P3120 - Bab 5 Memorandum Persatuan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Bab 5 : Memorandum Persatuan

5.1 Apakah yang dimaksudkan dengan memorandum persatuan?

Memorandum persatuan ialah perlembagaan/ piagam sesebuah syarikat. Kadang kala ia


juga disebut sebagai tatawujud syarikat. Memorandum ini ialah suatu dokumen yang
wajib di daftarkan dengan Pendaftar Syarikat (ROC). Ini adalah keperluan di bawah
peruntukan Sek 16 (5) Akta Syarikat

Jika ada apa2 percanggahan antara peruntukan di dalam memorandum dengan


peruntukan artikel persatuan, maka peruntukan di dalam memorandum persatuan lah
yang akan diutamakan.

5.2 Ciri-ciri memorandum persatuan

 Ianya perlu dicetak


 Dibahagi mengikut perenggan
 Bertarikh
 Mempunyai sekurang2nya dua penandatangan (Sek 14 (1) Akta Syarikat)

Perkara2 yang perlu dinyatakan di dalam memorandum mengikut Sek 18 (1) Akta
Syarikat ialah : -

Nama syarikat
Objek-objek syarikat
Bagi syarikat yang dihadkan oleh syer, nyatakan jumlah syer modal (jika ada)
Bagi syarikat berhad menurut syer, nyatakan tanggungan ahli2 adalah terhad
Bagi syarikat berhad menurut gerenti, nyatakan tanggungan ahli2 terhad mengikut
gerenti yang diberikan
Nyatakan nama, alamat dan pekerjaan penandatangan2 memorandum
Nyatakan bahawa penandatangan2 memorandum adalah berniat menubuhkan
syarikat mengikut peruntukan memorandum tersebut

Sek 18 (1) (a) – (b) adalah merupakan peruntukan minima yang diperlukan di dalam
sesuatu memorandum itu. Sesebuah syarikat boleh membuat peruntukan tambahan
kepada peruntukan minima ini. Misalnya, syarikat boleh menambahkan suatu peruntukan
yang mengehadkan jumlah ahli maksima di dalam syarikat tersebut. Kebaikan
peruntukan tambahan ini ialah memorandum persatuan tidak boleh dipinda sesuka hati
kecuali pindaan itu mengikut peruntukan di dalam Akta Syarikat. Jika tidak ada
peruntukan di dalam Akta Syarikat yang membenarkan sesuatu fasal di dalam
memorandum itu dipinda, maka fasal tersebut tidak boleh dipinda.
5.3 Doktrin Ultra Vires

Antara perkara yang perlu di nyatakan di dalam memorandum ialah tujuan / objek
sesebuah syarikat itu itubuhkan. Jika sebuah syarikat membuat suatu tindakan/
menjalankan suatu urusan yang tidak dikuatkuasakan / tidak berkaitan dengan tujuan/
objek yang dinyatakan di dalam fasal memorandum, maka ianya adalah dikatakan telah
bertindak secara ultra vires. Tindakan / urusan sedemikian boleh dikaji di dalam dua
kedudukan iaitu di bawah Common Law dan di bawah Akta Syarikat 1965.

Mengikut Common Law

i. Suatu urusan/ tindakan syarikat yang ultra vires adalah tidak sah

Kes Ashbury Railway Carriage & Iron Co Ltd lwn Riche (1875) LR 7 HL 653,
syarikat telah ditubuhkan dengan tujuan membuat, menjual, meminjam atau menyewa
gerabak kereta api. Syarikat juga boleh bertindak sebagai juru mekanik dan kontraktur.
Walau bagaimanapun, pengarah2 syarikat telah membuat suatu perjanjian untuk
membiayai pembinaan suatu landasan keretapi di Belgium. Perjanjian tersebut
kemudiannya telah disahkan di dalam mesyuarat agung syarikat oleh semua ahli.
Mahkamah tetap memutuskan bahawa perjanjian itu adalah ultra vires dan tidak sah.
Syarikat juga tidak boleh mengesahkan perjanjian tersebut di dalam mesyuarat agungnya.

ii. Syarikat tidak boleh didakwa berasaskan suatu kontrak ultra vires

Kes Re Jon Beauforte adalah berkenaan dengan sebuah syarikat di mana objek syarikat
ialah menjalankan perniagaan kain baju, membuat baju dan urusan2 yang lain yang
hampir sama. Syarikat telah memulakan perniagaan membuat “veneered panel’s” iaitu
sejenis plywood. Mereke telah membina sebuah kilang untuk perniagaan baru ini dan
telah menempah arang batu untuk kilang tersebut. Seorang pembekal arang batu telah
membekalkan arang batu secara kredit. Syarikat kemudiannya mengalami kegagalan dan
terpaksa dibubarkan. Likuidator telah menolak hutang terhadap pembekal arang tersebut.
Mahkamah memutuskan bahwa pembekal arang itu tidak dapat menuntut hutangnya
kerana dia telah mendapat notis yang mencukupi bahawa arang batu itu akan digunakan
untuk tujuan ultra vires. Ini adalah kerana surat dari syarikat menempah arang batu itu
telah tercatat dengan perkataan “ pengeluar veneered panel’s”

iii. syarikat tidak boleh mendakwa pihak lain daripada suatu kontrak ultra
vires
iv. orang luar yang bertindak secara suci hati juga tidak boleh bergantung
kepada alasan bahwa dia tidak mendapat notis tantang ketiadaan kuasa
syarikat. Undang2 mengambil pendirian bahawa oleh kerana
memorandum adalah berdaftar dengan Pendaftar Syarikat dan dibuka
untuk pemeriksaan maka orang luar adalah mempunyai motis konstruktif
tentang ini kandungannya.
Apakah kedudukannya jika syarikat melakukan tindakan yang di dalam kuasa syarikat
tetapi kuasa itudigunakan untuk tujuan yang tidak sah? Kes Re Introduction Ltd. (1970)
Ch 199 (Court Of Appeal, England), di dalam kes ini syarikat telah memulakan
perniagaan menyediakan perkhidmatan pelancongan untuk “ Festival of Britain” pada
tahun 1951. pada tahun 1960 syarikat telah menukarkan perniagaannya kepada
perniagaan ‘ pgi breeding’. Memorandum persatuan ada memperuntukan satu fasal yang
memberi kuasa kepada syarikat untuk meminjam/ mendapatkan wang dengan apa cara
yang dianggap patut oleh syarikat. Syarikat kemudiannya telah meminjam wang dengan
cara cagaran dari sebuah bank yang mempunyai 1 salinan memorandum syarikat tersebit.
Bank kemudiannya ingin menguatkuasakan pinjaman tersebut. Mahkamah memutuskan
bahawa pinjaman tersebut adalah ultra vires. Walaupun fasal peminjaman itu memberi
kuasa kepada syarikat untuk meminjam wang tetapi kuasaitu mestilah digunakan untuk
maksud/ tujuan yang sah. Keputusan kes ini dikatakan sebagai “ the wide view”
(pandangan luas)

Namun begitu keputusan dari kes ini telah diikuti id dalam kes yang kemudiannya iaitu
kes Rolled Steel Products (Holding) Ltd lwn BritishSteel Corp (1984) BCLC 466
(Court of Apeeal, England). Keputusan dari kes ini di anggap sebagai “ narrow view”.
Untuk maklumat yang lebih, sila baca kes berkenaan.

Doktrin ultra vires di dalam Akta Syarikat 1965

Sek2 yang berkaitan dengan doktrin ultra vires di dalam Akta Syarikat ialah Sek 20 (1),
20 (2) (a), (b), (c) dan 20 (3). Sek 20 (1) memperuntukan ‘ tiada tindakan yang
didakwakan sebagai tindakan syarikat…..boleh menjadi tak sah hanya dengan sebab
fakta yang syarikat itu tidak mempunyai keupayaan atau kuasa membuat tindakan
itu…..’. Ini bermakna, jika syarikat melakukan sesuatu tindakan di luar kuasa syarikat
(bertindak secara ultra vires), tindakan itu adalah sah. Sek ini seolah2 mengenepikan
doktrin ultra vires di bawah Common Law. Walau bagaimanapun, Sek kecil (2)
menyentuh tiga keadaan dimana doktrin ultra vires itu masih terpakai di Malaysia.

1. Sek 20 (2) (a) – seorang ahli syarikat atau di mana syarikat telah mengeluarkan
debenture yang didapati dengan suatu cagaran terapung, maka pemegang mana2
debentur tersebut/ pemegang amanah kepada pemegang2 debentur yang disebut
tadi bolehlah mendakwa syarikat untuk menyekatnya dari mengambil sebarang
tindakan yang di luar kuasa syarikat. Orang2 yang disebut di atas bolehlah
memohon untuk mendapat tegahan/ injuksi bagi memberhentikan suatu tindakan
ultra vires itu. Perlulah diingatkan Sek ini hanya boleh digunakan untuk tegahan
yang dibuat terhadap tindakan ultra vires yang hampir dijalankan. Ini dapat
dilihat di dalam kes Hawkesbury Development Co Ltd lwn Landmark
Finance Pty Ltd (1969) 2 NSWR 786. di dalam kes ini H memegang kesemua
saham dalam LF. LF telah mengeluarkan dua debenture kepada United Dominion
Corp (UDC). H memohon supaya mahkamah mengistiharkan pengeluaran
kedua2 debentur tersebut sebagai tak sah kerana ianya adalah ultra vires objek
syarikat. H juga memohon supaya mahkamah mengeluarkan tegahan terhadap
UDC daripada menguatkuasakan debentur2 tersebut. Persoalannya, bolehkah H
memohon mahkamah mengeluarkan tegahan terhadap UDC? Mahkamah
memutuskan, walaupun tindakan tersebut adalah ultra vires, H tetap tidak boleh
memohon mahkamah mengeluarkan tegahan terhadap UDC. UDC adalah pihak
yang ketiga sementara Sek 20 (2) (a) hanya boleh digunakan ahli untuk
mendakwa syarikat sahaja.

2. Sek 20 (2) (b) memperuntukan, “…….mana 2 tindakan oleh syarikat/ mana2 ahli
syarikat itu terhadap pegawai2 syarikat masa kini dan yang lepas.” Ini
bermakna syarikat/ ahli2 syarikat boleh mendakwa mana2 bekas pegawai/
pegawai syarikat masa kini yang telah melakukan tindakan ultra vires. Tindakan
ultra vires ini mestilah yang telah selesai/terlaksana. Ini berbeza dengan Sek 20
(2) (a).

3. Sek 20 (2) (c) memperuntukan bahawa menteri boleh membuat petisyen kepada
mahkamah untuk menggulung syarikat yang telah melakukan tindakan ultra vires

5.4 Pemindaan objek syarikat

Akta Syarikat 1965 telah memperuntukan dengan tepatnya berkenaan dengan pemberian
kuasa dan peraturan untuk pemindaan : -

i. fasal nama – Sek 23 Akta Syarikat 1965


ii. fasal modal – Sek 62 dan 64 Akta Syarikat 1965
iii. fasal objek – Sek 28 Akta Syarikat 1965

Sek 21 telah memperuntukan bahawa “ memorandum sesebuah syarikat boleh dipinda


kesetakat dan dengan cara yang diperuntukan oleh Akta ini tetapi tidak selainnya”.
Nampaknya, oleh kerana peruntukan ini fasal2 lain selain dari pada fasal nama, objek.
Dan modal, jika didapati di dalam memorandum tidaklah boleh dipinda.

You might also like