Tugasan 1 (B) - YANIE

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

HGF 3043

D20141067771

KAJI IKLIM
(HGF 3043)
TUGASAN INDIVIDU
KUMPULAN C
TAJUK : MONSUN / MONSOON

NAMA

NUR ZAYANI BINTI ROZALI

NO. IC

941202-06-5000

NO. MATRIK

D20141067771

PENSYARAH

DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

HGF 3043

D20141067771

Individual Assignment HGF3043 Question 1b


1. Apakah maksud monson?
What is meaning of monsoon?

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia ,perkataan "monsun" berasal daripada perkataan


Arab "muasim" yang bermaksud musim. Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik
melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem
angin yang silih berganti yang bertiup mantap dari arah timur laut semasa musim sejuk di
hemisfera utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di
hemisfera utara. Monsun di Malaysia terdiri daripada dua jenis iaitu Monsun Timur Laut
yang bermula pada awal bulan November sehingga bulan March , dan Monsun Barat
Daya lebih kering yang bermula pada akhir bulan Mei sehingga bulan September .
Manakala padan bulan Oktober dan bulan April dipanggil sebagai peralihan Monsun
yang merupakan bulan yang paling banyak penurunan hujan akibat daripada penstabilan
peralihan monsoon ke monsun yang lain.
2. Huraikan bagaimana monson berlaku dan pengaruhnya terhadap cuaca dan iklim?
Describe how the monsoons occur and its effect on weather and climate.

Menurut Wang B (2006) , Monsun asia adalah kejadian yang menakjubkan dalam sistem
iklim bumi. Semasa musim panas , enjin monsun mengepam kelembapan yang diangkut
ke seluruh beribu-ribu batu dari Lautan Hindi dan Pasifik. Menghasilkan hujan lebat yang
turun di selatan dan timur Asia dan bersebelahan laut kecil.
Walaupun angin di Malaysia pada amnya lemah dan arahnya berubah-ubah, terdapat
perubahan bertempoh dalam corak tiupan angin. Berdasarkan kepada perubahan ini,
empat musim boleh dibezakan iaitu monsun barat daya, monsun timur laut dan dua
musim peralihan monsun yang lebih pendek.

Monsun Barat Daya biasanya bermula pada setengah terakhir bulan Mei atau awal bulan
Jun dan tamat pada akhir September. Angin lazim pada amnya dari arah barat daya
dengan kelajuan yang lemah iaitu di bawah 15 knot. Menurut Sperling Daniel,
(2007).angin yang berasal daripada pedalaman benua (daratan) merupakan angin yang
2

HGF 3043

D20141067771

kering . Hal ini menyebabkan kebanyakan kawasan yang dilalui oleh angin monsun
Timur Laut, Terutamanya Benua Kecil India, Pakistan, Bangladesh, Burma, Negeri
Thailand , Vietnam, Kampuchea dan Loas mengalami musim kemarau yang teruk.

Monsun Timur Laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac.
Semasa musim ini, angin lazim adalah dari arah timur atau timur laut dengan kelajuan
antara 10 dan 20 knot. Negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia lebih
terjejas dengan tiupan angin ini di mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau lebih
semasa luruan kuat udara sejuk dari utara.Angin Monsun Timur Laut bertiup semasa
hemisfera mengalami musim sejuk. Dikenali sebagai monsun musim dingin. Musim ini,
nilai suhu terendah dicatatkan di pendalaman Asia. Contohnya di Dataran Tiggi Tibet,
Siberia dan Monggolia yang menghasilkan pusat tekanan udara tinggi.Kawasan pusat
tekanan udara tinggi di pendalaman benua Asia ini merupakan zon udara sejuk yang
tggelam.Pada masa yang sama hemisfera selatan sedang mengalami musim panas iaitu
nilai suhunya 35 darjah celcius. Sebab pemanasan jisim udara di permukaan bumi
menjadi ringan dan naik ke atas lantas mewujudkan satu vakum di bawahnya.Kawasan
vakum merupakn pusat tekanan udara rendah yang lazimnya wujud di sekitar lautan di
benua Australia.Namun begitu, angin yang bertiup dari benua ke Asia itu akan dibiaskan
ke arah kanan oleh daya koriolis.Sistem angin ini dinamakan sebagai sistem angin
monsun timur laut.Angin Monsun Timur Laut bertiup kencang,yang paling ketara ialah
kedinginanya yang mampu menyejukkan suhu di kawasan tropika dan khatulistiwa
daripada mjadi terlalu panas.

HGF 3043

D20141067771

Rajah 1 : proses pembentukan angin monsun Timur Laut


(Sumber : Jabatan Perikanan Malaysia)

Angin Monsun Timur adalah angin yang bertiup pada bulan April - Oktober di Indonesia
dan Malaysia khususnya. Angin ini bertiup saat matahari berada di belahan bumi utara,
sehingga menyebabkan benua Australasia musim dingin, sehingga bertekanan maksimum
dan Benua asia lebih panas, sehingga tekananya minimum. Menurut hukum Buys Ballot,
angin akan bertiup dari daerah bertekanan maksimum ke daerah bertekenan minimum,
sehingga angin bertiup dari benua Australasia menuju benua Asia, dan karena menuju
Utara Khatulistiwa/Equator, maka angin akan dibelokkan ke arah kanan. Pada waktu ini,
Indonesia akan mengalami musim kemarau akibat angin tersebut melalui gurun pasir di
bagian utara Australia yang kering dan hanya melalui lautan sempit.Angin Monsun
Timur Laut bertiup merentasi Laut China Selatan dan sampai ke pantai timur
Semenanjung Malaysia dengan kelajuannya 57 kilometer sejam.Semasa musim-musim
peralihan monsun, angin pada amnya berkelajuan lemah dan arahnya berubah-ubah. Pada
kedua-dua musim ini, palung khatulistiwa merentangi Malaysia.

HGF 3043

D20141067771

Perlu juga dinyatakan di sini bahawa dalam tempoh dari April hingga November bila
mana taufan kerap kali terbentuk di barat Pasifik dan bergerak ke arah barat merentasi
Filipina, angin barat daya di kawasan barat laut pantai Sabah dan kawasan Sarawak
menjadi lebih kuat dan boleh mencapai 20 knot atau lebih.
3. Berasaskan pembentangan Forum Iklim Kebangsaan berkaitan monson, Berikan komen anda
tentang ramalan monsoon yang boleh mempengaruhi corak hujan, suhu, kelajuan angin dan
kelembapan bandingan.
Based on National Climate Forum about monsoons, how the monsoon prediction can affect
rainfall patterns, temperature, wind speed and humidity. Give your comment.

KELAJUAN ANGIN
Di antara bulan Januari hingga Mac, angin bertiup dari arah timur laut ke Semenanjung
Malaysia. Angin ini adakalanya agak kencang sehingga mencapai kelajuan 15 m/saat
tetapi menjadi lemah apabila tiba di Selat Melaka selepas melintasi beberapa banjaran
gunung di Semenanjung Malaysia sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 2

Rajah 2: Corak pergerakan angin pada bulan Januari-Mac.


(sumber : Jabatan Perikanan Malaysia)
Monsun timur laut biasanya bermula pada awal November dan berakhir pada Mac.
Semasa musim ini angina lazim adalah dari arah timur laut dengan kelajuan antara 10 dan
20 knot. Negeri-negeri pantai timur semenanjung Malaysia lebih terjejas dengan tiupan
angin ini di mana kelajuannya boleh mencapai 30 knot atau lebih semasa luruan kuat
udara sejuk dari utara (luruan sejuk)

HGF 3043

D20141067771

CORAK HUJAN
Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan utama negara kita. Sistem cuaca
monsun yang terbentuk bersama dengan luruan udara sejuk dari Siberia menghasilkan
hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai timur iaitu negeri
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak.
Berdasarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, berikut ialah:

jangkaan hujan bulanan maksimum


Kelantan,
Terengganu
Pahang dan timur
Johor
Sarawak

600 mm (November)

600 mm (Disember)

400-700 mm (Januari)

Kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dijangka akan menerima jumlah hujan


pada paras purata pada bulan Oktober, November dan Disember 2015 kecuali negeri
Johor dan timur Pahang dijangkakan menerima hujan sedikit melebihi purata pada
Disember 2015.Seterusnya pada bulan Januari hingga Mac 2016, beberapa negeri di utara
Semenanjung Malaysiaterutamanya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perakdijangka
akan menerima hujan di bawah paras purata sementara Kelantan dan Terengganu pula
dijangka akan menerima hujan sedikit di bawah paras purata.Manakala negeri-negeri lain
dijangka akan menerima jumlah hujan pada paras purata.

HGF 3043

D20141067771

KELEMBAPAN BANDINGAN
Malaysia mempunyai kelembapan yang tinggi. Purata kelembapan bandingan bulanannya
adalah diantara 70% hingga 90%, berubah mengikut tempat dan bulan. Adalah
diperhatikan bahawa di Semenanjung Malaysia, kelembapan bandingan minimum
biasanya terdapat pada bulan Januari dan Februari kecuali bagi negeri-negeri pantai timur
di mana kelembapan bandingan minimumnya adalah pada bulan Mac. Kelembapan
bandingan maksimum pula lazimnya adalah pada bulan November.
SUHU
Sebagai sebuah negara yang terletak di khatulistiwa, Malaysia mengalami suhu yang
sekata sepanjang tahun. Perbezaan purata suhu bulanan adalah kurang daripada 2C
kecuali bagi kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia yang kerap dipengaruhi oleh
luruan angin sejuk dari Siberia semasa monsun timur laut dengan perbezaan suhu purata
bulanannya boleh mencapai sehingga 3C. Semasa musim peralihan monson iaitu pada
bulan April dan Mei suhu purata bulanan adalah paling tinggi sementara Disember dan
Januari pula iaitu semasa monsun timur laut suhu purata bulanannya paling rendah. Suhu
harian yang rendah yang dialami di kawasan Pantai Timur Semenanjung semasa musim
monsun timur laut ini adalah hasil daripada kadar hujan yang tinggi dan litupan awan
yang luas. Suhu harian yang tinggi semasa musim peralihan monson adalah disebabkan
kaadaan cuaca yang panas pada waktu lewat pagi hingga awal petang dan selalunya
disusuli dengan hujan serta ribut petir pada lewat petang. Keadaan ini berlaku disebabkan
oleh atmosfera yang tidak stabil yang mengalakkan pembentukan awan perolakan pada
waktu petang.

HGF 3043

D20141067771

4. Huraikan kesan monsoon terhadap manusia dan bagaimana manusia menghadapinya.


Describe the impact of monsoon on humans and how humans adapt the situation

Kesan monsun barat daya yang merupakan monsun yang lebih kering dan kekurangan
air.Kejadian monsun barat daya menyebabkan musim kemarau berlaku dan pemanasan
bumi semakin meningkat akibat daripada angin kering yang hadir dan kekurangan air
atau lebih dikenali dengan El Nino. Kejadian ini

akan terjadinya kemarau yang

berpanjangan mendatangkan banyak kesan negatif terhadap manusia antaranya apabila


keadaan yang terlampau panas menyebabkan hutan akan mudah terbakar

secara

semulajadi kerana suhu bumi yang semakin meningkat . Apabila kejadian tersebut
berlaku asap-asap kebakaran mula berleluasa dan menyebabkan terjadinya jerebu .
Keadaan jerebu ini mendatangkan kesan negatif kepada manusia . Hal ini kerana, apabila
manusia menghirup udara yang kurang segar akan mendatangkan pelbagai jenis penyakit
seperti ,batuk ,sesak nafas , radang paru-paru , masalah penglihatan da sebagainya. Bukan
itu sahaja , masalah kesihatan yang semakin berleluasa menyebabkan pelbagai jenis
ubatan yang perlu dikeluarkan bagi mengawal keadaan. Selain itu , kegiatan pertanian
juga akan semakin berkurangan kerana kekurangan zat dan nutrien air ke dalam tanah
menyebabkan pertanian menjadi kurang segar dan lebih kearah layu . Manusia akan
menjadi rugi dengan aktiviti pertanian kerana pertanian yang kurang menjadi akibat dari
udara yang kering dan panas .

Seterusnya , kesan bagi Monsun Timur Laut kepada manusia pula adalah dimana monsun
ini dikenali sebagai monsun yang murah dengan curahan air hujan dan juga lebih
menjurus kearah La Nina . Keadaan ini akan menyebabkan terjadinya musim tengkujuh
yang akan kerap berlaku hujan lebat dan angin kencang yang berterusan . Apabila
berlakunya hujan yang berterusan akan menyebabkan banjir di kawasan yang rendah.
Banjir akan menyebabkan kerosakan harta benda seperti, rumah , kereta , peralatan
rumah dan sebagainya . Manusia akan kehilangan tempat tinggal apabila banjir yang
berlaku kerana tempat tinggal mereka telah ditenggelami air yang tinggi. Selain itu,
Banjir juga menyebabkan manusia tidak boleh melakukan aktiviti riadah kerana untuk
mengelakkan terkena air hujan bagi mengelakkan dating pelbagai jenis penyakit yang

HGF 3043

D20141067771

tidak diingini. Aktiviti harian juga akan terganggu dan manusia hanya akan terperap
dalam rumah dan mungkin mengalami sejuk yang tinggi kerana kurang mendapat suhu
panas yang stabil . Penyakit demam akan berleluasa kepada manusia dan sebagainya
kerana terkena air kotor disebabkan banjir yang telah membawa sisa-sisa kotor ke merata
tempat . Keadaan sekeliling juga akan menjadi kotor dengan bertaburan harta benda dan
sampah sarap di bawa oleh arus air yang kuat.

Rajah 3 : Menunjukkan kawasan rumah yang telah banyak kali dimasuki air , kini
mencari cara untuk atasi
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/

Langkah bagi mengatasi masalah jika pada Monsun Barat Daya adalah kita harus siap
sedia menemui cuaca yang ekstrim selama musim panas, cara untuk mengatasinya iaitu
kita haruslah minum air putih yang banyak. Minumlah 2-4 gelas air mineral setiap masa.
Hindarkan diri dari meminum minuman berkafein atau beralkohol kerana akan dapat
mengakibatkan dihidrasi. Selain air mineral, teh herbal atau jus dapat membantu
9

HGF 3043

D20141067771

menyegarkan tubuh.Seterusnya, kegiatan di luar kawasan yang lebih baik. Jika harus
keluar, keluarlah sebelum tengah hari atau malam . Masa tersebut itu, cuaca akan lebih
sejuk. Hindari aktiviti fizikal yang berlebihan dan berikan waktu untuk tubuh berehat.
Panasnya udara yang panas sangat mengganggu tubuh badan. Akhir sekali,kenakan
pakaian dengan warna yang putih atau terang. Ini akan membantu memantulkan cahaya
matahari. Pakaian bewarna gelap akan menyerap panas.

Manakala langkah untuk mengatasi masalah sedemikian rupa adalah apabila monsun
Timur Laut tiba manusia perlu bersiap sedia dengan mengawal aktiviti manusia. Banjir
kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan sampah dan sisa
industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat
perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan
kempen

mencintai

sungai

dan

sebagainya.Badan-badan

tertentu

juga

harus

bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat


pembuangan sampah.Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan
terutamanya apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat
untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan
kejadian ini. Selain itu, memelihara hutan juga perlu dilakukan kerana kegiatan
pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan tanah
terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti
pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit. Oleh itu pemeliharaan hutan
merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan boleh dijadikan
kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke bumi.
Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan dan
mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis
dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada
kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan
pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

10

HGF 3043

D20141067771

Rajah 4 : Menunjukkan kawasan Kelantan yang telah ditenggelami banjir pada musim
tengkujuh.
Sumber : www.utusan.com.my/

11

HGF 3043

D20141067771

RUJUKAN
Jabatan

Meteorologi

Malaysia

(2013)

Monsun.

Diperolehi

daripada

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Ite
mid=160&lang=malay
Mohd Hairy Ibrahim, Haryati Shafii, Liew, S.K. (2015) Penagruh Cuaca dan Iklim
Terhadapa Manusia dan Persekitarannya: Isu dan Cabaran. Batu Pahat Johor :
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Mohd Hisham. (2015). Forum Iklim Kebangsaan : Tinjauan Monsun Timur Laut
2015/2016. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Sinar Online (17 Oktober 2015) . Sebelas kali air masuk rumah . Diperolehi daripada
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/sebelas-kali-air-masuk-rumah1.441191
Sperling Daniel, (2007). Driving Climate Change, United Kingdom: British Library
Cataloguing in Publication.
Utusan Online ( 29 Disember 2014) . Keadaan banjir di Kelantan masih meruncing.
Diperolehi daripada http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/keadaanbanjir-di-kelantan-masih-meruncing-1.42199
Wang, B. (2006). The asian monsoon. Springer Science & Business Media.
Yaacob, K. K. K., Ali, A., & Isa, M. M. (2007). Keadaan laut perairan Semenanjung
Malaysia untuk panduan nelayan: Jabatan Perikanan Malaysia.

12

You might also like