Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 69

KEADILAN ASASI

Hakim Lord Hewart dalam kes mahkamah


menyebut:
Adalah menjadi keperluan asas bahawa
keadilan bukan sahaja dilaksanakan, tetapi
perlu juga dipastikan yang ia dilaksanakan.

Profesor De Smith dalam bukunya Constitutional and


Administrative Law 2 menyebut:
Peraturan keadilan asasi adalah taraf minimum dalam
membuat keputusan yang saksama yang dikenakan oleh
undang-undang terhadap orang atau badan yang
bertugas bertindak secara kehakiman ... isi kandungan
keadilan asasi boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian
dan boleh berbeza-beza ... yang penting ialah kepentingan
pihak terlibat perlu diambilkira dan dicapai tanpa berat
sebelah dan selepas peluang yang secukupnva diberikan
kepada pihak yang berkenaan untuk membentangkan
kesnya.

PENGENALAN
Hak keadilan asasi perlu mematuhi dua prinsip utama iaitu:
(a)
Prinsip audi alteram partem, iaitu orang yang
berkenaan diberi peluang yang mencukupi untuk
menyatakan kesnya semasa perbicaraan. (hak untuk
didengar )
(b)
Prinsip "tidak berat sebelah" atau nemo judex in cause
sua potest ( tidak bias atau pilih kasih )

panduan untuk menentukan keadilan asasi itu


tercapai.
Pertama, seorang yang dituduh hendaklah
mengetahui bentuk tuduhan yang dibuat;
kedua, dia hendaklah diberi peluang untuk
menyatakan kesnya; (buat pembelaan)
ketiga, tribunal hendaklah bertindak dengan niat
baik (iaitu tanpa buruk sangka).

PEMAKAIAN KONSEP KEADILAN ASASI


Di England:
Pandangan liberal
Pandangan sempit
pandangan kembali liberal
Prinsip keadilan (fairness)
Legitimate expectation

Pandangan liberal
Pandangan yang luas (broad approach) digunakan dalam
penggunaan prinsip keadilan asasi sesiapa yang mempunyai
tugas untuk buat keputusan mestilah bertindak menurut
prinsip dalam keadilan asasi.
Cooper lwn Wandworth Board of Works
Fakta : notis 7 hari perlu dikemukakan kpd pihak berkuasa
tempatan sebelum bina rumah. Rumah dirobohkan kerana
notis tidak diberi. Hak untuk didengar tidak diberi.
Mahkamah : hak untuk didengar perlu diberi sebelum
tindakan diambil.

Pandangan liberal
Board of Education lwn Rice
Prinsip : ketika membuat keputusan, terutamanya
ketika menggunakan budibicara yg tdk melibatkan
undang-undang, orang yang membuat keputusan
hendaklah bertindak dengan suci hati serta
mendengar dengan adil dari kedua-dua belah
pihak.

Pandangan sempit
Pandangan sempit (narrow approach) digunakan dalam
penggunaan prinsip keadilan asasi
Nakkuda Ali lwn Jayaratne
Fakta : pengawal lesen boleh batalkan lesen jika, ada
sebab munasabah untuk mempercayai bahawa penjual
tersebut tidak layak untuk menjadi penjual. Lesen
dibatalkan tanpa perbicaraan. Hak utk mendapatkan lesen
hanya satu pemberian.
PC : tiada prosedur perbicaraan dinyatakan dalam statut.
Oleh itu, hak untuk didengar tidak perlu diberikan.

Pandangan sempit
Queen Metropolitan Police Commissioner, ex
parte Parker
Fakta : pesuruhjaya polis boleh batal lesen jika,
berpuashati pelesen tidak sesuai untuk
memegang atau diberi lesen tersebut.
Mahkamah : Beliau menjalankan tugas sebagai
pihakberkuasa disiplin. Perbicaraan tidak perlu.

Pandangan kembali liberal


1963 pandangan kembali bertukar menjadi terbuka/luas
(broad approach) dlm pemakaian prinsip keadilan asasi. ujian:
apabila hak seseorang terjejas, pentadbir perlu bertindak secara
kehakiman & guna prinsip keadilan asasi.
Ridge lwn Baldwin
Fakta : tertuduh bersubahat dlm rasuah tapi tlh dibebaskan.
Pihak jawatankuasa telah memecat tertuduh tanpa
memberi notis atau tanpa peluang perbicaraan.
HOL : walaupun tiada peruntukan dalam statut berkenaan
hak untuk didengar, ia masih perlu diberikan.

Pandangan kembali liberal


Durayappah lwn Fernando pembubaran
Majlis Perbandaran oleh Menteri dikatakan
tindakan separa kehakiman. Mahkamah:
walaupun statut tidak memperuntukan
dengan jelas pihak-pihak yang perlu didengar,
common law (prinsip keadilan asasi) akan
digunakan.

Pandangan kembali liberal


Prinsip keadilan asasi terpakai dalam fungsi/tindakan
pentadbiran yang telah dikategorikan sebagai separa
kehakiman.
Malloch lwn Aberdeen Corporation
Fakta : pemecatan pekerja pihak berkuasa awam
kerana tidak mematuhi peraturan. Pemecatan
dilakukan tanpa perbicaraan.
HOL : dalam kes yang melibatkan majikan dan pekerja
tulin, pemecatan dibuat berdasarkan undang-undang
kontrak sesama parti dan hak untuk didengar tidak
diberikan termasuk kes-kes di mana -

Pandangan kembali liberal


tidak melibatkan perkhidmatan awam atau tidak
disokong oleh statut
tidak dalam bentuk perkhidmatan atau status yang
tidak dilindungi statut/akta

Prinsip keadilan (fairness)


Semua jenis kuasa pentadbiran, separa kehakiman atau
tidak, perlu dijalankan dengan adil. Pihak pentadbir
dikehendaki bertindak secara adil. Cth: hak utk didengar
Re H(K) - An Infant
Fakta : seorang Pakistan bawa masuk anak berusia
bawah 16 tahun masuk ke England. Ditahan oleh
Imigresen.
Mahkamah : walaupun imigresen tidak bertindak
dalam kuasa separa kehakiman, Imigresen hendaklah
bertindak adil dengan memberi peluang kepada pihak
terlibat untuk membuktikan kenyataannya.

Prinsip keadilan (fairness)


Re Pergamon Press Ltd
Fakta : arahan untuk menyiasat syarikat tersebut
dikeluarkan. Q: adakah siasatan perlu mematuhi prinsip
keadilan asasi?
Mahkamah : Oleh itu, siasatan perlu dilakukan dgn adil.
jika hasil siasatan akan beri kesan yg serius kepada individu
dalam syarikat spt menjatuhkan reputasi, karier seseorang
dan membawa kpd tindakan kehakiman.

Legitimate expectation
Prinsip keadilan asasi terpakai walaupun seseorang
hanya ada legitimate expection (tanggapan asal).
Schmidt lwn Sec. of State for Home Affairs
Mahkamah : rakyat asing yang tamat permit & permit itu
tidak disambung, tiada hak untuk didengar jika tindakan
diambil ke atas mereka. TETAPI jika permit mereka
ditamatkan lebih awal , mereka ada legitimate
expectation untuk terus tinggal di England sehingga
permit tamat. Oleh itu hak untuk didengar perlu diberikan
kepadanya.

Legitimate expectation
Re Liverpool Taxi Owners Association
Fakta : Perbadanan Perbandaran diberi kuasa untuk
menetapkan jumlah lesen teksi yang dikeluarkan, serta
boleh menambah atau mengurangkan jumlah lesen
tersebut.
Mahkamah : Pertimbangan untuk mengeluarkan lesen
perlu dibuat dengan adil & bersedia untuk didengar, bukan
hanya dari pemohon bahkan dari pihak-pihak lain yang
berkepentingan dgn permohonan tersebut/badan-badan
lain yg terjejas hak mereka. Walaupun menjalankan tugas
pentadbiran tulin, keadilan perlu dibuat.

Pemakaian di Malaysia
Pemakaian prinsip keadilan asasi secara
luas/liberal.
Wong Kwai lwn President Town Council,
Johore Bharu
Prinsip : sebelum keputusan/arahan perobohan
rumah dibuat, prinsip hak untuk didengar perlulah
dipatuhi. Guna kaedah audi alteram partem

Pemakaian di Malaysia
Sim Yan Hoo lwn Matu & Daro District Council
Fakta : Majlis Daerah meminda lesen pemohon
dengan membenarkan beberapa kawasan sahaja
untuk berniaga. Pindaan dilakukan tanpa terlebih
dahulu memberi peluang utk didengar kpd
pemohon.
Mahkamah : pindaan lesen itu dibatalkan

Pemakaian di Malaysia
Ketua Pengarah Kastam lwn Ho Kwan Seng
Fakta : Lesen bagi pemegang lesen agen penghantaran
ditamatkan olh Pegawai Kanan Kastam kerana
melanggar Akta Kastam. Tidak diberi peluang untuk
didengar.
FC : Membatalkan keputusan pihak Kastam dan
keadilan asasi terpakai walaupun perkara itu tiada
diperuntukan dalam akta berhubung perbicaraan.
Perbicaraan yg adil penting krn ia boleh digunakan utk
mentafsir hak-hak dlm pentadbiran.

Pemakaian di Malaysia
perbicaran bukan hanya diberikan bergantung kpd
tindakan pentadbiran semata-mata tapi mesti
diberikan jika seseorang merasakan haknya terjejas/
teraniaya olh tindakan pihak pentadbiran.

Perkara 135(2) Perlembagaan


anggota perkhidmatan awam tidak boleh dibuang
kerja atau diturunkan pangkat dengan tidak diberi
peluang yang munasabah untuk didengar.

Pemakaian di Malaysia
Fadzil bin Mohammed Noor lwn Universiti
Teknologi Malaysia
Fakta : dipecat kerana tidak hadir kerja tanpa
kebenaran.
Mahkamah : dalam hubungan majikan dan pekerja
tulin, prinsip keadilan asasi tidak terpakai.
Wlubagaimanapun, Status perayu sebagai pembantu
pensyarah disokong oleh statut maka, beliau berhak
untuk dapat perbicaraan di hadapan pihak berkuasa
disiplin termasuk hak utk merayu kpd majlis universiti
atas keputusan yg dibuat.

Pemakaian di Malaysia
Prinsip keadilan asasi juga terpakai dalam doktrin
legitimate expection.
John Peter Berthelsen lwn Director General of
Immigration
Fakta : pas kerja ditamatkan 2 tahun lebih awal kerana
dikatakan kehadirannya boleh menggugat keselamatan
negara.
Mahkamah : Beliau ada legitimate expectation. Iaitu beliau
berada di sini secara sah dan mempunyai harapan yg sah utk
tinggal shgg pasnya tamat. Perlu diberi hak untuk didengar
mengikut keadilan asasi.

Pemakaian di Malaysia
Minister of Resources Planning & ors lwn
Keruntum Sdn Bhd
Mahkamah : prinsip keadilan asasi terpakai
apabila pihak perhutanan hendak menarik balik
lesen yg telah diberikan. pihak perhutanan perlu
beri peluang kepada pemegang lesen menyatakan
alasan kenapa lesen mereka tidak boleh ditarik
balik.

Prinsip Keadilan Asasi

KEADILAN ASASI

HAK UNTUK DIDENGAR

NOTIS

PERBICARAAN

TAHU KES DENGAN JELAS

BERI SEMUA MAKLUMAT

ADA MASA UNTUK PEMBELAAN

TERIMA SEMUA KETERANGAN

BERI PELUANG MENYANGKAL

DENGAR SEMUA PIHAK

TIDAK BIAS

KEWANGAN

DIRI

POLISI

PRINSIP PERTAMA
AUDI ALTERAM PARTEM
ciri-ciri yang berikut akan disentuh:
(a) Keperluan notis pemberitahuan tentang kesalahan yang dihadapi
oleh pekerja yang berkenaan;
(b) Keperluan diberi peluang membuat representasi jawapan
(keterangan jawapan) atau berhujah atas kesnya dalam masa yang
munasabah. Peluang membuat representasi ini sama ada secara lisan
atau tulisan;
(c) Hak menyoal saksi dan hak diwakili oleh peguam;
(d) Hak diberitahu keputusan dan hak dinyatakan alasan keputusan;
(c) Pertimbangan kes terdahulu dan prinsip "pembebasan dahulu"
(autrefois acquit), "sabitan dahulu" (autretois comvict), dan res
judicata;
(f) Hak merayu dan dengar semula.

Notis
Prinsip keadilan asasi-sblm tindakan diambil terhadap
seseorang, notis yg lengkap tentang kes yg dihadapi perlu
disampaikan kpdnya.
Supaya individu itu tahu akan tuduhan yg dikenakan ke atasnya
dan dia dapat bersedia dgn pembelaan.
(1) Tahu kes dengan jelas
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

Masa dan tarikh kesalahan dilakukan;


Di mana (tempat) kesalahan dilakukan.,
Jenis perbuatan yang dilakukan;
Terhadap siapa, dengan siapa (jika ada) kesalahan dilakukan;
Peruntukan undang-undang/peraturan yang dilanggar oleh
penjawat awam yang berkenaan.
.

Seseorang pekerja yang dikenakan tindakan tatatertib


hendaklah terlebih dahulu diberitahu jenis kesalahan yang
dilakukannya yang membolehkan dia, jika didapati salah,
dikenakan tindakan tatatertib.
Hakim Lord Denning dalam kes Surrinder Singh Kanda lwn
Kerajaan Malaysia7 menyebut:
Jika hak untuk didengari hendak dijadikan hak sebenarbenarnya yang amat bermakna, ia hendaklah juga
dikaitkan dengan hak orang yang dituduh untuk
mengetahui kes yang dikenakan terhadapnya.

Dengan perkataan lain, hak untuk diberitahu kesalahan


yang dilakukan menjadi salah satu ciri utama hak keadilan
asasi.
Mahadevan lwn Anandrajan
Fakta : Pengetua panggil pelajar dan dibuang sekolah
atas kelakuan tidak baik. Notis tidak diberikan.
PC : Pertemuan dengan pelajar cukup untuk
memaklumkan beliau akan dibuang. Tuduhan dapat
dibuktikan dan pelajar itu tlh mengetahuinya.

Notis
(2) Ada masa yang munasabah untuk
sediakan pembelaan
Setelah pekerja itu diberitahu akan tuduhan
yang dikenakan terhadapnya, maka pekerja
yang berkenaan hendaklah diberi peluang
secukupnya (tempoh masa yang paling
munasabah) untuk membolehkannya memberi
jawapan dan alasan bagi membela dirinya
daripada tuduhan yang berkenaan (atau
dinamakan "peluang membuat representasi").

Penentuan sesuatu kes yang mengenal "masa yang


munasabah" adalah mengikut kes masing-masing.
Suatu kes yang rumit yang memerlukan pekerja
tersebut mencari dan mengumpul keterangannya
dalam membuat representasi tentulah memerlukan
masa yang lebih lama daripada kes yang agak mudah
dan tidak memerlukan maklumat yang mendalam.

Contohnya pekerja yang dituduh menjalankan


kegiatan yang bertentangan dengan kepentingan
syarikat akan memerlukan masa yang lebih panjang
untuk menyediakan representasi membela diri jika
dibandingkan dengan pekerja yang dituduh bergaduh
semasa bekerja.
konsep masa yang munasabah" berbeza antara satu
kes dengan yang lain.

Phang Moh Shin lwn Commissioner of Police


Fakta : Notis diberi sejurus sebelum
perbicaraan bermula. Permohonan
penangguhan perbicaraan ditolak. Gagal
membela diri & dipecat.
Mahkamah : notis yg diberikan tdk lengkap,
Tempoh notis singkat. Pemecatan dibatalkan.

Notis
Kes: Re Liverpool Taxi owners association
Fakta: pihak persatuan teksi diminta menjawab
surat tunjuk sebab yang diterima pada tarikh
tutup untuk mengemukakan bantahan.
Mahkamah: masa yang diberikan tidak
munasabah. Oleh itu, notis tidak lengkap & tidak
sempurna.

Perbicaraan
Perbicaraan lisan atau bertulis, bergantung kepada
keadaan kes.
demi menjamin keadilan, terpulanglah kepada pekerja
yang berkenaan sama ada hendak membuat representasi
secara bertulis atau secara lisan (misalnya melalui
perakam suara, dan lain-lain).
Ini disebabkan ada setengah-tengah orang tidak pandai
menulis tetapi boleh berhujah secara lisan untuk
menyampaikan maksudnya.

tribunal tidak terikat untuk menerima


keterangan seperti di mahkamah.
la boleh menerima keterangan lain seperti
pengetahuan peribadi dan luahan, asalkan ia
ada nilal yang boleh disahkan.

Ridge lwn Baldwin - melibatkan fakta yang rumit dan


teknikal, maka perbicaraan secara lisan perlu
diberikan.
Pett lwn Greyhound Racing Association
fakta: lesen pelatih anjing dibatalkan kerana dia beri dadah
kepada anjing sebelum perlumbaan.
Mahkamah: kes serius & boleh menjejaskan reputasi.
Perbicaraan secara lisan perlu.

Perbicaraan
Tranvancore Rayons lwn Union of India
Fakta: Q samada produk yang dikeluarkan oleh
syarikat perlu dicukaikan. Cukai dikenakan ke atas
jumlah pengeluaran tanpa menolak barang yg
rosak. Syarikat membantah cukai yg dikenakan olh
pihak berkuasa & pihak berkuasa menolak
bantahan itu tanpa perbicaraan lisan.
Mahkamah: melibatkan soal fakta yang rumit.
Perbicaraan secara lisan perlu.

Perbicaraan
Najar Singh lwn Govt. of Msia
Fakta: pegawai polis diberi notis tunjuk sebab
kenapa beliau tidak boleh dipecat. Beliau
menjawab secara bertulis & kemudiannya dipecat.
P 135(2) PP, beliau dikatakan tidak diberi peluang
yg munasabah utk didengar.
Mahkamah: Perbicaraan tidak semestinya lisan.
Mencukupi jika ada peluang untuk menyangkal
pertuduhan dgn membalas secara bertulis.

Yang penting ialah penjawat awam itu diberi


peluang sepenuhnya untuk menyatakan
kesnya sebelum dia dibuang kerja
terpakai juga kepada pekerja swasta

Perbicaraan yang adil


(1) orang yg mengadili perbicaraan perlu
kemukakan semua maklumat/keterangan yg
akan digunakan dlm membuat keputusan
Tertuduh boleh menyangkal dakwaan dan memberi penjelasan
tentang isu tersebut sblm pihak berkuasa membuat keputusan.
Dalam kes De Verteuil lwn Knagg,12 mahkamah menyebut:
peluang yang adil untuk membuat sebarang kenyataan yang
berkaitan yang dia ingin kemukakan dan peluang yang adil untuk
membetulkan atau menentang sebarang kenyataan yang
dikemukakan yang menimbulkan prasangka terhadapnya.

Phang Moh Shin lwn Commissioner of Police


Fakta : penyiasat tidak maklum fail
perkhidmatan, rekod peribadi & kertas siasatan
yg akan diambilkira dalam buat keputusan.
Mahkamah : kegagalan penyiasat memberi
maklumat menyebabkan tertuduh tidak dapat
menjawab tuduhan dan gagal menerangkan
kedudukan sebenar. perbicaraan tidak adil.

Perbicaraan yang adil


Shamsiah bt Ahmad Sham lwn Public Service
Commission, Msia
Fakta : pekerja dipecat atas alasan cuai dlm
tugasnya di Pejabat Percetakan. Pentadbir
ambilkira rekod kelakuannya terdahulu tetapi
tidak dimaklumkan kpd tertuduh. Gagal untuk
menjelaskan kedudukan & dipecat.
Mahkamah : tiada peluang utk
menjelaskan/menafikan kenyataan. Perbicaraan
tidak adil.

Perbicaraan yang adil


Abdul Rahman Isa lwn Public Service Commission, Msia
Fakta : pegawai kastam dituduh tukar tayar yang belum
dicukai dengan tayar yang telah dicukaikan. Tertuduh gagal
buat laporan bahawa semasa bawa tayar tersebut, dia
telah ditahan oleh sekumpulan lelaki cina. Dianggap
berkomplot dengan pihak lain untuk lari dari cukai. Isu
komplot tidak dimaklumkan olh pihak majikan & tidak
berpeluang untuk bela diri.
Mahkamah : keputusan pemecatan tidak sah kerana telah
melanggar keadilan asasi.

Perbicaraan yang adil


(2) semasa perbicaraan, pihak
berkuasa/pentadbir perlu menerima semua
keterangan yg dikemukakan olh tertuduh
Beri peluang kpd tertuduh utk mengemukakan segala
keterangan/bukti secukupnya bagi menafikan dakwaan ke atas
dirinya.
Malayawata Steel Bhd lwn Union Malayawata Steel Workers
Fakta : Mahkamah Perusahaan halang syarikat drpd kemukakan
saksi.
HC : keputusan Mahkamah Perusahaan yang tidak membenarkan
syarikat memanggil saksi adalah melanggar keadilan asasi.

Perbicaraan yang adil


(3) pihak berkuasa/pentadbir yg terlibat mengadili
perbicaraan perlu beri peluang kpd tertuduh utk menyangkal
tuduhan yg dikenakan ke atasnya.(wakilkan peguam)
Pett lwn Greyhound Racing Association - perbicaraan lisan
dan diwakili peguam perlu kerana melibatkan reputasi dan
kehidupan masa depan pelatih itu.
Mundell lwn Mellor
Fakta : jurutera perunding kilang diminta beri
keterangan berhubung kemalangan yg berlaku di kilang.
Dia mohon diwakili peguam tapi ditolak.
Mahkamah : ada hak untuk diwakili walaupun tidak
diperuntukan di bawah undang-undang

Perbicaraan yang adil


Federal Hotel Sdn Bhd lwn National Union of
Hotel, Bar & Restaurant Workers
Fakta : Mahkamah Perusahaan melarang satu
pihak diwakili peguam tetapi membenarkan
pihak yang satu lagi diwakili peguam.
FC : keputusan itu melanggar keadilan asasi.

Perbicaraan yang adil


Fraser lwn Mudge
Fakta: banduan melanggar disiplin penjara &
ketika perbicaraan dia minta diwakili peguam
tetapi tidak dibenarkan.
Mahkamah : kes disiplin penjara tidak perlu
diwakili peguam kerana akan melambatkan
proses.

Perbicaraan yang adil


(4) semasa perbicaraan, orang yg membuat
keputusan perlu mendengar kedua-dua belah
pihak.
Surinder Singh Kanda lwn Govt. of Msia
Prinsip : hakim atau sesiapa yang menjadi
pengadil, tidak boleh mendengar keterangan
atau terima wakil dari sebelah pihak sahaja
sebelum buat keputusan.

Alasan keputusan
Common law tidak mewajibkan pihak yang buat
keputusan untuk beri alasan dalam setiap keputusan
yang dibuat.
Breen lwn AEU - alasan keputusan merupakan asas
kepada ciri pentadbiran yang baik.
Jawatankuasa Frank - menggalakkan pengadil beri
alasan keputusan.
Travancore Rayons lwn Union of India - Mahkamah
membatalkan keputusan pihak kerajaan kerana tidak
menyatakan alasan apabila membuat keputusan.

Alasan keputusan
Di Msia, tertakluk dan bergantung kepada kes;
Jika pihak berkuasa tatatertib mendapati pekerja itu bersalah
dan dikenakan tindakan tatatertib, dia hendaklah diberitahu
kerana:
(i) Tindakan tatatertib itu akan berkait dengan
perkhidmatannya dan keputusan itu akan menjejaskan
reputasi tertuduh; dan
(ii) Untuk membolehkan pekerja itu menggunakan haknya
membuat rayuan.

Pemungut Hasil Tanah, DBD, P.Pinang lwn Kam


Gim Paik
FC : pemungut hasil tanah tidak perlu beri
alasan tentang jumlah pampasan yang
diberikan kerana dalam borang telah
dinyatakan dengan jelas bahawa jumlah adalah
berdasarkan keluasan dan nilai tanah

Alasan keputusan
Rohana bt Arifin lwn USM
Mahkamah : pentadbir perlu beri alasan
pemecatan pihak tertuduh tersebut kerana
kehidupannya terjejas & alasan itu boleh dijadikan
garis panduan kepada orang lain.

Tidak bias / pilih kasih


2 maxim;
seorang tidak boleh jadi hakim dalam tindakannya
sendiri.
Keadilan bukan shaja perlu dilakukan, malah perlu
ditunjukkan bahawa ia berlaku.
Pengecualian kepada hakim yang bias;
pihak terbabit masih mahu meneruskan
perbicaraan walaupun tahu hakim ada kepentingan.
Menjadi pengadil berdasarkan peruntukan khas
dalam statut
tiada hakim lain yang layak

Bias kewangan
Badan penghukum/Pengadil ada kepentingan
kewangan.
Dimes lwn The Grand Junction Canal Company
Fakta : Lord Chancellor yang jadi hakim adalah
salah seorang pemegang saham syarikat yang buat
tuntutan.
Mahkamah : keputusan Lord Chancellor yang
memihak kepada syarikat dibatalkan.

Bias diri
Pengadil mengadili perbicaraan yang melibatkan dirinya,
keluarganya atau kawan-kawan rapatnya.
Jika ahli pembuat keputusan (pihak berkuasa tatatertib) dan
pekerja yang dibicarakan atas tuduhan tatatertib itu
mempunyai kaitan atau hubungan kekeluargaan yang agak
hampir (misalnya anak dengan ayah, sepupu dan yang
seumpamanya), maka ini boleh dianggap akan ada
kemungkinan sebenar atau ada syak yang munasabah bahawa
ahli pihak berkuasa tatatertib itu akan berat sebelah.

Jika pihak-pihak (iaitu pekerja yang


dibicarakan atas tindakan berkuasa tatatertib
dan ahli pihak berkuasa tatatertib) adalah ahli
satu pertubuhan yang sama, maka di sini juga
ada kemungkinan sebenar atau akan ada syak
yang munasabah bahawa wujud berat sebelah
di pihak pembuat keputusan.

Metropolitan Properties Co. lwn Lannon


Fakta : Penyewa flat pohon jawatankuasa penilai sewa
yang dipengerusikan Lannon pertimbang kadar sewa.
Lannon pernah tolong penyewa dari kawasan lain di mana
tuan punyanya adalah dari syarikat yang sama.
Mahkamah : keputusan jawatankuasa tidak sah kerana
Lannon ada kecenderungan untuk bias diri.

Bias diri
Cooper lwn Wilson
Fakta : polis dipecat & ketua polis yang
memecatnya hadir sbg pemerhati semasa kes
rayuan.
Mahkamah : kehadiran ketua polis boleh
menyebabkan berlaku bias diri.

Bias diri
Hannam lwn Bradford City Council
Fakta : Guru dipecat oleh gabenor-gabenor
sekolah. Jawatankuasa dibentuk untuk meneliti kes
itu. 3 daripada 10 ahli jawatankuasa adalah
gabenor sekolah tetapi mereka tidak hadir semasa
keputusan pemecatan dibuat.
Mahkamah : masih ada kecenderungan untuk bias
diri. Gabenor sekolah tdk boleh menjadi
jawatankuasa utk mengesahkan pemecatan guru.

Bias diri
A.K. Kraipak lwn Union of India
Fakta : salah seorang calon pekerja menjadi ahli
Lembaga Pemilih Pekerja. Dia berjaya dalam
temuduga.
Mahkamah : keputusan Lembaga tidak wajar
kerana kedudukan calon menjadi ahli dalam
Lembaga Pemilih boleh menyebabkan bias diri
dlm pemilihan pekerja sbb ada kepentingan

Bias diri
Chong Kok Lim lwn Yong Su Hian
Fakta: Yong menuduh Chong langgar peraturan
persatuan & Chong dipecat dari menjadi ahli
persatuan. Keputusan pemecatan dibawa ke
mesyuarat agong persatuan untuk pengesahan &
Yong jadi pengerusi mesyuarat tersebut.
FC : keputusan pemecatan tidak sah kerana orang
yang menuduh menjadi pengerusi dalam
mesyuarat agong persatuan yang mengesahkan
pemecatan itu.

Bias polisi
Seseorang yg terlibat dalam penggubalan polisi secara
langsung atau tidak, tidak layak untuk buat keputusan
atas masalah yg timbul akibat pelaksanaan polisi tersebut.
Franklin lwn Minister of Town & Country Planning
Fakta : Menteri ada kuasa untuk mengesah &
mengeluarkan perintah berkaitan penubuhan bandar
baru. Bandar dikenalpasti, siasatan awam tlh dibuat,
Menteri tlh keluarkan perintah & mengesahkannya.
Sebelum keluarkan perintah, Menteri umum
penubuhan bandar itu. Q: adakah pengumuman
menunjukkan bias?
Mahkamah : Tindakan menteri mengikut prosedur.
Tiada bias polisi.

Bias polisi
Kes: Gullapalli N Rao lwn Andhra Pradesh
State Road Transport Corp
Mahkamah: setiausaha jabatan pengangkutan
tidak layak untuk dengar bantahan terhadap polisi
kerana beliau adalah sebahagian daripada jabatan
tersebut & terlibat dalam penggubalan polisi itu

Bias polisi
Kes: AlKaff & co lwn The Governor in Council
Fakta: Pesuruhjaya Tanah adalah ex-officio
Singapore Improvement Trust (SIT). SIT pohon
gabenor utk luluskan beberapa skim & gabenor
lantik pesuruhjaya tersebut utk jlnkan siasatan
sebelum keputusan dibuat.
Mahkamah: perlantikan pesuruhjaya mungkin
menyebabkan bias polisi.

Kesan ketidakpatuhan prinsip


England:
Ridge lwn Baldwin - pemecatan batal kerana
tindakan itu diambil tanpa mengambilkira prinsip
keadilan asasi.
Hourslow LBC lwn Twinckenham GD Ltd
walaupun keputusan itu batal, tetapi jika tiada
yang mencabar keputusan itu, ia masih kekal.
Calvin lwn Carr - keputusan batal tetapi selagi tidak
diisytiharkan oleh mahkamah, ia masih sah.

Kesan ketidakpatuhan prinsip


Malaysia Surinder Singh Kanda - keputusan batal,
melanggar keadilan asasi
Phang Moh Shin - pemecatan batal
Makhlal & Co - pihak yang ada locus standi boleh
cabar perintah untuk memastikan perintah itu sah
atau tidak.

Kesan ketidakpatuhan prinsip


Bolehkah kes perlanggaran keadilan asasi deperbetulkan
diperingkat rayuan?
Leary lwn National Union of Vehicle Builders
Prinsip : tidak boleh merayu tetapi kes harus didengar
semula olh pentadbir di peringkat rayuan
Chong Kok Lim lwn Yong Su Hian
Prinsip : sekiranya badan rayuan ada bidangkuasa asal
untuk mendengar semula kes, ia boleh dirayu. Terdapat
perbicaraan semula melalui saksi.

You might also like