Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

HOS

Satu hos getah bertetulang kalis-api dan dikuatkan dengan bahan kain kanvas yang boleh lentur digunakan untuk
mengalirkan gas Oksijen dan Asetilina dari silinder ke sumpitan api. Untuk mengelakkan kekeliruan, hos Oksijen
berwarna hitam, hijau atau biru dan hos Asetilina pula berwarna merah ahti atau maroon. Pemasanmgan hos Oksijen
mempunyai benang arah ke kanan dan pemasangan hos Asetilina pula mempunyai bnang arah ke kiri.
Sais piawai untuk pemasangan kimpalan oksi-asetilina ialah lubang 5mm(3/16) dengan pnjodoh BSP 6mm(1/4) dan
lubang 8mm(5/16) dengan penjodoh BSP 9mm(3/8). Panjang hos bergantung kepada keperluan kerja.
Ciri-ciri hos yang baik ialah:
a. Mudahlentur dan tidak berbelit
b. Kuat dan tahan lama
c. Tidak rosak disebabkan oleh pengaliran gas
Walaubagaimanapun, hos juga mudah rosak ,terbakar atau terpotong dengan api dan benda-benda berat dan tajam.
Pastikan hos tidak tersentuh api atau logam dan juga pada bahagian-bahagian alat atau bendakerja yang tajam. Hos
yang rosak amat merbahaya dan hendaklah di tukar sertamerta.
PENYAMBUNG HOS
Menyambung hos untuk menjadikan ia lebih panjang tidak digalakkan tetapi jika perlu, kita boleh melakukan nya
dengan menggunakan pengikat hos(hose coupling splicer). Ia mempunyai dua hujung yang terdapat alangan supaya hos
tidak mudak tercabut. Hos-hos yang disambung hendaklah diikat dengan menggunakan penyepit/pengikat hos(hose
clip).
Untuk mengurang bahaya nyala-balas, kita perlu memasang injap sehala aliran terbalik(check-valve) yang hanya
membenarkan gas mengalir pada satu arah sahaja iaitu ke arah sumpitan api.
Hos hendaklah sentiasa diuji untuk kebocoran dengan mnggunakan buih sabun. Hos yang rosak hendaklah segera
dibaiki dengan memotong bahagian yang rosak dan kemudian menyambungnya semula dengan pengikat hos
SUMPITAN API
Sumpitan api oksi-asetilina merupakan bahagian utama didalam menghasilkan api oksi-asetilina dalam keadaan
terkawal. Sumpitan api mempunyai pemegang berbentuk kiub dengan pemasangan di belakangnya untuk menyalurkan
gas Oksijn dan Astilina. Tip atau muncung yang terdapat dalam pelbagai sais boleh ditukar-tukarkan bergantung kepada
sais ketebalan logam yang hendak dikimpal.
Terdapat dua jnis sumpitan api yang biasa digunakan iaitu:
a.
b.

Sumpitan api tekanan tinggi atau tekanan sama(Equal pressure)


Sumpitan api tekanan rendah atau jenis pnyuntik atau pmancit(Injector)

a.

Sumpitan Api Tekanan Tinggi

Sumpitan api jenis tekanan tinggi digunakan jika menggunakan tekanan asetilina dari 2 pip keatas bergantung
kepada jenis kerja yang dilakukan. Ia boleh menggunakan asetilina dari janakuasa asetilna tekanan sederhana atau
dari silindar mampat, tetapi tidak dari janakusa tekanan rendah.
b.

Sumpitan Api Tekanan Rendah

Sumpitan api jenis ini boleh menggunakan asetilina pada sebarang tekanan. Ia boleh menggunakan asetilina dari
janakuasa tekanan rendah(janakuasa yang membekalkan asetilina pada tekanan kurang dari 1 pip), janakuasa
tekanan sederhana(membekalkan asetilina pada tekanan dari 1 hingga 15 pip, atau dari silinder tekanan tinggi.

ALAT KESELAMATAN PADA KELENGKAPAN KIMPALAN OKSI-ASETILINA


1.Fungsi alat-alat keselamatan
a.

Injap sehala aliran terbalik(Flashback arrestor/checkvalves)


Injap ini dipasangkan di silinder, hos atau sumpitan api untuk menghalang gas dari silinder lain masuk ke
dalam hos dan menyebabkan nyalabalas(flashback).

Nyalabalas ialah satu kejadian dimana salah satu daripada gas(samada oksijen atau asetilina) cuba
masuk ke dalam hos dan menghasilkan satu campuran yang mudah meletup. Ia biasanya berlaku
pada hos yang tekanan gasnya rendah dan berlaku selepas bahagian percampuran termasuk hos dan
alator.

b.

Injap terbalik haiderolik(hydraulic back pressure valve)


Alat khas ini dipasangkan pada system saluran pancarongga asetilina. Pada alat ini satu valve seal
menghalang sebarang pembalikan gas ke dalam saluran asetilina.

c.

Palam Mudah Lebur(fusible plug)


Palam ini dipasangkan di bahagian tapak silinder asetilina dan diperbuat daripada aloi bersuhu lebur rendah.
Palam ini akan lebur pada suhu 220 240F dan mlepaskan gas sebelum silinder meletup.

d.

Cakra letusan/piring mudah pecah(safety disc)


Alat ini dipasang di bahagian injap silinder oksijen. Ia berbentuk cakra atau piring dan akan pecah jika
tekanan terlalu tinngi dan melepaskan gas sebelum silinder meletup.

2. Menguji Kebocoran
Sebelum menggunakan kelengkapan oksi-asetilina, buka injap silinder dan lepaskan skru pelaras alator
sehingga mendapat tekanan kerja yang dikehendaki. Kemudian tutup injap silinder dan perhatikan tolok tekanan
tinggi. Kebocoran berlaku jika tekanan jatuh(pastikan juga injap sumpitan api ditutup).
Jika kebocoran berlaku, kesan kebocoran tersebut dengan menyapu buih sabun pada hos dan pemasangan
kedua-dua gas tersebut. Buih akan menunjukkan tempat kebocoran. Baiki segera kebocoran.
3. Langkah-langkah keselamatan dalam menempatkan, menyimpan dan menggunakan silinder gas
a.
b.

Silinder gas hendaklah dikendalikan dengan berhati-hati. Jangan jatuhkan atau rosakkan silinder.
Jika disimpan di luar bangunan, pastikan ia dilindungi daripada cahaya terus matahari. Silinder penuh dan
kosong hendaklah di disimpan di tempat yang berasingan.
c. Jangan simpan silinder berhampiran dengan punca-punca haba.
d. Selepas tamat kerja, injap silinder gas hendaklah ditutup. Troli khas hendaklah digunakan semasa
mengerakkan silinder.
e. Semua silindr hendaklah digunakan dalam keadaan tegak.
f. Silinder yang telah kosong hendaklah di asingkan dan ditanda kosong.
g. Jangan sentuhkan silinder dengan wayar elektrik hidup.
h. Untuk mengelakkan kebakaran dan letupan, elakkan minyak atau gris daripada silinder, injap, alator dan
lain-lain peralatan kimpalan gas.
i. Semasa menbuka injap silinder, jangan berdiri dihadapan injap.
j. Silinder oksijen dan asetilina hendaklah digunakan dengan alator yang sesuai.
k. Pastikan injap silinder sentiasa berada ditempatnya.
l. Jangan gunakan silinder bocor terutama silinder asetilina. Jika kebocoran tidak dapat dibaikki, letakkan
silinder di luar bengkel.
m. Jangan rosakkan palam mudah lebur pada silinder asetilina .
n. Buka injap silinder asetilina 1 pusingan.
o. Injap oksijen boleh dibuka sehingga habis.

Nyalaan-nyalaan Oksi-asetilina
Terdapat 3 jenis nyalaan yang boleh diperolehi dengan melaras injap sumpitan api yang mengawal
pembakaran oksijen dan asetilina.
1.

Nyalaan Pengarban/penyusukkarban(carburizing flame)


Nyalaan ini membekalkan lebih asetilina ke sumpitan api, menghasilkan kun dalam yang
mempunyai bulu asetilina. Panjangnya bulu asetilina ini menunjukkan banyaknya asetilina
dibekalkan. Apabila logam dileburkan, kolam leburan mendidih dan tidak berapa jelas.
Kegunaan utama nyalaan ini ialah :
a.
b.
c.
d.
e.

Kimpalan aluminium
Meloyang aluminium
Kimpal lebur keluli kalis karat
Meloyang perak
Pengerasan permukaan

Suhu nyalaan :
2.

C -

F (5,400F 5,800F)

Nyalaan Neutral/Cuali/Pertengahan(Neutral flame)


Nyalaan ini paling sesuai untuk mengimpal lebur dan memotong logam. Kadar bekalan oksijen dan
asetilina ke sumpitan api ialah tepat 1:1. Logam lebur mengalir dengan lancar , jernih, jelas dan
bersih.
Kegunaan utama nyalaan ini ialah:
a.
b.
c.

Mengimpal lebur keluli lembut


Mengimpal lebur kuperam/tembaga merah
Mengimpal lebur besi tuang

Suhu nyalaan :
3.

C (5,900F)

Nyalaan Pengoksidaan(Oxidation flame)


Terdapat lebih bekalan oksijen yang di salurkan ke sumpitan api, menghasilkan kun dalam yang
pendek, lebih kebiruan dan kun luar yang juga pendek.Melebur logam dengan nyalaan ini
menghasilkan kebuihan dan bungapi yang berlebihan.
Kegunaan utama nyalaan ini ialah :
a.
b.

Kimpal loyang
Kimpal lebur logam mangan(manganese)

Suhu nyalaan :

C(6,300F)

Kimia nyalaan Oksi-asetilina


Untuk membakar 1 isipadu asetilina dengan sempurna, 2 isipadu diperlukan. Karbon dioksida dan wap air
dihasilkan.
2C2H2 + 5O2 = 4CO2 + 2H2O + HABA
Pembakaran ini berlaku dalam dua peringkat, pembakaran utama dan pembakaran sekunder.
Dalam amalan sebenar, hanya satu isipadu oksijen dibekalkan ke sumpitan api untuk setiap isipadu asetilina dan
lebihan 1 isipadu diperolehi dari udara kasar/atmospera. Keadaan ini berlaku hanya untuk api neutral sahaja.
Nyalaan yang dihasilkan dari gas bahanapi yang lain seperti ; propen, gas asli, gas map, haiderojen dsb. Jika
bergabung dengan oksijen tidak akan dapat menghasilkan haba yang mencukupi untuk kimpalan lebur keluli
lembut. Gas-gas ini bagaimanapun sesuai digunakan untuk meloyang perak,mengimpal dan meloyang
aluminium,kimpalan plumbum dan lain-lain proses yang memerlukan haba yang rendah. Nyalaan-nyalaan bagi
gas-gas ini juga berlainan dari nyalaan oksi-asetilina.

You might also like