Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

SISTEM OLAHAN AIR SISA DOMESTIK

1.0

PENGENALAN
Air sisa boleh didefinasikan sebagai sebarang air atau cecair yang mengandungi

kekotoran atau pencemaran dalam bentuk pepejal, cecair atau gas mahupun kombinasi
kesemuanya yang akan memudaratkan sekiranya ianya dilepaskan ke alam sekitar. Terdapat dua
jenis air sisa iaitu air sisa domestik dan juga air sisa industri. Dalam tugasan ini, akan
ditumpukan pada sistem olahan air sisa domestik.
Air sisa hendaklah dirawat sebelum ianya dilepaskan ke persekitaran bagi tujuan untuk
mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit yang disebabkan oleh organisma-organisma
patogen yang ada di dalam air sisa tersebut. Selain itu, dengan adanya olahan air sisa ini ianya
akan dapat mencegah pencemaran air permukaan dan juga air bumi.

Loji
rawatan

air sisa

2.0

AIR SISA
DOMESTIK
Air sisa domestik merupakan air sisa yang dijana oleh manusia dan dilepaskan daripada

perumahan, bangunan komersial, bangunan institusi bagi suatu bandar dimana air sisa yang
dilepaskan akan dikumpulkan oleh sistem pembentungan. Air sisa domestik ini terdiri daripada

sisa buangan daripada dapur, air basuhan daripada aktiviti membasuh pakaian, sisa yang
dikeluarkan daripada tubuh manusia seperti air kencing dan najis dan sebagainya.
Air sisa domestik merangkumi dua komponen utama iaitu air sisa domestk hitam di mana
ianya terhasil daripada najis dan air kencing. Komponen yang kedua ialah air domestik kelabu di
mana terdiri daripada air mandian, air yang dihasilkan dari dapur dan air daripada pencucian
pakaian. Kadangkala, ia juga mungkin mengandungi sedikit air sisa daripada industri kecil dan
juga pertanian yang dilepaskan ke dalam sistem pembentungan dan oleh yang demikian ianya
akan bercampur dengan air sisa domestik. Air sisa dirawat atau diolah dengan cara membekalkan
oksigen supaya bakteria dapat menjadikan air sisa tersebut sebagai sumber makanan.

Air Sisa

+ Oksigen

bakteria

air sisa yag telah dirawat + Bakteria baru

Air sisa domestik daripada rumah


Terdapat empat faktor yang boleh mempengaruhi kualiti aliran keluar (effluent) air sisa
domestic. Faktor-faktor tersebut adalah :

i.
ii.
iii.

Jenis sistem olahan yang diberikan


Kualiti sumber air sisa domestik
Kualiti dan kuantiti pelepasan air sisa domestik

iv.

Penyusupan ke dalam sistem pembentungan

Air sisa domestic terdiri daripada 99.9% air dan 1% pepejal organic dan bukan organik
dalam bentuk terapung, terampai, koloid dan terlarut. Lebih kurang 70% daripada kandungan
pepejal bukan organik dalam air sisa domestic terdiri daripada lemak, protein dan karbohidrat.
Manakala 30% yang lain terdiri daripada bahan bukan organic iaitu kersik, logam dan garam.
Protein dan karbohidrat merupakan sumber makanan dan tenaga utama bagi pembiakan bakteria
Oleh yang demikian, kandungan air sisa adalah berbahaya kerana mengandungi pelbagai
jenis bakteria dan organisma yang bersifat patogenik. Namun, sebahagian daripada bakteria
tersebut bersifat tidak patogenik terhadap orang ramai malahan ianya amat berguna dalam
pereputan bahan organic agar dapat mengurangkan potensi air sisa domestic dalam pencemaran
sumber air.

Komposisi najis dan air kencing manusia

3.0

PERINGKAT RAWATAN AIR SISA

Tahap rawatan air sisa domestik mempunyai operasi-operasi unit. Operasi-operasi unit ini
melibatkan rawatan permulaan air sisa, rawatan utama air sisa, rawatan sekunder air sisa dan
rawatanperingkat tinggi air sisa.
i.

Rawatan permulaan air sisa


Ianya ditakrifkan sebagai penyingkiran unsur-unsur kumbahan yang mungkin
menyebabkan masalah-masalah penyelenggaraan atau operasi-operasi rawatan.
Rawatan permulaan melibatkan pemeriksaan dan pengisaran untuk penyingkiran
serpihan , penyingkiran batu halus menerusi pemendapan dan juga penyingkiran
minyak dan gris menerusi proses pemgapungan

ii.

Rawatan utama air sisa


Melibatkan proses pemeriksaan dan pemendapan yang akan menyingkirkan pepejal
terapung dan bahan organic. Efluen daripada rawatan utama akan mengandungi
kandungan pepejal terapung atau bahan organic yang tinggi.

Kebuk kersik

Penyaringan

Tangki
pemendapan
primier

iii.

Rawatan sekunder
Tertumpu kepada penyingkiran bahan organik terbiodegrasi dan pepejal terapung dan
kebanyakannya menggunakan proses unit-unit biologi

Tangki
pengudar
aan

iv.

Tangki
pemendapan
sekunder

Pembasmia
n kuman

Rawatan peringkat tinggi air sisa


Rawatan peringkat tinggi kumbahan melibatkan penyingkiran nutrien-nutrien, bahanbahan toksik termasuk logam-logam berat dan penyingkiran seterunya bagi bahan
organik dan pepejal terapung. Efluen daripada rawatan peringkat tinggi adalah
berpiawaian tinggi dan sesuai untuk diguna semula. Di Malaysia, masih belum ada
rancangan untuk membina sistem-sistem rawatan peringkat tinggi. Tumpuan
diberikan untuk menyediakan piawaian asas untuk rawatan permulaan, utama dan
sekunder.

Pengaliran
masuk
kumbahan

Rawatan

Rawatan

Rawatan

Permulaan

Utama

Sekunder

Pemeriksaan

Pemendapan

Enapcemar

Rawatan
Peringkat
Tinggi
Penurasan

teraktif
Penyingkiran

Pengapungan

Penurasan bio

batu-batu

Penyahjangkita
n

halus
tangki gris

Pemendapan

Kolam-kolam

Pelepasan
efluen

peringkat tinggi
Prapengudaraan
pengukuran
aliran
Keseimbangan
aliran
Penyingkiran

Penyingkiran

Rawatan

Rawatan biologi

kain buruk,

bahan-bahan

biologi untuk

dan kimia untuk

sampah sarap,

terapung dan

menyingkirkan

menyingkirkan

batu-batu

termendap

bahan organik

nutrien dan

halus, minyak,

dan pepejal

patogen

gris

terapung
Peringkat rawatan air sisa

4.0

SISTEM OLAHAN AIR SISA DOMESTIK

3
2

1
5

TANGKI
PENCERNA
AN

Proses olahan air sisa domestik yang utama adalah


1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)

Penyaringan bar
Kebuk kersik
Tangki mendapan primier
Tangki pengudaraan
Tangki pemendapan sekunder
Pembasmian kuman
Aliran air keluar ke sungai

1) PENYARINGAN

Penyaringan

kasar

Penyaringan halus
Merupakan peringkat pertama rawatan air sisa dan merupakan kategori olahan secara
fizikal. Terdapat dua jenis penyaringan iaitu penyaringan kasar dan juga penyaringan halus.
Penyaringan kasar melibatkan pembuangan bahan-bahan terapung yang besar seperti kayu,
sampah, botol dan sebagainya yang diketorikan sebagai bahan-bahan yang besar. Tujuan
penyaringan dilakukan adalah untuk mengelakkan kerosakan alat perkakas yang akan digunakan
dalam proses rawatan air sisa ini seperti pam dan alat mekanikal yang lain.
Proses penyaringan bermula apabila air sisa domestic daripada sumber domestik dialirkan
melalui skrin kasar dan setelah itu akan melalui skrin halus. Dalam penyaringan kasar, pepejal
akan dibuang melalui satu rangkaian keluli yang diletakkan merentangi air sisa. Halaju adangan

hendaklah melebihi 0.3m/s bagi mengelakkan enapan kersik daripada berlaku tetapi hendaklah
kurang daripada 1.0 m/s supaya segala pepejal yang tersekat pada adangan tidak akan terhanyut.
Penyaringan halus berfungsi bagi menyingkirkan bahan-bahan terapung yang lebih kecil seperti
daun-daun, tumbuhan kecil dan lain-lain. Bagi penyelenggaraan bar penyaringan ini, ianya akan
dicuci secara manual atau dengan menggunakan pencakar automatik.

2) KEBUK KERSIK ( GRIT CHAMBER)

Kebuk kersik

Kersik merupakan pecahan bahab-bahan tak organik yang berat. Ianya termasuklah batu,
pasir, kepingan logam dan sebagainya. Kersik mempunyai purata kerumpatan bandingan lebih
kurang 2.5. Oleh yang demikian, ia mempunyai halaju pengenapan yang lebih tinggi daripada
pepejal kumbahan organik. Selepas air sisa melalui skrin bar ia akan memasuki kebuk kersik.
Semasa di dalam kebuk kersik ini, aliran air tersebut akan diperlahankan dan akan menyebabkan
bahan-bahan yang berat seperti batu akan mendap ke dalam kebuk kersik ini dan bahan kersik ini
akan dikeluarkan daripada proses rawatan.
Sekiranya bahan-bahan ini tidak disingkirkan, ianya mempunyai kecenderungan untuk
mendap pada sudut dan selekoh tangki, mengurangkan kapasiti aliran dan memyebabkan paip
dan saluran tersumbat.

3) TANGKI PEMENDAPAN PRIMIER ( PRIMARY SETTLING TANK)

Tangki
pemendapan

primier jenis bulat

Tangki
pemendapan

primier jenis segi

empat tepat
Selepas

air

sisa

melalui

kebuk kersik, ianya akan diteruskan ke tangki pemendapan primier. Air sisa yang melalui tangki
ini akan ditahan selama 2 hingga 8 jam. Tangki pemendapan ini adalah bertujuan untuk
memendapkan bahan-bahan sisa yang berat mendap ke dasar tangki. Bahan yang termendap pada
dasar tangki akan disingkirkan melalui rawatan lebih lanjut bergantung pada kemudahan, di
mana bahan yang mendap ini akan dipindahkan ke tangki pencerna (digester) ataupun pada
drying bed. Tangki pemendapan ini terdapat dalam dua bentuk sama ada segi empat tepat
ataupun bulat.

Proses pemendapan merupakan proses pengasingan di antara komponen pepejal dan


cecair yang dilakukan secara graviti. Terdapat dua tujuan dalam pemendapan utama kumbahan
iaitu untuk menghasilkan darjah pemekatan dan penjernihan yang tinggi. Darjah penjernihan
yang tinggi diperlukan untuk mengurangkan beban pada loji rawatan sekunder (Biologi)
manakala darjah pemakatan yang tinggi dikehendaki supaya enapcemar dapat dikurangkan.
Dalam rawatan ini juga, proses mekanikal juga turut berlaku dimana skimmer ataupun
dipanggil penggaruk digunakan. Skimmer ini berfungsi utuk menggaruk secara perlahan pada
bahagian atas air sisa yang terdapat di dalam tangki pemendapan untuk menyingkirkan minyak
dan gris yang terapung pada permukaan atas air. Minyak dan gris yang terapung akan dialihkan
ke pencerna (digester). Setelah minyak dan gris disingkirkan dan bahan organic telah mendap di
dasar tangki, baki air sisa akan mengalir menuju ke proses rawatan seterusnya.
Terdapat tiga jenis tangki pemendapan primier iaitu :
i.
ii.
iii.

Tangki pemendapan aliran mendatar


Tangki pemendapan aliran menaik
Tangki pemendapan aliran spiral

Tangki
pemendapan

jenis aliran

mendatar

Tangki
pemendapan
aliran menaik

jenis

Tangki
mendapan jenis
4)

aliran spiral

TANGKI
PENGUDARAAN ( AERATION TANK)

Tangki pengudaraan

Proses rawatan seterusnya adalah air sisa akan dialirkan ke tangki pengudaraan. Udara
akan ditambah ke tangki pengudaraan untuk mengghasilkan persekitaran yang dapat membantu
mikroorganisma untuk membesar/hidup. Setelah itu, ianya akan terus merawat baki bahan cemar
yang ada dalam air sisa. Mikroorganisma ini akan meneruskan rawatan ke atas bahan organik
terlarut dengan cara memakan bahan yang terdapat dalam air sisa. Mikroorganisma yang terdapat
dalam tangki ini adalah terlalu kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ianya

memerlukan mikroskop bagi melihat mikroorganisma ini. Tangki pengudaraan ini menyedikan
persekitaran yang sesuai untuk penggunaan maksimum sisa organik.
Di dalam tangki pengudaraan ini, air sisa akan ditahan selama 18 hingga 24 jam. Terdapat
parameter yang penting dalam tangki ini iaitu likuor campuran pepejal terampai (MLSS). MLSS
adalah kandungan pepejal terampai dalam tangki pengudaraan yang terdiri daripada kandungan
air sisa serta kandungan enap cemar kembali. Kandungan MLSS ini, hendaklah dibekalkan ke
dalam tangki pengudaraan supaya mikroorganisma dapat bertindak balas dengan bahan organik .
Pada kebiasaanya, bahan-bahan yang terdapat dalam air sisa dirawat dengan cara
membekalkan oksigen . ini adalah bertujuan supaya bakteria yang aktif akan terhasil dan
terampai bersama air sisa. Udara akan di pam masuk setiap 4 jam ke dalam tangki pengudaraan
ini. Proses yang menggunakan mikrob untuk memakan sisa dipanggil sebagai enapcemar teraktif
( activated sludge). Enapcemar teraktif ini kelihatan seperti lumpur yang gelap (dark mud).
Ianya adalah kaya dengan mikrob yang aktif (hidup) seperti bakteria dan protozoa. Bakteria dan
protozoa ini memerlukan oksigen untuk hidup seperti organisma hidup yang lain. Tangki
pengudaraan ini memberikan oksigen yang membolehkan mereka hidup dan memakan sisa yang
terdapat di dalam tangki pengudaraan.

Protozoa
Rantaian makanan ini akan sentiasa bersambung dimana dalam tangki pengudaraan ini,
mikrob akan mencerna bahan organik dan pada satu tahap mikrob ini akan sampai pada
peghujung kitaran hidupnya menyebabkan ianya mati. Air sisa yang baru yang membawa bahan
organik akan ditambah pada setiap masa menyebabkan kitaran ini akan terus berlaku dan mikrob
baru akan terhasil. Apabila mikrob mati, ianya akan melekat bersama dalam satu rumpun
(clumps). Berikut merupakan graf fasa kitaran hidup bakteria:

Fasa
pegun
Fasa
bakteria
Bilangan Bakteria

Fasa
pertumbuhan log
Fasa
lag

Fasa pertumbuhan
cepat

Masa
(h)

Fasa kitaran hidup bakteria

Terdapat lima fasa kitaran hidup bakteria di dalam tangki pengudaraan iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Fasa lag ( Lag phase)


Fasa pertumbuhan cepat ( Accelerate growth phase)
Fasa pertumbuhan log ( Log growth phase)
Fasa pegun (Stationary phase)
Fasa bakteria mati (death phase)

Enap cemar teraktif

Air
masuk
udar
Enap cemar teraktif
berpatah balik a

Sisa enap cemar


teraktif

Tangki
pengudara
an

Tangki
pemendap
an
sekunder

udara

Dirawa
t

[Type a quote from the


document or the summary of
an interesting point. You can
position the text box anywhere
in the document. Use the
Drawing Tools tab to change
the formatting of the pull
quote text box.]
[Type a quote from the
[Type a quote
from
the
document
or the
summary
of
document
or
the
summary
of
an interesting point. You can
an interesting
point.
can
position
the text
box You
anywhere
position
the
text
box
anywhere
in the document. Use the
in the document.
the
Drawing
Tools tabUse
to change
Drawing
Tools tab
to change
the
formatting
of the
pull
the
formatting
of
the
pull
quote text box.]
Dilepaskan
ke
quote text box.]

sungai

Proses enap cemar teraktif

5) TANGKI PEMENDAPAN SEKUNDER ( SECONDARY SETTLING TANK)

Tangki pemendapan sekunder

Setelah melepasi tangki pengudaraan, air yang terhasil akan dialirkan ke tangki
pemendapan sekunder. Air yang disalurkan kedalam tangki pemendapan sekunder akan
dienapkan dalam masa tahanan tidak kurang daripada 2 jam. Di dalam tangki ini terdapat pam
yang digunakan untuk menyedut lebih kurang 90% bahan enap cemar yang mengandungi
bakteria yang baru ke dalam tangki pengudaraan bagi mengekalkan MLSS

dalam tangki

pengudaraan.
Oleh yang demikikian terdapat enap cemar yang akan dialirkan ke tangki pencernaan
(digester) manakala 90% daripada enap cemar akan dihantar kembali ke tangki pengudaraan
sebagai makanan tambahan untuk mikrob bagi membolehkan mikrob untuk memakan air sisa
yang terdapat dalam tangki tersebut. Proses ini dipanggil return activated sludge.

6) PEMBASMIAN KUMAN

Ianya merupakan langkah terakhir dalam proses rawatan sekunder dimana klorin atau
mana-mana pembasmian kuman digunakan untuk membunuh bakteria yang memudaratkan
daripada air sisa yang telah dirawat.
7) PENGALIRAN AIR KELUAR ( EFFLUENT DISCHARGE)
Merupakan langkah terakhir dalam proses olahan air dimana air sisa yang telah dirawat
akan dialirkan keluar ke sungai. Air sisa yang telah dirawat dan dilepaskan dipanggil effluent.

Air sisa yang telah dirawat dilepaskan ke sungai

5.0

KESIMPULAN
Sistem olahan air sisa domestik adalah sangat penting bagi merawat air sisa yang

berpunca dari sumber domestik daripada kawasan perumahan, pusat institusi dan sebagainya.

Sekiranya air sisa domestik ini tidak dirawat dan terus dialirkan ke sungai, ianya akan
menyebabkan pencemaran kepada sungai dan alam sekitar. Dengan adanya system yang
sistematik dan terkawal, hal ini dapat diatasi.
Terdapat 4 peringkat dalam system olahan air sisa domestic iaitu rawatan permulaan air
sisa, rawatan utama air sisa, rawatan sekunder air sisa dan rawatan peringkat tertinggi. Rawatan
peringkat tinggi merupakan rawatan yang bergantung pada keperluan. Sekiranya air sisa tersebut
masih mempunyai nutrien-nutrien, bahan-bahan toksik termasuk logam-logam berat dan bahan
organik serta pepejal terapung, rawatan ini akan dilakukan.
Proses olahan air sisa pula melibatkan 7 peringkat yang bermula daripada penyaringan,
kebuk kersik, tangki mendapan primier, tangki pengudaraan, tangki pemendapan sekunder,
pembasmian kuman dan air yang telah dirawat disalirkan ke sungai. Ketujuh-tujuh proses ini
merupakan proses asas bagi merawat air sisa dan hendaklah dijalankan bagi memastikan air sisa
yang keluar adalah air sisa yang telah dirawat sepenuhnya mengikut standard yang telah
ditetapkan. Kesimpulannya, air sisa domestic yang dikeluarkan hendaklah dirawat dengan betul
dan mengikut standard yang telah ditetapkan.

6.0

RUJUKAN
I.

Dr. Seetharam, C. & Dr. Santosh, K.M. (2013).Wastewater Treatment and Reuse:
Sustainability Options. Department of Agricultural Engineering, (Vol. 10, Iss. 1
(2013), pp. 1-15.

II.

Chong Pei Fung (2003). Guna Semula Efulen Kumbahan Fakulti Kejuruteraan
Awam, UTM

III.

Water Environment Federation Clean Waterfor Today. What is wastewater


treatment?.

IV.

Indah Water Konsortium Sewage Treatment Method.


http://www.iwk.com.my/v/knowledge-arena/sewage-treatment-methods

V.

Thelma Helena Izzaki & Peterson Beuno De Moreas. Wastewater containing 1,2Dihydro-2,2,4-Trimethylquineleyn Treated by Electrolysis and Respirometric
Method. Department of Biochemistery and Microbiology Univ. estadual Paulista,
brazil. (Volume 1.Issue 1.1000101)

You might also like