Refleksi Individu Hafiz

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

REFLEKSI INDIVIDU

MOHAMAD HAFIZ B. ZAINAL ABIDIN

Pelbagai halangan dan dugaan telah saya tempuhi dalam proses menyiapkan
kerja kursus pendek ini.Pada permulaannya,saya menerima tugasan tersebut dari
pensyarah subjek dengan harapan saya mampu memberikan komitmen yang terbaik
dalam menyiapkan tugasan yang ditetapkan kepada setiap kumpulan.Langkah
pertama dalam menyiapkan tugasan ini dimulakan perbincangan antara rakan-rakan
mengenai tajuk tugasan dan saya berpendapat bahawa tugasan kai kali ini agak
sukar kerana berkaitan dengan falsafah pendidikan barat yang meliputi skop yang
luas.Saya juga berasa sangat teruja setiap kali dalam usaha mencari serta
mendapatkan maklumat berkaitan tajuk tugasan khususnya sewaktu mendapatkan
pinjaman buku di perpustakaan kerana buku yang kami mahukan turut digunakan
oleh kumpulan lain sebagai rujukan.

Hakikatnya,saya dan rakan kumpulan berasa sungguh bangga kerana sistem


pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan dan mencapai kemajuan yang
amat memberangsangkan dan kejayaan ini sebenarnya berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang dirangka berdasarkan falsafah pendidikan
barat.Tugasan ini juga telah banyak memberi pegetahuan yang amat berguna dan
saya amat bersyukur kerana diberi peluang menyiapkan tugasan ini dan secara tidak
langsung dapat melihat implikasi pendidikan dinegara ini kesan wujudnya falsafah
pendidikan barat yang turut menyumbang idea dalam pembentukan kurikulum di
Malaysia.

You might also like