Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

TRANSFORMASI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL:

MASALAH DAN CABARAN DI MALAYSIA


Assistant Professor Dr. Chang Yun Fah
Faculty of Engineering and Science,
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysia.

PENDAHULUAN
Sistem pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) memainkan peranan amat penting dalam
pembangunan sosial dan economy sesebuah negara. Pengalaman dan kejayaan negara luar seperti Korea
Selatan dan German menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi melalui pembangunan sistem TEVT
mereka menjadi contoh kepada Malaysia untuk terus mengorak langkah bersaing. Menurut Program
Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) yang dilancarkan oleh Perdana
Menteri Malaysia pada 25hb Oktober 2010, kerajaan akan mengambil langkah-langkah komprehensif bagi
mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Salah satu strategi utama bagi
mengerakkan transformasi ekonomi ini ialah melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran teknikal
bertaraf tinggi. Justeru, sebanyak 23% daripada peruntukan pendidikan akan diagihkan kepada TEVT dan
satu sistem Sijil Pengiktirafan Teknikal dan Vokasional yang baru akan diperkenalkan di bawah Rancangan
Malaysia Ke-10 (2011 2015) mulai tahun 2012. Selain daripada itu, sebanyak RM27.3 juta akan disalurkan
kepada pendidikan TEVT melalui belanjawan 2013 yang dibentangkan baru-baru ini.
Sungguhpun demikian, pencapaian dan keberkesanan dasar-dasar TEVT di Malaysia masih jauh ketinggalan
di belakang jika berbanding dengan negara-negara maju mahupun negara sejiran di ASEAN. Sejurus selepas
kemerdekaan, Malaysia telah mengalami lebihan pekerja tidak terlatih dalam industri (JPK, 2011). Masalah
tersebut kekal sehingga hari ini walaupun banyak sumber and tenaga telah disalurkan kepada TEVT.
Menurut statistik yang dikemukakan PEMANDU, lebih kurang 28% atau 130,000 pelajar yang tamat
peperiksaan SPM atau tercicir dari sekolah sebelum SPM pada setiap tahun dan mereka ini memasuki alam
pekerjaan tanpa memiliki sebarang kemahiran. Selain itu, statistik yang sama juga menunjukkan kira-kira
8.4 juta pekerja di negara ini adalah terdiri daripada golongan buruh tidak mahir dan separa mahir.
Mustapha et al (2001) juga menunjukkan bahawa Malaysia telah mengalami kekurangan pekerja terlatih
bagi memenuhi permintaaan pembangunan ekonominya. Laporan Bank Pembangunan Asia telah
menetapkan nisbah bilangan jurutera, juruteknik dan pengoperasi (operators) yang diperluakan oleh sektor
industri kepada nisbah 1:3:20 pada tahun 1999. Nisbah tersebut kemudian diturunkan kepada 1:5:12 akibat
perkembangan teknologi baru yang memerlukan pengetahuan intensif dan kemahiran tinggi. Hakikatnya,
negara kita mempunyai para siswazah yang berlebihan tanpa memiliki kemahiran diperlukan dan bilangan
pengoperasi yang terlalu tinggi. Menurut Bank Pembangunan Asia (2004), negara-negara sedang
membangun termasuk Malaysia belum bersedia bergerak ke arah ekonomi berlandaskan pengetahuan
(knowledge-based economy) jika bilangan pekerja kurang mahir adalah besar.
Persoalan yang timbul sekarang bukan lagi sekadar terhadap nilai dan kepentingan TEVT, tetapi lebih
kepada mengenalpasti masalah dan cabaran yang dihadapi oleh sistem TEVT di negara ini supaya usahausaha yang relevan dan komprehensif dapat diambil dengan kadar yang segera. Bahagian pertama kertas
kerja ini akan mengimbas semula sejarah perkembangan TEVT di Malaysia dan keadaan semasanya.
Seterusnya bahagian kedua akan menekankan kepada tiga cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia
dalam proses mentransformasikan sistem TEVT. Masalah-masalah yang berkaitan dengan cabaran tersebut
juga diberi dan dihuraikan dengan ringkas.
PERKEMBANGAN TEVT DI MALAYSIA
Pendidikan vokasional yang formal di Malaysia bermula sejak tahun 1897 apabila penjajah British mulai
memperkenalkan latihan penyelengaraan landasan keretapi kepada belia Melayu (Zakaria, 1988). Sejarah
TEVT di Malaysia selama 115 tahun ini dapat dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan utama yang
masing-masing mempunyai matlamat dan sasaran berlainan, iaitu Peringkat Kolonial British, Peringkat Awal
Kemerdekaan dan Peringkat Pembangunan Perindustrian.

Peringkat Kolonial British bermula dari tahun 1897 hingga 1952. Sistem TEVT pada peringkat ini dijalankan
secara kecil-kecilan dan tidak bersistematik. Tujuannya hanya melahirkan pekerja buruh bagi pembinaan
landasan keretapi oleh Kolonial British dan pada masa yang sama mempertingkatkan taraf kemahiran
masyarakat Melayu. Pada tahun 1906, sekolah teknikal awam yang pertama, dinamakan Sekeloh Teknik
Trencher telah ditubuhkan di Kuala Lumpur bagi melatih pekerja-pekerja mahir di dalam sektor awam (Md.
Yunos et al., 1972). Seterusnya, sebuah Suruhanjaya Pendidikan Teknikal dan Industri telah ditubuhkan
pada tahun 1918 bagi mengkaji keperluan pendidikan vokasional dan teknikal di Tanah Melayu pada ketika
itu. Hasil daripada suruhanjaya tersebut, sebuah sekolah teknik (kemudian dinaiktaraf menjadi institut pada
tahun 1941 dan UTM pada 1972), empat sekolah perdangangan dan sebuah sekolah pertanian (kemudian
dinaiktaraf menjadi UPM pada tahun 1972) telah dilahirkan dalam tahun 1923 hingga tahun 1931. Pada
tahun 1933, jabatan pelajaran dibawah tajaan Bank Dunia telah menubuhkan sebuah Pusat Latihan
Pengajar Politeknik di Batu Pahat, Johor bagi melatih tenaga-tenaga pengajar yang diperlukan oleh
politeknik. Pusat ini dinaiktarafkan menjadi Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada tahun 1966.
Peringkat kedua bermula sebelum kemerdekaan iaitu tahun 1952 hingga tahun 1978. Dalam peringkat ini,
sistem pendidikan di negara ini mengalami perubahan yang besar dan ketara hasil daripada beberapa
laporan pendidikan yang penting dan penyusunan semula masyarakat melalui Dasar Ekonomi Baru (1971
1990). Justeru, dalam tempoh ini pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah
ketidakseimbangan masyarakat. Laporan Barnes pada tahun 1951 yang diketuai oleh L.J. Barnes dari
Universiti Harvest cuba memperkenalkan matepelajaran kemahiran seperti sains rumahtangga dan seni kraf
ke dalam sistem pendidikan pada masa itu. Malangnya, cadangan tersebut telah ditolak atas sebab ia
memerlukan satu penggubalan menyeluruh terhadap sistem pendidikan yang sedia ada. Satu sistem TEVT
yang komprehensif hanya diperkenalkan pada tahun 1952 di bawah Akta Pendidikan (Ordinan Pelajaran)
dan ia membawa kepada penubuhan sekolah menengah vokasional (SMV) dan sekolah menengah teknik
(SMT). Kedua-dua SMV dan SMT menawarkan pendidikan TEVT lepasan PMR selama dua tahun untuk
pelajaran yang berlainan keupayaan. Ini disusuli dengan penubuhan Pusat Latihan Pihat Berkuasa
Pembangunan Luar Bandar dan Industri (Rural and Industrial Development Authority Training Center) pada
tahun 1956 di kawasan Petaling Jaya, yang kemudiannya dinamakan sebagai Maktab MARA pada tahun
1965 dan Institut Teknologi MARA pada 1967. Hanya pada tahun 1969, politeknik yang pertama di Malaysia
iaitu Politeknik Ungku Omar ditubuhkan di Ipoh di bawah Program Colombo yang dibiayai oleh kerajaan
Kanada. Penubuhan politeknik adalah bertujuan melahirkan tenaga mahir separa-professional peringkat sijil
dan diploma dan memberi tumpuan kepada kursus juruteknik dan beberapa kursus yang lain seperti
teknologi galian, perakaunan dan pengajian tanah dan trengkas (Jabatan Pengajian Politeknik, 2009).
Peringkat ketiga perkembangan TEVT di Malaysia amat dipengaruhi oleh pembangunan ekonomi negara dari
tahun 1979 hingga 2010. Antara dasar yang diperkenalkan pada peringkat ini termasuklah Pelan Induk
Perindustrian (1985 1995), Dasar Pembangunan Negara (1991 2000) dan Wawasan 2020 (Nordin Tahir,
--). Pada tahun 1979, satu Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengaji Pelaksanaan Pendidikan telah dibentang
dan diluluskan, yang mengaitkan kepentingan kepentingan dan latihan politeknik dengan pembangunan
industri negara. Seterusnya, Pelan Induk Perindustrian (1985 1995) telah membawa Malaysia ke arah
pembangunan sebagai sebuah negara perindustrian. Justeru, penghasilan tenaga kerja mahir dan separa
profesional yang mencukupi menjadi amat penting bagi mendukung keperluan sektor industri. Pelbagai
langkah telah diambil oleh kerajaan bagi mencapai tujuan tersebut. Antaranya ialah menggalakkan sektor
swasta menceburi bidang TEVT dan pendidikan melalui Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan
Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996. Selain itu, beberapa institusi pendidikan TEVT bertaraf kolej dan
universiti telah ditubuhkan dalam tempoh yang sama seperti Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000
bagi membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi universiti, penubuhan UTeM (Technical University of Malaysia
Malacca) dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO, ditukar nama kepada UTHM pada
tahun 2007) pada tahun 2000, penubuhan Kolej Komuniti yang pertama pada tahun 2005, dan menaiktaraf
sekolah menengah vokasional kepada sekolah menengah teknik (Nordin Tahir, --). Jadual 1 di bawah
meringkaskan ciri-ciri utama sistem TEVT pada setiap peringkat.
Jadual 1: Ciri-ciri utama sistem TEVT pada setiap peringkat perkembangan
Tahun

Peringkat

1897-1952 Kolonial British

Ciri-ciri TEVT
Dilaksanakan secara kecil-kecilan dan kurang sistematik.
Bertujuan untuk meningkatkan taraf kemahiran masyarakat Melayu. Pelatih
akan berkhimat kepada pihak kolonial atau kerja sendiri.
Sasaran pelatih ialah orang dewasa.
Bidang yang diutamakan ialah pembinaan landasan keretapi, pertanian dan

sains rumahtangga.
Pembekal TEVT ialah kerajaan.

1952
1978

Awal
Kemerdekaan

1979
2010

Pembangunan
Perindustrian

Dilaksanakan secara sistematik dan besar-besaran.


Bertujuan untuk melatih tenaga mahir yang cukup untuk keperluan agensiagensi kerajaan.
Sasaran utama pelatih ialah pelajar sekolah menengah.
Merangkumi semua bidang industri utama.
Pembekal TEVT ialah kerajaan.
Dilaksanakan secara sistematik dan besar-besaran.
Bertujuan untuk melatih tenaga mahir yang cukup untuk keperluan syarikatsyarikat swasta dan kerajaan.
Sasaran utama pelatih ialah pelajar sekolah menengah dan pekerja yang
tidak mahir.
Merangkumi semua bidang industri utama termasuk hospitaliti.
Pembekal TEVT ialah kerajaan dan swasta.

Landskap Semasa dan Transformasi TEVT di Malaysia

46% pekerjaan baru yang memerlukan


kelayakan vokasional atau diploma.

0.9
0.8

0.8
0.7

0.7

0.7

0.7
0.6
0.5
0.4

22%

24%

22%

22%

0.3

0.2

0.2

0.1

0.1
7%

D
ok
to
rF

al
s

on
al

af
ah

3%

ar
ja
na
/P
ro
fe
ss
i

I ja
za
h

lo
m
a
D
ip

ijil

/V

ok
as
io
na
l

Ke
m
ah
ira
n

Ta
np
a

Unjuran pekerjaan baru yang wujud pada


2020

Mulai tahun 2011, kerajaan telah mengambil beberapa initiatif baru bagi mentransformsikan sistem TEVT di
negara ini. Melalui Rancangan Malaysia ke 10 (2011 2015) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2010,
TEVT dijadikan salah satu senjata penting bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi iaitu
pendapatan per kapital antara US$15,000 (RM48,000) hingga US$20,000 (RM64,000) pada tahun 2020.
Misalnya, 46% (~1.5 juta) daripada 3.3 juta pekerjaan baru yang akan diwujudkan dalam jangkamasa ini
memerlukan tenaga kerja yang mempunyai sijil dan diploma TEVT (rujuk Rajah 1). Di bawah NKEA
Pendidikan (EPP5) pula, langkah-langkah akan diambil bagi mempertingkatkan penglibatan latihan
kemahiran dari sektor swasta. Langkah-langkah ini termasuk mengeratkan hubungan dengan sektor industri,
mengharmonikan latihan kemahiran melalui reformasi perundangan, meningkatkan dana demand-side
(seperti dana HRDF), melancarkan kempen kesedaran TEVT, menekankan laluan professional untuk TEVT,
menambah bilangan pensyarah yang berkelayakan, dan membantu pengusaha TEVT mendapatkan pelajar.

Kelayakan yang diperlukan

Rajah 1: Pekerjaan baru di bawah Program Transformasi Ekonomi berdasarkan kelayakan diperlukan.
SUMBER: Program Transformasi Ekonomi 2010
Pada 1hb Jun 2012, Kementerian Pelajaran melancarkan satu Pelan Transformasi Vokasional. Di bawah
pelan ini, satu progam rintis laluan alternatif untuk pendidikan vokasional dikenali sebagai Program Asas
Vokasional (PAV) telah dilaksanakan di peringkat sekolah menengah rendah mulai di 15 buah sekolah.
Program ini membolehkan murid sekolah mendapatkan sijil asas vokasional tahap 1 dan tahap 2 (Sijil

Kemahiran Malaysia 1 dan 2) pada usia yang lebih muda iaitu 15 tahun berbanding dengan 17 tahun
sebelum ini selari dengan sistem di negara maju yang lain. Seramai 5% daripada pelajar lepasan UPSR
dijangka akan mengikuti kursus PAV di 150 buah sekolah menengah pada tahun 2013. Selain itu, program
di pendidikan vokasional menengah atas sedia ada akan ditambah baik melalui penukaran SMV yang sedia
ada kepada Kolej Vokasional. Kolej ini menawarkan kurikulum yang disusun semula (SKM1 hingga SKM3)
dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang akan diakreditasikan dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian
Tinggi. Seramai 20% daripada pelajar Tingkatan 4 (lepasan PMR dan PAV) dijangka akan mengikut kursus
di Kolej Vokasional pada tahun 2016.

DUNIA PEKERJAAN

DUNIA
PEKERJAAN

SKM 4
SKM 3

SPM

SKM 2
SKM 1
80%

PMR

PENDIDIKAN
ASAS
VOKASIONAL
5%

95%

UPSR

SKM 2
SKM 1

Rajah 2: Carta aliran pendidikan teknik dan vokasional


SUMBER: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025) yang dikemukakan baru-baru ini juga memberikan
beberapa cadangan mengenai TEVT dalam bab yang ketujuhnya. Antara cadangan yang penting ialah
cadangan kajian semula dasar 60:40 Sains-Sastera kepada 40:36:24 Vokasional-Sains-Sastera atas
pengiktirafan kepentingan sumbangan pendidikan vokasional kepada perkembangan ekonomi negara.
Matapelajaran vokasional dan teknik juga akan diperkenalkan dalam peperiksaan SPM sebagai pilihan elektif.
Selain itu, institut vokasional swasta akan dibantu dan diberi tanggungjawab yang lebih besar terutamanya
dalam sektor industri bermodal rendah, manakala kolej vokasional awam akan mementingkan kursus-kursus
yang diperlukan oleh industri berteknologi tinggi.
CABARAN DAN MASALAH TEVT
Sungguhpun banyak usaha dan sumber telah disalurkan bagi memperkasakan sistem pendidikan TEVT oleh
kerajaan, masih terdapat beberapa masalah serta cabaran utama yang menghalang Malaysia menjadi
sebuah negara berpendidikan vokasional dan teknikal yang maju. Kertas kerja ini akan mengemukakan tiga
cabaran utama dan beberapa masalah berkaitan dengannya dalam sistem TEVT yang sedia ada. Cabaran
dan masalah yang dikemukakan ini sama ada gagal diberi perhatian sewajarnya dalam rancangan
transformasi TEVT ataupun perhatian yang diberi memang tidak mencukupi.

1) CABARAN PERTAMA: MENAMBAH BAIK PERSEPSI TERHADAP TEVT


Secara umumnya, orang ramai di Malaysia terutama pelajar mempunyai persepsi yang kurang baik terhadap
pendidikan TEVT. Jika di negara/kawasan maju seperti Jerman, Austria dan Taiwan, ramai pelajar memilih
kerja teknikal dan vokasional sebagai kerjaya mereka, tetapi belia di Malaysia enggan memilih aliran
pendidikan alternatif ini sungguhpun mereka lemah dalam akademik. Persepsi negatif ini sebahagian
besarnya disebabkan oleh masalah-masalah yang berikut:
Masalah 1: TEVT Dijadikan Tempat Mengisi Pelajar Lemah
Sekolah vokasional sering dijadikan tempat mengisi pelajar yang tercicir dari sekolah atau lemah pencapaian
akademik (Jailani et al., --). Malah, mereka yang menuntut di sekolah vokasional sering dianggap pelajar
nakal dan tidak berdisiplin oleh orang ramai. Adakalanya pihak berkenaan yang membuat promosi TEVT
juka meggunakan perkataan menghina seperti untuk pelajar lemah, gagal dalam peperiksaan, dan belia
menganggur sebagai tarikan. Tindakan dan salah faham ini memberi gambaran kepada orang ramai
bahawa pendidikan TEVT sesuatu yang tidak berkualiti dan pada akhirnya akan menjejaskan usaha kerajaan
menjadikan TEVT sebagai pilihan utama pelajar. Oleh itu, penekanan promosi TEVT harus diberi kepada
pendidikan alternatif bagi mereka yang mempunyai bakat selain akademik.
Masalah 2: Pengiktirafan Yang Rendah Oleh Kerajaan dan Masyarakat
Selama ini, pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaaan hanya memberi perhatian dan bantuan
kepada mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi. Banyak bantuan dari segi biasiswa,
pinjaman dan peluang melanjutkan pelajaran akan disediakan untuk golongan pelajar terbaik dalam
akademik. Namun, keadaan yang sama tidak berlaku kepada pelajar TEVT yang cemerlang mahupun
mengharungkan nama negara di arena antarabangsa. Sebagai contoh, Cik See WY yang telah memenangi
pingat gangsa kategori seni kecantikan dalam Pertandingan Kemahiran Dunia 2012 di London terpaksa
bekerja di Singapura untuk mendapatkan dana melanjutkan pelajaran dan pengalaman.
Pengiktirafan yang tidak seimbang antara pelajar cemerlang dalam akademik dan TEVT juga berlaku di
dalam liputan media tempatan. Adalah biasa bagi media tempatan membuat liputan besar-besaran apabila
terdapat pelajar yang mencapai kejayaan besar dalam mana-mana bidang akademik, sebaliknya mereka
menganggap pencapaian dalam TEVT tidak mempunyai nilai berita yang besar. Satu contoh yang baik ialah
wakil-wakil Malaysia telah mencapai kejayaan yang besar dalam Pertandingan Kemahiran Asean 2010 di
Bangkok (memenangi 7 pingat) dan Pertandingan Kemahiran Dunia 2012 di London (memenangi 5 pingat
daripada 10 acara ditandingkan). Malangnya, media tempatan sama ada surat akhbar, radio atau televisyen
hanya memberi liputan yang sangat kecil jika berbanding dengan liputan televisyen yang dibuat oleh NTDTV
dari Taiwan (www.ntdtv.com).
Masalah 3: Peluang Melanjutkan Pelajaran Tinggi Yang Terhad
Sijil TEVT diberi pengiktirafan yang tinggi dan setanding dengan sijil-sijil akademik di banyak negara maju.
Pelajar-pelajar TEVT boleh melanjutkan pelajaran mereka sehingga tahap universiti mahupun pasca
siswazah. Namun, pelajar TEVT di Malaysia menghadapi kekurangan pilihan untuk melanjutkan pelajaran
mereka selepas memperolehi diploma atau diploma lanjutan. Sebagai contohnya, terdapat 11 buah universiti
teknikal dan 50 buah institut teknikal yang menawarkan ijazah tinggi di Taiwan sejak tahun 1990an (Mei,
2001). Memandangkan Malaysia hanya mempunyai 4 buah universiti teknikal awam selepas tahun 2000.
Jadual 2 membandingan kelayakan dan tahap kelulusan antara aliran TEVT dan akademik. Kebanyakan
institusi TEVT awam di Malaysia hanya menawarkan kursus sehingga peringkat diploma atau diploma
lanjutan. Sekiranya pelajar TEVT ingin mendapatkan ijazah, mereka terpaksa melanjutkan pelajaran TEVT di
luar negara ataupun mengambil ijazah akademik di universiti tempatan.
Jadual 2: Rangka Kelayakan Malaysia (MQF): Kelayakan dan Tahap
Sektor
Taraf MQF

Kemahiran

Vokasional & Teknikal

Pendidikan Tinggi (Akademik & Professional)

Doktor Falsafah

Sarjana atau Sijil & Diploma Pascasiswazah

Sarjana Muda

DLKM

Diploma Lanjutan

Diploma Lanjutan

DKM

Diploma

Diploma

SKM 3

2
1

SKM 2
SKM 1

Sijil

Sijil Vokasional &


Teknik

SUMBER: Jabatan Pembangunan Kemahiran


2) CABARAN KEDUA: MENGARUS-PERDANAKAN TEVT
Berhubung kait dengan cabaran yang pertama, wujudnya ketidakseimbangan dalam sistem pendidikan
Malaysia di antara aliran TEVT dan aliran akademik. Apa yang lebih membimbangkan ialah berlakunya
marginalisasi terhadap pendidikan TEVT di sebalik segala usaha kerajaan memperkasakan pendidikan TEVT.
Antara masalah yang menghalang usaha mengaras-perdanakan TEVT ialah:
Masalah 1: Bilangan Kemasukan Pelajar TEVT Yang Rendah
Persepsi negatif orang ramai terhadap pendididkan TEVT jelas digambarkan oleh kadar kemasukan pelajar
di pelbagai institusi TEVT berbanding dengan pendidikan akademik. Pada tahun 2010, hanya seramai 25,000
pelajar memasuki sekolah teknik dan vokasional jika berbanding dengan 453,000 pelajar yang menduduki
SPM (JPK, 2011), iaitu 100 orang yang menuntut di sekolah menengah, lebih kurang 5 orang sahaja yang
memilih aliran kemahiran. Tambahan pula, enrolmen peringkat sijil di 70 buah kolej komuniti seluruh negara
hanya mencatatkan sebanyak 16,415 pelajar dan 17,814 pelajar pada tahun 2009 dan 2010 masing-masing,
manakala enrolmen pada peringkat diploma hanya seramai 864 orang dan 386 orang pada kedua-dua tahun
berkenaan (Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia, 2010).
Pada keseluruhannya, enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat
menengah atas bagi Malaysia hanya 10% berbanding kadar purata 44% di negara OECD (JPK, 2011). Di
Singapura pula, kira-kira 75% daripada pelajarnya disalurkan kepada latihan TEVT di semua peringkat, iaitu
25% ke Institut Pendidikan Teknikal, 40% ke Politeknik dan 10% ke pusat latihan swasta (Law, 2007).

University

Junior Colleges
(25%): general
certificates

Polytechnics
(40%): Diploma

Secondary (Special): 4 years

Institute of Technical
Education (25%):
Nitec/ Higher Nitec

Secondary (Express): 4 years

Other private
training providers
(10%)

Secondary (Normal): 4/5 years

Primary (6 years)
Rajah 3: Sistem Pendidikan Singapura (Law, 2007)
Masalah 2: Syarat Kemasukan Yang Terlalu Tinggi
Salah satu penghalang utama hasrat kerajaan mengarus-perdanakan pendidikan TEVT datang daripada
syarat kemasukan yang dikenakan kepada kebanyakan kursus TEVT didapati terlalu tinggi bagi golongan
sasarannya. Sistem pendidikan TEVT di Malaysia dibahagikan kepada tiga aliran iaitu aliran teknikal untuk

pelajar yang cemerlang, aliran vokasional untuk pelajar sederhana dan aliran kemahiran untuk pelajar yang
lemah dalam akademik. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik, manakala aliran
vokasional dan kemahiran lebih menekankan komponen praktikal.
Selama ini, pelajar cemerlang di Malaysia lebih cenderung kepada pendidikan akademik berbanding dengan
teknikal. Fenomena ini dapat diperhatikan melalui kadar kemasukan sekolah menengah teknik yang tidak
menggalakkan sungguhpun syarat kemasukan bukan satu isu yang ditimbulkan. Apa yang menarik
perhatian di sini ialah golongan pelajar yang menjadi sasaran aliran vokasional dan kemahiran. Kebanyakan
daripada pelajar sasaran ini merupakan mereka yang kurang minat dalam akademik mahupun tercicir
daripada sekolah sebelum tamat Tingkatan 5. Ramai di antara mereka juga tidak dapat menguasai Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik, mahupun gagal dalam peperiksaan PMR.
Namun, kajian kami mendapati kebanyakan kursus-kursus TEVT yang ditawarkan oleh pelbagai kementerian
(kecuali Kolej Komuniti) mengenakan syarat yang amat tinggi, iaitu lepasan SPM (atau Tingkatan 5) dengan
kepujian di dalam beberapa matepelajaran tertentu. Jadual 3 memberikan beberapa contoh syarat yang
dikenakan oleh pelbagai institusi TEVT dalam kursus tertentu. Bagi pelajar yang lemah, syarat-syarat
tersebut terlalu tinggi, manakala bagi pelajar yang memenuhi syarat tersebut sudah tentu mempunyai
pilihan lain seperti program asasi (foundation programme) yang disediakan oleh kebanyakan universiti
swasta.
Masalah ini bukan sahaja berlaku di peringkat lepasan menengah atas, bahkan ia juga berlaku kepada
pelajar lepasan PMR. Kementerian Pelajaran telah menetapkan syarat minimum kemasukan Sekolah
Menengah Teknik sebagai gred B dalam semua subjek peperiksaan PMR, manakala pelajar perlu mendapat
keputusan sekurang-kurangnya gred C dalam semua subjek untuk kursus aliran vokasional dan gred D
dalam semua subjek untuk kursus aliran kemahiran di Sekolah Menengah Vokasional. Ini bererti seorang
pelajar yang memperolehi satu gred E dan semua yang lain gred D ke atas tidak layak memohon kursus
vokasional.
Jadual 3: Syarat
Institut Kemahiran Belia
Negara
Kursus
Syarat
Diploma
1. Umur 18 30
Teknologi
tahun, bujang
Kejuruteraa
dan sihat
n Automotif
(Penyelengg 2. Lulus SPM
araan)
atau setaraf,
lulus BM dan 3
kepujian dalam
subjek
Matematik, satu
mana-mana
subjek
Sains/Fizikdan
satu mana-mana
subjek lain
serta,
3. Lulus BI

Diploma
Teknologi
Awam
(Hiasan
DalamanDrywall &
Ceilling)

1. Umur 18 30
tahun, bujang
dan sihat
2. Lulus SPM
atau setaraf,
lulus BM
3. Kredit

yang dikenakan oleh pelbagai institusi TEVT dalam kursus tertentu


Institut Latihan
Kolej Komuniti
Politeknik
Perindustrian
Kursus
Syarat
Kursus
Syarat
Kursus
Syarat
Sijil
1. Berumur 17
Kebanyakan 1.
Kebanyaka
Lulus SPM
Teknologi
hingga 35 tahun kursus sijil
Berumur
n kursus
serta
Binaan
modular
17 tahun
Diploma
memenuhi
(Berasaskan 2. Mempunyai
kebangsaan ke atas
syarat
Kayu)
SPM/SPMV
minimum
dengan LULUS
2. Boleh
berikut:
(SKM1,2,3)
dalam Bahasa
membaca
Melayu
,menulis
i) Lulus BM
dan
*Tidak buta
mengira.
ii) Lulus BI
atau buta warna
atau rabun(tidak
iii) Kepujian
berkacamata)
dalam 5
atau pekak
subjek
(tanpa alat
termasuk
bantuan) atau
Matematik/
bisu atau cacat
Matematik
fizikal/anggota
Tambahan
yang boleh
menyukarkan
kerja-kerja amali
dan sesi
pembelajaran.
Sijil
1. Berumur 17
Sijil Sistem
1.
Diploma
Lulus SPM
Teknologi
hingga 35 tahun Komputer
Berumur
Sains
dengan 3
Automotif
dan
17 tahun
Kesetiausah kepujian
(SKM1,2,3)
2. Mempunyai
Sokongan
ke atas
aan
dalam
SPM/SPMV
subjek
dengan LULUS
2. Boleh
berikut:
dalam subjek:
membaca
i) BM
,menulis
i) BM
dan
ii) BI

Matematik/
Sains/Fizik

Sijil
Teknologi
Kejuruteraa
n Automotif
(Penyelengg
araan)

1.

Tamat
tingkatan 5

2. Umur 18 30
tahun, bujang
dan sihat

ii) Matematik/
Matematik
Tambahan; dan

Sijil
Teknologi
Elektronik
Industri
(SKM1,2,3)

3. Lulus SPM
atau setaraf,
lulus BM dan
lulus Matematik
dan satu
kepujian manamana subjek

iii) Sains/ Fizik /


Kimia/ Menservis
Automobil/
Automotif
Kenderaan/
Automotif
Elektrik &
Diesel/
Teknologi
Automotif/
Menservis &
Membaiki
Kenderaan.
1. Berumur 17
hingga 35
tahun
2. Mempunyai
SPM/SPMV
dengan LULUS
dalam subjek:
i) BM
ii) Matematik/
Matematik
Tambahan; dan
iii) Sains/ Sains
Tambahan/
Sains Gunaan/
Fizik/
Kimia/Pengajian
Kejuruteraan
Elektrik &
Elektronik/
Prinsip Elektrik &
Elektronik/
Aplikasi Elektrik
& Elektronik/
Menservis Radio
& TV/ Lukisan
Geometri &
Elektronik

Sijil
Lanjutan
Teknologi
Automotif
(Semburan
Cat)
(SKM1,2&3)

1.

Tamat
tingkatan 5

2. Umur 18 30
tahun, bujang
dan sihat

Diploma
Teknologi
Binaan

1. Berumur 17
hingga 35 tahun
2. Mempunyai
SPM/SPMV
dengan
KEPUJIAN dalam
subjek:
i) BM
ii) Matematik/
Matematik
Tambahan; dan
iii) Sains/Sains
Tambahan/
Sains Gunaan/
Fizik / Kimia

mengira

iii) Satu
mata
pelajaran
lain

3. Lulus
SPM
dengan 1
kredit
dalam
manamana
subjek
dan
4. lulus
Matemati
k.
Sijil Pelukis
Pelan
Senibina

1.
Berumur
17 tahun
ke atas
2. Boleh
membaca
,menulis
dan
mengira
3. Lulus
SPM
dengan 1
kredit
dalam
manamana
subjek

Diploma
Pengurusan
Acara

Lulus SPM
serta
memenuhi
syarat
minimum
berikut:
i) Lulus BM
ii) Lulus
Mathematic
s/
Additional
Mathematic
s
iii)
Mendapat 3
kepujian
subjek
berikut:
a) BI
b) 2 subjek
yang lain.
(BM &
Maths
boleh
diambilkira
sekiranya
kepujian)

Masalah 3: Tiada penyelarasan di antara agensi-agensi menawarkan kursus TEVT


Statistik kasar yang diperolehi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran menunjukkan terdapat lebih
kurang 538 buah institusi awam dan negeri yang menawarkan pendidikan TEVT di Malaysia. Semua institusi
TEVT ini diurus dan dikawal oleh pelbagai kementerian dan kerajaan negeri yang berlainan. Jadual 4
menunjukkan taburan institusi TEVT awam dan kementerian yang bertanggungjawab serta tahap kursus
yang disediakan.
Melalui Jadual 4, kita dapati terdapat sekurang-kurangnya lapan kementerian berlainan dan kerajaan negeri
yang menawarkan kursus TEVT masing-masing dan ini tidak lagi termasuk Kementerian Kesihatan dan
Kementerian Pertahanan yang juga mempunyai pusat latihan sendiri. Keadaan ini bukan sahaja
mengelirukan orang ramai dan merumitkan proses permohonan kemasukan, tetapi juga mengakibatkan
pembaziran sumber dari segi promosi, penawaran kursus dan penempatan pelajar. Masalah yang paling
besar ialah kualiti dan tahap sijil TEVT yang dikeluarkan oleh kementerian dan institusi berlainan adalah
tidak seragam. Misalnya GiatMARA mempunyai sistem persijilan sendiri yang berlainan daripada Sijil
Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia.
Jadual 4: Taburan institusi TEVT awam dan tahap kursus ditawarkan. Nombor dalam kurungan
menunjukkan bilangan institusi yang sedia ada.
Tahap
kursus
ditawarkan

MOHR

MOYS

MORRD

MOE

Adv Dip
Tech
Dip
Politeknik
Dip
Teknologi
DLKM

DKM
Sijil Kolej
Komuniti
Sijil
Teknologi
SKM1,2,3
SKM1&2

MOA

MOPW
(CIDB)

States

CIDB
(ABM)(6)

Institusi
Negeri(31)

UTHM(1)
Universiti
Awan &
Swasta

Master
Universiti
KL(1)

Beng Tech

MOHE

JMTI(1)
Politeknik(27)
KKTM(10)
GMI(1)
ADTEC(4)
Pusat
Bertauliah
Swasta

IKTBN(1)

Kolej PolyTech &


Kolej
Professional
MARA(7)

Institusi
MOA
(CAM)(1)
Kolej
Komuniti(72)

IKM(13)

ILP(22)
Pusat
Bertauliah
Swasta(500600)

Institusi
MOA(5)

IKBN(15)
Giat
MARA(233)

SMT &
SMV(88)

SPM(V)

SUMBER: Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jailani et al. (2006)


3) CABARAN KETIGA: MENGATASI MASALAH POLARISASI KAUM DI TEVT
Masalah polarisasi etnik merupakan cabaran ketiga yang menghalang proses mentransformasikan TEVT di
Malaysia. Fenomena ini wujud apabila pelajar dari sesuatu kaum lebih cenderung kepada laluan pendidikan
TEVT tertentu serta suasana dan budaya pembelajaran di institusi TEVT awam tidak disukai pelajar bukan
Bumiputera.

Masalah 1: Laluan Pendidikan TEVT Yang Berbeza Di Antara Kaum Berlainan


Laluan pendidikan TEVT dapat dibahagikan kepada lima kategori mengikut tempat dan cara
pembelajarannya, iaitu menuntut di institusi awam, menuntut di institusi swasta, latihan sambil bekerja
(program apperentis) di syarikat, melanjutkan pelajaran di luar negara dan pembelajaran secara tidak
formal di bengkel-bengkel kecil. Kelima-lima laluan pendidikan TEVT tersebut mempunyai kebaikan dan
kelemahan masing-masing dan pelajar akan memilihnya mengikut kegemaran, kesesuaian, kelayakan dan
tanggungan kewangan dirinya sendiri. Misalnya, laluan pembelajaran secara tidak formal mempunyai
banyak kelemahan seperti tidak mempunyai sijil yang diiktiraf dan kurang pendedahan kepada teknologi
terbaru, tetapi ia amat digemari oleh mereka yang tercicir daripada sekolah dan memerlukan pendapatan
segera. Selain itu, banyak institusi swasta menawarkan sijil dari luar negara dengan suasana pembelajaran
yang lebih selesa tetapi kos pembelajarannya amat tinggi.
Atas sebab-sebab tertentu, kami dapat memerhatikan bahawa kaum Bumiputera lebih cenderung kepada
menuntut di institusi awam dan mengikuti program apperentis yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber
Manusia. Sebaliknya, institusi awam sering menghadapi masalah untuk menarik pelajar bukan Bumiputera
yang lebih suka latihan tidak formal (pelajar yang lemah dalam akademik dan miskin) atau ke luar negara
(ramai pelajar Cina mempelajari kemahiran di Taiwan melalui satu program yang diusahakan oleh FAATUM).
Sebagai contohnya, bilangan pelajar bukan Bumiputera di SMT dan SMV pada tahun 2010 hanya mencapai
1.66% daripada 60,590 pelajar, kira-kira 3% di Politeknik dan Kolej Komuniti, dan kurang daripada 1% di
IKBN. Sungguhpun terdapat pelajar dari semua kaum yang menuntut di institusi swasta, namun mereka
lebih cenderung kepada memilih institusi swasta tertentu yang kebanyakan pelajarnya adalah daripada
kaum yang sama.
Masalah 2: Suasana Pempelajaran TEVT Yang Tidak Mesra Kepada Kuam Bukan Bumiputera
Antara dua sebab utama yang diberi oleh pelajar bukan Bumiputera mengapa mereka tidak memilih institusi
TEVT awam ialah kekurangan rakan sesama kaum di institusi awam tersebut atau mereka tidak dapat
menyesuaikan diri dengan suasana kampus yang terlalu menekan kepada budaya sesuatu kaum sahaja.
Beberapa kes sebenar berlaku di mana pelajar yang baru berdaftar di institusi TEVT awam menarik diri
setelah mengetahui beliau adalah pelajar bukan Bumiputera yang tunggal. Selain itu, ramai pelajar Cina
enggan memohon kepada institusi TEVT awam kerana mereka tidak pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia.
KESIMPULAN
Sistem TEVT di setiap negara adalah unik mengikut pembangunan dan sejarahnya sendiri. Di Malaysia,
perkembangan dan perubahan sistem TEVT sering dihubungkait dengan pembangunan ekonominya sejak
tahun 1897. Apabila ekonomi negara disusun semula dari intensif-pekerja (labour intensive) kepada intensifmodal (capital-intensive) dan kemudian intensif-ilmu (knowledge-intensive), sistem TEVT juga berubah
sejajar dengan keperluan ekonomi bagi memastikan modal insan yang dilatih mempunyai nilai, kemahiran
dan pengetahuan yang relevan.
Walau bagaimanapun, pencapaian pendidikan TEVT Malaysia masih jauh tertinggal di belakang berbanding
dengan negara-negara maju lain. Tiga cabaran yang disebutkan dalam kertas kerja ini perlu diberi perhatian
sekiranya Malaysia ingin mencapai tahap negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020
sebagaimana yang dirancap di bawah ETP. Langkah-langkah sewajarnya perlu diambil seperti sistem
penyampaian informasi yang lebih berkesan dan cekap bagi menambahbaik persepsi orang awam terhadap
pendidikan TEVT. Selain itu, tiada penyelarasan antara pelbagai kementerian juga dipercayai satu faktor
penting yang menghalang perkembangan pendidikan TEVT. Justeru, tindakan untuk mewujudkan satu
Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Teknikal dan Vokasional Negara yang dianggotai pelbagai pihak amat
diperlukan segera. Jawatankuasa tersebut harus diberi peranan menyelaras dan memantau segala aktiviti
penyelidikan, penggubalan serta pelaksanaan dasar-dasar yang berkaitan dengan pendidikan vokasional
negara.
Rujukan
1)
2)

Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011 2015.


Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), 2011, Sijil Kemahiran Malaysia: Gerbang Kerjaya Anda,
Putrajaya: Kementerian Sumber Manusia, ms 7.

10

3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)
11)
12)
13)
14)
15)
16)
17)

Asian Development Bank (2004), Improving Technical Education and Vocational Training Strategies
for Asia, http://www.adb.org/Publications.
Zakaria, A. (1988). Perceptions of industrial training and employability skills: A comparative study of
the vocational schools and the MARA vocational institutes students in Malaysia. Doctoral Dissertation,
University of Pittsburgh.
Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), 2009, Hala Tuju Transformasi Politeknik: Ke arah kelestarian
penghasilan modal insan negara, Sri Kembangan: Kementerian Pengajian Tinggi, ms 18.
Nordin Tahir, --, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan: Rancangan Malaysia Ke-9 2006 2010, IPG
Kampus Ipoh.
Asian Development Bank (2004).Improving Technical Education and Vocational Training Strategies for
Asia , http://www.adb.org/Publications.
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 2025.
Jailani Md Yunos, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Noraini Kaprawi, dan Wahid Razally, (--), Technical
and Vocational Education and Training from Malaysia Perspective, 2 nd International TT-TVET EU-AsiaLink Project Meeting, VEDC Malang.
Jailani Md Yunos, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Noraini Kaprawi, dan Wahid Razally, (2006), Master
in TVET: Malaysian Experience, Sri Lanka: Innovation and Internalization in the Qualification of
Technical and Vocational Education and Training (TVET) Experts, 22 -26 November, 2006.
Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia, 2010.
Mei, Y.F. (2001). The strategies of developing the evaluation system of technical and vocational
education in Taiwan, International Conference on Engineering Education, August 6 10, 2001 Oslo,
Norway, pp. 8B6-15-8B6-19
Law, S.S. (2007). Vocational technical education and economic development the Singapore
experience. ITE Paper No. 9.
http://www.politeknik.edu.my/webjan06/02_english/
www.emoe.gov.my
www.emohr.gov.my
www.ntdtv.com

Biodata
Dr. Chang Yun Fah is currently working in UTAR as an Assistant Professor in Statistics. He has obtained his doctorate
and Masters degrees in Applied Statistics and his bachelors degree in Mathematics from University of Malaya in 2012,
2002 and 1998, respectively. He has been involved in developing and teaching courses in Mathematics, Statistics and
Research Methodologies at undergraduate and master levels since 2002. His areas of interest in research are Applied
Statistics, Quantitative Survey, Mathematics Education, and Technical Education and Vocational Training. He has
supervised more than 20 final year project and M.Sc students in different areas. He has been the research associate and
project leader for different research projects conducted in various higher institutions. He has presented and published 41
technical reports, books, and research papers at national and international conferences and journals. He has also been
invited as paper reviewer for international conferences and journals.
Dr Chang is a member of Malaysian Mathematics Association and Institute of Statistical Malaysia, and elected as the
Academic Director for the Centre for Malaysian Chinese Studies. He is currently the member of GBM-TEVT Committee
and the chairperson of TEVT Awareness Campaign.

11

You might also like