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan yang mengandungi tiga peringkat kerajaan
iaitu Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Ketiga-tiga peringkat kerajaan tersebut mempunyai
kuasa seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan beberapa Akta Parlimen. Rujuk Ruangan
2-1.
PERINGKAT DAN BIDANG KUASA KERAJAAN MALAYSIA
Bertanggungjawab dalam hal-hal luar negara,
Kerajaan Persekutuan

keselamatan dalam negeri, pertahanan, pelajaran dan


kewangan.

Kerajaan Negeri

Bertanggungjawab berkenaan dengan hal-hal agama


dan tanah.

Kerajaan Tempatan

Bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan


mengawal penggunaan serta pemajuan tanah dan
bangunan dalam kawasan pihakberkuasa tempatan,
bertindak untuk mengendali, membantu dan
menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian serta
penerbitan yang berkaitan dengan Perancangan Bandar
dan Desa serta kaedahnya.

2
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


2.1.1 Struktur Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Persekutuan terdiri daripada DYMM Yang DiPertuan Agong, Majlis Raja-raja, Kabinet
dan beberapa Majlis sama ada yang ditubuhkan mengikut Perlembagaan atau mengikut peraturan
pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Selain daripada itu, struktur Kerajaan Persekutuan juga
merangkumi pelbagai suruhanjaya yang dibentuk untuk memenuhi pelbagai keperluan dan
fungsi. Kerajaan Persekutuan juga telah menubuhkan Jabatan Audit Negara bagi memastikan
tahap akauntabiliti yang berkesan. Rujuk Rajah 2.1 (m.s. 16) dan Ruangan 1. Sistem
perancangan dan pelaksanaan di peringkat Persekutuan melibatkan aspek penggubalan dasar,
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Rujuk Ruangan 2.

STRUKTUR KERAJAAN PERSEKUTUAN


DYMM Yang DiPertuan Agong
Yang DiPertuan Agong mengikut Perkara 32(1) Perlembagaan
Persekutuan merupakan seorang ketua negara.
Timbalan Yang DiPertuan Agong
Timbalan Yang DiPertuan Agong lazimnya dilantik daripada kalangan
Raja yang kedua dalam senarai pemilihan Yang DiPertuan Agong.
Baginda akan memegang jawatan tersebut selama lima tahun apabila
jawatan Yang DiPertuan Agong dikosongkan.
Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja terdiri daripada semua raja dan Yang DiPertua bagi
negeri-negeri yang tidak mempunyai raja. Majlis tersebut
bertanggungjawab untuk memilih Yang DiPertuan Agong.
Kabinet/Jemaah Menteri
Kabinet bertanggungjawab untuk melaksanakan pemerintahan negara.
Ia diketuai oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri sebagai ahli.
Majlis-majlis
Terdapat dua jenis majlis dalam Kerajaan Persekutuan iaitu:
i. Majlis Perundangan yang terdiri daripada Majlis Tanah Negara,
Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, Majlis Kewangan Negara
3
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


dan Majlis Angkatan Tentera.
ii. Majlis yang bertujuan untuk melicinkan perjalanan jentera
pentadbiran iaitu Majlis Tindakan Negara, Majlis Ekonomi Negara
dan Majlis Keselamatan Negara.
Suruhanjaya-suruhanjaya
Perlembagaan Persekutuan telah membentuk dua jenis suruhanjaya
iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya dan beberapa Suruhanjaya
Perkhidmatan iaitu:
i. Kehakiman dan Undang-undang
ii. Perkhidmatan Awam
iii. Pasukan Polis
iv. Perkhidmatan Pelajaran
Juruaudit Negara
Juruaudit Negara dilantik berdasarkan Perkara 105 Perlembagaan
Persekutuan. Juruaudit Negara bertanggungjawab mengaudit semua
akaun agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Ruangan 1

SISTEM PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN BAGI KERAJAAN PERSEKUTUAN


Penggubalan Dasar
Menyatakan tujuan kerajaan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan
masyarakat yang lebih bersatu-padu dan adil.
Perancangan
Membentuk strategi perancangan dan pembangunan peringkat nasional, wilayah, bandar dan luar
bandar.
Pelaksanaan
Pelaksanaan perlu menepati rancangan-rancangan pembangunan yang dibentuk untuk

4
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


menyokong dan menterjemah dasar-dasar pembangunan negara.
Penyelarasan
Pelaksanaan sesuatu program atau projek pembangunan memerlukan penyelarasan pelbagai
agensi yang terlibat.
Penilaian
Penilaian dilakukan dengan mengenal pasti kesan sesuatu projek bagi tujuan mengadakan
perancangan yang lebih baik di masa akan datang.
Ruangan 2

a. Penggubalan Dasar
Sesuatu dasar awam akan digubal oleh kerajaan untuk menyatakan tujuan dan matlamatnya
mengenai sesuatu perkara seperti Dasar Pembangunan Nasional. Dengan tergubalnya sesuatu
dasar, usaha-usaha perancangan untuk mencapai matlamatnya boleh dijalankan.

b. Perancangan
Perancangan menjurus kepada pembentukkan strategi pembangunan di peringkat Nasional,
Wilayah, bandar dan luar bandar. Proses ini melibatkan pendekatan yang bersepadu iaitu 'dari
atas ke bawah', 'dari bawah ke atas' dan secara mendatar.

c. Pelaksanaan
Pelaksanaan merupakan kegiatan untuk menjalankan dan menyiapkan program atau projek yang
telah dikenalpasti dalam perancangan. Kegiatan pelaksanaan ini lebih tertumpu di peringkat
agensi negeri, daerah, mukim dan kampung.
5
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


d. Penyelarasan
Penyelarasan bertujuan untuk mengadakan perhubungan dan pertalian yang rapat di antara
pelbagai agensi yang terlibat dalam pelaksanaan sesuatu program atau projek pembangunan.

e. Penilaian
Penilaian merupakan proses terakhir dalam sistem perancangan dan pelaksanaan di peringkat
Persekutuan. Aspek ini perlu untuk mengetahui kesan pelaksanaan sesuatu program atau projek
pembangunan ke atas golongan masyarakat yang menjadi sasaran. Kejayaan atau kegagalan
sesuatu program perlu dinilai daripada pelbagai sudut. Penilaian secara berterusan dapat
membantu kerajaan mengenalpasti isu dan masalah yang berkaitan supaya dapat diatasi di
peringkat awal.

2.1.2 Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri


Sebagai sebuah negara Persekutuan, pemerintahan Malaysia dilakukan oleh sebuah Kerajaan
Persekutuan dan beberapa Kerajaan Negeri. Setiap Kerajaan Negeri mempunyai struktur dan
jentera pentadbiran masing-masing. Walaupun struktur dan jentera kerajaan-Kerajaan Negeri di
Semenanjung Malaysia hampir sama, tetapi terdapat sedikit perbezaan pada struktur dan jentera
Kerajaan Negeri di Sabah dan Sarawak.

a. Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia


Institusi Raja dan Yang DiPertua Negeri merupakan institusi penting dalam jentera pentadbiran
negeri. Sembilan buah negeri Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang,
6
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu masing-masing mempunyai seorang raja yang mewarisi
institusi ini secara turun temurun. Seseorang Raja atau Yang DiPertua Negeribbertindak
mengikut nasihat Majlis MesyuaratbKerajaan Negeri atau seorang daripada ahlinya, lazimnya
Menteri Besar atau Ketua Menteri, yang bertindak di bawah kuasa am majlis itu atau dengan
kaedah lain seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan
Negeri. Badan tersebut merupakan organisasi pembentukan dasar yang tertinggi bagi peringkat
negeri.

Jabatan yang terdapat di peringkat negeri boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Jabatan
Negeri dan Cawangan Jabatan-jabatan Persekutuan.

Jabatan Negeri boleh dibahagikan kepada dua iaitu:


(a) Jabatan Negeri yang bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri.
(b) Jabatan Negeri yang bertanggungjawab kepada kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Rujuk Ruangan 3.

Cawangan Jabatan-jabatan Persekutuan pula bertanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan,


tetapi tertakluk kepada usaha penyelarasan yang dilakukan oleh pentadbiran negeri. Untuk
memenuhi keperluan negeri, ketua-ketua jabatan tersebut boleh dipanggil untuk menghadiri
mesyuarat Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Negeri di
samping menjadi ahli dalam Jawatankuasa Pembangunan Negeri dan jawatankuasa negeri yang
lain. Rujuk Rajah 2.2 (m.s 17).

7
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)

STRUKTUR KERAJAAN NEGERI

Raja dan Yang DiPertua Negeri


Raja yang memerintah Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Perak, Pahang,
Terengganu dan Selangor dikenali sebagai Sultan. Di Negeri Perlis
baginda dikenali sebagai Raja, manakala di Negeri Sembilan baginda
dikenali sebagai Yang DiPertuan Besar.
Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai
raja. Walau bagaimanapun, negeri-negeri tersebut masing-masing
mempunyai seorang Yang DiPertua Negeri yang dilantik oleh Yang
DiPertuan Agong.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri


Di Semenanjung Malaysia, kuasa eksekutif Raja atau Yang DiPertua
Negeri akan dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri .
Di Sarawak pula badan tersebut dikenali sebagai Majlis Tertinggi
manakala di Sabah ia dikenali sebagai Kabinet.

Jabatan-jabatan Negeri dan Cawangan Jabatan Persekutuan


Jabatan-jabatan Negeri terbahagi kepada dua jenis iaitu:
ii.

Jabatan negeri yang bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri


seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Kewangan
8

Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


Negeri, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri dan Unit
Perancang Ekonomi Negeri.
ii. Jabatan Negeri yang bertanggungjawab kepada kedua-dua
Kerajaan Negeri dan Persekutuan bertanggungjawab bagi perkaraperkara
yang termaktub dalam Senarai Bersama Perlembagaan
Persekutuan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Cawangan-cawangan Jabatan Persekutuan bertanggungjawab kepada


Kerajaan Persekutuan tetapi tertakluk kepada usaha penyelarasan
yang dilakukan oleh pentadbiran negeri. Contoh cawangan Jabatan
Persekutuan ialah seperti Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan
Imigresen Negeri.
Ruangan 3

b. Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak


Struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak terdiri daripada Yang DiPertua Negeri,
Majlis Tertinggi/Kabinet dan Dewan Undangan Negeri.

i. Yang DiPertua Negeri


Yang DiPertua Negeri merupakan institusi penting dalam jentera pentadbiran negeri Sabah dan
Sarawak. Baginda dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. Yang DiPertua Negeri bertindak
mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau seorang daripada ahlinya, lazimnya
9
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


Ketua Menteri, yang bertindak di bawah kuasa am majlis tersebut atau dengan kaedah lain
seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri. Yang
DiPertua Negeri memainkan peranan penting dalam proses pembangunan dan pentadbiran
berdasarkan hierarki yang berada pada kedudukan tertinggi dalam struktur jentera Kerajaan
Negeri.

ii. Majlis Tertinggi/Kabinet


Kuasa eksekutif Kerajaan Negeri terletak pada Yang DiPertua Negeri mengikut perlembagaan
masing-masing. Di Sarawak, kuasa eksekutif ini dilaksanakan oleh Majlis Tertinggi manakala di
Sabah ia dikenali sebagai Kabinet yang menyerupai bentuk kabinet di peringkat Persekutuan.
Badan-badan ini merupakan organisasi pembentuk dasar yang tertinggi di peringkat negeri. Yang
DiPertua Negeri harus bertindak mengikut nasihat Majlis Tertinggi/Kabinet dalam semua
perkara kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Sabah dan
Sarawak mengamalkan sistem

Kabinet

yang dianggotai oleh menteri-menteri

yang

bertanggungjawab ke atas kementeriankementerian tertentu. Pegawai pentadbir utama bagi


sesebuah kementerian di peringkat negeri digelar Setiausaha Tetap dan peranannya sama dengan
peranan Ketua Setiausaha Kementerian di peringkat Persekutuan. Kementeriankementerian yang
terdapat di bawah Kerajaan Negeri Sabah ialah:

(a)

Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Negara;

(b)

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan;

(c)

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan;

(d)

Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar;


10

Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


(e)

Kementerian Kewangan dan Pembangunan;

(f)

Kementerian Pembangunan Bandar dan Desa;

(g)

Kementerian Pembangunan Infrastruktur;

(h)

Kementerian Pembangunan Pertanian dan Perikanan;

(i)

Kementerian Pembangunan Sumber;

(j)

Kementerian Perancangan dan Pembangunan Kewangan;

(k)

Kementerian Perhubungan dan Kerjaya;

(l)

Kementerian Perkhidmatan-perkhidmatan Masyarakat; dan

(m)

Kementerian Tenaga Rakyat dan Pembangunan Alam Sekitar.

Kementerian-kementerian yang terdapat di bawah Kerajaan Negeri Sarawak ialah:


(a)

Kementerian Perancangan Sumber;

(b)

Kementerian Alam Sekitar dan Pelancongan;

(c)

Kementerian Pembangunan Sosial;

(d)

Kementerian Kemajuan Tanah;

(e)

Kementerian Pembangunan Infrastruktur;

(f)

Kementerian Kemajuan Perindustrian;

(g)

Kementerian Pertanian dan Pembangunan Masyarakat; dan

(h)

Kementerian Perumahan.

iii. Dewan Undangan Negeri


Di Sarawak, Dewan Undangan Negeri dikenali sebagai Majlis Negeri manakala di Sabah ia
masih dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri hanya mempunyai
11
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


satu dewan dan ini berbeza dengan Parlimen Persekutuan yang mempunyai dua dewan. Bagi
tujuan memilih ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Sarawak dibahagikan kepada 56 kawasan
pilihan raya manakala Sabah dibahagikan kepada 48 kawasan pilihan raya. Dalam pilihan raya
umum atau pilihan raya kecil, calon yang mendapat undi tertinggi di sesebuah kawasan pilihan
raya akan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri sebagai wakil kawasan pilihan raya itu. Dewan
Undangan Negeri boleh meluluskan undang-undang yang difikirkan perlu dan tidak bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan. Dalam beberapa perkara tertentu seperti hal ehwal pinjaman
kewangan dan penambahan perjawatan, Kerajaan Negeri mendapat nasihat daripada Kerajaan
Persekutuan dan terikat dengan dasar-dasar yang diperlukan oleh Majlismajlis Negara. Selain
daripada itu, Kerajaan Negeri bebas untuk bertindak dan membuat keputusan kecuali jika
campur tangan Kerajaan Persekutuan diperlukan. Pembentukan sesebuah Kerajaan Negeri dan
pembubaran Dewan Undangan Negeri melalui proses yang sama seperti di peringkat
persekutuan. Hak dan kuasa Raja atau Yang DiPertua Negeri untuk membubar Dewan Undangan
Negeri adalah sama dengan kuasa Yang DiPertuan Agong. Kelayakan untuk mengadakan pilihan
raya bagi Dewan Undangan Negeri juga sama dengan yang ada pada Dewan Rakyat.

2.1.3 Struktur Pentadbiran Kerajaan Tempatan


Kerajaan Tempatan merupakan peringkat ketiga dalam hierarki pentadbiran Kerajaan Malaysia.
Kerajaan Tempatan yang berada di luar Wilayah Persekutuan terletak di bawah kuasa Kerajaan
Negeri. Hierarki pentadbiran setiap negeri di Semenanjung Malaysia dibahagikan kepada tiga
peringkat iaitu peringkat daerah, mukim dan kampung. Kerajaan Tempatan bertanggungjawab
untuk merancang, menyelaras dan mengawal penggunaan serta pemajuan tanah dan bangunan
dalam kawasan pihakberkuasa tempatan. Ia juga bertindak untuk mengendali, membantu dan
12
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian serta penerbitan statistik, buletin, monograf dan
penerbitan lain yang berkaitan dengan Perancangan Bandar dan Desa serta kaedahnya. Selain
daripada itu, Kerajaan Tempatan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan oleh
pihakberkuasa negeri dari semasa ke semasa. Perkara-perkara yang bersangkutan dengan
Kerajaan Tempatan dan perancangan bandar merupakan tanggungjawab bersama di antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam hal perancangan bandar, Kerajaan
Persekutuan boleh meluluskan peraturanperaturan bagi memastikan keseragaman dalam
perancangan bandar bagi semua negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri berhak
menerima atau menolak peraturan-peraturan yang telah diluluskan. Ini bermakna, sesuatu
peraturan tidak dapat dilaksanakan sehingga mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri.
Rujuk Rajah 2.4(m.s.18).

Terdapat beberapa undang-undang yang digunapakai di peringkat Kerajaan Tempatan seperti


Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Terdapat juga undang-undang kecil yang
disediakan di bawah undang-undang induk di atas seperti Undang-undang Kecil Bangunan
Seragam yang disediakan di bawah Akta 133 dan Kaedah-kaedah Pengawalan Perancangan yang
disediakan di bawah Akta 172. Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
penubuhan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai badan penggubal
dasar-dasar Negara untuk menggalak, memaju dan mengawal Kerajaan Tempatan.

13
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) memperuntukkan perlantikan ahli majlis
pihakberkuasa tempatan oleh pihakberkuasa negeri. Ahli-ahli majlis bertindak sebagai penasihat
dan berwibawa untuk membuat keputusan. Ahli Majlis Pihakberkuasa Tempatan terdiri daripada
Datuk Bandar atau Yang DiPertua, dan tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada dua
puluh empat ahli majlis.

2.1.4 Pembahagian Kuasa dan Penyelarasan Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan


dan Negeri

Pembahagian kuasa dan penyelarasan perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan Senarai Persekutuan,
Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Perkara 73 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa
kepada Parlimen untuk membuat undang-undang bagi seluruh Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya. Dewan Undangan Negeri pula boleh membuat undangundang bagi seluruh atau
mana-mana bahagian negeri itu. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa
bersama semasa membuat undang-undang yang termasuk dalam senarai bersama iaitu Senarai III
Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Bagi menentukan supaya undang-undang negeri
tidak berlawanan dengan undang-undang persekutuan, Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan
menyebut bahawa sekiranya terdapat undang-undang negeri berlawanan dengan sesuatu undangundang Persekutuan, undang-undang Persekutuan itu hendaklah digunapakai dan undangundang
negeri tersebut terbatal setakat yang berlawanan sahaja. Untuk mengelakkan timbulnya sebarang
kerumitan dalam hal pentadbiran kuasa masing-masing, Perlembagaan Persekutuan telah
mewujudkan sistem Majlis dan Jawatankuasa.
14
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)

2.1.5 Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan.

Secara praktiknya, Kerajaan Persekutuan mempunyai pengaruh dalam urusan pentadbiran


Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan, terutamanya melalui pemberian peruntukan kewangan.
Kawalan oleh Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan adalah lebih jelas berbanding kawalan
Kerajaan Persekutuan. Yang DiPertua serta ahli-ahli majlis Kerajaan Tempatan dilantik oleh
Kerajaan Negeri. Oleh itu, pandangan dan tindakan Kerajaan Tempatan adalah lebih mirip
kepada pandangan dan tindakan Kerajaan Negeri. Kerajaan Tempatan juga dibentuk oleh
Kerajaan Negeri. Oleh itu, kawasan dan kuasa Kerajaan Tempatan telah digariskan oleh
Kerajaan Negeri. Di antara kuasa yang diberikan kepada Kerajaan Tempatan ialah menyediakan
pelan-pelan pembangunan dan melaksanakannya. Asas perundangan bagi Kerajaan Tempatan
diperuntukkan dalam Butiran IV Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan
sebagai perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Ini bermakna Kerajaan Negeri
mempunyai hak eksklusif ke atas Kerajaan Tempatan.

15
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


LAMPIRAN
Rajah 2.1: Struktur Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

16
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)

Rajah 2.2: Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri Bagi Semenanjung Malaysia

17
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)

Rajah 2.4: Penyelarasan Di Peringkat Pentadbiran Persekutuan Dengan Negeri

18
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)

Rajah 2.4: Peringkat Pentadbiran Kerajaan Tempatan

19
Nombor Matrik 222998

Asas Pentadbiran Awam (GMGA 1013)


Rujukan
Abdul Aziz Bari (2008). Perlembagaan Malaysia: Teori & Praktis. Published by Arah
Pendidikan Sdn Bhd. Copyright.
Ahmad Shukri Mohd. Naim & Amran (2005), Pengurusan Teknologi, Penerbit
UTM. Copyright.
Akashah Ismail (2009). Sejarah. Pelangi Publishing Group Bhd

Datuk Abdul Aziz bin Zakaria (1987), Jentera pentadbiran kerajaan di Malaysia: Suatu
Pengenalan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia
David Chong, H.K. Wang, Barathi M. Sathiyavane Sathappan (2005). Pengajian Am Kertas 1 &
2, Teks & Rujukan Lengkap. Published by Arah Pendidikan Sdn Bhd.
Dr. Ahmad Atory Hussain (1996). Pengurusan Sumber Dalam Organisasi Awam dan Swasta.
Utusan Publications & Distributors Sdb Bhd.

20
Nombor Matrik 222998

You might also like