Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Tokoh Sukan yang kamu kagumi

Datuk Lee Chong Wei


Datuk Lee Chong Wei ialah seorang pemain badminton profesional. Beliau
dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Pulau Pinang. Bapa beliau bernama Lee Ah Chai dan
ibu beliau pula bernama Khor Kim Choi. Beliau telah berkahwin dengan pemain tunggal
wanita Malaysia, iaitu Wong Mew Choo pada 9 November 2012.
Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK(C) Jit Sin (B), Berapit dan
menyambungkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Way. Pada zaman
kanak-kanaknya, Datuk Lee gemar bola keranjang. Namun, ibu beliau melarangnya
daripada menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola
keranjang luaran.
Beliau mula mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya yang
gemar bermain sukan ini membawa beliau ke dalam gelanggang badminton. Setelah
menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar
Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula
melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau
menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.
Datuk Lee Chong Wei dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia ini. Beliau
merupakan pemenang pingat perak bagi acara perseorangan lelaki dalam Sukan Olimpik
2008 dan 2012. Beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir
acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak
tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya. Selain itu, beliau juga
mendapat sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai
wira kebangsaan.
Beliau menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki
perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun
2012. Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas
selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim. Beliau juga merupakan satu-satunya jaguh
badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua
minggu.
Kejayaan beliau yang telah mengharumkan nama negara dapat membuktikan
bahawa anak Malaysia juga boleh berjaya di peringkat dunia.

You might also like