Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

1

SULIT

011

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DARO

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


TAHUN 5 2015
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

011

November
1 jam
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu
A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan
jawapan kamu pada kertas objektif yang disediakan. Jika kamu hendak
menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan
jawapan yang baharu.
4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak di Bahagian A dan


10 halaman bercetak di Bahagian B.

011

[Lihat halaman sebelah


SULIT

2
SULIT

011

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga Soalan 16


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

Maafkan_____ kerana tidak sengaja terpijak kaki saudari, kata Salmiah kepada
gadis itu.
A saya
B aku
C patik
D hamba

Soalan 2 berdasarkan Gambar 1

2.

Erma belajar _________ sarung ketupat daripada neneknya.


A menenun
B menganyam
C memilin
D menyulam

3.

Wahida rajin mengemas rumah._______, dia merupakan anak sulung dalam


keluarganya.
A Lantaran itu
B Namun demikian
C Tambahan pula
D Selain itu

011

SULIT

SULIT

011

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

4. Faizah membeli dua__________ jagung bakar untuk adiknya.


A tongkol
B biji
C papan
D buah

5. Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil itu _____________ oleh sorakan penonton.
A mundar-mandir
B lintang-pukang
C hiruk-pikuk
D simpang-siur
6.

_________ majlis penyampaian hadiah itu disusun oleh setiausaha Hari Keluarga
sekolah kami.
A Tatasusila
B Tatatertib
C Tatacara
D Tatahias

7. Ceramah ______Keburukan Permainan Video itu disampaikan oleh pegawai


kesihatanHospital Kuala Lumpur.
A dengan
B seperti
C terhadap
D tentang

011

[Lihat halaman sebelah


SULIT

4
SULIT

011

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3

8. Tukang rumah itu sedang _______sekeping papan.


A mengetam
B memahat
C memaku
D menggergaji

Soalan 9
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah
ini.
9. Kecantikan Mahsuri yang __________ itu menjadi bualan penduduk Langkawi.
A bagai pinang dibelah dua

B bagai bulan dipagari bintang


C bagai cincin dengan permata
D bagai bertih digoreng
Soalan 10
Pilih kata seerti yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.
10. Orang kaya itu mengusir pengemis yang meminta sedekah di rumahnya.
A menolak
B mengugut
C menghalau
D memanggil

011

SULIT

SULIT

011

Soalan 11

Pilih lawan kata yang sesuai bagi kata yang bergaris.


11. Walaupun berbadan kurus, budak itu kuat makan.
A gemuk
B lebar
C besar
D pendek
Soalan 12 berdasarkan Gambar 4

12. . Pengembara itu berehat di ___________ pokok mempelam untuk menghilangkan


penat.
A atas
B tepi
C bawah
D luar

011

[Lihat halaman sebelah


SULIT

6
SULIT

011

Soalan 13 berdasarkan Gambar 5

13. Daniel sangat suka akan sup ___________ ikan yang dimasak oleh ibunya.
A bebola
B bebawang
C bebuli
D bebendul

Soalan 14
Pilih ayat yang betul.
14. A Fazli lebih bijak dari abangnya.
B Sila serahkan surat berdaftar ini ke Johan.
C Setiap bulan, saya pulang ke kampung untuk menjenguk ibu dan ayah.
D Kunci bilik itu ada kepada pengawal keselamatan.

Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.
15. Di tepi sungai itu ada beberapa rumpun pokok buluh.
A Terdapat beberapa rumpun pokok buluh di tepi sungai itu.
B Beberapa rumpun pokok buluh ditanam di tepi sungai itu.
C Di tepi sungai itu mungkin ada beberapa rumpun pokok buluh.
D Ada sungai di tepi beberapa rumpun pokok buluh itu.

011

SULIT

SULIT

011

Soalan 16
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang
bergaris dengan betul.
16. I Rumah saya agak jauh dari sekolah.
II Barangan yang dijual di pasar raya itu jauh lebih murah daripada yang dijual di pasar
raya lain.
III Pergilah jauh agar tiada sesiapa pun yang akan mengganggumu, kata
Khairil kepada rakan

baiknya.

IV Setiap hari, dia berjalan kaki jauh lima kilometer.


A II saja
B I dan II saja
C III dan IV saja
D I, II, dan III saja

Soalan 17 hingga Soalan 20


Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur.
Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang
diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2011.
Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam di
kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga. Hal ini
disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi.
Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan
orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkid-orkid di sini jarangjarang ditemukan di tempat lain.
Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang
ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa
membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid yang
betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul.
Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini
setiap tahun. Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India,
Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini.
Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid,
pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau
di Taman Orkid Antarabangsa Serendah.
011

[Lihat halaman sebelah


SULIT

8
SULIT

011

17. Penyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid
Antarabangsa Serendah, kecuali
A pokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga.
B jenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan.
C orkid di sini tidak perlu dijaga dengan teliti.
D orkid yang ditanam di sini tidak kurang daripada 500 jenis.
18. Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah dalam jangka
masa empat tahun itu?
A 500 orang
B 25 000 orang
C 50 000 orang
D 100 000 orang
19. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Taman Orkid Antarabangsa
mendapat perhatian orang ramai?
A banyak pelancong dari dalam dan luar negeri yang mengunjungi taman itu
B pelancong banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenangan
C bilangan pelancong asing yang mengunjungi taman ini melebihi bilangan penduduk
setempat
D pengunjung sering menaiki menara tinjau
20. Pada pendapat anda, mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah diwujudkan?
A untuk memperkenalkan tanaman orkid kepada generasi baru
B untuk memperindah Bandar Raya Kuala Lumpur
C untuk mempelbagaikan tanaman yang terdapat di negara kita
D untuk menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid

011

SULIT

You might also like