Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

1

FAKULTI PENGAJIAN PERNIAGAAN

SEMESTER MEI / TAHUN 2015

BBPP1103
PRINSIP PENGURUSAN

NAMA PELAJAR

: NOR SULIANA BINTI ZULKIFLI

NO. MATRIKULASI

: 920329115340001

NO. KAD PENGENALAN

: 920329-11-5340

NO. TELEFON

: 014 5097428

E-MEL

: suesuliana92@gmail.com

NAMA TUTOR

: PUAN. NORAHAYATI BINTI ABDULLAH

PUSAT PEMBELAJARAN

: TERENGGANU LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN
TAJUK
1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

MUKA SURAT

PENGENALAN

1.1

Definisi Organisasi

1.2

Konsep Organisasi

1.2.1 Strategi Organisasi

1.2.1 Saiz Organisasi

1.2.3 Teknologi

1.2.4 Persekitaran

1.3

Struktur Organisasi

1.4

Carta Organisasi

STRUKTUR FUNGSI

6
7

2.1

Kelebihan Struktur Fungsi

2.2

Kelemahan Struktur Fungsi

STRUKTUR GOEGRAFI

3.1

Kelebihan Struktur Geografi

11

3.2

Kelemahan Struktur Geografi

11

STRUKTUR MATRIKS

11

4.1

Kelebihan Struktur Matriks

13

4.2

Kelemahan Struktur Matriks

13

STRUKTUR PRODUK

13

5.1

Kelebihan Sruktur Produk

14

5.2

Kelebihan Strukur Produk

15

PENUTUP

15

RUJUKAN
1.0

16

PENGENALAN
Kejayaan sesebuah syarikat, perniagaan, badan koprat atau agensi

kerajaan bermula daripada sebuah organisasi yang mantap. Organisasi


merupakan

elemen

utama

yang

terdapat

dalam

pengurusan

dan

kompenan terpenting yang terdapat dalam organisasi ialah manusia.


Menurut M. Fauzi (2008) menyatakan bahawa organisasi merupakan
kumpulan atau persatuan bersifat sosial yang mempunyai ahli untuk
menjalankan tugas, tanggungjawab dan saling bergantungan antara satu
sama lain untuk mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, tidak kiralah
seberapa besar skala bentuk perniagaan yang dirancang ia harus
mempuyai sebuah organisasi yang sepadan bagi mencapai objektif
syarikat.

1.1

Definisi Organisasi
Organisasi merupakan unit sosial yang bersifat formal dan berfungsi

menyelaraskan segala gerak kerja secara kolektif yang mana pekerja


merupakan kompenan utama untuk mencapai sasaran dan objektif
tersebut. Menurut Richard M. Burton, Borge Obel & Gerardine Desanctis
(2011) menyatakan, organisasi boleh menjadi satu pasukan, jabatan,
bahagian,

seluruh

syarikat

ataupun

sekumpulan

syarikat

(seperti

perbadanan yang memegang ataupun perikatan strategik). Pemusatan


kerja dalam organisasi akan memudahkan proses pengurusan kerana ia
mempunyai keseragaman arahan dan informasi yang disampaikan sangat
jelas. Ia juga mengimbangi tugasan setiap buruh dalam menguruskan
lima sumber utama dalam organisasi merangkumi kewangan, masa,
teknologi, fasiliti dan yang paling penting mengawal tingkah laku pekerja
(Richard Norman, 1991). Oleh itu, bekerja secara berorganisasi dapat
mengurangkan
diterapkan

bebanan

dalam

berorganisasi.

tugas

kalangan

dan

pekerja

prinsip
bagi

kesamarataan
merealisasikan

dapat
konsep

1.2

Konsep Organisasi
Mewujudkan sebuah organisasi yang mantap bukanlah suatu kerja

yang mudah. Tetapi melalui konsep yang betul, dapat kita wujudkan
organisasi seumpama itu. Dalam sebuah organisasi perlu ada komunikasi
dua hala antara pekerja dan majikan bagi membina hubungan kerjasama
yang akan memudahkan perjalanan perngurusan organisasi. Galakan dan
sifat keterbukaan majikan terhadap pekerja merupakan satu pendekatan
yang positif

dalam merangsang pertumbuhan sebuah organisasi untuk

mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang akhirnya membawa kepada


matlamat dasar iaitu pfofit kepada syarikat. Di samping itu, terdapat
empat elemen penting dalam konsep organisasi:

1.2.1 Strategi Organisasi


Strategi merupakan taktik atau pendekatan yang digunakan untuk
mencapai objektif sebuah organisasi. Penstrukturan organisasi dapat
memperjelaskan matlamat yang ingin dicapai oleh pihak pengurusan.
Tidak bermakna dengan adanya struktur organisasi ini, syarikat dapat
memperoleh kejayaan dengan mudah. Tanggapan itu sama sekali tidak
benar kerana setiap perkara haruslah mempunyai strategi termasuklah
organisasi. Strategi organisasi diperlukan untuk memperkasakan lagi
struktur yang telah sedia ada bagi memenuhi objektif pengurusan.
Keadaan organisasi tidak bersifat statik dan sering mengalami pasang
surut dan ini memerlukan strategi bagi memperkukuhkan lagi kedudukan
organisasi.

Penggubalan

strategi

secara

tidak

langsung

akan

menyebabkan berlaku perubahan besar dalam sruktur organisasi yang


akan memudahkan dan melicinkan lagi proses pengurusan. Namun,
kadang-kala proses pemadanan antara strategi dengan struktur organisasi
adalah merumitkan dan tidak semua dapat diaplikasikan tetapi melalui
pemahaman terhadap faktor luaran ataupun

faktor lain seperti

saiz

organisasi, persekitaran dan teknologi menjelaskan bahawa strategi

bukanlah satu-satunya faktor yang diambil kira dalam penstrukturan


semula organisasi (Patricia Cichoki & Christine Irwin, 2011).

1.2.2 Saiz Organisasi


Kaedah yang biasa diguna untuk menentukan saiz organisasi adalah
melalui kuantiti jualan dan bilangan tenaga kerja. Adalah penting untuk
kita mengetahui seberapa besar saiz organisasi, tidak kiralah organisasi
tersebut kecil ataupun besar haruslah mengikut acuan yang betul.
Kebiasaanya, organisasi yang bersaiz kecil lebih tertumpu

kepada

pemusatan pembuatan keputusan berbanding pengkhususan pekerjaan


dan penstandardan kerana organisasi yang bersaiz kecil tidak mempunyai
tenaga kerja yang ramai dan kadang-kala hanya bergantung kepada
permintaan pelanggan. Manakala organisasi yang bersaiz besar pula,
sudah tentu mempunyai bilangan pekerja yang ramai. Keadaan ini
memerlukan pengkhususan kerja dan

penstandardan yang lebih tinggi

supaya perjalanan dalam organisasi berada dibawah kawalan pihak


pengurusan. Pengagihan dalam pembuatan keputusan juga

perlu

diselaraskan mengikut tingkatan yang terdapat dalam organisasi bagi


memastikan

setiap

informasi

dapat

disampaikan

dengan

baik.

Ini

menampakkan kerumitan yang timbul apabila organisai itu berubah


kepada skala yang lebih besar. Oleh itu, organisasi yang bersaiz kecil lebih
mudah untuk diuruskan berbanding organisasi yang bersaiz besar yang
memerlukan pengembangan dalam struktur organisasi.

1.2.3 Teknologi
Menurut Norri H. (1990) menyatakan mereka bentuk organisasi
adalah bagi menyesuaikan dengan teknologi baru iaitu struktur yang
membuatkan

semua

keperluan

teknikal

dan

bukan

teknikal

serta

mencampurkannya dengan kepakaran fungsi yang diperlukan. Teknologi


boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu teknologi aktiviti bukan

rutin dan teknologi aktiviti rutin. Kedua-dua perkara ini adalah berbeza
dan memerlukan sekurang-kurangnya sejenis teknologi.

Aktiviti bukan

rutin lebih tertumpu kepada kepakaran individu dalam meghasilkan


sesuatu produk atapun perkhidmatan yang lebih spesifik contohnya,
nelayan dan buruh binaan. Manakala aktiviti rutin pula lebih tertumpu
pada

pengstrukturan organisasi kerana memenuhi permintaan yang

tinggi terhadap sesuatu produk ataupun perkhidmatan, dan penghasilan


produk dilakukan secara besar-besaran contohnya kilang pakaian dan
kilang alat ganti kereta. Ia bersifat lebih formal

dan

memerlukan

pengstrukturan dalam organisasi bagi mewujudkan unit, jabatan, bidang


tugas,

dan

peraturan

secara

berpusat

untuk

mengawal

operasi

pengeluaran. Jelaslah bahawa, sektor perkilangan biasanya mengamalkan


operasi pengeluaran yang menggunakan teknologi aktiviti secara rutin,
yang memerlukan struktur penjabatan yang lebih besar dan mempunyai
piawaian yang harus dipatuhi manakala yang sebaliknya diamalkan oleh
individu ataupun perusahan kecil.

1.2.4 Persekitaran
Persekitaran organisasi merupakan pengaruh luaran yang tidak
boleh diramal tentang kewujudanya yang boleh mendatangkan kebaikan
dan juga kemudaratan terhadap organisasi. Keadaan persekitaran yang
tidak menentu mempengaruhi pencapaian organisasi (Lawrence, P.R & J.
W Lorsch, 1969). Persekitaran yang statik adalah lebih baik dan
meletakkan organisasi tersebut di kedudukan yang stabil berbanding
persekitaran dinamik yang boleh mengancam dan menggugat kedudukan
sebuah organisasi, berisiko membawa kegagalan kepada syarikat atau
perusahaan. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini, pihak
pengurusan haruslah membuat pengstrukturan semula dalam organisasi.

1.3

Struktur Organisasi

Struktur organisasi yang cemerlang mempunyai

hala tuju yang

jelas dari segi visi, misi, tanggungjawab, dasar dan juga objektif . bukan
setakat itu sahaja, setiap organisasi memerlukan proses perancangan
terutama berkaitan dengan pengendalian dana dan modal. Selain itu,
penetapan garis panduan akan memperjelaskan lagi prinsip, dasar dan
tatacara organisasi. Program penghasilan juga perlu diambil berat bagi
tujuan pembangunan kerjaya dan latihan pengukuran

prestasi yang

mana dilakukan ke atas kakitangan. Di samping itu, pengawalan juga


merupakan elemen yang perlu ada dalam struktur organisasi

dari segi

penumpuan terhadap maklumat, hala tuju organisasi dan fokus terhadap


semua elemen yang terkandung dalam struktur organisasi. Ditambah pula
dengan sikap pengurus yang prihatin terhadap organisasi dan kakitangan,
secara tidak langsung menyuntik semangat para pekerja, ketua ataupun
semua pihak yang terlibat sekali gus akan memantapkan lagi struktur
organisasi (Douglas mill, 1992). Jika semua perkara

diaplikasikan dan

difahami oleh setiap individu, sudah tentu sruktur organisasi ini berada
dilandasan yang betul yang akan memajukan lagi struktur organisasi.

1.4

Carta Organisasi
Carta organisasi merupakan perwakilan visual yang diterjemahkan

dari struktur organisasi (Richard L.Daft, 2008). Carta organisasi turut


digambarkan dalam bentuk piramid yang mempunyai tinggakatan terdiri
daripada pengurusan atasan, pengurusan pertengahan dan pengurusan
bawahan dan dikenali sebagai carta tradisi. Kesemua ini digabungkan
menjadi sebuah organisasi. Struktur organisasi mempunyai pelbagai
bentuk dan berbilang-bilang tetapi berbeza-beza dari segi fungsinya. Oleh
itu,

empat

Struktur

utama

yang

sering

di

amalkan

oleh

badan

berorganisasi dikenal pasti iaitu struktur fungsi, geografi, matriks dan


produk.
2.0

STRUKTUR FUNGSI

Organisasi

yang

berbentuk

fungsi

berperanan

menyelaraskan

pengagihan kerja kepada para pekerja melalui unit-unit yang dibentuk dan
setiap daripada unit-unit tersebut mempunyai fungsi dan kepakaran yang
berbeza-beza.

Tambahan

lagi,

struktur

ini

lebih

tertumpu

kepda

pemusatan kerja dalam melaksanakan aktiviti dan diagihkan atau


dipertanggungjawabkan mengikut unit yang memiliki kepakaran dan
kemahiran dalam bidang yang berkaitan. Disamping itu, setiap unit atau
jabatan mempunyai seorang ketua
dalam

melaksanakan

projek

yang bertindak sebagai penyelia

ataupun

aktiviti

dan

memastikan

kelangsungan kerjasama antara ahli diwujudkan. Sebagai contoh, Asrama


Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang menggunakan
sistem organisasi jenis struktur, yang dinaungi oleh pengetua dan di
bawahnya terdapat beberapa pecahan unit atau bahagian seperti
pentadbiran, kontraktor makanan, warden, guru disiplin, kaunseling dan
lain-lain lagi seperti yang terdapat pada gambar rajah 1. Selain itu, antara
jabatan atau unit yang sering terdapat dalam struktur fungsi ialah
pengeluaran, kewangan, pemasaran, dan sumber manusia. Pembahagian
kerja yang dijalankan mengikut unit masing-masing akan memudahkan
pelaksanaanya yang dilakukan secara kolektif dan berkesan. oleh itu,
Struktur ini bukan sahaja digunakan untuk fungsi perniagaan malah turut
diaplikasikan penggunaannya secara meluas tidak kira di sektor swasta,
sektor kerajaan, dan juga Non Government Organisation (NGO). Struktur
ini juga mempunyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri :

Rajah 1 : Carta Organisasi Asrama Smk Pengkalan Permatang (Struktur


Fungsi)

10

Sumber

http://www.docstoc.com/docs/153414315/CARTA-SMKPP-

ASRAMA.docx---SMK-Pengkalan-Permatang

2.1

Kelebihan Struktur Fungsi


Sruktur fungsi memberikan beberapa kelebihan ke atas firma atau

kumpulan yang menjadikan struktur jenis ini sebagai struktur oraganisasi.


Antara kelebihanya ialah pertama membolehkan kerja-kerja yang akan
dijalankan oleh individu yang berkelayakan dan mahir dalam bidang
berkenaan, kedua mengurangkan kos dengan mengurangkan pertindihan
kerja dan penggunaan sumber dalam organisasi, ketiga pula setiap
individu dalam jabatan yang sama akan memperoleh pengalaman kerja
yang sama atau latihan, komunikasi dan penyelarasan, kelima pula
mengurangkan masalah bagi pengurusan (Shahrol Aman Ahmad, Azhari
Ramli, Nasri Nalimi, Azelin Aziz & Prof Dr Santhi Raghavan, 2011).
Seterusnya, sistem fungsi tidak mengamalkan darjah autonomi dan
menggalakkan
pengurusan

kakitangan

atasan

dan

untuk
secara

berhubung
tidak

terus

langsung

dengan

akan

pihak

mewujudkan

keprihatinan dan kecaknaan majikan terhadap masalah ataupun pendapat


yang diutarakan oleh pekerja.
2.2

Kelemahan Struktur Fungsi


Kelemahan yang terdapat dalam struktur jenis ini ialah susah untuk

membuat keputusan yang tepat kerana tidak mempunyai kata sepakat


dan

sikap

menonjolkan

sesetengah
kelebihan

individu
dan

yang

mementingkan

kehebatan

yang

diri

dimiliki.

dengan
Hal

ini

mengakibatkan, isu yang sama sering dibangkit ketika perbincangan meja


bulat dan membuang masa membincangkan isu yang sama tetapi tiada
keputusan yang dibuat. Lebih merumitkan lagi apabila setiap aduan
ataupun permasalahan yang timbul perlu dirujuk mengikut tingkatan
pihak pengurusan dan membazirkan masa untuk menunggu maklum
balas terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Oleh itu,
firma yang besar tidak sesuai menggunakan strutur jenis ini kerana ia

11

menyulitkan proses pengurusan dan lebih sesuai digunakan pada firma


yang lebih kecil.

3.0

STRUKTUR GEOGRAFI
Rajah 2 merupakan carta organisasi Jabatan Pengairan dan Saliran

Negeri Perak yang mengamalkan struktur organisasi berbentuk geografi.


Jabatan ini mempunyai tujuh daerah yang berlainan dan mempunyai satu
ibu pejabat bagi menyelaraskan kerja-kerja yang terdapat di cawangan
tersebut. Kedudukan atau penggunaan nama negeri, bandar, zon ataupun
daerah boleh dijadikan ganti tanpa merujuk kepada ibu pejabat ketika
menjalankan proses pengurusan dan pemasaran. Struktur ini juga
dibentuk untuk memastikan rangkaian perkhidmatan dan perniagaan
yang jauh daripada ibu pejabat dapat beroperasi dengan baik. Disebabkan
itu, JPPNP mewujudkan jabatan mengikut daerah bagi memastikan
perkhidmatan terhadap kebajikan penduduk setempat terjamin kerana
jabatan tersebut hanya melaksanakan aktiviti atau projek berdasarkan
keperluan pada daerah masing-masing. Walaupun keperluan di setiap
daerah berbeza-beza namun JPPNP masih bernaung di bawah satu jabatan
dan mengikut segala polisi seperti yang telah ditetapkan. Berikut adalah
bentuk organisasi berstruktur geografi dalam rajah 2.

Rajah 2 : Carta Organisasi Jabatan Pertanian Negeri Terengganu (Struktur


Matriks)

12

Sumber : http://www.jpsperak.gov.my/web/page/Default.aspx?
Page=Carta_Organisasi

3.1

Kelebihan Struktur Geografi


Struktur jenis geografi berupaya menyediakan perkhidmatan produk

yang lebih cekap

terhadap pengguna serta memenuhi permintaan

pasaran yang global kerana mempunyai kelebihan untuk bertindak balas


dengan pantas apabila menerima permintaan ataupun aduan daripada
pelangan setempat. Di samping itu, kos perkhidmatan dapat dikurangkan
apabila sumber-sumber keperluan telah pun dibekalkan kepada setiap
daerah, zon, atau kawasan dan sumber tersebut diuruskan sendiri oleh
organisasi berdasarkan keperluan serta dapat mengawal sumber yang ada

13

dengan baik. Penubuhan jabatan atau syarikat berdasarkan struktur


geografi secara tidak langsung dapat meluaskan dan mengembangkan
rangkaian niaga serta perkhidmatan. Dengan itu, rangkaian unit yang
berasaskan struktur geografi mendatangkan pelbagai manfaat dan
kemudahan terutamanya kepada pengguna pendalaman dan terpencil.

3.2

Kelemahan Struktur Geografi


Struktur jenis ini boleh menyebabkan timbulnya kesukaran dalam

menyelaraskan maklumat dalam organisasi kerana cawangan tersebut


terletak jauh antara satu sama lain dan berada di kawasan yang berbezabeza. Hal ini akan menjadi penyebab berlakunya pertindihan kerja secara
tidak sengaja. Bukan itu sahaja, penghasilan produk perkhidmatan juga
mengalami perubahan kerana faktor budaya, fizikal dan cuaca yang
lazimya diubah berdasarkan keadaan geografi setempat. Kesannya,
produk perkhidmatan yang tidak selaras akan menyebabkan timbul
keraguan dan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang akhirnya akan
menimbulkan pertikaian dan memberi impak yang negatif kepada
organisasi terbabit.

4.0

STRUKTUR MATRIKS
Struktur matriks adalah berbeza dengan sruktur-struktur jenis lain

kerana dalam waktu yang sama, struktur ini menggabungkan lebih


daripada dua penjabatan dalam melaksanakan projek. Pada masa yang
sama, para pekerja perlu melaporkan perkara yang berkaitan dengan
penjabatan kepada dua orang penyelia ataupun pengurus yang berlainan.
Struktur matriks

mengekalkan konsep fungsian tetap dan apabila

ditambah dengan tugasan pada bahagian sementara atau unit projek ia


mewujudkan aliran kerja yang berbentuk interaktif silang yang

tidak

terdapat dalam struktur organisasi yang lain. Di samping itu, ia juga turut
mengambil berat dalam pemilihan kakitangan yang berkelayakan yang

14

memiliki latar belakang terhampir dengan keperluan projek. Proses ini


penting kerana melibatkan pengendalian ke atas projek-projek atau
aktiviti berskala besar yang memerlukan kemahiran dan kecekapan yang
tinggi dan menutut supaya semua tenaga kerja mesti menghabiskan
sepenuh masa dalam projek ini bagi memastikan tahap kesetiaan dan
memberi komitmen yang sebaik mungkin serta mengadakan saluran
komunikasi yang baik dan akses antara pengurus dan pihak pentadbiran.
(Harold Kerzner, 2003). Oleh itu, Program Pembangunan Infrastruktur
perdesaan di Sumatera Utara telah memilih struktur organisasi jenis
matriks dalam melaksanakan projek mereka. Bentuk organisasi jenis
matriks seperti yang terdapat dalam rajah 3.
Rajah 3 : Carta Organisasi Program Pembangunan Infrastruktur Perdesaan
Sumatera Utara (Struktur Matriks)

Sumber : http://ppipsumut.info/wp-content/uploads/2014/04/StrukturOrganisasi-PPIP1.jpg

15

4.1

Kelebihan Struktur Matriks


Antara kelebihan yang terdapat dalam struktur matriks ialah kerja

dapat

disiapkan

dengan

cepat

tanpa

sebarang

kelewatan

kerana

maklumat disampaikan secara tepat dan meluas. Selain itu, struktur ini
menekankan konsep kebolehubahan terhadap kakitangan supaya sentiasa
peka dan bersedia untuk menyesuaikan diri serta melatih diri bagi
memenuhi tuntutan organisasi. Di samping itu, jalinan kerjasama dan
disiplin dalam kalangan kakitangan memupuk semangat kerjasama yang
tinggi dan sumber organisasi dapat dikendalikan dengan lebih bijak dan
teratur. Oleh itu, tindak balas yang cepat beserta dengan

perubahan

menjadikan struktur ini amat sesuai digunakan dalam pengurusan projek


walaupum dalam ekonomi tidak stabil.

4.2

Kelemahan Struktur Matriks


Antara kelemahan yang terdapat dalam struktur matriks ialah sukar

untuk menyelaraskan projek kerana tempoh untuk menyiapkan projek


boleh berubah-ubah. Selain itu, susah untuk mengekalkan pengawalan
apabila kakitangan tidak memainkan peranan yang sepatutnya dalam
pelaksanaan projek dan kadang kala kakitangan keliru dengan kehadiran
dua orang penyelia yang memberi arahan, penyelia projek dan penyelia
fungsi yang mana menimbulkan ketengan dan kerumitan terhadap
kakitangan padahal arahan dari mereka berdua amat penting bagi
struktur jenis matriks. Di samping itu, berlaku pembaziran terhadap masa
sewaktu menubuhkan pasukan kerana masa yang diambil terlalu lama.
Akhirnya, jika pihak pengurusan kurang pemahaman tentang cara
penggunaan yang betul akan mengakibatkan keruntuhan pada kedudukan
di bawah dan sama sekali tidak akan menjejaskan tingkat utama dalam
struktur matriks.

5.0

STRUKTUR PRODUK

16

Struktur jenis ini hanya tertumpu pada produk yang dihasilkan


malah turut mempunyai unit-unit yang berbeza untuk menghasilkan
sesuatu

produk

ataupun

perkhidmatan.

Setiap

satu

produk

akan

dipertanggungjawabkan ke atas unit yang berlainan yang mana para


pekerja akan memainkan peranan untuk mengawal serta menjaga kualiti
produk yang telah dihasilkan. Sruktur jenis ini sangat spesifik dan
mementingkan kualiti terhadap produk dan perkhidmatan yang dihasilkan
bagi memastikan para pengguna berpuas hati. Sruktur jenis ini turut
diaplikasikan dalam carta organisasi Nonama Beauty Centre yang
menawarkan tiga jenis produk kepada pelangan iaitu produk kecantikan
muka, urutan dan produk penjagaan badan. Berdasarkan rajah 4, berikut
merupakan

contoh

struktur

produk

yang

menghasilkan

barangan

kosmetik. Struktur ini tidak mempunyai pecahan unik yang banyak kerana
kewujudan setiap unit berdasarkan produk yang dihasilkan. Oleh itu,
penggunaan carta jenis ini amat sesuai bagi sebuah industri yang
menghasilkan produk untuk memantapkan lagi pengurusan pengeluaran
dan perkhidmatan agar lebih bersistematik.

Rajah 4 : Carta Organisasi Nonama Beauty Centre

Sumber : http://ite-esolution.blogspot.com/p/zanabussiness-plan.html

5.1

Kelebihan Struktur Produk

17

Kelebihan yang terdapat pada sruktur produk ini ialah pengurus dan
pekerja

saling

bergantungan

malah

turut

menyumbagkan

idea,

pengalaman dan kepakaran untuk menghasilkan sesuatu produk. selain


itu, pembahagian kerja mengikut unit memudahkan pengurus untuk
menjalankan pemantauan terhadap kakitangan dan tanggungjawab yang
dipukul oleh setiap unit sangat jelas untuk difahami. Oleh itu, struktur
jenis ini telah memudahkan lagi gerak kerja dalam penghasilan sesuatu
produk dan ia bersifat spesifik untuk memelihara kualiti produk yang telah
atau sedang dihasilkan.

5.2

Kelemahan Struktur Produk


Organisasi

jenis

ini

turut

mempunyai

beberapa

kelemahan,

antaranya berlaku pengabaian dalam oragnisasi kerana sikap pengurus


hanya memberi tumpuan terhadap penghasilan produk sahaja. Di
samping itu, hubungan komunikasi antara jabatan seperti tidak wujud
kerana penumpuan hanyalah pada unit masing-masing sahaja malah
kerjasama antara unit pun tidak dapat dijalankan kerana mempuyai
kepakaran yang berlainan. Akhirya, kos operasi boleh menjadi terlalu
tinggi

kerana

berlaku

pembaziran

ketika

menjalankan

operasi

pengeluaran di sebabkan setiap unit mempunyai pengurus dan pakar


yang berlainan dan sukar untuk mendapat kesepakatan yang akhirnya
membawa kerugian kepada syarikat.

6.0

KESIMPULAN
Struktur

organisasi

jenis

fungsi

merupakan

antara

struktur

organisasi yang terbanyak digunakan berbanding dengan struktur yang


lain. Carta organisasi merupakan nadi utama dalam menjayakan misi dan
visi sesebuah organisasi. Oleh hal demikian, pihak pengurusan haruslah
mengenal pasti struktur manakah yang sesuai digunakan dan memahami

18

setiap fungsinya serta sentiasa proaktif dan kreatif dalam menguruskan


organisasi tersebut. Oleh itu, penggunaan struktur organisasi dapat
meringankan bebanan kerja yang ditanggung oleh pihak pengurusan dan
dapat mengembangkan dan memajukan lagi syarikat ataupun badan
berorganisasi dalam mengejar kemajuan global selaras dengan tuntutan
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia yang menyeru supaya sentiasa berdaya
saing dalam melakukan perkerjaan yang akan menyumbang kepada
kemajuan negara.

(2788 patah perkataan)

RUJUKAN
Rahim Abdullah. (1994). Asas Pengurusan (Cetakan Pertama). Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Richard L. Daft. (2008). New Era of Management (9th edition). Soutwestern: Cengage Learning.
M. Fauzi. (2008). Pemimpin & Kepimpinan. Teras kepada Kesinambungan
Organisasai.
Norri H. (1990). Managing The New Dynamic of New Technology.
Eaglewood Cliffs. New Jersey: Prentice Hall.
Zaini Hussein. (2004). Kerjaya Dan Organisasi . Kuala Lumpur: Institut
Tadbir Awam Negara (INTAN).

19

Harold Kerzner. (2003). Advanced Project Management- Best Practices On


Implementation.
Arthur Meidan & Ramli Khamis, . (1992). Panduan Asas Perniagaan
(Cetakan Pertama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lawrence, P.R & J. W Lorsch. (1969). Organisations and Enviroment .
Homewood: IL Richard D. Irwin.
Douglas Mill. (1992). Succesful Pratice Management. Edinburgh: Sweet &
Maxwell.
Richard Norman. (1991). Services Management Strategy and Learership In
Service Business (2nd edition). England: John Wiley & Sous Ltd.
Patricia Cichoki & Christine Irwin. (2011). Organizational Design: A Guide
to Building Effective Organizations. Kogan Page. In Books 24x7
(OUM Digital Collection).
Prof Dr Chung Han Tek, Prof Dr Huam Hon Tat, Prof Hazidi Abd Hamid, Dr
Zahari Hamidon, Hui Thian Teo, Shawira Abu Bakar ... Thami
Munisah Mohd Yusoff. (2014). OUMH1103 Learning Skills For Open
And Distance Learners (Third Edition). Selangor: Open Universty
Malaysia.
Richard M. Burton, Borge Obel & Gerardine Desanctis. (2011).
Organizational Design: A Step- By- Step Approach. Cambridge
University Press In Books24x7: Oum Digital Collection.
Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi, Azelin Aziz & Prof Dr
Santhi Raghavan. (2011). BBPP1103 Princip of Management (11th
edition). Seri Kembangan: Open University Malaysia.

Sumber Internet

Carta Organisasi Asrama SMK Pengkalan Permatang. (n.d.). Dicapai


daripada
http://www.docstoc.com/docs/153414315/CARTA-SMKPPASRAMA.docx---SMK-Pengkalan-Permatang.

20

Carta Organisasi Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. (n.d.). Dicapai


daripada
http://jtn.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article.php?
cid=76682&aid=837.
Carta

Organisasi Nonama Beauty Centre. (n.d.). Dicapai daripada


http://ite-esolution.blogspot.com/p/zanabussiness-plan.html.

Carta Organisasi Program Pembangunan Infrstruktur Pendesaan Sumatera


Utara.
(n.d.).
Dicapai
daripada
http://ppipsumut.info/wpcontent/uploads/2014/04/Struktur-Organisasi-PPIP1.jpg.
Carta Organisasi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak . (n.d.).
Dicapai
daripada
:
:
http://www.jpsperak.gov.my/web/page/Default.aspx?
Page=Carta_Organisasi.

You might also like