Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SPM EKONOMI Minggu 3

Tips :
Perbezaan Pulangan Tabungan dengan Pulangan Pelaburan.

Tabungan
Ganjaran bentuk faedah
Kadar faedah sentiasa tetap

Pelaburan
Ganjaran bentuk keuntungan
Kadar pulangan tidak tetap
pelaburan
Pulangan tabungan risiko Pulangan
pelaburan

rendah
ketidakpastian atau risiko tinggi

Kesilapan Lazim
1. Apakah kebaikan penyediaan belanjawan peribadi?
A.Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
B. Beban hutang bertambah
C. Tabungan tidak dapat dibuat
D. Imbangan pembayaran dibuat merosot

Jawapan pelajar: C
Jawapan betul: A
Penerangan:
Perbelanjaan penting perlu diberi keutamaan
contoh; sewa rumah,bil-bil dan sebagainya.
Lebihan wang / baki boleh disimpan sebagai tabungan.

MCQ Minggu 3
1. Puan Fatimah seorang guru sekolah rendah.Pekerjaan beliau tergolong dalam

A. sektor pertama
B. sektor kedua
C. sektor ketiga
D. sektor peringkat keempat
2. Berikut ialah punca pendapatan faktor individu kecuali
A. bayaran pindahan
B. untung
C. dividen
D. sewa
3.
Memberi perlindunganrisiko di tempat kerja pekerja bergaji rendah
Akan dibayar pampasan jika berlaku kejadian luar jangkaan seperti
Pernyataan di atas berkaitan dengan
A. zakat
B. KWSP
C. PERKESO
D. cukai pendapatan
4. Berikut ialah tujuan pengeluar membuat pinjaman kecuali
A. memulakan perniagaan
B. membeli barang tahan lama
C. mengatasi masalah perniagaan menambah modal perniagaan
D. membeli barang modal
5. Apakah kebaikan penyediaan belanjawan peribadi?
A. Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
B. Beban hutang bertambah
C. Tabungan tidak dapat dibuat
D. Imbangan pembayaran merosot
6.
I.
II.
III.
IV.

Antara berikut yang manakah pelepasan cukai pendapatan perseorangan?


Perubatan ibu bapa
Caruman KWSP
Bayaran ansuran pinjaman rumah perumahan
Anak di bawah umur 18 tahun

A. I,II dan III


B. I,III dan IV
C. II,III dan IV
D. I,II dan IV

7. Berikut ialah barang kehendak kecuali


A. kereta
B. komputer
C. rumah
D. set perakam video
8. Barang tahan lama ialah
A. barang pengguna yang jangka hayat penggunaan melebihi satu tahun
B. barang pengguna yang jangka hayat penggunaan kurang daripada satu tahun
yang diperlukan untuk
terus hidup
C. barang pengguna untuk memenuhi keperluan individu
D. barang pengguna yang mudah rosak

9.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berperanan untuk
A. memberi perlindungan kepada para pekerja
B. menjamin hari tua pekerja
C. tujuan kecemasan atau awasan
D. pembelian harta
10. Ganjaran kepada pelaburan adalah dalam bentuk
A. faedah
B. tabungan
C. keuntungan
D. sewa

Soalan Subjektif Minggu 3


1. Berikan tiga sebab seseorang perlu merancang belanjawan peribadi.
Jawapan:
1. Menyusun perbelanjaan Mendahulukan perkara penting
Membeli barang dan perkhidmatan mengikut keutamaan iaitu utamakan
barang keperluan.
Ini mengelakkan pembaziran.
2. Mengelakkan individu daripada berhutang

Tanpa perancangan perbelanjaan individu akan dibebani hutang kerana belanja


melebihi pendapatan.
3. Individu dapat membuat tabungan
Tabungan dapat digunakan untuk perbelanjaan di luar jangkaan
seperti kemalangan,kebakaran dan sebagainya.

2. Jelaskan maksud pinjaman, tabungan dan pelaburan


Jawapan:

I) Pinjaman - Sejumlah wang tunai yang diterima oleh individu daripada


sumber-sumber tertentu perlu dibayar balik bersama-sama
faedahnya.
II) Tabungan - Pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan.
Rumusnya: S = Yd C
S = tabungan
Yd = pendapatan boleh guna
C = perbelanjaan penggunaan
II) Pelaburan - Perbelanjaan seseorang pengeluar terhadap pembelian
barang dan modal Aktiviti menambah stok modal untuk
menambahkan pendapatan pada masa depan.

You might also like