Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

HGF3043

D20141068583

......
TUGASAN INDIVIDU
TAJUK : MONSUN
..
KURSUS:
KAJIIKLIM
KOD KURSUS:
HGF 3043
(KUMPULAN C)

NAMA

NURASHIKIN BINTI ZULKIFLI

NO MATRIK

D20141068583

SEMESTER

SEMESTER 3

NAMA PENSYARAH

DR MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

HGF3043

D20141068583

1. Apakah maksud monsun?


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, perkataan "monsun" berasal daripada
perkataan Arab "muasim" yang bermaksud musim. Pedagang-pedagang kuno yang
berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi
menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup mantap dari arah timur laut
semasa musim sejuk di hemisfera utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya
semasa musim panas di hemisfera utara.Monsun adalah perubahan bermusim dalam
arah angin yang lazimnya membawa bersamanya pelbagai jenis cuaca. Ia hampir
merujuk kepada monsun Asia, kawasan yang besar bermula dari India ke Asia Tenggara
di mana keadaan monsun diguna pakai.

2. Huraikan bagaimana monsun berlaku dan pengaruhnya terhadap cuaca dan


iklim?
Ciri-ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang
tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di
kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak
berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali
mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari
kecuali pada musim monsun timur laut.
Menurut Wang B (2006), monsun asia adalah kejadian yang menakjubkan
dalam sistem iklim bumi. Semasa musim panas, enjin monsun mengepam kelembapan
yang diangkut keseluruh beribu-ribu batu dan lautan Hindi dan Pasifik. Menghasilkan
hujan lebat yang turun di selatan dan timur asia dan laut kecil secara bersebelahan laut
kecil.
Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan
hasil daripada pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, kawasan daratan
benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia
Tengah. Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk
sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia. Akibatnya, udara sejuk
bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat-laut dan seterusnya bertukar menjadi
angin timur-laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara.

HGF3043

D20141068583

Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini
saling bertindak dengan sistem tekanan rendah atau siklon yang terbentuk berhampiran
Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan
serta hujan lebat di pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga di pantai barat
Sarawak.
Pada musim panas, pemanasan suria yang kuat meningkatkan suhu di kawasan
daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa
tetap terbentuk. Angin lengas tenggara yang berasal dari selatan Lautan Hindi dan
rantau Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat-daya apabila melepasi
Khatulistiwa. Angin ini seterusnya bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum
menumpu ke arah Indochina, China dan barat-laut Pasifik.
Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah,
terdapat perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada
perubahan ini, empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur
laut dan dua musim peralihan monsun yang lebih pendek.
Monsun barat daya biasanya bermula pada setengah terakhir bulan Mei atau
awal bulan Jun dan tamat pada akhir September. Angin lazim pada amnya dari arah
barat daya dengan kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15 knot.
Monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada
Mac. Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan
kelajuan antara 10 dan 20 knot. Negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia
lebih terjejas dengan tiupan angin ini di mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau
lebih semasa luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk).
Semasa musim-musim peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah
dan arahnya berubah-ubah. Pada kedua-dua musim ini, palung khatulistiwa merentangi
Malaysia.
Perlu juga dinyatakan di sini bahawa dalam tempoh dari April hingga November
bila mana taufan kerap kali terbentuk di barat Pasifik dan bergerak ke arah barat
merentasi Filipina, angin barat daya di kawasan barat laut pantai Sabah dan kawasan
Sarawak menjadi lebih kuat dan boleh mencapai 20 knot atau lebih.

HGF3043

D20141068583

Sebagai negara dikelilingi laut, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas corak tiupan
angin adalah besar terutamanya semasa hari tidak berawan. Pada keadaan petang yang
terang cahaya matahari, bayu laut dengan kelajuan antara 10 dan 15 knot selalunya
terjadi dan bayu ini boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan
pendalaman. Dalam keadaan malam langit terang, proses sebaliknya berlaku di mana
bayu darat yang lebih lemah kelajuannya boleh terjadi di kawasan pantai.

Rajah 1: Proses pembentukan angin monsun timur laut


(Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia)

3. Berasaskan pembentangan Forum Iklim Kebangsaan berkaitan monsun, nilaikan


ramalan monsun yang boleh mempengaruhi corak hujan, suhu, kelajuan angin,
dan kelembapan bandingan.
Corak hujan
Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan utama negara kita. Sistem cuaca
monsun yang terbentuk bersama dengan luruan udara sejuk dari Siberia menghasilkan
hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai timur iaitu negeri
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak. Berikut ialah
jangkaan hujan bulanan maksimum:
Kelantan , Terengganu

600 mm (November)

Pahang dan timur Johor

600 mm (Disember)

Sarawak

400-700mm (Januari)
4

HGF3043

D20141068583

Suhu
Sebagai sebuah negara yang terletak di khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu yang
sekata sepanjang tahun. Perbezaan purata suhu bulanan adalah kurang daripada 2C
kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia yang kerap dipengaruhi oleh
luruan angin sejuk dari Siberia semasa monsun timur laut dengan perbezaan suhu
purata bulanannya boleh mencapai sehingga 3C
Kelajuan angin
Monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac.
Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan
antara 10 dan 20 knot. Negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih terjejas
dengan tiupan angin ini di mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau lebih semasa
luruan kuat udara sejuk dari utara (luruan sejuk).
Di antara bulan Januari hingga Mac, angin bertiup dari arah timur laut ke
Semananjung Malaysia. Angin ini adakalanya agak kencang sehingga mencapai
kelajuan 15m/saat tetapi menjadi lemah apabila tiba di Selat Melaka selepas melintasi
beberapa banjaran gunung di Semenanjung Malaysia.
Kelembapan bandingan
Seperti yang diketahui, Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi. Purata
kelembapan bandingan bulanannya adalah diantara 70% hingga 90%, berubah
mengikut tempat dan bulan. Kelembapan tertinggi adalah dicatatkan pada bulan
November hingga Disember dan semakin menurun menjelang Februari. Melalui corak
kelembapan bandingan didapati kelembapan relatif adalah tinggi ketika berlakunya
musim monsun timur laut. Adalah diperhatikan bahawa di Semenanjung Malaysia,
kelembapan bandingan minimum biasanya terdapat pada bulan Januari dan Februari
kecuali bagi negeri-negeri pantai timur di mana kelembapan bandingan minimumnya
adalah pada bulan Mac. Kelembapan bandingan maksimum pula lazimnya adalah pada
bulan November.

HGF3043

D20141068583

4. Huraikan kesan monsun terhadap manusia dan bagaimana manusia


menghadapinya.
Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua jenis monsun iaitu Monsun Barat Daya yang
berlaku pada bulan Mei hingga September dan Monsun Timur Laut berlaku pada bulan
November hingga Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada
negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak, manakala
Monsun Barat Daya secara relatifnya, lebih kering di seluruh negeri kecuali Sabah.
Tempoh peralihan anatara dua monsun ini dikenali sebagai Monsun Peralihan. Cuaca
ribut petir disertai hujan lebat dan kadang kala angin kencang kerap berlaku sepanjang
musim ini.
Semasa tempoh monsun barat daya, keadaan atmosfera menjadi lebih stabil.
Oleh itu, kebanyakan kawasan di negara akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan
berbanding hari hujan. Purata hujan bulanan minimum biasanya di antara 100-150 mm.
Keadaan ini membawa kepada cuaca yang agak kering berbanding musim lain.
Keadaan kering di Semenanjung Malaysia disebabkan oleh kesan lindungan hujan oleh
banjaran gunung di Sumatera. Sabah bersifat lebih lembab akibat ekoran dari taufan
yang melintasi Filipina dalam perjalanannya merentasi Laut China Selatan dan
sekitarnya. Akibat daripada keadaan cuaca yang agak kering telah menyebabkan
beberapa kesan negatif terhadap aktiviti manusia.
Antaranya ialah berlakunya kebakaran hutan secara semula jadi akibat daripada
cuaca yang panas. Kesan ini telah menyebabkan berlakunya jerebu iaitu tindak balas
kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa
pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid surfurik. Jerebu berlaku apabila debu
dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca
menghalang, penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir
rendah yang boleh boleh menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman
kesihatan penafasan. Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya
kepada kanak-kanak, orang tua, pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain serta
perokok. Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah iritasi kerongkong dan
batuk-batuk, kesukaran bernafas atau hidung tersumbat, iritasi di mata serta mata yang
merah dan kulit terasa gatal. Jika manusia terus terdedah dengan keadaan sebegini boleh
mengakibatkan pelbagai penyakit seperti asma, radang paru-paru, katarak mata dan
sebagainya.
6

HGF3043

D20141068583

Angin monsun membawa hujan yang berbeza mengikut musim. Bagi tempoh
monsun timur laut pula, kawasan-kawasan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
akan menerima hujan yang sangat lebat. Kejadian ini juga mengakibatkan fenomena
musim tengkujuh. Hujan yang lebat akan membekalkan air yang banyak yang boleh
mengakibatkan berlakunya banjir. Banjir merupakan bencana yang sering berlaku di
negara kita. Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai kesan negatif sama ada kepada
masyarakat. Pelbagai kesan akibat berlakunya banjir antaranya ialah, sistem
perhubungan akan terjejas seperti sumber elektrik , sistem pengangkutan dan
sebagainya. Sekolah yang menjadi tempat penempatan sementara mangsa banjir turut
terpaksa ditutup. Akibatnya proses pendidikan terganggu dan menghadapi masalah.
Selain itu juga, akibat daripada terjejasnya sistem perhubungan menyebabkan
berlakunya kekurangan bekalan makanan kepada mangsa banjir kerana kesukaran
pengangkutan untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan lain. Disebabkan hal
ini juga, telah menyebabkan mangsa banjir mengalami kelaparan yang boleh
menyebabkan timbulnya pelbagai masalah lain contohnya seperti masalah kesihatan.
Disamping itu juga, kesan paling buruk yang boleh dibawa oleh banjir adalah
kehilangan nyawa. Sama ada kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan
makanan, putus bekalan air bersih, penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui
doktor, bahkan keganasan dan rampasan barang keperluan asasi akibat kekurangan dan
keterdesakan mangsa-mangsa banjir. Kawasan yang dikhuatiri akan berlaku adalah di
kawasan yang rendah dan kawasan yang berhampiran dengan sungai contohnya seperti
banjir di Kelantan.

Foto 1: Pemandangan udara penempatan yang ditenggelami air di Tumpat, Kelantan

HGF3043

D20141068583

(Sumber: Utusan Online)


Berdasarkan rekod dan statistik yang dikeluarkan oleh surat khabar Kosmo,
negeri paling terjejas teruk ialah Kelantan dengan mencatat jumlah mangsa paling
ramai iaitu lebih kurang 140,000 orang dipindahkan, di 162 pusat pemindahan
sementara membabitkan lebih 10,000 buah keluarga. Jumlah mangsa yang meninggal
dunia dan orang hilang akibat bencana tersebut direkodkan seramai 21 kematian
manakala 10 individu hilang di tiga negeri terjejas iaitu Kelantan, Terengganu dan
Pahang. Pihak polis memberitahu, Kelantan mencatatkan jumlah kematian paling tinggi
iaitu 14 orang dan empat hilang diikuti Terengganu sebanyak empat kematian dan lima
hilang manakala Pahang mencatat tiga kematian dan seorang masih hilang.
Untuk mengatasi masalah akibat daripada fenomena monsun seperti banjir,
jerebu dan sebagainya, pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan masalah yang
dihadapi dapat ditangani dengan segera. Antara langkah untuk mengatasi masalah
seperti banjir, ialah dengan menyediakan persiapan awal menghadapi banjir. Semua
pihak seharusnya memainkan peranan terutamanya pihak kerajaan. Mereka mestilah
memastikan penduduk sentiasa bersiap sedia dengan apa jua bencana atau musibah
melalui isyarat amaran yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Meteorologi Malaysia.
Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah menyediakan lebih banyak pusat pemindahan
banjir yang lebih selamat seperti kawasan yang lebih tinggi. Bekalan makanan dan
keperluan asas yang mencukupi untuk mangsa banjir juga haruslah disediakan. Bantuan
kecemasan demi untuk keselamatan dan kesihatan perlu dititikberatkan agar tidak
berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini terutamanya kehilangan nyawa.
Sementelahan itu, antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengelak
masalah-masalah jerebu ialah dengan mengambil inisiatif untuk memakai topeng muka
yang mempunyai penuras jika ingin menjalankan sebarang aktiviti terutamanya luar.
Selain itu, masyarakat juga digalakkan untuk sentiasa basuh bahagian yang terdedah
terutamanya bahagian muka. Hal ini adalah bagi mengelakkan kulit terhindar kepada
sebarang penyakit akibat jerebu. Meminum air sebanyak tiga liter sehari amatlah
penting bagi memastikan cecair di dalam badan mencukupi kerana keadaan yang panas.
Bagi yang menghidap sebarang penyakit, mestilah memastikan bekalan ubat tersedia
dan mencukupi untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan terjadi.

HGF3043

D20141068583

RUJUKAN

Jabatan

Meteorologi

Malaysia

(2013).

Monsun.

Diperolehi

daripada

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Itemid=
160&lang=malay
Kosmo Online (30 Disember 2014). Musibah Banjir Luar Biasa. Diperolehi daripada
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0102&pub=Kosmo&sec
=Pesona&pg=ps_02.htm
Ku Kassim, K.Y., Ahmad, A. dan Mahyam, M.I. 2007. Keadaan laut perairan Semenanjung
Malaysia untuk panduan nelayan. Jabatan Perikanan Malaysia
Utusan Online (28 Disember 2014). Banjir: Empat Kawasan Kritikal Di Kelantan.
Diperolehi daripada http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/banjir-empatkawasan-kritikal-di-kelantan-1.41691
Wang, B (2006), The Asian Monsoon. Springer Science & Business Media

You might also like