Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Majalah

Media cetak seterusnya ialah majalah. Tidak seperti akhbar, majalah mempunyai cara
tersendiri dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. Jika akhbar menyampaikan
segala bentuk maklumat bagi memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat, majalah
pula lebih menumpukan kepada menyampaikan maklumat-maklumat tertentu dan
spesifik sahaja. Di samping itu, maklumat yang disampaikan oleh akhbar bersifat harian
dan ,akhbar memberi tumpuan yang tinggi terhadap soal ketepatan masa (timeliness)
sesuatu berita itu. Berbanding majalah, isu-isu yang diketengahkan adalah semasa tetapi
“sense of urgency” nya tidaklah begitu tinggi. Maka ia boleh diterbitkan secara bulanan
atau mingguan.Kesannya ialah maklumat yang disebarkan melalui akhbar adalah umum
disebabkan ia terpaksa menyampaikan pelbagai jenis berita setiap hari untuk
memenuhi kehendak pembaca yang pelbagai. Sementara informasi yang
disampaikan oleh majalah bersifat mengkhusus iaitu hanya menumpu kepada
bidang-bidang tertentu dan pembaca tertentu sahaja. Ia memenuhi keperluan
spesifik pembaca dengan mengetengahkan isu-isu spesifik. Namun, majalah masih dikategorikan
sebagai media-massa kerana ia mempunyai pembaca yang luas dan bersifat massa.
Penyampaian maklumat dilakukan oleh komunikator profesional dengan menggunakan
teknologi yang mengkhusus. Menurut John Merrill dan Ralph Lowenstein, majalah boleh
dikategorikan kepada dua jenis iaitu Unit Pengkhususan (Unit Specialisation) dan
Pengkhususan Dalaman (Internal Specialisation). Unit Pengkhususan bermaksud majalah yang
mana sasaran pembaca mempunyai minat tertentu. Misalnya :- Majalah Remaja. Pengkhususan
Dalaman pula ialah majalah yang menerbit isu-isu umum, yang mempunyai pembaca yang
luas serta menyediakan artikel dari pelbagai isu. (Dewan Masyarakat, Times, Newsweek).

Sejarah Perkembangan Majalah di Dunia & Malaysia

Majalah sebagai salah satu bentuk media cetak memiliki sejarah perkembangan yang cukup panjang
hingga saat ini.Di England, majalah yang pertama wujud pada awal abad ke-18 iaitu majalah
“Review” yang sebenarnya gabungan sebuah majalah dan akhbar. Ini diikuti dengan majalah
“Tatler” – kedua-dua majalah ini memuatkan artikelartikel mengenai sastera dan satira.
Manakala di Amerika Syarikat, majalah yang pertama diterbitkan ialah majalah “American
Magazine” oleh Andrew Bradford dan Benjamin Franklin yang menerbitkan majalah
“General Magazine and Historial Chronicle” pada tahun 1741. Majalah-majalah di Amerika
Syarikat disasarkan kepada golongan elit dan juga segelintir masyarakat yang mana tahap
celik hurufnya adalah tinggi .Menjelang abad ke-19, majalah mula mengalami perkembangan
yang pesat dan menjadi sebuah industri yang besar. Perkembangan pesat itu disebabkan oleh
meningkatnya teknologi dalam percetakan, bertambahnya kadar celik huruf akibat polisi
pendidikan wajib di sekolah-sekolah dan juga pembaharuan-pembaharuan sosial yang
berlaku di dalam masyarakat. (De Fleur dan Dennis, 1996). Pada ketika itu, majalah-majalah
yang diterbitkan kebanyakan mengetengahkan
soal-soal kesusasteraan, politik, agama dan juga sosial. Apabila berakhirnya, Perang Saudara di
Amerika Syarikat pada tahun 1865, majalah telah mula memperkenalkan budaya popular
dalam isu keluarannya. Bagaimanapun periode selepas Perang Dunia Kedua, barulah
majalah mula berkembang dengan pesat sekali. Pada waktu inilah, majalah mula
mengetengahkan isu-isu yang berkisar mengenai kehidupan seharian pembaca di samping
bermulanya nilai konsumerisme dalam majalah.Antara jenis-jenis majalah yang mula
diterbitkan ialah McCall’s dan Cosmopolitan, dua majalah yang begitu terkenal sehingga kini.
Di Malaysia, majalah berbahasa Melayu yang pertama pada abad ke-20 ialah Khizanah
Al-Ulum diikuti oleh Al-Imam dua tahun kemudiannya. (Hamedi Mohd Adnan, 2003) Dunia
permajalahan Melayu aktif pada tahun 1990-an kerana terdapat rangsangan untuk peningkatan
prestasi penerbitan lebih banyak berbanding dulu. Menurut Dr Hamedi, faktor kecanggihan
teknologi penerbitan iaitu desktop publishing telah membuka laluan kepada semua individu
yang berminat untuk memulakan perniagaan penerbitan.

PERANAN MAJALAH DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT

Secara umumnya, majalah dikatakan memainkan peranan pembentukan budaya dalam


kehidupan pembacanya. Berbeza dengan akhbar, majalah menentukan aliran pemikiran dan
cara hidup masyarakat mengikut peredaran zaman. Menurut John Vivian (1997), majalah-
majalah di Amerika Syarikat menyumbang kepada pembentukan konsep kenegaraan kepada
masyarakat. Majalah yang awal di Amerika membawa kepada pembentukan pembaca di tahap
nasional. Majalah-majalah tersebut menyiarkan kesusasteraan Amerika dan membentuk identiti
nasional rakyat Amerika. Selain dari itu, majalah juga dilihat sebagai saluran periklanan
yang pertama di dunia. Sebelum wujudnya, media-massa yang lain para pengiklan
menggunakan majalah untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka kepada para
pengguna. Di Malaysia, peranan majalah berubah mengikut perkembangan semasa. Menurut Dr
Hamedi yang mengkaji mengenai kegiatan dan perkembangan majalah Melayu di Tanah
Melayu, perkembangan awal penerbitan majalah Melayu di negara didorong oleh dua faktor
iaitu (1) eksploitasi agama dan (2) perjuangan bersifat kebangsaan. (Hamedi Mohd Adnan,
2003). Isu agama menjadi tema kepada isu-isu yang dibincangkan dalam majalah Melayu
sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, suasana
sosial masyarakat mula berubah di mana pengenalan kepada satu bentuk media baru iaitu
wayang gambar – filem telah menyebabkan masyarakat beralih minat dari isu-isu politik
dan sosial kini beralih kepada hiburan. Masyarakat dikatakan lebih suka membaca kisah-kisah
artis sama ada dari Barat mahupun Hindi dan Indonesia maka majalah-majalah hiburan lebih
popular dari majalah umum dan agama. Akibatnya, penerbitan majalah tempatan terpaksa
berubah dari berbentuk agama kepada bentuk komersil dan hiburan demi “survival” mereka.
(Hamedi Mohd Adnan, 2003). Model pembangunan berasaskan sistem kapitalis telah
mengubah matlamat dan peranan majalah dari sebuah institusi yang mempunyai
tanggungjawab sosial kepada satu industri yang berbentuk komersil dan mementingkan
keuntungan. Dulu, majalah diwujudkan kerana untuk memberi kesedaran agama dan semangat
nasionalisme melalui hasil-hasil kesusasteraan kini majalah wujud bagai cendawan tumbuh
kerana ia satu perniagaan yang menguntungkan. Apabila satu penerbitan itu diwujudkan
sebagai satu entiti perniagaan maka falsafah editorialnya akan menyentuh isu-isu yang
mendapat meraih sokongan pengguna. Dalam keadaan ini, majalah mula menumpu kepada
pengembangan budaya-budaya popular yang akhirnya membentuk budaya konsumerisme.
Jumlah majalah fesyen, wanita, hiburan, berbentuk hobi lebih banyak dan diwujudkan
untuk menggalakkan orang ramai supaya menumpu kepada minat masing-masing.
Bagaimanapun, dalam menggalakkan orang ramai ke arah minat mereka, majalah itu turut
menarik mereka kepada hal-hal yang remeh.Kemunculan majalah “Playboy” pada tahun 1953
menyebabkan masyarakat terbahagi kepada dua kelompok iaitu mereka yang menjadi pengkritik
sosial dan pelopor budaya popular. Wujudnya media yang bersifat mengkhusus seperti majalah
juga telah membawa kepada pembentukan pemikiran individualistik di kalangan masyarakat
yang semakin luntur kesedaran sosialnya

You might also like