Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bab 1:

Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia.Kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan telah diperuntukkan dengan jelas di bawah
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.Menurut Abdul Aziz Bari, 2006 (dalam Siti Hajar,
2011), bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan
negara untuk tujuan perpaduan.Bahasa rasmi merujuk kepada bahasa yang mesti
digunakan dalam pelbagai urusan rasmi kerajaan.Hal ini jelas diperincikan dalam Akta
Bahasa Kebangsaan 1963/1967 Akta 7 / 67 yang menyatakan bahawa bahasa Kebangsaan
hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi.
Bahasa menjadi wahana utama sebagai medium komunikasi. Begitu juga halnya
dalam proses pdp. Seseorang murid perlu menguasai bahasa itu dengan menguasai
kemahiran-kemahiran bahasa tersebut. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), kemahiran
berbahasa merupakan isu penting dalam bidang pdp di sekolah sejak dahulu lagi. Dalam
bahasa Melayu, terdapat tiga kemahiran yang utama.Kemahiran-kemahiran ini mendasari
bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa yang ilmiah dan kekal relevan dalam pelbagai
zaman.Tiga kemahiran tersebut ialah kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Penguasaan secara holistik ketiga-tiga kemahiran ini
akan menjadikan penutur bahasa itu menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Kemahiran

menulis

merupakan

kemahiran

yang

paling

sukar

dan

tinggi

kedudukannya dari kemahiran berbahasa yang lain (Che Zanariah dan Fadzilah Abd
Rahman, 2011).Hal ini kerana kemahiran menulis merupakan kemahiran yang menguji
keupayaan murid menulis sesuatu perkataan sehingga menjadi ayat yang betul. Berbeza
dengan kemahiran mendengar dan membaca, murid hanya menerima sesuatu yang
dihasilkan oleh orang lain, manakala kemahiran bertutur, murid berhubung dengan individu
lain secara terus. Tetapi dalam kemahiran menulis, murid secara individu perlu melakukan
aktiviti menulis.Perkara inilah yang dikatakan segelintir murid petah berkata-kata tetapi
belum tentu mampu menulis dengan baik. Tegasnya, kemahiran menulis merupakan aktiviti
atau proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau maklumat dengan tepat dan
berkesan (Siti Hajar, 2009).
Kemahiran menulis merujuk kepada kebolehan murid menulis perkataan dan
melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang dilalui.Penekanan kemahiran ini adalah kepada aspek
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas
dan kemas.Kemahiran menulis menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009) merupakan satu bentuk

kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang penting dalam kehidupan manusia.Menulis


merupakan satu kata kerja yang bermaksud perbuatan mencatat kata-kata dengan huruf
dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasan atau fikiran melalui tulisan dan catatan
yang menggunakan huruf. Aktiviti menulis ini merujuk kepada kegiatan menzahirkan apa
yang terdapat di dalam minda melalui media tulisan. Tulisan adalah bahasa yang bertulis
dengan lambang-lambang bunyi.Tulisan juga merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan
perasaan.Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayatayat.
Menurut Marohaini, 1996 (dalam Ragbir Kaur, 2012), kemahiran menulis atau
mengarang merupakan asas yang paling penting berbanding kemahiran-kemahiran
berbahasa yang lain. Hal ini kerana kebanyakan ujian berbentuk penulisan. Justeru, murid
yang mampu menguasai kemahiran menulis berpotensi untuk memperolehi gred keputusan
yang lebih cemerlang dalam apa jua mata pelajaran sekalipun terutama bahasa Melayu
berbanding murid yang kurang menguasai kemahiran menulis dengan sempurna.
Kajian oleh Wan Nur Syafiqah Wan Johari (2012) yang bertajuk Meningkatkan
Kemahiran Menulis Perkataan Konsonan Bergabung (Digraf) dalam kalangan Murid Tahun
4 membuktikan bahawa masih terdapat murid yang belum menguasai kemahiran menulis
perkataan yang mengandungi huruf digraf sehingga menyebabkan berlakunya kesalahan
semasa menulis ayat. Oleh hal yang demikian, sesuatu perlu dilakukan sebagai inisiatif bagi
memastikan murid dapat mengikuti sesi pdp secara total bagi mencapai objektif yang
dirancang. Inovasi dalam pelaksanaan pdp bahasa Melayu perlu dilaksanakan bagi
mengatasi masalah yang berlaku.
Kajian yang dijalankan ini menjurus kepada aspek kemahiran menulis dalam bahasa
Melayu.Ia melihat kepada aspek permasalahan yang dihadapi oleh sebahagian murid Tahun
3 Iman untuk membina ayat bahasa Melayu yang lengkap dan gramatis. Masalah yang
dikesan adalah dari aspek penulisan perkataan yang mempunyai konsonan bergabung
(digraf).Penekanan kemahiran menulis menjadi elemen penting untuk difokuskan dan perlu
dikuasai sepenuhnya oleh murid. Khairuddin Mohamad (2011) ada menyatakan, menulis
merupakan satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat
dan berkesan kepada khalayak atau pembaca. Sekiranya pembinaan ayat tidak dikuasai
oleh murid pada peringkat awal penulisan secara total, maka akan menyulitkan murid untuk
aktiviti penulisan bagi peringkat yang seterusnya. Bukan itu sahaja, murid-murid akan
berdepan dengan masalah sewaktu pdp berlangsung. Kelemahan dalam penulisan ayat
merupakan salah satu punca murid gagal untuk mencapai keputusan yang baik.

You might also like