Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

3.1.

Komponen asas komputer

Adakah anda kenal komponen asas komputer, selama anda menggunakan komputer?
Anda perlulah kenal akan komponen asas komputer, supaya anda tidak ketinggalan
pada zaman teknologi yang semakin membangun.

Komponen-komponen Asas bagi komputer ada 4 bahagian iaitu:

1. Input
Ia ditugaskan menerima dan memasukkan data atau maklumat daripada pengguna
ke dalam komputer. Maklumat yang terima seperti teks, imej, bunyi atau grafik.
Unit input seperti papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse), pengimbas
(scanner), mikrofon, trackball dan joystick.

2. Unit Sistem
Mengawal keseluruhan operasi komputer. Ia juga menerima input data arahan
yang dimasukkan oleh pengguna serta memproses data. Apabila data siap
diproses, ia akan menghantar data tersebut untuk disimpan dalam unit storan.
Unit sistem berada pada motherboard (papan induk). Unit sistem seperti BIOS
(Basic Input/Output System), Slot Tambahan (Expansion Boards), Papan Induk /
Papan Litar Utama (Motherboard), Talian Bas (Serial Bus) dan Unit Pemprosesan
Pusat (CPU).

Unit Pemprosesan Pusat (CPU) terbahagi kepada 2 bahagian utama:


a. Unit Kawalan
b. Unit Arithmetik dan logik (ALU)

60
61
3. Unit Storan/Unit ingatan

Menyimpan data atau arahan yang diproses, ia juga menyimpan arahan oleh
pengguna dan menyimpan pemprosesan Unit Arithmetik dan logik (ALU).

Unit ini terbahagi kepada 2 storan iaitu:


a. Storan primer ROM (Read Only Memory), RAM (Random Access
Memory) – ia disimpan hanya sementara & tidak kekal.
b. Storan sekunder (hard disk, thumb drive, disket, Cakera Optik)

4. Unit Output
Memaparkan maklumat yang sudah diproses kemudian, ia akan ditukarkan
kepada bentuk yang mudah difahami dan proses ini akan dilakukan oleh unit
Ouput.

Peranti output terdapat 2 jenis iaitu:


a. softcopy (monitor, speaker)
b. hardcopy (printer)

3.2. Peranti input dan output

Nama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna


melakukan pengiraan. Peralatan yang melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan
input, memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output akan dipanggil
'computer'.

Komputer mempunyai 4 bahagian untuk ia beroperasi dengan sempurna seperti rajah


di bawah.

Rajah 3.2.1
60
Peranti (device) input terdiri daripada papan kekunci dan tetikus di mana arahan dan
maklumat dimasukkan. Pergerakan kursor (cursor) di skrin oleh tetikus dan menaip
sesuatu di papan kekunci dianggap sebagai arahan pada komputer.  Pengimbas dan
cam video termasuk dalam gulungan peranti input.  Unit Sistem paling asas terdiri
dari prosesor, RAM, papan induk dan kad VGA akan memproses data dan
menyimpan di piring storan serta keluar output di monitor.  Apa-apa sahaja yang
dipaparkan di skrin monitor walaupun cuma berbentuk prom C akan di sebut sebagai
output. Sekiranya ingin salinan cetak, maklumat boleh pula dikeluarkan di mesin
pencetak.

2.3. Perkakasan dan perisian

Bila bercakap mengenai komputer, topiknya tidak akan kunjung padam, ada
saja yang boleh diperkatakan. Walau bagaimanapun ia terhad kepada dua kumpulan
terbesar yang bersaing hebat sejak akhir-akhir ini. Dua kumpulan itu terdiri dari
Komputer Peribadi (Personal Computer) dan Komputer Apple (Apple Computer).
Kedua-dua jenis komputer ini menggunakan perkakasan dan perisian yang berbeza. 
                                                    
Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan
(Hardware) dan perisian (Software). Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci,
tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya.  Perisian
pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk
digunakan bagi melaksanakan berbagaibagai tugas.  Contoh perisian untuk komputer
peribadi (PC) seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP,
Microsoft Office dan sebagainya.  Salah satu program sistem operasi percuma yang
mula diiktiraf ialah program Linux.

Pemasangan program berkenaan memerlukan sedikit kemahiran dan driver


menyokong perkakasan agak terhad.  Namun peningkatan sokongan program tersebut
dari segi perisian dan driver perkakasan bertambah dari hari ke hari.  Contoh program
Linux yang terkenal seperti dari syarikat Redhat, Mandrake dan banyak lagi.

Pengguna rumah boleh memilih perisian yang sesuai mengikut citarasa dan
kerja-kerja yang hendak dilakukan.  Windows 95 atau singkatan Win95, Win98,
WinMe dan WinXP lebih dititikberatkan kepada pengguna rumah mana kala WinNT
dan Win2000 lebih sesuai untuk pejabat.

61
Rajah 3.3.1

Rajah sebuah cakera keras dan sekeping cakera liut atau disket sebagai perkakasan
dan program di dalam kedua-dua perkakasan tersebut sebagai perisian.

2.4. Komputer berjenama dan klon

Apa itu klon?


Kion (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga
menjadi serupa. Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi
popular.

Berjenama dan kion


Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi.  Perkakasan klon
bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama
di Asia. Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi
seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai


perkakasan untuk sebuah komputernya.  Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh
digunakan sekiranya ada kerosakan.  Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang
tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan.  Untuk
memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer
yang membuat perkakasan klon boleh di ambil.  Sekiranya ada kerosakan pada
komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.

Pilihan di tangan anda


Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau
klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak
62
balas segera serta lapuran terkini.  Perkakasan klon juga tidak kurang laman web
masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat. 
Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana
setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.

Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa


memilih.  Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan
mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet. 
Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana
perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika.  Alpa saja
seketika, kita akan ketinggalan jauh.

2.5. Pengenalan Perkakasan Komputer

Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.


 Komputer Sistem Asas
 Komputer Sistem Multimedia
 Komputer Internet Tersedia

1. Komputer Sistem Asas

Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunyai perkakasan
yang paling sedikit. Biasanya digunakan untuk menulis rencana atau keda-keda
mudah.

Rajah 3.5.1 Senarai perkakasan Sistem Asas


Papan induk (Motherboard) Hampir kesemua perkakasan akan diletak
di atasnya.
Prosesor (Microprocessor atau CPU) Memproses data untuk keseluruhan
sistem.
Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel Bekalan kuasa untuk sistem boleh
kuasa (Casing, power supply dan berfungsi.
power cable)
Ingatan capaian rawak (RAM) Memori sementara yang penting.
Cakera keras serta kabel reben 40 pin Storan untuk sistem operasi dan aplikasi.
(HDD)
Pemacu cakera liut atau pemacu layut Membaca dan menulis data ke disket
serta kabel reben 34 pin (FDD) 1.4MB.
Kad Video (Video card) Untuk memproses dan menghantar data
video ke skrin.

63
Monitor Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.
Papan kekunci (Keyboard) Peranti input yang penting.
Tetikus (Mouse) Peranti input kedua yang penting.

CPU - Central Processing Unit


HDD - Harddisk drive
FDD - Floppy Disk drive
RAM - Random Access Memory

2. Komputer Sistem Multimedia

Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan
boleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke.

Rajah 3.5.2 Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan


perkakasan sistem asas
Kad bunyi (Sound card) Menghantar data audio ke pembesar suara.
Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) Membaca data dari CD, VCD dan CDROM.
Mikrofon (Microphone) Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang
dalam talian.
Pembesar suara (Speaker) Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber
kad audio.

3. Komputer Internet Tersedia

Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet.

Rajah 3.5.3 Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas
Modem luar atau dalam Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan
melayari Internet.
Akaun Tmnet atau laring Akaun untuk mendapatkan hak melayari
Internet.
Satu talian telefon untuk Satu media yang membantu menyambungkan
sambungan komputer dengan ISP.

64

You might also like