Assignment Mbmmbi

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH

BAHASA INGGERIS (MBMMBI)


1.0

PENGENALAN
Sistem pendidikan negara Malaysia telah melalui evolusi yang melibatkan satu tempoh

yang amat panjang. Bermula sejak tahun sebelum tercapainya kemerdekaan sehingga tahun 2012
ini. Melihat kepada sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia khususnya, banyak perubahan
dan pembaharuan yang dilakukan demi menghasilkan satu sistem pendidikan yang mencakupi
aspek-aspek yang digariskan dalam falsafah pendidikan kebangsaan iaitu jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial. Najeemah Md. Yusof (2006) menyatakan pendidikan dianggap sebagai proses
dan hasil interaksi yang berterusan antara individu dengan rangsangannya serta motivasi dalam
persekitaran dan masyarakatnya.
Perubahan dan penambahbaikan sentiasa dilakukan terhadap program-program yang
ditawarkan oleh kementerian pelajaran Malaysia demi mencapai kualiti pendidikan yang
diimpikan. Perubahan merupakan satu tuntutan demi menjamin kelangsungan fungsi pendidikan
sebagai ejen pembangunan masyarakat dan negara. Oleh itu, tidaklah menjadi satu yang luar
biasa jika program yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seringkali berubah
demi penambahbaikan kepada sebuah proses yang dinamakan pendidikan.
Tyler dalam modelnya telah menyatakan bahawa objektif para pendidik telah menentukan
objektif yang perlu dicapai oleh muridnya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang
guru akan menetapkan matlamat dan objektif yang diperoleh di akhir sesuatu pembelajaran yang
dilaksanakan. Tyler menyatakan bahawa dalam usaha mencapai objektif, seseorang pendidik
haruslah

memastikan

bahawa

objektif

yang

dipilih

mestilah

selaras

dengan keperluan pelajar di samping isi kandungan yang sesuai dengan keperluan masyarakat.
Satu ciri objektif yang jelas baik pula haruslah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta
minat pelajar. Untuk merangka suatu pengajaran yang bersistematik, Dokumen Standard Prestasi
dan Dokumen Standard Kurikulum haruslah menjadi rujukan. Dalam menentukan objektif,
pertimbangan yang harus diambil kira ialah penglibatan pelajar ( audience ), peringkat boleh
diukur (behavior) , keadaan (condition) dan tingkat prestasi pelajar (degree). Pelajaran dan
Pembelajaran yang dirancang haruslah mengikut kemampuan dan kehendak murid.
1

Kandungan kursus merupakan aras kedua dalam pembentukan kurikulum Model


Tyler. Kandungan kursus yang mantap mestilah berdasarkan pemilihan dan perancangan
pembelajaran oleh pendidik. Dalam memilih kandungan, menuntut kreativiti yang mendalam
seseorang pendidik amat dititik beratkan. Perancang kurikulum harus mengambil kira aspek
pengalaman sedia ada pelajar. Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, penyusunan bahan
kurikulum harus disusun mengikut unit-unit pembelajaran dari aras mudah ke aras yang lebih
kompleks. Ini bagi menghasilkan penerimaan pengajaran yang seoptimanya daripada seseorang
pendidik.
Dalam penyusunan kandungan, Tyler menyarankan tiga prinsip utama yang perlu
dijadikan dasar iaitu prinsip kesinambungan, prinsip ketertiban dan prinsip kesepaduan.
i.

Prinsip kesinambungan berdasarkan Model Tyler bermaksud peningkatan ilmu,


kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sejajar dengan
pertumbuhan

fizikal

dan

mental

pelajar

seiring

dengan

peningkatan

umur

pelajar. Menurut Tyler, kesinambungan perlu ada dari peringkat asas sehinggalah pelajar
menguasai dan menggunakan ilmu dan kemahiran tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.
ii. Prinsip Ketertiban (principe of sequence)Prinsip ketertiban pula membawa pebgertian
bahawa pelajran yang diterima haruslah berterusan dan berturutan. Ini bermakna,
pengalaman pelajaran diterima melalui kemahiran dan nilai yang diterapkan merentasi
waktu. Prinsip ini memberikan peluang kepada seseorang pelajar meningkatkan dan
meluaskan ilmu yang telah dipelajari ke suatu peringkat yang lebih tinggi.
iii. Prinsip Kesepaduan -Prinsip kesepaduan pula bermakna pengalaman yang diperoleh oleh
seseorang

pelajar

dapatdihubungkaitkan antara

satu

ilmu

atau kemahiran yang

lain. Dalam hal ini, model ini akan menampakkan keberkesanan dan bersifat holistik.
Dalam pada itu, Dasar PPSMI telah diperkenalkan pada tahun 2003 oleh Mantan Perdana
Menteri Tun Dr.Mahathir b Mohamad. Dengan pembentukan dasar ini, Bahasa Inggeris telah
dijadikan sebagai medium utama dalam Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di
peringkat menengah dan rendah. Tetapi, ia dilihat gagal memberi manfaat kepada pelajar,
terutamanya di kawasan luar bandar. Dasar pengajaran dan pembelajaran PPSMI yang telah
dilancarkan ini sejak tahun 2003 telah melalui satu perjalanan panjang yang pastinya mempunyai
2

kesan positif dan negatif terhadap pembangunan pendidikan amnya serta pencapaian akademik
murid-murid khususnya. Malah, pencapaian murid dalam matapelajaran Sains dan Matematik
berada di tahap yang rendah. Ini telah menimbulkan pelbagai bantahan keras, dan berpanjangan
yang telah membantutkan pelaksanaannya. Maka, dasar PPSMI secara rasminya telah
dimansuhkan secara beransur-ansur mengikut kohort persekolahan sekarang.
Berikutan pemansuhan dasar PPSMI, pelaksanaan dasar MBMMBI atau "Memartabatkan
Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris" yang disifatkan sebagai strategi pendidikan
serampang dua mata telah diperkenalkan. MBMMBI ialah sebuah dasar Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk menetapkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi utama di
semua sekolah menengah dan rendah serta memastikan bahawa setiap murid dapat menguasai
kedua-dua bahasa tersebut dengan baik dan fasih.
Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada
kedudukannya yang asal sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152,
Perlembagaan Malaysia. Selain itu, Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama
pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Manakala, Memperkukuh Bahasa Inggeris
membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib
dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke
arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Sementara itu, tujuan utama
memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi
antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan
pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
Pelaksanaannya bermula dengan Tahun Satu, Tahun Empat, Tingkatan Satu dan
Tingkatan Empat. Pada masa yang sama Bahasa Cina digunakan di SJKC dan Bahasa Tamil di
SJKT. Perubahan ini tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi. Dalam pada itu,
perubahan sepenuhnya mengambil masa selama 3 tahun bermula pada tahun 2012.
2.0

PERBEZAAN ANTARA PPSMI DAN MBMMBI


3

Dasar PPSMI dibuat Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
dan Sekolah Menengah. Manakala, dasar MBMMBI pula menetapkan Bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar di Sekolah Menengah dan Rendah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
dan Cina.
3.0

PERKEMBANGAN DASAR MBMMBI


Merujuk kepada manual pelaksanaan dasar kurikulum Memartabatkan Bahasa Melayu

dan mengukuhkan Bahasa Inggeris yang disiarkan melalui portal Kementerian Pelajaran
Malaysia menggariskan pelbagai strategi yang telah dicadangkan dalam rangka pelaksanaan
dasar tersebut. Strategi memartabatkan Bahasa Melayu melibatkan penggunaan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta
penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu.
Manakala strategi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris melibatkan penambahbaikan
kurikulum Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi
melaksanakan kurikulum tersebut. Christopher Bowring-Carr & John West Burnham,
Terjemahan Anuar Ayob (2009) menerusi buku Belajar secara berkesan di sekolah menyebut
kurikulum itu hendaklah dilihat dalam erti kata aktiviti dan pengalaman, bukannya ilmu yang
dicari dan fakta bagi diingat (Laporan Haddow, 1931)
Lima strategi pelaksanaan dasar MBMMBI yang telah dibincangkan ialah penambahan
masa pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil, pendekatan modular kurikulum Bahasa Melayu dan transformasi
kurikulum Bahasa Inggeris, asas berbahasa (back to basics), didik hibur serta teknologi
maklumat & komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.
Strategi yang pertama ialah penambahan masa pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris yang diperuntukkan oleh kerajaan. Penambahan masa pengajaran ini dilaksanakan
sebagai satu strategi bagi menambah penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di dalam
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, masa pembelajaran Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1
hingga 3 yang kini 200 minit seminggu akan dinaikkan kepada 280 minit. Strategi yang sama
4

dilakukan kepada subjek Bahasa Melayu dilihat akan menutup kepincangan PPSMI yang
sebelum ini tidak memberi penekanan kepada bahasa kebangsaan itu. Dalam pada itu, guru yang
menjadi agen perubahan bertanggungjawab untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan waktu yang telah diperuntukkan. Kesannya, kemahiran berbahasa murid-murid akan
dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Strategi yang kedua ialah pendekatan modular Bahasa Melayu bagi MBM dan
transformasi kurikulum Bahasa Inggeris bagi MBI. Strategi ini menekankan isu yang berkaitan
penguasaan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid-murid. Strategi ini menggunakan
pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan modular ini dapat memberi tumpuan kepada perkara asas berbahasa,
didik hibur, apresiasi bahasa. Aktiviti ini disokong dengan bahan bacaan estetika seperti sastera
kontemporari kanak-kanak, bahan program awal berstruktur dan bacaan ekstensif yang
mendedahkan murid kepada bahan bacaan yang indah dan berkualiti.
Strategi yang ketiga pula merujuk kepada asas berbahasa (back-to-basics). Strategi ini
merujuk kepada pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas
berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul pengajaran dan
pembelajaran yang menerapkan elemen yang menyeronokkan dalam seni bahasa. Asas berbahasa
merupakan perkara asas dalam menguasai sesuatu bahasa.
Strategi yang keempat pula ialah didik hibur iaitu menggunakan pendekatan pengajaran
dan

pembelajaran

yang

menarik

menerusi

penyediaan

suasana

pembelajaran

yang

menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur,


membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa yang akan disulam dengan aktiviti penerokaan,
pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Dalam pada itu, guru yang mengajar
kedua-dua bahasa itu haruslah sepenuhnya mengikut opsyen. Selain itu, khidmat penutur jati
Bahasa Inggeris sebagai jurulatih utama kepada pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan
guru di sekolah. Disamping itu, perkhidmatan guru BI yang telah bersara diambil secara kontrak
bagi menampung kekurangan guru Bahasa Inggeris.
Manakala, strategi yang terakhir ialah teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
5

pengajaran dan pembelajaran tidak dapat disangkal lagi. Strategi ini dilaksanakan melalui
penggunaan teknologi malumat seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web bagi
menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif dan menghiburkan.
Selain itu, makmal bahasa perlu diadakan bagi memperkukuhkan lagi program ini. Makmal
bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar
MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian
kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih
menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.
4.0

PELAKSANAAN DASAR MBMMBI


Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft-landing) mulai tahun

2010. Dalam proses peralihan ini, pelajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik boleh
menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah
menengah, Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina, Bahasa
Inggeris dan/atau Bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru
dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft Landing membolehkan
murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti P & P Sains dan Matematik
dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan
Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing yang
ini, P & P Matematik dan Sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia
sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala, di sekolah menengah, penggunaan Bahasa Malaysia
sepenuhnya bagi kedua-dua matapelajaran ini adalah pada tahun 2021.

5.0

KELEBIHAN DALAM PELAKSANAAN DASAR MBMMBI


Pelaksanaan dasar MBMMBI diharapkan dapat membantu murid menguasai Bahasa

Inggeris. Ini akan membantu mereka melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Selain
itu, proses pelajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan menjadi lebih berkesan serta
menarik dan murid akan lebih berminat dan bersemangat untuk belajar. Justeru, guru dapat
6

meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris secara pedagogi dan amali
yang secara tidak langsung melahirkan modal insane yang seimbang (JERIS). Akhir sekali, dasar
ini akan memudahkan pelaksanaan P & P bagi para guru.
6.0

KELEMAHAN DALAM PELAKSANAAN DASAR MBMMBI


Terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan dasar ini. Pertama, kos yang tinggi

diperlukan untuk mengimport guru Bahasa Inggeris diperlukan. Selain itu, tempoh masa yang
panjang diperlukan untuk melaksanakannya. Bukan itu sahaja, negara kekurangan pakar bahasa
untuk menterjemah buku-buku Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia.
7.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Melihat kepada perbincangan isu ini, cadangan yang dapat dikemukakan ialah dengan

melaksanakan strategi-strategi yang telah dicadangkan dengan bersungguh-sungguh sehinggalah


tercapainya hasrat dan cita-cita dalam pelaksanaan dasar ini. Komitmen daripada pelbagai pihak
khususnya pihak pentadbiran, guru-guru, ibu bapa dan juga murid-murid serta pelajar adalah
penting dan amat diharapkan. Cadangan ini merupakan jalan tengah terbaik setelah berlakunya
konflik dalam pelaksanaan PPSMI sepertimana yang disiarkan dalam Berita Harian, 26
November

2011

iaitu Langkah

pengenalan

dasar

Memartabatkan

Bahasa

Malaysia

Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat jalan tengah terbaik yang diambil
Kementerian Pelajaran bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ada beberapa kepentingan utama dasar MBMMBI yang harus
mendapat perhatian dan sokongan semua pihak. Pertama, dasar ini akan memberi ruang yang
meluas kepada Bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dalam bidang-bidang penting
dan strategik. Kedua, ia akan memberi perakuan iaitu sekiranya cita-cita kita untuk melahirkan
generasi yang berdaya saing menerusi penguasaan bahasa Inggeris, maka usaha harus
ditumpukan kepada pembangunan di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa tersebut
secara khusus dan bukannya menerusi subjek-subjek lain seperti Matematik dan Sains.
Atas kepentingan ini, kita merasakan debat tentang kewajaran penggunaan dasar PPSMI
tidak harus diteruskan lagi. Ini bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk mula
merancang dan fokus bagi menjayakan dasar MBMMBI secara lebih tersusun dan memastikan
keberkesanan pelaksanaannya. Proses penambahbaikan secara berterusan ini diperkukuhkan lagi
7

dengan penubuhan enam Jawatankuasa Kecil yang telah dibentuk oleh pihak kerajaan sebagai
persiapan

untuk

melaksanakan

dasar

baru

ini

dan

mereka

dipertanggungjawabkan

memperincikan aspek latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, logistik, personel dan
penerangan. Dengan ini diharapkan sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik
dalam menjayakan MBMMBI ini membolehkan kita mencapai matlamat menambah baik kualiti
pendidikan di Negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan Malaysia.
8.0

KESIMPULAN
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai

satu bahasa kebangsaan kerana bahasa kebangsaan memberi gambaran akan status sesuatu
bangsa. Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahasa
sendiri dan bangsanya mempunyai identiti kebahasaan sendiri. Oleh itu, untuk memupuk sifat
sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti "Cintai Bahasa Kita", "Bahasa
Jiwa Bangsa" dan sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan
mendekatkan diri dengan bahasa kebangsaan. Justeru, bahasa Malaysia dengan segala sifatnya
dapat menjadi pembakar semangat kebangsaan di negara ini dan menjadi satu tunggak
pembinaan negara merdeka serta identiti rakyat. Pemansuhan dasar PPSMI serta pelaksanaan
dasar MBMMBI seharusnya memberi kita kesedaran tentang kepentingan bahasa Malaysia yang
melambangkan negara dan identiti kita dan pada masa yang sama bahasa Inggeris juga harus
diperakui kepentingannya dalam memastikan generasi kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah dengan negara-negara maju dunia.
Usaha untuk menjayakan dasar MBMMBI bukanlah mudah. Negara sememangnya
tidak mahu warisan bahasa ditinggalkan serta dilupakan. Bahasa Malaysia ialah bahasa
kebangsaan yang perlu diperkasakan. Dalam pada masa yang sama, penggunaan bahasa Inggeris
juga masih dititikberatkan dan tidak ditinggalkan begitu sahaja. Oleh yang demikian, semua
pihak harus bekerjasama bagi menjayakan dasar ini selaras dengan menyeimbangkan
kepentingan kedua-dua bahasa ini. Melihat ke hadapan, dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada
tahun 2012 adalah satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan
berterusan dasar pendidikan di negara kita. Diharap, kefahaman, sokongan dan usaha berterusan
seluruh warga pendidik dalam menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat
8

menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi kepentingan masa depan
negara. Dapat dilihat, peranan-peranan disenaraikan lebih menjurus ke arah persiapan kendiri
guru itu sendiri yang seharusnya bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru
sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, dan peka dengan segala perkembangan
pendidikan. Warga pendidik juga dilihat sebagai agen utama yang menjunjung dan
memanifestasikan dasar ini di peringkat sekolah khususnya. Justeru itu, menjadi kewajipan
kepada setiap warga pendidik untuk memahami peranan mereka secara terperinci bagi
merealisasikan dasar ini dengan jayanya. Selain itu, didapati kemahiran profesional seorang
guru mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang
berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa
bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan
maklumat sejagat.
Dengan usaha sama semua pihak serta pelaksanaan yang telus dan lancar, diharap suatu
hari nanti bahasa Melayu sekali lagi dapat menjadi lingua franca bukan sahaja di rantau ini
malah di seantero dunia. Dasar MBMMBI diharap mampu mengekal seta memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebanggaan kita semua serta bahasa Inggeris sebagai kelebihan yang
dipunyai oleh rakyat Malaysia.

9.0

RUJUKAN

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000). Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan
Publications &Distributors Sdn Bhd.
Arifin Hj. Zainal. (1985). Pekerja dan pekerjaan. Pendekatan Psikologi Personel.
Berita Harian. (2011, November 25). Waktu pengajaran bahasa Inggeris ditambah. Dari
http://www.bharian.com.my/articles/WaktupengajaranbahasaInggerisditambah/Article/

Berita Harian. (2011, Oktober 31). Jangan Layan Usaha Pinggir Bahasa Melayu. Diperoleh dari
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JanganlayanusahapinggirbahasaMelayu/Arti
cle/print_html
Berita Harian. (2011, November 11). Sebahagian besar murid tak upaya ikuti PPSMI, 36 &37.
Berita Harian. (2011, Oktober 31). Minda pengarang: beri ruang, kesempatan pelaksanaan
dasar MBMMBI.
Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Memartabatkan Bahasa Melayu &
Memperkukuh Bahasa Inggeris. Kuala Lumpur: kementerian Pelajaran Malaysia.
Institut Terjemahan Negara Malaysia.(Mei,2010). Siaran Akhbar Perbincangan Meja Bulat
Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM). Diperoleh dari
http://www.itnm.com.my/news/detail/siaran_akhbar_perbincangan_meja_bulat_memartabatkan_b
ahasa_melayu_mbm/
Prof Dr Radin Umar. (2009, Ogos). Kerjasama mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris. The
teacher: daripada guru kepada guru. 4&5.
Prof

Dr.

Sidek

Baba,

(2009Februari).Martabatkan

Bahasa

Melayu

jadi

bahasa

ilmu. Pendidik. 58, 59 & 60.

10

You might also like