Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 30

LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

(AMALI JUALAN TERUS)


US7222
PENGANTAR KEPADA
KEUSAHAWANAN

NO NAMA NO MATRIK TANDATANGAN


1 Timmy Ng Yau Fung (K) BB07110233
2 Mohd. Suhaimi bin Mohd BB07110168
Aminudin
3 Christine Evangelina Frank BB07110259
4 Adrian Florincius F. Majaham BB07110170
5 Mohd Readzuan bin Ramlan BB07110313
6 Dalwinder Singh a/l Manoher BB07110107
7 Vaenyson Marius Danag BB07110171
8 Hamzah bin Rahusin BB07110166
9 Mariam Nur binti Mohd Mahadar BB07110080
10 Tressila Anggie Philip BB07110140
PENCAPAIAN MATLAMAT PROJEK
PRAKTIKUM
PENCAPAIAN MATLAMAT PROJEK

Setiap perniagaan sememangnya bermatlamatkan keuntungan. Namun dalam

mengejar keuntungan kita juga tidak terlepas dari sebarang kemungkinan dan risiko

iaitu kerugian. Begitu juga dengan perniagaan kami. Disebabkan beberapa kejadian

yang tidak diduga, kami mengalami kerugian tetapi dengan kerjasama semua ahli

kumpulan kami telah melakukan “exist strategy” bagi menampung kerugian yang kami

alami.

Selain daripada keuntungan, perniagaan kami juga cuba mengetengahkan produk

baru iaitu aiskrim yang telah diubahsuai. Antara produk baru kami ialah Bun aiskrim, Kek

aiskrim, airkrim Wafer dan coke float. Selain itu kurangnya publisiti, c ontohnya publisiti

di setiap kolej kediaman adalah mencukupi, tetapi kami telah gagal melakukan promosi

di mana perniagaan kami beroperasi. Dalam kata lain, kami tidak melakukan beberapa

analisis dimana produk kami sepatutnya diuji didalam satu kumpulan focus dan

melakukan tinjauan (survey) di sekitar kawasan perniagaan kami beroperasi.

Dalam melaksanakan perniagaan, kami juga bermatlamatkan untuk menerapkan

semangat berkumpulan di dalam diri setiap ahli kumpulan. Dari apa yang dapat

diperhatikan, matlamat ini dapat dicapai kerana setiap ahli kumpulan kami sentiasa

memberikan kerjasama dalam menangani sebarang masalah yang tidak diduga.

Sebarang masalah yang berlaku kami selesaikan dengan kadar yang segera secara

bersama-sama dan tidak hanya meletakkan beban tersebut hanya pada ketua seorang

sahaja.
Disamping itu dangan wujudnya perniagaan ini, kami dapat mempraktikan segala

pengajaran yang telah diajar bagi memastikan perjalanan operasi kami berjalan dengan

baik. Sikap keusahawanan kami serapkan dalam diri bagi mencapai matlamat projek.

Menurut sumber didalam buku keusahawanan, untuk menjadi seorang usahawan yang

berjaya, setiap ahli kumpulan mestilah mempunyai ciri-ciri usahawan agar perniagaan

yang dijalankan dapat berkembang dan terus maju.

Pencapaian matlamat dari segi jualan adalah pada tahap sederhana. Jualan

produk adalah bergantung pada keadaan cuaca. Jualan agak tinggi pada waktu petang

hingga menjelang lewat malam jualan aiskrim 3 stories adalah mencapai sasaran, ini

kerana ada pelanggan yang mahukan tiga perisa aiskrim. Aiskrim Float lebih 50%

terjual, iaitu 17 botol daripada 24 botol yang disasarkan. Permintaan Float agak kurang

kerana ramai pelanggan yang tidak mengemari minuman bergas pada waktu hujan. Kek

aiskrim yang kami perkenalkan kurang mendapat sambutan, mungkin kerana pelanggan

belum biasa makan aiskrim dengan cara sedemikian. Bun aiskrim juga dijual pada

kuantiti yang sedikit sama seperti kek aiskrim, pelanggan belum begitu tertarik untuk

merasai bun aiskrim. Aiskrim Wafer pula terjual 1 botol daripada 2 botol.

Matlamat perniagaan dari segi persaingan agak tercapai. Terdapat 4 buah gerai

yang menjual aiskrim dan gerai kami merupakan gerai yang paling ramai dikunjungi

pelanggan walaupun kedudukan gerai yang kurang strategic, kerana dihadapan gerai

kami ialah gerai buah-buahan dan gerai masakan . Oleh kerana air yang dibuang banyak
melimpah ke lantai dan mengalir ke gerai kami disebabkan kedudukan tanah yang tidak

rata. Ini menyebabkan, gerai kami kelihatan agak kotor dan kurang menarik minat

pelanggan.
STRATEGI PELAKSANAAN/
PERNIAGAAN YANG DIGUNAKAN
UNTUK MENCAPAI NATLAMAT PROJEK
PRAKTIKUM
STRATEGI PERLAKSANAAN/ PENIAGAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENCAPAI

MATLAMAT PROJEK PRAKTIKUM

Aspek Pemasaran

Harga.

 Dari segi strategi harga, Kumpulan Evolution telah menawarkan harga dengan

angka ganjil. Contohnya, harga bagi flot ialah RM1.99. Dengan penggunaan

harga ganjil, Kumpulan Evolution menarik pembeli ke gerai. Selain itu,

penggunaan harga yang murah pada kesemua produk yang dijual oleh Kumpulan

Evolution tidak melebihi RM2.00. Oleh yang demikian, ia mampu dibeli oleh

umum terutama pelajar.

Promosi

 Dari segi promosi, Kumpulan Evolution telah menggunakan pelbagai strategi.

Pertama, penggunaan iklan. Kumpulan Evolution telah mendapat ‘banner’ dari

pembekal ais krim, Polar Ice Cream & Flamigo dan juga membuat iklan sendiri

menggunakan kad manila untuk tarikan pembeli. ‘Banner’ ini diletakkan pada

dinding peti ais krim. Tujuan utama ‘banner’ iklan dari kad manila supaya

Kumpulan Evolution dan produk-produk yang dijual dikenali dan diketahui oleh

orang ramai. Ini adalah kerana, tapak perniagaan Kumpulan Evolution dikongsi

oleh 2 kumplan lain. Ini disokong dalam buku Barringer, B.R & Ireland, R.P.

(2006) Entrepreneurship: Successfully Launching New Ventures. New Jersey:

Pearson Prentice Hall iaitu iklan membuat consumer sedar akan produk yang

dijual dengan harapan mereka akan terdorong untuk membelinya. Selain itu,
Kumpulan Evolution juga mengedarkan broser dan melekatnya di sekitar kolej

kediaman dan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE).

 Kedua, Kumpulan Evolution menjalankan peraduan meneka jumlah bilangan

kuaci di dalam botol dengan bayaran dikenakan sebanyak RM0.20. Pemenang

yang telah meneka dengan tepat akan diberikan ais krim sebagai ganjaran. Ini

merupakan tarikan tambahan untuk Kumpulan Evolution.

Persaingan

 Untuk meminimumkan persaingan, Kumpulan Evolution telah menggabungkan

beberapa inovatif dan kreativiti dengan menggunakan ais krim. Antaranya, bun

yang berkonsepkan 2 dalam 1: menyapu ais krim di tengah-tengah bun, kek

berperisa butter dengan krim butter yang mempunyai dua skop ais krim di atas

kek, dan lain-lain lagi kreativiti lain. Tambahan pula, Kumpulan Evolution

menawarkan 8 jenis pilihan ais krim yang boleh dipilih oleh pelanggan. Ini

menjadi kelebihan bagi Kumpulan Evolution.

Aspek pengeluaran

Perancangan

 Sebelum memulakan perniagaan, Kumpulan Evolution teah merancang untuk

menjalankan perniagaan di Tamu Gadang kerana dipercayai ramai akan

mengunjunginya. Oleh itu, Kumpulan Evolution telah menyewa tapak perniagaan

sebanyak RM1350. Walau bagaimanapun, tapak perniagaan tersebut dikongsi

oleh 2 kumpulan yang lain. Mengikut perancangan asal, waktu perniagaan

adalah dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Memandangkan pihak

penganjur telah menganjurkan pelbagai aktiviti sehingga larut malam, Kumpulan


Evoluton telah mengubah strategi beroperasi sehingga larut malam untuk

mendapat jualan yang lebih.

Pengurusan

 Dari segi pengurusan, Kumpulan Evolution telah membuat pengagihan tugas

untuk menjaga gerai.

 Dengan ini, ia memudahkan Kumpulan Evolution untuk menjalankan perniagaan

tanpa gangguan. Selain itu, setiap ahli Kumpulan Evolution mempunyai

tanggungjawab mengikut kepakaran masing-masing seperti En.Vaenyson Marius

ditanggungjawabkan untuk menjaga kewangan. Menurut buku Williams (2007),

Management, 4th Edition Thomson/South-Western juga menyokong dengan

mendefinisikan ”Work teams consists of a small number of people with

complementary skills who hold themselves mutually accountable for pursuing a

common purpose, achieving performance goals, and improving interdependent

work processes”.

Aspek kewangan

 Dari segi kewangan, Kumpulan Evolution cuba mengurangkan pengaliran keluar

wang dengan merangka budget. Contohnya, Kumpulan Evolution cuba

menbudgetkan penggunaan skop ais krim dengan cuba memaksimum kan satu

bekas ais krim, 60 scoop ais krim supaya dapat mengurangkan penggunaan wang

yang berlebihan untuk membeli ais krim baru daripada pembekal. Konsep ini

disokong dalam buku Chuck Williams (2007), Management, 4th Edition

Thomson/South-Western yang mendefinisikan ”Budgeting is a quantitative

planning because it forces managers to decide how to allocate available money


to best accompolish company company goals”. Dari segi perancangan

pengagihan tugas, Kumpulan Evolution telah menetapkan bahawa penjagaan

gerai akan dilakukan oleh sesiapa yang tidak mempunyai kelas serta mempunyai

waktu yang lapang.


KEBERKESANAN PELAKSANAAN
PROJEK PRAKTIKUM BERBANDING
DENGAN PERANCANGAN
KEBERKESANAN DALAM PERLAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM BERBANDING

DENGAN PERANCANGAN

Kami telah menilai keberkesanan projek praktikum keusahawanan kami

berdasarkan empat fungsi pengurusan iaitu fungsi perancangan, pengorganisasian,

kepimpinan, dan juga kawalan.

PERANCANGAN

Merujuk buku Management edisi yang keempat daripada Williams, perancangan

merupakan proses menentukan matlamat organisasi dan maksud untuk mencapainya.

Jika dilihat dari segi perancangan, terdapat beberapa aspek yang perlu diambilkira

untuk menentukan samada perancangan yang telah dilakukan adalah berkesan untuk

perlaksanaan projek praktikum ini. Di antara aspek-aspek tersebut adalah seperti harga

produk jualan kami, promosi, masa, produk, sewa, perancangan sumber manusia, serta

pembekal dan pelanggan kami.

Produk utama yang dijual oleh perniagaan kami adalah ais krim.

Walaubagaimanapun kami telah berjaya menginovasi produk kami ini untuk menjadi ais

krim yang lebih menarik. Perancangan kami dalam mewujudkan produk baru ini adalah

berkesan, di mana secara kasarnya dapat dilihat bahawa lebih ramai pelanggan yang

telah memilih untuk membeli ais krim di gerai kami berbading dengan gerai ais krim lain

pada Pesta Tamu Gadang tersebut. Beberapa jenis ais krim yang telah diinovasi ini

telah dapat menarik minat pelanggan untuk membeli dan mencubanya.


Jika dilihat dari aspek perletakan harga, kami telah mengenakan harga sebanyak

RM1.99 bagi setiap ais krim yang telah kami inovasikan. Perancangan terhadap harga

jualan ini adalah berkesan kerana para pelanggan dilihat lebih tertarik untuk membeli

ais krim kami kerana menyangka bahawa ais krim ini adalah lebih murah dan berbaloi.

Manakala dari segi promosi pula, kami telah menjalankan beberapa jenis

strategi promosi termasuklah meyediakan iklan seperti banner dan mengedarkan risalah

kepada sasaran pelanggan kami terutamanya kepada para pelajar UMS.

Walaubagaimanapun, promosi yang dilakukan ini adalah kurang berkesan disebabkan

beberapa faktor seperti kekurangan modal yang diperlukan untuk menyediakan risalah

dengan lebih banyak dan meluas. Selain itu, tempat untuk meletakkan banner juga

adalah kurang sesuai. Promosi lain yang dilakukan oleh kumpulan kami adalah

mengadakan peraduan meneka jumlah kacang kepada para pelanggan dan akan

menghadiahkan ais krim percuma kepada sesiapa yang dapat meneka dengan tepat.

Promosi yang kami lakukan ini agak kurang berkesan dan berkemungkinan besar

disebabkan oleh kurangnya pelanggan yang mengetahui peraduan ini dan harga yang

dikenakan untuk peraduan ini juga agak mahal iaitu RM0.20 bagi sekali teka.

Tahap keberkesanan dari segi perancangan sumber manusia adalah agak

berkesan dimana setiap ahli perlu bertugas apabila tiada aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dilakukan. Walaubagaimapun, berlaku masalah pada awal perniagaan

kami beroperasi dimana kami telah menjangkakan bahawa kuliah dan kelas tutorial

akan dibatalkan pada minggu konvokesyen, tetapi cuti pada konvokesyen telah ditunda

dan digantikan untuk hari raya pada bulan Oktober. Pada mulanya, berlaku

pelanggaran tugas diantara sesama ahli menyebabkan kami terpaksa bertugas hanya
semasa ketiadaan kelas. Kami telah mengatur kembali jadual bertugas untuk menjaga

gerai kami untuk mengatasi masalah ini.

Melihat perancangan dari aspek pembekal dan pelanggan, tahap keberkesananya

adalah kurang memuaskan. Pembekal utama bagi perniagaan kami sering lewat untuk

menghantar bekalan ais krim kepada kami, dimana bekalan yang sepatutnya dihantar

pada waktu pagi, telah dihantar pada waktu tengahari. Keadaan ini sedikit sebanyak

telah mejejaskan peracangan untuk aktiviti perniagaan kami. Bagaimanpun, kami tidak

menghadapi masalah untuk berurusan dengan pembekal bagi barangan-barangan lain

yang diperlukan dimana kami sendiri telah mengambil barang tersebut daripada

mereka.

Perancangan dari aspek pelanggan juga agak kurang memuaskan, dimana

jumlah pelanggan yang berkunjung ke gerai kami tidak dapat mencapai sasaran yang

ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menyebabkan masalah ini,

diantaranya ialah kurangnya jumlah pelanggan yang berkunjung ke tamu gadang,

pelanggan tidak tahu akan lokasi perniagaan kami, serta faktor cuaca yang dianggap

banyak mempengaruhi jualan ais krim kami. Cuaca yang tidak menentu semasa tamu

gadang dimana hujan yang kerap menyebabkan para pelangan kurang berminat untuk

membeli ais krim. Walaubagaimanapun, jika dilihat dengan mata kasar, jumlah

pelanggan yang berkunjung ke gerai kami ini masih agak ramai berbanding dengan

gerai-gerai ais krim yang lain.

KEPIMPINAN
Sekiranya dilihat dari segi kepimpinan, tahap keberkesananya adalah agak baik

dimana ketua kumpulan dan ketua bagi setiap bahagian telah melaksanakan tugas

masing-masing dengan penuh tanggungjawab. Walaubagaimanapun, beberapa

kesilapan dan kesalahan tetap wujud disebabkan beberapa faktor seperti kekurangan

pengalaman, kepakaran, keberanian dalam membuat keputusan dan mengambil risiko,

serta kemahiran berkomunikasi yang kurang baik.

Seorang ketua sememangnya sangat penting dalam mengurus dan mentadbir

sesebuah perniagaan. Ketua mestilah seorang yang berkebolehan dan mempunyai

kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk memimpin ahli kumpulan yang lain. Secara

keseluruhannya, ketua kumpulan kami telah berusaha menjalankan tugas yang

diamanahkan dengan baik dengan memberikan hala tuju dan panduan untuk

menjalankan perniagaan, dan telah mengagihkan tugas kepada ahli kumpulan

berdasarkan kemahiran serta kepakaran setiap ahli. Ketua kumpulan kami akan

mengadakan perjumpaan dan perbincangan sesama ahli kumpulan dan menilai baik

buruk padangan setiap ahli sebelum membuat keputusan yang penting dalam

perniagaan kami dan sentiasa berjumpa dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab

sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekeliruan.

Di samping itu, ketua-ketua bagi bahagian lain juga turut memainkan peranan

yang sangat penting di dalam memastikan aktiviti praktikum kami berjalan dengan

lancar mengikut perancangan yang ditetapkan. Sebagai contohnya, pengurus bahagian

kewangan telah berusaha menyediakan belanjawan untuk menganggar kos yang akan

dilibatkan serta sasaran jualan dan keuntungan yang perlu dicapai oleh perniagaan
kami. Begitu juga dengan pengurus di bahagian pengeluaran yang bertugas

menyediakan keperluan peralatan dan tenaga sumber manusia yang diperlukan dalam

aktiviti pengeluaran dan operasi.

Pengurus lain seperti pengurus bahagian pemasaran juga telah berusaha

merancang dan melaksanakan aktivti-aktiviti promosi yang perlu dilakukan dengan

bersungguh-sungguh untuk menarik minat pelanggan agar memilih untuk berkunjung

ke gerai kami. Sementara pengurus di bahagian risiko pula telah berusaha

mengenalpasti masalah-masalah dan rsiko yang berkemungkinan timbul dan terpaksa

ditanggung oleh perniagaan ini serta langkah-langkah yang pelu diambil untuk

mengatasinya.

Setiap ahli kumpulan telah berusaha memainkan peranan masing-masing untuk

memastikan aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang berlaku disebabkan

kekurangan pengalaman secara praktikal dan amali didalam menjalankan tugas masing-

masing, kepakaran yang masih belum cukup untuk menjalankan kerja yang diberi

dengan sempurna, keberanian dalam membuat keputusan dan tindakan bagi

permasalahan yang timbul, mengambil risiko, serta kekurangan kemahiran

berkomunikasi serta berurusan dengan pelanggan dan pembekal.

PENGORGANISASIAN

Sekiranya dilihat dari segi pengorganisasian pula, tahap keberkesanannya adalah

agak memuaskan. Seperti yang diketahui, kumpulan kami telah ditubuhkan untuk

memenuhi aktiviti praktikum yang diperlukan untuk subjek penghantar kepada


keusahawanan di UMS. Kami semua telah sepakat untuk menjalankan aktiviti

perniagaan ais krim untuk praktikum ini dan telah menamakan pernaigaan kami sebagai

REVOLUTION. Bagi lebih menjayakan projek ini, kami telah melantik seorang ketua

kumpulan dan seorang penolong untuk mengetuai perniagaan kami dengan

memberikan autoriti kepadanya untuk membuat keputusan setelah menilai dan

mengambilkira pandangan setiap ahli kumpulan. Ketua kumpulan kemudiannya telah

mengagihkan tugas-tugas yang diberikan kepada setiap ahli berdasarkan kemahiran

masing-masing.

Semua ahli kumpulan telah melaksanakan kerja yang diberi dengan bersungguh-

sungguh baik didalam menyediakan rancangan perniagaan mahupun ketika

menjalankan aktiviti praktikum iaitu menjual ais krim. Setiap ahli juga akan

bertanggungjawab didalam tugas yang diberikan dan akan berbincang dengan

penolong dan ketua kumpulan sekiranya terdapat masalah atau kekeliruan, dan ketua

kumpulan pula akan berjumpa dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk

mendapatkan garis panduan dan langkah yang betul didalam mengendalikan aktiviti

praktikum kami ini.

Dari segi pengorganisasian masa pula, tahap keberkesanannya adalah agak baik

dimana kami telah merancang masa pernaigaan kami iaitu bermula dari jam 9.00 pagi

sehingga 10.00 malam. Walaubagaimanapun, masa beroperasi pernaigaan kami ini

boleh berubah mengikut keadaan persekitaran pada waktu tersebut. Sekiranya

pelanggan yang berkunjung ke gerai kami agak ramai, kami akan terus membuka gerai

kami dan waktu untuk menutupnya akan dipanjangkan. Contohnya, pada malam 31

ogos dimana lebih ramai pelanggan yang berkunjung ke Tamu Gadang dan Pesta
Konvo ini untuk menyambut hari kemerdekaan Negara. Jumlah pelanggan yang lebih

ramai pada lewat malam menyebabkan kami telah memanjangkan waktu berniaga kami

untuk mendapatkan jualan yang lebih banyak.

KAWALAN

Fungsi terakhir yang dinilai adalah fungsi kawalan dimana tahap

keberkesanannya adalah agak baik dan memuaskan. Kami telah berusaha menjalankan

proses kawalan melalui beberapa aspek didalam perniagaan kami. Diantaranya adalah

aspek kualiti produk, promosi, sumber manusia, dan masa.

Sekiranya dilihat dari aspek kualiti produk, tahap keberkesanannya adalah agak

baik. Sebagai contohnya, kami telah menganggarkan sebuah kontena ais krim boleh

menghasilkan sehingga 60 scoop ais krim. Walaubagaimanapun, jualan sebenar bagi

skup ais krim kami hanya mampu mencapai 30 sehingga 40 scoop dimana kuantiti ais

krim didalam setiap scoop adalah lebih banyak dan telah tersasar daripada ramalan

yang dilakukan, untuk mengatasi masalah ini kami telah melakukan tindakan

pembetulan dengan mengurangkan kuantiti ais krim didalam setiap scoop.

Dari segi promosi, tahap keberkesanannya juga agak baik dimana kami telah

menjalankan beberapa jenis aktiviti promosi untuk menarik pelanggan dating ke gerai

kami seperti mengedarkan risalah serta menampal poster mengenai perniagaan kami.

Namun begitu, sehingga hari kedua operasi perniagaan kami dibuka, jumlah pelanggan

yang berkunjung ke gerai kami adalah kurang memuaskan disebabkan ramai pelanggan

yang masih tidak mengetahui lokasi perniagaan kami. Bagi mengatasi masalah ini, kami

telah memperbaharui dan meperbesarkan “banner” untuk perniagaan kami pada hari
ketiga untuk membolehkan untuk membolekan para pelanggan dapat mengenalpasti

gerai kami dengan lebih mudah.

Tahap keberkesanan dari aspek pengurusan sumber manusia adalah sangat

berkesan biarpun pada awalnya telah mengalami masalah perancangan didalam

pengagihan tugas kepada sesama ahli kumpulan kerana kami telah menjangkakan

bahawa tiada aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa Tamu Gadang. Namun cuti

yang sepatutnya pada minggu konvokesyen telah ditunda ke hari raya pada bulan

oktober. Bagi mengatasi masalah ini, kami telah mengambil langkah pembetulan telah

dilakukan dimana ahli kumpulan perlu bertugas semasa ketiadaan kuliah dan kelas

tutorial. Selain itu kawalan terhadap ahli kumpulan adalah berkesan dan setiap ahli

telah menjalankan tugas dengan baik biarpun berlaku beberapa masalah yang mungkin

disebabkan beberapa masalah seperti kekurangan kemahiran dan pengalamgan dalam

menjalankan aktiviti praktikum.

Kawalan dari aspek perancangan masa juga aga berkesan dimana kami telah

cuba mengenalpasti dan meramal masa yang kebiasaannya lebih ramai pelanggan akan

datang berkunjung ke gerai kami iaitu pada waktu tengahari dimana lebih ramai ahli

diperlukan untuk bertugas pada waktu tersebut. walaubagaimapun semasa aktiviti

praktikum dijalankan, dilihat lebih ramai pelanggan datang berkunjung pada waktu

malam dan kami telah membuat proses pembetulan yang mana merupakan salah satu

daripada proses kawalan dengan menugaskan lebih ramai ahli untuk menjaga gerai

pada waktu tersebut.


PENGAJARAN/ PENGALAMAN
PENTING YANG DIPEROLEHI DARI
PERLAKSANAAN AKTIVITI
PRAKTIKUM
PENGAJARAN/ PENGALAMAN PENTING YANG DIPEROLEH DARI

PELAKSANAAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Selama kami melakukan aktiviti jual beli aiskrim pada 27 Ogos hingga 4

September 2007 sempena Pesta Tamu Gadang yang lalu,pelbagai pengalaman atau

pengajaran yang kami perolehi.Tidak kiralah sama ada ia manis atau pun pahit,seronok

mahupun duka.

Terlalu begitu banyak pengalaman atau pengajaran yang kami perolehi bermula

daripada perancangan yang dibuat sehinggalah perlaksanaannya.Pengalaman tersebut

kami kategori kan kepada tiga bahagian iaitu sebelum kami melakukan

urusniaga,semasa dan selepas kami selesai melakukannya.

Bermula dengan pengalaman yang kami perolehi di awal pertemuan perbicangan

untuk membuat perancangan perniagaan dan berurusan dengan pelbagai pihak yang

berkenaan.Pengalaman tersebut kami pecahkan mengikut persamaan pengalaman

secara umum antara ahli kumpulan.

Sebelum

Kerjasama

Hampir setiap ahli kumpulan mengatakan mereka semua dapat melakukan kerja

masing-masing dengan selesa dan tenang.Mereka mengatakan melalaui perbincangan

yang dibuat ia dapat memupuk semangat kerjasama untuk melakukan sesuatu

perkara.Contohnya dalam proses pembuatan kertas kerja perniagaan setiap ahli


kumpulan bersama-sama bekerjasama menyiapkannya dan saling bantu-membantu di

antara satu sama yang lain.Selain itu pengalaman kerjasama ini dapat di rasai ketika

beberapa ahli kumpulan keluar ke bandar mencari lokasi para pembekal yang sesuai

kumpulan yang lain menguruskan sewa tapak gerai dengan pihak atasan.

Berinteraksi dengan orang luar dan pihak atasan

Pengalaman berinteraksi dengan orang luar iaitu para pembekal dan pihak

atasan adalah sesuatu yang amat janggal maklum sajalah mereka merupakan orang

dewasa yang mempunyai kerjaya yang berjaya.Dalam hal ini kami terpaksa menjaga

penampilan seperti pertuturan,pemakaian dan etika serta bersedia berhadapan dengan

sebarang kemungkinan.Pengalaman tersebut mengajar kami untuk belajar berinteraksi

dengan cara yang betul iaitu melalui kaedah ‘softskill’.Tidak dapat dinafikan sepanjang

sesi dua hala kami dengan orang luar dan pihak atasan berlaku sedikit konflik dalam

pertuturan,namun ia tidaklah begitu ketara sehingga menimbulkan pergaduhan.Tetapi

apa yang jelas cara percakapan kami perlu penambahbaikan dan pemulihan yang

sempura agar sebarang perselisihan tidak akan berlaku lagi di suatu hari kelak.

Mengenali dunia perniagaan dengan lebih mendalam

Tidak dapat dinafikan setiap ahli kumpulan mula mengenali dunia perniagaan

dengan lebih mendalam semasa di ambang pembuatan kertas kerja lagi.Hal ini kerana

setiap ahli kumpulan telah diberikan tugas mengikut kepakaran masing-masing dan

mahir akan perkara terebut.Jika sebelum ini terdapat ahli kummpulan yang langsung

atau tahu akan serba sedikit mengenai dunia perniagaan,namun melalui perancangan
dan pembuatan kertas kerja yang telah pun disempurnakan pengalaman tersebut dapat

dirasai.

Kepimpinan

Sememangnya setiap ahli kumpulan mempunyai tugas dan kewajipan serta

komitmen masing-masing.Semasa proses penyiapan kertas kerja setiap ahli belajar

untuk mengarah diri agar melakukan tugas yang dberikan dengan sempurna,selain

belajar untuk mengikut setiap arahan yang di berikan oleh ketua mahupun ahli

kumpulan yang mempunyai autoriti dalam sesuatu perkara.Pengalaman tersebut

menjadikan diri kami dapat merasai sifat kepimpinan yang semakin menebal dalam diri.

Timbul perasaan minat dalam dunia perniagaan

Pengalaman menyiapkan kertas kerja bersama-sama ahli kumpulan kami rasakan

amat seronok dan menjadikan kami semua bertambah rapat.Ini sekaligus menimbulkan

rasa minat dalam dunia perniagaan dan bercita-cita untuk membuat suatu perniagaan

yang komersial di suatu hari kelak bersama-sama dengan semua ahli kumpulan.Jika

sebelum ini kami hanya tahu menjual sahaja,namun kini kami sudah pandai membuat

ketas kerja perniaggan dengan lebih mendalam.

Semasa

Menbuka gerai pada hari pertama

Sememangnya setiap ahli berasa berdebar-debar ketika membuka gerai pada

hari pertama dan debaran tersebut telah pun dirasai sejak pembentukan kertas kerja

lagi.Maklum sajalah ini merupakan pengalaman pertama membuka gerai hasil daripada
usaha kami sendiri.Perasaan bedebar itu semakin melonjak apabila melihat para

pesaing yang turut membuka gerai di sekitar tapak perniagaan kami.Namun pada pagi

pembukaan gerai tersebut berlaku sedikit masalah dimana terdapat ahli yang datang

lambat dan ini menyebabkan gerai terpaksa di buka lambat sedikit daripada masa yang

dirancangkan.Namun semuanya berjalan dengan lancar dan setiap ahli kumpulan

menjalankan tugas masing-masing.Pada jam 11 pagi hampir kesemua ahli ada kelas

dan menyebabkan tinggal seorang ahli yang terpaksa menjaga gerai iaitu

Christin.Beliau terpaksa menjaga gerai melayan kerenah para pengguna yang singgah

bertandang di gerai kami.

Berinteraksi dengan para pelanggan

Pengalaman berinteraksi dengan pelanggan merupakan sesuatu yang amat

menyeronokkan dan merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin akan

dilupakan.Melalui perniagaan tersebut kami berhadapan dengan pelbagai ragam

pelanggan yang singgah berkunjung membeli ais krim kami.Di situ kami semua belajar

untuk menjaga hati para pelanggan kami kerana mereka merupakan ‘raja’ yang mesti di

layan dengan sebaik mungkin dan memujuk mereka agar membeli ais krim yang kami

jual.Pengalaman tersebut menjadikan kami semakin mahir berinteraksi dengan orang

ramai tidak kira kanak-kanak,muda,dewasa mahupun tua.

Belajar untuk mengurus masa

Sememangnya pelajar seperti kami berhadapan dengan tanggungjawab yang

mesti dilakukan seperti mengadiri kuliah dan membuat kerja-kerja tutorial.Namun


dengan pembukaan gerai ais krim tersebut berlaku sedikit pertindihan tanggungjawab

antara belajar dan kerja.Pengalaman tersebut mengajar kami untuk belajar

membahagikan masa dimana bila masa perlu belajar dan dalam masa yang sama

melakukan tugas yang telah diberikan.

Tidak bekerja pada hujung minggu

Pengalaman bekerja selama sembilan hari berturut-turut merupakan satu

pengalaman yang amat memenat dan meletikan.Bayangkan setiap ahli terpaksa pulang

ke kolej kediaman masing-masing sekitar jam 12.30 pagi dan membuka gerai semula

pada awal pagi sekitar jam 9 dan 10 pagi.Ini menyebabkan terdapat segilintir ahli

kumpulan yang tidak dapat melakukan tugas dengan sebaik mungkin kesan daripada

kerja yang berterusan.Pengalaman ini mengajar kami untuk berehat di hujung minggu

setelah berpulas tenaga bekerja pada hari-hari biasa.Masa rehat ini dapatlah di

gunakan untuk melakukan aktiviti atau kerja yang belum lagi disempurnakan.Jika ingin

bekerja pada hujung minggu juga cukuplah membuka gerai selama setengah hari dan

baki masa yang ada digunakan untuk berehat agar bersemangat bekerja pada hari

berikutnya.

Kerjasama antara ahli kumpulan

Bekerja bersama-sama antara sesama ahli kumpulan merupakan pengalaman

yang manis dan menyeronokkan.Setiap ahli dapat melakukan sesuatu tugas dengan

sempura dan berjaya hasil daripada pertolongan ahli yang lain.Masing-masing


melakukan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin dan dengar akan arahan

daripada ketua.Secara keseluruhannya kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan

agak baik.Namun terdapat sedikit masalah dimana terdapat ahli kumpulan yang tidak

melakukan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin kerana melakukan tugas lain

seperti bermain ‘game’,bersembang dan bersiar-siar berkunjung ke gerai lain sehingga

mengabaikan tugas yang telah diberikan dan menyuruh orang lain

melakukannya.Pengalaman ini mengajar kami agar lebih komited dalam apa jua bentuk

tugas yang bakal dipikul kelak.

Selepas

Mengenali sikap ahli kumpulan dengan lebih mendalam

Pengalaman bekerja bersama-sama selama sembilan hari membolehkan kami

semua mengenali hati budi dan perangai ahli kumpulan dengan lebih mendalam

lagi.Jika sebelum ini terdapat ahli yang kenal sekadar kenal nama dan cam muka

tuannya,namun sekarang lebih daripada itu. Pelbagai kerenah yang kami semua hadapi

sesama sendiri dan kadang kala kerenah itu menimbulkan sedikit persilisihan antara

kami semua.Namun ia bukanlah satu penghalang bagi kami semua untuk terus bekerja

bersama-sama di suatu hari kelak.Kami sedar kerjasama dan persamaan pendapat

amat penting dan ia menentukan kejayaan sesuatu perkara yang ingin kami lakukan.
Mula tahu akan susahnya berniaga

Sebelum ini kami semua menyangkakan menubuh serta menguruskan

perniagaan sanggatlah muda kerana bagi kami perniagaan adalah sekadar menjual

sesuatu dan mendapat hasilnya.Namun sangkaan kami itu meleset sama

sekali.Perniagaan memerlukankan perancangan yang rapi dan melaksanakannya

mengikut apa yang telah dirancang.Melalui perniagaan inilah kami tahu akan risiko-

risiko yang bakal dihadapi oleh sesebuah perniagaan dan dapat menganggarkan untung

atau rugi perniagaan yang diusahakan.Namun apa yang penting sesuatu perniagaan

akan menjadi amat susah sekiranya tidak ada pernacangan menyeluruh dan kerjasama

antara ahli kumpulan itu sendiri.

Berani berhadapan dengan orang ramai

Pengalaman berinteraksi dengan pelbagai ragam dan jenis orang telah

meningkatkan tahap keyakinan kami untu bergaul dengan orang sekeliling.Jika sebelum

ini kami agak kekok atau tidak biasa bergaul dengan orang ramai disebabkan perasaan

malu yang menyelubungi diri,namun sekarang ia telahpun berubah.Bahkan kami

menjadi semakin mesra dengan sesiapa sahaja yang kami temui dan bijak mengatur

ayat dalam pertuturan.


Semakin matang dalam melihat pelbagai aspek

Pengalaman lalu betul-betul bermakna bagi kami kerana menjadikan kami insan

yang lebih matang dalam melihat sesuatu perkara terutamanya dalam dunia

perniagaan.Maklumlah sebelum ini kami kurang arif dalam bab-bab perniagaan,namun

sekarang kami sudah pandai melihat sesuatu dengan jelas walaupun belum lagi di

lakukan.Contohnya dalam aspek perletakan harga,strategi promosi dan pemilihan

pembekal dimana kami dapat membuat sesuatu keputusan dengan lebih tepat dan

berkesan.Apa yang penting pemikiran kami sekarang begitu jauh ke hadapan daripada

sebelumnya yang agak sempit dan tertutup.


RUJUKAN
Disediakan oleh: Adrian Florincius F. Majaham

Mohd. Suhaimi bin Mohd Aminudin


i. Williams Chuck (2007), Management, 4th Edition Thomson/South-Western.
ii. Barringer, B.R & Ireland, R.P.(2006) Entrepreneurship: Successfully Launching
New Ventures. New Jersey: Pearson Prentice Hall

You might also like