Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Dekolonisasi dan pengembalian Kedaulatan

Pengenalan
Dekolonisasi merupakan usaha @ proses membebas atau memberi kebebasan
kepada tanah jajahan dengan cara memberikan kemerdekaan. Dekolonisasi mula
berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan bertambah rancak selepas Perang
Dunia Kedua.
Selepas perang kedua berakhir, kedudukan ekonomi negara-negara Eropah
merosot sehingga mereka tidak mempunnyai kekuatan untuk menguasai tanah
jajahan mereka. Desakan hebat penduduk tempatan telah mempercepatkan proses
dekolonisasi.
Pengembalian kedaulatan di china agak berbeza dengan pengembalian kedaulatan
di india kerana di india diminta oleh penjajah british.
Dekolonisasi di China
Pada abad ke- 19, china telah diceroboh oleh kuasa-kuasa barat dan jepun yang
telah membahagi-bahagikan wilayah china mengikut kehendak mereka.
Pemimpin china terpaksa menghadapi cabaran terutamanya membawa pengaruh
barat dalam system pemerintahan mereka.
1. Peranan Kang Yu-wei
Kang Yu-wei merupakan tokoh terkenal di China. Pada tahun 1898, Kang Yu-wei
memimpin Reformasi Seratus Hari. Beliau berusaha mewujudkan monarki
berperlembagaan ala-Barat di China. Walaupun pada awalnya dihalang oleh
golongan konservatif tetapi usaha beliau akhirnya diterima berikutan rakyat China
sudah tidak dapat menerima dasar pemerintahan Dinasti Ching yang lebih condong
kepada tradisi orang Manchu. Pihak kerajaan nampaknya tidak bersungguhsungguh mahu melaksanakan cadangan tersebut.
Rakyat china sudah bosan dan kecewa dengan cara kerajaan Ching memerintah lalu
member sokongan kepada Dr. Sun Yat Sen.
2. Peranan Dr. Sun Yat Sen
Dr. Sun Yat Sen telah mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat. Prinsi terebut memuatkan
tiga perkara bagi menegakkan Negara china moden.
a) Nasionalisme rakyat china harus bersatu menggulingkan Dinasti
Ching
b) Demokrasi memunyai hak untuk bersuara dan hak menukar
pemimin.
c) Sosialis rakyat mempunyai hak dalam pemilikan tanah dan semua
perusahaan utama dikawal oleh Negara.

Penubuhan Tung Meng Hui pada 1905 dengan Dr. Sun Yat Sen dilantik sebagai
peengerusi.

Pada tahun 1906 hingga 1911, beberapa siri revolusi telah dilakukan untuk
menggulingkan kerajaan Manchu . pada 10 oktober 1911, piak revolusi telah
melancarkan serangan balas dan Berjaya menawan Wuchang.

Sekembalinya Dr. Sun Yat Sen dari luar Negara, beliau dan pemipin revolusi
yang lain menubuhkan kerajaan republic china. Beliau dilantik sebagai
presiden sementara. Berakhirlah pemerintahan ching yang berlansung
selama 267 tahun.

Pada disember 1912, Tung Meng Hui telah disusun semula dan ditukar nama
kepada Kuomintang(KMT) aau parti kebangsaan.

Semasa pilihanraya diadakan, KMT telah menang besar. Walau


bagaimanapun, Yuan Shih Kai enggan meletak jawatan sebaliknya melantik
dirinya sebagai mahajara China. Beliau mengamalkan pemerintahan diktator.
Beliau telah mengharamkan KMT dan bertindak membunuh pemimpin KMT.
Setelah Yuan Shih Kai meninggal dunia [1916], Dr. Sun Yat Sen yang berada
di Jepun telah kembali ke China dan mengukuhkan semula kedudukan
Kuomintang seterusnya menubuhkan kerajaan di Canton. Beliau berusaha
menyatukan rakyat China.
Usaha Dr. Sun tidak disenangi oleh kuasa Barat seperti Britain, Perancis dan
AS. Memandangkan kuasa Barat tidak menyokong usaha tersebut, Dr Sun Yat
Sen telah meminta bantuan Rusia. Pada tahun 1923,Parti Komunis
China [PKC] telah bergabung dengan Kuomintang [KMT] dan
membentuk Barisan Bersatu.

Dr. Sun Yat Sen meninggal dunia pada tahun 1925. Kematiannya telah
menyebabkan KMT berpecah kepada dua puak :
o

Prokomunis di bawah pimpinan Wing Ching Wei.

Antikomunis di bawah pimpinan Chiang Kai-shek.

Chiang Kai-Shek melancarkan kempen antikomunis di beberapa buah Bandar


utama di china.

Hubungan KMT-PKC Berjaya dipulihkan sketika sewaktu Jepun menyerang


china.

Kekalahan ke atas jepun menjatuhkan imej KMT.

Chiang Kai-shek berjaya melemahkan kumpulan prokomunis sehinggalah


munculnya Mao Tze Tung. Mao Tze Tung berjaya memulihkan sokongan
rakyat kepada PKC dengan menekankan dasar mengusir penjajah dan hak
sama rata ke atas pemilikan tanah. KMT dan PKC terus berbalah dan terjebak
dengan beberapa siri perang saudara ekoran percanggahan dasar.
Dengan sokongan padu penduduk luar bandar, PKC berjaya memenangi

perang saudara menentang KMT. Pada tahun 1949, PKC berjaya membentuk
kerajaan komunis yang dikenali sebagai Republik Rakyat China. Chiang
Kai-shek dan penyokongnya yang tewas telah melarikan diri ke Taiwan dan
menubuhkan kerajaan demokratik.

Kesimpulan
Usaha dekolonisasi di China menyaksikan berlakunya perpecahan dalam
kalangan rakyatnya. Perpecahan akibat percanggangan ideologi ini turut
mencetuskan perang saudara. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan
ke atas usaha mengusir penjajah dari China. Walau bagaimanapun,
kemunculan tokoh-tokoh berwibawa telah berjaya menyatukan sebahagian
besar penduduk China sehingga akhirnya mampu mengusir penjajah Barat
sekaligus mengembalikan kedaulatan di China.
Perbandingan Dr. Sun Yat Sen dan Mahatma Gandhi.
Dr.Sun Yat Sen merupakan bapa republic china dan Mahatma Gandhi adalah
pemimpin hak sivil di india. Kedua-dua mereka merupakan nasionalis dan keduadua mereka berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Walaubagaimanapun,
kedua-duanya adalah pemimpin yang hebat. Usaha Gandhi lebih Berjaya kerana
mendapatkan kemerdekaan dan mengubah hak awam. Sun Yat-sen juga mencapai
kemerdekaan dan menjadi presiden, tetapi dia kehilangan kuasanya.
Dr. Sun Yat Sen

Melakukan revolusi menggulingkan kerajaan Manchu bermula tahun 1906


hingga 1911.
10 oktober 1911, pihak revolusi melancarkan
serangan balas dan Berjaya menguasai Wuchang.

Menggunakan kekerasan dan senjata untuk melakukan revolusi.

Meminta bantuan daripada kuasa luar. Beliau meminta bantuan kerajaan


barat tetapi kuasa-kuasa barat tidak mengendahkan permintaannya.
Akhirnya beliau meminta bantuan Rusia.

Melarikan diri ke Asia Tenggara dan barat.

Menggunakan modal yang banyak.

Dapat menyatukan rakyat china dan Perpaduan tercapai.

Banyak usaha yang telah dilakukan menemui kegagalan.

Mahatma Gandhi
Mengusahakan kemerdekaan Negara india.
Tidak dapat menyatukan rakyat yang berbeza agama.

Tidak menggunakan kekerasan, hanya melakukan mogok lapar dan


perarakan garam.
Dapat menundukkan kuasa british.
Berjaya menamatkan krisis liga muslim dan memecahkan india kepada
Pakistan dan india.

Perhubungn Luar

G23

Konflik antarabangsa yang berlaku pada pertengahan abad-20, iaitu perang dunia
pertama dan perang dunia kedua telah meninggalkan kesan besar kepada dunia.
Konflik tersebut telah membawa perubahan ketara dari segi politik, ekonomi dan
sosial kepada Negara-negara eropah, asia,afrika,asia barat dan amerika latin.
Membei peluang dan cabaran kepada setiap Negara dunia dalam usaha membina
identity tersendiri.
Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB)
Latar belakang penubuhan.
1. Mewujudkan satu pakatan antarabangsa yang dinamakan liga bangsa.
2. Bertujuan mengekalkan perdamaian di dunia ini. Liga bangsa ternyata gagal
apabila tercetusnya perang dunia kedua.
3. Ogos 1941, franklin d. Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat
peristiharan yang dinamakan piagam atlantik.
4. Januari 1942, satu dokumen ringkas telah ditandatangani antara empat kuasa
besar iaitu amerika, Britain, rusia dan china.
5. Mereka berikrar menamatkan perang dan mengikat kerajaan-kerajaan berikut
daripada membuat sebarang pakatan perdamaian sementara berasingan
dengan pihak musuh. Dikenali sebagai perisytiharan bangsa-bangsa bersatu.
6. Lima kuasa besar iaitu amerika syarikat, rusia, Britain, perancis dan china
menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan dan diberikan kuasa veto.
Matlamat dan dasar PBB
1. Negara-negara anggota pertubuhan ini harus akur dengan piagam PBB.
a. Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
b. Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara Negara-negara anggota.

c. Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan


melingdungi hak asasi manusa tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit.
d. Menggalakkan kemajuan dan memperbaiki taraf hidup manusia.
2. Dasar-dasar yang menjadi pegangan PBB.
a. Negara anggota wajib mematuhi piagam PBB.
b. Menetapkan persamaan taraf dan kedaulatan Negara anggota.
c. Menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan adil dan
saksama.
d. Negara anggota dilarang menggunakan kekerasan terhdap Negara
lain.
3. Pbb merupakan pertuuhan antarabangsa yang mempunyai hubungan
matlamat dan objektif yang digariskan, PBB mewujudkan enam organisasi.
Organisasi tersebut ialah perhimpunan agung , Majlis keselamtan, majlis
ekonomi dan sosial dan lain-lain.
Orgnisasi PBB
PBB mewujudkan enam organisasi iaitu Perhimpunan agung, majlis keselamatan,
majlis ekonomi dan sosial, makamah keadlian antarabangsa, majlis amanah dan
sekritariat.
Perhimpunan Agung

Berperanan melantik badan-badan lain.

Menimbang dan mencadangkan tentang dasar kerjasama antarabangsa


sebagai usaha untuk keamanan dan keselamatan dunia.

Majlis keselamatan

bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan dan keamanan dunia.

Menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa seperti genjatan senjata,


sekatan antarabangsa dan lain-lain.

Majlis Ekonomi dan sosial

Menyelaras dan mengarahkan aktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial,


kemanusiaan dan kebudayaan.

Mengkaji dan membuat syor tentang bidang eonomi dan sosial.

Makamah Keadilan Antarabangsa

Member nasihat atas cadangan perhimpunan agung atau majlis keselamatan


dan mengendalikan kes antarabangsa.

Majlis Amanah

Menyelia wilayah yang diamanahkan di bawah pentadbiran PBB.

Memastikan wilayah yang dirampas tidak dijajah oleh musuh.

Sekritariat PBB

Diketuai oleh setiausaha agong yang meeruakan pentadbir tertinggi.

Bertanggungjawab mentadbir pengawai-pengawai PBB di ibu pejabat.

Komanwel
Pengenalan
Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan
negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain. British masih lagi berkuasa ke atas
bekas negara-negara jajahannya yang sudah dibebaskan.
Tahun 1950-an, banyak negara jajahan British mencapai kemerdekaan dan
bersetuju menyertai Komanwel. Negara-negara yang menyertai Komanwel ini
menerima Perisytiharan Prinsip-Prinsip Komanwel sebagai asas hubungan
memandangkan Komanwel tidak mempunyai perlembagaan rasmi.
Kuasa tertinggi adalah berdasarkan keputusan yang ditetapkan di
dalam Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel [ CHOGM]. CHOGM
diadakan dua kali setahun dan dihadiri Perdana Menteri atau Presiden negara
anggota.
Sejarah dan Perkembangan Komanwel
1.

idea memberikan hak berkerajaan kepada tanah jajahan British terkandung


dalam Laporan Lor Durham.

2. Diikuti oleh Australia, New Zealand dan Afrika.


3. Tahu 1950, kebanyakan bekas jajahan di afrika, asia, Caribbean an pasifik
mencapai jkemerdekaan memilih untuk menyertai komanwel.
United Kingdom dan Komanwel
1. United kingdom merupakan pengasan dan ketua komawel.
2. Komanwel bukanlah diwujudkan secara mendadak kerana pertubuhan ini
berkembang dari empayar british. Kewujudan kmanwel adalah ntuk
membmbing tanah jajahannya kea rah berkerajaan sendiri.
3. Bekas tanah jajahan british tidak dipaksa untuk menyertai komanwel dan
ahlinya bebas untuk menarik diri.

4. Penubuhan komanwel adalah langkah yang wajar kerana kerjasama secara


multilateral dalam bidang ekonomi akan mengukuhkan ekonomi Negaranegara anggota.
5. Hubungan sedia ada denga Britain member faedah kepada Negara-negara
komanwel.
6. Penubuhan komanwel berkaitan dengan hasrat Britain untuk
memperkenalkan system sosial, ekonomi dan politik berdasarkan model
barat.
Kesimpulan
Pertubuhan Komanwel akan terus berkembang kerana kepercayaan dalam
kalangan Negara-negara anggota terhadap pertubuhan ini masih wujud. Pelbagai
kerjasama diadakan dalam bidang ekonomi, pelajaran, teknikal dan lain-lain.
North Atlantic Treaty Organization (NATO)
Latar Belakang
1. Ditubuhkan pada tahun 1949. Hanya 12 negara menganggotai pertubuhan
ini. Ibu pejabat NATO di paris. Menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa
besar di eropah.
2. Empat factor penubuhan NATO
a. Menghalang kebangkitan kuasa ketenteraan jerman.
b. Mengheret dan melibatkan amerika syarikat dalam hal ehwal
ketenteraan dan politik di eropah.
c. Mengekang perluasa ideology komunis dan ketenteraan rusia di
eropah.
d. Mengatasi ketidakyakinan eropah terhadap kemampuan PBB.
3. Strategi NATO ialah mewujudkan system pertahanan bersama yang
melibatkan semua Negara anggotanya.
4. Rancangan rusia dan sekutunya perlu dikawal di peringkat awal.
5. Dua perang dunia yang berlaku berpunca daripada cita-cita jerman mahu
menguasai benua eropah.
Kesimpulan
Peranan Amerika Syarikat dalam NATO tidak dapat dinafikan. NATO muncul sebagai
pertubuhan yang kuat dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Tentera NATO ditempatkan di beberapa buah negara bergolak seperti di Afghanistan
dengan tujuan mengekang peperangan berlarutan.

You might also like