Jejak Jutawan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 75

Jutawan Yang Belum Anda Kenali

SIRI JEJAK JUTAWAN

Keluarga anda kenali beliau, rakan anda


temui beliau, cuma anda sahaja yang tidak
kenali beliau siapakah beliau ?

JUTAWAN
YANG
BELUM
ANDA
KENALI
Pandua n Kom prehensif Yang Saintifik, P raktis,
Pragmatik Dan Filosofi Ke Arah Menjadi Usahawan
Berjaya Bermula Daripada R umah

Muhammad Amin Al Farabi


1
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Jutawan yang Belum Anda Kenali


Panduan Komprehensif Yang Saintifik, Praktis, Pragmatik Dan Filosofi
Ke Arah Menjadi Usahawan Berjaya Bermula Daripada Rumah

Isi Kandungan
1. Prakata
2. Bolehkah Anda Berjaya Sebagai Usahawan Daripada Rumah ? 6
3. Apakah Sebenar-benarnya Formula Kepada Kejayaan? 7
4. Apa Yang Anda Baca Ini Akan Mengubah Persepsi Anda 8
Tentang Hidup Anda
5. Senjata Paling Berkuasa Manusia 9
6. Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa 10
7. Akal Anugerah Allah Yang Paling Tinggi Kepada Manusia 11
8. Kuasa Minda Separa Sedar Seperti Gergasi Yang Sedang Tidur 12
9. Minda Mempunyai Kekuatan Seperti Gergasi Tetapi Yang Selalu 13
Digunakan Hanya Seperti Semut Kecil
10. Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak 14
11. Kebangkitan Gergasi Anda 15
12. Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda 15
13. Apakah Kaitan Dunia Material, Realiti dan Minda ? 16
14. Realiti Dunia Material bermula dari dalam Minda Anda 17
15. Realiti 20
16. Apakah Realiti ? 23
17. Realiti Wujud Hanya Mengikut Persepsi Fikiran Manusia 24
18. Realiti Anda Bermula Dari Apa Yang Anda Fikirkan Di dalam 25
Minda Anda
19. Visualkan Realiti Kekayaan Telah Berlaku Di Minda Anda 26
20. Visualisasi : Teknik Berfikir Menyemai Minda Separa Sedar 27
21. Bersyukur : Baja Penyubur dan Pengikat Rezeki Anda 28
22. Semangat : Gergasi Yang Bangkit Di Dalam Jasad Anda 29
23. Perasaan : Bahanapi Pembakar Semangat Anda 30
24. Takwa dan Tawakal : Kepercayaan dlm bentuk praktikal 31
25. Mitos Menjadi Seorang Usahawan Yang Berjaya 35
26. Analisa Diri : Adakah Anda Usahawan Tulin ? 36
27. Orang Lain Sibuk Meraih Kejayaan Anda Sibuk Mencari Alasan 37
28. Kegagalan Hanya Satu Illusi 38
29. Kata-kata Hikmat 39

2
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

BAHAGIAN II : Idea dan Strategi Menjayakan Projek Niaga Anda 40


1. Idea-idea Projek Yang Bermula Daripada Rumah 41
2. Minat Yang Tulin Terhadap Bidang Pilihan Anda 42
3. 7 Kebijaksanaan Manusia 44
4. Idea-idea Proje k 45
5. 18 Cara Mencetus Idea Perniagaan yang Unik dan Kreatif 46
6. Anda Tahu Guna Komputer ? Gunakannya Untuk Cari Wang! 47
7. Inovasikan Perkhidmatan Anda 49
8. Awas! Jangan tertipu dengan Skim Cepat Kaya! 51
9. Peluang Perniagaan Melalui Program Affiliate/Reseller/MLM 52
10. Persediaan Premis SOHO Anda 53
11. Strategi Mudah Tetapi Berkesan Mempromosikan Perniagaan 54
12. Apakah Media Pengiklanan Yang Sesuai Untuk Perniagaan Anda? 55
13. Formula Pemasaran Yang Mesti Anda Ketahui dan Praktikkan 56
14. Bagaimana Dapatkan Publisiti Percuma Di dalam Media Bercetak 57
15. Bagaimana Mendapat Iklan PERCUMA bernilai RM12,000 58
16. Kelebihan Publisiti daripada Iklan 59
17. Nilai Seorang Pelanggan Selama Hayat Berurusan Dengan Anda 60
18. Apakah Kelebihan Perniagaan Anda Berbanding Pesaing Anda 62
19. Kenalpasti Diantara Ciri-ciri Dan Faedah-faedah 64
20. Seni Kejurujualan (I) 65
21. Seni Kejurujualan (II) 67
22. Bagaimana “Menawan” Pelanggan Pesaing-Pesaing 69
23. Persepsi Pelanggan : Aspek Yang Dihargai Oleh Pelanggan 70
24. Bagaimana Mendapat Lebih Banyak Pelanggan Melalui 71
Penggunaan Internet
25. Kisah-kisah Usahawan Jutawan Sebagai Inspirasi Untuk Anda 72
26. Langkah Tindakan Anda hari Ini! 75

Buku Ini Adalah Hakcipta Terpelihara


Muhammad Amin Al Farabi 
Versi digital boleh diedarkan secara bebas oleh anda asalkan
tidak mengubah sebarang isi kandungan buku.

Penafian : Segala panduan adalah melalui pengalaman dan pembacaan penulis, jika ada kesilapan
dan ralat adalah tidak disengajakan. Tanggungjawab pembaca untuk membuat penilaian sendiri.

3
Prakata

Apa yang anda ‘mesti lakukan’ mesti dilakukan kerana ‘tidak


melakukannya’ juga bermakna anda ‘melakukan sesuatu’ iaitu
menghancurkan apa yang mesti anda lakukan - Amin Al Farabi

Apabila sahaja anda selesai membaca buku kecil ini, anda akan
mendapat pengetahuan yang tidak keterlaluan saya katakan , satu
pengetahuan baru yang akan menambah keyakinan diri yang
seterusnya mengorak langkah menjadi usahawan ataupun menjadi
insan yang lebih gagah Percayalah !

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian I dan Bahagian
II Bahagian I buku ini memfokuskan kepada persediaan mental dan
pengasahan minda anda untuk menjadi seorang usahawan Di dalam
bahagian ini anda akan belajar mengenali diri anda supaya anda yakin
bahawa diri anda mampu untuk menjadi usahawan yang bermula
daripada rumah Anda pasti terperanjat kerana akhirnya anda tahu dan
yakin bahawa di dalam diri anda sendiri mempunyai kekuatan luarbiasa
yang anda tidak pernah anda gunakan selama ini.

Bahagian II pula akan mengajar apa yang perlu anda lakukan untuk
mengeksploitasikan kekuatan anda yang luarbiasa tersebut untuk
menjadi usahawan daripada rumah Anda akan mempelajari prinsip-
prinsip , formula, teknik dan strategi langkah demi langkah bagaimana
anda boleh merealisasikan idea projek anda menjadi realiti.

Anda digalakkan mencetak keseluruhan isi kandungan buku ini


untuk lebih mudah anda baca dan fahami dan pelajari maklumat yang
didedahkan.

Anda juga digalakkan untuk berkongsi maklumat buku ini dengan


mengedarkan kepada rakan-rakan lain yang mempunyai minat untuk
mendirikan perniagaan daripada rumah (soho) atau untuk tujuan
motivasi diri.

Anda boleh berhubung dengan penulis di amin_alfarabi@yahoo.com jika


anda berminat untuk bertanya soalan-soalan lanjutan mengenai
motivasi diri dan perihal keusahawan.

Muhammad Amin Al Farabi


amin_alfarabi@yahoo.com
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Siapakah Jutawan Yang Belum


Anda Kenali?
Saya hanya menunjukkan anda jalan ke pintu rumahnya, andalah yang
mesti membukanya sendiri....

Ada antara anda pasti bertanya kenapa saya bersusah payah


menulis sebuah buku dan memberikannya percuma kepada orang ?
Anda ingin tahu sebabnya ? Ini adalah kerana saya merasa amat
selesa memberikan sesuatu. Inilah rahsia utama yang dinyatakan di
dalam buku “The Greatest Money-Making Secret in History!” oleh Joe Vitale.

Cuba ingat kembali pernahkah seseorang yang tidak anda kenali


bertanyakan anda jalan menuju ke arah suatu tempat yang anda amat arif
sekali lokasinya? Pernah bukan ? Saya pasti anda dengan rela hati
memberikan maklumat yang sebaik-baiknya agar beliau selamat
sampai yang ingin ditujunya. Bagaimanakah perasaan anda selepas
membantu orang yang tidak anda kenali itu ? Anda merasa amat selesa
bukan ? Begitulah tujuan saya menulis buku ini. Mudah bukan ?

Walaubagaimanapun bagaimana jika orang tersebut meminta anda


membawa mereka dengan menggunakan kereta anda ke tempat tersebut,
anda mungkin keberatan sedikit. Atau mungkin terdetik hati anda,
orang ini mengganggu anda. Atau anda mungkin membantu beliau
setelah beliau membayar anda kerana bersusah payah membantu mereka.

Begitulah keadaannya dengan saya. Daripada pengalaman saya selama


lebih tahun sebagai pakar perunding saya dapati bahawa saya
mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang boleh saya kongsi
bersama dan ada juga pengetahuan yang terpaksa saya kenakan caj
professional.

Contohnya jika anda memasuki kursus saya, saya tanpa ragu-


ragu mengenakan bayaran kursus yang mungkin berkos hampir RM500
seminggu untuk mengetahui selok belok perniagaan. It’s nothing personal ,
just business. Saya juga menulis dan menjual buku bercetak pada harga
saikologi RM29.90 tentang panduan keusahawan. Tapi itu cerita lain.
Dan saya disini bukannya hendak mempromosikan kursus saya. Oleh
sebab itu saya lebih selesa menggunakan nama pena saya ini.

Namun jangan sekali-kali menganggap mutu maklumat di dalam


buku percuma ini boleh diambil ringan.

Oleh itu jika anda serius dan ingin berjaya di dalam perniagaan di
rumah anda, pertimbangkan sebaik-baiknya apa yang saya
perbincangkan di dalam buku ini. Saya menunjukkan anda arah, dan
kini bergantung kepada anda sahaja samada hendak berlari atau
merangkak ataupun berpatah balik menuju ke tempat yang ingin
anda tuju.

5
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bolehkah Anda Berjaya Sebagai


Usahawan Daripada Rumah ?
Ya, anda boleh berjaya sebagai usahawan bermula daripada
rumah sahaja. Ramai usahawan-usahawan besar yang berjaya
memulakan projek usahanya bermula daripada rumah. Lebih ramai pula
orang biasa yang bekerja daripada rumah ataupun menjalankan
perniagaan daripada rumah.

Martha Stewart, tokoh usahanita kontroversi, memulakan projek


katering daripada belakang dapur rumahnya sehingga menjadi
jutawan dalam masa beberapa tahun sahaja. Perusahaan kecilannya
menjadi konglomerat yang meliputi penerbitan, multimedia,
rancangan TV dan gaya hidupan.

Michael Dell memulakan projek memasang komputer mengikut


tempahan daripada bilik dormitrinya dengan modal $1,000 dan kini
selepas 18 tahun nilai pendapatannya adalah sebanyak $31 billion.

Pelbagai kerjaya dan projek perniagaan yang boleh dimulakan daripada


rumah. Ada yang bekerja sebagai pakar perunding (seperti saya) , ada
yang menjadi penulis novel, artikel, merekabentuk batik, pereka grafik
dan pelbagai lagi. Saya akan membincangkan dengan lebih lanjut akan
idea-idea projek yang boleh anda mulakan di bahagian II buku ini dan
anda cuma perlu ikuti terus membaca buku ini.

Pengalaman Penulis Sebagai Bukti

Buktinya adalah pengalaman penulis sendiri sebagai konsultan dan juga


perunding bebas selama 10 tahun telah mengalaminya sendiri . Selama
hampir 10 tahun penulis menjalankan perniagaan daripada rumah
sebagai seorang pakar perunding bebas sambilan.

Cuba para pembaca buka akhbar dan semak yuran-yuran iklan untuk
menghadiri seminar-seminar yang diadakan di hotel-hotel oleh para
konsultan. Pembaca sekalian akan dapati yuran-yuran yang dikenakan
amat mahal bukan? Ya, memang benar, dan tidak hairanlah perunding-
perunding bebas ini rata-rata hidup mewah dengan memperuntukkan
masa bekerja yang sedikit sahaja. Orang ramai berlumba-lumba untuk
mendengar maklumat-maklumat terkini daripada para konsultan
daripada luar negeri.

Cukup penulis katakan bahawa pendapatan bagi satu sahaja seminar


yang berjaya (penuh) adalah cukup untuk menampung kehidupan
perunding bebas tersebut selama setahun! Apa yang penulis ingin
tekankan di sini ialah sememangnya terdapat cara menjana pendapatan
daripada rumah jika saudara tahu kaedahnya. Kini dengan kemajuan
teknologi maklumat dan telekomunikasi trend ini menjadi semakin
popular dan tidak semestinya dilepaskan oleh anda sekalian. Oleh itu
teruskan membaca buku ini untuk mengetahuinya!

6
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Sebenar-benarnya
Formula Kepada Kejayaan?
Ramai orang mencari-cari formula dan rahsia untuk berjaya. Keinginan
ini mencetuskan timbulnya industri buku-buku motivasi, seminar-
seminar dan pelbagai program yang memberangsangkan dewasa ini.

Jika anda biasa membaca buku-buku motivasi diri anda tentu biasa
mendengar pakar-pakar atau guru-guru motivasi diri seperti Anthony
Robbins, Dr Stephen R. Covey, Bob Proctor dan sebagainya. Di kalangan
pakar-pakar tempatan pula tidak kurang hebatnya. Nama-nama seperti
Dr Fadzilah Khamsah, Imran Jaafar, Dr Tuah Iskandar dan ramai lagi
adalah antara nama- nama yang popular di arena sirkit motivasi diri.

Seminar dua hari di Kuala Lumpur baru-baru ini oleh Dr Stephen R.


Covey ini sahaja memerlukan anda melabur untuk diri anda sebanyak
RM 990. Seminar ini membincangkan tajuk beliau yang amat popular
iaitu “7 Tabiat Orang Yang Berkesan”. Saya tahu pakar seperti Dr
Stephen memberikan maklumat yang berguna kepada para pesertanya.
Namun terpulang kepada peserta tersebut untuk menafaatkannya pula.

Apa Yang Anda Perlukan Ialah Satu Formula

Apa kata saya beri anda satu formula yang pasti membantu anda
berjaya walau apa sahaja bidang anda . Menggunakan formula ini
membuatkan anda tidak akan temui kegagalan kerana kegagalan itu
sendiri tidak wujud dan segala sentuhan anda menjadi emas. Baik
bukan ?

Jika saya katakan dengan formula ini anda tidak perlu lagi membaca
lain-lain buku motivasi atau kursus motivasi, adalah sesuatu yang
agak egoistik bukan? Bukannya niat saya begitu cuma...

Cuba fikirkan jika anda diberi formula sains dan matematik seperti 1 +
1 = 2. Apakah anda perlu memikirkan lagi sebarang formula lain lagi ?
Adakah anda perlu mencuba tanda - ÷ x menggantikan tanda + di dalam
persoalan di atas ?

Inilah maksud saya. Ianya adalah untuk ringkasan kepada kejayaan


yang sedang anda impikan. Oleh itu adalah baik jika kejayaan tersebut
anda dapati daripada formula yang berdasarkan sains dan matematik,
kerana ilmu sains dan matematik adalah ilmu alam sunatullah yang
tetap dan teruji.

Fikirkan dan perbincangkan dengan orang lain setelah anda membaca


bab-bab ini ... Mari kita mulakan sekarang..

7
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apa Yang Anda Baca Ini Akan Mengubah


Persepsi Anda Tentang Hidup Anda

Jadi apakah formula kejayaan sebenar-benarnya ? Anda


bertanya...kepada saya tanpa sabar-sabar. Ya , saya jamin anda boleh
berjaya jika anda percayakan faktor kejayaan yang mudah ini. Anda
boleh berjaya di dalam sahaja bidang anda yang ingin anda ceburi
dengan mempunyai tiga faktor ini di dalam diri anda.

1. Percaya dan Yakin Tanpa Batasan Bahawa Anda Pasti Berjaya


2. Minat yang tulin dan mendalam terhadap bidang pilihan anda
3. Strategi yang betul di dalam mengkomersialkan pilihan anda
tersebut

Namun saya akan mula membicarakan faktor pertama iaitu Percaya dan
Yakin Tanpa Batasan Bahawa Anda Pasti Berjaya dengan terperinci
dan panjang lebar di dalam 12 mukasurat berikut. Jika anda memasuki
kursus saya yang berharga ratusan ringgit saya akan mengajarnya
selama dua hari suntuk agar anda dapat menghayatinya. Setelah
menghayatinya, saya jamin anda akan mempunyai kepercayaan dan
keyakinan terhadap diri anda yang hampir tidak terbatas. Apabila anda
mempunyai keyakinan yang tidak terbatas bermakna anda seakan-akan
mempunyai kuasa sentuhan emas (Midas touch).

Topik di dalam bab ini adalah amat penting kerana saya pasti anda tidak
akan temui apa yang akan saya bincangkan ini di dalam mana-mana
buku, televisyen atau sebarang media massa yang ‘mainstream’. Objektif
bab ini adalah supaya anda mengenali ciri-ciri kejadian manusia dan
kaitannya dengan alam semesta. Seterusnya setelah anda dapat
mengenali ciriciri , anda akan memahami rahsia di sebalik faedah yang
dapat anda gunakan daripada ciri-ciri manusia tersebut. Di dalam
Bahagian I , bab kepercayaan ini, anda akan mengenali ...

1. Fakta-fakta sains yang tidak pernah anda ketahui di mana para


saintis terkemuka sendiri menemui jawapan yang menakjubkan
2. Keistimewaan akal (minda)
3. Apakah senjata paling berkesan manusia
4. Anda boleh mencapai apa sahaja yang anda percayakan oleh
minda anda
5. Teknik visualisasi

Adalah penting dan kritikal untuk anda memahami akan topik-topik di


dalam bab-bab ini kerana ianya adalah formula sains dan rohani di
dalam mencapai apa sahaja impian anda khususnya jika anda ingin
menjadi kaya sebagai usahawan.

8
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Percaya dan Yakin Tanpa Batasan :


Senjata Paling Berkuasa Manusia
Percaya dan Keyakinan Tanpa Batasan juga digelar keimanan
kepada orang Islam, namun istilah tersebut selalu dikaitkan dengan
perkara-perkara berkaitan ritual sahaja, seperti rukun iman,
sembahyang, puasa dan sebagainya. Hakikatnya sifat ini perlu wujud di
dalam setiap perbuatan kita setiap hari untuk berjaya.

Namun di dalam membicarakan faktor ini, kita akan kaitkan dengan


segenap lapisan manusia tidak kira Islam ataupun tidak, maka saya
akan gunakan perkataan Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan
yang lebih universal.

Para Rasul dan Nabi yang mempunyai tahap keyakinan yang tidak
terbatas iaitu keimanan kepada Allah, Allah telah memberikan mereka
kuasa mukjizat di mana banyak perkara-perkara yang diluar hukum
alam seperti peristiwa Israj Mikraj oleh Nabi Muhammad, terbelahnya
laut merah oleh hentakan tongkat Nabi Musa dan sebagainya. Rasul dan
Nabi adalah insan terpilih, manusia biasa yang tidak dianugerahkan
keyakinan yang luarbiasa sebegini atas nama Allah SWT mustahil
melakukan perkara-perkara sedemikian. Secara universalnya ramai
orang bukan Islam menggunakan konsep Kepercayaan dan Keyakinan
Tanpa Batasan dan hasilnya mereka berjaya di dalam pelbagai perkara
yang mereka ceburi.

Sebagai contoh Thomas Edison percaya dan yakin tanpa batasan bahawa
tenaga elektrik boleh menghasilkan cahaya lampu mentol. Namun
percaya atau yakin sahaja tidak cukup, beliau mempraktikkan
kepercayaan dan keyakinan beliau pada usaha eksperimen beliau
sebanyak lebih 10,000 kali dan akhirnya berjaya. Jika anda berada di
zaman beliau, anda akan anggap itu perkara gila. Tetapi Thomas Edison
mempercayai dan yakin perkara tersebut boleh berlaku dan akhirnya
anda dan saya dapat merasai manafaatnya.

Bagaimanakah kuasa kepercayaan dan keyakinan tersebut dikatakan


senjata paling merbahaya jika di salahgunakan?

Mari kita lihat satu contoh , seseorang Islam yang mempercayai dengan
penuh keyakinan bahawa tangkal, jampi atau makhluk halus yang
diamalkan boleh memberi kekebalan kepada beliau. Atas dasar
kepercayaan tersebut beliau akan yakin dan menjadi lebih berani dan
mungkin ‘kebal’ kerana mindanya melampaui realiti sebenarnya. Tetapi
malang sekali kerana beliau bersandarkan kepercayaan tersebut kepada
tangkal dan jampi maka hukum ke atas beliau adalah beliau menjadi
syirik dan syirik merupakan dosa yang paling besar dan tidak diterima
taubatnya. Begitulah bahayanya kepercayaan dan keyakinan jika salah
digunakan. Hakikatnya jika wujud sebarang kekebalan atau
keistimewaan berlaku pada dirinya, semuanya adalah kerana mindanya
terlalu yakin dan seterusnya menafaatkan kuasa hebat yang sentiasa
wujud di alam maya yang disediakan oleh Allah SWT.

9
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Beberapa Fenomena Minda Luarbiasa


Pihak saintis barat telah lama mengkaji akan kekuatan minda dan
kaitannya dengan kuasa yang dimiliki apabila wujud kepercayaan dan
keyakinan. Kebolehan-kebolehan ini boleh dilakukan oleh semua orang
tidak kira agama kerana minda mereka mempunyai kepercayaan dan
keyakinan untuk melakukannya.

Pada November 2004, siaran Discovery, ada menyiarkan sebuah


dokumentari bertajuk “Electric Man”. Rancangan tersebut
mendokumenkan seorang pelukis biasa bernama Janusz Kowzalaski
boleh memadam lampu jalanan dengan hanya kekuatan fikiran.
Keistimewaan beliau sedang dikaji dengan serius oleh pakar-pakar
saintis barat kini.

Kejadian manusia mempunyai kuasa elektrik telah lama di dokumenkan


sejak awal 1846, di dalam jurnal sains Perancis, Jurnal des Débats
(February 1846). Jurnal tersebut mendokumenkan fenomena 10 hari
yang dialami oleh seorang kanak-kanak perempuan Perancis berusia 14
tahun bernama Angelique Cottin yang mampu mengeluarkan kuasa
elektrik dan menggerakkan objek-objek persekitarannya.

Seorang lelaki cina di Perak mempunyai kuasa magnet ditubuhnya, di


mana peralatan-peralatan logam seperti sudu, sterika, paku dan
sebagainya melekat ke tubuh badan beliau.

Ustaz Arief di Ampang, Selangor mempunyai keistimewaan yang dipelajari


dimana beliau boleh menyalakan mentol lampu hanya dengan memegang
mentol tersebut dan pernah dipertontonkan di rancangan televisyen ‘Asia
Hebat’ . Menurut ustaz tersebut tiada unsur-unsur yang menyalahi
agama, kerana sememangnya tenaga istimewa ini wujud di dalam setiap
manusia cuma anda perlu pelajari tekniknya. Tenaga istimewa ini
sentiasa wujud di alam maya untuk digunapakai oleh manusia.
Kebolehan beliau membuktikan kepada manusia lain agar terus kaji dan
mengkaji keistimewaan minda ini.

Dan jangan pelik kerana kuasa elektrik sememangnya wujud semulajadi


pada belut elektrik yang tinggal di dalam sungai Amazon. Belut ini dapat
menghasilkan arus elektrik sebesar 500 volt per sekitar 2 amper. Kira-
kira kekuatannya melebihi yang digunakan oleh sebuah TV kecil..

Namun semua kebolehan luarbiasa tersebut adalah kerana Allah


telahpun menyediakan kuasa tersebut menerusi alam yang boleh
digunakan jika minda kita percaya dan yakin akan boleh dilakukan.
Allah Maha Pemurah membenarkan tidak kira sesiapa sahaja (muslim
atau tidak) menggunakan tenaga yang tersedia tersebut, namun
terpulang kepada mereka menyandarkan kesyukuran tersebut. Jika
mereka menggunakan tenaga tersebut dan berterima kasih kepada
makhluk halus (jin dan syaitan) adalah perbuatan syirik yang tidak
diampuni Allah SWT, walhal kuasa tersebut adalah tenaga yang
disediakan oleh Allah SWT dan sentiasa wujud tersembunyi di dalam
alam maya untuk dikaji dan akhirnya boleh dimanafaatkan oleh kita.

10
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Akal : Anugerah Allah Yang Paling


Tinggi Kepada Manusia
Akal fikiran atau minda adalah anugerah Allah yang paling
berharga menjadikan manusia lebih mulia daripada sekalian makhluk.
Kebiasaannya kita akan memikirkan bahawa akal ialah apabila kita
mengira, membaca, menulis dan sebagainya. Ini dinamakan minda sedar
(conscious mind). Namun terdapat bahagian minda yang sangat penting
tetapi tidak disedari dan digunakan oleh manusia sendiri yang dikenali
dengan minda separa sedar atau Inggerisnya ‘subconscious mind’.

Apakah Minda Separa Sedar dan Kekuatannya?

Sekarang ini, saat ini, jantung anda sedang berdegup, adakah anda yang
memikirkannya untuk mengawal degupannya setiap masa? Segala
perjalanan darah anda, proses tumbesaran anda dan pembaikan luka
anda, adakah anda fikirkannya? Tugas ini amat kompleks dan jika di
andaikan disuruh minda sedar anda untuk memikirkannya, nescaya
anda akan jadi kelam kabut tidak mampu melakukannya. Inilah antara
tugas minda separa sedar anda.

Tapi tunggu, minda separa sedar anda lebih berkuasa daripada itu. Ianya
juga merekod segala pengalaman hidup kita sejak kita lahir lagi. Maksud
segala di sini ialah segala entiti yang wujud ketika itu. Himpunan
pengalaman ini termasuklah memori, imaginasi, perasaan, inspirasi,
kepercayaan dan segala bentuk maklumat yang kita capai melalui
pancaindera kita. Apa yang kita dengar , lihat dan rasa sepanjang hidup
kita sebenarnya tidak pernah hilang dan tersimpan kekal di dalam minda
kita. Himpunan keseluruhan entiti inilah yang membentuk sistem
kepercayaan di dalam diri kita.

Tetapi kenapa saya tidak ingatinya ?

Anda tidak ingatinya kerana anda tidak fokus kepada semua perkara
pada satu-satu masa. Contohnya sekarang, anda sedang lihat
perkataan-perkataan di depan mata anda ini. Fokus anda ialah pada
tulisan ini, namun jika dibelakang anda ada kedengaran kicauan burung
, anda ‘tidak mendengarnya’ kerana anda tidak fokuskannya. Namun
kicauan burung tersebut tetap direkod ke dalam minda separa sedar. Ini
bermakna walaupun semasa kita kecil berusia lima tahun kita seperti
tidak mampu ingat apa-apa, namun sebenarnya ‘subconcious mind’ tetap
merekod apa yang kita dengar, lihat, rasa dan alami waktu itu.

Bayangkan anda mempunyai perakam video yang merakam setiap


bunyian dan visual sejak anda di dalam perut ibu lagi. Apa sahaja yang
anda dengar dan lihat tetap direkod oleh minda separa sedar anda sejak
anda kecil lagi. Ianya tidak pernah terpadam. Jika umur anda sekarang
25 tahun, bolehkah anda bayangkan betapa besarnya kapasiti filem yang
diperlukan untuk merekod segala maklumat sepanjang tempoh itu ?
11
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kuasa Minda Separa Sedar Seperti


Gergasi Yang Sedang Tidur
Ada gergasi yang sedang tidur di dalam minda anda sekarang!

Pernahkah anda melihat wajah seseorang dan tiba-tiba terfikir dan


berkata di dalam hati, “Macam pernah aku tengok wajah orang ni..tapi di
mana ya?”. Keadaan ini berlaku kerana minda separa sedar anda telah
merekod wajah orang tersebut di dalam bank memorinya yang amat luas.
Ini adalah bukti kecil bahawa minda kita merakam sesuatu yang kita
sendiri tidak mahu ingatkan.

Bayangkan semua pengalaman hidup anda sejak bayi, dapat direkodkan


di dalam sebuah CD yang berkapasiti 700 Megabyte yang anda ketahui
sekarang. Selalunya sebuah CD mampu merekod filem hanya kira-kira 1
jam dan andaikan anda berumur 25 tahun sekarang. Nescaya anda akan
memerlukan kira-kira 219,000 keping CD untuk merekod segalanya
kehidupan anda dalam tempoh 25 tahun itu.

Menakjubkan bukan kerana kesemua 219,000 ‘CD” pengalaman


bermaklumat tersebut kini ada di dalam minda anda sekarang! Lebih
menakjubkan terdapat CD kosong yang berjumlah berbillion-billion
keping sedia untuk digunakan di dalam minda anda sekarang ini!

Bagaimana boleh menjadi hingga berbillion-billion ? Kerana jika


diandaikan anda hanya diberi kerja sepanjang hayat anda berimaginasi ,
nescaya, akan tidak kehabisan apa yang ingin anda imaginasikan sampai
bila-bila.. Inilah kekuatan minda anda!

Hati atau kalbu

Kedudukan minda separa sedar dan hati atau kalbu adalah dekat. Kalbu
atau hati batin adalah tali penghubung anda antara minda separa sedar
dengan zat Allah SWT. Saya lebih gemar menggunakan istilah kalbu
kerana takut anda akan terbayangkan hati biologi yang anda lihat seperti
jantung dan paru-paru. Sebagai orang Islam, kita tahu bahawa hati yang
sentiasa berdoa dengan yakin akan mengubah takdir kehidupan
seseorang. Allah sentiasa tahu apa yang tersirat dan niatkan.

Maksud di sini ialah kepercayaan dan keyakinan yang tak terbatas


(infinite). Untuk mendapat pertolongan daripada Allah Maha Bijaksana
(Infinite Intelligence) kita mestilah mempunyai juga kepercayaan dan
keyakinan yang tak terbatas kepadaNya. Itulah hakikatnya apa yang
wajib kita percaya di dalam hati kita.

Syukur kita kepada Allah kerana menganugerahkan akal ini, sehingga


Allah memerintahkan malaikat supaya sujud kepada Nabi Adam. Cuma
Iblis sahaja yang memandang dari lahiriah kerana Nabi Adam dibuat
daripada tanah dan engkar untuk tunduk.

12
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Minda Mempunyai Kekuatan Seperti


Gergasi Tetapi Yang Selalu Digunakan
Hanya Seperti Semut Kecil
Knowledge is limited. Imagination encircles the world."
Albert Einstein

Anda tentu pernah mendengar bahawa manusia hanya


menggunakan hanya 10% daripada keupayaan minda mereka. Ini adalah
tepat sekali. Malahan manusia yang malas berfikir lebih rendah
lagi...mungkin 5% sahaja! Jika anda memikirkan aktiviti berfikir setakat
aktiviti mengira matematik, membuat keputusan, pergi membuat
pekerjaan , bawa kereta dan sebagainya anda mungkin tergolong mereka
yang hanya menggunakan 8% sahaja. Jika anda anggap kemahiran
mengira pantas adalah proses berfikir yang tinggi, nescaya anda mungkin
akan menjadi robot yang mempunyai sebuah kalkulator yang berharga
RM5 di dalam otaknya. Berfikir kerap kali dianggap proses analitikal dan
logikal dan ukuran kecerdasan IQ seseorang. Hakikatnya minda
mempunyai kekuatan melebihi kegunaan setakat analitikal dan logikal.

Gergasi Yang Sedang Tidur Nyenyak


Semua himpunan memori, imaginasi, intuisi, fantasi, mimpi, perasaan
dan apa jua entiti di dalam minda separa sedar anda adalah himpunan
entiti yang teramat luas. Jika dapat diisi secara fizikal ke dalam sebuah
CD nescaya anda memerlukan berbillion-billion keping CD yang seakan
tidak kehabisan. Semua maklumat yang terlalu banyak ini bagaikan
gergasi besar yang sedang tidur di dalam minda separa sedar anda. Ya,
tidur yang amat nyenyak.

Bagaimana hendak membangunkan si gergasi ini ?


Jika anda dapat bangunkan si gergasi ini dan menyuruhnya bekerja
untuk mencapai sebarang matlamat anda, nescaya tugas anda menjadi
sangat mudah. Jika tujuan anda hendak jadi kaya raya melalui apa
sahaja perniagaan, inilah rahsia falsafahnya.

Biarkan saya berikan jawapan secara ringkas di dalam perenggan di


bawah dan kemudian anda boleh membaca mukasurat selanjutnya akan
penjelasan perenggan ringkas ini.

Kunci pertama anda berniat dan tanamkan sifat percaya dan yakin tanpa
batasan di dalam minda anda. Visualkan realiti kejayaan anda di dalam
kotak minda anda akan kejayaan yang telah berlaku pada masa hadapan.
Siramkan ia dengan emosi kejayaan dan suburkan ia dengan perasaan
bersyukur. Jika anda lakukan ini, tubuh badan anda akan mengalami
satu semangat luarbiasa. Kemudian lakukan apa yang patut anda
lakukan dengan minda dan semangat begini, nescaya perlakuan anda
tersebut akan menjadi sebab-sebab yang ditakdirkan untuk mencapai
realiti yang anda inginkan.

13
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kebangkitan Gergasi Anda


Kunci pertama untuk bermula menjadi kaya pada suatu masa
hadapan mudah sahaja. Anda mesti percaya dan yakin tanpa batasan
anda boleh melakukannya dan mendapatkannya. Jangan buat apa-apa
dahulu. Lupakan apa sahaja komen atau kritikan orang sekeliling anda.
Tangguhkan dahulu samada anda perlu masuk MLM, skim cepat kaya,
Pak Man Telo dan sebagainya. Percaya, Yakin, Percaya , Yakin, Percaya....

Gergasi di dalam minda akan bangun jika kepercayaan tersebut ditanam,


disemai dan disuburkan di dalam minda anda dan kebangkitannya akan
dapat dikesan melalui tubuh badan anda yang kemudiannya dikenali
dengan semangat. Gergasi ini ialah semua imaginasi, perasaan,
maklumat, kenangan , fakta, fantasi, visualisasi, pengetahuan, emosi dan
apa pun bentuk entiti di dalam minda separa sedar anda. Apabila semua
entiti ini bangun dan bersatu, keajaiban akan berlaku.

Anda akan mendapat ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, idea


mencurah daripada segala penjuru, pancaindera anda melihat semua
petunjuk ke arah kejayaan dan semangat zahir dan batin yang luarbiasa.
Anda boleh baca seberapa banyak buku motivasi atau pergi seberapa
banyak kursus untuk mengetahui teknik peningkatan diri. Kunci
akhirnya ialah ...

Anda mesti percaya dan yakin tanpa batasan anda boleh


melakukannya. Anda pasti berkata , “OK, saya yakin sekarang... apa
yang perlu saya buat?” Anda pasti ? Mari cuba sedikit ujian ‘kecil’ :

Uji Tahap Kepercayaan Dan Keyakinan Anda


Mudah sahaja anda membuka mulut mengatakan bahawa anda
mempunyai kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang tulin.
Adakah kalbu dan minda separa sedar juga sedemikian ? Di dalam
konteks buku ini, mari kita uji tahap kepercayaan dan keyakinan anda
untuk menjayakan projek anda. Sila jawab dengan soal semak di bawah..

1. Apa kata jika rakan anda sendiri mencemuh idea perniagaan anda ?
2. Apa kata ibubapa anda sendiri yang tidak bersetuju dengan idea anda ?
3. Apa kata anda dikehendaki melabur sedikit untuk mula berniaga ?
4. Adakah anda menunggu satu masa yang sesuai entah bila ?
5. Apa kata seluruh dunia mengatakan idea anda gila sanggup anda
lakukannya?

Marconi hampir diseret oleh rakannya sendiri ke hospital sakit jiwa


kerana cuba membuktikan bahawa penghantaran bunyi boleh bergerak
tanpa wayar. Kepercayaan dan keyakinan telah membenarkan keajaiban
berlaku di mana teori beliau menjadi benar akhirnya dengan penemuan
gelombang radio. Anda bagaimana ? Tergugatkah semangat anda apabila
diperkecilkan oleh suara rakan anda yang berjiwa kecil itu ? Ingat
kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan, tidak boleh hadir dibibir atau
di minda sedar sahaja, ianya mestilah tertanam di dalam minda separa
sedar dan bergetar di dalam hati anda.
14
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Kaitan Dunia Material,


Realiti dan Minda ?
Mungkin suara kecil anda berkata walau apa pun, yang difikirkan
di minda, masalahnya ialah, realiti di dunia luar sana tetap menguasai
anda. Realiti kehidupan tidak semudah yang wujud di dalam minda anda
yang positif tersebut. Anda berpendapat bahawa minda ada di dalam otak
anda, realiti ada di luar, ianya adalah dua perkara yang berbeza. Adakah
anda benar-benar pasti?

Pendekata , anda berpendapat, realiti kehidupan sekarang tidak


semudah yang difikirkan di dalam minda anda. Lihatlah dunia realiti
sekarang, ianya sangat susah…masalah demi masalah berlaku di sana
sini. Benarkah realiti begitu ?

Anda semakin keliru, kerana kelihatan seakan-akan realiti kehidupan


tidak membenarkan kejayaan anda. Kelihatan usaha-usaha anda gagal.
Realiti kehidupan seakan-akan berlawanan dengan kehendak anda. Bagi
anda dunia realiti adalah dunia material yang tiada kaitan dengan minda.
Minda hanya di dalam otak, materiallah yang menguasai segalanya.
Mindalah terpaksa mengikut pergerakan material-material yang anda
realisasikan di dalam otak anda. Adakah anda berfikiran begitu ?

Apakah realiti sebenarnya ? Adakah ianya material , objek-objek ,


peristiwa, kejadian sebab akibat ? Adakah ianya sesuatu yang boleh anda
kecapi melalui lima pancaindera anda ?

Oleh kerana anda berpendapat bahawa dunia material bergantung dan


boleh dikesan oleh lima pancaindera anda yang seterusnya ditafsirkan
oleh minda anda sebagai realiti kehidupan anda, maka kunci utama
untuk mengetahui apakah sebenar-benarnya dunia material ini ialah
melihat kejadian material itu sendiri. Apakah dunia material anda
sebenarnya ? Apakah material sebenarnya ?

Apakah unsur yang binaan asas yang menjadi akar kepada semua
bentuk kejadian material di dunia anda ? Apakah sebenar-benarnya
unsur material di dalam tubuh anda, kereta impian anda, udara yang
anda hirup , air yang anda minum , cahaya yang anda lihat ? Mungkin
anda tahu jawapannya, atau mungkin tidak. Untuk mendapat
jawapannya yang paling tepat , kita berpatah kepada bidang sains dan
matematik yang bergerak atas landasan ujikaji dan pembuktian.

Di dalam mukasurat selanjutnya anda akan mengetahui beberapa fakta


sains yang akan mengejutkan diri anda. Fakta-fakta sains ‘disimpan rapi’
dan jarang dibincangkan di media perdana, kerana memahaminya adalah
sukar diterima oleh minda rasional. Fakta-fakta sains ini bukanlah baru
kerana ianya telah dikaji sejak 100 tahun dahulu oleh bukan-bukan
calang-calang saintis iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah saintis
tersohor dunia abad ke 20 sendiri iaitu Albert Einstein. Turut sama
mengkaji bidang sains ini ialah Lord Rutherford, Niels Bohr dan Werner
Heisenberg. Bidang kajian sains yang dikaji ini dikenali sebagai bidang
sains fizik kuantum.

15
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Realiti Dunia Material bermula


dari dalam Minda Anda
Sains membuktikan bahawa material tidak wujud dan realiti adalah illusi minda,
tubuh anda dan alam maya hanyalah 99.9999% ruang kosong!!

Setelah membaca buku “The Shaky Game: Einstein, Reality, and


the Quantum Theory” oleh Professor Arthur Fine, PhD (Chicago: University
of Chicago Press, 1986) saya menemui beberapa fakta sains yang agak
mengkagumkan tetapi jarang sekali diketahui oleh masyarakat kita.

Bermula awal kurun ke-20, lahirlah bidang fizik kuantum, yang khusus
mengkaji akan sifat-sifat unsur terkecil dunia material iaitu atom. Pada
tahun 1911, Lord Rutherford daripada University Cambridge telah
membuktikan kewujudan sub-atom yang dikenali sebagai elektron.
Namun penemuan elektron yang wujud di dalam atom merumuskan
fakta yang menakjubkan, dan sekaligus menafikan kewujudan dunia
material yang anda anggap benar-benar material ini. Akhirnya tubuh
anda dan semua benda yang wujud di alam maya ini hanyalah elektron.
Elektronlah yang memberi bentuk bulat atom apabila ‘butiran’ ini
mengelilingi neutron selaju cahaya.

Contoh sebutir Pada peringkat lebih mendalam sub- 99.9999% Binaan Atom adalah Ruang Kosong!
atom karbon atom, elektron sentiasa mengorbit
umpama mengelilingi proton dan neutron.
bola yang Putarannya yang sangat laju ini Lihat tubuh anda, ia hanyalah himpunan
berisi angin membentuk dinding atom tersebut bertrilion-trillion atom yang membentuk sel, darah,
dengan 99.9999% ruang kosong di daging dan akhirnya tubuh anda. Bentuk bulat
tengahnya atom itu sebenarnya adalah dinding yang dibentuk
oleh putaran elektron disekelilingnya. Kandungan
elektron dan nukleas hanya 0.0001% daripada
kandungan atom dan 99.9999% atom adalah
ruang kosong!!! Tubuh yang anda lihat sekarang
adalah 99.99999% ruang kosong ! Pelik bukan?

Pembuktian sifat atom adalah 99.9999% ruang kosong adalah satu fakta
sains yang pelik, tetapi yang lebih pelik ialah sifat elektron yang
mempunyai dua sifat iaitu samda ianya benda ataupun gelombang
mengikut pemerhatian fikiran orang yang menjalankan ujikaji tersebut.
Tetapi elektron itu sendiri amatlah kecil dan bukannya ‘benda’. Ia adalah
hanya gelombang tenaga yang boleh bertukar menjadi sifat ‘benda’ jika
seseorang saintis fikirkan ia begitu.

Albert Einstein, saintis tersohor abad ke-20 dengan formula E=MC²,


sendiri gagal menjawab soalan ini dan ‘bertelagah’ dengan para saintis
lain tentang sifat dua hala elektron ini. Antara yang terlibat ialah Niels
Bohr dan Werner Heisenberg. Bohr sendiri adalah ‘bapa’ kepada sains
fizik kuantum dan menyerah kepada satu interpratasi yang dikenali
sebagai “Copenhagen Interpretation” di mana dwi-sifat elektron ini
diterima pakai kerana pada peringkat terhalus ‘benda’ ianya menyamai
lintasan fikiran manusia itu sendiri. Oleh itu adalah selamat jika
dikatakan bahawa elektron boleh dikonsepkan mengikut apa sahaja yang
difikirkan oleh saintis yang mengkajinya itu.

16
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Albert Einstein hingga akhir hayatnya tidak dapat mencari jawapan


kepada persoalan ini. Einstein mahukan satu jawapan yang mutlak iaitu
mahukan elektron dikenali sebagai sesuatu ‘benda’ bukannya boleh
diubah-ubah mengikut persepsi saintis atau orang yang mengkajinya.
Werner Heisenberg seorang lagi saintis genius yang turut terlibat di
dalam interpratasi elektron “Copenhagen Interpretation”, berkata ,

What we observe is not nature itself, but nature exposed


to our method of questioning. - Werner Heisenberg

Apa yang Heisenberg maksudkan ialah , apa yang kita perhatikan


bukannya alam itu sendiri, tetapi alam mendedahkan dirinya kepada
kaedah persoalan kita.

Dwi Sifat Elektron Yang Memeningkan Saintis

Para saintis menjalankan kajian ke atas butiran elektron daripada


cahaya dan mendapati elektron menampilkan dua sifat iaitu gelombang
dan partikel (benda). Apakah perbezaan kedua perkara ini, gelombang
dan benda?

Benda atau partikel adalah objek. Ianya adalah material seperti sebiji
bola ataupun diri anda sendiri. Sebuah objek sentiasa mempunyai
kedudukan yang tetap pada satu-satu masa. Jika anda berada di Perlis,
anda tidak boleh berada di Melaka pula pada suatu masa yang sama.

Manakala, gelombang bukanlah benda. Gelombang adalah fenomena


atau peristiwa. Contoh paling mudah adalah gelombang air di laut. jika
anda menjatuhkan seketul batu ke dalam air , anda akan melihat
gelombang yang tersebar dengan sekata ke merata kolam tersebut. Ini
bermakna gelombang boleh wujud serentak pada banyak tempat pada
satu masa.

Namun pelik tetapi benar, sifat elektron adalah sedemikian sejak kajian
ujikaji demi ujikaji di makmal dijalankan oleh para saintis dimulakan ke
atasnya hampir 100 tahun yang lepas hingga sekarang.

Tidakkah anda pelik asas binaan tubuh anda sendiri boleh berada di
Perlis dan Melaka pada suatu masa yang sama?

Kepelikan sifat elektron ini, memang sukar diterima oleh para saintis,
namun ilmu sains yang berpegang teguh kepada kajian dan kiraan
matematik terpaksa menerimanya kerana itulah yang dibuktikan di
dalam kajian dan eksperimen.

Niels Bohr akhirnya membuat rumusan bahawa sifat elektron bergantung


kepada persediaan asparatus yang disediakan oleh saintis yang membuat
kajian tersebut. Dengan lain perkataan sifat elektron bergantung kepada
lintasan niat saintis yang mengkajinya.

17
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Elektron Wujud Hanya Sebagai Entiti

Gambaran elektron mengorbit nukleas, adalah konsep fikiran rasional


manusia agar ianya ‘dilihat’ dan difahami sebagai sesuatu objek material
manusia. Hakikatnya tiada manusia yang pernah melihat dengan mata
kasar akan elektron mengorbit nukleas. Saintis tahu kewujudan dan sifat
elektron tersebut melalui ujikaji makmal, namun konsep visual elektron
mengorbit nukleas sebenarnya lahir dari idea orbit planet mengelilingi
mahari. Konsep orbit ini diutarakan oleh Niels Bohr dan diterimapakai
oleh kita hingga kini hari ini.

Walaupun Werner Heisenberg adalah saintis yang turut terlibat bersama


Niels Bohr di dalam interpratasi elektron “Copenhagen Interpretation”,
beliau sebenarnya tidak menggemari dengan konsep manusia
menggambarkan kewujudan orbit elektron tersebut. Bagi Heisenberg,
elektron wujud hanya sebagai entiti tenaga yang mempunyai sifat
99.99999% ruang kosong, bersifat gelombang atau benda. Namun
manusia tidak boleh menggambarkan ia melalui visual fizikal.

Seterusnya bagi Heisenberg, kewujudan partikel subatomik elektron


tersebut hanya terjadi apabila seseorang saintis membuat pemerhatian
ke atasnya. Jika tiada seorang yang membuat pemerhatian tersebut
elektron tersebut langsung tidak wujud!

Di dalam buku tulisannya bertajuk “Der Teil Das Ganze”, Heisenberg


seorang warga Jerman, menceritakan dialog beliau dengan Einstein ,

Heisenberg :”One cannot observe the electron orbits inside the atom [….] but
since it is reasonble to consider only those quantities in theory that can be
measured, it seemed natural to me to introduce them only as entities , as
representatives of electron orbits , so to speak.”

Einstein : “But you don’t seriously believe that only observable quantities should
be considered in a physical theory?

Heisenberg : “I thought this was the very idea that your relativity theory is based
on?” Heisenberg asked in surprised.

Einstein : “Perhaps I used this kind of reasoning,” replied Eisntein , “but it is


nonsense nevertheless […] . In reality the opposite is true, only the theory decides
what can be observed.”

Bagi Heisenberg cukup bagi kita tahu kewujudan elektron sebagai satu
entiti dengan sifat-sifatnya dan tidak boleh menggambarkannya sebagai
satu benda material. Kerana apabila kita menggambarkan ia sebagai
material, maka ianya semakin pelik kerana material tidak boleh
mempunyai dwi sifat seperti elektron. Einstein cuba menyanggah
pendapat Heisenberg , dengan berpendapat bahawa sebarang teori fizik
mestilah dibuktikan dengan eksperimen. Heisenberg menjawab bahawa
hasil eksperimen tidak membawa makna jika hasil eksperimen itu sendiri
dipengaruhi oleh fikiran manusia itu sendiri. Seterusnya beliau
membalas dengan mengatakan bahawa teori relativiti Einstein yang
popular sendiri belum dibuktikan melalui eksperimen dan ditunjukkan
hanya melalui kiraan matematik. Einstein akhirnya akur beliau
menggunakan cara pemikiran yang sama di dalam teorinya.

18
Jutawan Yang Belum Anda Kenali
Di dalam teori relativiti Einstein yang popular, masa dan ruang kehidupan seseorang
adalah relatif. Ini bermakna setiap orang mempunyai ruang masa tersendiri bergantung
kepada di mana kedudukan beliau. Contohnya, mengikut teori ini , seseorang yang berada
di dalam sebuah kapal angkasa yang selaju menghampiri cahaya , masa yang beliau alami
akan menjadi amat lambat berbanding dengan mereka yang duduk di bumi. Jika mereka
pergi ke sebuah planet yang jauh berjuta-juta batu, dan kembali ke bumi setahun
kemudian, anak beliau akan berusia sama dengan beliau. Ringkasnya, individu tersebut
mempunyai ‘alam’ tersendiri dengan pergerakan masa yang tersendiri.

Inilah realiti sebenarnya, anda dan saya mempunyai ruang masa yang
berbeza. Satu jam untuk anda adalah berbeza dengan saya. Walaupun
waktu jam anda dan waktu jam saya adalah sama, jauh di dalam minda
diri anda dan saya mempunyai persepsi masa yang tersendiri (relatif).
Contohnya, seorang banduan yang sedang hendak menunggu hukuman
mati merasa masa sangat cepat berjalan berbanding dengan seorang
banduan yang ingin di bebaskan keesokkan harinya.

Sifat Elektron Menjadi Semakin Misteri

Pada tahun 1982, satu ekperimen telah dijalankan di Universiti Paris oleh
seorang saintis fizik kuantum, Alain Aspect menemui satu lagi sifat
elektron yang menakjubkan. Eksperimen tersebut membuktikan bahawa
setiap elektron-elektron di dalam alam maya adalah bersatu dan saling
berhubungan di antara satu sama lain tidak kira ianya berada berjuta-
juta batu jauhnya.

Hasil eksperimen ini menjadi tajuk utama di dalam jurnal-jurnal sains di


seluruh dunia. (Anda mungkin tidak dengar kisah-kisah kejayaan di
dunia sains kerana dunia mereka ini tidak sepopular dunia hiburan).
Alain menggunakan aspartus eksperimen daripada sifat cahaya photon
berpolar yang disalurkan melalui satu kristal calcite. Untuk menerangkan
perincian eskperimen adalah diluar bidang buku ini. Anda boleh
menggunakan internet untuk mencari maklumat lebih lanjut tentang
kejayaan eksperimen beliau.

Berbalik kepada eksperimen yang digelar kini sebagai “The Aspect


Experiment”, apakah maknanya kepada anda ?

Ini bermakna elektron di dalam otak anda boleh berhubung dengan


elektron saya malahan boleh juga berhubung dengan elektron seekor
ikan di dalam lautan. Anda , saya dan alam semesta tercipta pada satu
unsur yang sama pada peringkat sub-atom (elektron). Jesteru itu, anda,
saya dan keseluruhan manusia dan alam saling berhubung kait dan
berhubungan antara satu sama lain tidak kira di mana anda berada pada
peringkat sub atomik.

Anda boleh memahamkan konsep ‘penyatuan’ ini seperti kawah yang


penuh dengan air dan anda adalah sebutir molekul air daripada kawah
tersebut. Segala tindak tanduk anda sekecil manapun memberi kesan
kepada setiap molekul air yang ada di dalam kawah tersebut. Ianya
umpama jika saya meletakkan jari di atas permukaan kawah tersebut,
maka akan wujudlah gelombang yang merata ke seluruh permukaan air
tersebut.

19
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Realiti

Biar saya beritahu anda mengapa anda berada di sini...

Anda berada di sini kerana anda tahu sesuatu.

Apa yang anda tahu anda sukar hendak dijelaskan tetapi anda
dapat rasakannya. Anda dapat rasakan di dalam seluruh hayat
anda selama ini. Terdapat sesuatu yang tidak kena dengan dunia
anda ini. Anda tidak tahu apakah ianya , tapinya ada di situ , ada
di sini , sentiasa bermain di fikiran anda yang kadangkala membuat
anda kegelisahan kerana ingin mencapainya.

Perasaan inilah yang membawa anda membaca buku ini. Anda tahu
apa yang saya katakan ini ?

Ianya Realiti itu sendiri. Anda tahu apakah ia ?

Realiti ada di mana-mana . Ianya berada disekeliling kita.


Hinggakan sekarang di depan perkataan yang anda baca ini, di
dalam bilik ini. Anda boleh lihatnya apabila anda jenguk keluar
tingkap rumah anda, atau semasa anda melihat televisyen. Anda
boleh rasakan apabila anda pergi ke tempat kerja, semasa anda
pergi membayar bil atau semasa anda berjumpa rakan-rakan anda.

Ianya adalah maya yang menyelubungi pancaindera anda daripada


melihat hakikat sebenarnya.

Apakah hakikat sebenarnya ?

Anda adalah tawanan. Seperti semua orang , anda telah ditawan.


Anda ditawan di dalam penjara minda anda yang anda cipta
sendiri.

Malang sekali tiada siapa boleh memberitahu anda apakah Realiti


itu sebenarnya – kerana anda terpaksa melihatnya sendiri ...

Saya cuba membebaskan minda anda yang sedang tertawan ini.


Anda tidak perlu sebarang kunci untuk keluar, apa yang anda perlu
buat hanya melangkah keluar. Pintunya sentiasa terbuka. Tetapi
saya hanya boleh tunjukkan anda jalan ke pintunya. Andalah
sendiri yang terpaksa melangkahnya sendiri ....

20
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Realiti ?
"Reality is merely an illusion, albeit a very persistent one."
Albert Einstein

Apa yang anda lihat melalui pancaindera mata anda semua ini semuanya
adalah imej yang dijana oleh minda anda. Anda memahaminya kerana
imej tersebut wujud hanya di dalam kotak fikiran anda.

Anda tidak percaya ? Saya berikan anda satu ujian ringkas. Lihat
gambarajah mudah di bawah.

Apakah yang anda lihat ? Saya pasti anda melihat sebuah kiub atau
kotak 3-D sekarang. Saya ingin tanyakan anda, adakah anda melihat
kiub tersebut seperti kotak dari atas atau seperti kotak dari sisi ?

Ya, jika anda perhatikan betul-betul , anda boleh melihat kiub 3D


tersebut dalam dua perspektif iaitu samada ianya daripada atas ataupun
daripada pandangan sisi. Kebanyakkan orang yang saya tanya akan
menjawabnya daripada sisi. Ini mungkin kerana kita kerap melihat objek
berbentuk kiub seperti TV, kotak dan sebagainya melalui pandangan sisi.

Namun persoalan sebenarnya ialah, bukankah gambar di atas tersebut


hanyalah cuma garisan-garisan lurus sebanyak dua belas bilah di atas
skrin komputer ? Imej perspektif di dalam minda andalah yang memberi
sifat kedalaman 3D-nya dan seterusnya menggambarkan ianya sebagai
sebuah kiub. Bukankah itu yang sebenarnya.

Tunggu, anda akan terperanjat lagi, sekarang dalam 2 saat , jawab serta
merta, apakah yang objek pertama yang anda bayangkan melalui
pengalaman anda akan imej 3-D yang anda lihat di atas ? Jika anda jujur
menjawabnya dalam masa 2 saat, itulah jawapan daripada yang lahir
daripada minda separa sedar anda... Kotak ? TV ? Dadu ? Kaabah ?

21
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Realiti Wujud Hanya Mengikut


Persepsi Fikiran Manusia
What we observe is not nature itself, but nature exposed
to our method of questioning. - Werner Heisenberg, Physicist, Nobel Prize Winner 1932

Seorang pengkaji sains dan falsafah Islam daripada Turki, Harun Yahya di dalam
bukunya bertajuk “Matter : The Other Name For Illusion”, menulis...

Regardless of whether there is a material world or not, a human


being watches only the world of perceptions in his brain. No one
can ever come across the true original of anything. Furthermore,
it's enough for everyone to perceive the copy. For example,
someone who wanders around a garden with colorful flowers is
not seeing the original, actual garden, but the copy of it in his
brain. But this copy of the garden is so realistic that everyone
receives some pleasure from it, as if the garden were real, when
strictly speaking, it is imaginary.
(Matter: The Other Name for Illusion, p.50)

Inilah yang sememangnya umat Islam percayakan selama ini, dunia ini
hanyalah sementara, akhirat adalah hakiki. Hati-hati jika anda masih
tidak mempercayai fakta ini anda mungkin terikut-ikut dengan fahaman
materialis seperti pelopor ideologi komunis Karl Marx. Dan untuk
menjelaskan sifat sementara ini , saintis kuantum fizik telah pun
membuktikan bahawa material tidak wujud. Yang wujud hanya elektron
yang bersifat gelombang atau bersifat ‘benda’ jika cetusan fikiran saintis
itu fikirkan begitu.

Oleh itu apakah yang dilihat oleh mata saya selama ini ?

Apa yang anda lihat sekarang pada saat ini adalah imej yang dijana di
dalam minda anda. Mari kita lihat apa yang sebenarnya anda lihat
sekarang. Katakan anda melihat sebatang pokok. Cahaya yang terpantul
daripada pokok akan diterima oleh retina mata anda dan seterusnya
ditukarkan kepada isyarat elektrik sebagai signal kepada otak yang
menterjemahkannya sebagai imej pokok. Sebenarnya imej pokok tersebut
boleh juga anda lihat tanpa membuka mata iaitu semasa anda bermimpi.
Semasa anda bermimpi anda tidak tahu samada ianya mimpi selagi anda
tidak sedar. Apa sahaja imej dan peristiwa yang anda lalui di dalam
minda and semasa mimpi adalah seakan-akan benar. Pancaindera mata
anda sebenarnya sedang tertutup rapat tetapi imej-imej di dalam mimpi
anda tetap anda rasakan sebagai benar.

Sebenarnya anda juga boleh melihat tanpa mata, anda juga boleh melihat
dengan bunyi. Pelik ? Teknologi sains sekarang membuktikan gambar
boleh dirakam melalui bunyi. Mesin ‘ultrasound scan’ adalah buktinya.
Saya rasa anda pernah melihat gambar fetus bayi di dalam kandungan
ibunya yang terhasil daripada mesin ultrasound scan. Janganlah anda
kagum kerana ikan lumba-lumba sememangnya mempunyai kebolehan
sonar yang dapat melihat dengan memantulkan bunyi dipersekitarannya.

22
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah yang sebenar-benarnya menjadikan ‘imej’ pokok tersebut


nampak dengan terang dan nyata di dalam otak anda yang hanya
merupakan segumpalan lemak-lemak protein? Sebenarnya ‘benda’ pokok
itu ada di situ kerana imejnya wujud di dalam minda anda sahaja. Tubuh
yang anda fikir ada ini wujud kerana imejnya wujud di minda anda.

Hakikatnya tubuh anda adalah atom yang mempunyai 99.9999% ruang


kosong! Ini samalah ujikaji mudah di mukasurat 17, di mana kiub 3D
yang anda lihat sebenarnya adalah hanya 12 garisan-garisan lurus.
Mengapa minda anda menterjemahkan kiub 3D ? Mengapa minda anda
tidak melihat elektron-elektron yang hanya 99.9999% ruang kosong .
Hakikatnya material tidak wujud di dalam dunia realiti. Anda sukar
menerima hakikat ini? Hati-hati kerana golongan materialis dan pengasas
ideologi komunis iaitu Karl Marx mempercayai bahawa kehidupan hanya
dunia material yang mutlak. Mereka berpendapat dunia material adalah
segala-galanya, dan mereka tidak mempercayai wujudnya Tuhan.

Kelebihan Apabila Mengetahui Material Adalah Illusi

Anda boleh baca dengan terperinci hakikat dunia material ini, di dalam
buku , pendakwah Turki, Harun Yahya bertajuk “Matter : The Other
Name for Illusion” dengan lebih panjang lebar. Hakikatnya dunia material
ini adalah alam maya yang memang maya sebenar-benarnya.

Apa yang paling penting ialah anda tahu bahawa dunia material ini boleh
dipersepsi oleh minda mengikut persoalan anda. Dengan ini, dunia realiti
sebenarnya boleh dikawal oleh minda secara langsung dan ini
memberikan anda satu kelebihan. Namun saya ingatkan kepada anda,
kelebihan minda manusia mengawal realitinya semua ini adalah kerana
kuasa Allah SWT dan disalurkan menerusi hukum alam atau sunatullah.
Manusialah yang mempunyai pilihan untuk mengubah realitinya.

Firman Allah SWT :

Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan (nasib)


sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu merubah keadaan
(nasib) mereka sendiri”. (Ar-Ra’ad:11)

Ingat ! Keadaan atau realiti hanya wujud di fikiran anda. Andalah yang
membuat keputusan dengan yakin bahawa ianya menjawab persoalan
anda. Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang
muncul di dalam realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, maka
kekayaanlah yang akan muncul di dalam realiti anda.

Mari saya sebutkan satu kisah mengenai dua orang adik beradik yatim
yang dibesarkan oleh seorang ayah yang merupakan kaki botol atau
pemabuk. Setelah dua puluh tahun berlalu, abangnya telah menjadi
seorang usahawan yang berjaya , manakala adiknya bukan sahaja
mengikut jejak ayahnya menjadi pemabuk tetapi penagih dadah pula.
Apabila ditanya bagaimana perkara ini berlaku kepada mereka , kedua-
duanya menjawab jawapan yang sama , “Saya menjadi begini adalah
kerana bapa saya seorang pemabuk.”

23
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Realiti Anda Bermula Dari Apa Yang


Anda Fikirkan Di dalam Minda Anda
“The truth is, you live in a mind over matter world,
if you don’t mind, it doesn’t matter!” - Anon

Seorang peserta kursus bertanya kepada saya, “Saya selalu


fikirkan duit, tetapi akhirnya dalam poket ada RM5 ajer hujung
bulan...camner tu?” Saya menjawab,”Itu adalah kerana awak selalu
fikirkan tiada duit !”

Jika anda asyik berfikir kemiskinan maka kemiskinanlah yang muncul di


dalam realiti anda, jika anda berfikir kekayaan, maka kekayaanlah yang
akan muncul di dalam realiti anda.

Kunci pertama , anda mestilah sentiasa percaya dan yakin bahawa imej
kekayaan anda tersebut sentiasa wujud di minda anda dan telah
mendapatnya pada suatu masa depan. Tanamkan emosi bersama-sama
imej yang anda visualkan di kotak fikiran anda agar jiwa anda mendapat
satu semangat. Semangat inilah yang menjadi kunci kepada kuasa untuk
anda mengesan petunjuk-petunjuk yang akan anda nampak melalui
pancaindera anda di dunia realiti anda. Langkah kedua ialah anda
mencari petunjuk-petunjuk agar material yang kini tersimpan di dalam
kotak fikiran anda dapat dikeluarkan dan wujud dan seterusnya menjadi
milik anda. Secara saintifiknya , semangat kepercayaan dan keyakinan
ini , akan mengeluarkan elektron yang mempunyai kuasa tarikan kepada
tenaga yang sama dengannya di dalam alam maya ini.

Semangat adalah satu perasaan yang kuat, sebagai contoh, semangat


cintakan Allah akan membuat seseorang itu sanggup mati syahid, dan
ganjarannya juga adalah tinggi. Namun membicarakan bab tersebut
memerlukan forum lain yang khusus.

Mari saya ambil satu lagi contoh paling mudah iaitu semangat cintakan
kekasih. Semasa bercinta , jika anda seorang lelaki, anda mungkin
terbayang-bayangkan imej gadis idaman anda setiap hari. Minda anda
terlalu asyik hinggakan tidur tidak lena ataupun tidur sampai termimpi-
mimpi gadis tersebut, perut pun anda tidak rasa lapar. Dan yang paling
pelik, mata anda sentiasa kaitkan sesuatu yang anda lihat di sekitar
anda dikaitkan dengan kekasih anda. Walaupun melihat bumbung bas
berwarna biru, anda teringatkan bumbung rumah kekasih anda.
Terpandang sahaja huruf yang berpangkal ‘M’ anda teringatkan nama
kekasih anda bernama Maria. Lebih pelik ialah masa berjalan agak
pantas semasa berdua dengannya, tetapi menjadi terlalu lama semasa
menunggu panggilan telefonnya. Peredaran waktu dunia realiti anda
tidak relevan lagi. Jika anda sedang berdua, hatta semut api menggigit
anda pun badan anda rasa kebal. Inilah kekuatan sesuatu semangat!!

Adakah anda mempunyai semangat sedemikian ? Bolehkah pancaindera


mengesan petunjuk-petunjuk ke arah matlamat anda ? Adakah anda
merasa diri anda bebas dari gigitan kegagalan ? Adakah mimpi anda
mendapat ilham?

24
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Visualkan Realiti Kekayaan Telah


Berlaku Di Minda Anda
"Anything the mind of man can conceive and believe , it can achieve"

Bahasa utama di dalam dunia minda separa sedar adalah imej


visual. Samada anda bermimpi anda akan melihat imej, anda berfantasi
anda melihat imej dan anda menonton TV anda melihat imej, hatta anda
mendengar suara di radio juga akhirnya akan anda terjemahkan ke
dalam minda anda menjadi imej yang anda sendiri faham. Katakan anda
mendengar drama radio, apabila anda ikutinya, tanpa anda sedari, anda
bukannya setakat mendengar, anda sebenarnya ‘melihat’ drama tersebut
di dalam minda separa sedar anda, tanpa anda sedari. Sepanjang anda
mendengar drama tersebut sebenarnya anda mencipta imej-imej pelakon
dan situasi di mana pelakon tersebut berada, berdasarkan suara atau
bunyian daripada corong radio tersebut. Anda tidak sedar ‘ciptaan imej’
ini berlaku langsung. Apa yang penting ditekankan di sini ialah di dalam
minda separa sedar, bahasa utama yang difahami ialah imej visual.

Realiti yang anda lihat diluar sana sebenarnya bermula daripada


dalam minda anda. Apa yang anda lihat dan rasai di dunia material,
memerlukan minda untuk mentafsirkan. Jika anda melihat rumah besar,
hakikatnya adalah himpunan-himpunan elektron yang ditafsirkan
sebagai imej ‘rumah’ oleh signal elektron oleh sel-sel neuron itu sendiri.
Oleh itu, adalah penting anda mempelajari menghayati imej-imej mental
di dalam minda anda, agar realiti yang wujud di dalam minda separa
sedar tersebut dapat direalisasikan ke dunia material ini.

Setelah anda yakin tanpa batasan bahawa anda boleh berjaya dan kaya,
langkah seterusnya adalah mudah iaitu anda visualkan di dalam minda
anda keadaan anda semasa anda menjadi kaya.

Jika anda minatkan kereta BMW, bayangkan anda telah


mendapatkannya dan sedang memandunya. Jika anda mahukan rumah
yang besar , imiginasikan anda sedang duduk di dalamnya. Malahan jika
anda belum beristeri anda juga boleh imiginasikan anda telah beristeri
yang cantik duduk bahagia di sebelah anda.

Ok, ini penting.....sekarang, setelah anda mempunyai imej-imej material


tersebut. Masukkan pula elemen-elemen emosi di dalam imej-imej
tersebut. Bayangkan anda sedang bergembira, merasa bahagia, ketawa
ria, sedang bersedekah, ramai orang sukakan anda . Ini bukan angan-
angan. Tanamkan sekarang imej-imej tersebut dengan mendalam
sekarang. Ingat , minda separa sedar anda tidak tahu mana satu imej
yang benar atau palsu, cuma minda sedar anda yang rasional sahaja
akan cuba melawan dan berkata ini adalah angan-angan dan palsu.
Pedulikan benar atau palsu. Anda hanya tanamkannya sahaja. Anda
tanamkan ia sehingga ia benar-benar menjadi satu kepercayaan di dalam
minda bawah sedar anda. Kepercayaan inilah yang akan menjadi satu
realiti kebenaran kepada anda masa depan.

Satu-satunya ‘tukang tilik’ yang boleh anda percaya ialah diri anda
sendiri, kuasanya adalah akal yang dianugerahkan daripada Allah.
25
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Visualisasi : Teknik Berfikir Untuk


Menyemai Minda Separa Sedar
Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah
jelas sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis
Rasulullah SAW ;

“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat yang tidak
khusyuk selama tujuh puluh tahun”.

Salah satu kebolehan minda berfikir ialah membuat imej visual di dalam
kotak fikirannya. Kunci kepada anda untuk sentiasa bersemangat dan
yakin realiti yang ingin anda capai akan tercapai sebagaimana yang anda
kehendaki ialah menanamkan imej visual kejayaan anda pada masa
hadapan di dalam minda separa sedar anda. Persamaan peristiwa lepas
dengan peristiwa yang akan datang ialah kedua-dua peristiwa tersebut
boleh dibayangkan secara visual di dalam minda anda sekarang, dan
minda separa sedar anda sebenarnya tidak tahu yang mana satu pernah
terjadi dan yang mana satu belum pernah terjadi.

Jika sesuatu kejayaan yang belum mempunyai sebab (cause) untuk


berlaku tetapi anda tanam dan semaikan setiap hari dengan penuh
perasaan dan keyakinan, minda separa sedar anda akan terangsang dan
secara automatik berusaha untuk meneroka dan mencari ke dalam
lembah takungannya yang luas dengan segala pengalaman, fantasi,
imaginasi anda untuk dikaitkan dengan persoalan anda. Jawapannya
akan anda temui di dunia realiti anda sebagai petunjuk untuk anda
laksanakan dan seterusnya menjadi akibat kepada realiti yang anda
kehendaki tersebut. Tanamkan perasaan bersyukur semasa visualisasi
anda, akan membuatkan hati/kalbu anda timbul satu semangat
luarbiasa. Hatilah atau kalbu yang menjadi tali penghubung kepada
Allah SWT, kerana Allah sentiasa mengetahui ketulusan permintaan yang
dikehendaki oleh manusia di dalam hati. Anda pada bila-bila masa waktu
yang tenang (selepas solat) membuat visualisasi seperti berikut :

1. Visualkan di dalam Minda anda kejayaan masa lepas dan masa


sekarang dan kemudian bersyukur. Tutup mata anda. Cuba anda
imbas kembali kenangkan sedalam-dalamnya satu kejadian di mana
anda pernah menerima sesuatu ganjaran atau peristiwa yang amat
gembira di dalam kehidupan anda. Anda mungkin boleh bayangkan saat
anda mendapat anak yang comel yang tanpa cacat celanya atau anda
pernah terselamat daripada kemalangan ataupun anda mendapat
ganjaran kerana kerja cemerlang anda. Semua perkara-perkara baik ini
adalah hadir kerana izin Allah SWT.

2. Hayati visual tersebut sedalam-dalamnya. Tanam segala perasaan


suka, kegembiraan dan kepuasan sehinggakan apa yang anda visualkan
mengujudkan satu semangat di dalam jiwa anda . Dan biarkan imej
kenangan tersebut bermain di fikiran anda selama beberapa saat. Apa
yang anda rasa ialah satu perasaan atau semangat masa lepas itu ?
Adakah anda dapat menyelami kembali saat tersebut?

26
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Firman Allah SWT,


Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu. Dan
bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kalian mengingkari nikmat-Ku.
Hai orang-orang yang beriman, jadikankah sholat sebagai penolongmu,
sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
(al-Baqarah: 152-153)

Tafakur dengan sedalam-dalamnya saat tersebut. (ada orang yang


menitiskan air mata kerana perasaan bersyukurnya terlalu tinggi kepada
rahmat Allah. Bolehkah anda lakukan sedemikian?) Saya pasti anda
merasa lega di dalam jiwa anda bukan ? dan bukan itu sahaja ucapan
Alhamdullilah anda lebih bermakna kerana ianya benar-benar menusuk
ke kalbu anda. Inilah kunci untuk mendapat keyakinan diri dan
kepercayaan anda. Anda tidak boleh setakat menyebut kesyukuran anda
dilidah sahaja tanpa perasaan bersyukur tersebut wujud di dalam kalbu
anda. Kerana hati atau kalbu adalah tali penghubung anda dengan
Kuasa Infiniti yang Maha Berkuasa , iaitu Allah SWT.

3. Sekarang visualkan kejayaan anda pada masa hadapan yang anda


inginkan telah berlaku. Dan bersyukur kerana kejayaan masa
hadapan tersebut. Bunyinya agak aneh, tetapi ingat anda mempunyai
kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang disandarkan kepada
Allah. Oleh itu semua peristiwa pada masa hadapan telahpun diketahui
oleh Allah, anda perlu bersyukur segala peristiwa yang bakal anda terima
kerana saat anda berdoa dan percaya kepada Allah, Allah sudah janji
bahawa doa anda akan dimakbulkan. Hanya masa sahaja yang
menentukan. Kepastiannya akan tiba, dan mengapa anda tidak perlu
bersyukur ke atas janji Allah yang tidak pernah mungkir itu ?

Allah Maha Pencipta tidak tertakluk kepada masa malahan masa adalah
ciptaanNya. Tidak wujud ‘peristiwa akan datang’ di dalam pengetahuan
Allah SWT. Konsep masa hanya wujud di dalam kehidupan manusia .
Jika Allah tertakluk kepada masa akan datang bermakna Allah juga
seperti makhluk lain. Kepercayaan dan keyakinan anda diukur ke atas
tahap kesabaran anda melalui ujian yang akan diberi bukannya masa.
Ini kerana sabar adalah separuh daripada iman itu sendiri.

4. Akhir sekali, visualkan kejayaan orang lain yang menerima nikmat


Allah dan bersyukur kepada Allah SWT ke atas nikmat tersebut. Inilah
yang agak sukar dilakukan bagi orang yang mempunyai hati iri hati dan
dengki ke atas kejayaan orang lain. Jika anda benar-benar dapat
menghayati kesyukuran ke atas nikmat Allah SWT yang diterima oleh
orang lain bermakna, hati anda benar-benar tulus di dalam segala
kesyukuran anda kepada Allah SWT. Kesannya adalah luarbiasa, kerana
anda akan merasai satu semangat baru menyelinap serta merta di dalam
sanubari anda.

5. Lakukan teknik visualisasi ini setiap hari dengan kerap semasa


minda anda sedang relaks. Tujuannya agar imej mental yang anda
visualkan tersebut tertanam dan kemudian subur bersama-sama dengan
semua entiti di dalam minda separa sedar anda. Imej kejayaan dengan
penuh perasaan semangat bersyukur ini akan merangsang dan
membuahkan lain-lain entiti yang tidak pernah anda sedari selama ini.

27
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bersyukur : Baja Penyubur dan


Pengikat Rezeki Anda
Firman Allah SWT,
“Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika
kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat)
kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” (Q.s. Ibrahim: 7)

Salah satu rahsia murah rezeki dan cepat kaya yang paling asas ialah
mempunyai perasaan bersyukur. Anda mestilah sentiasa bersyukur
dalam 3 perkara iaitu secara lisan, di dalam hati dan ketika sedang
melaksanakan sebarang perbuatan yang sedang anda buat untuk
menuju ke matlamat anda tersebut. Anda jangan teringatkan Allah hanya
apabila anda berada di dalam kesusahan. Inilah kesilapan manusia.
Mereka hanya teringatkan Allah apabila susah, tetapi lupa ketika senang.

• Langkah pertama kunci supaya anda mempunyai ‘sentuhan emas’


ialah anda sentiasa bersyukur ke atas segala nikmat Allah yang telah
dan sedang anda alami selama ini. Secara amnya anda bersyukur
kerana masih mampu menghirup udara milik Allah SWT untuk terus
hidup hari ini dan secara khususnya anda bersyukur setiap kejadian
khusus yang telah berlaku ke atas diri anda.

Perasaan bersyukur anda hendaklah dilipat gandakan apabila anda


mengesan sesuatu peristiwa (walaupun sangat kecil) yang membawa
ke arah kejayaan anda. Sebagai contoh, katakan anda berminat
hendak memulakan sesuatu idea perniagaan, entah tiba-tiba semasa
membaca akhbar anda terpandangkan artikel yang berkaitan dengan
idea perniagaan anda. Ianya nampak ‘kebetulan’ dan perkara kecil.
Namun sebenarnya ‘kebetulan’ yang anda alami tersebut disebabkan
oleh pancaindera mata anda yang telah dirangsang oleh minda separa
sedar anda yang sedang aktif. Salurkan kesyukuran anda terus
kepada sumber tenaga infiniti itu sendiri iaitu zat Allah SWT, nescaya
‘kebetulan-kebetulan’ anda tersebut akan lebih banyak anda temui.

• Langkah kedua ialah anda juga harus bersyukur ke atas kejayaan


orang lain. Ini adalah kerana kejayaan orang lain adalah atas izin
Allah jua. Inilah kunci yang membersihkan jiwa rohani anda daripada
sifat dengki. Jangan sesekali wujud perasaan iri hati atas nikmat yang
diturunkan oleh Allah SWT kepada orang lain

Secara saintifiknya jika anda menerapkan perasaan bersyukur di dalam


diri sendiri dan juga bersyukur ke atas orang lain, tubuh anda akan
berasa bersemangat dan boleh dikesan gelombang ‘aura’nya. Secara sub-
atomik perasaan bersemangat ini mengeluarkan ‘tenaga’ elektron yang
berhubung dan bergabung dengan semua kejayaan orang lain yang
serupa dengan tenaga anda tidak kira di mana mereka berada. Elektron
adalah bentuk tenaga yang boleh berhubung dan bergabung dengan
tenaga yang serupa dengannya. Gabungan elektron ini meliputi
pemikiran mereka, idea mereka, inspirasi mereka dan keyakinan mereka
yang sama dengan anda. Semangat yang wujud di dalam jiwa ini akan
memberi kesan fizikal kepada dunia realiti anda kelak.

28
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Semangat : Kebangkitan Gergasi


Di dalam Jasad Anda
Gergasi di dalam minda separa sedar akan bangkit jika semua
entiti di dalamnya seperti imaginasi, perasaan, maklumat, kenangan ,
fakta, fantasi, visualisasi, pengetahuan, emosi dan apa pun bentuk entiti
di dalam minda separa sedar anda dirangsangkan dan menjurus kepada
objektif kejayaan anda. Kebangkitan gergasi ini akan tercermin di dalam
jasad anda sebagai semangat.

Pernahkah anda bersemangat ? Bersemangatkah anda pada hari pertama


anda bekerja? Atau pernahkah anda lihat atlis sukan bersemangat
sehingga menitiskan air mata ketika menyanyi lagu Negaraku ?

Orang yang bersemangat tulin, dapat dikesan ‘aura’nya. Elektron-


elektron orang yang bersemangat bergetar dan menghantar gelombang ke
segenap alam. Pancaindera seperti mata atau telinga orang yang
bersemangat sensitif kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
matlamatnya kerana minda separa sedarnya telah terangsang
berterusan. Gergasi anda telah bangkit!

Masalah tiba? Sepantas kilat beliau mendapat idea entah dari mana,
mengelakkannya, hinggakan beliau tidak sedar langsung ianya satu
masalah, kerana tindakan beliau adalah automatis. Keputusan sukar ?
Tiada sukarnya jika terdapat beratus ribu billion maklumat imaginasi,
idea, fakta dan inspirasi yang terangsang di dalam minda separa sedar
bersatu membantu beliau membuat keputusan.

Semangat akan melahirkan ilham sentiasa, kegagalan tidak wujud, idea


mencurah daripada segala penjuru, pancaindera anda sangat peka dan
melihat semua petunjuk ke arah kejayaan di dalam dunia realiti anda.
Orang yang sedang bersemangat , sentiasa dahagakan kejayaan.

Semangat boleh wujud sebentar atau kekal. Bergantung bagaimana ianya


disemai. Orang melayu ada selalu sebut semangat tahi-tahi ayam. Inilah
yang kita tidak mahu!! Kadangkala anda bersemangat mendengar
ceramah motivasi atau pulang dari kursus motivasi, dan bersemangat,
namun apa selepas dua tiga hari, anda kembali kepada rutin lama. Oleh
itu adalah penting anda semaikannya, melalui teknik visualisasi (yang
diterangkan sebelum ini).

Semangat akan mengakibatkan keajaiban. Jika anda sedang bekerja atau


sedang melakukan perbuatan di dalam keadaan bersemangat dengan
penuh yakin dan percaya, perbuatan yang sepatutnya ‘gagal’ pun tidak
akan gagal kerana anda tidak percayakan kegagalan. Semangat hidup
apabila segala entiti posiif minda separa sedar terangsang. Tanpa
semangat anda hanyalah robot. Renungkan kehidupan anda sekarang
adakah anda hidup dengan bersemangat atau anda hidup hanya sebagai
satu rutin menghadapi hari tua ? Adakah anda hidup seperti manusia
atau seperti robot yang diprogramkan untuk menjalankan kerja yang
sama sepanjang hayat?
29
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Perasaan : Bahanapi Pembakar


Semangat Anda
"To succeed you have to believe in something with such passion
that it becomes reality"

Bagaimanakah kita hendak mencungkil maklumat-maklumat yang


sangat meluas di dalam minda separa sedar ? Kita tidak boleh berfikir
secara sedar untuk mencarinya, kerana berfikir secara sedar hanya
menggunakan maklumat yang terhad di dalam bank memori yang kita.
Untuk mencapai tujuan ini kita menggunakan PERASAAN.

Terdapat lima perasaan positif yang utama iaitu perasaan


kepercayaan (belief), keinginan (desire), cinta (love), harapan
(hope) dan berani (brave)

Sebaliknya juga, terdapat lima perasaan negatif yang utama


iaitu takut(fear), benci (hate), anger (marah), cemburu
(jealousy) dan tamak (greed)

* Senarai di atas adalah lima perasaan yang utama namun masih terdapat
beberapa perasaan lain seperti bangga, sedih , kecewa dan sebagainya.

PERASAAN di dalam hati yang bergabung dengan maklumat daripada


minda separa sedar akan memberi kesan kepada dunia fizikal kita.
Seumpama , jika kita sedih, kita menangis dan mengeluarkan air mata
atau jika kira berperasaan takut menyebabkan jantung kita berdebar-
debar malahan tubuh kita menggeletar tanpa kawalan kita. Fikiran sedar
kita tidak boleh mengawalnya. Itu adalah yang biasa kita alami.

Namun sebenarnya perasaan yang digabungkan dengan kekuatan entiti


minda separa sedar boleh memberi kesan kepada dunia realiti.
Seumpama mereka yang pernah bercinta, perasaan lapar terhapus
malahan perjalanan masa juga menjadi sangat cepat atau terlalu lambat
mengikut diri mereka. Malahan jika kita mempunyai perasaan takut,
tunggul pun kita sangka pontianak! Kunci kepada kekuatan seseorang
ialah apabila beliau boleh mengawal perasaannya di dalam apa jua
situasi. Ingat ! situasi dunia realiti hanya illusi, di mana hakikatnya (the
truth) sebenarnya bagaimana perspektif kita melihat situasi tersebut.

Biarkan Perasaan Positif Menjadi Dominan Di


dalam Minda Separa Sedar Anda
PERASAAN positif dan negatif tidak boleh diadunkan pada satu masa
yang serentak di dalam minda separa sedar. Jika ini berlaku minda
separa sedar akan menjadi keliru. Ingat, ‘fikiran’ adalah bentuk tenaga.
Tenaga fikiran ini mempunyai kekuatan daya tarikan ke atas tenaga yang
mempunyai sifat serupa dengannya. Jika ini dilakukan secara berulang-
ulang, tenaga ini akan menarik tenaga-tenaga lain yang berkaitan
didalam ‘subconcious mind’ iaitu maklumat, imaginasi, perasaan,
inspirasi dan pengalaman lepas yang tersimpan di dalam minda separa

30
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

sedar ; Malah tenaga ini menjadi sangat kuat ianya akan menarik tenaga
(fikiran) yang serupa terdapat pada orang lain.

Apabila kita bersabar dan bersyukur, fikiran kita akan visualkan kembali
peristiwa atau saat-saat diri kita pernah menerima rezeki dan kebaikan
daripada Allah SWT. Semasa proses ‘rewind’ peristiwa lepas tersebut
adalah penting anda menghayati perasaan yang wujud ketika itu.
Sebagai contoh, mungkin ketika itu terdapat seseorang bersalam dengan
anda dan memuji dengan ikhlas akan kejayaan anda, atau ada orang
menunjukkan kekagumannya akan bakat anda. Hayati sedalam-
dalamnya semua perasaan positif yang wujud saat itu. Saya pasti
anda akan merasa sangat lega selepas itu. Dan ketika saat kewujudan
perasaan lega anda tersebut berada di kemuncaknya, sebutlah lafaz
‘Alhamdulillah’ beberapa kali dengan penuh ikhlas penuh kesyukuran.
Tidak kita berapa kali ingin anda melafazkan bilangan ucapan
‘Alhamdulillah’ tersebut, apa yang penting anda hendaklah menyebutnya
dengan penuh keikhlasan kesyukuran.

Seterusnya tanam juga perasaan ketika menghayati peristiwa kejayaan


yang bakal berlaku masa hadapan. Mungkin, ada orang yang realistik,
menganggap perkara ini seperti ‘angan-angan’ dan lebih gemarkan
berfikir secara rasional menggunakan logik dan analitikal. Jika anda
firkirkan begitu , anda hanya menggunakan separuh sahaja otak anda
(otak kiri). Ingat! dunia realiti kehidupan material anda bermula
mengikut persepsi minda anda. Jauh kecil pada peringkat sub-atomik,
sesuatu elektron yang menjadi asas kepada dunia material yang nyata
ini, mula terbentuk sifatnya mengikut lintasan fikiran manusia itu
sendiri. Ini adalah fakta sains !

Jika kita tumpukan perhatian dan khusyuk melakukan ini, maklumat


relevan yang tersimpan selama ini yang kita tidak sedar di dalam bank
minda separa sedar akan terangsang (magnetized) . Perkara kejayaan
yang bakal berlaku adalah ‘akibat’ yang memerlukan ‘sebab’, tetapi jika
anda tanamkan peristiwa kejayaan yang masih belum mempunyai sebab,
lambat laun minda separa sedar anda akan mencarinya di dalam bank
maklumatnya yang sangat luas. Kemungkinan anda sendiri tidak sedar
jawapan yang timbul di dunia realiti, kerana cara minda separa sedar
bekerja ialah merangsang saraf terus pancaindera anda untuk mengesan
‘sebab’ yang dikaitkan dengan ‘akibat’ tersebut. Anda mungkin sukar
memahami proses ini kerana selama ini anda berfikir secara biasa di
mana anda memerlukan pengetahuan biasa untuk mencari ‘sebab’ yang
menghasilkan ‘akibat’ sesuatu kejayaan. Itu adalah normal.

Apabila ini berlaku, lima pancaindera (senses) kita akan mengesan


banyak peristiwa dan perkara berpotensi yang menjadi sebab (cause)
kepada akibat (effect) untuk mencapai keinginan kita tadi. Hati yang
mempunyai kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang disemai
melalui sifat bersabar dan bersyukur akan menghasilkan perkara-
perkara yang menakjubkan.

Pancaindera kita bukan sahaja dapat mengesan peluang (petunjuk) yang


menjadi sebab (cause) kepada akibat (effect) keinginan fikiran kita,
malahan zat Allah Maha Bijaksana akan menghubungkan hati orang lain
yang sehaluan dengan matlamat kita dan seterusnya memberi kita
peluang (cause) untuk mencapai keinginan kita.
31
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Takwa dan Tawakal :


Kepercayaan dan Keyakinan Tanpa Batasan
dalam bentuk Fizikal dan Praktikal
Firman Allah SWT,

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan


mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah
yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal
kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya.”
(Q.s. ath-Thalaq: 2-3).

Setakat yakin dan percaya di dalam minda dan kalbu sahaja tidak
cukup dan tidak lengkap. Anda mesti melakukan sesuatu. Sebagaimana
sembahyang yang bermula dengan niat dan bacaannya, ianya mestilah
disusuli dengan perbuatan seperti takbir, rukuk , sujud dan sebagainya.
Jika kunci kepada keberkesanan sembahyang ialah anda khusyuk
melakukannya maka begitu juga dengan kehidupan anda seharian iaitu
bertakwa dan bertawakal.

Takwa dan Tawakal


Bertakwa dan bertawakal adalah kepercayaan dan keyakinan dalam
bentuk praktikal dan fizikal. Ini adalah proses merealisasikan
kepercayaan yang wujud di dalam minda separa sedar anda.

Bertakwa bermaksud anda melakukan segala perintah Allah dan


menghindari segala larangnnya. Ini adalah etika asas kepada segala
perlakuan, perbuatan, aktiviti atau apa sahaja gerakerja fizikal di dalam
kehidupan anda.

Bertawakal pula bermakna anda melakukan gerakerja dengan yakin


tanpa batasan bahawa kejayaan anda pasti berlaku setelah anda
berusaha sedaya upaya dari segi mental dan fizikal. Tiada ruang kosong
usaha yang anda tinggalkan. Segala genap penjuru telah anda periksa
dan laksanakan. Apa yang paling penting anda tidak ‘goyang kaki’ !

Tidak kira samada usahawan tersebut itu, muslim atau tidak, jika ianya
menjalankan perniagaan atas etika ini, pasti berjaya. Bonus kepada
seorang muslim ialah mereka mendapat ganjaran dunia dan akhirat .

Jika anda jujur memerhatikan bentuk-bentuk perniagaan yang berjaya,


ianya sentiasa bergerak kepada landasan etika perniagaan yang baik dan
jujur pasti akan berjaya dan kekal lama. Hakikatnya sesukar manapun
keadaan anda, hukum sunatullah tetap bergerak kepada landasan jika
anda percayakan perbuatan yang berlandaskan takwa, akan sentiasa
terdapat jalan keluar dan punca rezeki yang tidak anda sangka-sangka.
Seterusnya jika anda percaya dan yakin semasa melakukannya bahawa
ia akan berjaya, Allah SWT pasti menyempurnakannya. Jika anda tidak
mendapat hasil keputusan yang diharapkan di dalam perancangan anda
tersebut anda hendaklah bersabar kerana ini adalah petunjuk bahawa

32
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

anda akan mendapat sesuatu rezeki yang lebih besar daripada apa yang
anda rancang sebelum ini. Anda akan temui konsep ‘sabar’ di muka 37
berikutnya.

Namun malang sekali ramai usahawan kita sangat percaya kepada


unsur-unsur negatif untuk berjaya. Mereka percaya tanpa merasuah,
tanpa sedikit menipu sesuatu perniagaan sukar berjaya. Adakah anda
percayakan begitu ? Ya, anda memang benar, jika anda percayakannya.
Realiti anda akan menterjemahkan dunia yang memerlukan anda
membuat perlakuan sebegitu, jika minda anda percayakan begitu. Anda
sekali lagi terperangkap di dalam penjara minda anda. Dan pancaindera
anda akan sentiasa berusaha mencari unsur-unsur negatif tersebut,
tanpa anda sedari.

Semua Perbuatan Takwa Bermula Dengan Niat ….

Minda yang penuh kepercayaan dan keyakinan yang telah anda


semaikan mestilah dizahirkan melalui sesuatu gerakerja. Anda bermula
dengan niat ingin mencapai sesuatu , di dalam konteks buku ini anda
ingin berjaya di dalam sesuatu bidang perniagaan. Saat anda berniat
sahaja, adalah satu doa iaitu permintaan kepada Allah . Dan Allah Maha
Pemurah dimana SETIAP doa adalah dimakbulkan. Hanya orang yang
tidak memahami sifat Maha Pemurah Allah sahaja yang memandai-
mandai berkata bahawa doa mereka tidak dimakbulkan. Yang menjadi
salah faham di sini adalah manusia selalunya tidak sabar dengan ujian
dan tidak yakin dengan doa mereka sendiri dan duduk ‘goyang kaki’
menunggu permintaan mereka turun dari langit.

Setelah anda berniat anda mestilah suburkan niat anda tersebut dengan
kepercayaan dan keyakinan agar ianya hidup di dalam jiwa anda. Niat
yang kecil itu kemudiannya akan membesar dan menjadi kepercayaan
dan keyakinan tanpa batasan. Apabila anda mempunyai niat dan
kepercayaan yang betul, secara automatis, tabiat anda juga akan
melakukan yang betul.

Apa yang selalu kita lintaskan di hati kita,


Akan membentuk kepercayaan kita,
Apa yang kita percaya di dalam hati kita,
akan membentuk pemikiran kita dan
apa yang membentuk pemikiran kita
akan menghasilkan perbuatan kita, dan
perbuatan kita akan menghasilkan sebab (cause)
yang menghasilkan akibatnya (effect) ataupun realiti kehidupan kita.

Jika jiwa anda telah mantap dan bersemangat untuk mencari kekayaan,
pemikiran anda tersebut hendaklah dizahirkan dengan perbuatan dan
aktiviti yang boleh merealisasikan pemikiran anda tersebut. Cara yang
paling jelas ialah melalui keusahawanan. Ini adalah kerana Rasulullah
SAW bersabda ;

“9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan”

Jenis perniagaan yang dipilih , akan dibincangkan di dalam bab II.

33
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Mitos Menjadi Seorang


Usahawan Yang Berjaya
Nothing fails like success because we don’t learn from it. We learn only from
failure.— Kenneth Boulding

Kadangkala di dalam diri kita seakan-akan tertanam satu ‘fakta’ yang


kita jadikan kepercayaan dan sukar untuk kita ubah. Hakikatnya anda
sendiri tidak tahu bagaimana kepercayaan ini boleh tertanam dan
berakar umbi di dalam pemikiran diri anda. Hal ini terjadi di dalam
bidang perniagaan. Cuba anda baca dan beritahu saya kenyataan
manakah yang ‘SALAH’ mengenai bidang perniagaan :

1. Anda perlu bijak ‘tipu’ pelanggan


2. Anda perlukan modal wang yang banyak
3. Anda perlu tebalkan muka dan pakar di dalam selok belok
kejurujualan
4. Anda ‘yakin’ terdapat rahsia yang boleh membuatkan anda
berjaya
5. Anda rasakan bahawa peluang perniagaan dan membuat wang
telah dibolot oleh orang-orang tertentu.
6. Anda telah cuba sekali, dan gagal dan membuat kesimpulan
peribadi bahawa perniagaan adalah sesuatu yang mustahil
untuk anda lakukan.
7. Anda merasakan menjadi kaya tidak digalakkan mengikut
ajaran agama
8. Anda merasakan kemiskinan selalunya memberi erti
kebahagiaan
9. Anda merasakan apalah erti kekayaan tanpa kebahagiaan
10. Anda merasakan keusahawanan adalah bukan sifat semulajadi
anda sebagai manusia

Apakah jawapan anda ? Sebenarnya ke semua kenyataan tersebut adalah


salah.

“Seorang yang berkata kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan,


tentunya beliau tidak tahu DI MANA hendak membelinya....”

34
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Analisa Diri : Adakah Anda


Usahawan Tulin ?
“You are what you believe!”

Jawab ya atau tidak kepada soalan-soalan di bawah ini. Kemudian kira


dan lihat keputusan anda.

1. Anda percaya peluang bukan hanya sekali tetapi peluang boleh


dicari atau dicipta.
2. Anda merasa amat sukar bekerja di bawah arahan orang lain.
3. Anda berani mengambil risiko tetapi bukannya memperjudikan
nasib.
4. Anda melihat masalah adalah satu peluang yang 'tersembunyi'.
5. Anda menilai kreativiti dan imaginasi sama penting dengan
pengetahuan.
6. Anda tidak tertakluk kepada peraturan keadaan malahan anda
mencipta peraturan baru.
7. Anda cepat belajar sendiri daripada sesuatu kesilapan dan tidak
mengulanginya.
8. Anda tidak kenal erti kegagalan, yang ada cuma kejayaan yang
belum tiba.
9. Jika anda bekerja makan gaji anda merasakan diri anda lebih bijak
daripada boss anda!
10. Anda merasa ada yang tidak kena kepada anda selama anda
bekerja kerana jauh dilubuk hati anda , anda ingin bebas bekerja
sendiri!

Berikan markah 1 untuk setiap jawapan Ya anda dan 0 untuk Tidak.

Jika anda mendapat markah bawah 4, anda boleh lupakan diri anda
untuk menjadi usahawan.

Jika anda mendapat markah 5 – 8 , anda mempunyai potensi untuk


menjadi usahawan.

Jika anda mendapat 9 – 10, anda boleh lupakan kerja makan gaji anda
sekarang, kerana keusahawanan adalah darah daging anda. Adalah
menjadi kerugian anda terus sahaja bekerja untuk orang.

Hidupkan semangat usahawan anda , yakin dan sahut cabaran!

35
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Orang Lain Sibuk Meraih Kejayaan


Anda Sibuk Mencari Alasan...
"Never,never, never, never, never, never, never, never, never give up"
Winston Churchill

Ya...siapa tidak mahu jadi kaya atau jutawan. Anda mungkin berkata
menjadi jutawan adalah mustahil bagi anda . Fikirkan kembali, Datuk
Yusuf Haslam , jutawan filem Melayu, pernah menjadi konduktor bas
tetapi kini seorang jutawan. Apa lagi anda ? Ianya adalah pilihan anda.

Alasan-alasan Yang Selalu Dibuat Orang Berjiwa Kecil....


• Tunggulah apabila saya telah mendapat kerja nanti. Mungkin saya
akan mengumpul modal untuk berniaga.
• Kehidupan saya adalah kehidupan makan gaji tidak pernah saya
fikirkan untuk berniaga.
• Berniaga adalah untuk mereka yang mengambil jurusan
perniagaan, jurusan pengajian saya adalah berbeza.
• Saya fikir mereka yang berjaya di dalam perniagaan mempunyai
‘contact’ atau kenalan dengan orang atasan sahaja.
• Saya malu untuk berniaga. Saya lebih rela duduk di dalam pejabat
daripada terpaksa ‘menjual’ muka untuk mendapatkan hasil
jualan.
• Berniaga memerlukan modal yang banyak. Saya tidak mempunyai
modal langsung. Gaji saya cukup-cukup untuk kehidupan saya
pada masa sekarang.
• Saya takut untuk berniaga. Saya lebih rasa terjamin dengan
pekerjaan saya ini. Pendapatan daripada perniagaan tidak
menentu. Kadang-kadang untung , kadang-kadang rugi.
• Tunggulah sehingga saya pencen nanti. Pada masa itu mungkin
dengan masa yang lebih terluang dan dengan sedikit simpanan
KWSP saya rasa saya ingin berniaga.
• Saya pernah berpengalaman berniaga sambilan di dalam jualan
langsung (MLM). Pengalaman saya neunjukkan saya memang tidak
berbakat langsung untuk berniaga.

Di dalam menjayakan matlamat anda, anda mestilah percaya dan yakin


apa sahaja keputusan anda yang anda buat PASTI menjayakan matlamat
anda. Ini adalah kerana anda telah berniat dengan Maha Pencipta alam
iaitu Allah SWT akan tujuan anda tersebut. Tiada yang mustahil di sisi
Allah, dan setakat mencapai matlamat ‘besar’ anda, tiada susahnya.
Hanya masa sahaja menentukannya.

"The pessimist sees difficulty in every opportunity .


The optimist sees opportunity in every difficulty"

36
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kejayaan Tulin Perlukan Ujian


Untuk Menguji Tahap Kesabaran
“Sabar itu separuh daripada iman” – maksud hadis Nabi

Sebenarnya tidak wujud kejadian gagal. ‘Gagal’ hanya wujud


istilah perkataan sahaja. ‘Kegagalan’ hanya satu peristiwa sebelum
kejayaan berlaku. Katakan anda hendak makan supaya kenyang, anda
terpaksa melalui beberapa ‘kegagalan’ iaitu menyuap nasi anda dengan
tangan ke mulut. Sepatutnya anda terus kenyang sahaja. Menyuap nasi
ke mulut ‘kejadian’ yang diperlukan supaya anda makan dan kenyang.

Kegagalan sebenar ialah apabila anda tidak melakukan perkara yang


hendak anda lakukan ataupun anda berhenti melakukan perkara yang
anda telah berniat hendak lakukan.

Katakan anda bercadang hendak memulakan sebuah perniagaan


katering, anda telah bersemangat, tiba-tiba semangat anda terhenti
kerana seorang rakan baik anda selama ini, entah apa sebabnya
mengatakan betapa sukarnya memulakan sesuatu perniagaan dan
memberi anda ‘nasihat’ supaya lupakan sahaja.
Anda pun setelah berfikir akan ‘nasihat’ rakan baik anda , terus
melupakannya . Apabila ini berlaku anda telah gagal. Sebenarnya saat
anda berniat dan percaya anda boleh lakukan, satu masa hadapan realiti
telah tersedia untuk anda. Allah SWT akan sediakan sedikit cabaran
sebagai ujian kesabaran anda. Kesabaran adalah ukurtara tahap
keimanan itu sendiri. Rasullullah SAW bersabda “Sabar itu separuh
daripada iman”. Setelah anda laluinya, anda pasti berjaya. Jika terdetik
sedikit keraguan atau lemah semangat, cepat-cepat gunakan teknik
visualisasi yang diajar sebelum ini agar semangat anda kembali segar.

Seperkara lagi jangan sesekali anggap ujian sebagai batu penghalang


yang sengaja dicipta oleh Allah untuk melambat atau menggagalkan
anda. Sebenarnya ujian adalah batu loncatan yang memberi peringatan
kepada anda untuk membuat pemeriksaan semula ke atas sebarang
kekurangan diri anda semasa menempuhi jalan menuju kejayaan
tersebut. Ujian ini akan memantapkan akan diri anda untuk mencapai
kejayaan yang anda impian dalam ertikata sebenarnya. Kejadian yang
anda anggap ‘gagal’ tersebut sebenarnya kejayaan yang diterbalikkan.
Pendekata kejadian ‘gagal selepas usaha’ adalah hikmah. Kuatkan
ketakwaan anda dan bertawakal, nescaya anda akan mendapat rezeki
dari sumber yang tidak anda sangka-sangka dan lebih besar dari yang
anda sangkakan sebelum ini.

Ingat, anda tidak boleh anggap matlamat anda tercapai bagaikan sakti ... yang tiba-tiba wujud di
depan anda. Kehidupan di dunia tertakluk kepada qada dan qadar. Ini bermakna anda mestilah
melakukan sesuatu sebab untuk melihat akibatnya. Apabila anda bersyukur setiap saat di dalam
hati, lisan dan perbuatan, maka lebih mudah anda mendapat petunjuk ke atas menjayakan
matlamat anda. Seterusnya jika anda menyatukan matlamat anda kerana Allah Taala, apa yang
akan berlaku ialah segala perbuatan yang patut ‘gagal’ pun akan menuju ke arah matlamat anda
tersebut. Menarik bukan ? Inilah yang dinamakan ‘tuah’! Anda seakan-akan bebas kegagalan!

“Nothing Is Impossible, because impossible is nothing.”


37
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kata-kata Hikmat

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.

Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih


mempunyai masa depan.

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal


kemanisan.

Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang
yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana
keadaan kita semasa hidup.

Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa
yang kita hajati.

Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat
menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan

Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan


kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri

Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering
kali ingat apa yang orang lain ada.

Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga


sedikit pun.

Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, Sedangkan orang


lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari
semangat yang tidak pernah mengalah.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul.

Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang
lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

38
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

BAHAGIAN
II
Idea dan Strategi
Menjayakan Projek
Niaga Anda

39
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Idea-idea Projek Yang


Bermula Daripada Rumah
"All achievements , all riches, have their beginnings in an idea"

Bahagian ini akan mengupas bagaimana anda boleh memulakan


sesuatu perniagaan bermula daripada rumah dengan jayanya. Idea-idea
atau projek perniagaan yang dicadangkan di dalam bahagian ini
semuanya mengikut keserasian dan minat seseorang. Ini adalah kerana
secara lumrahnya seseorang lebih mudah berjaya mengikut bidang yang
diminati manakala jika perniagaan yang tidak anda minat selalunya akan
membuatkan anda cepat berputus asa jika menemui sedikit kebuntuan.
Perniagaan yang melibatkan minat atau hobi anda ianya tidak akan gagal
kerana anda sememangnya gemar melakukannya tanpa dibayar!

Jika anda masih bekerja anda akan mendapati bahawa terdapat banyak
idea-idea perniagaan ini yang boleh disesuaikan mengikut masa lapang
anda. Pendekata tiada sebab untuk anda membazirkan potensi diri anda
begitu sahaja.

Cuba anda perhatikan di sekeliling kehidupan harian anda , anda akan


dapati beratus-artus jenis idea perniagaan yang wujud di sekeliling anda.
Anda perlu meninjau keadaan dan potensi permintaan dan pemasaran
idea anda ini sekiranya anda laksanakannya secara besar-besaran,
bermutu tinggi dan harga yang berpatutan dan pada masa dan tempat
yang sesuai. Cuba fikirkan siapa agaknya yang boleh menjadi pelanggan
kepada barangan atau perkhidmatan anda itu.

Bagaimana Mengenalpasti Peluang Perniagaan

Cuba Persoalkan ?

1. Apakah peluang perniagaan yang baik sekali masa ini ?


2. Apakah risikonya ?
3. Berapakah kadar keuntungannya ?
4. Mudahkah pesaing baru memasuki pasaran ?

Bagaimanakah peluang perniagaan wujud ?

1. Kreativiti manusia tiada hadnya.


2. Kebolehan manusia tiada batasannya.
3. Mengambil kesempatan melalui masalah masyarakat.
4. Kebolehan manusia berbeza-beza.

40
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimanakah Saya Boleh


Menandingi Pesaingan Saya ?

Anda mungkin mempunyai pesaing di dalam perniagaan yang


dicadangkan. Kenali mereka dan hormati mereka. Kenalpasti pesaing-
pesaing yang secara langsung bersaing dengan anda

1. Siapakah pesaing terdekat anda ?


2. Bagaimanakah perniagaan anda serupa dengan mereka ?
3. Adakah anda mempunyai kelebihan atau pasaran ‘tersendiri
yang khusus’? Terangkannya .
4. Bagaimanakah perkhidmatan atau produk anda menjadi lebih
baik dan lebih diterima oleh pesaing anda ?
5. Apakah yang boleh anda pelajari daripada pemerhatian anda ke
atas pesaing anda dan daripada perbualan anda dengan
pelanggan mereka?
6. Adakah anda mempunyai kelebihan dengan menawarkan
perkhidmatan tersebut daripada rumah ?

Ingat, anda dengan mudah boleh bersaing dengan pesaing anda


jika anda tiru semua amalan mereka yang baik dan menyingkirkan
semua amalan mereka yang tidak baik.

41
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Minat Yang Tulin Terhadap Bidang


Pilihan Anda
"If you do anything just for a money, you don't succeed"

Anda telahpun memahami dan mempunyai semangat dan keyakinan


untuk berjaya apa sahaja halangan anda. Kini matlamat anda ialah
hendak menterjemahkan keyakinan anda tersebut kepada aktiviti-aktiviti
yang boleh menjana wang iaitu secara ringkasnya projek niaga. Namun
apakah projek niaga yang perlu anda beri keutamaan pertama sekali ?
Faktor utama yang perlu anda fikirkan dahulu ialah bidang di mana anda
mempunyai minat yang tulin. Setiap orang adalah unik dan mempunyai
bakat masing-masing. Kemungkinan setelah dewasa, bakat dan
kemahiran unik anda terhakis kerana aktiviti anda telah ditumpukan
kepada kerja-kerja pejabat anda.

Cuba anda kenangkan kembali zaman remaja anda,

• Apakah yang benar-benar anda minat/lakukan masa lapang ?


• Adakah anda pernah memasuki mana kelab/persatuan ?
• Adakah anda mempunyai kemahiran yang unik ?

Kepuasan terbit bukan sahaja daripada keuntungan kewangan yang


bakal anda perolehi , tetapi ialah di dalam perbuatan itu sendiri. Jika
disebut mengenai minat dan hobi, memang semua orang mempunyai
minat dan hobi.

Ada yang minat ...

• Memasak
• Muzik
• Menanam pokok
• Memelihara ikan
• Membaca novel, menulis sajak, lagu
• Melukis
• Banyak lagi!

Fikirkan samada anda boleh

• Tawarkan sesuatu jenis perkhidmatan akan minat anda tersebut


• Menjual produk hasil daripada minat anda tersebut
• Atau menjadi penulis/perunding bebas berkenaan hobi anda
tersebut

Menggunakan bakat, minat atau hobi anda sebagai asas perniagaan anda
mempunyai beberapa faedah. Mengapa? Kerana projek niaga yang anda
libatkan mestilah sesuatu yang anda cintai dan sesuatu yang anda yakin
dan percaya, sesuatu yang anda sanggup lakukan walau apapun

42
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

keuntungan yang anda perolehi. Lihat sajalah Chef Wan, yang


berpendidikan sebagai akauntan, tetapi lebih berjaya sebagai pakar
tukang masak, kerana minatnya yang tulin di dalam bidang masakan.
Jika difikirkan mengapa pula tukang masak yang sememangnya terlatih
sebagai chef tidak berjaya seperti Chef Wan ?

Mengapa pula Chef Wan yang terlatih sebagai akauntan berjaya di dalam
bidang memasak ? Fikirkan ...

Jika Anda Berbakat dan Mempunyai Minat, Jangan Tunggu …..

Minat yang tulin akan membolehkan anda mempelajari dan


meningkatkan kemahiran ke atas minat anda tersebut dengan lebih
cepat, walaupun pada asalnya anda tidak mempunyai kemahiran seorang
pakar. Ilmu pengetahuan dapat diserap secara dengan lebih cepat dan
semulajadi jika anda minat dan bersemangat dengan projek niaga anda.

Pada zaman teknologi maklumat sekarang, ada sahaja sumber


pengetahuan yang boleh menambah dan meningkatkan pengetahuan
anda tentang minat anda tersebut. Buku, majalah, TV, CD, internet dan
kursus-kursus banyak terdapat ditawarkan.

Pendekata , jangan bertangguh dan menunggu entah bila untuk


menambahkan dan mengasah bakat dan minat anda tersebut. Asah
setajam yang boleh bakat dan minat anda sehingga anda menjadi pakar.
Seterusnya tanamkan kepercayaan dan keyakinan tanpa batasan yang
anda pasti berjaya, nescaya anda pasti berjaya, walau apa yang terjadi.

Selalunya jika anda melakukan sesuatu yang anda minat, jarang sekali
anda sedar matlamat wang ringgit tersebut. Ini bukanlah bermaksud
anda tidak pentingkan aspek keuntungan, tetapi ianya bermaksud jiwa
anda lebih asyik dan merasa seronok tanpa dihadkan dengan matlamat
wang ringgit.Namun percayalah, jika anda benar-benar mempunyai
minat yang tulin , keuntungan akan datang secara semulajadi, asalkan
anda belajar serba sedikit strategi untuk mengkomersialkan aktiviti anda
tersebut.

Minat yang tulin akan memberikan anda stamina tambahan terutamanya


semasa mula-mula anda memulakan projek niaga anda. Jika anda tidak
mempunyai minat yang tulin kemungkinan besar anda akan cepat putus
asa jika ada halangan kecil. Jika anda membuat sesuatu yang anda tidak
suka demi untuk wang, anda tidak akan merasa keseronokannya 100%.
Pelik bunyinya, namun itulah, wang bukanlah segala-galanya.

43
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

7 Kebijaksanaan Manusia
All of us do not have equal talent, but all of us should have an equal opportunity to
develop our talent.— John F. Kennedy

Fakta sains menunjukkan bahawa ciptaan manusia adalah


istimewa. Anda juga maklum bahawa Allah menjadikan manusia sebagai
makhluk sebaik-baik kejadian antara segala makhluk ciptaaanNya. Anda
adalah istimewa. Adalah satu kesilapan pertama yang teramat besar, jika
anda cuba menafikan keistimewaan anda. Jika selama ini semua orang
memperkecilkan diri dan kebolehan anda , SAYA akan berdiri teguh
dibelakang anda menafikan sekeras-kerasnya. Jika anda sendiri kurang
yakin dan kurang percaya, akan saya beritahu anda bahawa itu adalah
kerana hasil daripada ‘brain wash’ senyap selama ini oleh orang-orang
yang tidak ingin melihat anda berjaya.

Anda tidak perlu menjadi pandai atau lulus ujian IQ yang tinggi untuk
menjadi seorang usahawan yang berjaya. Fakta dan bukti menunjukkan
orang yang kaya tidak perlu untuk menjadi yang paling pandai dan bijak
di dalam pelajaran. Apa yang perlu ialah mereka menggunakan sebaik-
baik kebijaksanaan mereka yang unik dan selarikan dengan usaha-usaha
yang mendapatkan hasil untuk diri mereka.

Sebelum itu mari kita melihat 7 kebijaksanaan yang utama yang terdapat
di dalam diri anda dan setiap manusia lain. Kadangkala anda mungkin
mempunyai gabungan 2 atau 3 kebijaksanaan ini pada skala sederhana,
namun jarang sekali orang mempunyai ketujuh-tujuh kebijaksanaan ini
serentak. Contohnya anda mungkin boleh menari (kebijaksanaan fizikal)
dan juga menyanyi (kebijaksanaan lisan).

1. Kebijaksanaan Lisan.

Bagus di dalam menerangkan sesuatu. Gemar menulis dan membaca.


Meletakkan keutamaan di dalam perkara-perkara yang bertulis atau
lisan. Gemar kepada perkataan bergambar, frasa-frasa kreatif,
perkataan baru dan sebagainya. Minat untuk menambah
perbendaharaan kata. Bidang perniagaan yang berpotensi :
§ Penulis , novelis
§ Pelakon

2. Kebijaksanaan Visual/Artistik.

Gunakan carta dan simbol untuk menekan sesuatu fakta. Dapat


menggambarkan sesuatu dengan jelas di minda mereka. Boleh
membayangkan sesuatu . Sukakan gambar dan mendemonstrasi
untuk memahami sesuatu. Bidang perniagaan yang berpotensi :
§ Penerbit buku-buku bergambar, halaman web
§ Pengarah Sinematografi

44
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

3. Kebijaksanaan Fizikal.

Belajar dengan cara terbaik melalui perbuatan. Mahukan sesuatu


secara praktikal di dalam melakukan sesuatu. Merasakan perlu
mempelajari sesuatu secara bergerak. Kegemaran masa lapang
selalunya aktiviti gerakkerja. Bidang perniagaan yang berpotensi
kepada anda :
§ Ahli Penghibur (silap mata,'stunt man',koreografer)

4. Kebijaksanaan Muzikal.

Dapat menghafal nada dan lirik dengan mudah. Menggunakan muzik


sebagai cara untuk mengingati sesuatu . Mempunyai deria semulajadi
kepada tempo dan masa. Terhibur dengan semua jenis bunyi. Cepat
peka kepada sebarang bunyi. Bidang perniagaan yang berpotensi
kepada anda :
§ Komposer lagu
§ Penyanyi

5. Kebijaksanaan Matematikal dan logikal.

Gemar untuk membuat sesuatu perkara mengikut peraturan dan


mengikut tertib. Menyusun sesuatu perkara mengikut aturan yang
logik. Mencari corak dan hubungkait diantara sesuatu benda. Mahir
di dalam membuat penganalisaan., pengiraan , perancangan .
Fikirkan satu-satu perkara agar dapat difahami. Bercakap mengikut
susunan : “Pertama… Kedua….dan ketiga…" Bidang perniagaan yang
berpotensi kepada anda :
§ Usahawan perisian komputer
§ Usahawan Kejuruteraan

6. Kebijaksanaan Diri Dalaman

Gemarkan masa yang sunyi dan menyendiri untuk berfikir.


Memahami motif beliau sendiri dan sebab-sebab di dalam melakukan
sesuatu perkara. Gemar untuk berangan-angan akan sesuatu idea
dan mengembara perasaan dalaman diri sendiri. Bidang perniagaan
yang berpotensi kepada anda :
§ Ahli falsafah, saikologi
§ Penyajak

7. Kebijaksanaan Pergaulan (Interpersonal).

Bijak apabila bersama dengan orang ramai. Boleh berunding dengan


ramai orang. Tahu apa yang hendak dilakukan apabila berhubung
dengan orang lain. Sensitif dengan orang lain. Suka membuat ramai
kawan, berpasukan, bermasyarakat dan acara-acara sosial. Bidang
perniagaan yang berpotensi kepada anda :
§ Pengacara TV popular (e.g Oprah Winfrey)
§ Pakar Perunding

45
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Idea-idea Projek
“Untuk mencetus idea yang terbaik ialah dengan mempunyai seberapa
banyak idea dahulu...” - Anon

Berikut terdapat senarai beberapa projek perniagaan yang berpotensi.


Sebagai contoh anda boleh pilih idea-idea ini atau anda boleh juga
mencari idea yang lebih sesuai dengan jiwa anda.

Perkhidmatan
• Agen/broker jualan berkomisyen (contoh ; agen pencetak)
• Konsultan / Juruperunding Bebas (Pelbagai Subjek)
• Tutor matapelajaran sekolah/ Komputer
• Jurulatih Aerobik / Seni Tari / Seni Mempertahankan Diri
• Pakar Urut/Reflexolgy

Perniagaan Menyewa Barangan Dan Peralatan


• Alat-alat untuk mengadakan majlis keramaian.
• Peralatan Rakaman Filem video.
• Komputer
• Kereta/lori/van
• Pakaian pengantin dan peralatan perkahwinan.

Kraftangan Dan Hobi


• Pertukangan kayu halus dan ukiran kayu.
• Membuat bingkai (frame) gambar.
• Memelihara, menternak dan menjual binatang.(ikan akuarium)
• Tanaman pokok bunga, bonsai dan sebagainya.
• Senireka barangan terbuang (reycle arts).
• Seni foto.

Penulisan
• Menjadi wartawan – sementara atau tetap.
• Menulis rencana, cerpen, sajak dan novel.
• Menterjemah (translating).
• Menulis skrip drama radio, TV dan pentas.
• Menyunting karangan (editing) dan membaca pruf.

Perusahaan Memproses Makanan


• Gula-gula, kacang ataupun asam yang dipaket kecil..
• Perusahaan memproses air tauhu, Dadih atau tapai
• Roti canai segera.

Senarai di atas adalah contoh sahaja, dan bukan sebagai senarai


muktamad. Apa yang penting anda tanya diri anda sendiri apakah
keistimewaan dan bakat anda, dan komersialkannya. Tanyakan diri
anda sekarang apakah sebenar-benarnya minat atau bakat istimewa
anda ?

46
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

18 Cara Mencetus Idea Perniagaan


yang Unik dan Kreatif
The best ideas come from jokes. Make your thinking as funny as possible.
— David Ogilvy

Mungkin anda masih tercari-cari idea yang sesuai untuk anda jadikan
projek perniagaan anda. Jika ini keadaan anda, cuba anda fikirkan
dengan mendalam bagaimana mencungkil idea kreatif perniagaan yang
baik dengan.....

1. Meniru barangan keluaran orang lain yang sudah berjaya.


2. Mencipta cara yang lebih mudah untuk melakukan sesuatu.
3. Menghasilkan sesuatu yang belum ada dalam pasaran.
4. Mendengar rungutan.
5. Menggunakan hobi untuk menjalankan perniagaan.
6. Menghasilkan sesuatu untuk orang cacat.
7. Mengembangkan kegunaan sesuatu benda.
8. Menggabungkan dua kegunaan barang yang berbeza menjadi satu.
9. Meninggikan mutu barangan atau keluaran atau perkhidmatan.
10. Mengatasi kelemahan barangan keluaran pesaing.
11. Memasarkan barang-barang mengikut musim perayaan.
12. Menyelesaikan sesuatu masalah.
13. Menyediakan keperluan asas.
14. Mengembangkan dan menggunakan kemahiran diri.
15. Memanafaatkan bahan yang terbuang.
16. Mendengar harapan/rungutan orang.
17. Menukarkan angan-angan menjadi kenyataan.
18. Menggunakan idea daripada lawatan-lawatan.

Mencetus Pemikiran yang Kreatif

Terdapat beberapa cara untuk merangsang kepada pemikiran kreatif.


Menunggu sahaja idea datang dengan sendirinya adalah cara yang
tidak bijak. Oleh itu ;
a) Anda haruslah bersikap dahagakan maklumat. Bacalah tanpa
mengira apa jenis subjek kerana buah fikiran yang kreatif akan
terhasil daripada adunan idea-idea yang anda baca.
b) Cari satu hobi yang berseni (anda tidak semestinya mahir kemudiannya)
c) Tulis , lakar , rekabentuk apa sahaja yang terlintas difikiran
anda (selalunya satu idea akan melompat ke idea yang lain)
d) Buat sessi 'brainstorm' dengan pihak lain
e) Letakkan diri anda dibawah satu tekanan yang munasabah
dengan menetapkan sasaran matlamat (perhatian : tekanan
melampau akan menghalang pemikiran kreatif anda pula!)

Sebenarnya semua orang mempunyai imaginasi yang mana adalah


bahan api kepada pemikiran kreatif. Hanya pemikiran yang negatif
sahaja yang menghalang proses pemikiran kreatif ini.

47
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Anda Tahu Guna Komputer ?


Gunakannya Untuk Cari Wang!
Sebagai usahawan generasi ’lama’ , ikhlas saya katakan bahawa
saya bukanlah seorang yang pakar di dalam hal-hal teknikal komputer,
namun , saya penyokong paling kuat akan kuasa penggunaannya dan
kepentingannya kepada dunia perniagaan SOHO.

Kira-kira beberapa bulan lepas seorang rakan saya, telah membeli


sebuah buku bertajuk ‘Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan
Melalui Komputer Anda’ . Setelah membaca beberapa mukasurat, saya
terus memesan untuk membelinya kerana sangat tertarik idea-idea
projek yang boleh dilakukan oleh saya melalui projek yang didedahkan.
Terus terang saya katakan pengalaman keusahawanan saya selama ini
pun tidak dapat menyedari akan potensi sebenar kekuatan komputer
yang mampu menjana wang dengan mudah sekali.

Apa yang lebih menarik ialah dengan menggunakan komputer, apa


sahaja minat anda selama ini boleh dijadikan sumber pendapatan kerana
komputer akan menterjemahkan minat anda kepada projek-projek viable
yang boleh mendatangkan pendapatan. Samada anda minat memasak,
memancing, membuat kraftangan, muzik dan apa sahaja minat anda
dapat diolah menjadi wang melalui idea-idea yang didedahkan melalui
buku ini.

Saya sudah lama sebenarnya berfikir kenapalah komputer saya yang


canggih itu kadangkala terperap begitu sahaja, tanpa membawa apa-apa
hasil. Terdapat 30 idea-idea projek yang konkrit dan praktikal yang telah
terbukti dijayakan oleh ramai orang tidak kira apa sekalipun minat dan
kemahiran sediada mereka. Salah satu prinsip yang saya suka ialah anda
menghasilkan produk atau perkhidmatan anda sendiri. Tiada orang
tengah dan penggantungan kepada stok orang lain.

Sebagai contoh anak saya telah menggunakan salah satu idea konsep
dan prinsip asas penggunaan komputer untuk membuat projek suka-
sukanya dengan menghasilkan cenderamata melalui komputer.
Keuntungan projek ‘suka-suka’nya melebihi gaji seorang kerani. Bagi diri
saya pula, saya memilih satu idea projek yang bersesuaian dengan saya
minat saya, iaitu menghasilkan produk berinformasi yang mempunyai
margin keuntungan sehingga 1000%. Menarik sekali walau tanpa
mengguna internet dan saya mampu menghasilkan produk dengan kos
yang sangat rendah tetapi berkeuntungan sangat tinggi melalui komputer
saya.

Di andaikan saya meninggalkan kerjaya sebagai perunding bebas saya,


saya kini yakin saya boleh ‘cari makan’ hanya menggunakan komputer
saya daripada rumah saya sahaja. Saya jamin anda boleh menjana wang
melalui salah satu idea projek di dalam buku ini dengan menggunakan
komputer anda daripada rumah sahaja! Anda boleh membaca lebih lanjut
tentang buku ini di mukasurat akhir nanti.

48
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Inovasikan Perkhidmatan Anda


Before you build a better mousetrap, it helps to know if there are any mice out
there.— Mortimer B. Zuckerman

Saya yakin ada di antara anda yang suka memberikan perkhidmatan


yang bersifat inovasi dan kreatif. Anda mungkin selama ini seakan tidak
puashati dengan kaedah sesuatu perkhidmatan kerana anda sendiri
mempunyai ideaidea yang boleh memperbaiki perkhidmatan atau produk
tersebut.

Jika anda hanya menyediakan perkhidmatan yang memerlukan


pelanggan mesti bersemuka untuk membuat pesanan dengan anda di
depan kedai anda , anda pasti akan dikalahkan oleh pesaing anda yang
menggunakan pesanan melalui telefon,faks mahupun internet. Kini di
zaman teknologi maklumat ramai usahawan menawarkan produk yang
sama dan menerima pesanan melalui telefon ,faks dan internet .

Jika anda bersekutu dengan pihak lain untuk menjual produk mereka
dan perkhidmatan mereka dengan anda , iaitu dengan membuat
perhubungan pelanggan melalui berbagai cara , anda sedang menuju ke
arah perniagaan yang gemilang. Anda pertingkat perkhidmatan anda
dengan berbagai cara dan memudahkan pelanggan , memberikan
pelanggan anda berbagai-bagai pilihan dan sebab baru untuk
membelinya, sememangnya mereka akan membeli.

Ke Arah Manakah Anda Tuju ?

Adakah anda mencipta , menggabungkan atau membuat perubahan


menuju masa depan ? Atau adakah anda merasakan perniagaan anda
memang ditakdirkan mengikut cara tradisi lama?

Membangunkan perkhidmatan idea-idea baru adalah semudah


menggabungkan dua bidang yang berlainan untuk menghasilkan
tawaran perkhidmatan berintregrasi yang inovatif .

Gabungkan sebuah kedai buku dengan coffeshop (Kinokuya di KLCC)


atau gabungkan kedai makanan keluarga dengan taman permainan
(McDonald) , telefon dengan jam, games, email (telefon bimbit) dan
contoh-contoh sebegini masih banyak lagi untuk organisasi anda terokai.

Gabungkan apa yang terfikir oleh anda mengikut kesesuaian. Anda akan
mempunyai perkhidmatan yang berpotensi untuk lebih maju daripada
perkhidmatan anda yang tidak digabungkan. Gabungkan apa sahaja !
Jangan fikirkan bahawa penggabungan dibuat apabila pelanggan
mengkehendakinya. Tiada siapa yang meminta hendak mendengar lagu
semasa berjalan kaki atau meluncur kasut roda. Tetapi Akio Morita telah
melakukannya dengan memperkenalkan Sony Walkman.

Fikirkan , apakah yang boleh digabungkan perkhidmatan anda untuk


memberikan pelanggan sesuatu yang baru , istimewa dan lebih
bermanafaat?

49
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Awas! Jangan tertipu dengan


Skim Cepat Kaya!
Greed of money is the fruit of evil as often as the root of it.
— Henry Fielding

Salah satu daripada kaedah-kaedah menjana wang daripada rumah yang


popular dari sejak zaman dahulu lagi ialah skim cepat kaya, ‘kerja
daripada rumah’ , ‘skim dana rakyat’ , ‘surat berantai’ dan
seumpamanya.

Dengan kewujudan internet skim-skim ini bertambah ‘meriah’ lagi. Jika


anda perhatikan di dalam internet masa kini terdapat banyak program-
program skim cepat kaya yang dianjurkan oleh insan-insan tidak
bertanggungjawab ke atas pengguna-pengguna internet.

Jika anda seorang yang arif , anda pasti tidak mudah tertipu dengan
skim ini. Namun ramai orang yang terlibat dengannya bersubahat
menjadi ‘penipu’ dan seterusnya ‘menipu’ orang lain demi kekayaan cara
mudah ini.

Di dalam skim piramid yang tulin, tiada produk yang diagihkan. Inilah
skim yang dipelopori oleh Charles Ponzi pada sekitar tahun 1930an di
Itali. Mari kita ‘bedah siasat’ bagaimana operasi skim piramid ini.

Anda dimulakan dengan tawaran untuk melabur, menderma atau


sedekah kepada 5 orang katakan seorang RM10.

Anda mencari 5 orang


5 orang akan mencari 25
25 orang akan mencari 125
125 orang akan mencari 625
3,125 orang akan mencari 15,625
15,625 orang akan mencari 78,125
78,125 orang akan mencari 390,625
390,625 orang akan mencari 1,953,125
1,953,125 akan mencari 9,765,625
9,765,625 akan mencari 48,828,125

Pada peringkat ini 9 juta orang ini , mereka akan menjadi sukar mencari
ahli-ahli kerana pasaran telah tepu. Mereka akan berusaha untuk
mencari ahli-ahli baru kerana telah pun melaburkan wang mereka.

Hakikatnya memang MUSTAHIL untuk mencari setiap lima orang lagi


kerana penduduk Malaysia adalah hanya 24 juta orang. Inipun setelah
dicampur dengan bayi yang di dalam kandungan dan sekalian kanak-
kanak. Inilah yang membuat skim ini haram kerana kerugian pasti
berlaku kepada ramai orang. Jumlah peserta tidak boleh menjadi infiniti,
oleh itu ianya akan tepu dan ramai orang di bawah akan menguntungkan
orang di atas , terutamanya si penganjur.

50
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Tali barut Skim Piramid

Berita ‘baik’nya ialah ada peserta yang benar-benar mendapat


wang dan ‘untung’. Ini memang tujuan penganjur. Penganjur memang
sengaja akan mengumpan beberapa orang untuk ‘berjaya’. Inilah yang
selalu menjadi kekeliruan kepada orang ramai. Mereka yang ‘berjaya’ ini
akan menjadi jurucakap atau PRO kepada skim ini.

Mereka adalah peserta yang berada di atas. Lebih mengharukan mereka


yang ‘untung’ inilah yang menjadi ‘dalang sebenar’ melebihi pihak
penganjur itu sendiri. Ini adalah mereka telahpun mendapat wang yang
nyata, dan mereka pula secara bermatian-matian mempertahankan
sistem ini. Pihak penganjur yang tahu akan hakikat sistem ini, lebih
mudah menjalankan kegiatan ini tanpa sebarang campur tangan. Lebih
menyedihkan ‘tali barut’ ini akan berkata ,

“Alah ..kalau tak berani melabur camner nak jadi kaya ...setakat RM50
ajer..kalau rugi pun bukannyer sampai bergolok bergadai...adatlah
melabur..

Inilah kata-kata yang paling ‘durjana sekali.

Namun sesuatu yang batil tetap akan terbongkar kepalsuannya.


Selalunya tali barut atau mereka yang untung ini akan dikecam oleh
saudara mara atau rakan taulan mereka yang rugi atas syoran mereka
ini. Mereka mungkin untung beberapa ringgit, namun hakikatnya mereka
kehilangan kepercayaan kepada ramai orang. Lebih menyedihkan mereka
obses dengan sistem-sistem seumpama ini dan berusaha untuk mencari
dan memasukinya lagi . Kasihan sekali mereka tidak sedar hakikat ini.
Mereka yang sebegini hanya mendapat Illusi di dalam pencarian wang
dan kaedah sebenarnya.

Hakikatnya jika mereka beragama Islam , mereka semua telah sah


memakan wang haram kerana mereka memakan hasil daripada kerugian
yang pasti daripada orang lain. Ini adalah sama dengan prinsip perjudian
di mana keuntungan kemenangan seseorang sebenarnya adalah hasil
daripada kerugian beribu-ribu orang lain lagi walaupun ribuan yang lain
tersebut dengan rela hati memasukinya. Jangan samakan dengan
pelaburan tulin , yang mempunyai kebarangkalian untung, skim cepat
kaya PASTI ada yang rugi supaya orang lain untung. Itulah
perbezaannya.

Penganjur boleh war-warkan supaya menggunakan wang tersebut


dengan sedekah atau ke arah jalan yang baik sebagai illussi kepada
operasinya yang benar-benar haram.

Ada peserta yang berjaya diumpan berkata , “Anggaplah sedekah kalau


duit anda tu lenyap...tak der ruginya” . Pelik ! Orang sebegini
mempermainkan hukum Allah. Mana mungkin niat asal berjudi mereka
suka-suka menukarkan niat mereka kemudiannya menjadi sedekah
kalau rugi. Saya sekali lagi mengingatkan anda supaya awas, dan jangan
sesekali ceburi skim piramid.

51
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Peluang Perniagaan Melalui Program


Affiliate / Reseller /Dropship Yang Tulin

Namun anda jangan sesekali terkeliru dengan peluang perniagaan yang


telus dan jujur seperti MLM, affiliate program, reseller program atau
dropship. Setiap satu kaedah tersebut adalah peluang perniagaan yang
asli (genuine) dan anda boleh mendapat keuntungan jika anda bijak
mempromosikan produk mereka dan tidak ‘goyang kaki’. Apabila anda
untung , ianya adalah kerana keuntungan anda adalah hasil penjualan
sesuatu produk yang benar-benar ingin dimiliki oleh pembeli. Ini adalah
lumrah dan kaedah biasa di dalam perniagaan.

Program affiliate, dimana anda hanya perlu mengsyorkan orang lain


untuk membeli sesuatu barang daripada sebuah halaman web dan anda
kemudiannya mendapat ganjaran daripada hasil syoran ini. Ini adalah
langkah perniagaan yang telus dan bijak. Program affiliate yang paling
popular di dunia sekarang ialah daripada hasil syoran membeli buku di
halaman web amazon.com

Reseller program juga bertindak serupa di mana anda mempunyai hak


menjadi pengedar dan mengsyorkan sesuatu barangan yang telah anda
sendiri berpuashati menggunakannya. Anda akan dibayar sedikit
komisen atas syoran anda.

Perniagaan MLM mendapat banyak kritikan yang positif mahupun


negatif tentang operasinya. Saya secara peribadi dan sebagai seorang
yang professional menganggap kejayaan perniagaan MLM memerlukan
sedikit kerja keras awalan yang selalunya diselindungi oleh pihak
syarikat yang mewarwarkan bahawa program mereka adalah mudah.

Masalah syarikat MLM yang tidak jujur ialah mereka telah ‘mengelirukan’
orang ramai untuk memasuki program mereka melebihi bagaimana
mereka mendapat faedah daripada menjual produk mereka. Memang
benar program tersebut boleh bermula daripada rumah tetapi program
tersebut memerlukan anda kerap keluar rumah untuk berjumpa
pelanggan ataupun bermesyuarat.

Jika anda seorang yang sanggup bekerja keras , MLM adalah bidang
anda. Harus diingat skim MLM adalah sah, namun ada juga syarikat
MLM yang sah telah diarahkan ditutupkan operasinya kerana
menyeleweng daripada kaedah operasi awalnya.

Saya juga tidak hairan jika terdapat seorang peserta MLM diberi tabung
untuk memakai kereta mewah , kerana saya tahu strategi syarikat MLM
yang menggunakan kereta mewah sebagai alat promosi kepada orang lain
terpikat untuk memilikinya. Bayangkan saya meminjamkan anda kereta
BMW mewah milik saya sekarang dan anda menggunakannya untuk
balik ke kampung pada hari raya. Tidakkah saudara mara, sepupu, adik
beradik anda terperanjat dan ingin menyelidik dan seterusnya menyertai
sebarang peluang perniagaan yang sedang anda ceburi ? Fikirkan ....

52
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Persediaan Premis SOHO Anda


Semasa jiran saya sedang sibuk bergegas pergi ke kerja dan menempuh
jalan raya yang sesak dan jam, saya pula sedang sibuk membancuh kopi
dan membaca akhbar di rumah. Kerja saya mungkin bermula sekitar
pukul sepuluh . Di mana panggilan telefon daripada pelanggan mula
kedengaran. Kadangkala saya menjawab telefon yang mempunyai
urusniaga bernilai ribuan ringgit di dalam kain pelikat saya! Namun
demikian saya tetap professional dan serius kerana menganggap
menjalankan perniagaan daripada rumah adalah satu usaha yang serius.

Walaupun anda menjalankan aktiviti perniagaan anda di rumah , namun


anda mestilah menyusunatur dan memperuntukkan satu ruang yang
khusus untuk anda bekerja. Kemungkinan anda menggunakan bilik
utama anda ataupun memberikan sedikit ruang disudut ruang tetamu
untuk anda bekerja.

PERALATAN DAN PERSEKITARAN

1. Ruang yang bersih, diterangi cahaya dan bebas dari bunyi bising
dan gangguan.
2. Ruang untuk duduk dan bekerja (meja, kerusi, lampu dsb)
3. Ruang untuk menyimpan maklumat pelanggan dan perniagaan
(komputer, kabinet fail, organizer elektronik dsb)
4. Kaedah berkomunikasi dengan pelanggan dengan berkesan
(telefon, faks, email dsb

Antara budaya kerja yang perlu anda berikan perhatian:

1. Anda berupaya mendisiplinkan diri.


2. Pastikan bahawa semua ahli keluarga anda telah memahami
bidang tugas anda
3. Elakkan bunyi-bunyian yang kurang sesuai yang dapat didengar
oleh pelanggan yang menelefon anda.
4. Pengendalian pejabat secara profesional. Elakkan anak kecil
daripada menerima panggilan telefon di pejabat anda.
5. Segera layan sebarang pertanyaan samada melalui telefon, faks
atau e-mail. Nyatakan terlebih dahulu penerimaan mesej dari
mereka supaya mereka tidak tertunggu-tunggu.
6. Bersikap professional namun mempunyai sentuhan peribadi.

53
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Strategi Mudah Tetapi Berkesan


Mempromosikan Perniagaan

Setiap perniagaan merangka rancangan pemasaran mempromosikan


produk dan servis mereka. Anda juga harus memperkenalkan perniagaan
anda. Mengapa ianya perlu ? Kebanyakkan usahawan merasakan
bahawa dengan iklan sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan
perniagaan mereka mendapat pelanggan yang ramai.
Walaubagaimanapun ini tidak mencukupi. Berikut adalah strategi yang
mudah tetapi berkesan di dalam mengatur perancangan promosi
perniagaan anda ;

1. Perkenalkan diri anda, perniagaan anda dan produk/servis anda


kepada pelanggan baru anda dan susuli dengan panggilan telefon.
2. Galakkan lebih banyak jualan melalui pelanggan sediada.
3. Ikuti apakah jenis promosi yang dilakukan oleh pesaing anda.
4. Luaskan jualan anda ke kawasan yang lebih luas.
5. Sentiasa berhubung dengan para pelanggan dan bekas pelanggan.

Bagaimanakah Anda Mempromosikan Perniagaan Anda?

Terdapat empat cara untuk mempromosikan perniagaan anda ;


pengiklanan , promosi jualan , publisiti dan perhubungan awam . Dua
cara yang pertama tersebut dirangka untuk mempengaruhi jualan secara
langsung , dua cara yang kemudiannya adalah untuk meningkatkan imej
perniagaan atau individu tersebut.

Pengiklanan

♦ Yellow Pages
♦ Pengiriman Brosur Ke Rumah
♦ Pengiklanan di dalam penerbitan kelab/persatuan
♦ Brosur, papan notis dan risalah-risalah
♦ Pengiklanan Secara "online" dan halaman web

Promosi Jualan

♦ Diskaun Jualan dan tawaran berpakej, kupon


♦ Cenderahati seperti pen , kalender dan sebagainya.
♦ Acara pelancaran, rumah terbuka

Perhubungan awam dan Publisiti

♦ Menghantar kad perayaan , harijadi atau acara-acara khas


♦ Berucap di seminar, kelas dan memberi khidmat nasihat.
♦ Sidang akhbar, artikel dan temuramah.

54
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Media Pengiklanan Yang


Sesuai Untuk Perniagaan Anda?
Advertising may be described as the science of arresting the human intelligence
long enough to get money from it.— Stephen Leacock

Saya selalu mengingatkan para peserta kursus perniagaan saya


bahawa jangan takut mengeluarkan belanja untuk iklan kerana belanja
atau kos yang dikeluarkan adalah satu bentuk pelaburan. Namun anda
mestilah berhati-hati di dalam membuat pengiklanan. Membuat iklan
yang berulang adalah mahal. Manakala pengiklanan sekali sahaja pula
tidak akan memberi kesan. Cari media yang sesuai mengikut belanjawan
anda. Fikirkan cara-cara di bawah ;

Risalah-risalah

Risalah-risalah, katalog atau brosur walaupun kecil mestilah di


rekabentuk dengan professional dan dicetak pada kertas yang berkualiti.
Bahan-bahan bercetak yang berkualiti ini meningkatkan kredibiliti
dengan mendadak.

Risalah Kiriman Pos.

Surat dan risalah adalah berkesan untuk memperkenalkan nama anda dan
memberi pendedahan secara am. Risalah kiriman pos mempunyai kelebihan
kerana ianya dihantar khusus kepada alamat pelanggan tertentu.

Cenderahati

Pen-pen, kalendar dan lain-lain barangan cenderahati memberikan


ingatan yang mesra di dalam minda pelanggan. Ianya tidaklah mahal
mengikut jenis dan kesesuaian belanjawan perniagaan anda.

Iklan Di Media Bercetak

Majalah-majalah dan suratkhabar adalah saluran pengiklanan adalah


berkesan tetapi juga mahal. Di dalam industri seperti hartanah ianya
perlu kerana tiada cara untuk memberitahu pelanggan selain
mengiklankan butiran hartanah yang ingin dijual.

Papan-papan Iklan

Terdapat banyak papan-papan iklan yang berbagai bentuk dan saiz


ditempatkan di lokasi yang strategik. Papan iklan yang disediakan di
perhentian bas adalah sesuai untuk usahawan individu .

Halaman Web

Pengiklanan di dalam halaman web adalah cara pengiklanan masa kini


yang semakin kian popular. Ianya adalah satu cara yang paling murah
untuk memberitahu para pelanggan diseluruh dunia, pada setiap masa
dengan kos yang sangat murah.
55
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Formula Pemasaran Yang Mesti


Anda Ketahui dan Praktikkan
“Promote the right product at the right place with the right price to the right people.”
– Amin Al Farabi

Saya mempunyai satu formula tentang ‘pemasaran’ yang mudah untuk


anda ingat dan menjadi kesimpulan kepada mana-mana jenis perniagaan
sekalipun. Ianya ialah ;

“Tawarkan produk yang betul pada harga yang betul di tempat yang betul
kepada pelanggan yang betul.”

Atau dalam bahasa Inggerisnya...

“Promote the right product at the right place with the right price to the right
people.”

Jika anda dapat menepati ke semua elemen di dalam formula anda di


atas saya yakin anda pasti produk atau perkhidmatan anda mendapat
sambutan yang luar biasa ke atas mana-mana projek niaga anda.

Seterusnya strategi pemasaran yang berkesan mestilah berkeupayaan


untuk menghebohkan produk atau perkhidmatan kepada seramai bakal
pembeli yang boleh tanpa halangan geografi,demografi dan komunikasi.

Dengan keadaan persaingan yang semakin pesat, anda boleh


memperolehi keuntungan yang tinggi sekiranya anda dapat mengetahui
kehendak pelanggan serta dapat memberikan nilai yang terbaik kepada
sasaran pengguna. Ciri-ciri strategi pemasaran yang berkesan mestilah
mengambilkira faktor-faktor berikut :

1. Memahami dan menghayati budaya masyarakat setempat.


2. Nama produk hendaklah mudah dan senang disebut dan diingati.
3. Jangan takut mengeluarkan belanja promosi dan pengiklanan –
kerana usaha ini dianggap sebagai pelaburan bukannya kos.
4. Kos efektif - kaedah dan jenis promosi yang dilakukan haruslah
efektif khususnya kos.
5. Lakukan jualan dan promosi bagi menawar atau membeli "jiwa"
pelanggan.
6. Anda mestilah peka dan belajar bagaimana menawan emosi
pelanggan.
7. Kekalkan hubungan dengan pelanggan dengan sentiasa mesra.

Kesimpulannya anda mestilah membuat penilaian tentang kehendak


serta keperluan pengguna terhadap barangan dan servis adalah penting
untuk mencapai kejayaan jangka panjang sebagaimana juga penumpuan
terhadap pengeluaran yang berkualiti tinggi dengan penggunaan kos
yang rendah serta teknik jualan yang dapat meyakinkan pengguna.

56
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimana Mendapatkan Publisiti


Percuma Di dalam Media Bercetak
One editorial is worth more to a business than forty ads.— Will Rogers

Sebagai pengusaha daripada rumah sudah pasti anda mempunyai


belanja yang terhad untuk membuat pengiklanan. Pengiklanan yang
terbaik ialah pengiklanan secara percuma. Publisiti yang hadir di dalam
bentuk positif atau negatif adalah sejenis pengiklanan secara percuma.
Mendapat liputan di dalam media massa adalah satu taktik promosi yang
boleh dirancang.

Publisiti memerlukan berita-berita yang berharga dan penting kepada


media untuk disiarkan. Berita-berita seperti pelancaran produk,
penganugerahan, kontrak besar , penemuan saintifik dan sebagainya
adalah dicari-cari oleh pihak media. Berita-berita tersebut boleh dihantar
kepada pihak akhbar di dalam bentuk siaran akhbar (press release)
untuk disampaikan kepada pihak akhbar. Ianya kemudian akan dicetak
sebagai berita atau dibuat susulan berikutnya.

Oleh itu bagaimanakah anda boleh mendapat publisiti ? Antaranya ;

1. Jika berita tersebut sememangnya satu berita yang panas sebagai


contoh , penemuan baru saintifik , satu artikel yang penuh dan
lengkap perlu dilampirkan. Artikel-artikel ini perlu ditulis sebagai
berita dan bukannya satu iklan agar wujud kredibiliti.

2. Kadangkala akhbar juga menerima gambar-gambar yang menarik


untuk dipaparkan di dalam akhbar mereka. Kenyataan yang dibuat
oleh pihak wartawan akan memberikan perhatian kepada produk
anda.

3. Surat-surat kepada editor juga boleh bertindak sebagai publisiti.


Jika anda sentiasa mengikuti isu-isu semasa terutamanya yang
berkaitan dengan apa yang berlaku di dalam industri anda
mungkin boleh memberikan pandangan anda berkenaannya.
Sebenarnya orang ramai memang suka mendengar pandangan
orang lain yang tertulis di dalam akhbar.

Di dalam taktik publisiti, anda hanya berharap semata-mata daripada


ikhsan editor, sebab itulah penggunaan firma-firma perhubungan
awam perlu. Pengetahuan strategik mereka mengenai perhubungan
dengan pihak-pihak editor media massa akan memberikan perniagaan
anda satu pendedahan dan liputan berita yang baik.

57
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimana Mendapat Iklan


PERCUMA bernilai RM12,000
Saya sekali lagi akan membincangkan akan faedah publisiti yang positif
di dalam mukasurat ini. Ini adalah kerana saya inginkan anda
memahaminya dan menggunakannya jika anda berpeluang. Potensi
publisiti yang tepat boleh melonjakkan perniagaan ke tahap yang tidak
pernah anda bayangkan.

Beberapa tahun dahulu , saya membaca di sebuah majalah yang


membincangkan tenang fenomena graduan yang semakin ramai
menganggur. Saya sebenarnya sangat prihatin kepada generasi muda
yang tidak dapat menggunakan potensi diri mereka yang sebenar.
Sesungguhnya sumber manusia adalah kuasa yang paling kuat di dalam
sesebuah negara.

Atas dasar prihatin saya, saya menulis sebuah artikel yang agak panjang
lebar (lebih kurang empat mukasurat penuh) kepada pihak pengarang
dan diakhir menyertakan kesediaan saya untuk ditemubual bagi majalah
mereka kerana saya mempunyai terlalu banyak lagi idea dan pengalaman
lagi untuk dikongsi bersama. Pihak pengarang berbesar hati
menemubual saya dan menyiarkan artikel saya di dalam majalah mereka
seterusnya. Saya juga berbesar hati dan merasa berpuas hati kerana
dapat berkongsi idea untuk faedah bersama kepada generasi muda
tersebut.

Walaupun niat asal menulis artikel tersebut bukannya kerana hendak


mendapat publisiti, tetapi amat menakjubkan kerana selepas sahaja
artikel saya dikeluarkan berserta transkrip temubual saya, panggilan
telefon saya tidak henti-henti daripada seluruh Malaysia untuk
bertanyakan maklumat lanjut tentang idea-idea saya. Malahan panggilan
tersebut juga menjurus kepada peserta-peserta baru yang masuk ke
kursus saya dan pembelian bahan-bahan bacaan nukilan saya. Nilai
pertambahan peserta kursus-kursus dan bahan-bahan bacaan yang
terjual hasil daripada publisiti tersebut mencecah puluhan ribu ringgit.
Semuanya hasil daripada publisiti yang saya dapat daripada majalah
tersebut. Namun saya ikhlas katakan bahawa tujuan saya membenarkan
artikel panjang lebar saya disiarkan percuma atas dasar prihatin saya
kepada golongan generasi muda.

Baru-baru ini saya dimaklumkan oleh beberapa rakan saya bahawa


untuk menempah iklan di dalam majalah tersebut sebanyak empat
mukasurat penuh adalah berkos kira-kira RM12,000 . Namun saya
secara percuma mendapat ‘iklan’ tersebut menerusi publisiti wawancara
saya . Dan pihak pengarang majalah juga berterima kasih kerana artikel
saya tersebut mendapat sambutan yang baik dan melariskan majalah
mereka dan mereka pula tidak perlu membayar saya apa-apa!

58
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kelebihan Publisiti Daripada


Pengiklanan
A best thing publisizes itself for sale; a good thing advertises itself for sale,
a bad thing hype itself for sale.-Amin Al Farabi

Sebenarnya anda juga boleh lakukan seperti apa yang saya lakukan,
kerana jika anda perhatikan memang terdapat ramai pengusaha-
pengusaha yang mendapat publisiti positif hasil daripada tersiarnya
kisah mereka di akhbar ataupun TV.

Cuba perhatikan di TV hampir saban hari ada sahaja tetamu yang


diundang untuk membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan
sesuatu subjek yang boleh menarik perhatian ramai. Topik-topik yang
diutarakan adalah pelbagai termasuklah wawancara dengan pakar
pemakanan, penggubah bunga hiasan, pendakwah, pakar motivasi,
kraftangan, pendidikan dan sebagainya. Adakah anda tergolong di antara
mereka ?

Apakah Kelebihan Publisiti Berbanding Iklan ?

Publisiti adalah cara untuk mendapat liputan dan meningkatkan jualan .


Publisiti , tidak seperti pengiklanan , adalah satu strategi promosi secara
jangkamasa panjang dan sukar untuk diukur. Manakala pengiklanan
pula anda dapat memilih lokasi dan menempatkan iklan anda di dalam
media yang anda suka. Walaubagaimanapun kadangkala publisiti lebih
berjaya daripada pengiklanan kerana kelebihan-kelebihan berikut ;

1.Kredibiliti

Orangramai selalunya mempercayai fakta-fakta yang ditulis di dalam


akhbar daripada iklan-iklan . Kebanyakkan kita tidak mempercayai
iklan, tetapi mempercayainya bila kita membaca berita mengenainya.

2.Tarikan

Orangramai selalunya tertarik membaca peristiwa atau berita yang


berlaku disekeliling mereka. Fikirkan bagaimana anda dapat
menggunakan dengan sesuai celebriti sukan , hiburan atau sesiapa
sahaja untuk menarik perhatian pelanggan.

3.Dramatik

Pengiklanan memang boleh membuatkan sesuatu produk/servis


perniagaan nampak lebih "hebat". Publisiti juga dapat melakukannya
tetapi dengan cara yang berbeza. Publisiti akan menyampaikan mesej
berikut , " Kami adalah rakan anda, dan berprihatin seperti anda.
Mari kita bekerjasama untuk membuat suasana hidup kita lebih
baik."

59
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Nilai Seorang Pelanggan Selama


Hayat Berurusan Dengan Anda
Selama ini mungkin anda menilai seorang pelanggan berdasarkan nilai
transaksi jual beli yang berlaku dengannya. Cuba anda nilaikan nilai
sebenar beliau dengan anda sepanjang hayat beliau menjadi pelanggan
setia anda. Katakan saya adalah bakal pelanggan anda. Saya akan
berkata,

"Katakan saya membuat satu pembelian yang bernilai RM100. Anda


mungkin melayan saya sebagai seorang pelanggan yang bernilai RM100
dengan layanan yang sepadan dengan nilai tersebut. Tetapi cuba
bayangkan saya seorang pelanggan tetap anda dan membuat pembelian
sebulan sekali. Ini bermakna nilainya ialah RM1,200. Katakan saya setia
kepada anda selama 10 tahun. Dan ini akan membuatkan nilai saya naik
menjadi RM12,000.

Jika saya cukup berpuashati dan kesetiaan saya amat tinggi untuk
berurusan dengan anda, saya mungkin akan mencadangkan perniagaan
anda kepada rakan-rakan saya yang lain. Jika terdapat lima rakan saya
yang percayakan diri saya dan menjadi pelanggan setia seperti saya
setiap seorang akan menyumbang kepada anda sebanyak RM12,000
seorang.. Jika didarab lima orang maka nilainya akan menjadi
RM60,000. Di tambah nilai saya sendiri maka perniagaan anda akan
menerima nilai sebanyak RM72,000 .

Jika anda melihat diri saya seperti seorang yang bernilai RM100,
bagaimanakah akan anda layan saya ? Berapa pemurahkah anda kepada
saya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ?

Tetapi jika anda melihat saya sebagai seorang pelanggan yang bernilai
RM72,000 , bagaimanakah akan anda layan saya? Berapa pemurahkah
anda kepada saya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ?

Apabila berlaku sesuatu komplen atau aduan ,jangan biarkan pelanggan


anda hampa dan tidak melanggan anda semula. Kajian menunjukkan
bahawa kos untuk mendapat pelanggan baru adalah 6 kali ganda
daripada memperbaiki masalah yang dihadapi oleh seorang pelanggan
yang setia.

60
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Apakah Kelebihan Perniagaan


Anda Berbanding Pesaing Anda
Katakan anda bercadang menyediakan khidmat merakam video di dalam
acara perkahwinan dan sebagainya. Saya membaca akhbar dan
mendapati terdapat dua tiga orang lain yang menawarkan khidmat yang
sama. Apakah yang membezakan perniagaan anda daripada lain-lain
pesaing anda dan seterusnya memberikan kelebihan kepada anda ?
Apakah yang akan anda tulis di dalam iklan anda agar ianya menarik
pelanggan ?

Katakan seorang pesaing menawarkan iklan seperti berikut ;

“Khidmat merakam video untuk segala jenis acara . Hubungi 012-


1234567”

Bagaimana dengan anda ? Apakah kelebihan anda ? Salah satu taktik


yang selalu digunakan oleh pengusaha ialah dengan menggunakan
perkataan PERCUMA di dalam iklan mereka. Ya , anda dan saya memang
suka sesuatu yang percuma bukan ? Itu adalah naluri biasa manusia
dan memang positif kepada kita. Tidaklah bijak jika saya atau anda
menolak sesuatu yang PERCUMA . Rezeki jangan ditolak.

Di dalam kes ini anda boleh menawarkan khidmat rundingan percuma.


Khidmat rundingan percuma sebenarnya adalah cara menarik bakal
pelanggan supaya tidak teragak-agak menelefon anda bertanya itu ini
supaya mereka berpuashati dan seterusnya memilih anda untuk
melaksanakan tugas tersebut. Hakikatnya , soalan-soalan mereka itu
serupa sahaja dengan soalan yang akan mereka tanya walaupun anda
tidak meletakkan perkataan “khidmat rundingan percuma”. Oleh itu
anda mungkin boleh membuat iklan yang sedikit berbeza tetapi saya
pasti memberi kesan yang besar . Anda mungkin boleh menulis iklan
seperti berikut ...

“Khidmat rakaman video. Konsultansi PERCUMA . Hubungi 017-5329


567”

Ini hanya satu sahaja taktik yang saya berikan contoh. Sebenarnya
terdapat banyak lagi taktik yang boleh digunakan untuk menunjukkan
kelebihan anda berbanding dengan pesaing anda. Antaranya ialah :

Penghantaran segera , khidmat 24 jam , jaminan gantian


setahun/sepanjang hayat, beli 3 percuma 1, diskaun pendaftaran awal
dan berbagai-bagai lagi.

Cuba anda lihat iklan-iklan di akhbar dan majalah dan catitkan apakah
taktiktaktik yang digunapakai oleh para pengusaha. Sememangnya
terdapat banyak taktik-taktik yang akan anda temui. Apa yang penting
anda MESTILAH mempunyai satu kelebihan sebagai taktik utama di
dalam memperkenalkan perniagaan anda tersebut.

61
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kenalpasti Diantara Ciri-ciri


Dan Faedah-faedah
Kebanyakkan usahawan masih keliru di antara ciri-ciri dengan faedah-
faedah semasa di dalam persembahan jualan. Ciri-ciri ialah aspek
produk/servis yang wujud walaupun pelanggan tidak memerlukannya.

Faedah-faedah pula ialah penggunaan atau kelebihan seseorang


pelanggan hasil daripada penggunaan ciri-ciri daripada produk/servis
tersebut.

Sebagai contoh seorang pelanggan yang ingin menyewa sebuah kereta


sewa anda untuk pulang ke kampung berkemungkinan tidak
memerlukan ciri-ciri sebuah kereta pacuan empat roda. Tetapi jika beliau
memandu di atas jalan yang tidak bertar dan berbukit-bukau ataupun di
kawasan pendalaman, ciriciri pacuan empat roda tersebut menjadi
faedah kepada beliau.

Faedah ialah ciri-ciri produk/servis yang sedang beraksi. Kebanyakkan


pelanggan, terutamanya pada peringkat pengguna akhir dalam urusniaga
runcit, berfikir daripada aspek faedah-faedah produk/servis. Mereka
tidak memikirkan sangat tentang ciri-cirinya. Semasa persembahan anda
harus tahu individu jenis apakah yang akan anda hadapi. Jika anda
menjual kepada seorang jurutera, anda harus menerangkan ciri-ciri dan
juga faedah-faedahnya sekali. Tetapi kebanyakkan kes, anda tidak
memerlukan penerangan ciri-ciri yang panjang lebar, kerana
kebanyakkan pembuat-pembuat keputusan memikirkan apakah faedah-
faedah yang dapat diperolehi.

Cuba cungkil dan ajak pelanggan sertai di dalam perbincangan


faedah/ciri-ciri melalui teknik soalan Maklumbalas Ciri-ciri Faedah.
Contohnya.

Anda : "Komputer ini mempunyai kapasiti simpanan cakera keras


sebanyak 100 Gigabyte . Bagaimanakah ini penting kepada encik?"
Pelanggan :"Saya tak pasti. Adakah ianya berupaya untuk menyimpan
senarai nama pelanggan saya yang berjumlah 200,000 orang?" Melalui
teknik ini anda melakukan dua perkara ; 1. mencungkil sebarang
kekurangan pengetahuan dan kesediaan untuk memberi nasihat 2.
menerangkan faedah yang penting yang ada pada produk. Di dalam
persembahan anda haruslah sentiasa merujuk kepada faedah-faedah ini
kepada pelanggan. Ingat juga bahawa satu ciri-ciri sebenarnya boleh
membuahkan lebih daripada satu faedah. Sebagai contoh , sebuah
unggun api bukan sahaja memanaskan badan anda ketika sejuk tetapi
juga membantu anda memanggang makan.

62
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Seni Kejurujualan (I)


Kena menjual ?!!! Inilah respon yang selalu didengari daripada individu
yang baru menceburi bidang perniagaan. Mungkin anda juga demikian
??? Relaks saya tak salahkan anda kerana saya juga dahulu seperti anda.

Kejurujualan adalah salah satu aspek di dalam perniagaan yang amat


tersangat tidak digemari oleh pengusaha-pengusaha yang baru berjinak-
jinak dengan dunia perniagaan. Saya mempunyai satu formula tentang
kejurujualan. Sebenarnya formula kejurujualan adalah seakan hampir
dengan formula pemasaran telah anda baca pada mukasurat lepas.
Cuma ada perubahan yang sedikit.

“Jual produk yang betul pada harga yang betul di tempat yang betul
kepada pelanggan yang betul.”

Ikuti kisah saya di bawah, dan perhatikan sendiri samada anda dapat
mengesan kegunaan formula tersebut di dalam kisah saya ini.

Kisah Saya Yang Melucukan Tentang Kejurujualan

Sekitar tahun 2001, saya telah diundang untuk ke sebuah stesen radio
untuk membincangkan topik-topik berkaitan dengan keusahawanan.
Topik tersebut mendapat sambutan daripada pendengar di sekitar
Lembah Kelang. Saya diundang selama satu jam, dan pelbagai soalan
saya jawab daripada pendengar ketika itu. Salah seorang daripadanya
adalah seorang pemuda yang sangat phobia tentang menjual. Berikut
adalah perbualan dengan beliau di dalam telefon. Setelah mengucapkan
salam dan berkenalan, saya ringkaskan isi perbualan saya dengan beliau
melalui telefon.

“Encik Amin, encik menceritakan tentang topik kejurujualan. Saya


rasakan sukar, kerana saya rasakan formula yang encik berikan hanya
bersesuaian dengan bidang kerjaya encik. Mungkin formula tersebut
tidak sesuai dengan saya, kerana saya menjual produk, encik hanya
seorang konsultan. Saya rasakan encik sukar untuk menjual apa yang
saya niagakan”

Ketika ini juruhebah di konti, mengerutkan kening dan merasakan ini


satu cabaran untuk saya.

“Hmmm.... mari kita lihat. Apa yang ingin saudara minta saya jualkan “

“Saya ada merekacipta pasu-pasu kecil yang cantik . Hah...banyak di


depan mata saya ni. . Hmm....ceritakan pada saya bagaimana encik
Amin hendak menjualnya kepada saya sekarang?”
Sebenarnya saya tidak tahu langsung apa yang dimaksudkan oleh
Encik Ahmad mengenai pasu-pasu rekaannya dan beliau nampaknya
seakan cuba menekan saya). Setelah berfikir sejenak saya pun
berkata,

63
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

“Oohhh..begitu , encik Ahmad, boleh beritahu saya kenapa pula encik


menyuruh saya menjualnnya ?

“Saya rasakan ianya comel dan sesuai untuk dibuat perhiasan di


dalam rumah”,

“Warnanya menarikkah ? Buatan tangankah ? Adakah ianya unik dan


tidak dapat di mana-mana ?”

“Warnanya memanglah menarik dan pelbagai, dan memanglah buatan


tangan dan tidak dapat di mana-mana, ianya adalah asli dan original
dari segi strukturnya.” ujar Encik Ahmad dengan teruja sekali.

“Ada apa-apa kegunaan istimewa lagi tentang pasu tersebut ?”

“Pasu kecil ni..ada juga pelbagai saiz dan boleh dibuat untuk mengisi
pokok-pokok. Selain itu boleh juga diisi pensel dan pen ...Isi habuk
rokok pun boleh”

“Sesuai untuk dibuat sebagai hadiah atau cenderamata ?” tanya saya.

“Sesuai sekali!”, balas Encik Ahmad pantas.

“Hmmm...berapakah harga yang patut dan sesuai rasanya encik


Ahmad sanggup bayar kepada pasu tersebut ?”

Ketika ini juruhebah telah memberikan saya isyarat agar


memendekkan perbualan saya kerana ingin memberi peluang agar
orang lain menelefon saya. Beliau memberi isyarat saya mempunyai
hanya 20 saat lagi.

“Saya rasa sanggup bayar RM5 untuk sebuah pasu. Kira harga
patutlah”

“Kalau ambil dua pasu, encik sanggup ke bayar RM9....sebab


mungkin cantik diberi sebagai cenderahati kepada sesiapa..”

“OKLAH, kalau RM9 ..saya sangguplah ambil dua yang berlainan warna..”

“Betul ke encik , sanggup ?”

“Yerlah saya sanggup dan setuju dengan harga itu”

“Kalau begitu saya jual kan dua pasu tersebut dengan harga RM9,
kepada encik...Terima kasih..kerana menelefon saya!”

“SAYA BELI. Sama-sama..err”. Klik.

Urusniaga selesai.

64
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Seni Kejurujualan (II)


Anda telah pun diberitahu tentang formula peribadi saya tentang
kejurujualan. Namun itu hanyalah formula asas. Hakikatnya saya
mempunyai hampir 100 lagi formula atau taktik untuk menjual apa
sahaja barang yang diberi kepada saya. Ramai peserta yang tahu akan
taktik tersebut setelah sanggup membayar yuran kursus yang beratus
ringgit. Tapi seperti saya cakapkan bukannya tujuan saya mempromosi
diri saya di dalam buku ini. Seorang rakan saya selalu bertanya kepada
saya,

“Apakah 1 taktik kau sampai boleh kau menjual kepada beratus-ratus


orang ?” Saya selalu menjawab.. “Aku tak ada satu taktik tapi aku ada
beratus-ratus taktik yang digunakan untuk menjual kepada 1 orang.”

Rahsia Jurujual Kereta

Kira-kira tujuh tahun lepas, saya membeli sebuah kereta yang baru. Saya
telah berhenti ke sebuah kedai menjual kereta di Kuala Lumpur dan
kehadiran saya telah disambut dengan mesra oleh seorang jurujual
kereta tersebut. Kasihan juga saya melihat dia bersungguh-sungguh
memujuk saya untuk membeli sebuah kereta. Mungkin beliau berharap
benar saya membeli daripadanya, agar membolehkan beliau mendapat
komisen yang tinggi kerana kereta yang sedang saya tinjau adalah kereta
yang agak mahal harganya. Sebenarnya saya tidak perlu dipujuk lagi,
kerana saya sememangnya sudah berniat hendak membeli kereta
tersebut. Namun itu cerita lain.

Apa yang hendak saya beritahu anda di sini ialah kisah seterusnya.
Membeli sesuatu yang agak mewah dan mahal mestilah memerlukan
pemerhatian dan pemerhatian ini disulami dengan pemujukan si
jurujual. Di pendekkan cerita jurujual tersebut , saya namakan beliau
Bakar, akhirnya menjadi seakan rakan lama pada hujung pertemuan
tersebut. Saya tidak tahulah berapakah nilai komisen yang diterima oleh
Bakar hasil daripada penjualan kereta tersebut, apa yang saya
kasihankan ialah beliau sendiri masih menaiki motor ke tempat kerjanya.

Bakar akhirnya menceritakan bahawa beliau baru sahaja bekerja di sini


hampir dua tahun dan tempat tersebut amat baru dan kurang pelanggan.
Dalam diam-diam beliau menyalahkan majikannya kerana kurang
membuat iklan mengenai kedai mereka. Kekurangan pelanggan
menyebabkan komisen jualan juga berkurang. Hendak diharap gaji
pokok memanglah tidak cukup.

Serta merta saya teringatkan idea jurujual terbaik di dunia iaitu Joe
Girard, yang dinobatkan sebagai jurujual terbaik di dunia di dalam buku
Guinness Book of World Record. Joe Girard telah menjual hampir 13,000
buah kereta sepanjang 13 tahun beliau menjadi jurujual kereta sebelum
bersara untuk menjadi konsultan jurujual.

65
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kini, saya ingin dedahkan rahsia Joe Girard kepada Bakar. Rahsia ini
saya ketahui daripada buku tulisan Joe Girard bertajuk “How To Sell
Anything to Anybody” yang saya beli beberapa tahun dahulu. Sukar
untuk mendapat buku ini sekarang. Bakar mendengarnya dengan minat
dan berapi-api untuk memulakannya. Beliau seperti menemui ilham yang
ditunggu-tunggu selama ini. Kasihan Bakar, kerana jika beliau rajin
membaca, rahsia ini sudah tentu lama diketahui. Tapi saya tidak
salahkan Bakar seratus peratus kerana buku Joe Girard tersebut
sekarang susah sukar saya cari kini.

Inilah faedahnya bila jika anda membaca. Anda tidak tahu


bilakah pengetahuan yang sedikit itu dapat mengubah
hidup anda atau orang lain.

Saya bersyukur juga kerana ilmu pengetahuan yang saya


baca tersebut hanya perlu saya terangkan tidak sampai
setengah jam. Namun kesannya kepada kerjayanya dan
kehidupannya apabila saya berjumpanya setahun
kemudian. Beliau kini sudah mampu pun memakai kereta Sukar mencari
yang dibayar dengan pinjaman selama tiga tahun sahaja. buku ini
Harga kereta yang dibeli oleh Bakar saya anggarkan dalam sekarang!
lingkungan RM80,000.00.

Anda hendak tahu apakah rahsianya ?

Rahsianya mudah dan murah. Inilah yang perlu ditiru 100% daripada
cara Joe Girard, iaitu Bakar perlu lakukan ialah meminta pelanggan lama
beliau seperti saya, mengsyorkan rakan-rakan mereka membeli kereta
daripada kedainya dengan menemui beliau. Secara praktikalnya, Bakar
hanya perlu memberi beberapa kad bisnes tambahan dengan mempunyai
tandatangannya di belakang kad bisnes tersebut. Dengan ini Bakar akan
tahu pelanggan baru yang datang menemuinya adalah hasil daripada
syoran pelanggan lama beliau yang tertentu. Bakar akan memberikan
sedikit komisen kepada pelanggan yang mengsyorkan beliau itu.

Secara matematiknya anda boleh melihat penggandaan akan berlaku


kerana setiap orang yang berpuashati membeli kereta daripada Bakar
akan mengsyorkan rakan-rakan mereka membeli daripadanya. Mereka
akan mendapat faedah kerana Bakar sedikit saguhati/komisen kepada
mereka. Katakan 1 orang memberitahu 2 orang rakannya dalam sebulan
maka Bakar akan mendapat pertambahan pelanggan yang hadir
sebanyak 200% tanpa usaha beliau. Malahan mereka yang disyorkan
oleh rakan-rakan lain adalah lebih mudah untuk dijual daripada
pelanggan yang datang tanpa disyorkan.

Saya memberitahu Bakar bahawa konsep ini berjaya jika Bakar telus
menunaikan pembayaran komisen sebagaimana yang dijanjikan. Tiada
mungkir janji walaupun kata-kata beliau kepada pelanggan adalah
secara janji cakap mulut sahaja. Alhamdullilah Bakar patuh kepada
prinsip tersebut dan hasilnya adalah amat memberangsangkan kerana
jumlah pelanggan yang datang kemudiannya menjadi berlipat ganda
sebanyak 300%! Ini bermakna pendapatan beliau kini setahun samalah
dengan jumlah pendapatan beliau selama jumlah tiga tahun lepas. !

66
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimana “Menawan” Pelanggan


Pesaing-Pesaing
Menawan atau "Mencuri" pelanggan-pelanggan pesaing adalah
satu perkara yang biasa terjadi di dalam kehidupan seorang usahawan.
Para pelanggan menjadi kurang berpuashati dan kemudiannya bertukar
selera membeli daripada syarikat lain. Pasaran anda akan meningkat jika
pelangganpelanggan ini datang kepada anda. Berikut adalah cara-cara
bagaimana anda "mencuri" mereka ;

1. Fikirkan Secara jangkamasa Panjang

Jangan cepat berputus asa apabila anda mendengar , "Saya sudah


berpuashati." Kepuasan hati hanyalah bersifat sementara. Kehendak
pelanggan anda boleh berubah dan ini memerlukan anda menyediakan
sebab-sebab yang kukuh mengapa mereka jangan berubah.

2. Bina Perhubungan

Anggap pelanggan sebagai sahabat. Dengar dan ambil peranan sebagai


perunding di dalam memahami kehendak pelanggan. Mungkin
maklumat yang anda sampaikan tidak membuatkan seorang pelanggan
membeli daripada anda pada hari tersebut, tetapi kerana perhubungan
yang terjalin mereka mungkin akan mengsyorkan beberapa rakan mereka
kepada anda pada suatu hari nanti.

3. Pelajari Kehendak Pelanggan

Ambil masa anda untuk melakukan penyelidikan dan bertanyakan


seberapa banyak soalan-soalan yang tidak menekan kepada bakal
pelanggan anda dan dapatkan sebab mengapa mereka merasa tidak
berpuas hati dengan servis/produk pesaing. Kunci utama ialah mencari
ruang kosong mereka dan tawarkan sesuatu untuk ruang tersebut.

4. Jual Diri Anda

Penampilan diri adalah penting dan juga pengetahuan anda. Tunjukkan


bahawa anda bersemangat , ikhlas , professional , beretika, pakar yang
prihatin yang menjadi asset untuk sesiapa berusuniaga. Berikan idea-
idea baru kepada mereka dan tunjukkan kepada mereka bahawa anda
adalah di pihak mereka walaupun mereka tidak membelinya.

67
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

5. Tambah Nilai

Kebanyakkan produk dan servis adalah "benda-benda" di pasaran yang


susah untuk dibezakan diantara satu sama yang lain. Oleh kerana itulah
anda seharusnya menjual diri anda untuk mendapatkan perhatian
pembeli. Anda harus membezakan produk/servis anda dengan
menerangkan tentang jaminan, servis yang baik, penghantaran cepat dan
sebagainya.

6. Suruh Mereka Mencuba Tanpa Risiko

Kebanyakkan pelanggan telah pun menjadi pelanggan kepada pesaing-


pesaing anda. Tetapi mereka akan mencuba menggunakan produk anda
jika anda memberikan mereka "langganan tanpa risiko". Pastikan
kepuasan pelanggan di dalam jangkamasa ini supaya pelanggan
memberikan tanggapan yang paling positif dan seterusnya melanggan
produk/servis anda.

Jadikan Pelanggan ‘Duta’ Anda

Jika anda tidak boleh menganggap pelanggan sebagai raja, jadikanlah


mereka duta anda

Saya bernasib baik kerana ramai bekas peserta kursus saya menjadi
sahabat saya. Setakat yang saya kenali, mereka yang pernah mengikuti
kursus saya mengenai panduan perniagaan ramai yang telah berjaya di
dalam bidang perniagaan masing-masing. Ada yang berjaya membuka
bengkel, berjaya menjadi pengusaha butik dan sebagainya.

Pelanggan adalah rakan anda. Bagi usahawan daripada rumah , menjadikan


pelanggan rakan anda adalah satu kemestian. Siapakah duta ?

Duta ialah mereka yang membawa nama baik anda kepada orang lain.

Untuk membuatkan pelanggan berpihak kepada anda seterusnya


menjadi rakan anda berikan layan yang terhormat , penuh semangat ,
ikhlas , telus dan mesra. Untuk orang yang bagaimana keras pun akan
berlembut dan memahami bahawa perniagaan anda mahukan yang
terbaik untuk anda.

Ingat, lima daripada enam pelanggan yang datang membuat komplen kepada
anda akan terus datang menjadi pelanggan anda walaupun anda tidak
memperbaiki apa yang beliau komplenkannya. Ini adalah kerana mereka
melihat anda sebagai seorang yang menerima komplen itu dengan mesra,
prihatin , bersemangat dan komited kepada perhubungan.

Manakala pelanggan yang tidak berpuashati akan memberitahu secara


purata lapan hingga 20 orang-orang lain mengenai pengalaman buruk
mereka itu. Yang manakah situasi anda ?

68
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Persepsi Pelanggan : Aspek


Yang Dihargai Oleh Pelanggan
Anda disoal : Apakah yang amat bernilai oleh seorang pelanggan ?
Jawapannya : Ia sebenarnya bergantung kepada pelanggan sendiri !

Apa yang penting kepada seseorang tidak penting pula pada seseorang
yang lain. Katakan sebuah kapalterbang lewat tiba daripada luar
negara selama beberapa jam .

Apakah yang dirasai oleh penumpang yang lewat tersebut ?

• Seorang ibu dengan anak-anaknya mahu pergi membawa anaknya


untuk menukar lampin dan membeli sebotol susu.
• Seorang eksekutif ingin mencari telefon untuk memberitahu
kelewatan yang tidak dapat dielakkan tersebut.
• Seorang pasangan yang hendak bercuti tidak sabar-sabar melihat
negara baru yang hendak dilawatinya .
• Tetapi seorang lelaki yang tertarik dengan seorang pramugari yang
jelita di dalam kapalterbang pula berharap agar kelewatan ini dapat
diteruskan selama beberapa jam lagi!!!

Setiap pelanggan menilai dari persepsi yang berlainan . Dan memang


mereka betul. Untuk meningkat mutu perkhidmatan pelanggan anda
mestilah tahu apakah yang sebenar-benarnya dikehendaki
,diperlukan dan diingini oleh pelanggan. Adakah Anda Tahu Persepsi
Nilai Sebenar Pelanggan Anda ?

Bagaimana Mendapat Tanggapan Pertama Pelanggan


Yang Positif
Tanggapan pertama atau 'first impression' adalah penting kepada
persepsi pelanggan anda. Anda tidak akan mendapat peluang kedua
untuk mendapat 'first impression' kerana sememangnya tiada istilah
'second impression' kepada pelanggan. Oleh itu pastikan anda
lakukannya dengan betul!

Berikan perhatian lebih kepada iklan-iklan, pintu depan , halaman


web ,risalah-risalah promosi , ucapan selamat panggilan telefon dan
perhubungan pertama dengan pelanggan.

69
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Bagaimana Mendapat Lebih Banyak


Pelanggan Melalui Penggunaan
Internet
Pada masa sekarang, penggunaan media internet menjadi semakin
penting dan tidak boleh diketepikan oleh usahawan professional.
Halaman-halaman web, e-mail , forum on-line dan chat room
menyediakan pilihan kepada anda dan pelanggan anda untuk bertemu
pelanggan-pelanggan baru anda.

• Dengan menyertai forum dan newsgroup yang membincangkan bidang


minat bersama anda atau syarikat anda, anda boleh membina satu
reputasi sebagai seorang yang berpengetahuan dan menjana lebih
banyak jualan. Katakan anda menjual satu produk yang khusus
untuk kanak-kanak . Dengan menyertai forum yang berkaitan dengan
kanak-kanak, anda akan dapat berjumpa secara on-line mereka yang
terlibat dengan bidang ini.

• Gunakan perkhidmatan maklumat on-line untuk membantu anda


mencari maklumat yang diperlukan oleh anda. Kemudian hantarkan
maklumat yang telah diperolehi kepada pelanggan anda melalui e-
mail.

• Tinjau di dalam halaman-halaman web syarikat-syarikat yang


berkaitan dengan produk/servis yang akan anda jual.

• Catat daripada halaman-halaman web yang berkenaan butir-butir


seperti nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya untuk
maklumat simpanan anda.

• Bangunkan sebuah halaman web yang berkaitan dengan produk anda


yang menawarkan "nilai-nilai tambah". Anda mungkin boleh
memberikan resepi atau satu maklumat yang berguna untuk
pelanggan anda yang sukar di dapati di mana-mana sebagai penarik
untuk pelanggan mengunjungi halaman web anda. Untuk lebih
berkredibiliti , masukkan surat-surat akuan dan senarai nama
pelanggan-pelanggan anda di dalam halaman web anda. Pastikan
anda mencetak alamat halaman web anda pada semua bahan-bahan
promosi bercetak anda.

• Saling bertukar alamat-alamat dengan pelanggan-pelanggan anda.


Jawab segala pertanyaan dengan pantas yang diajukan oleh
pelanggan melalui email anda serta-merta!. Ini adalah kerana masa di
dalam dunia siber dikira dengan lebih pantas daripada dunia nyata.

70
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Kisah-kisah Usahawan Jutawan


Sebagai Inspirasi Untuk Anda
J.PAUL GETTY

J. PAUL GETTY, jutawan minyak dan orang yang amat bernasib


baik, tidak teratur perjalanan hidupnya ketika dia masih kecil. Dia
masuk ke universiti kerana mahu menjadi seorang penulis. Kemudian dia
masuk perkhidmatan diplomatik. Setelah keluar universiti dia tertarik
dengan kekayaan minyak di Oklahoma, sumber kekayaan ayahnya.
Perusahaan minyak ini tidak langsung menjadi cita-cita Getty, tetapi dia
rasa dia terpaksa menangguhkan perkhidmatannya sebagai diplomat
untuk setahun dan cuba menjadi usahawan minyak.

Getty mengumpulkan modal dengan bekerja di lombong minyak orang


lain dan kadangkala terpaksa meminjam dari ayahnya. Ayahnya
berpegang kuat kepada prinsip tidak mahu memanjakan anaknya. Dia
meminjamkan wang kepada anaknya tetapi dengan jumlah yang sedikit.
Getty yang masih muda adalah seorang yang berani tetapi bukan terburu
nafsu. Dia tidak melibatkan diri dalam projek yang memerlukan wang
tunai yang banyak kerana takut menderita sekiranya kerugian. Projek-
projek awalnya gagal tetapi pada 1916 dia berjaya menjumpai telaga
minyak pertama. Dia mula kaya ketika umurnya baru 23 tahun.

Nasib baik? Sudah tentu. Getty sememangnya bernasib baik. Dia berbuat
sesuatu kena pada ketikanya. Bagaimanakah dia mengetahui bahawa
telaga itu akan menghasilkan minyak? Dia tidak tahu walaupun dia telah
mengumpulkan data-data. " Semua perkara mempunyai unsur nasibnya.
", dia berkata, dan " Anda harus berani hidup bersama nasib anda.".

Orang bernasib baik adalah orang yang berani dan orang yang kurang
berani dengan beberapa pengecualian adalah yang kurang bernasib baik.

Nasib baik mungkin menyebabkan nasib baik. Untuk bertindak berani


ikutilah panduan ini : Bersedialah untuk bertindak cepat atau pantas
menuju ke arah sesuatu yang baru apabila peluang keemasan tiba.
Bezakan antara keberanian dan perbuatan terburu-buru. Kalau anda
melaburkan seluruh wang simpanan anda untuk satu-satu projek yang
berkemungkinan besar akan merugikan anda, ini adalah perbuatan yang
terburu-buru. 7

71
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Datuk Low Boon Siew

Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian,
sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika
dahulu, kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan
beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja
mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan
untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya.

Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk


berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya
bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai
sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk
menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk
memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas
dan upahnya 10 sen bagi setiap bas.

Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan


sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat
demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia
kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8
buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikanbas
penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu
RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal


pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas
dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang
dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan
membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa
jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun
beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah
digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika
dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau
membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian
dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.
Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang
menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak
mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga
menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling
diminati. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis
Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini suatu ketika
dahulu.

Beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di


dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau
sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh
usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum,
Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar
sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk
berkhidmat dengannya.
72
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari

Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia


iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya
terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutamanya
bursa-bursa saham. Tidak banyak yang diketahui mengenai
latarbelakang beliau.

Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempat


ketujuh di dalam senarai 40 orang kaya di Malaysia menurut akhbar
perdagangan Business Economics, 2004.

Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah.
Beliau bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau dikenali dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah
berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk
memperbaiki taraf hidupnya.

Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang
pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi
seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Beliau salah seorang yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan
Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh
singkat.

Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary


yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai
RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal
dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan
Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman
bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai
tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras
sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.

Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal
erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang
dilakukan. Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal
pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat
dan 7projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai
terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting
dalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan seorang yang
pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat
bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti.

73
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Langkah Tindakan Anda Hari Ini!


IQRA, Bacalah... itulah perintah Allah yang pertama iaitu membaca.
Anda tidak tahu bagaimana besarnya kesan kepada seseorang apabila
membaca satu buku yang bagus. Saya telah pun menceritakan kepada
anda pengalaman kisah saya dan Bakar, sijurujual kereta yang mampu
memakai kereta yang berharga RM80,000 hanya setelah menggunakan
sedikit pengetahuan yang saya berikan melalui pembacaan buku Joe
Girard, “How To Sell Anything, To Anybody”. Membeli dan membaca buku
adalah satu pelaburan, di sini saya syorkan kepada anda buku-buku
yang mesti anda dapatkan sekarang!

“Working from Home”, tulisan Paul and Sarah Edwards,


membentangkan bagaimana anda boleh berjaya bekerja daripada rumah
dan strategi menjayakan perniagaan SOHO anda. Dapatkan di kedai
buku seperti Popular Book Store.

“Jutawan daripada Planet Jupiter” nukilan Azizi Ali, adalah buku


tentang pengurusan kewangan yang boleh menempatkan anda pada
landasan ke arah masa depan kewangan yang lebih cerah dan lebih baik.
Ditulis dalam bahasa yang jelas, mudah difahami dengan cara-cara yang
senang diikuti tetapi sarat dengan langkah-langkah yang dapat
memperbaiki situasi kewangan anda dengan sertamerta dan juga strategi
jangka panjang.

“Jutawan Senyap” hasil nukilan Dr Rusly Abdullah, Phd PJK atau


dikenali sebagai Chef Li. Pengasas Institut KULINARI dan Kursus
Motivasi. Jika anda berminat dengan bidang masakan, anda boleh
dapatkan buku Chef Li dan mempelajari dengan lebih lanjut mengenai
teknik menjadi usahawan berasaskan makanan. Chef Li juga
menyediakan kursus keusahawanan di institusi beliau iaitu pada kadar
yang berpatutan. Buku ini amat popular kini dan boleh di dapati melalui
kedai-kedai buku utama di kediaman anda.

“How To Sell Anything To Anybody” oleh Joe Girard. Joe Girard telah
dinobatkan sebagai jurujual terbaik oleh Guinness Book of World Record.
Beliau kini telah menjadi pakar motivasi dan membuka firma perunding.
Sukar saya cari buku ini lagi kerana ianya adalah seperti buku panduan
rahsia kepada jurujual. Kali terakhir saya belinya di Kinokuniya , KLCC.

“Bagaimana Menjana Pendapatan Lumayan Melalui Komputer Anda”,


nukilan R.Roma. Jika anda berminat dengan komputer, dan inginkan
projek jana wang yang pantas, praktikal, mudah dan margin keuntungan
yang tinggi, saya syorkan anda mendapatkan buku ini sekarang. Satu-
satunya buku yang telah saya lakukan secara praktikal idea yang
diketengahkan dan mendapat hasil tidak sampai sebulan. Dengan minat
dan hobi sedia ada anda, saya jamin anda boleh jana wang melalui
komputer anda. Buku ini patut dimiliki oleh anda jika anda tahu
menggunakan komputer. Saya syorkan 200% anda dapatkannya. Buku
ini hanya boleh dimiliki secara esklusif melalui pos. Anda boleh
mendapatkan secara pos akan sinopsis PERCUMA topik buku ini
dengan SMS nama dan alamat anda ke pengedar buku ini iaitu RakaNet
Communications di talian 017-3150572, Encik Zal.

74
Jutawan Yang Belum Anda Kenali

Akhir Kata

Sekian , perbincangan kita untuk setakat ini. Terus terang saya


katakan bahawa apa yang ditulis di dalam buku ini amat komprehensif,
kerana topik keusahawanan dan motivasi diri amatlah meluas ruang
lingkupnya. Namun saya berharap anda dapat menafaatkan sebarang
pengetahuan yang saya kemukakan di dalam buku ini dengan sebaik-
baiknya.

Saya akan menyambung perbincangan saya tentang topik keusahawanan


dan motivasi diri ini jika ada kesempatan lain, kerana sememangnya apa
yang anda baca ini hanyalah sebagai pembuka kata.

Akhir sekali terima kasih kerana saudara/saudari sekalian telah ikuti


perbincangan ini hingga ke muka surat ini. Berjumpa lagi kita di lain
masa jika diizinkan Allah SWT. Insyallah…

Dapatkan buku digital ini , Sudahkah anda mendapat


‘Buku Kerja Usahawan’?
sekarang.. PERCUMA!
Anda mungkin mendapat buku yang
sedang anda baca ini hasil daripada
syoran seseorang rakan anda. Mengapa
tidak syorkan kepada rakan lain anda,
dan dapatkan satu lagi buku digital
percuma yang bertajuk ‘Buku Kerja
Usahawan’.

Buku Panduan Analisis Apa yang perlu anda buat ialah ;


Diri Dan Projek Niaga
Untuk Langkah Asas
1. Emailkan berserta dengan
Menjadi Usahawan
attachment buku Jutawan Yang
Belum Anda Kenali yang telah anda
baca ini kepada 10 orang rakan anda
yang lain.
2. Masukkan dan hantar sekali ke email
saya , amin_alfarabi@yahoo.com,
sebagai bukti syoran anda tersebut.
3. Tulis di dalam email anda dan
Muhammad Amin Al Farabi lengkapkan ayat berikut ‘Saya
syorkan baca buku ini kerana …….’

p/s : Saya akan menghantar buku ini kepada anda


seberapa segera, jika agak lewat harap dimaafkan
kerana saya menjawab secara peribadi hampir
berpuluh-puluh email sehari!

75

You might also like