Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

Industri maritim pacu ekonomi negara

Nazery Khalid

Sektor maritim merupakan satu sektor strategik yang sangat penting kepada
ekonomi Malaysia. Banyak sumber asli seperti perikanan dan tenaga
hidrokarbon diperolehi dari samudra yang juga menyediakan pengangkutan,
rekreasi dan peluang pekerjaan kepada rakyat. Sektor ini menjana pelbagai
aktiviti ekonomi merangkumi antara lainnya pembuatan, pembekalan dan
perkhidmatan.
Ini tidak menghairankan bila kita mengambilkira yang Malaysia ialah sebuah
negara yang dikelilingi lautan dan sebahagian besar penduduknya tinggal di
petempatan sepanjang pantai atau tidak jauh dari kawasan pesisir. Negara
bertuah ini mempunyai kawasan perairan yang lebih luas dari kawasan daratnya.
Pelabuhan-pelabuhan negara merupakan pintu keluar-masuk utama impot dan
ekspotnya. Industri minyak dan gas pesisir negara merupakan antara
penyumbang utama kepada ekonomi kita. Pelbagai aktiviti sokongan seperti
pembuatan/pembaikpulihan kapal, pengeluaran, pembekalan, pengurusan kapal,
pembiayaan, perundangan dan sebagainya menjana pulangan ekonomi dan
menyediakan peluang pekerjaan.
Berdasarkan fakta ini, tidak hairanlah yang sektor maritim diibaratkan sebagai
nadi kepada pertumbuhan ekonomi negara. Tidak dapat dibayangkan betapa
pincangnya ekonomi negara tanpa sektor perkapalan dan pelabuhan-pelabuhan
yang cekap, berdayasaing dan kompetitif. Ekonomi negara yang banyak
bergantung kepada ekspot tentunya tidak dapat berkembang tanpa sokongan
dari sektor pengangkutan maritim yang menjadi pemudahcara utama
dagangannya.
Perkapalan : Nadi pertumbuhan ekonomi
Aktiviti perkapalan ialah komponen penting dalam sektor maritim. Kapal-kapal
dagangan memungkinkan pelbagai jenis barangan pembuatan dan bahan
mentah diangkut dengan jumlah yang banyak pada jarak yang jauh dan pada
kos yang berpatutan. Kapal-kapal juga membolehkan pelbagai aktiviti maritim
seperti pencarian tenaga hidrokarbon, perikanan dan pelancongan dijalankan.
Pengangkutan maritim jauh lebih kos efektif dan mesra alam berbanding dengan
pengangkutan darat dan udara.
Perkapalan merupakan satu aktiviti yang penting kepada kesejahteraan ekonomi
dunia. Ia merupakan satu-satunya kaedah pengangkutan yang menyediakan

skala ekonomi yang dijana oleh kapal-kapal dagangan bersaiz besar. Majoriti
jumlah dagangan dunia diangkut melalui kaedah pengangkutan maritim. Tanpa
kapal-kapal dagangan, adalah mustahil untk kita menikmati pelbagai barangan
dan menggunakan bahan-bahan mentah yang dating dari segenap pelosok
dunia dan membayarnya pada harga yang sangat berpatutan.
Dianggarkan 90% dari jumlah dagangan negara diangkut menggunakan kaedah
perkapalan. Berdasarkan rupa bentuk Malaysia yang dikelilingi selat dan lautan,
tidak hairanlah yang sektor perkapalan merupakan kaedah pengangkutan utama
kepada negara. Ekonomi negara yang bergantung tinggi kepada sektor
pembuatan serta berorientasikan ekspot tentunya sangat bergantung kepada
perkapalan untuk menjana pertumbuhan ekonominya.
Kedudukan Malaysia bersempadankan laluan-laluan perkapalan global yang
penting dan sibuk seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan meletakkannya
sebagai pusat persinggahan utama di rantau ini bagi kapal-kapal dagangan.
Malaysia juga bertuah dengan lokasi strategiknya di Asia Tenggara yang
merupakan satu kawasan pertumbuhan penduduk dan ekonomi yang paling
pesat di dunia. Kedudukannya yang tidak jauh dari wilayah Asia Timur yang
mengandungi gergasi-gergasi ekonomi seperti China, Jepun, Korea dan Taiwan
juga membuat Malaysia menjadi tempat persinggahan utama kapal-kapal
dagangan yang membawa kargo transshipment.
Kerajaan memberikan sokongan dan menawarkan pelbagai insentif kepada
sekgopr perkapalan bagi menggalakkan pertumbuhannya serta menarik
pelaburan ke dalam sektor yang memerlukan modal besar ini. Antara insentif
yang ditawarkan ialah pengecualian cukai ke atas pendapatan yang diperolehi
dari kapal-kapal yang didaftarkan di Malaysia serta ke atas gaji anak-anak kapal
yang bekerja di atas kapal-kapal tersebut. Kerajaan juga menawarkan
keumdahan pembiayaan khusus untuk syarikat-syarikat tempatan untuk membeli
kapal.
Sokongan ini telah banyak membantu sektor ini bertumbuh dengan pesatnya
dalam dekad-dekad kebelakangan ini. Malaysia kini menduduki tempat ke 22
dalam senarai negara-negara maritim utama dunia dari segi kapasiti kapal
dagangan pada tahun 2010. Negara menyumbang 1.07% kepada jumlah
kapasiti kapal dagangan dunia (dalam kategori 1,000 gross tonnage ke atas)
pada tahun lalu. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi
sebuah negara membangun seperti Malaysia.
Kejayaan Malaysia dalam bidang perkapalan paling menyerlah dengan
munculnya MISC Bhd sebagai pemilik dan pengoperasi fleet kapal-kapal tangki
LNG yang kedua terbesar di dunia dari segi kapasiti. Beberapa syarikat
perkapalan tempatan yang berkecimpung di dalam sektor minyak dan gas pesisir
seperti Alam Maritim, Bumi Armada dan Tanjong Offshore juga menyediakan
perkhidmatan di persada antarabangsa.

Pertumbuhan pesat sektor perkapalan negara boleh dilandaskan ke atas


beberapa faktor. Antara lainnya :
i.

Pertumbuhan beterusan ekonomi negara dan fokus terhadap sektor


pembuatan dan ekspot sebagai penjana utama ekonomi.

ii.

Lokasi strategik Malaysia di laluan strategik perkapalan dan kawasan


pertumbuhan ekonomi.

iii.

Komitmen dan dorongan Kerajaan untuk membangunkan sektor


maritim dan perkapalan melalui sokongan dasar, institusi,
perundangan, pelaburan dan tawaran pelbagai insentif.

iv.

Kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi dunia dan peningkatan


dagangan intra-ASEAN dan intra-Asian dan peningkatan aktiviti
dagangan di antara Malaysia dan rakan-rakan dagangannya.

v.

Pertumbuhan dan pembangunan pelabuhan-pelabuhan tempatan


serta kecekapan dan produktiviti mereka mengendalikan kapal-kapal
serta jumlah kargo yang besar.

vi.

Penyediaan infrastruktur asas seperti jalanraya serta sokongan agihan


dan pengendalian dagangan seperti gudang, kawasan bebas,
perkhidmatan logistik, lapangan kontena, EDI (platform pertukaran
maklumat dagangan secara elektronik) dan sebagainya.

vii.

Sokongan pelabur dari institusi kewangan dari dalam dan luar negara
terhadap sektor perkapalan.

viii.

Penyediaan aktiviti sokongan maritim yang komprehensif oleh syarikatsyarikat tempatan dan asing.

ix.

Trend global outsourcing yang mendatangkan manfaat kepada


Malaysia berdasarkan kekayaan hasil bahan mentahnya serta
kedudukannya di kawasan sasar syarikat-syarikat gergasi (MNC).

x.

Proses liberalisasi dan globalisasi.

xi.

Tahap dayasaing secara keseluruhan negara yang tinggi.

Walaupun saingan untuk menarik kapal-kapal dan kargo semakin hebat dari
negara-negara jiran di wilayah ini, Malaysia dijangka kekal menjadi pemain yang

relevan dan berdayasaing dalam bidang dagangan maritim selagi tiada


gangguan drastk kepada status quo faktor-faktor yang disebutkan di atas.
Pada dasarnya, permintaan terhadap perkhidmatan perkapalan adalah bercirikan
demand derived. Permintaan terhadap perkhidmatan perkapalan datang dari
permintaan terhadap barangan yang diangkut oleh kapal dan dikeluarkan
menggunakan sokongan kapal. Selagi ekonomi negara dan rakan-rakan
dagangannya kekal bertumbuh dan sektor minyak dan gas negara terus
berkembang, sektor perkapalan Malaysia akan terus mempunyai potensi untuk
maju.
Pelabuhan sebagai pemudahcara dagangan
Pertumbuhan sektor perkapalan negara memacu pertumbuhan pelabuhanpelabuhan yang bukan saja menyediakan tempat berlabuh bagi kapal-kapal
tetapi juga menjadi pusat penting dalam rangkaian bekalan atau supply chain.
Malaysia boleh berbangga dengan infrastruktur pelabuhan bertaraf dunia.
Pelabuhan Kelang merupakan pelabuhan kontena ke 13 tersibuk di dunia tahun
lalu berdasarkan jumlah kendalian kontena sebanyak 8.9 juta TEU (kontena 20
kaki panjang). Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor menduduki tempat ke 17
dengan mengendalikan 6.5 juta TEU dan merupakan antara pelabuhan kontena
yang palit pesat bertumbuh di dunia. Pelabuhan-pelabuhan kontena negara
mengendalikan sejumlah 17 juta TEU pada tahun lalu. Pelabuhan Johor di Pasir
Gudang merupakan terminal pengendali minyak kelapa sawit terbesar di dunia
dan Pelabuhan Bintulu di Sarawak ialah terminal pengendali LNG terbesar di
dunia
Pertumbuhan pesat pelabuhan-pelabuhan dagangan serta peningkatan
produktiviti serta kecekapan mereka mengendalikan kapal-kapal besar dan
jumlah kargo yang dibawa mereka membolehkan kapal-kapal yang lebi besar
dibina. Kapal-kapal ini berupaya mengangkut kargo yang semakin besar
jumlahnya. Ditambah dengan kedudukan strategik Malaysia di laluan dagangan
maritim yang sibuk dan penting, pelabuhan-pelabuhan tempatan mempunyai
kelebihan berbanding banyak pelabuhan-pelabuhan lain di negara-negara
serantau.
Malaysia bertuah yang ekonominya menjana jumlah kargo yang bukan sedikit
kepada pelabuhan-pelabuhannya. Kedudukan negara di tengah-tengah laluan
maritim antara dagangan Timur dan Barat juga membolehkan pelabuhanpelabuhannya menarik dan mengendalikan dagangan transshipment yang besar.
Kargo dalam danagan ini tidak melibatkan sebarang pengeluaran atau
penggunaan oleh rakyat tempatan tetapi hanya singgah di pelabuhan-pelabuahn
kita semata-mata untuk diagihkan ke pelabuhan-pelabuhan lain dan diberikan
tambahan nilai (contohnya pembungkusan) terhadapnya. 95% dari kargo yang

dikendalikan oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas ialah dari dagangan


transshipment, manakala Pelabuhan kelang kini mengendalikan lebih banyak
kargo transshipment berbanding kargo yang dijana oleh negara.
Berdasarkan prestasi ekonomi China serta negara-negara serantau, adalah
dijangkakan yang dagangan transshipment akan terus bertumbuh dan
menawarkan peluang perniagaan yang lumayan kepada pelabuhan-pelabuhan
tempatan.
Sokongan kukuh
Tidak dapat dinafikan yang kejayaan Malaysia di dalam sektor maritim banyak
bergantung kepada sokongan kuat kerajaan. Tanpa sokongan dari segi institusi,
kewangan dan promosi oleh kerajaan, sktos perkapalan dan pelabuhanpelabuhan kita tentunya tidak akan bertumbuh dan merekodkan pencapaian
cemerlang.
Antara sokongan dan insentif yang diberikan oleh kerajaan terhadap industri
maritim ialah :
i. Menyediakan kerangka institusi bagi menyokong perancangan,
pembangunan, pemnatauan serta penyeldikan dalam indusri maritim.
ii. Menubuhkan Majlis Maritim Kebangsaan, Majlis Perkapalan Kebangsaan
dan Majlis Logistik Kebangsaan untuk membincangkan isu-isu
berkaitan dengan industri maritim dan perkapalan dan menengahkan
kepada kerajaan cadangan-cdangan untuk memajukan serta
meningkatkan kecekapan industri ini.
iii. Membina infrastruktur maritim seperti pelabuhan, terminal dan limbuingan
kapal serta prasarana sokongan seperti jalanraya, jalan keretapi,
gudang dan Zon Bebas berdekatan pelabuhan.
iv. Menjadi ahli Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi meningkatkan
profil Malaysia sebagai sebuah negara maritim serta meratifikasikan
konvensyen-konvensyen maritim antarabangsa bagi mengamalkan
best practices di dalam menjalankan aktiviti maritim serta
menguruskan lautan.
v. Memperkenalkan dasar-dasar bagi menggalakkan opertumbuhan industri
maritim seperti Dasar Kabotaj, load centering atau tumpuan kargo
untuk Pelabuhan Kelang serta menjadikan Malaysia hub perkapalan
dan logistik serantau.

vi. Memperkenalkan peraturan port state control bagi memastikan aktiviti


perkapalan yang dijalankan di perairan kita memenuhi piawaian serta
tuntutan perundangan antarabangsa,
vii. Menyediakan sokongan pembiayaan melalui Shipping Fund dan Shipping
Venture Fund yang diuruskan oleh Bank Pembangunan dan Global
Maritim Venture.
viii.Memperkenalkan insentif seperti pengecualian cukai kepada pelaut
dagangan dan syarikat-syarikat yang mempunyai kapal yang
didaftarkan di Malaysia.
ix. Menyediakan dana Kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja pengerukan
bagi medalamkan perairan pelabuhan supaya boleh menerima kapalkapal besar.
x. Menswastakan pelabuhan-pelabuhan persekutuan.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga sedang mengambil beberapa inisiatif bagi
memastikan yang industri maritim negara terus berdayasaing. Antaranya ialah
membiayai pelbagai kajian untuk mengatasi isu-isu serta cabaran-cabaran dalam
industri maritim. Ini penting supaya dasar-dasar serta langkah-langkah
bersesuaian boleh diambil untuk membolehkan industri maritim negara
menyesuaikan diri dengan trend dan perkembangan global supaya tidak
ketinggalan olehnya. Kerajaan juga sentiasa berusaha menaiktarafkan
pelabuhan-pelabuhan Persekutuan untuk meningkatkan kapasiti serta dayasaing
mereka. Ia juga menyediakan pelantar bagi para pengamal industri untuk
mengutarakan caddangan dan pandangan bagi memperbaiki kelemahan serta
mengembangkan pertumbuhan industri melalui agensi-agensi seperti Majlis
Logistk Kebangsaan, Majlis Maitim Kebangssan, Majlis Perkapalan Kebangsaan,
Majlis Tindakan Ekonomi Kebangssan (NEAC) dan PEMANDU.
Kerajaan juga akur terhadap trend liberalisasi dan komitmen Malaysia sebagai
ahil Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO) dan ASEAN untuk membuka
pasarannya secara beransur-ansur. Ini termasuk menyertai pelbagai inisiatif
meliberalisasikan dagangan serta sektor perkhidmatan, contohnya di peringkat
ASEAN, dan memperkanlkan Akta Persaingan bagi menggalakkan dagangan
dengan negara-negara serantau. Dalam hal ini, pengumuman kerajaan
meliberalisasikan 27 sektor perkhidmatan menggariskan komitmennya kepada
inistaif ASEAN dan hasrat pertubuhan serantau ini untuk mewujudkan kouniti
serta wilayah ekonomi bersepadu di Asia Tenggara.
Satu lagi bukti yang kerajaan reponsif dengan persekitaran daganan dan industri
maritim ialah inisiatifnya mengkaji semula saranan strategik yang diutarakan di
dalam Pelan Induk Industri Ketiga (IMP3) bagi memastikan ianya relevan dengan

situasi dan keperluan semasa. Kerajaan juga sedang dalam proses


memperkenalkan Akta Perkapalan baru bagi menggantikan Ordnan Perkapalan
Dagangan 1952 yang sedang digunapakai.
Kerajaan juga menggalakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menghasilkan
pendapatan tinggi dan menambah nilai sejajar dengan aspirasi Model Ekonomi
Baru (NEM). Usaha yang paling nyata ialah penubuhan Mahkamah Admiralti
yang bakal membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah pusat maritim
antarabangsa yang mempunyai sokongan yang lengkap terhadap para
pengamal pasaran termasuk dari segi perundangan.
Dengan sokongan dan insentif yang diberikan, tidak hairanlah yang Malaysia
telah menempa nama dalam industri maritim, terutamanya dalam sector
perkapalan dan pelabuhan. Namun demikian, persekitaran yang semakin
dinamik dan kompetitif dalam bidang dagangan antarabangsa di kala kegawatan
ekonomi dunia kini menyediakan pelbagai cabaran yang besar kepada Malaysia
untuk mengekalkan tahap dayasaingnya dalam industri ini.

You might also like