Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

1.0

PENGENALAN KEPADA POLITIK


Politik adalah antara faktor penting dan perlu diberi perhatian

dalam rangka memahami bentuk dan sifat hubungan etnik dalam


sesebuah masyarakat plural seperti di Malaysia. Hal ini kerana, politik
sering dikaitkan dengan kuasa, pembentukan dan pelaksanaan dasar .
politik memberikan kuasa kepada sesuatu kelompok atau rejim untuk
melaksanakan sesuatu mengikut hajat dan landasan pemikiran atau
ideologi mereka. Selepas memperoleh kemerdekaan 1957, Malaysia ialah
negara yang mengamalkan sistem politik dan pemerintahan serta
kerajaan yang berlandaskan prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan. Dalam sistem demokrasi, kerajaan dipilih melalui pilihan
raya secara berkala yang diadakan sekali dalam tempoh lima tahun.
Pilihan raya diadakan bagi memperbaharui mandat yang diperoleh bagi
sesebuah kerajaan memerintah yang berasaskan prinsip demokrasi.
Sistem demokrasi dan amalan pilihan raya mengizinkan kewujudan dan
penubuhan parti-parti politik bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya.
Setiap parti politik yang ditubuhkan mempunyai asas-asas serta prinsip
perjuangannya yang tersendiri. Hal ini termasuklah yang berasaskan
ideologi tertentu dan parti-parti tang berteraskan kepentingan etnik dan
perkauman.

Sejak merdeka, parti-parti politik yang terdapat di Malaysia ratarata ditubuhkan berasaskan kaum atau nilai perkauman seperti UMNO,
MCA dan MIC. Namun begitu, sejarah menunjukkan bahawa parti-parti ini
walaupun ditubuhkan berasaskan kepentingan dan perjuangan kaum,
tetapi telah berupaya membentuk gabungan dalam sesuatu kerja sama
permuafakatan politik dikenali sebagai Perikatan dan mengamalkan
konsep perkongsian kuasa. Keadaan ini berlaku atas keperluan demokrasi
juga kerana penggabungan akan memberikan peluang sesuatu perikatan
itu mendapat sokongan yang lebih besar dan seterusnya mengekalkan
kuasa. Sejak pilihan raya pertama pada tahun 1955, gabungan perikatan

parti-parti berasaskan kaum yang menyertai pilihan raya atas nama


PERIKATAN dan kemudiannya BARISAN NASIONAL telah memenangi 12
kali pilihan raya dan memegang tampuk pemerintahan negara
sehinggalah sekarang. Perkara yang hendak ditekankan di sini adalah
kepentingan serta peranan parti-parti politik dalam konteks perhubungan
antara kaum. Lazimnya, Parti-parti yang ditubuhkan untuk kepentingankepentingan yang dirasakan perlu dalam masyarakat majmuk .
Sehubungan itu, isu-isu seperti ketidakadilan sosial, kesaksamaan,
diskriminasi dan seumpamanya sering menjadi perdebatan serta
menghangatkan polemik hubungan kaum di Malaysia.
Situasi ini ditambah lagi dengan kandungan Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukkan beberapa bahagian yang secara
langsung memberikan keistimewaan kepada kaum Melay dan bumiputera
secara tidak dirancang kerana perkara ini terhasil daripada
permuafakatan politik antara kaum utama dalam negara ini yang terlibat
dalam proses menuntut kemerdekaan. Bagi mereka yang tidak benarbenar memahami sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan dan
proses permuafakatan itu berlaku serta persetujuan itu dicapai antara
pemimpin kaum-kaum yang terdapat di tanah Melayu pada waktu itu,
mereka melihat perlembagaan itu dari sudut unsur unsur yang boleh
ditafsirkan sebagai diskriminasi. Akan tetapi , bagi warga Malaysia, hal ini
seharusnya tidak berbangkit lagi sesudah negara menempuh era pasca
kemerdekaan selama 5o tahun . hal ini kerana, perkara itu merupakan
sebahagian daripada sejarah unik negara ini yang memperlihatkan
kesediaan setiap pemimpin kelompok dan kumpulan suku kaum yang
akan ada dalam nagara pada waktu itu bermuafakat dan menerima
konsep perkongsian seperti mana yang dipersetujui sebagai sesuatu
kontrak sosial.

Walaupun parti-parti politik yang ditubuhkan berteraskan kaum,


dengan semangat toleransi dan kebersamaan yang tinggi, kaum-kaum
yang ada di tanah Melayu ketika itu bersedia memberi dan menerima

serta bertolak ansur dalam perkara-perkara dalam perkara-perkara yang


melibatkan perbezaan, serta pada waktu yang sama bersedia berkorban
atas asas dan hasrat mahu membina negara dan masyarakat yang aman
dan harmoni. Sehingga kini parti politik yang berasaskan kaum masih
terus wujud dan berperanan dalam sistem politik negara.

Dalam konteks hubungan antara etnik, idealnya parti-parti politik


yang ditubuhkan itu harus bersifat merentas kaum. Akan tetapi, realiti
kehidupan masyarakat selalunya tidaklah sedemikian rupa. Hal ini
mungkin disebabkan sifat semula jadi manusia yang sentiasa berasa
terancam. Keadaan ini ditambah pula dengan ketidakseimbangan
hubungan antara kaum yang terdapat di negara ini seperti hubungan
majoriti-majoriti , jarak sosial dan budaya yang berbeza dan sebagainya.

2.0

PENGENALAN KEPADA PERMUAFAKATAN POLITIK


Bagi memahami persoalan hubungan timbal balik antara

pembangunan politik dan hubungan etnik, kita perlu menyentuh beberapa


aspek kemajmikan masyarakat Malaysia yang mewarnai proses politik di
Malaysia. Kemudian, bab ini akan menghuraikan evolusi langkah-langkah
memupuk hubungan etnik yang harmonis secara formal melalui institusi
dan tindakan politik. Institusi dan tindakan politik yang dimaksudkan ialah
reaksi terhadap Melayan Union, perjanjian persekutuan, penggubalan
perlembagaan, pembentukan parti politik, pilihan raya dan kerjasama
parti-parti politik membentuk gabungan. Permuafakatan, kefahaman,
kerjasama dan penyatuan etnik merupakan unsure-unsur utama yang
perlu dicapai dalam usaha negara Malaysia kearah pembentukan
1Malaysia. Hal ini kerana, hubungan etnik yang harmoni dan sihat
memainkan peranan penting dalam konteks pembangunan politik negara.

Hubungan etnik di negara ini telah terjalin sejak sebelum merdeka lagi.
Dari zaman penjajahan British sehingga Perang Dunia Kedua, hubungan
etnik telah melalui pasang surut seiring dengan perkembangan politik
semama. Keadaan bertambah baik apabila usaha kearah mencapai
kesepakatan dan kompromi politik dimulakan selepas Perang dan menjadi
lebih rancak lagi pada tahun 1950-an di Semenanjung Malaysia.

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai usaha


dilakukan untuk memupuk semangat kerjasama dan penyatuan penduduk
berbilang kaum dalam pembangunan politik negara. Secara umumnya,
proses politi di Sabah dan Sarawak diwarnai oleh pertubuhan parti-parti
politik berasaskan kepentingan kelompok etnik tertentu sejak penghujung
tahun 1950-an, namun pada masa yang sama usaha-usaha untuk
memupuk perpaduan etnik melalui kerjasama politik turut dijalankan
hingga kini. Walaubagaimanapun, usaha pihak kerajaan tercabar apabila
berlakunya. Peristiwa 13 Mei 1969 kerana ketidakseimbangan tahap
pembangunan politik, social dan ekonomi antara etnik dengan wilayah di
Malaysia. Ketegangan etnik sekali lagi dirasai oleh rakyat Malaysia ketika
berlaku Peristiwa Kampung Medan pada Mac 2001.

Walaubagaimanapun, atas usaha gigih yang dijalankan oleh


pelbagai pihak di Malaysia dan melaui berbagai-bagai saluran seperti
pembangunan politik, negara kita pada hari ini bukan sahaja dapat
menikmati kestabilan politik, malah sedang menuju kearah penyatuan dan
keharmonian etnik. Keadaan ini membantu mencapai perpaduan
penduduk berbilang kaum dan meletakkan landasan asas bagi Malaysia
menuju kearah pembentukan 1Malaysia yang dikemukan oleh Perdana
Menteri Malaysia dalam hasrat beliau untuk melahirkan sebuah negara
Malaysia yang unggul dan disanjung tinggi.

3.0

MODENSASI DAN PEMBANGUNAN POLITIK


Konsep modensasi merujuk kepada suatu proses dimana

tranformasi ataupun perubahan berencana dalam segala aspek kehidupan


masyarakat. Modensasi mengandungi dua aspek utama, iaitu
pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Pembangunan ekonomi
dan politik merupakan perubahan bencana yang melibatkan perubahan
dalam aspek-aspek tertentu yang membawa kepada peralihan daripada
bentuk ekonomi dan politik yang lama( tradisional) kepada yang baharu
ataupun moden. Pembinaan negara bangsa dapat di capai melalui
beberapa kaedah yang bersifat top-down seperti penghayatan ideologi
negara, penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh pihak
kerajaan, dan pemupukan semangat nasionalisme melalui simbol-simbol
dan retual negara. Namun demikian, untuk mengukur pencapaian
pembinaan negara bangsa bukanlah suatu tugas yang mudah, berbanding
dengan ukuranpencapaian pembangunan ekonomi yang dapat diukur
denang-ukuran-ukuran perangkaan dan stastitik. Biasanya penilaian
terhadap dasar-dasar awam yang dilaksanakan menjadi asas kepada
pengukuran kejayaan atau pencapaian pembinaan negara bangsa.

Selain bermatlamatkan pembinaan negara bangsa, pembangunan


politik turut melibatkan perubahan dalam aspek struktual dan budaya
sehinggan membawa kepada perubahan sistem politik masyarakat.
Secara umumnya pembangunan politik dalam konteks ini berlangsung
melalui tiga proses utama: perbezaan struktur politi: sekularisasi budaya
politik: dan peyertaan politik yang besar oleh rakyat. Pembangunan politik
dalam konteks mewujudkan amalan demokrasi dianggap tercapai apabila
terdapat kompenen-kompenen berikut dalam suatu sistem politik, iaitu
parti-parti politik, majlis perwakilan rakyat atau parlimen, perlembagaan
negara dan pilihan raya. Pada dasarnya, kewujudan keempat-empat unsur
tersebut menjadi ukuran sama ada suatu negara sudah atau belum
mengamalkan amalan demokrasi. Secara ringkasnya, pembinaan negara

bangsa dan perubahan dalam aspek struktural dan budaya merupakan


dua hal yang saling mempengaruhi dalam menentukan tercapainya
pembangunan politik dalam sesebuah negara yang terbilang.

4.0

MENUJU PEMUPUKAN KERJASAMA DAN PERMUAFAKATAN POLITIK


4.1 Jawatankuasa perhubungan kaum/communities liaison committee

(CLC)
Januari 1949, pengabungan usaha diantara dato onn jaafar dan
gabenor jeneral british di asia tenggara iaitu malcom Macdonald, CLC
ditubuhkan dengan matlamat untuk mewujudkan persefahaman dan
kerjasama yang lebih baik dalam kalangan pelbagai etnik ditanah melayu.
CLC mempunyai beberapa anggota yang terdiri daripada lima orang
pemimpin melayu, empat orang wakil cina, seseorang wakil
india,serani,Ceylon dan eropah masing-masing dengan e.e.c
thuraisingham (juga wakil orang Ceylon) adalah pengerusi CLC. Malcom
pula bertindak sebagai penasihat dan pengawai perantara CLC dengan
kerajaan british. CLC merupakan pertubuhan separa politik. Ianya adalah
kerana perkembagannya dalam setiap perjumpaan yang diadakan
didalam pengawasan British. Selain itu, anggota CLC terdiri daripada
pemimpin politik dan ahli pentadbiran.

Kesepakatan dapat ditonjolkan melalui isu pendidikan dimana


sistem pendidikan bukan bercorak perkauman dengan pengguna bahasa
inggeris dan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua
mata pelajaran sama ada sekolah rendah kerajaan ataupun bantuan
kerajaan. Ianya adalah merupakan satu cara terbaik yang diperolehi
kesetian dan kerjasama antara etnik. Bukan itu saja isu kerayatan juga
merupakan isu kontroversi antara orang dengan orang melayu yang turut
sama dibingcang didalam CLC. Dalam hal ini telah dipersetujui bahawa

hak kerayatan berdasarkan prinsip jus soli harus diperluaskan kepada


orang bukan melayu yang dilahirkan dipersekutuan tanah melayu dan
singapura, menumpukan taat setia sepenuh kepada tanah melayu dan
mengangap Negara ini sebagai tempat tinggal tetap. Bagi kerjasama
ekonomi pula, CLC juga mendapat persetujuan diantara ahlinya dan
hasilnya, Rural and industrial development authority (RIDA) dibentuk pada
tahun 1950 dan Dato onn jaaffar dilatik sebagai pengerusi.

CLC juga telah memberikan perhatian kepada hubungan politik


orang melayu dan orang bukan melayu seperti pengambilan orang bukan
melayu dalam perkhimatan kerajaan serta pengenalan pilihan raya
tempatan. CLC juga telah mencadangakan dasar sama rata antara semua
etnik dalam politik Negara dengan berteraskan demokrasi dan hak asasi
manusia demi mewujudkan kerjasama dan hubungan etnik yang
mengalakan. Perkara ini dilakukan dengan pemberian latihan dalam
pentadbiran kepada semua etnik dan keterbukaan peluang kepada orang
bukan melayu untuk melibatkan peluang dalam sektor perkhimatan awam
serta politik. Walaubagaimanapun usaha yang telah dijalankan oleh CLC
dalam mencapai revolusi terhadap isu-isu ini dalam masyarakat majmuk
di Malaysia hanya sampai separuh jalan sahaja kerana berikutan krisis
Dato onn jaafar dengan umno. Krisis ini berkaitan usul pembukaan
keanggotaan umno kepada kaum bukan melayu yang mendapat
tentangan daripada umno dan orang melayu.

4.2 Independence Of Malaya Party(IMP)


Pada tahun 1948 iaini selepas penubuhan persekutuan tanah
melayu. Dato onn mencadangkan satu dasar politik baharu dengan orang
melayu sebagai teras dan umno dijadikan sebuah parti politik
kebangsaan, iaitu united malayan national organization(umno) dengan
membuka keahliannya kepada seluruh rakyat tanah melayu. Akan tetapi
cadangan yang disuarakan tidak diterima oleh ahli-ahli umno ini kerana

umno khuatir serta bimbang umno akan hilang sifat kemelayuan dan
kehilangan perlindungan hak dan kepentingan orang melayu. Setelah
perkara tersebut mendapat tentangan daripada ahli-ahli umno dan orang
melayu sewaktu itu. Datoonn mengambil keputusan untuk keluar dari
umno pada tahu 1951.

Setelah kesepakatan antara ahli umno gagal dirunding dan


mendapat bantahan hebat dari ahlinya, dato onn melangkah ketangga
yang berlainan demi memperjuangkan dasar kerjasama antara etnik
dalam politik ditanah melayu. Dato onn telah menubuhkan independent
of malaya party(imp). Penubuhan imp dibentuk di hotel majestic, kuala
lumpur pada 16 september 1951 telah mendapat sokongan daripada
pemimpin bukan melayu yang penting. Mereka bersependapat bahawa
imp merupakan satu jalan kearah menjalin kerjasama antara pelbagai
etnik dalam perkembangan politik di tanah melayu. Bagaimanapun, orang
cina lebih berminat untuk menyertai mca yang telah ditubuh pada 27
februari 1949 kerana terdapat pihak yang kurang bersetuju dengan
perjuangan dato onn bahawasanya orang melayu menjadi teras politik
dan sebaliknya mereka menginginkan politik sama rata. Lain pula kepada
kaum india kerana sebahagian orang india ramai yang menanggotai mic,
ini kerana mereka menginginkan kemerdekaan tanah melayu dan segera
untuk berlawan dengan dasar yang dibawa oleh dato onn.
Walaubagaimanapun, imp gagal menarik minat orang melayu oleh
kerana mereka tidak yakin terhadap kensop yang dibawa oleh datoonn.
Akhirnya imp gagal mendapat tempat dan ruang arena politik negara
dengan hanya memenagi dua kerusi sahaja dalam pilihan raya majlis
bandaran kuala lumpur pada tahun 1952. Kemudian imp terkubur pada
tahun 1953 akibat pembubaran yang dilakukan olehnya kerana tidak
kurang mendapat sambutan. Dato onn meneruskan usahanya dengan
membawa dasarnya dengan menubuhkan parti negara pada tahun 1954.

4.3 Perikatan UMNO-MCA-MIC


Perkongsian kuasa politik antara parti politik bermula pada january
1952 apabila dua parti terbesar dimalaysia, iaitu umno dan mca bersetuju
untuk berkerjasama dan bertanding dalam pilihan raya majlis bandaran
kuala lumpur yang diadakan pada 16 februari 1952 bagi menandingi im,
sebuah parti bukan perkauman. Persetujuan untuk membentuk sebuah
pakatan kerjasama antara orang melayu dengan cina yang dikenali
sebagai perikatan umno-mca adalah hasil usaha yang dijalankan oleh
kolonel H.S lee, yang dipertua mca cawangan selangor dengan dato
yahya bin abdul razak, pengerusi jawatankuasa pilihanraya umno
cawangan kuala lumpur. Parti-parti politik yang yang bertanding dalam
pilihan raya tersebut ialah perikatan umno-mca, imp, parti buruh
selangor, persatuan penyewa rumah dan calon bebas untuk merebut
kerusi majlis tersebut bagi kawasan sentul, bangsar, imbi dan petaling
jaya. Pilihan raya yang berlagsung itu telah memperlihatkan penduduk
telah mula menerima kerjasama etnik dalam proses politik negara dengan
perikatan telah memenangi mejoriti kerusi dalam pilihan raya itu. Pada
oktober 1954, perikatan umno dan mca telah mendapat tarikan oleh parti
yang dipelopori oleh kaum india iaitu mic dengan menyertai parti
perikatan ini berikutan ketiga-tiga parti ini telah mencapai satu
kesefahaman dan kerjasama bagi membina sesebuah negara bagsa yang
bersatu serta memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu sewaktu itu.

Pada 27 julai 1955 pilihan raya persekutuan yang pertama


berlangsug dengan disertai oleh beberapa parti politik. Hasilnya daripada
semangat yang tonjolkan dan kerjasama perpaduan yang semakin erat
dalam kalangan tiga etnik yang membolehkan parti perikatan ini telah
memenagi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan dengan 51
kerusi daripada 52 kerusi. Oleh yang disebabkan itu parti ini telah
melayakan perikatan membentuk kerajaan dan memperjuangkan
kemerdekaan tanah melayu daripada jajahan british. Kejayaan yang
dicapai itu telah merdekakan tanah melayu pada 31 0gos 1957 yang

memperkuatkan lagi kedudukan parti perikatan sebagai parti yang


mendapat sokongan ramai dan pelbagai etnik di tanah melayu. Populariti
parti ini terbukti apabila piliha raya yang diadakan pada tahun 1959
dengan memenangi 74 kerusi yang dipertandingkan daripada 104 kerusi.

Selang beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1974, perikatan


telah menukar nama partinya kepada barisan nasional(bn) bagi
mengukuhkan kerjasama antara etnik dalam parti-parti politik dimalaysia
supaya kumpulan etnik mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam
proses politik dimalaysia. Bagi pihak orang melayu dari sebelum merdeka
hingga kini, terdapat pas yang bertindak menjaga kepentingan orang
melayu dan islam dengan kekuatanya dinegeri-negeri yang majoriti
penduduknya orang melayu iaitu kelantan, terenganu, kedah dan
perlis.bagi pihak orang bukan melayu, terdapat jugak beberapa orang
parti pembangkang yang mewakili luahan tidak puasan jati mereka, iaitu
peoples progresif party (ppp) dan parti gerakan rakyat(gerakan) sebelum
tahun 1974, manakala kini parti bukan melayu yang aktif ialah democratic
action party(dap) yang masih mempersoalkan tentang keistimewaan
melayu dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan bn meningkatkan taraf
hidup orang melayu.

Pada hari ini, parti keadilan rakyat (pkr) yang muncul sebagai
sebuah parti berbilang etnik dibawah kepimpinan datuk seri anwar
ibrahim turut memperjuangkan kesaksamaan dan keadilan bagi semua
etnik di malaysia termasuklah penduduk di sabah dan sarawak.Menjelang
pilihan raya umum ke 12 pada mac 2008, dap, pkr, dan pas telah
mencapai kesepakatan tanpa mengira batasan perkauman untuk
membentuk pakatan rakyat supaya dapat bersaing dengan bn dalam
memenangi sokongan pengundi dalam pilihan raya tersebut. Kemunculan
pakatan rakyat dalam politik mula mengubahsuasana politik dan
mempengaruhi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan bn negara ini.
Selain itu, menjelang pilihan raya yang dipimpin beberapa orang peguam

india. Hindraf juga menjadi faktor kepada kegagalan bn untuk memenangi


2\3 daripada kerusi yang dipertandigkan pada pilihan raya 2008. Ini
kerana terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati dan mengkritik
tindakan kerajaan meleraikan perhimpunan hindraf dengan mengunakan
internal security act (isa) untuk menahan pemimpin hindraf.

Hindraf menrupakan sebuah pertubuhan yang mengambungkan


30 buah pertumbuhan hindu bukan kerajaan untuk mempertahankan
hakdan warisan komuniti hindu dalam malaysia yang mempunyai
penduduk yang berpelabagai latar belakang. Hindraf diistiharkan sebagai
sebuah pertubuhan dan pergerakan haram oleh kerajaan malaysia pada
15 oktober 2008 kerana kerajaan mempunyai bukti bahawa hindraf telah
digunakan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang dan boleh
menjadi satu ancaman kepada aturan umum dan moraliti.

5.0

KERJASAMA POLITIK DI SABAH


Perkembangan politik berparti di Sabah hanya bermula apabila

Gagasan Malaysia dikemukakan pada Mei 1961 yang telah mendorong


kumpulan etnik menubuhkan parti masing-masing bagi melindungi dan
mempertahankan hak dan kebajikan mereka dalam negara baharu,
Malaysia. Parti politik yang pertama ditubuhkan ialah sebuah parti kaum
Kadazan iaitu United National Kadazan Organisation (UNKO) pada Ogos
1961. Setelah itu, ianya diikuti oleh parti Bumiputera Islam, United Sabah
National Organisation (USNO) pada Disember 1961, United National Pasok
Momogun Organisation (Pasok Momogun) oleh kaum Murut pada tahun
1962, Borneo Utara National Party (BUNAP) yang kemudian ditukar kepada
Sabah National Party (SANAP) hasil gabungan United Party dan
Democratic Party yang ditubuhkan oleh orang Cina pada tahun 1962.
Untuk memastikan kepentingan setiap kumpulan etnik di Sabah tidak
terjejas dalam pembentukan Malaysia, UNKO, USNO, Pasok Momogun dan
SANAP telah bersetuju bekerjasama membentuk Parti Perikatan Sabah

supaya setiap kumpulan etnik utama mempunyai perwakilan dalam


proses perkembangan politik negara. Pada Jun 1964, dua kumpulan etnik
utama, iaitu Kadazan-Dusun dan Murut yang diwakili oleh UNKO dan Pasok
Momogun telah mencapai persetujuan kerjasama bagi mempertahankan
kepentingan kaum Bumiputera bukan Islam di Sabah. Gabungan ini telah
membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO).

Sementara itu, dari tahun 1963 hingga 1967, persaingan politik


antara penduduk Bumiputera Islam yang diwakili oleh USNO di bawah
pimpinan Tun Mustapha dengan golongan Bumiputera bukan Islam
diwakili UNKO/UPKO pimpinan Datuk Donald Stephen telah mendominasi
perkembangan politik di Sabah. Selepas itu, pelantikan Datuk Donald
Stephens dari UNKO sebagai Ketua Menteri Sabah yang pertama pada
tahun 1963 telah mendatangkan kritikan daripada Yang Dipertua Negeri,
Tun Mustapha yang tidak puas hati dengan pelantikan itu kerana jawatan
itu sepatutnya disi oleh calon dari USNO mendapat 16 kerusi dan UNKO 12
kerusi. Kerajaan UNKO dan Donald Stephens tidak dapat menjalankan
pentadbiran dengan baik kerana tiada sokongan daripada Yang Dipertua
Negeri dan kerjasama antara golongan Bumiputera Islam dengan
Bumiputera bukan Islam tidak dapat dicapai.

Perselisihan etnik turut berlaku antara Bumiputera bukan Islam


dan bukan Bumiputera apabila UPKO membuka cawangan di kawasan
Sabah Chinese Association/SCA dan USNO seperti di Sandakan dan
Semporna. Hal ini menyemarakkan lagi krisis dalam kerajaan Donald
Stephen dengan orang Cina Sabah yang akhirnya membawa kepada
pakatan SCA (orang Cina) dengan USNO (orang melayu). Perselisihan
antara dua orang pemimpin Bumiputera, Donald Stephens dengan Tun
Mustapha atas isu kelulusan permit dan lessen balak, isu penggantian
setiausaha kerajaan negeri dan dasar Donald Stephens yang dianggap
lebih mengutamakan kepentingan masyarakat Kadazan-Dusun telah
membawa kepada campur tangan kerajaan Persekutuan. Krisis itu

berakhir dengan Donald Stephens diminta melepaskan jawatannya dan


Peter Lo dari SCA dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah buat sementara.
Selepas pilihan raya umum tahun 1967, atas kerjasama USNO dengan
SCA, Tun Mustapha telah Berjaya mendapat kuasa pentadbiran dan
menjadi Ketua Menteri Sabah yang baru, maka sebuah kerajaan di bawah
pimpinan Bumiputera Islam dengan kerjasama orang Cina (SCA) berjaya
diwujudkan.

6.0

KERJASAMA POLITIK DI SARAWAK


Perkembangan parti politik di Sarawak pada peringkat awalnya

adalah sangat unik kerana sifat keetnikan yang amat ketara dalam
penubuhan parti politik. Setiap kumpulan etnik telah menubuhkan parti
politik mereka bagi memajukan dan menyuarakan aspirasi etnik masingmasing. Walaupun kecenderungan parti politik pada awalnya tidak
mengehadkan keanggotaannya kepada sesuatu etnik tetapi parti itu
sebenarnya adalah didominasikan oleh etnik tertentu sehingga lamakelamaan parti itu menjadi sebuah parti yang mewakili kepentingan
kumpulan etnik tertentu. Di Sarawak, parti politik yang pertama
ditubuhkan ialah Sarawak United Peoples Party (SUPP) pada Jun 1959
yang diusahakan oleh sekumpulan orang Cina dengan diketuai oleh Ong
Kee Hui. Setelah penubuhan SUPP, wujud pula parti-parti politik lain
seperti parti Bumiputera Islam (Melayu) iaitu Parti Negara Sarawak
(PANAS) pada tahun 1960 oleh golongan perabangan dari Kuching dan
parti Bumiputera bukan Islam, iaitu Sarawak National Party (SNAP) pada
tahun 1961 oleh beberapa orang pemimpin Dayak dari kawasan SkrangSaribas.

Senario politik di Sarawak menjadi lebih menarik pada tahun 1962


apabila orang Melayu dan orang Melanau dari Lembah Rejang
menubuhkan sebuah lagi parti yang dikenali sebagai Barisan Rakyat Jati
Sarawak ( BARJASA), Parti Pesaka Anak Sarawak ( PESAKA) oleh beberapa

orang pemimpin Iban dari kawasan Rejang dan penubuhan Sarawak


Chinese Association (SCA) oleh sekumpulan ahli perniagaan Cina yang
kaya. Dalam memastikan suara setiap etnik utama di Sarawak mendapat
tempat dalam perkembangan politik menjelang pembentukan Malaysia,
PANAS, SNAP, PESAKA, BARJASA dan SCA telah bersetuju membentuk satu
pakatan yang dikenali sebagai Parti Perikatan Sarawak pada 22 Oktober
1962 dengan SUPP sebagai parti pembangkang. Walaupun pembentukan
Parti Perikatan Sarawak amat perlu dalam sebuah masyarakat berbilang
etnik demi mencapai keharmonian etnik dalam politik Sarawak tetapi rasa
kecurigaan antara dua parti Bumiputera Islam, iaitu PANAS dengan
BARJASA telah menyebabkan PANAS akhirnya mengambil keputusan
keluar dari Parti Perikatan Sarawak pada 15 April 1963 dan seterusnya
berjuang sebagai parti pembangkang bersama SUPP.

Pada Disember 1966, dua parti politik yang didominasikan oleh


orang Melayu dan Melanau, iaitu PANAS dan BARJASA telah bergabung
membentuk Parti Bumiputera dan kerjasama politik ini kemudian
dilanjutkan dengan kaum Dayak melalui PESAKA bagi membentuk Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Januari 1973. Selepas pilihan raya
tahun 1970, semua parti politik di Sarawak telah bersetuju menyertai Parti
Perikatan Sarawak termasuklah SUPP. Kesepakatan antara parti politik di
Sarawak telah membolehkan Perikatan Sarawak menjadi anggota Barisan
Nasional. Penerimaan SUPP oleh golongan Bumiputera sebagai rakan
pilihan untuk menubuhkan kerajaan campuran Sarawak selepas pilihan
raya tahun 1970 mencerminkan kompromi politik antara etnik telah
bermula dalam proses politik di Sarawak. Bagaimanapun, selepas
Malaysia dibentuk, Stephen Kalong Ningkan dari SNAP telah dilantik
sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama pada tahun 1963, tetapi
kepimpinan Ningkan dicabar oleh komponen Parti Perikatan Sarawak atas
isu tanah, iaitu pengenalan undang-undang yang membenarkan kaum
Cina membeli tanah masyarakat Bumiputera. Hubungan tegang juga

wujud antara kerajaan Ningkan dengan kerajaan Persekutuan kerana


percanggahan dasar mengeai isu penggantian pegawai British dengan
pegawai dari Semenanjung dan isu pengekalan penggunaan bahasa
Inggeris sebagai bahasa rasmi di Sarawak oleh Ningkan. Krisis tahun 1966
ini berakhir apabila Ningkan dipecat daripada jawatan Ketua Menteri dan
diganti dengan Penghulu Tawi Sli. Krisis ini menyebabkan SNAP keluar dari
Perikatan dan PANAS menyertai Perikatan semula.

7.0

KE ARAH PENGUKUHAN PERPADUAN ETNIK DAN PEMBENTUKAN 1

MALAYSIA

7.1 RUKUN NEGARA


Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyedari pihak kerajaan bahawa
masih terdapat jurang perbezaan antara etnik dari pelbagai aspek dalam
masyarakat di Malaysia. Setiap kaum masih lagi hidup terpisah antara
satu sama lain tanpa adanya satu ideology kebangsaan yang boleh
mengikat dan menyatukan mereka bersama. Dalam usaha membina satu
bangsa Malaysia yang bersatu padu dan meningkatkan semangat
cintakan negara yang dikenali sebagai Rukun Negara telah dicipta.

Ideologi ini dicetuskan dalam mensyuarat Majlis Perundingan


Negara (MPN) yang pertama pada 27 Januari 1970 ketika negara di bawah
pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Draf Rukun Negara telah
dibincangkan dan dibuat pindaan beberapa kali oleh MPN, sebelum
diluluskan oleh MAGERAN dan kemudian diisytiharkan oleh Duli Yang Maha
Mulia di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 ketika sambutan Hari
Kemerdekaan Malaysia.

Rukun Negara sebagai ideology kebangsaan Malaysia


mengandungi lima objektif seperti mencapai perpaduan yang erat dalam
kalangaan seluruh masyarakat, memelihara satu cara hidup demokratik,
mencipta sebuah masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu
cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak, dan membina sebuah masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Untuk mencapai objektif tersebut, prinsip-prinsip yang terkandung


dalam Rukun Negara perlu dihayati sepenuhnya oleh semua etnik dalam
masyarakat. Lima prinsip utama yang termaktub dalam Rukun Negara
ialah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesopanan
Dan Kesusilaan. Keperayaan Kepada Tuhan iaitu prinsip ini membawa
maksud setiap orang mempunyai agama ataupun kepercayaan sendiri.
Agama dan kepercayaan sangat penting kerana setiap agama menyeru
manusia supaya berbuat baik dan menghindari perbuatan yang keji.
Manakala Kesetiaan Kepada Raja dan Negara iaitu prinsip ini menuntut
kesetiaan penduduk yang unggul dan tidak berbelah bahagi terhadap raja
dan negara supaya dapat melahirkan penduduk yang sedia berkorban
negara. Selain itu, Rukun Negara yang ketiga ialah Keluhuran
Perlembagaan iaitu setiap rakyat mesti menghormati dan menghargai
kandungan perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan merupakan
undang-undang tertinggi negara ini. Rakyat seharusnya mematuhi dan
mempertahankan kemualiaan dan ketinggian Perlembagaan Persekutuan
yang menyentuh tentang kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja,
agama Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu, hak asasi rakyat,
dan sebagainya.

Manakala Kedaulatan Undang-Undang ialah Rukun Negara yang


ke-4 iaitu undang-undnag merupakan tonggak keadilan yang berperanan
menjamin kebebsan asasi dan memberikan perlindungan kepada setiap
orang dalam usaha mewujudkan keadilan dalam kalangan masyarakat.
Rukun Negara yang terakhir iaitu Kesopanan dan Kesusilaan iaitu prinsip
ini menyeru setiap anggota masyarakat supaya saling menghormati,
berakhlak mulia dan menggelakkan daripada menyentuh perkara-perkara
sensitif dalam menjamin kesejahteraan dan kehormonian hidup.

Rukun Negara menjadi rujukan dan garis panduan penting bagi


sebarang dasar dan keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan.
Berpandukan prinsip tersebut, setiap dasar dan keputusan dapat dibuat
atas rasa sedar, rasional dan mengikut undang-undang serta peraturan
supaya perpaduan etnik dapat tercapai. Pihak kerajaan telah
menggunakan Rukun Negara sebagai instrument untuk mengatasi garis
pemisah antara etnik dalam membentuk dan membimbing masyarakat
Malaysia ke arah mewujudkan perpaduan mewujudkan perpaduan
berdasarkan hak, peranan dan tanggungjawab yang digariskan dalam
Rukun Negara. Rukun menjadi peraturan dan norma hidup yang amat
penting kepada setiap anggota masyarakat di Malaysia dan pematuhan
kepadanya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan kelompok
pelbagai etnik di negara ini.

7.2 Pembentukan Barisan Nasional (BN)


Untuk mengukuhkan lagi penyatuan kaum melalui politik selepas
Peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan Perikatan berpendapat bahawa kerjasama
dengan parti-parti pembangkang perlu diadakan agar satu ikatan
kerjasama politik antara pelbagai etnik dan parti dapat diwujudkan. Atas
keperluan itu, kerajaan telah memperkenalkan sistem kerajaan campuran
sebagai satu cara untuk menggabungkan fahaman politik antara etnik

melalui penggabungan parti-parti politik kerajaan dan pembangkang


supaya memantapkan kerjasama etnik serta kestabilan politik negara.
Kerajaan campuran pertama yang dibentuk adalah Perikatan dengan
sebuah parti pembangkang, iaitu Gerakan pada Februari 1972 supaya
memudahkan kerajaan mengimplementasikan dasar-dasar sosioekonomi
di seluruh negara. Pada 1 Mei 1972, kerajaan campuran telah dibentuk di
negeri Perak, iaitu antara Perikatan dengan Parti Progresif Rakyat (PPR).
Setelah beberapa rundingan diadakan, pada 27 Disember 1972, satu
persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan sebuah kerajaan campuran
antara Perikatan dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bekas anggota
Perikatan satu ketika dahulu. Parti-parti politik yang turut menyertai
kerajaan campuran di Sarawak ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
(PBB), Sarawak National Party (SNAP) dan Sarawak United Peoples Party
(SUPP). Di Sabah, kerajaan campuran telah disertai oleh Parti Bersatu
Rakyat Sabah (PBRS), Parti Demokratik Sabah (PDS) dan Parti Kemajuan
Sabah (SAPP) selepas tahun 1970. Gabungan Perikatan dengan parti-parti
pembangkang tersebut telah meluaskan perkongsian politik hingga
melibatkan 12 buah parti politik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak
yang dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) dan didaftarkan pada 1 Jun
1974.

BN telah mengambil bahagian dalam pilihan raya tahun 1974


dengan menggunakan symbol dacing dan menggunakan enam isu utama
dalam kempen pilihan raya berkenaan iaitu perpaduan, ekonomi, dasar
luar negeri, keselamatan, agama dan perkhidmatan sosial. BN telah
Berjaya dalam pilihan raya tahun 1974 dengan memenangi 104 daripada
114 kerusi yang dipertandingkan dan dapat menerajui pemerintahan di
Malaysia. Kini, BN mengandungi 14 anggota parti komponen dari
Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang menunjukkan wujudnya pakatan
dan kerjasama politik antara pelbagai etnik.

7.3 Pembentukan Pakatan Rakyat


Pakatan Rakyat atau dikenali sebagai Peoples Pact/Peoples
Alliance dibentuk pada 1 April 2008 setelah melihat hasil perjuangan
mereka dan sokongan rakyat kepadanya. Idea membentuk pakatan ini
lahir ketika kempen pilihan raya ke-12 pada tahun 2008. Pakatan politik ini
terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP)
dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mencapai persetujuan
bekerjasama sebagai Barisan Rakyat (People Front / Barisan Alternatif)
semasa Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008. Setiap komponen
parti yang pad asasnya mempunyai ideology perjuangan tersendiri tetapi
akhirnya telah berjaya mencapai pakatan bagi memperjuangkan dan
mempertahankan kepentingan semua kumpulan etnik di Malaysia.
Bagaimanapun, parti-parti politik itu bersetuju mencapai kerjasama politik
bagi bersaing dengan kerajaan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya
Umum ke 12. Persetujuan kerjasama mereka juga adalah untuk
membuktikan pakatan mereka itu turut dapat memperjuangkan
kepentingan rakyat dan membawa kemajuan kepada rakyat serta negara.

Pakatan kerjasama PKR, DAP dan PAS telah Berjaya memenangi


sokongan rakyat berbilang etnik dan mengakibatkan BN hilang majoriti
dua pertiga dalam pilihan raya 2008. Kerjasama ketiga-tiga parti politik
tersebut telah memenangi 82 kerusi Parlimen di mana DAP memperoleh
28 kerusi, PKR memenangi 31 kerusi dan PAS mendapat 23 kerusi
daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam pilihan raya
2008. Bagi kerusi DUN pula, mereka memperoleh 196 kerusi daripada
jumlah 505 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya. Pakatan
rakyat telah Berjaya menguasai kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau
Pinang, Perak dan Selangor ketika pilihan raya 2008. Pakatan Rakyat
berikrar memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira
etnik seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Pakatan
Rakyat juga dibentuk sebagai sebuah gabungan parti politik daripada
berbilang etnik yang diwujudkan untuk membela nasib rakyat yang

terpinggir dan tidak terbela di bawah pimpinan Barisan Nasional. Ideologi


Pakatan Rakyat ialah keadilan sosial, kemajuan, demokrasi sosial dan
kebajikan awam.

7.4 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan
di Malaysia pada 16 Februari 2004 merupakan satu kursus latihan yang
dijalankan oleh kerajaan untuk pembinaan sahsiah diri dalam kalangan
rakyat Malaysia khasnya golongan belia. Selain itu, PLKN bermatlamat
untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotism dalam kalangan
generasi muda, menyatukan golongan muda dari pelbagai etnik dan
menyediakan golongan belia bagi menghadapi cabaran dari dalam dan
luar negara. Idea untuk mengadakan PLKN ini dicetuskan dalam Kongres
Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002 yang dihadiri oleh pelbagai
golongan masyarakat termaksuklah orang awam, pelajar, tokoh, ahli
akademik, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, badan
berkanun, ketua dan pegawai kanan jabatan kerajaan, wakil rakyat dan
menteri-menteri.

Sehubungan dengan itu, sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai


Kerahan Tenaga (JKMKT) dengan dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan
dan dianggotai oleh tujuh orang Menteri, seorang Penasihat Perdana
Menteri yang bertaraf Menteri dan lima Timbalan Menteri ditubuhkan
dalam Mensyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002. JKMKT
dipertanggungjawabkan mengkaji keperluan perlaksanaan Program
Latihan Khidmat Negara.

Tanggungjawab Jabatan Latihan Khidmat Negara (JKLN) adalah


menggubal dasar peraturan mengenai pelaksanaan Program Latihan
Khidmat Negara, merancang, menyelaras dan memantau mengenai
pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara, merancang dan
menyelaras keperluan guna tenaga kerja, infrastruktur, kemudahan,
peralatan dan kelengkapan latihan yang diperlukan untuk Program
Latihan Khidmat Negara, membangunkan dan menyeleggara system
maklumat serta menyimpan rekod-rekod mengenai peserta-peserta
Program Latihan Khidmat Negara, merancang, menyelaras dan
melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara, dan mengkaji, menilai
kebersanan pelaksanaan Program Khidmat Negara dan Akta latihan
Khidmat Negara 2003 atau disebut akta 628 diluluskan oleh Dewan
Rakyat pada 25 Jun 2003 dan Dewan Negara pada 7 Julai 2003.

Sehingga tahun 2005, PLKN telah mendapat sambutan dan


kejayaan daripada masyarakat kerana program ini telah disertai oleh
seramai 135, 700 orang belia berbilang etnik di kem-kem latihan PLKN
yang ditubuhkan di seluruh negara. Pada setiap tahun, 24% daripada
remaja yang berumur 18 tahun pada tahun latihan dipilih untuk menyertai
PLKN. Namun, mereka yang bermasalah tertentu boleh memohon untuk
ditangguhkan atau dikecualikan untuk mengikuti PLKN.

PLKN dilaksanakan untuk mencapai objektif yang telah digariskan


seperti meningkatkan semangat patriotism dan cinta akan negara dalam
kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Selain itu,
mempertingkatkan perpaduan etnik serta integrasi nasional, membentuk
perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai murni, menanam
semangat kesukarelawan dalam kalangan remaja dan melahirkan
generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri.

8.0

KEMAJMUKAN ETNIK DALAM PROSES POLITIK DI MALAYSIA


Sebelum perbincangan lebih mendalam tentang proses politik di

Malaysia dibuat, elok kiranya beberapa aspek kemajmukan masyarakat


Malaysia disentuh. Aspek demografi merupakan perkara yang penting
dalam mencorakkan kemajmukan masyarakat Malaysia. Aspek demodrafi
tidak hanya memperlihatkan betapa uniknya masyarakat Malaysia dari
segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah sosiobudaya, demografi
politik dan proses politik di Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang mempunyai


jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006.
Umumnya, Melayu merupakan kelompok etnik majoriti, iaitu mewakili
lebih kurang 55 peratus, sementara Cina mewakili lebih kurang 25
peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok
peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak
dan Kadazandusun, Murut, dan Bajau di Sabah.

Secara keseluruhan, penduduk etnik Melayu merupakan kelompok


majoriti di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, penduduk etnik Melayu
bukan penduduk majoriti di setiap wilayah atau negeri. Mesalnya, Pulau
Pinang merupakan sebuah negeri yang mempunyai komposisi penduduk
yang agak seimbang menurut kelompok etnik kerana tiada satu kelompok
etnik yang dapat dikatakan majoriti. Jumlah penduduk etnik Melayu dan
etnik Cina hamper sama banyak dan selebihnya merupakan penduduk di
negeri Kelantan, Terengganu dan Perlis menunjukkan bahawa etnik
Melayu merupakan penduduk yang majoriti. Di negeri Kelantan misalnya,
lebih daripada 90 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk terdiri
daripada etnik Melayu. Di negeri Melaka, Johor dan Selangor menunjukkan
keadaan yang agak berbeza, yang mana jumlah penduduk etnik Melayu

hanya berjumlah sekitar 51 peratus daripada jumlah keseluruhan


penduduk.

Sesuai dengan keadaan demografi yang telah dihuraikan dapat


dikatakan bahawa Malaysia, pada umumnya, merupakan sebuah negara
yang kaya dengan kepelbagaian budaya. Di Semenanjung Malaysia,
terdapat budaya dan cara hidup Melayu, Cina, India, masyarakat BabaNyonya di Melaka dan Pulau Pinang, Portugis di Melaka, Serani di Pulau
Pinang dan Thai di negeri-negeri utara Semenanjung. Di Sabah terdapat
kira-kira 32 golongan etnik manakala di Sarawak terdapat lebih 20
golongan etnik yang mengamalkan cara dan gaya hidup yang berbezabeza. Justeru kepelbagaian ini, kesemua perayaan utama seperti Hari
Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak, Gawai, Pesta
Keamatan dan Hari Natal merupakan perayaan yang disambut dengan
meriah di negara ini.

Umumnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada


masa lalu, sebahagian besar orang Melayu di Semenanjung merupakan
penduduk luar bandar. Namun, keadaan tersebut mula berubah kerana
proses penghijrahan ke bandar yang bermula sejak tahun 1970-an
sehingga masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar bandar,
kebanyakkannya terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan,
sama ada dalam skala kecil-kecilan atau secara komersial. Manakala
sebahagian besar etnik Melayu di bandar terlibat dalam pelbagai sektor
seperti sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, dan turut terlibat
dalam sektor prdagangan dan perniagaan.

Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di


Semenanjung. Masyarakat ini menganuti pelbagai agama seperti
Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan Islam. Sebahagian besar
etnik Cina tertumpu kepada sektor perdagangan dan perkhidmatan. Dari
segi petempatan, sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandarbandar utama, khasnya di Lembah Klang. Orang India pula merupakan
golongan etnik ketiga terbesar di Semenanjung. Pada masa lalu,
sebahagian besar orang India bekerja dan menetap di estet. Pada masa
kini, terdapat kalangan mereka yang berpindah ke bandar-bandar dan
menerokai pekerjaan di sektor perdagangan atau perkhidmatan dan
menjalani penghidupan Bandar. Dalam kategori etnik India, terdapat
golongan subetnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala. Secara
umum, etnik India di negara ini merupakan penganut pelbagai agama
seperti Hindu, Sikhisme dan Islam.

Golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam


kajian antropologi ialah Orang Asli. Kebanyakkan Orang Asli merupakan
penduduk di kawasan pedalaman di beberapa negeri di Semenanjung.
Mereka menganut kepercayaan tradisional, animism, Kristian dan Islam.
Selain Orang Asli, terdapat kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat
Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka
dan Thai di beberapa negeri di utara Semenanjung. Kesemua masyarakat
minority tersebut mempunyai budaya yang unik, seperti budaya
masyarakat Baba-Nyonya yang mencerminkan percantuman elemenelemen budaya Cina dan budaya Melayu. Budaya masyarakat Portugis di
Melaka pula mencerminkan percantuman antara budaya Portugis dan
budaya masyarakat tempatan.

Di Sarawak, orang Dayak merupakan penganut kepercayaan


tradisional dan Kristian, sementara sebilangan kecil sahaja yang
menganut agama lain, terutamanya Islam. Secara umum, orang Dayak
merupakan penduduk luar bandar, namun keadaan tersebut mula

berubah semenjak tahun 1970-an. Bagi mereka yang tinggal dikawasan


pedalaman dan luar bandar, aktiviti utama ialah pertanian. Terdapat juga
dalam kalangan mereka yang bekerja sebagai buruh upahan dalam sektor
pembalakan. Seperti kelompok Melayu dan Bumiputera lain, sebilangan
kecil daripada mereka juga telah berjaya menerokai sektor baharu, sama
ada perdagangan atau sektor komersil di bandar-bandar utama negeri
berkenaan.

Orang Melayu juga merupakan penghuni luar bandar dan mereka


tinggal di perkampungan, terutama di pinggir bandar Kuching, Kota
Samarahan dan Sibu. Aktiviti utama bagi mereka yang tinggal di luar
bandar ialah pertanian. Bagi mereka yang tinggal di bandar,
kebanyakannya tertumpu di sektor perkhidmatan awam. Orang Melanau
yang merupakan penduduk pantai Sarawak menganut agama Islam,
Kristian dan juga kepercayaan tradisional. Bagi mereka yang masih
tinggal di kawasan luar bandar, kebanyakannya bekerja sebagai nelayan
dan petani serta pengusaha sagu. Kebanyakannya orang Cina di Sarawak
menetap di kawasan bandar, terdapat sebilangan kecil yang tinggal di
kawasan luar bandar. Kegiatan ekonomi mereka tertumpu kepada aktiviti
perdagangan, terutama di bandar-bandar utama. Orang Cina menganut
pelbagai agama.

Di Sabah, Bumiputera Kadazandusun menganut agama asal


masyarakat berkenaan dan Kristian ( namun terdapat juga yang
menganut agama Islam terutamanya di Ranau ), sementara etnik Bajau,
Murut dan peribumi lain menganut agama Islam di samping terdapat juga
yang beragama asal dan Kristian. Purata bilangan penduduk yang
menganut Islam dan Kristian dalam kalangan etnik Bumiputera ini hamper
sama jumlahnya. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada penduduk
luar bandar dan terlibat dalam pertanian sara diri sebagai aktiviti utama,
di samping mencari hasil hutan. Di bandar-bandar, mereka tertumpu
kepada sektor perkhidmatan awam walaupun bilangan dan peratusan

antara kelompok etnik berbeza serta berubah-ubah dari semasa ke


semasa. Hal ini terjadi ekoran peluang pekerjaan yang terbuka luas sejak
pembangunan ekonomi berlangsung dengan baik di Sabah.

Masyarakat Cina di Sabah pula tertumpu di pusat-pusat bandar


utama. Kebanyakan mereka terlibat dalam aktiviti perdagangan dan
sektor komersil. Mereka merupakan penganut pelbagai agama. Di
Sarawak, komposisi jumlah penduduk turut memperlihatkan wujudnya
pluraliti dalam kalangan penduduk. Secara umum, tidak terdapat satu
kelompok etnik yang majoriti secara mutlak di Sarawak. Menurut
perangkaan tahun 2004 daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk
di Sarawak berjumlah 2,181 juta orang. Etnik Dayak, Melayu dan Melanau
merupakan kelompok peribumi yang membentuk 73.2 peratus daripada
keselruhan penduduk Sarawak. Kelompok etnik Cina berjumlah kira-kira
26.5 peratus dan etnik India hanya sekitar 0.2 peratus daripada
keseluruhan penduduk Sarawak. Etnik Dayak merupakan kelompok etnik
terbesar, yang mewakili lebih kurang 44.3 peratus daripada penduduk
Sarawak. Etnik Melayu pula terdiri daripada 23.2 peratus dan Melanau 5.7
peratus daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Dalam kategori etnik
Dayak, terdapat sub-etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Orang Ulu
merupakan kategori yang mewakili kira-kira 20 kelompok peribumi kecil
seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan / Penan, dan lain-lain.

Di Sabah, tidak terdapat kelompok yang terbesar daripada segi


saiz penduduknya. Empat kelompok peribumi dan Melayu tidak jauh
berbeza dari segi persatuan. Sebagai contoh, pada tahun 2004, Kadazan
Dusun merupakan etnik terbesar (24.8 peratus) dan Melayu (18.5
peratus). Kebanyakan Kadazan Dusun, Bajau, Murut dan peribumi lain
merupakan penduduk luar bandar dan persisiran sementara kebanyakan
etnik Cina menduduki bandar-bandar utama di negeri berkenaan.

Secara keseluruhan, berlandaskan banci, penduduk di Malaysia dapat


dikategorikan kepada kelompok etnik yang berbeza-beza. Setiap
kelompok etnik mempunyai amalan budaya yang tersendiri. Mereka tidak
hanya dapat dibezakan berdasarkan aspek kepercayaan atau agama,
tetapi juga daripada aspek lain. Pada masa yang sama, aspek demografi
turut mempunyai pengaruh terhadap demografi politik dan proses politik
negara kerana dalam aspek tertentu, politik ditentukan oleh bilangan,
misalnya jumlah pengundi di kawasan tertentu dan jumlah penduduk
yang menganggotai sesuatu parti politik.

Aspek demodrafi politik di Malaysia dapat dilihat berdasarkan


perkembangan dan angka-angka rasmi pilihan raya di Malaysia yang
sudah berlangsung sejak tahun 1959. Sebagai contoh, hal ini dapat dilihat
dalam pilihan raya pada tahun 1999 dan 2004. Dewan Rakyat kini
mempunyai 219 wakil dan beberapa pemerhatian dapat disimpulkan.
Pertama, dominasi etnik Melayu dalam politik negara adalah jelas. Di
Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu mempunyai 125 kerusi,
di mana etnik Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan parlimen
berkenaan. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 31 kerusi majoriti
peribumi. Secara keseluruhan, kerusi Melayu atau Bumiputera dalam
politk negara adalah 156 (71.2 peratus) kerusi.

Sementara etnik Cina di Semenanjung merupakan majoriti


pengundi di 23 (10.5 peratus) kawasan parlimen. Tujuh (3.2 peratus) lagi
kerusi parlimen Cina terletak di Sabah (1) dan Sarawak (6). Hal ini
menjadikan kerusi parlimen Cina sebanyak 30 (13.7 peratus). Tiada satu
pun kerusi parlimen di seluruh Malaysia yang mempunyai majoriti
pengundi India. Daripada jumlah 219 kerusi parlimen, terdapat 33 (15.1
peratus) merupakan kerusi plural. Ini bermakna, di kawasan parlimen
berkenaan tidak terdapat suatu kelompok etnik yang mewakili majoriti
pengundi di tempat berkenaan. Daripada jumlah tersebut, 15 mempunyai
pengundi Melayu (Semenanjung) terbanyak dan tiga mempunyai

pengundi Melayu (Sabah), tetapi pengundi mereka adalah kurang


daripada 50 peratus. Begitu juga di 14 kawasan, pengundi Cina
(Semenanjung) merupakan pengundi terbanyak di 11 kawasan sementara
Cina (Sabah) adalah terbanyak di tiga kawasan parlimen di negeri
berkenaan.

Bilangan kerusi kawasan parlimen yang majoriti pengundinya


terdiri daripada kelompok etnik ertentu memang tidak dapat dielakkan
kerana faktor pola taburan penduduk yang ditentukan oleh beberapa
faktor lain, seperti sejarah, ekonomi dan selainnya. Yang lebih penting
diberikan perhatian ialah kemampuan parti-parti komponen dalam parti
pemerintah, iaitu Barisan Nasional mencipta formula penduduk sebenar.
Hal ini penting kerana dalam perjalanan sejarah pembentukan negara
bangsa Malaysia, amalan kerjasama politik dan perkongsian kuasa sudah
lama diamalkan dan masih diteruskan sehingga kini.

9.0

HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA


Dalam bidang politik, usaha bagi mencapai perpaduan dan

integrasi etnik masih dijalankan dengan giat. Segala usaha dan proses
pilitik di negara ini telah berjaya membawa semua etnik utama ke dalam
proses politik dan pentadbiran. Pada tahap tertentu, kejayaan Malaysia
dalam usaha memupuk integrasi sosial telah menjadi contoh kepada
beberapa buah Negara luar yang kagum dengan kemampuan pemimpin
negara mewujudkan suasana yang harmonis dan aman damai. Secara
beransur-ansur, suasana dan kejayaan dalam bidang politik turut dapat
diterjemahkan sepenuhnya kepada bidang lain terutama dari segi
kemasyarakatan dan dalam kehidupan seharian pelbagai etnik. Perpaduan
dan integrasi ialah proses semula jadi dan boleh berlaku dengan sendiri
apabila individu-individu yang terlibat melihat faedah daripada proses
tersebut. Di negara kita, proses perpaduan dan integrasi memerlukan
penglibatan langsung Kerajaan dengan dasar-dasar bersifat top-down.

Dalam konteks ini, DEB dan dasar-dasar yang selanjutnya, iaitu Dasar
Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara merupakan suntikan
penting daripada Kerajaan yang cuba mewujudkan perpaduan.

Kesemua dasar yang dirangka oleh kerajaan menyediakan peluang


supaya semua etnik berada dalam satu ruang fizikal yang sama, sama
ada dalam bidang ekonomi, pendidikan, atau perkhidmatan awam. Proses
menemukan semua etnik adalah amat penting. Hal ini, adalah kerana
proses perpaduan dan integrasi kini sering membayangkan pembentukan
bangsa Malaysia yang wajar dikejar dan dicapai menjelang tahun 2020.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku banyak perbincangan
antara pelbagai pihak tentang bentuk bangsa Malaysia yang diidamkan
pada tahun 2020. Cuma, perbincangan itu sebahagian besarnya
digerakkan dari atas dan bukan dari akar umbi.

Dalam pembangunan ekonomimemang wujud ukuran tertentu


yang boleh dijadikan penanda aras pencapainnya. Misalnya, sepanjang
tempoh 1980-an, turun naik pencapain ekonomi diukur berdasarkan kadar
pertumbuhan ekonomi tahunan. Sebaliknya, bukan mudah untuk
mengukur pencapaian perpaduan nasional dari segi ukuran yang
berasaskan perangkaan. Apa yang mampu kita lakukan adalah untuk
melihat perlaksanaan dan prestasi setiap dasar yang menyentuh soal
perpaduan negara.
Dasar Pelajaran Kebangsaan misalnya, yang menggunakan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa penghantar ialah salah satu langkah untuk
mewujudkan perpaduan. Namun kita tahu, tidak semua rakyat Malaysia
menghantar anak ke sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan
Bahasa melayu sebagai bahasa penghantar. Keadaan ini berlaku kerana
ibu bapa bebas memilih menghantar anak mereka ke sekolah berbahasa
penghantar Mandarin, Tamil, atau Inggeris yang diizinkan wujud oleh
Kerajaan. Namun begitu, boleh dirumuskan bahawa mereka yang

mengikuti sekolah aliran kebangsaan mempunyai peluang yang lebih baik


untuk berinteraksi tanpa mengira etnik dan terlibat dalam usaha
mewujudkan perpaduan nasional.

10.0

CABARAN DAN SARANAN DALAM MENINGKATKAN HUBUNGAN

ETNIK
Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan
kumpulan etnik dan setiap parti politik akan memperjuangkan
kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Politik perkauman ini boleh
menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat
perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa
mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti
bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi
dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang kea rah
masyarakat yang bersatu padu.

Walaupun kestabilan politik dan perpaduan kaum terhasil di


Malaysia ekoran daripada hubungan etnik yang mantap dan utuh serta
adanya penyatuan pelbagai parti politik, namun pada umumnya politik
perkauman masih mewarnai politik Malaysia yang dapat dilihat dalam
tuntutan-tuntutan dan isi hati yang disuarakan oleh etnik-etnik tertentu
melalui wakil mereka daripada parti pemerintah atau pembangkang.

Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam jiwa masyarakat


sejak kecil lagi bagi mewujudkan jalinan integrasi yang utuh dan murni
dalam kalangan masyarakat Malaysia yang kaya dengan pelbagai
kebudayaan dan keagamaan . hal ini boleh dilakukan melalui pemupukan
kesedaran, pendidikan dan program-program pembangunan masyarakat.

Dalam menuju wawasan 2020 dan pembinaan 1 Malaysia tindakan


yang paling penting adalah mengukuhkan lagi kerjasama dan penyatuan
etnik berdasarkan pengalaman dan acuan Malaysia dalam membina
perhubungan etnik yang harmoni dengan mempertingkatkan tahap
kepekaan etnik dalam kalangan rakyat pelbagai budaya.

Peranan dan penglibatan pemimpin parti politik adalah sangat


penting dalam konteks menjalin hubungan etnik yang sihat dalam
pembangunan politik negara. Justeru , pemimpin kesemua parti
komponen BN dan Pakatan Rakyat boleh memberikan input dengan
kerjasama pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan bagi mengkaji
keperluan dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat pelbagai etnik,
termasuk suku etnik di Sabah dan serawak dan seterusnya mencari
penyelesaian terhadap isu-isu yang berbangkit, mereka juga harus
berupaya meyakinkan penyokong masing-masing untuk bersikap lebih
rasional apabila menyuarakan dan menguruskan perkara-perkara yang
berhubung kait dengan masalah etnik.

Kesediaan bekerjasama dalam politik dan pentadbiran serta


kemampuan mengatasi persoalan kemiskinan dan kepinggiran di bandar
dan luar bandar perlu diberi perhatian utama oleh pemimpin serta
kerajaan jika keharmornian etnik yang dikecapi sekarang ini mahu
dikekalkan dan ditingkatkan.

Perpaduan antara etnik dalam kalangan rakyat dan pemimpin


politik atau parti politik yang kukuh dan terjalin secara ikhlas adalah
perkara terpenting yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan
seluruh rakyat Malaysia dalam memastikan konsep 1 Malaysia serta
matlamat wawasan 2020 tercapai.

11.0

TSUNAMI POLITIK

Keputusan pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak. Baik


dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN)
menang dengan majoriti mudah tetapi hilang penguasaan dua pertiga di
parlimen. Selain itu BN gagal untuk mempertahankan kekuasaan di
beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak Kedah dan Pulai Pinang
sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di bawah pemerintahan PAS.
Semua kerusi parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh pakatan
pembangkang kecuali Setiawangsa berjaya dipertahankan oleh Zulhasnan
Rafique. Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN juga dirobek
sedikit demi sedikit sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua
pertiga.

Di Melaka, DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi
parlimen. Johor yang merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak
ketinggalan menjadi mangsa apabila DAP mendapat empat kerusi DUN
dan satu kerusi parlimen sementara PAS pula mendapat dua kerusi DUN.
Peralihan undi yang besar kepada pakatan pembangkang tanpa dijangka
itu, menyebabkan ramai penganalisa politik menggelarkannya sebagai
situasi ini sebagai Tsunami. Buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN)
yang ditubuhkan pada 1973 hilang kuasa dua pertiga di parlimen dan
mengulangi sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969. Pakatan BN yang
ditubuhkan sebagai formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan
pada pilihanraya 1969 akhirnya tempang selepas 38 tahun berdiri gagah.

Prestasi BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan


pada pilihanraya tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada
pakatan pembangkang. Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya mencipta
sejarah apabila menjadi ketua BN pertama yang menyebabkan kehilangan
majoriti dua pertiga. Keputusan pilihanraya umum 2008 juga menyaksikan

beberapa menteri dan timbalan menteri mengalami kekalahan yang


mengejut.

Sementara itu, Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali
pertama bertanding dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi
Ahli Parlimen Sungai Siput semenjak tahun 1974 terpaksa akur dengan Dr
Jeyakumar. Manakala Zainuddin Maidin yang menjadi Menteri Penerangan
sebelum ini dimalukan oleh Johari Abdul di Sungai Petani. Di Shah Alam,
Aziz Shamsuddin terpaksa akur dengan kemenangan Khalid Samad.

BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu


kuat sehinggakan tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju
negara. Dalam bahasa yang mudah, BN boleh membuat apa sahaja
dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen. Selepas pilihanraya 2004
sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup yang
mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang
keperluan harian telah menyebabkan ramai yang hidup menderita.
Tambahan lagi apabila wujudnya watak-watak jahat seperti Samy Vellu
yang bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan harga tol telah
menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat begitu
besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004.

Pakatan pembangkang yang sedar akan kegelisahan rakyat, bijak untuk


memanfaatkan suasana tersebut. Kempen untuk mengurangkan majoriti
BN di parlimen agar mereka tidak boleh membuat keputusan dengan
sesuka hati, telah berjaya membuahkan hasil. Lim Guan Eng apabila
ditanya oleh wartawan sewaktu kempen pilihanraya berlangsung,
mengatakan DAP tidak mungkin mengalahkan BN dan hanya berniat
untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen.

Selain itu, Husam Musa yang juga naib presiden PAS, berkali-kali dalam
siri ceramah dan kempen pilihanrayanya, menyatakan kepada pengundi
agar kuasa majoriti BN di parlimen harus dikurangkan agar harga barang
tidak boleh dinaikkan dengan sesuka hati. Di kalangan orang ramai
terutamanya pengundi atas pagar, untuk menukar kerajaan baru secara
drastik adalah sesuatu perkara yang menakutkan. Akan tetapi, kalau
sekadar untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, mereka bersedia
melakukannya. Peningkatan kos kehidupan adalah pendorong utama bagi
kumpulan pengundi ini. Mereka ini percaya jika majoriti BN di parlimen
dikurangkan, harga barang tidak mudah untuk dinaikkan dengan sesuka
hati.

Oleh kerana terlalu ramai yang berfikir untuk mengurangkan majoriti BN


di parlimen, maka BN akhirnya benar-benar kehilangan majoriti di
parlimen bersama dengan kuasa dua pertiganya. Berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh penganalisis politik, beberapa orang yang berada dalam
kelompok ini selepas dua hari keputusan pilihanraya diumumkan. Mereka
sebenarnya tidak menyangka bahawa BN akan kalah seteruk ini apabila
memenangi hanya 140 kerusi parlimen berbanding dengan pembangkang
yang berjaya mendapat 82 kerusi di parlimen.

Pertembungan di antara Pak Lah dan Dr Mahathir Mohamad adalah


perkara yang sudah diketahui umum. Semenjak projek jambatan
bengkok dibatalkan, Mahathir tidak henti-henti menyerang perdana
menteri yang beliau lantik menggantikannya pada tahun 2003. Mahathir

memberitahu umum bahawa beliau menyesal kerana melantik Abdullah


sebagai penggantinya. Malah bekas perdana menteri itu pernah memohon
maaf kepada rakyat di atas kesilapannya melantik Abdullah yang
dikatakan membawa Malaysia ke arah kehancuran.

Selain itu juga, peranan menantu Pak Lah dalam pentadbiran negara
adalah salah satu kebencian Mahathir. Mahathir mengatakan bahawa
budak tingkat empat (merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan rakanrakannya) menguasai Abdullah. Beberapa hari sebelum pilihanraya,
apabila ditanya oleh wartawan tentang kemungkinan Khairy akan
memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara selepas
pilihanraya umum, Mahathir berkata Malaysia akan menuju kemusnahan.

Mahathir sedar bahawa Abdullah dan menantunya akan dapat


disingkirkan jika BN mengalami prestasi yang buruk dalam pilihanraya
umum. Maka Mahathir pun menyeru ahli-ahli Umno agar membersihkan
Umno melalui pilihanraya umum. Mereka disaran agar mengundi
berasaskan kepada kredibiliti calon dan bukannya atas dasar parti. Dalam
erti kata lain, ahli Umno diberitahu agar jangan mengundi orang-orang
Pak Lah. Kempen ini boleh dikatakan berjaya. Ahli-ahli Umno yang benci
akan Pak Lah dan menantunya telah memberi undi protes, mengikut
saranan bekas perdana menteri itu.

Rembau tempat menantu PM bertanding, boleh dijadikan contoh yang


baik. Dalam pilihanraya umum 2004, calon BN, Firdaus Muhammad Rom
Harun telah menewaskan Dr Dzulkifly Ahmad dengan majoriti yang besar
sebanyak 18,656 undi. Manakala menantu PM menang di Rembau baru-

baru ini hanya dengan majoriti 5,746 undi. Khairy tidak mungkin
mendapat undi serendah itu jika orang Umno Rembau tidak protes
terhadap beliau. DUN Paroi yang terletak di bawah parlimen Rembau jatuh
buat pertama kalinya kepada PAS apabila calonnya Mohd Taufek Abdul
Ghani berjaya mengalahkan Datuk Zaharuddin Mohd Shariff dengan
majoriti 1,071 undi.

Menantu PM yang dikatakan hebat sebelum ini sebenarnya tidaklah


sehebat mana. Kempen Dr. Mahathir untuk membersihkan Umno hampir
menyebabkan menantu PM turut dibersihkan. Ternyata orang Umno turut
menyumbang kepada kehilangan kuasa dua pertiga BN di parlimen dan
menyebabkan beberapa buah negeri tumbang kepada pakatan
pembangkang. Tinjauan yang dibuat di beberapa buah negeri sewaktu
kempen pilihanraya umum lalu, menyaksikan jentera BN tidak bergerak
seperti sediakala. Di Selangor, Terengganu dan Kelantan, kempen BN tidak
sehebat pilihanraya umum 2004.

Rakyat-rakyat di Kedah, Pahang, Perak dan Melaka menyuarakan


kerisauan mereka mengenai perihal jentera BN itu. Bilik gerakan BN
dikatakan kosong dan pekerja parti tidak banyak kelihatan. Macammacam teori dikeluarkan dalam menganalisis strategi Umno dan BN. Ada
yang mengatakan jentera BN tidak bergerak kerena tempoh kempen kali
ini agak panjang (13 hari). Malahan, ada yang berfikir bahawa BN telah
membuat strategi baru yang tidak disedari pakatan pembangkang. Ramai
juga yang percaya ketua bahagian Umno menahan peruntukan kerana

mahu menggunakannya untuk pemilihan agung Umno yang bakal


menjelang.

Tajol Rosli Ghazali mengesahkan teori yang pertama. Bekas menteri besar
Perak itu ketika ditanya oleh wartawan mengenai kelesuan kempen BN
pada 1 Mac 2008 dengan angkuhnya beliau berkata bahawa tempoh
kempen pilihanraya terlalu panjang dan BN tidak memerlukan masa yang
lama untuk berkempen. BN tidak perlu berkempen jika pembangkang
tidak menabur fitnah. BN hanya turun untuk menjelaskan perkara sebenar
bagi menangkis dakyah yang disebarkan pembangkang katanya dengan
penuh keyakinan. (Buletin Tengah Hari, TV3, 1 Mac 2008). Mungkin kerana
kenyataan sombong yang dikeluarkan oleh Tajol Rosli itu, rakyat Perak
telah menghukumnya dengan memberikan undi kepada pakatan
pembangkang yang akhirnya menyaksikan, buat pertama kalinya, menteri
besar Perak dilantik daripada parti yang bukan Umno.

Faktor yang lain pula ialah faktor Anwar. Selepas 10 tahun, inilah pertama
kalinya Anwar Ibrahim berkempen dalam pilihanraya umum. Walaupun
usianya telah meningkat, kehebatannya berpidato, tidak dapat dinafikan.
Selain itu, strategi Abdullah-Khairy membubarkan parlimen sebelum
Anwar dibenarkan bertanding membawa padah. Tanpa mempunyai
sebarang beban untuk menjaga kawasan, Anwar menjelajah ke seluruh
negara. Jika Anwar dibenarkan bertanding, tidak mungkin beliau akan
mempunyai banyak masa untuk bergerak sebegitu bebas. Di setiap
tempat yang Anwar pergi, pastinya dihadiri ribuan orang. Rakyat yang
menghadiri ceramah Anwar terdiri daripada pelbagai kaum. Di sesetengah
tempat, masyarakat Cina dan India kelihatan lebih ramai daripada orang
Melayu.

Penerangan bekas menteri kewangan itu tentang bagaimana beliau akan


menurunkan harga minyak jika pakatan pembangkang diberi peluang
untuk mentadbir negara, mampu meyakinkan rakyat. Dengan fakta dan
bahasa yang mudah, rakyat dapat memahami apa yang cuba diterangkan
oleh Anwar. Tahun lalu, dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Jocelyn Tan
di akhbar The Star, kumpulan tingkat empat yang diketuai menantu Pak
Lah mengatakan bahawa Anwar bukanlah lagi satu faktor bagi Umno
untuk menghadapi pilihanraya. Khairy, Norza Zakaria dan Zaki Zahid yang
mendakwa mereka mewakili generasi muda di Malaysia, yakin generasi
yang mereka wakili tidak terpengaruh dengan Anwar.

Kesombongan kumpulan tingkat empat sampai ke kemuncaknya apabila


Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria mencabar
Anwar bertanding di mana-mana kerusi di Kuala Lumpur. Akan tetapi,
Anwar tidak dapat menyambut cabaran itu kerana beliau tidak boleh
bertanding dalam pilihanraya sebelum 14 April 2008. Tidak lama lagi,
pantang bekas timbalan perdana menteri itu akan berakhir. Jika salah
satu kerusi parlimen di Kuala Lumpur dikorbankan oleh mana-mana ahli
parlimen pakatan pembangkang untuk Anwar bertanding, beranikah
Norza berdepan dengannya?

Pembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memerangkap


pemerintah Malaysia. Rakyat Malaysia kini telah mempunyai satu ruang di
mana mereka terdedah kepada pelbagai maklumat tanpa adanya sekatan.
Dahulu, maklumat boleh dikawal sepenuhnya oleh Umno-BN. Rakyat
Malaysia hanya dapat membaca, melihat dan mendengar berita-berita
yang disajikan oleh media arus perdana. Dengan adanya internet,

penguasaan terhadap maklumat telah berjaya dipecahkan. Portal media


seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Harakahdaily , KL Pos dan banyak
lagi, telah menjadi media alternatif kepada rakyat Malaysia.

Tekanan dan cengkaman yang kuat pemerintah Malaysia terhadap rakyat,


dengan menggunakan akta-akta tidak demokratik, telah malahirkan
begitu ramai gerilawan siber. Kelahiran gerila siber ini bertambah dari
masa ke semasa sehinggakan pasukan cybertrooper tajaan Azalina
Othman yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri Perlancongan, tidak
berdaya untuk melawan. Tanpa disuruh, gerila-gerila siber ini telah
melahirkan ribuan laman untuk menyerang pemerintah BN. Teknologi
blog telah menyebabkan perang gerila siber menjadi semakin hebat.
Kurang dari 3 minit, sebuah blog sudah boleh dimulakan.
Serangan demi serangan dari pelbagai penjuru, akhirnya merebahkan BN
di beberapa negeri terutama di bandar-bandar yang mempunyai akses
kepada internet. Contoh yang terbaik ialah di Kuala Lumpur di mana
pakatan pembangkang berjaya menyapu sembilan daripada 10 kerusi
parlimen. Bandar Shah Alam yang selama ini menjadi kubu kuat Umno,
jatuh kepada PAS.
Walaupun hilang majoriti dua pertiga BN di parlimen, Abdullah Ahmad
Badawi terus menjadi perdana menteri Malaysia bagi penggal kedua.
Abdullah tidak menghiraukan desakan dan tuntutan yang mahukan beliau
meletakkan jawatan. Mukhriz Mahathir menjadi pencetus kepada gerakan
dalam Umno menuntut Abdullah meletakkan jawatannya. Beliau mengikut
jejak ayahnya yang menghantar surat kepada perdana menteri untuk
mendesaknya meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab kepada
hilangnya majoriti dua pertiga BN dan beberapa negeri kepada
pembangkang. Dr Mahathir pernah melakukan perkara yang sama selepas
Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 apabila beliau
menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman.

Sebelum ini, Abdullah ketika diminta mengulas tentang surat Mukhriz


berkata, beliau menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin
Tun Hussein untuk mengambil tindakan. Namun, selepas mesyuarat
pemuda Umno, Hishamuddin berkata, Mukhriz tidak dikenakan sebarang
tindakan dan menyerahkan balik perkara itu kepada Abdullah sebagai
presiden Umno.

Kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah telah menyingkirkan


separuh daripada muka lama, dijangka menyemarakkan pertembungan
dalam Umno. Orang Najib Tun Razak telah terkeluar dari senarai tersebut.
Kabinet baru ini dijangka membantu Abdullah dalam pemilihan pucuk
pimpinan Umno yang akan datang, dan sekaligus mengekang kemaraan
Najib. Walaupun Khairy Jamaluddin tidak diberikan sebarang jawatan
menteri, orang-orangnya telah berada dalam kabinet dan memegang
portfolio penting. Contohnya, Wan Farid Wan Salleh yang dilantik menjadi
senator, memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam
Negeri. Sepupu kepada menantu PM, Shaziman Mansor pula dilantik
menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.

12.0

KESIMPULAN
Selain insiden konflik perkauman pada tahun 1945 hingga 1946

selepas Jepun menyerah kalah, peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Kg


Medan pada 2001, keadaaan masyarakat dan Negara Malaysia secara
umumnya adalah stabil, makmur dan harmoni. Walaubagaimanapun,
usaha memelihara hubungan etnik yang harmoni selaras dengan
perkembangan politik negara merupakan cabaran yang besar yang

dihadapi oleh Malaysia yang dihuni oleh penduduk pelbagai etnik


daripada latar belakang, budaya, Bahasa, agama, dan adat resam yang
berlainan. Masyarakat berbilang etnik di Malaysia telah mengharungi
tahap kereggangan, ketegangan, pertelingkahan antara etnik sehingga
kita berusaha menuju ke arah penyatuan dan keharmonian etnik sejak
dari zaman penjajahan British sehingga ke hari ini. Untuk itu, kita telah
melalui pelbagai cabaran, masalah dan kesukaran dalam melahirkan
hubungan etnik yang sihat, pada masa yang sama kita juga telah berjaya
menyelesaikan masalah dan isu perkauman yang wujud sehingga tercapai
kerjasama, permuafakatan dan kompromi politik antara etnik.

Dalam hal ini, kerajaan telah bertindak dengan berhati-hati dalam


mengambil berbagai-bagai langkah dan pendekatan dari dulu hingga kini
bagi mengenal pasti punca dan masalah yang wujud supaya semua etnik
dapat dibawa ke dalam proses politik dan pentadbiran negara untuk
mempercepatkan pembentukan 1Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat
Malaysia, kita harus memberi kerjasama, memahami, bersikap toleransi
dan bertolak ansur antara satu sama lain agar hubungan etnik yang sihat,
mesra dan harmoni dapat diwujudkan serta diteruskan dari generasi ke
generasi.

You might also like