Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

6

0
2006

2007

2008

TAHUN
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012

2009

2010

2011

2012

KADAR INFLASI (%)


3.6
2.0
5.4
0.6
1.7
3.2
1.6

Peningkatan tekanan inflasi pada tahun 2006 bagaimanapun, dijangka


menyederhana kesan daripada peningkatan nilai ringgit yang sebahagiannya membantu

mengurangkan kos import.Selepas mengambil kira komitmen kerajaan untuk tidak


menaikkan harga runcit produk petroleum sehingga akhir tahun serta impak minuman
daripada kenaikan tarif elektik, inflasi dijangka berada pada kadar 3.7% bagi keseluruhan
tahun 2006.
Inflasi, diukur melalui peratus perubahan tahunan Indeks Harga Pengguna (IHP),
berkurang dengan ketara kepada 2.0% dalam tempoh tujuh bulan pertama 2007 berikutan
keadaan bekalan yang lebih baik, persaingan yang sengit, pengawalan harga yang efektif
dan pengukuhan nilai ringgit. Sebahagian besar peningkatan dalam IHP disebabkan oleh
harga yang lebih tinggi bagi makanan dan minuman tanpa alcohol, pengangkutan serta
sewa dan utility. Ketiga-tiga kumpulan ini menyumbang 87.4% kepada pertumbuhan
dalam IHP.
Inflasi telah meningkat di seluruh dunia pada tahun 2008 berikutan harga bahan
api dan makanan yang tinggi. Harga minyak mentah meningkat 79.0% , manakala harga
komoditi makanan (gandum, beras, kacang soya, jagung dan CPO) naik antara 30.0%
hingga 130.0% sejak separuh kedua 2007 hingga bulan Jun 2008. Seiring dengan harga
yang tinggi, inflasi yang diukur melalui peratus perubahan tahunan Indeks Harga
Pengguna (CPI) meningkat 4.4% dalam tempoh tujuh bulan pertama 2008.Berikutan
pelarasan harga petrol (41%) dan diesel (63%) serta tarif elektrik antara 18% dan 26%
bagi pengguna domestik, komersial dan industri berkuat kuasa mulai 1 Julai 2008, inflasi
telah meningkat 8.5% pada bulan Julai iaitu kadar tertinggi sejak Disember 1981.
Memandangkan prospek harga global yang kekal tinggi, inflasi dijangka kekal pada paras
yang tinggi dalam tempoh separuh kedua 2008 dan awal tahun 2009 sebelum merede
tahun 2009.
Inflasi seluruh dunia mereda pada tahun 2009 apabila harga minyak mentah dan
komoditi makanan jatuh mendadak daripada paras tertinggi pada tahun 2008 akibat
permintaan yang lebih rendah berikutan kelembapan ekonomi global. Harga minyak
mentah (WTI) menyusut 51.5% kepada purata USD55.7 setong dalam tempoh lapan
bulan pertama 2009. Harga komoditi makanan seperti gandum, beras, kacang soya,
jagung dan minyak sawit turut merosot antara 4.3% hingga 33.3%. Inflasi domestik
mereda dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat pada kadar yang lebih perlahan

sebanyak 1.3% dalam tempoh lapan bulan pertama 2009. Inflasi yang sederhana ini
mencerminkan kesan asas tinggi pelarasan harga bahan bakar pada bulan Jun 2008,
kenaikan harga makanan yang lebih perlahan dan pengurangan permintaan domestik.
Inflasi pada bulan Jun 2009 menjadi negatif 1.4% buat pertama kali sejak bulan Ogos
1986 (-0.5%) dan sekali lagi negatif 2.4% pada bulan Julai dan Ogos 2009. Ini
disebabkan oleh kesan kumulatif pengurangan harga petrol dan diesel sejak bulan Ogos
hingga Disember 2008. Inflasi negatif ini dijangka bersifat sementara dengan inflasi
diunjur meningkat kira-kira 1% bagi tahun 2009.
Inflasi keseluruhan meningkat 1.5% dalam tempoh lapan bulan pertama 2010.
Peningkatan dalam IHP disebabkan sebahagian besar oleh kenaikan harga bagi kumpulan
makanan dan minuman tanpa alkohol, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain,
serta pengangkutan, menyumbang 1.1 mata peratusan kepada peningkatan dalam IHP.
Sepanjang tempoh tersebut, rasionalisasi subsidi bagi roti, gula serta petrol, diesel dan
LPG juga telah menyumbang kepada peningkatan IHP.
Inflasi keseluruhan berpurata pada 3.2% pada tahun 2011. Peningkatan inflasi,
khususnya pada separuh pertama tahun 2011, disebabkan terutamanya oleh faktor
penawaran yang berpunca daripada harga makanan yang lebih tinggi dan pelarasan yang
lebih tinggi terhadap harga ditadbir. Inflasi mencatat paras tertinggi pada 3.5% pada
bulan Jun dan menurun pada separuh kedua tahun itu disebabkan kesan daripada
pelarasan lebih tinggi bagi harga keluaran petroleum dan gula pada bulan Julai dan
Disember 2010 telah luput.
Tekanan inflasi semakin menurun pada tahun 2012,iaitu 1.6% pada keseluruhan
tahun 2012.Tekanan inflasi global menjadi sederhana,mengubah trend menaik yang
dialami pada tahun sebelumnya.Dua trend asas menyumbang kepada perkembangan
ini.Pertama,kelembapan dalam aktiviti ekonomi berikutan permintaan yang amat lemah.
Kedua, kenaikan harga tenaga yang lebih rendah juga memberikan kesan langsung dalam
mengurangkan kanaikan harga pengguna, terutamanya dalam ekonomi maju.

You might also like