Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

SOALAN 7:

ANALISIS HUBUNGAN PIHAK BRITISH DENGAN SHARIF HUSSAIN DI SEKITAR


PERANG DUNIA PERTAMA

1.1

PENGENALAN

Perang dunia pertama yang juga dikenali sebagai Great War, War of the Nation,
dan War to End All Wars adalah sebuah konflik dunia yang berlangsung selama
empat tahun iaitu dari tahun 1914 sehingga tahun 1918. 1 Perang dunia pertama
ini berlaku diantara kuasa-kuasa besar yang dibahagikan kepada Kuasa
Bersekutu dan Kuasa Pusat. Pembentukan dua pakatan ini berkait rapat dengan
Sistem Pakatan Eropah yang wujud selepas peperangan di antara Jerman dan
Perancis pada 1870 yang mengakibatkan pembahagian Eropah kepada dua blok
yang dikenali sebagai Tripple Alliance dan Tripple Entente. 2 Artikel yang bertajuk
Geopolitics of The Middle East menyifatkan bahawa Asia Barat memiliki
kedudukan geografi yang unik sehingga membawa kepada perebutan kawasan
tersebut oleh kuasa-kuasa luar termasuklah kuasa besar Eropah.
Istilah lain bagi Asia Barat ialah Timur Tengah, Middle East dan Timur
Dekat. Negara rantau Asia Barat terdiri daripada Arab Saudi, Yaman, Bahrain,
Qatar,

Kuwait,

Iran,

Turki,

Palestin,

Lubnan,

Syria,

Jordan,

dan

Mesir.

Walaubagaimanapun, pendefinisian sebenar bagi merujuk perkataan Asia Barat


masih

lagi

menjadi

tanda

tanya sehingga

ke

hari

ini.

Hal

ini kerana

ketidakwujudan kata sepakat dalam kalangan ahli sarjana bagi menentukan


pembahagian negara-negara dan wilayah dalam lingkungan kawasan Asia Barat.
Bukti ini dapat dilihat melalui beberapa pandangan daripada beberapa sarjana,
menurut

Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell, kawasan Asia Barat adalah

merujuk kepada kawasan Timur Tengah yakni merangkumi Mesir, negara asia
yang rakyatnya berbahasa arab, Israel, Iran, Cyprus, Turki, Libya, Sudan, Syria,
Lubnan, dan Cicilia.3
1 Keith Robbins, The First World War The Outbreak, Events, and Aftermath, Great Britain: Oxford
University, 1984, hlm. 32.

2 Gordon Martel, The Origin of The First World War. USA: Longman Publishing, 1996, hlm 41.
3 Lois A.Aroian, Richard P. Mitchell, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.1.

Profesor Madya Fadhlullah juga turut memberikan pandangan yang hampir


serupa. Beliau mendefinisikan bahawa Asia Barat adalah suatu istilah politik
geografi yang mana sebelum ini kawasan tersebut lebih dikenali sebagai Timur
Tengah ataupun Timur Dekat, merangkumi negara seperti Turki, Mesir, Sudan,
Syria, Jordan, Palestin/Israel, Iraq,

Iran, Arab Saudi dan negara-negara Teluk

seperi Yaman, Utara dan Selatan.4 Timur Tengah sememangnya menjadi rebutan
kuasa-kuasa besar seperti Jerman, Perancis dan British. Rebutan kawasan ini
dalam kuasa besar Eropah telah mencetuskan semangat nasionalisme dalam
kalangan

pemimpin

dan

masyarakat

Arab.

Kemunculan

fahaman nasionalisme Arab semasa zaman Empayar Uthmaniyyah telah bermula


pada tahun 1821. Semangat nasionalisme dalam kalangan orang Arab telah
bermula di bahagian wilayah Mashriq iaitu tanah Arab di sebelah timur Mesir,
dan juga di wilayah Syam yang juga dikenali sebagai wilayah Levant. Semasa
perang dunia pertama, pihak British memainkan peranan penting dalam
menjalinkan hubungan dengan pemimpin-pemimpin Arab seperti Sharif Hussain.
Tujuannya adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan mereka di Timur
Tengah.
2.1Latar Belakang Sharif Hussien
Semasa Perang Dunia Pertama tercetus, Syarif Hussien pada mulanya menjadi
sekutu Uthmaniyyah tetapi beliau telah memulakan rundingan dengan pihak
British atas nasihat anaknya yang bernama Abdullah. Anak beliau iaitu Abdullah
yang telah menjadi ahli parlimen Uthmaniyyah sehingga tahun 1914 meyakinkan
ayahnya

iaitu

Sharif

Hussain

supaya

berpisah

daripada

pentadbiran

Uthmaniyyah yang semakin nasionalis.


Latar belakang Sharif Hussien dapat dilihat apabila beliau telah dikenali
sebagai salah sorang tokoh yang telah melakar sejarah terhadap perkembangan
dan pembangunan di bahagian Asia Barat. Sharif Hussien telah dilahirkan di
Istanbul iaitu di negeri Turki, pada tahun 1856 semasa zaman pemerintahan
empayar Uthmaniyah. Beliau juga adalah merupakan pengasas kerajaan bani
Hasyim di Makkah. Pada tahun 1908 iaitu sebelum beliau diangkat menjadi raja
Hijjaz, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Gabenor Makkah. Bukti ini dapat

4 Fadlullah Jamil, Islam Di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, Selangor:
Thinkers Library Sdn.Bhd, 2000, hlm. 1.

dilihat apabila telah dianggkat menjadi raja Hijjaz selama lapan tahun iaitu pada
1916 sehingga 1924.5
Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1932 semasa berumur 65 tahun.
Beliau mempunyai empat orang isteri , lima orang anak dan dua orang cucu.
Pada 5 Jun 1916 dua orang daripada anak lelaki beliau iaitu Amir Ali dan Amil
Faisal

telah

memulakan

pemberontakan

dengan

menyerang

Arison

Uthmaniyyahdi Madinah. Sharif hussien juga merupakan salah seorang tokoh


berfahaman Ahlul Sunni dalam Mazhab Hambali yang menjadi pegangan kuat
beliau.6 Sharif Hussien mempunyai latar belakang keluarga yang kuat dan
berpengaruh kerana dikatakan berketurunan Nabi Muhammad S.A.W yang
membolehkannya diangkat menaiki takhta Hijaz dan mendapat sokongan
rakyat.7
Syarif Hussain juga telah memulakan pemberontakan terhadap Khalifah
Uthmaniyah pada Jun 1916 dengan usaha untuk menjatuhkannya. Namun usaha
beliau gagal selepas berjaya ditewaskan oleh abdul Aziz bin Saud yang
menyerang dan mengalahkannya pada tahun 1924. 8 Perjuangan beliau dalam
menentang pemerintahan khalifah Uthamaniyah yang lemah telah menjadi titik
tolak dalam pengasingannya di Turki. Kekalahan beliau ditangan Abdul Aziz bin
Saud telah menjadikan beliau berada dalam buangan. Namun perjuangannya
menentang pemerintahan Khalifah Utamaniyah menjadi satu senario penting
dalam pergolakan politik Timur Tengah kemudiannya.
Hampir keseluruhan kuasa adalah berpusat di tangan keluarga Syarif
Hussain. Keadaan ini berbeza dengan kawasan Empayar Uthmaniyyah yang lain.
Bukti ini dapat dilihat di kawasan Hijaz yang tidak mempunyai fahaman politik
yang bersaing dalam kalangan golongan elit bandar. Ketua-ketua suku kaum
bertindak sebagai penghubung kaum mereka dengan Syarif Hussain. Kuasa5 Kedourie, Elie, In the Anglo-Arab Labyrinth: the McMahon-Husayn Correspondence and its
Interpretations, 1914-1939, Cambridge, New York: Cambridge University Press, 1976, hlm. 21.

6 Ochsenwald, William, Religion, Society, and the State in Arabia: The Hijaz Under Ottoman
Control, 1840-1908. Columbus, Ohio: Ohio State University Press, 1984, hlm. 122.

7 Kedourie, Elie, op.cit., hlm. 33.


8 Lois A.Aroian, Richard P. Mitchell, op cit., hlm. 170.

kuasa Syarif Hussain jarang sekali dicabar oleh masyarakat di sekelilingnya. 9


Pencabar

tunggal

Syarif

Hussain

ialah Vali yang

merupakan

gabenor

Uthmaniyyah wilayah itu. Vali bertanggungjawab memastikan kedaulatan


kerajaan Uthmaniyyah di kawasannya. Secara keseluruhannya suasana politik
memberikan Syarif hussain pengaruh yang besar dan pada awal abad ke-20.
3.1SYARIF HUSSAIN DALAM PEMERINTAHAN UTHMANIYYAH
Dalam

melihat

latar

belakang

penglibatan

penentangan

Syarif

Husain,

penglibatan dan latar belakang pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Turki


Uthmaniyyah akan diketengahkan. Hal ini demikian kerana, Syarif Husain telah
menolak pemerintahan Uthmaniyyah dan enggan menuruti kekuasaan kerajaan
tersebut sehingga timbulnya keinginan untuk memberontak.
Era pemerintahan empayar Uthmaniyyah di Tanah Arab dapat dibahagikan
kepada dua tempoh iaitu awal 300 tahun dan 100 tahun terakhir. 300 tahun
pertama menyaksikan kestabilan dalam pemerintahan. Menurut Amin Saiid,
perhubungan antara bangsa Arab

dan Turki sehingga 1908 adalah seperti

berikut;
Sultan-sultan kerajaan Uthmaniyyah menghormati bangsa Arab dan
melayan ketuaketua Arab dan para ulama dengan penuh kesopanan dan kehormatan.
Mereka
dilantik untuk jawatan-jawatan yang penting dan ada yang dijadikan
perdana
menteri dan gabenor bekerja bersama-sama bangsa Turki yang lain
tanpa wujud
sebarang diskriminasi.10
Walau bagaimanapun, pada 100 tahun terakhirnya bermula bibit-bibit
penentangan iaitu sekitar tahun 1909 apabila Committee of Union and Progress
(CUP) mula menguasai pentadbiran Uthmaniyyah. CUP yang turut dikenali
sebagai Young Turk pada mulanya ditubuhkan secara rahsia oleh sekumpulan
9 Kedourie, Elie, op. cit., hlm. 47.
10 Amin Saiid, al-thawra al-arabiyya al-kubra (The Great Arab Revolt), Cairo: Dar al-illm lil-malayin,
1934, hlm. 58.

pelajar perubatan dan akhirnya menjadi sebuah pertubuhan politik yang sah dan
berjaya meletakkan kekuasaan yang kukuh dalam pentadbiran Uthmaniyyah.
Penguasaan CUP membawa kepada krisis penguasaan di Istanbul di mana CUP
dan kabinet telah mencabar kewibawaan istana. Penguasaan CUP ini banyak
mendapat ketidakpuasan hati golongan Arab termasuklah Syarif Hussain. 11
Krisis Syarif Husain dengan kerajaan Uthmaniyyah telah bermula sejak
zaman Sultan Abdul Hamid II lagi apabila Syarif Husain dipindahkan dari Mekkah
ke Istanbul bagi tujuan mengawal Syarif Husain. Sehingga tahun 1908, Syarif
Husain berada dalam perhatian dan kawalan kerajaan Uthmaniyyah tetapi Syarif
Husain tidak pernah berhenti berjuang yang akhirnya menampakkan bibit-bibit
penentangan.12
4.1 PENENTANGAN SYARIF HUSSAIN
Pemberontakan Sharif Hussain ini juga lebih dikenali sebagai Pemberontakan
Arab. Hal ini adalah berkaitan dengan pemberontakan Arab pada masa itu
untuk menyatakan hasrat tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan Kerajaan
Uthmaniyyah dan pemberontakan tersebut diketuai oleh pemimpin Arab itu
sendiri iaitu Sharif Hussain. Pemberontakan ini bermula akibat perselisihan
faham dan keinginan pemimpin Arab itu sendiri iaitu yang ingin menyatakan
hasrat beliau untuk keluar daripada penguasaan Kerajaan Uthmaniyyah dan
seterusnya ingin untuk membina kerajaan dan empayarnya yang tersendiri. Hal
ini adalah disebabkan Sharif Hussain ingin menjadikan diri beliau sebagai Raja
Arab iaitu dalam pada masa yang sama beliau turut menjadi khalifah yang
berkuasa ke atas Makkah. Dalam erti kata lain, pemberontakan Arab ini
dilancarkan adalah bertujuan untuk mendapatkan kemerdekaan Arab daripada
Kerajaan Turki dan untuk membentuk sebuah kerajaan Arab serta menginginkan
kawasan lain untuk termasuk di bawah pemerintahan Arab.
4.1.1 Perbincangan Rahsia Dengan Pihak British

11 Campos, Michelle, Ottoman Brothers: Muslims, Christians, and Jews in Early Twentieth-Century
Palestine, Stanford, CA: Stanford University Press, 2010, hlm. 43.

12 The 1916 Revolt of Sharif Hussein bin Ali Against the Ottoman Empire, dalam laman web
http://www.daringopinion.com/-----------Sharif-Hussein-Revolt-Against-the-Ottoman-Empire-of1916.php, diakses pada 15 Mei 2015, 3.28pm.

Perbincangan rahsia antara Sharif Hussain dengan pihak Britsh merupakan titik
permulaan ke arah pemberontakan Arab. Perbincangan ini mula diadakan ekoran
daripada Sharif Hussain yang tidak berpuas hati iaitu ingin keluar daripada
pemerintahan Uthmaniyyah di mana sebelumnya Arab merupakan kawasan yang
berada di bawah pengaruh atau penguasaan Kerajaan Uthmaniyyah di Turki.
Selain itu, beliau juga tidak berpuas hati disebabkan kuasanya yang begitu
terhad dan beliau memulakan perundingan juga atas nasihat daripada anaknya
iaitu Abdullah di mana mereka perlu keluar daripada pentadbiran Uthmaniyyah
ketika itu.
Berikutan dengan perundingan tersebut, terdapat beberapa tuntutan yang
telah ditekankan oleh Sharif Hussain iaitu beliau ingin menjadi khalifah dan raja
di Arab yang berdaulat dan disertakan dengan kawasan-kawasan yang ingin
dikuasainya untuk berada di bawah pemerintahan beliau atau pemerintahan
Arab. Tuntutan tersebut juga telah dinyatakan beliau dalam Persuratan HussainMcMahon.13 Dalam perundingan tersebut adalah diwakili sendiri pihak British
iaitu Sir Henry McMahon yang menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir ketika
itu dan juga nasionalis Arab serta ketua-ketua suku kaum di wilayah itu turut
mewakili perundingan tersebut. 14 Melalui perundingan tersebut juga, Sharif
Hussain juga ternyata telah diberikan harapan dan janji oleh pihak British iaitu
memberi bantuan kepada Sharif Hussain sekiranya beliau meneruskan hasrat
untuk melakukan Pemberontakan Arab walaupun janji tersebut belum pasti
ditepati dan dilaksanakan lagi.
4.1.2 Mengetuai Ketenteraan Pemberontakan Arab Terhadap Uthmaniyyah
Secara umumnya, Sharif Hussain merupakan pemimpin Arab iaitu di Hijaz dan
beliau juga merupakan seorang pemimpin yang amat berpengaruh dalam
kalangan masyarakat di Arab terutamanya. Semasa Sharif Hussain memulakan
pemberontakan ramai tentera Arab yang turut menyertai pemberontakan
tersebut namun penyertaan mereka hanyalah secara berkala iaitu mereka akan
menyertai ketenteraan tersebut semasa pertempuran berlaku di kawasan
wilayah Merek sahaja. Contohnya dalam peristiwa serangan di Aqaba iaitu yang
pada mulanya bilangan tentera asal yang ikut serta hanyalah beberapa ratus
13 George Antonius, The Arab Awakening: The McMahon-Hussein Correspondence. London, 1938,
hlm. 52.

14 Murphy, David, The Arab Revolt 1916-1918, London: Osprey, 2008, hlm. 8.

orang dan seribu lebih orang lagi yang turut serta adalah terdiri daripada sukusuku tempatan.15
Sepanjang tahun 1918, dianggarkan angkatan tentera yang menyertai
pemberontakan pada awalnya ialah terdiri daripada suku kaum Badwi dan juga
suku-suku

nomad

yang

lain.

Namun,

tujuan

mereka

untuk

menyertai

pemberontakan ini adalah berlainan iaitu ingin berjuang bersama-sama untuk


mendapatkan

kemerdekaan

bagi

Tanah

Arab

dan

yang

lainnya

adalah

disebabkan telah diberikan ganjaran ataupun bayaran sekiranya mereka


menyertai pemberontakan tersebut. Misalnya, bagi golongan suku kaum Badwi
iaitu dikatakan mereka tidak akan berjuang sekiranya mereka tidak dibayar
terlebih dahulu.
Bilangan

anggota

tentera

pemberontakan

Arab

dengan

tentera

Uthmaniyyah begitu berbeza iaitu tentera Uthmaniyyah mempunyai bilangan


anggota tentera seramai 20 000 orang sehingga tahun 1917. 16 Berbanding
dengan anggota tentera Sharif Hussain yang pada mulanya kekurangan dari segi
bilangan tentera namun bilangan anggota tentera ini telah bertambah menjadi
30 000 orang anggota pada tahun 1918 iaitu tentera ini adalah dibawah
pimpinan Faisal yang merupakan anak kepada Sharif Hussain. 17 Walaupun pada
sebelum pemberontakan itu dirancang, Faisal merupakan seorang ahli parlimen
dalam Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1914, namun telah beralih arah dan
menyokong ayahnya untuk melancarkan pemberontakan tersebut. Faisal juga
telah menyumbang usaha yang besar dalam pemberontakan tersebut iaitu telah
meningkatkan bilangan ketenteraan dan juga kekuatan dari segi ketenteraan
mereka. Selain Sharif Hussain, Faisal juga turut menjadi pemimpin dalam
ketenteraan tersebut untuk menyerang tentera Uthmaniyyah.
Terdapat beberapa serangan yang telah dilakukan terhadap Turki dalam
pimpinan mereka dan juga terdapat tentera lain iaitu tentera dari pihak British
yang turut berjuang sama dalam penentangan ke atas Kerajaan Uthmaniyyah
ketika itu. Tentera pihak British tersebut adalah di bawah kepimpinan Edmund
15 Ibid., hlm. 43.
16 Ibid., hlm. 24.
17Ibid., hlm. 20-23.

Allenby di mana pihak British telah memberi bantuan dari segi ketenteraan dan
juga bantuan lain dan ini bukanlah bertujuan ingin membantu sepenuhnya dalam
setiap pertempuran Arab dengan Turki. Namun ianya hanyalah untuk membantu
Arab untuk melemahkan kuasa Uthmaniyyah dan juga ingin meluaskan lagi
pengaruh mereka di Timur Tengah. Pemberontakan Arab telah bermula pada 10
Jun 1916 iaitu ketika awal pemberontakan sebenar Sharif Hussain yang telah
mengetuai serangan tersebut untuk menyerang garison Uthmaniyyah di
Makkah.18
4.1.3 Mematahkan Serangan Fakhri Pasha
Fakhri

Pasha

merupakan

seorang

pemimpin

ketenteraan

kerajaan

Turki

Uthmaniyyah di Madinah. Fakhri Pasha telah memulakan serangannya dari


Madinah untuk menawan Bandar pelabuhan Yanbu. Namun, serangan ini telah
berjaya dipatahkan oleh tentera Arab iaitu telah berjaya mencederakan ramai
tentera Uthmaniyyah dan ini menyebabkan tentera Uthmaniyyah mengalami
kekalahan yang teruk dan telah berundur. Walaupun pada mulanya iaitu sebelum
serangan Fakhri di pelabuhan Yanbu, barisan ketenteraan di bawah kepimpinan
beliau telah berjaya menangkis serangan dari tentera Arab di mana serangan ini
merupakan titik-titik awal bagi pemberontakan Arab. Serangan tersebut telah
diketuai oleh dua orang anak lelaki Shari Hussain iaitu Ali dan Faisal pada 5 Jun
1916 iaitu sebelum bermulanya pemberontakan yang sebenar oleh Arab. 19
Pada asalnya, ketenteraan Arab mempunyai kekurangan dari segi
peralatan perang berbanding dengan ketenteraan Fakhri yang ketika itu banyak
memiliki peralatan perang yang diperoleh dari Jerman di mana sekitar perang
dunia yang pertama Kerajaan Uthmaniyyah menyebelahi pihak Jerman. Oleh hal
yang demikian, serangan permulaan yang dilakukan oleh Ali dan Faisal berjaya
dihalang oleh garison Uthmaniyyah di Madinah. Namun, ketika serangan
Uthmaniyyah dari Madinah oleh Fakhri Pasha, ketenteraan telah mendapat
bantuan daripada pihak British dan akhirnya telah mengalahkan pihak Turki.
4.1.4 Serangan Landasan Kereta Api Hijaz

18 Murphy. David the Arab Revolt 1916-1918. London: Osprey. 2008. hlm. 33-34.
19 Ibid., hlm. 34-35.

Serangan ke atas landasan kereta api Hijaz merupakan salah satu strategi yang
telah dirancangkan bersama pihak British. Hal ini adalah disebabkan pihak
British dapat melihat bahawa dengan melakukan serangan ke atas landasan
tersebut akan dapat menyekat pergerakan tentera Uthmaniyyah dan untuk
mengalihkan perhatian tentera Uthmaniyyah terhadap hal lain dan hanya
menumpukan perhatian mereka dengan membaiki kerosakan landasan tersebut
akibat serangan Arab. Tentera Arab mula menyerang landasan kereta api
tersebut pada awal tahun 1917 dengan memusnahkan bahagian jalan kereta api
yang dikawal oleh pihak musuh dengan menggunakan bom Garland yang
perkenalkan oleh Mejar H. Garland (seorang pegawai British yang menyertai
pasukan Faisal) iaitu sejenis periuk api yang digunakan untuk mengebom
landasan kereta api Hijaz.20 Hasilnya, kemusnahan landasan ini telah menyekat
laluan utama tentera Uthmaniyyah dan dalam waktu yang sama ia telah
melemahkan ketenteraan Uthmaniyyah di Hijaz dan Madinah dan menjadikan
ketenteraan Arab bertambah kuat.
4.1.5 Penawanan Aqaba
Aqaba merupakan sebuah pelabuhan tunggal Uthmaniyyah di Lautan Merah.
Pada tahun 1917, pasukan tentera Arab dengan T.E Lawrence dan pasukan
tentera lain telah bersama-sama menjalankan operasi untuk menyerang
pelabuhan Aqaba.21 Ini disebabkan, melalui penawanan ke atas Aqaba, ia dapat
memudahkan lagi bagi pihak Sharif Hussain untuk mematahkan pentadbiran
Uthmaniyyah khususnya di Arab itu sendiri. Selain itu, dengan penawanan Aqaba
dapat memudahkan penyaluran bantuan dan bekalan British kepada tentera
Sharif Hussain.
Akibat serangan daripada tiga gabungan tersebut, Aqaba telah berjaya
ditawan dan jatuh ke tangan Arab dan ini memudahkan pihak Arab untuk
menerima bantuan daripada pihak British dan menjalankan pemberontakan
mereka

seterusnya

untuk

mengalahkan

daan

menggulingkan

kerajaan

Uthmaniyyah di situ. Sebagai contoh, pelabuhan Aqaba dijadikan tempat bagi


pihak British menghulurkan bantuan iaitu dari segi pengurusan penghantaran
bekalan makanan dan bekalan lain untuk penduduk Arab dan tahanan perang
20 Murphy, David the Arab Revolt 1916-1918, London: Ospre, 2008, hlm. 43.
21 Ibid. hlm. 43-44.

Uthmaniyyah yang telah berjaya ditawan oleh Arab. Seterusnya, Aqaba telah
diduduki sebahagian besar angkatan laut Inggeris dan Perancis dan ini telah
mengukuhkan lagi pegangan Arab ke atas Aqaba. Berikutan dengan penawanan
Aqaba ini, beberapa kawasan lain yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan
Uthmaniyyah seperti Makkah dan Taif.
5.1 ANALISIS HUBUNGAN SYARIF HUSSAIN DENGAN PIHAK BRITISH
5.1.1 Hubungan Sebelum Perang Dunia Pertama
Hussien bin Ali banyak menghabiskan masanya di Hijjaz dan memiliki daya
kepimpinan yang tinggi. Beliau bertugas sebagai pegawai Uthmaniyah di
Istanbul yang kemudiannya dilantik menjadi wakil Uthmaniyah atau dikenali
sebagai `Amir pada zaman Sultan Abdul Hamid pada tahun 1908. Kedudukan
Amir adalah sangat tinggi dan sesiapa yang menjadi Amir akan menikmati
kedudukan tinggi di sisi masyarakat serta memperoleh kekayaan. Beliau pada
awalnya adalah seorang yang sangat setia kepada kerajaan Uthmaniyah dan ini
dapat dilihat di mana beliau yang bertanggungjawab dalam mematahkan
pemberontakan Sayyid Idrisi. Namun, kesetiannya semakin tergugat apabila
beliau mendengar ura-ura yang mengatakan bahawa kedudukannya ingin
digulingkan apabila Community of Unity Progress (CUP) mulai berkuasa di
Uthmaniyah setelah menggulingkan Sultan Abdul Hamid. 22
Seterusnya, beliau merasakan bahawa tiada gunanya lagi beliau memberikan
taat setia dan beliau mengambil keputusan untuk bebas dari kerajaan
Uthmaniyah. Seiring dengan itu, beliau meminta bantuan British yang bertapak
di Kaherah dengan menghantar anak keduanya iaitu Amir Abdullah sebagai
wakilnya untuk membuat pertemuan dengan Lord Kitchener atau nama
sebenarnya Horatio Herbert Kitchener yang merupakan seorang pesuruhjaya
British ketika itu. Dapat dilihat di sini bahawa Abdullah yang sebenarnya yang
pertama kali mengadakan rundingan dengan pihak British. Menurut George
Cassar dalam Kitchener's War: British Strategy from 1914-1916, Kitchener
sangat dihormati oleh Syariff dan Abdullah bukan sahaja kerana kedudukannya
malah dikenali sebagai seorang yang bersimpati dalam masalah-masalah Arab.
Misalnya, beliau melibatkan diri dalam membebaskan Aziz Ali al-Masri iaitu

22 Beverley Milton-Edwards & Peter Hinchcliffe, Jordan: A Hashemite Legacy, Kanada: Routledge,
2009, hlm. 16.

seorang kelahiran Mesir yang dijatuhkan hukuman gantung oleh kerajaan


Uthmaniyah.23
Pada Februari 1914, Abdullah menemui Kitchener dan menyatakan ketegangan
yang terjalin antara bapanya dengan `Young Turk dan berharap mendapat
sokongan British terhadap perkara ini. Kitchener mengambil langkah berhati-hati
dengan tidak menunjukkan sebarang minat untuk memberikan bantuan kerana
tidak ingin menimbulkan suasana tegang antara hubungan British dengan
Uthmaniyah. Namun, pada masa yang sama, Kitchener secara peribadinya,
menyukai akan idea memerdekakan Arab yang dikuasai British. Beliau juga
sudah menjangkakan bahawa kejatuhan Empayar Uthmaniyah akan berlaku juga
dan Arab akan membebaskan diri mereka daripada kekuasaan Sultan. Kemudian,
pada April 1914, Kitchener mencadangkan agar beliau bertemu Ronald Storrs
iaitu seorang Pegawai Hal Ehwal Timur. Beliau menggesa kerjasama dan bantuan
daripada British dan mencadangkan agar menjalinkan hubungan antara British
dan Arab di mana kerajaan Arab mengamalkan pemerintahan berkerajaan
sendiri tetapi pihak Britsh dibenarkan mengawal dasar berkenaan antarabangsa.
Namun, atas arahan British, Storrs mengatakan bahawa pihak British tidak dapat
membantu Abdullah.24
5.1.2 Hubungan Semasa Perang Dunia Pertama
Peperangan

Dunia Pertama

telah

bermula pada

1914.25 Peperangan

ini

menyaksikan empayar Uthmaniyah berpihak kepada kuasa Jerman. Golongan


Turki Muda yang didominasi oleh golongan tentera iaitu Enve Pasha, Jalal Pasha
berpihak kepada Jerman kerana mula terpengaruh dengan nasionalisme Bismark
di Jerman yang berani menentang Barat. 26 Akibatnya Uthmaniyah mengambil
langkah pada saat-saat akhir untuk menyertai Jerman menentang Tripple
Alliance.

Namun,

keterlibatan

Uthmaniyah

dalam

Perang

Dunia

Pertama

23 George H. Cassar, Kitchener's War: British Strategy from 1914-1916, Amerika Syarikat:
Brasseys Inc, 2004, hlm. 54.

24 Ibid.
25 Abdol Raub Yaccob, Kemelut Dunia Islam Moden I: Sejarah Campur Tangan Inggeris di Arabia
Dalam Perang Dunia Pertama, Bangi: UKM, 1993, hlm. 24.

26 A.L Macfie, The End of The Ottoman Empire, London: Longman, 1998, hlm. 120.

sememangnya telah dihidu oleh British. Hal ini kerana, pengaruh British di Mesir
dan Yaman sebelum peperangan berlaku lagi telah membolehkan British
membuat

risikan

mengenai

pendirian

Uthmaniyah

berkaitan

peperangan

tersebut.
Pada 27 Oktober 1914, Uthmaniyah secara rasminya telah terlibat dalam Perang
Dunia Pertama. Sultan Uthmaniyah ketika itu juga telah mengisytiharkan perang
tersebut sebagai perang jihad menentang British, Perancis dan Rusia. Menurut
Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell, pengistiharan perang jihad tersebut sangat
membimbangkan pihak Bristih kerana mereka khuatir orang Islam di India dan
Afrika turut menyebelahi Uthmaniyah. 27 Keadaan tersebut akhirnya telah
membawa kepada strategi British untuk menggunakan dan bersekutu dengan
pemimpin-pemimpin Arab yang berpengaruh seperti Shariff Hussain untuk
menentang Uthmaniyah. Ketika ura-ura keterlibatan Uthmaniyah dalam perang
Dunia Pertama, perwakilan Inggeris di Kaherah telah menghubungi Abdullah iaitu
anak Sharif Hussain. British telah meminta Abdullah untuk memujuk ayahnya
iaitu Sharif Hussain supaya menjadi sekutu British. Semasa tercetusnya Perang
Dunia Pertama, pada mulanya Sharif Hussain telah menjadi sekutu Uthmaniyah,
tetapi atas nasihat anaknya beliau telah berpaling arah dan mengambil
keputusan untuk berpihak kepada British. Dendam Sharif Hussain terhadap
golongan Turki Muda yang menguasai empayar Uthmaniyah telah membawa
kebencian kepada Sharif Hussain. Sharif Hussain yakin bahawa mereka perlu
berpisah dari empayar Uthmaniyah yang semakin nasionalis.
Strategi British yang akan memberikan perlindungan kepada kota suci Islam
benar-benar membuatkan Sharif Hussain bersetuju untuk bersekutu dengan
British. Pihak British sering menyatakan bahawa mereka ingin menentang
Uthmaniyah untuk melindungi kota suci masyarakat Islam dan bukannya
berperang untuk memerangi agama Islam. Malangnya, persetujuan Sharif
Hussain untuk bersekutu dengan pihak British telah membawa kepada tindakan
kerajaan Uthmaniyah untuk menyekat dan menghalang pedagang-pedagang
masuk ke Hijaz. Hal ini telah menyebabkan Sharif Hussain hilang sumber
pendapatan. Akibat tindakan Uthmaniyah Sharif Hussain mula bergantung
sepenuhnya dengan pihak British di India bagi mendapatkan bekalan makanan. 28

27 Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell (Terjemahan Mohammad Redzuan Othman), Timur Tengah
dan Afrika Utara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 167.

Oleh itu, pada 1914, Milne Cheetham telah menyampaikan mesej Lord
Kitchener untuk mengadakan hubungan dengan Sharif Hussien dan mereka
bersedia membantu Hussain membebaskan tanah Arab dari cengkaman
Uthmaniyah. British pula meletakkan beberapa syarat iaitu Sharif Hussain
haruslah

membantu British menundukkan

tentera Uthmaniyah. Manakala

Hussien mahu dirinya dilantik sebagai Raja Arab. Antara isi kandungan utusan
yang disampaikan oleh Lord Kitchener kepada Sharif Hussain;
stoor to send a secret and reliable messenger to emir abdull from
me. the messenger to enquire whether abdulla and his father and
the hedjaz arabs will be with us or againtst us if german coerces
the sultan an sublime porte to acts of war against great britain.29
Usaha tersebut menemui kejayaan apabila Milne Cheetham berjaya memujuk
Sharif Hussein untuk memihak kepada British untuk menentang Empayar
Uthmaniyah dengan syarat British akan memberikan kemerdekaan kepada
negara Arab dan melantik Sharif Hussein sebagai Raja Arab yang meliputi
selatan Turki hinggalah ke semenanjung Tanah Arab. Perbincangan mengenai
pembentukan negara Arab seperti yang dihajati oleh Sharif Hussein mengambil
masa yang begitu lama dan melibatkan 8 pucuk surat yang diutus antara Sharif
Hussein dan McMahon iaitu Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Mesir. Perhubungan
antara kedua-dua belah pihak tersebut dikenali dengan McMahon-Hussein
Correspondence. Perhubungan surat menyurat antara kedua-dua belah pihak
tersebut berlangsung antara bulan Julai 1915 hingga Mac 1916. 30
Dalam Protokol Damsyik, pemimpin-pemimpin Arab meminta British
mengiktiraf pembentukan sebuah kerajaan bebas yang menyatukan kesemua
orang Arab dari selatan Turki hinggalah ke selatan Semenanjung Tanah Arab, dan
dari laut Mediteranean hinggalah ke sempadan Iran. Sharif Hussein bersetuju
untuk mengecualikan kawasan di bawah naungan Britain di Aden. Apabila
McMahon menyembunyikan persoalan berkenaan sempadan, Hussein telah
menyatakan bahawa persetujuan tersebut adalah prasyarat penting ke arah
28 Suleiman Mousa, A Matter of Principle: King Hussien of the Hijaz and the Arabs of Palestine,
International Journal of Middle East Studies, 9 (2), 1978, hlm. 183.

29 British documents on foreign affair: 281.


30 Suleiman Mousa, op. cit., hlm. 190.

penubuhan perikatan. Tiga pucuk surat lagi telah diutuskan antara bulan Julai
dan September 1915 tetapi masih gagal menyelesaikan masalah tersebut.
Seterusnya Surat menyurat antara Sharif Hussein dengan McMahon Pada 24
Oktober 1915 merupakan tawaran British kepada Sharif Hussein. McMahon telah
menulis sepucuk surat yang cuba menyakinkan Sharif Hussein supaya menjadi
sekutu British. British bersetuju untuk menyokong kemerdekaan orang Arab di
kesemua

kawasan

yang

ditetapkan

oleh

Sharif

Hussein.

British

telah

mengecualikan sebahagian Syria yang terletak di sebelah barat daerah Damsyik,


Homs, Hama, dan Aleppo.31
Secara

keseluruhannya,

surat

menyurat

antara

McMahon-Hussein

menyaksikan British bersetuju menyokong kemerdekaan orang Arab di semua


kawasan yang ditetapkan oleh Hussien dan seterusnya mengiktiraf Hussien
sebagai Raja Arab. British juga akan memberi bantuan ketenteraan dan
kewangan kepada Hussein dalam melancarkan pemberontakan ke atas Empayar
Uthamniyah. Disebabkan oleh surat-menyurat inilah, Sharif Hussein telah
melancarkan pemberontakannya sebagai sokongan kepada usaha perang British
pada tahun 1916. Pada 5 Jun 1916, revolusi Arab bermula dan Sharif Hussein
menaikkan semangat kebangkitan di Syria dan Hijaz dan mengancam kedudukan
dawlah Uthmaniyah di Syria. Menurut Antonius, Sharif Hussein telah menghantar
puteranya Faisal ke Damsyik, Ali ke Madinah dan Abdullah mengawasi keadaan
di Makkah.32
Pada masa yang sama, British telah membuat perjanjian persahabatan
dengan seorang lagi pemimpin berpengaruh di Arabia iaitu Abdul Aziz Ibnu Saud
dari Najd. Ibnu Saud juga merupakan saingan kepada keluarga Bani Hashim.
Berdasarkan penulisan Lois Aroin dan Richard P. Mitchell, walaupun pada
hakikatnya

Ibnu

Saud

tidak

menentang

Empayar

Uthmaniyah

namun

tindakannnya yang menyerang Rasyidi iaitu sekutu Uthmaniyah dan enggan


berpihak kepada Sultan Uthmaniyah menunjukkan beliau memihak kepada

31 Ibid.
32

Antonius dalam Ermy Azziaty Rozali dan Azmul Fahimi Kamaruzaman, Perang Dunia
Pertama, Deklarasi Balfourdan Kesannya Terhadap Palestin, International Journal of West
Asian Studies, 2011, 3 (2), hlm. 28.

British. Lantaran itu, Kerajaan India telah membayarnya elaun tambahan dan
mengiktiraf kemerdekaannya.33
Sebenarnya dalam surat-menyurat tersebut, telah berlakunya permainan
tarik-tali berkaitan dengan kawasan yang dituntut kerana ada kepentingan
masing-masing di kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan yang sama Pihak
Perancis dan British telah mengadakan perjanjian Sulit (Perjanjian Sykes-Picot)
1915 untuk membahagikan kawasan empayar Uthmaniyah. Perjanjian ini
merupakan salah satu perjanjian yang membawa kepada penyelesaian selepas
perang dunia pertama. Perjanjian ini dilakukan antara British, Perancis dan Rusia.
Britain diwakili oleh Sir Mark Sykes yang akan berbincang dengan Perancis
mengenai masa depan Empayar Uthmaniyah. Menurut Glenn E. Perry, terdapat
beberapa agenda yang tersorok dalam kalangan negara yang menyertainya iaitu
mengenai pembahagian tanah yang subur di Empayar Uthmaniyah. 34
Namun, persetujuan ini adalah tidak sesuai dan mendapat tentangan
daripada penduduk setempat kerana akan berlakunya ketakselarasan kuasakuasa raja Arab. Malah, perjanjian ini dilakukan secara sulit tanpa pengetahuan
Raja-raja Arab termasuklah Sharif Hussein. Pihak British juga telah memohon
untuk menyemak semula persetujuan Sykes-Picot ini kerana bertujuan untuk
kepentingan pihak British sendiri dan sekutunya di Arab. Walau bagaimanapun,
pihak Perancis telah menolak permohonan pihak British ini kerana mereka juga
mempunyai agenda sendiri iaitu untuk mendapatkan kekuasaan warga Kristian di
Maronites dan sumber kekayaan minyak di tanah Arab. Pihak Perancis juga
menolak penyerahan Mosul kepada British kerana hasil minyaknya yang
banyak.35 Dalam persetujuan Sykes-Picot ini pihak British akan mula mentadbir
selatan Iraq dan Palestine terutama di Haifa. Pihak Rusia pula berminat pada
Gereja Ortodok di Palestine dan Sazanov iaitu wakil Rusia menolak pentadbiran
pihak Perancis di Palestine. Palestine penting buat British kerana Palestine
hampir dengan terusan Suez. Oleh yang demikian, Perjanjian Sykes-Picot ini akan
menyebabkan pihak British mendapat Palestin dengan kawasan yang lebih besar
termasuklah tempat Suci untuk pentadbiran antarabangsa.
33 Lois Aroin dan Richard P. Mitchell, op, cit., hlm 170.
34 Kedourie, Elie, op. cit., hlm. 33.
35Ibid.

5.1.3 Hubungan Selepas Perang Dunia Pertama


Perhubungan antara Syarif Hussain dengan pihak British selepas Perang Dunia
Kedua dilihat apabila perbincangan antara kedua-dua belah pihak tersebut
ditangguhkan. Penangguhan ini adalah kerana pihak British mula berdolak dalih
untuk menuruti pemintaan Syarif Hussain dan Syarif Hussain pula tidaklah begitu
menekan pihak British atas keyakinannya terhadap pihak British. Pihak British
berjanji akan membuka semula selepas perang.

Namun begitu, pihak British

tidak berpegang dengan janjinya. Mereka mengenepikan segala percaturan


dengan Syarif Hussain bagi memenuhi kepentingan diri dan sekutunya sendiri. 36
Surat-menyurat antara kedua-dua pihak ini sehingga selepas perang dapat
diperincikan dengan lebih mendalam. Berdasarkan surat-menyurat antara kedua
belah pihak ini, Mcmohan tidak menyatakan dengan jelas sempadan kawasan
yang dinyatakan dan hanya menyatakan beberapa kawasan yang akan
dikecualikan
perhubungan

untuk
British

diserahkan
dengan

kepada
Perancis.

Syarif

Husain

Pertukaran

atas

surat

kepentingan

tersebut

telah

meyakinkan Syarif Husain bahawa sokongannnya dalam pakatan Triple Entente


akan diberikan ganjaran sebuah kawasan yang terbentang di Mesir dan Persia
kecuali Kuwait, Aden dan pantai Syria yang berkepentingan untuk kuasa
imperialis. Syarif Husain turut menyangka Palestin akan termasuk dalam
perjanjiannya tetapi Mcmohan menyangkal tdak pernah berhasrat memasukkan
Palestin dalam perjanjian tersebut.37
Husain mengisytiharkan dirinya raja, namun dibantah oleh Ibn Saud. Pada
Mac 1924, selepas penghapusan jawatan khalifah di Turki, Syarif Husain
menyebabkan rakyat Arab di Hijaz, Palestine, Syria, dan Iraq mendakwanya
sebagai Khalifah Islam. Hal ini menyebabkan berlaku persengketaan antara Ibn
Saud dan Syarif Hussien dan Syarif Hussien menuntut pihak British untuk
melindunginya mengikut perjanjian yang dilakukan sebelumya namun British
tidak mengendahkannya. Akhirnya Raja Hussien dibuang ke Jordan dan
digantikan dengan Dinasti Ibn Saud yang wujud hingga sekarang. Anaknya raja
Faisal menuntut di Persidangan Paris namun dijanjikan dengan permainan politik

36 Beverley Milton-Edwards & Peter Hinchcliffe, op.cit., hlm. 72.


37 Ibid., hlm. 73-76.

yang licik. Seterusnya raja Faisal dilantik menjadi raja Syria dan Iraq. Anaknya
amir Abdullah menjadi raja di Transjordan.38
6.1KESIMPULAN
Kesimpulannya, perhubungan Syarif Husain dengan pihak British telah membawa
kepada satu percaturan yang merugikan orang Arab. Perhubungan inilah yang
membawa perubahan bentuk peta Asia Barat. Dengan matlamat Syarif Hussain
yang ingin membina kerajaan Arab Islam dengan menjatuhkan Uthmaniyyah, ia
membawa kepada kejatuhan Syarif Husain sendiri. Hal ini demikian kerana
perhubungan dengan British telah menyebabkannya mendapat kawasan yang
lebih kecil. Kejatuhan Syarif Husain oleh Ibn Saud akhirnya menamatkan
kekuasaannya di tanah Arab.39
Perhubungan Syarif Husain dengan pihak British adalah satu percaturan
yang menggambarkan cita-cita tinggi Syarif Husain yang mempercayai pihak
British. Ia turut menggambarkan pengkhianatan pihak British terhadap janji-janji
yang telah ditawarkan kepada Syarif Husain. Pengkhianatan ini sememangnya
sengaja dilakukan oleh pihak British yang berhubungan dengan pelbagai pihak
dan Syarif Husain bukanlah kepentingan utamanya pada masa tersebut yang
bergantung kepada nasihat, ketenteraan dan kewangan daripada British. Sifat
tidak tegas Syarif Husain dalam berurusan dengan British telah melanjutkan
permasalahan wilayah di Arab yang sendirinya Syarif Husain menunda kompromi
dalam persuratan mereka. Ia telah memberi impak yang besar yang secara
amnya melemahkan kekuasaan orang Arab di tanah mereka. Pihak British
berterusan mengambil segala kepentingan dan kelebihan di tanah Arab. 40

38 Kedourie, Elie,op. cit., hlm. 112.


39 Ibid., hlm. 115.
40 Ibid.

RUJUKAN
Buku
Abdol Raub Yaccob. 1993. Kemelut Dunia Islam Moden I: Sejarah Campur Tangan
Inggeris
di Arabia Dalam Perang Dunia Pertama. Bangi: UKM.
A.L Macfie. 1998. The End of The Ottman Empire. London: Longman.
Amin Saiid. 1934. al-thawra al-arabiyya al-kubra (The Great Arab Revolt), Cairo:
Dar al-illm
lil-malayin.
Beverley Milton-Edwards & Peter Hinchcliffe. 2009. Jordan: A Hashemite Legacy.
Kanada:
Routledge.
Campos, Michelle. 2010.Ottoman Brothers: Muslims, Christians, and Jews in Early
Twentieth-Century Palestine, Stanford. CA: Stanford University Press.
Fadlullah Jamil. 2000. Islam Di Asia Barat Moden: Sejarah Penjajahan

dan

Pergolakan.
Selangor: Thinkers Library Sdn.Bhd.
George H. Cassar. 2004. Kitchener's War: British Strategy from 1914-1916.
Amerika

Syarikat: Brasseys Inc.


Gordon Martel. 1996. The Origin of The First World War. United States America:
Longman
Publishing.
Keith Robbins, The First World War The Outbreak, Events, and Aftermath. Oxford
University
Great Britain, 1984.
Lois A.Aroian, Richard P. Mitchell. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden.
Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kedourie,

Elie.

1976. In

the

Anglo-Arab

Labyrinth:

the

McMahon-Husayn

Correspondence
and its Interpretations. 1914-1939. Cambridge, New York : Cambridge
University Press.
Murphy. David. 2008. The Arab Revolt 1916-18 Lawrence sets Arabia Ablaze.
Osprey:
London.

Ochsenwald, William. 1984. Religion, Society, and the State in Arabia: The Hijaz
Under
Ottoman Control. 1840-1908. Columbus, Ohio: Ohio State University Press
JURNAL
Antonius dalam Ermy Azziaty Rozali dan Azmul Fahimi Kamaruzaman. 2011.
Perang Dunia Pertama, Deklarasi Balfour dan Kesannya Terhadap Palestin.
International Journal of West Asian Studies. 3 (2):28.
Suleiman Mousa. 1978. A Matter of Principle: King Hussain of the Hijaz and the
Arabs of
Palestine. International Journal of Middle East Studies. 9 (2):183-194.
Internet

Arab

Revolt,

dalam

laman

web

http://www.saylor.org/site/wp-

content/uploads/2011/08/HIST351-9.1.3-Arab-Revolt.pdf, diakses pada 20 Mei


2015.
George Antonius. 1938. The Arab Awakening: The McMahon-Hussein
Correspondence, dalam laman web
http://www.icsresources.org/content/primarysourcedocs/McMahonHusseinCorresp
ondence.pdf, diakses pada 20 Mei 2015.
The 1916 Revolt of Sharif Hussein bin Ali Against the Ottoman Empire, dalam
laman web http://www.daringopinion.com/-----------Sharif-Hussein-Revolt-Againstthe-Ottoman-Empire-of-1916.php, diakses pada 15 Mei 2015.
Dokumen Rasmi Kerajaan
British Documents on Foreign Affair: 281

You might also like