Rangka Cadangan HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rangka cadangan HBEF1403 Seni dalam Pendidikan

Kehendak soalan: membina sebuah program seni lukis dan seni reka bagi menjelaskan aktiviti kreatif
seseorang kanak-kanak sekolah rendah. Program perlu menggunakan pelbagai kemahiran, media,
teknik dan teknologi sebagai elemen ekspresi dalam sesebuah hasil seni, wujud penerapan nilai tambah
dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain dan jangka masa program sekurangkurangnya 4 minggu pembelajaran disertai dengan objektif pembelajaran yang jelas.
Tafsiran kehendak soalan: Bukan penyediaan RPH tetapi penyediaan Kertas Cadangan mengikut fromat
Pengenalan, Pengalaman, Ekspresi, Maklumat sokongan (Sorotan Kajian) dan Kesimpulan.
Keperluan bahan sokongan tugasan: Sukatan Pendidikan Seni Visual KBSM/KSSR rendah, Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSM/KSSR, Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual KBSM/KSSR, Teori Visual-Spatial, Verbal Lingustic, Logical-Mathematical &Bodily
Kinesthetic.
Penjelasan lanjut kehendak soalan: Anda diminta merangka sebuah kertas cadangan yang
melibatkan tema (umum) tertentu untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah atau pun sebagai salah satu aktiviti mingguan dalam kokurikulum.
Format Kertas cadangan
a.Pengenalan latar belakang sekolah secara ringkas, kumpulan sasaran yang akan dilibatkan(sekolah
rendah :tahap satu atau dua), bilangan pelajar terlibat( cadangan tambahan), topik dipilih (Mengambar,
Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional), senario
pembelajaran terkini( KBAT, KBKK, Pembelajaran Abad ke-21 dan yang bersesuaian), tema dipilih sebagai
garis panduan terhadap segala aktiviti yang dilakukan sebagai contoh tema: Kemerdekaan, Alam Sekitar,
Kasih Sayang, Pakaian Kebangsaan dan yang bersesuaian.
Contoh pengenalan: Kertas cadangan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti menyambut ulang tahun
kemerdekaan negara untuk dilaksanakan terhadap tenaga pengajar yang bertanggungjawab terhadap subjek
Pendidikan Seni Visual di Sekolah Kebangsaan A. Sekolah ini mempunyai sebanyak___ murid dan
sebanyak ___ tenaga pengajar. Kumpulan sasaran yang terlibat ialah sebanyak ___ murid yang terdiri
daripada murid Tahap Satu/Dua. Tenaga pengajar yang terlibat ialah sebanyak ____. Mereka merupakan
tenaga pengajar subjek ini dan juga merupakan guru penasihat untuk Kelab Seni Visual sekolah. Pelancaran
Pelan Pembangunan Pendidikan Negara telah mencetuskan beberapa elemen baru yang perlu diterapkan
dalam sistem pengajaran dan pembelajaran peringkat persekolahan. Elemen seperti ________ mampu
membentuk warga pelajar yang memenuhi aspirasi negara ke arah mencapai status negara maju. Tema yang
dipilih iaitu _________ dan topik dipilih iaitu _______________________dapat digabungkan dengan
elemen tersebut dalam usaha mewujudkan generasi murid yang __________________.
b. Pengalaman nyatakan pengalaman yang bakal dihadapi/dilalui/dirasai dalam kalangan pelajar terhadap
aktiviti Seni Lukis dan Seni Reka bertemakan tema yang dipilih.
Contoh: Pada minggu pertama program, pelajar akan didedahkan dengan _________________ dalam
aktiviti melukis dan mewarna bunga kebangsaan. Di sini pelajar akan diterapkan
____________________ .Pelajar dapat merasai betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia
______________________________.
c. Eksperesi Nyatakan elemen-elemen ekspresi dalam aktiviti kreatif yang lahir dari kesan berus, warna,
rekaan.
Contoh : Pada minggu pertama program, sentuhan lukisan bunga kebangsaan dari lakaran asal pelajar
sebelum diwarnakan amat jelas menonjolkan ciri-ciri penting yang ada terhadap bunga raya tersebut.
Mengapa bunga ini dipilih sebagai bunga kebangsaan diserlahkan secara jelas di sini melalui lakaran
bilangan
kelopak
yang
indah.........sesuaikan
dengan
merujuk
link
ini:

http://kautahutak.blogspot.my/2012/12/bunga-raya-mengapa-ia-dipilih-sebagai.html....
http://www.slideshare.net/SabariahBahrum/kreativiti-estetika-dan-ekspresi-visual
d.Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian) beri contoh gambar yang berkaitan dengan aktiviti yang akan
digunakan dan juga pendapat tokoh berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai sama ada melalui petikan
pendapat dari buku, jurnal dan bahan sumber yang lain. Contoh :gambar bunga raya.
e.Kesimpulan rumusan keseluruhan tugasan.

You might also like