Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEJARAH SENI ANYAMAN Seni anyaman telah berkembang sejak ribuan tahun,

tepatnya pada masa Neolitikum (masa bercocok tanam). Saat itu masyarakat purba
telah memanfaatkan akar dan rotan yang telah dibasahi terlebih dahulu agar lunak
dan mudah dijalin menjadi tali simpul sederhana yang digunakan untuk mengikat
hasil bumi dan ternak mereka. Dahulu di Indonesia anyaman digunakan oleh para
raja. Anyaman tersebut dinamakan Tikar Raja yang dibuat dari pohon bemban.
Sehingga kini beberapa daerah di Indonesia khususnya di Jawa Barat masih terus
aktif menjalankan kegiatan anyaman di tingkat kampung.
PENGENALAN-Menganyam adalah proses menyilangkan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan ataupun bahan-bahan yang sesuai untuk dijadikan satu rumpun
yang kuat dan boleh digunakan. Seni anyaman ini terkenal sejak zaman dahulu lagi
dalam masyarakat Melayu terutama di Terengganu, Kedah, Perak dan Melaka.
BAHAN AYAMAN-. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan,
akar, buluh, pandan, mengkuang, paku-pakis ribu-ribu, nipah dan bahan-bahan lain.
Antara bahan ayaman yang sering digunakan ialah daun pandan dan daun
mengkuang. Daun pandan mudah didapati di kawasan pantai yang berpaya,
manakala daun mengkuang pula boleh didapati di kampung atau kawasan berbukit.
Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Mengkuang merupakan tumbuhan dalam keluarga yang sama dengan pandan. Ia
tumbuh liar di kawasan lembab dan berpaya. Biasa kita lihat mengkuang tumbuh di
tepi-tepi sawah padi, tali air, paya dan sungai. Daunnya berbentuk tirus memanjang
dan berduri tajam pada bahagian tepi.
Jenis Anyaman Bahan Hasil anyaman Anyaman Mengkuang Daun mengkuang Tikar,
tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain Anyaman pandan Daun pandan duri Tikar
sembahyang, hiasan dinding, Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh yang sesuai Bakul,
bekas pakaian, beg dan lain-lain Anyaman Rotan Rotan yang telah diproses Bakul,
bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain Anyaman Lidi Lidi kelapa Bekas
buah, bekas telur.
Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman. Dua jenis warna yang
kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Antara jenis-jenis kelarai ialah ; Kelarai
berasaskan flora, Kelarai berasaskan fauna, Kelarai berasaskan rupa geometri,
Kelarai berasaskan rupa abstrak, Kelarai berasaskan tempat dan pencipta.
JENIS JENIS KELARAI-Anyaman yang tidak berkelarai dinamakan anyaman biasa atau
anyaman ghadas-Satu anyaman yang lengkap, biasanya dihiasi dengan kelarai.Kelarai dihasilkan dengan menggunakan dua warna yang kontra.-Corak dan motif
kelarai perlu dirancang terlebih dahulu dengan mengguanakan mata atau langkah
yang betul dan tepat semasa menyusun helaian daun pandan atau daun
mengkuang.-Pembentukan kelarai dijalankan secara serentak dengan proses
mengayam.
Anyaman Kelerai Sesiku keluang merupakan sebuah produk hiasan dalaman yang
sering dilihat di setiap penjuru sudut pintu dan tingkap. Merupakan sebuah produk
yang berkonsepkan tradisional kerana mempunyai element-element rekacorak

ukiran melayu tradisional. Ianya sering di anyam dalam dua warna dan pilihan
warna penting untuk menghasilkan kesan yang indah.

You might also like