Modul SPM Ea

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 56

1

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

SPM 2003

1. (a) Jelaskan perbezaan antara sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi Islam
dari segi pemilikan sumber, pilihan individu dan motif pengeluaran. [6 markah]

SPM 2004

1. (a) Terangkan masalah asas ekonomi. [4 markah]

(b) Petikan berikut adalah berkaitan dengan firma Al Kalam.

Firma Al Kalam merancang untuk mengeluarkan suatu barang halal yang


berasaskan prinsip dan hukum Islam. Setelah kajian dijalankan ke atas
keperluan semasa penduduk, firma Al Kalam mengambil keputusan untuk
mengeluarkan pakaian yang berimejkan Islam.

Nyatakan dan terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh firma
Al Kalam [12 markah]

1
2

SPM 2005

1. (a) Berikut adalah keputusan yang telah diambil oleh kerajaan sebuah negara.
Kerajaan telah menangguhkan projek pembinaan landasan keretapi
berkembar yang menelan belanja berbilion ringgit untuk memberi
tumpuan kepada projek-projek pembangunan luar bandar.

Merujuk kepada konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas, bagaimanakah


keputusan tersebut diambil? [5 markah]

(b) Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan dua jenis barang.

Gambar 1

Gambar 2

Nyatakan ciri-ciri setiap barang tersebut [8 markah]

2
3

(c) Berikut adalah maklumat tentang negara A dan negara B.

Negara A Negara B

Kerajaan tidak campur tangan Kerajaan berkuasa penuh


dalam membuat keputusan dalam membuat keputusan
ekonomi ekonomi

(i) Namakan sistem ekonomi Negara A dan Negara B. [2 markah]

(ii) Bezakan ciri-ciri sistem ekonomi tersebut. [10 markah]

SPM 2006

1. (a) Jelaskan ciri sistem ekonomi Islam daripada aspek berikut:

(i) motif [3 markah]

(ii) pemilikan sumber [3 markah]

(iii) pembuat keputusan [3 markah]

(b) Berikut adalah maklumat tentang Syarikat XY Sendirian Berhad.

Syarikat XY Sendirian Berhad berhasrat mengeluarkan tayar dan


cermin kereta. Walau bagaimanapun syarikat tersebut menghadapi
masalah ekonomi.

3
4

Bagaimanakah syarikat itu menyelesaikan masalah tersebut? [6 markah]

SPM 2007

1 a) Gambar 1 menunjukkan perbualan antara seorang bapa dengan anaknya.

Gambar 1

Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh keluarga itu [6 markah]

b) Gambar 2 menunjukkan satu contoh barang dalam ekonomi.

GAMBAR 2

i) Apakah jenis barang tersebut? [1 markah]


ii) Jelaskan lima ciri barang di 1(b)(i). [5 markah]

4
5

c) Maklumat berikut berkaitan dengan satu ciri sistem ekonomi negara X.

 Harga barangan ditentukan oleh mekanisme harga


 Kerajaan mengawal melalui cukai dan subsidi

i) Apakah sistem ekonomi negara X? [1 markah]


ii) Huraikan dua ciri lain sistem ekonomi tersebut. [6 markah]

d) Bezakan Sistem Ekonomi Kapitalis dengan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat


dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi berikut:

i) Apakah yang hendak dikeluarkan [2 markah]

ii) Bagaimana hendak dikeluarkan [2 markah]

iii) Untuk siapa dikeluarkan [2 markah]

2008

(a) Terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam pengeluaran sesuatu barang. [8 m]

(b) Gambar 1 menunjukkan perbualan berkaitan dengan pemilihan jenis barang untuk Encik
Amin mendapatkan rawatan perubatan.
(i) Kenal pasti jenis barang yang terlibat dari sudut ekonomi. [2 markah]

(ii) Adakah anda bersetuju dengan cadangan Puan Hajar? Berikan dua alas an berdasarkan ciri
barang dalam ekonomi. [4 markah]

5
6

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi bagi sebuah syarikat:

Syarikat Perumahan Mutiara Sendirian Berhad merancang untuk membina rumah teres setingkat
dengan menggunakan intensif buruh.

Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh syarikat tersebut. [4 m)

d) Gambar 2 menunjukkan perbincangan yang berkaitan dengan cadangan untuk menubuhkan


cawangan baru syarikat.

(i) Namakan sistem ekonomi Negara X dan Negara Z. [2 markah]

(ii) Bezakan tiga ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut. [6 m]

6
7

BAB 2 PENDAPATAN DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU


SPM 2003
1(b) (i) Nyatakan maksud upah dalam ekonomi. [4m]

(ii) Hanya individu yang memiliki faktor pengeluaran menerima pendapatan.


Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Terangkan [9m]

SPM 2004
1(c) Rajah 1 menunjukkan maklumat tentang hadiah pertandingan kuiz bonanza.

HADIAH TUNAI PERTANDINGAN KUIZ BONANZA

PERTAMA KEDUA KETIGA


RM50,000 RM30,000 RM20,000

Cadangkan tiga cara bagaimana pemenang kuiz itu boleh menggunakan wang tersebut
untuk menambahkan pendapatannya. [9m]

7
8

2(a) Selain daripada untung, nyatakan dan terangkan jenis-jenis pendapatan individu
yang lain. [9m]

(b) Jelaskan maksud perkara-perkara berikut :-


(i) Pendapatan boleh guna [2m]

(ii) Pendapatan boleh cukai [2m]

(iii) Upah benar [2m]

(c) Data 1 ialah maklumat diri Cik Aina.


Umur : 30 tahun
Kelulusan : Ijazah Undang-undang
Pekerjaan sekarang : Guru Tadika

Data 1
Berdasarkan faktor pemilihan pekerjaan, mengapakah Cik Aina memilih kerjaya sebagai
guru tadika walaupun berkelulusan undang-undang? [10m]

8
9

4 (d) Encik Irfan ialah seorang pegawai kerajaan yang mempunyai seorang isteri dan tiga
orang anak yang masih bersekolah.

Berikut merupakan maklumat kewangan Encik Irfan setiap bulan dalam tahun 2003.
Pendapatan RM
Gaji 2500
Faedah daripada simpanan tetap 120
Sewa diterima 380

Potongan wajib dan perbelanjaan RM


Bayaran zakat 30
Caruman KWSP 225
Ansuran kereta 500
Premium insurans nyawa 150

Pelepasan cukai
RM
Diri sendiri 8000
Isteri 5000
Anak (seorang) 800
Caruman KWSP dan premium insurans nyawa (maksimum) 5000

Kadar cukai yang dikenakan oeh kerajaan


RM 2500 pertama = 0%
RM 2500 berikut = 1%
RM 5000 berikut = 3%
RM 10,000 berikut = 5%
Hitungkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Irfan bagi tahun 20

[8m]

SPM 2005
2a. Pendapatan boleh guna Encik Saiful pada bulan April ialah RM 2000. Maklumat
berikut menunjukkan perbelanjaan beliau dalam bulan itu.

Perbelanjaan RM
Sewa rumah 500
Hiburan/ Rekreasi 300
Sumbangan kepada ibu bapa 300

9
10

Kesihatan 100
Tambang 200
Bil elektrik, air, telefon 200
Makanan 600
(i) Adakah anda bersetuju dengan perbelanjaan beliau? [5m]

(ii) Sediakan satu penyata belanjawan peribadi yang sistematik untuk Encik Saiful.
[6m]

(b) Situasi berikut merupakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam sebuah kelas.
(i) Terangkan cara-cara pelaburan yang dimaksudkan oleh guru itu. [8m]

(ii) Bezakan pulangan yang dinyatakan oleh kedua-dua murid itu. [6m]

3. (a) (ii) Mengapakah ibu mementingkan beras berbanding anak patung? [4m]

10
11

SPM 2006
1(c) Berikut adalah maklumat mengenai Encik Shafiq.
Encik Shafiq berkelulusan SPM adalah anak seorang pegawai kerajaan
dan tinggal di Alor Setar, Kedah. Enam bulan yang lepas, beliau telah
bekerja sebagai pencuci bangunan tinggi di sebuah syarikat di Johor
Bahru dengan gaji RM 1000.00. Sekarang beliau telah bertukar kerja
sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan di Alor Setar, Kedah dengan
gaji RM 750.00.

Terangkan lima faktor yang menyebabkan Encik Shafiq bertukar kerja. [10m]

2 a) Gambar 3 di bawah menunjukkan maklumat berkaitan dengan satu daripada


sumber pendapatan Encik Samad bagi tempoh satu bulan tertentu.

Huraikan dua sumber pendapatan Encik Samad selain daripada yang dinyatakan
di atas. [6 markah]

11
12

b) Jadual 1 berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan Encik Amir pada satu
bulan tertentu.

Butiran RM

Gaji 4 0000.00
KSWP 360.00
Cukai Pendapatan 15.00
PERKESO 20.00
Insurans Nyawa 100.00
Faedah Sampingan 100.00

JADUAL 1

Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Amir pada bulan tersebut. [7 markah]

c) i) Jelaskan maksud belanjawan peribadi. [2 markah]

ii) Terangkan dua kepentingan belanjawan peribadi kepada individu.


[4 markah]

d) Maklumat berikut berkaitan dengan satu persamaan dalam ekonomi.

X + Perbelanjaan = Pendapatan – Potongan Wajib

i) Apakah X? [ 1 markah]
ii) Terangkan 3 kepentingan X kepada individu. [ 5 markah]

SPM2008

2(a) Perbualan berikut tentang kerjaya dua orang sahabat.

12
13

Bezakan kerjaya yang dipilih oleh Jamal dan Arief berdasarkan faktor pemilihan
pekerjaan. [6 markah]

(b) Maklumat berikut tentang pendapatan,pendapatan boleh cukai dan potongan wajib
Encik Farish dalam tempoh setahun.

Pendapatan RM48 000.00


Pendapatan boleh cukai RM33 000.00
Zakat RM600.00
KWSP 10%
PERKESO RM240.00
Kadar cukai yang dibenarkan adalah seperti berikut:
Pendapatan Kadar Cukai Cukai (RM)
Boleh Cukai (%)
(RM)
RM5 000 yang 0 0
pertama
RM10 000 yang 1 100
berikutnya
RM15 000 yang - 100
pertama
RM15 000 yang 3 450
berikutnya
RM30 000 yang - 550
pertama
RM20 000 yang 5
berikutnya

X + Perbelanjaan = Pendapatan - Potongan Wajib


Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Farish. [9 markah]

13
14

(c) Jelaskan empat kepentingan belanjawan peribadi. [4 markah]

(d) Gambar 3 menunjukkan perbualan tentang pelaburan dan tabungan.

(i) Huraikan cara pelaburan yang dimaksudkan oleh Encik Gopal. [3 markah]

(ii) Adakah anda bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Encik Ah Seng?
Berikan dua alasan. [3 markah]

2009

BAB : 3 - ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA

14
15

2003

2 ( a ) Jelaskan maksud isi rumah dan peranannya dalam ekonomi [ 7 M]

Pembinaan pangsapuri di kawasan lereng bukit terus


dijalankan dan bertambah dari semasa ke semasa kerana
citarasa pembeli untuk memiliki rumah sedemikian semakin
meningkat dengan ketara.

(b) Selain daripada faktor di atas , terangkan faktor – faktor yang


Menyebabkan peningkatan permintaan terhadap rumah tersebut [ 10 M]

( c ) Jelaskan keanjalan harga permintaan dan jenis –jenisnya [8M]

15
16

2004

3 ( a ) Rajah 2 ialah keluk permintaan barang X

Harga
D

P0

P1

0 Q0 Q1 Kuantiti

Rajah 2

Terangkan maksud perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu [ 4 M ]

16
17

b ) Rajah 3 ialah keluk permintaan perabot tempatan pada tahun 2003

D1
D0

D1
D0

0 30 40 Kuantiti ( Ribu unit)

Rajah 3

( i ) Apakah yang ditunjukkan oleh peralihan keluk D0D0 ke D1 D1 ? [1 M ]

(ii) Jelaskan mengapa berlaku perubahan permintaan itu ? [8M]

(c) Jadual 1 menunjukkn kuantiti diminta dan harga bagi tiga jenis barang
K , M , dan N .

Jenis Barang Perubahan Kuantiti Diminta (%) Perubahan Harga(%)


K 45 30
M 15 15
N 20 40

Jadual 1

17
18

( i ) Hitungkan nilai keanjalan harga permintaan bagi setiap barang itu


[3M]

(ii) Terangkan strategi yang boleh diambil untuk memaksimunkan


Keuntungan setiap barang itu [9M]

Tahun 2005 Tiada Soalan Bab ini

2006

2 (a) Jadual 1 menunjukkan permintaan terhadap suatu barang.

Harga ( RM ) Kuantiti ( Unit )


1 60
2 40
3 20

JADUAL 1
(i) Dengan menggunakan kertas graf disediakan , lukiskan keluk
Permintaan barang tersebut .
( Gunakan skala 2 cm : 1 unit pada paksi harga dan
2 cm : 20 unit pada kuantiti ) [ 4 M]

( ii ) Jelaskan hukum permintaan di 2 (a) (i) . [ 4 M]

2007

18
19

3. (a) Rajah 1 menunjukkan peralihan keluk permintaan kopi.

Terangkan tiga faktor yang menyebabkan peralihan keluk tersebut. [6 markah]

b) Situasi 1 dan situasi 2 berkaitan dengan jual beli buah durian antara Ali dengan Pak
Mat.

19
20

i) Hitungkan keanjalan harga permintaan buah durian apabila harga


meningkat. [2 markah]

Gunakan rumus:
Keanjalan Harga Permintaan = Peratus Perubahan Kuantiti
Peratus Perubahan Harga

ii) Tafsirkan jenis keanjalan harga permintaan buah durian.

2008

(a) Bezakan Keanjalan Harga Permintaan Anjal dengan Keanjalan Harga Permintaan Tak
Anjal. [4 markah]

2009

20
21

BAB 4 – FIRMA SEBAGAI PENGELUAR

Buruh Jumlah Keluaran Keluaran


Keluaran Purata Sut
(unit) (unit) (unit) (unit)
0 0 0 -
1 30 30 30
3 120 40 45
5 240 48 60
9 440 48.9 50
12 552
16 552
17 542

JADUAL 1
1 (a) (i) Jadual 1 menunjukkan jumlah keluaran, keluran purata dan keluaran sut
bagi Firma Cahaya. Lengkapkan jadual 1. (5 markah)

(ii) Terangkan hubungan antara jumlah keluaran , keluaran purata dan


keluaran sut. (10 markah)

Firma Jingga Sdn. Bhd. Adalah syarikat yang mengeluarkan barang industri.
Berikut adalah maklumat pengeluaran barang tersebut pada tahun 2000 dan tahun
2001 .

Tahun 2000 Tahun 2001


Harga seunit Kuantiti Harga seunit Kuantiti
(RM) (unit) (RM) (unit)

3.00 100 000 2.00 70 000

21
22

(b) Mengapakah pengeluaran Firma Jingga Sdn. Bhd. Pada tahun 2001 sedemikian?
(10 markah)

2.(a) Rajah 1 menunjukkan keluk penawaran Firma A.

Harga(RM)

S0
S1
P0

S0
S1

Kuantiti(Unit
0 Q0 Q1 )
RAJAH 1

Huraikan lima faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran S0 S0 ke S1 S1.


[10 markah]

22
23

3.(a) Jadual 1 menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti
ditawar bagi tiga jenis barang, X, Ydan Z.

Jenis Barang Peratus Perubahan Harga Peratus Perubahan Kuantiti


Ditawar
X 12 3
Y 8 32
Z 20 20

JADUAL 1

(i) Berapakah keanjalan harga penawaran bagi barang X, Y dan Z. [3 markah]

Gunakan rumus :

[ Keanjalan Harga Penawaran = Peratus Perubahan Kuantiti Ditawar ]


Peratus Perubahan Harga

(ii) Tafsirkan pekali keanjalan harga penawaran bagi barang X, Y dan Z. [6 markah]

spm 2006

4. (a) Gambar rajah 1 dan Gambar rajah 2 menunjukkan dua jenis input dalam
pengeluaran jangka pendek

Berikan tiga perbezaan antara kedua-dua input tersebut. [6 markah]

23
24

(b) Jadual 2 menunjukkan hubungan antara jumlah keluaran dengan kos sut

Jumlah Keluaran Jumlah Kos (RM) Kos Sut(RM)

0 110 -

1 144 34

2 X 26

3 202 32

4 242 Y

5 300 58

JADUAL 2

(i) Berapakah nilai X dan Y? [2 markah]


(ii) Jelaskan hubungan antara jumlah keluaran dengan kos sut. [3 markah]

2007

3 c) Jadual 2 menunjukkan butiran perbelanjaan Firma X yang mengeluarkan 200,000


unit syampu dalam masa enam bulan.
Butiran RM
Bahan Mentah 15000.00
Gaji Pekerja 45000.00
Sewa Kilang 12000.00
Air dan elektrik 4800.00
Insurans kilang 3200.00

Hitungkan:
i) Kos Tetap [2 markah]

ii) Kos Berubah [2 markah]

iii) Kos Purata bagi firma tersebut [2 markah]

24
25

2008

3(b) Jadual 1 menunjukkan fungsi pengeluaran jangka pendek sebuah firma.

Bilangan Buruh Jumlah Keluaran Keluaran Purata Keluaran Sut


(orang) (unit) (unit) (unit)
0 0 - -
1 10 10 10
2 22 11 12
3 36 12 14
4 49 12.25 13
5 54 10.80 5
6 58 9.67 4
7 58 8.28 0
8 54 6.75 -4

Jadual 1
Jelaskan hubungan antara buruh dengan keluaran purata dan keluaran sut. [8 markah]

2009

25
26

Bab 5 PASARAN

SPM 2003

4 a (ii) Gunakan kertas graf untuk ceraian soalan ini.


Dengan menggunakan skala 2 cm : 5 unit pada paksi harga dan 2 cm : 50 unit
pada paksi kuantiti, lukiskan keluk keseimbangan pasaran. Berdasarkan keluk
yang anda lukis itu, terangkan proses penentuan tingkat harga dan kuantiti
keseimbangan. [13m]

b Jelaskan kesan setiap tindakan berikut ke atas pasaran buruh tempatan.


i) kerajaan melonggarkan syarat pengambilan pembantu rumah daripada Filipina,
Indonesia dan Thailand oleh rakyat Malaysia [3m]

ii) pihak imigresen mengarahkan semua majikan menghantar pulang semua buruh
asing dalam sektor pembinaan. [3m]

iii) Kerajaan meningkat insentif kepada firma elektronik yang menggunakan kaedah
intensif model dalam pengeluaran [3m]

26
27

SPM 2004

5 a (i) Gunakan kertas graf yang disediakan untuk menjawab ceraian soalan ini.
Rajah 4(i) menunjukkan keluk penawaran firma A dan rajah 4 (ii) menunjukkan
keluk penawaran firma B.

Harga (RM)

60
SA
50

40

30

20 SA
10

0
2 4 6 8 10 kuantiti (unit)

Harga (RM)

60
SB
50

40

30

20 SB
10

0
2 4 6 8 10 kuantiti
(unit)

27
28

Dengan menggunakan skala 2 cm : 4 unit pada paksi kuantiti dan skala 2 cm :


RM10 pada paksi harga, lukiskan keluk penawaran pasaran. [5m]

(ii) Terangkan pembentukan keluk penawaran yang anda lukis di a (i). [6m]

b) Rajah 5 menunjukkan keluk keseimbangan pasaran buruh.

28
29

Upah (RM)

DL
SL
V
1000

600
W
DL
SL

0
Kuantiti buruh (orang)
20 30 70 80

Terangkan keadaan pasaran buruh di V dan di W. [6m]

c) Maklumat berikut adalah berkaitan dengan Encik Abdullah.


 Seorang pekerja Syarikat Jaya yang mengeuarkan pakaian sukan jenama SEGAK
 Mendapat gaji sebanyak RM900 sebulan dan membelanjakan RM150 untuk
pakaian sukan jenama SEGAK
Lukiskan rajah aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor [8m]

29
30

SPM 2005

3 c) Rajah 2 menunjukkan keluk permintaan pasaran, DD, dan keluk penawaran


pasaran, SS, bagi buah jambu.

Harga (RM)
S
D
6
E
4

S D

0 10 20 30

Bagaimanakah titik E di capai? [6m]

SPM 2006

3 a) Rajah 1 menunjukkan keluk keseimbangan pasaran.

Harga (RM)

D
S
6

4 E

S D

0
55 60 70 75 100 unit

30
31

Huraikan keadaan pasaran pada tingkat harga berikut :

(i) RM3 [3m]

(ii) RM4 [3m]

(iii) RM6 [3m]

2007

d) Maklumat berikut berkaitan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor

Syarikat Utara Berhad mengeluarkan basikal jenama Putra.


Encik Hisham bekerja sebagai kerani di syarikat tersebut dan
menerima upah sebanyak RM1000 sebulan. Dia membeli
sebuah basikal keluaran syarikatnya dengan harga RM200.

Lakarkan rajah aliran pusingan pendapatan tersebut. [8 markah]

2008
3. (c) Jadual 2 menunjukkan permintaan terhadap suatu barang.

Harga Kuantiti Diminta (unit)


(RM)
Amani Mokhtar
20 12 16
30 8 12
40 4 8

Jadual 2

(i) Berapakah kuantiti permintaan pasaran pada tingkat harga RM30? [ 1 markah ]

31
32

(iii) Lukiskan pembentukan keluk permintaan pasaran di atas kertas graf dengan
menggunakan skala 2cm : 8 unit pada paksi kuantiti dan skala 2cm : RM10
pada paksi harga. [ 8 markah ]

(iii) Jelaskan pembentukan keluk permintaan di 3(c)(ii). [ 4 markah ]

BAB 6 : WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

32
33

Tahun 2003

5a) Syarikat kewangan dan syarikat insurans memainkan peranan yang sama dalam
pembangunan ekonomi negara. Terangkan peranan tersebut [ 4 ]

Peratus (%)

12

10

8 kadar rizab berkanun

6 kadar faedah pinjaman

4
kadar faedah simpanan
2

0
1999 2000 2001 Tahun

b) Rajah 1 menunjukkan kadar rizab berkanun, kadar faedah simpanan dan kadar
faedah pinjaman Negara Q dalam tempoh tiga tahun.
Berdasarkan Rajah 1 huraikan kesan tindakan bank pusat Negara Q pada
tahun 2000 kepada aktiviti ekonomi dalam usaha menstabilkan ekonomi [ 9 ]

Tahun 2004

33
34

4a) Nyatakan lima ciri wang yang baik [ 5 ]

Tahun 2005

4b) Gambar 3 menunjukkan iklan computer daripada Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd.

Harga Tunai RM2 800


Bayaran Ansuran RM25
seminggu

Terangkan fungsi wang dalam iklan itu [4]

4c) Gambar 4 adalah perbualan antara seorang anak dengan bapanya

34
35

Seronoklah kamu …… dapat


bonus 2 bulan gaji

Memanglah seronok ayah.


Tapi harga semua
barang terus naik.

Terangkan cara bank pusat mengawal keadaan ekonomi seperti yang dinyatakan
dalam perbualan itu. [12]

Tahun 2006

35
36

3b) Maklumat berikut merujuk kepada situasi ekonomi sebuah negara.

 Stok barangan berlebihan


 Kadar pengangguran meningkat

Huraikan empat cara bank pusat mengawal situasi ekonomi negara tersebut [12]

3 c) Jelaskan kemudahan overdraf yang disediakan oleh bank perdagangan [4]

4 a) Huraikan tiga jenis simpanan yang disediakan oleh bank perdagangan [9]

2007

36
37

4 a) Gambar menunjukkan perbualan antara dua orang sahabat.

Gambar 4

i) Mengapakah pertukaran barang antara Abu dan Sulaiman tidak berlaku? [4 m]

ii) Bagaimanakah wang dapat mengatasi masalah tersebut? [4 markah]

b) Terangkan dua sumbangan institusi kewangan bukan bank kepada pembangunan


ekonomi negara

c) Jadual 3 menunjukkan anggaran perbelanjaan kerajaan bagi tahun 2007.

Perbelanjaan Jumlah (RM juta)


Emolumen 19730.00

Bayaran Khidmat Hutang 8880.00

Perkhidmatan ekonomi 12700

Pemberian dan serahan kepada kerajaan 2540


negeri

37
38

Perkhidmatan sosial

Keselamatan 16250

Pencen dan ganjaran 3100

Bekalan dan Perkhidmatan 4410

Pentadbiran am 14300

Perbelanjaan lain 3090

21960

Jumlah 106960.00

i) Jelaskan maksud perbelanjaan pembangunan. [1 markah]

ii) Hitungkan perbelanjaan pembangunan. [5 markah]


4a) Huraikan tiga jenis wang yang terdapat dalam ekonomi[9m]

38
39

b) Gambar 4 dan gambar 5 berkaitan dengan urus niaga barang.

Gambar 4

Gambar 5

(i) Apakah sistem urus niaga dalam Gambar 4 dan Gambar 5? [2m]

(ii) Jelaskan tiga kebaikan urus niaga dalam Gambar 4 berbanding Gambar 5?[3m]

C ) Bank Pusat telah menurunkan kadar rizab tunai dari rizab berkanun.
(i) Jelaskan maksud rizab tunai dan rizab berkanun. [ 2 markah]

(ii) Jelaskan tiga kesan perubahan kadar rizab tersebut kepada bank perdagangan. [3 markah]

12. Jelaskan dua persamaan dan dua perbezaan Bank Simpanan Nasional dengan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP). [6 markah]

39
40

BAB 7 : EKONOMI NEGARA MALAYSIA

SPM 2003

5 ( c ) Mengapakah kerajaan mengutamakan sumber dalam negeri daripada sumber luar


untuk membiayai perbelanjaannya? [12 markah]

SPM 2004

4 ( b ) Mengapakah kerajaan membuat pinjaman dalam negeri dan pinjaman luar ?


[6 markah]

4 ( c ) Terangkan tiga jenis pinjaman dari sumber dalam negeri [6 markah]

40
41

SPM 2005

5 ( a ) Gambar 5 menunjukkan sebahagian daripada kegiatan suatu sektor dalam struktur


ekonomi .

GAMB AR 5
PENO REH
GETAH
PENDULANG

Terangkan masalah yang akan dihadapi oleh ekonomi jika hanya bergantung kepada
sektor itu. [7 markah]

5 ( b ) Terangkan lima jenis cukai tidak langsung.[10 markah]

41
42

SPM 2006

4 (b) Jadual menunjukkan peratus sumbangan sektor ekonomi kepada guna tenaga
Malaysia dari tahun 1960 hingga tahun 2000.

Peratus Sumbangan Sektor Ekonomi Kepada


Guna Tenaga Malaysia
Tahun
1960 1970 1980 1990 2000
Sektor

Sektor utama 61.3 53.1 38.5 28.4 15.6

Sektor kedua 9.8 15.4 20.1 25.9 35.7

Sektor ketiga 28.9 31.5 39.5 45.7 48.7

Terangkan lima kesan daripada perubahan tersebut. [10 markah]

4 (c) Jadual 4 menunjukkan dua sumber pinjaman kerajaan.

Sumber X Sumber Y
Bil Perbendaharaan Pinjaman Projek
Surat Jaminan Kerajaan Kredit Pembekal
Sijil Pelaburan Pinjaman Pasaran

Terangkan tiga kelebihan pinjaman kerajaan dari Sumber X. [6 markah)

42
43

5 Gambar rajah 3 dan Gambar rajah 4 menunjukkan dua contoh barang yang
terdapat dalam pasaran tempatan.

Buatan Tempatan Buatan Luar Negara


GAMBAR RAJAH 3 GAMBAR RAJAH 4

(a) Terangkan cukai yang boleh dikenakan ke atas barang pada :


(i) Gambar rajah 3 [4 markah]
(ii) Gambar rajah 4 [4 markah]

d) Gambar 5 menunjukkan perbualan tiga orang sahabat mengenai keadaan ekonomi


semasa negara.

Bagaimanakah kerajaan melalui belanjawan negara mengatasi masalah


ketidakstabilan ekonomi tersebut melalui:

i) Kadar cukai [4 markah]

ii) Perbelanjaan negara [3 markah]

43
44

SPM2008

5(a) Maklumat berikut berkaitan dengan jumlah hasil dan perbelanjaan kerajaan pada
suatu tahun.

Jumlah Hasil = RM106 304 juta


Perbelanjaan Mengurus = RM97 744 juta
Perbelanjaan Pembangunan = RM27 284 juta

(i) Tafsirkan kedudukan kewangan kerajaan. [ 3 markah ]

(ii) Bagaimanakah kerajaan mengatasi keadaan di 5(a) (i)? [ 1 markah ]

(iii) Mengapakah kerajaan perlu berbuat demikian? [ 5 markah ]

5 bagi.( c ) Graf 1 menunjukkan arah aliran eksport nampak dan import nampak tahun
2004 hingga tahun 2006.

Eksport Nampak Dan Import Bagi Tahun 2004-2006

RM Bilion

40 .
.
32 . .
.
24

16

0 Tahun

2004 2005 2006

Graf 1

(i) hitungkan imbangan dagangan tahun 2006 [2m]

44
45

(ii) Nyatakan jenis imbangan dagangan tersebut [1m]

(iii) Jelaskan kesan perubahan eksport dan import bagi tahun 2004 hingga tahun
2006 ke atas kadar pertukaran Ringgit Malaysia.[5m]

HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

SPM 2003
5 a) Bezakan di antara perdagangan dalam negeri dengan perdagangan
antarabangsa. [12 markah]

b) Rajah di bawah menunjukkan kasut di Malaysia bagi tahun 1998


hingga tahun 2001.

45
46

Jualan kasut (RM Juta)

Berdasarkan rajah di atas, terangkan tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan
untuk melindungi industri kasut tempatan
[13 markah]

46
47

SPM 2006

5 b) Terangkan lima kebaikan perdagangan antarabangsa. [10 markah]

c) Jadual 5 menunjukkan maklumat imbangan pembayaran sebuah negara


dalam tempoh setahun.

Butiran RM (Juta)
Perjalanan 70
Eksport kayu balak 600
Tambang dan Insurans -590
Import kereta 400
Pindahan bersih -70
Import jentera 300
Pengangkutan -40
Eksport sawit 500
Pelancongan -110
Dividen -50

JADUAL 5

Hitungkan imbangan akaun semasa. [7 markah]

47
48

SPM 2007

48
49

2008
5(b) Terangkan empat kebaikan perdagangan antarabangsa.[8m]

SOALAN KAJIAN KES

SPM2004

Syarikat Mega Berhad ialah sebuah syarikat automobil Negara yang terlibat dalam
pasaran kereta untuk pasaran tempatan. Hasil kajian syarikat mendapati nilai pekali

49
50

keanjalan harga permintaan kereta ialah 1.5., maka pihak syarikat mengambil keputusan
untuk menurunkan harga kereta. Kesannya permintaan kereta telah meningkat.

Syarikat Mega Berhad bercadang untuk meningkatkan keluarannya bagi menampung


peningkatan permintaan dengan menambah bilangan buruh kepada 900 orang.

Jadual 2 yang tidak lengkap menunjukkan pengeluaran jangka pendek Syarikat Mega
Berhad.

Mesin Buruh Jumlah Keluaran Keluaran Keluaran Sut


( unit ) Purata
100 0 0 - -
100 100 1000 10 10
100 200 2400 12 Y
100 300 4100 13.7 17
100 400 6000 15 19
100 500 W 15.6 18
100 600 9300 15.5 15
100 700 10300 X 10
100 800 10800 13.5 5
100 900 10800 12 0
100 1000 10500 10.5 -3

Jadual 2

Komponen kereta syarikat ini diimpot dari Jepun, Thailand dan United Kingdom yang
merupakan rakan dagang impot utama negara. Prestasi syarikat mula terjejas apabila
ketiga- tiga negara itu mengalami masalah inflasi yang serius. Ini menyebabkan kos
pengeluaran syarikat meningkat secara mendadak. Peningkatan ini mendorong syarikat
menaikkan harga kereta keluarannya. Kenaikan ini menyebabkan tingkat harga umum
dalam negara meningkat dan kuasa beli pengguna jatuh.bagi menjaga kepentingan
pengguna, persatuanpengguna telah menghantar memorandum supaya kerajaan
mempertingkatkan tindakan berikut:

(i) Menaikkan cukai jualan


(ii) Menaikkan kadar faedah pinjaman.

Berdasarkan kes itu, jawab soalan-soalan berikut :

(a) Tafsirkan nilai keanjalan harga permintaan hasil kajian syarikat itu. [2 markah]

50
51

(b) (i) Hitungkan nilai-nilai W,X dan Y [4 markah]

(ii) Tindakan syarikat itu untuk menambah bilangan buruh kepada 900 orang
adalah tidak wajar.

Berdasarkan jadual 2 , berikan alasan dan cadangkan tindakan yang


sepatutnya diambil. [3 markah]

(c) Adakah memorandum persatuan pengguna sesuai untuk mengatasi kenaikan


tingkat
harga umum dalam negara itu?

Berikan alas an anda. [5 markah]

(d) bagaimanakah bank pusat berperanan membantu menjayakan hasrat persatuan


pengguna? [11 markah]

SPM2005

En. Azli ialah seorang pesara tentera yang telah menerima wang ganjaran sebanyak
RM50 000. Beliau bercadang menabung 20% daripada wang ganjaran tersebut untuk
satu tempoh satu tahun di sebuah institusi kewangan. Institusi itu menawarkan kadar

51
52

faedah 2.5% setahun bagi simpanan tabungan dan kadar faedah 3.0% setahun bagi
simpanan tetap. Beliau membuat keputusan untuk menabung dalam simpanan tabungan.

Sementara itu En. Azli telah membuka perniagaan batik secara kecil-kecilan dengan
menggunakan baki wang ganjaran tersebut. Memandangkan permintaan terhadap batik
tempatan semakin meningkat, beliau bercadang untuk membesarkan perniagaannya tetapi
beliau menghadapi masalah modal yang tidak mencukupi. Beliau telah berusaha
mendapatkan modal daripada beberapa sumber.

Setelah berjaya memperoleh modal tersebut, perniagaan beliau semakin maju. Dua tahun
kemudian, beliau mendapati potensi industri batik tempatan boleh dikembangkan
peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, pasaran batik tempatan menghadapi
persaingan daripada batik Indonesia. En. Azli berharap kerajaan akan mengenakan
sekatan-sekatan perdagangan antarabangsa untuk melindungi industri batik tempatan
tanpa menjejaskan hubungan diplomatic dengan rakan dagang.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan berikut:

(a) (i) Adakah anda bersetuju dengan keputusan menabung yang dibuat oleh
En. Azli. Berikan alas an anda. [3 markah]

(ii) Bagaimanakah En. Azli boleh menambahkan pendapatannya selain


daripada
yang dinyatakan dalam situasi di atas? [8 markah]

(b) Jelaskan sumber-sumber pinjaman yang boleh membantu En. Azli menambahkan
modal. [5 markah]

(c) Huraikan tiga bentuk sekatan yang boleh kerajaan laksanakan bagi melindungi
industri itu. [9 markah]

52
53

SPM2006

Syarikat Aroma, pengimport tunggal alat ganti kenderaan telah membuat kajian tentang
harga alat-alat ganti kenderaan di pasaran domestic pada tahun 2005. Hasil kajian bagi
dua jenis alat ganti ditunjukkan dalam rajah berikut:

Alat ganti J

RM

60
50

0 Unit(‘000)
200 300

Alat Ganti K

53
54

RM

68

45

0 Unit(‘000)
180 260

Oleh itu, Syarikat Aroma telah menetapkan sasaran keuntungan sebanyak 35% pada
tahun 2006. Peningkatan sasaran ini memerlukan syarikat mengimport lebih banyak alat
ganti dari luar Negara seperti Perancis dan Amerika Syarikat. Dianggarkan nilai import
alat ganti kenderaan ialah sebanyak RM700 juta. Pihak pengurusan syarikat telah
dimaklumkan pada masa kini, pengeluar alat ganti kenderaan di Amerika Syarikat diberi
bantuan subsidi sebanyak 15% lebih tinggi daripada yang dinikmati oleh pengeluar di
Perancis.

Berikut adalah maklumat perdagangan Negara Perancis dan Amerika Syarikat:

Bil Butiran Perancis Amerika Syarikat


1 Kadar pertukaran asing RM1 = €0.22 RM1 = US$0.20

2 Kadar tariff 20% 5%

3 Kos pengangkutan Rendah Tinggi

4 Syarat penghantaran barang Label kandungan Label kandungan dalam


ke pasaran domestik dalam bahasa Melayu Bahasa Inggeris sahaja
dan Bahasa Inggeris

Pada bulan Februari 2006, bencana alam telah berlaku di Perancis dan Amerika Syarikat.
Ini menyebabkan pengeluar di kedua-dua Negara tersebut menghadapi kesulitan untuk
membekalkan alat ganti kepada pengimport. Keadaan ini telah menyebabkan gangguan
bekalan alat ganti kenderaan di pasaran domestik. Syarikat Aroma terpaksa
mengurangkan bekalan kepada peniaga-peniaga alat ganti dan menangguhkan
penghantaran alat ganti kenderaan ke negeri-negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak
untuk tempoh enam bulan.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:

54
55

(a) (i) Hitungkan nilai pekali keanjalan harga penawaran alat ganti J.[2 markah]

Gunakan rumus:

[Keanjalan harga penawaran = Peratus Perubahan Kuantiti Ditawar/


Peratus Perubahan Harga

(ii) Tafsirkan nilai pekali keanjalan tersebut. [2 markah]

(b) (i) Bagi memastikan tingkat keuntungan syarikat maksimum, tentukan


Negara
manakah yang menjadi pilihan utama syarikat Aroma? [1 markah]

(ii) Huraikan dua alas an anda. [6 markah]

(c) Jelaskan kesan pengurangan bekalan alat ganti kenderaan tersebut kepada pihak
berikut:
(i) Penguna [3 markah]

(ii) Pengedar [3 markah]

(iii) Pengeluar [3 markah]

(iv) Kerajaan [5 markah]

55
56

56

You might also like