Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SOALAN 2.

Aktiviti beriadah atau bersukan merupakan aktiviti yang sangat baik di


amalkan oleh semua orang, dalam bahasa mudah di sebut sebagai bersenam.
Aktiviti bersenam dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri. Bersenam
bolah di takrifkan sebagai, aktiviti yang di rancang, di lakukan seorang diri atau
berkumpulan serta aktiviti ini perlulah di lakukan berulang-ulang menggunakan
fizikal serta menyeronokan. Antara faedah yang kita dapat perolehi dari pada
aktiviti bersenam ialah, dapat mengekalkan berat badan, dapat membakar kalori,
dapat membina kekuatan otot, meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam badan
dan sebagainya. Antara aktiviti bersenam yang selalu di lakukan atau di jalankan
oleh keluarga saya ialah, berjoging, bermaian badminton dan mendaki.
Aktiviti berjoging merupakan aktivit yang seriang dan kerap di lakukan oleh
keluarga saya. Setiap petang saya akan membawa keluarga saya melakukan aktiviti
berjoging. Tempat pilihan kami ialah, sekitar kawasan rumah, mini stadium dan
pusat rekeriasi. Antara sebab kami memilih aktiviti berjoging ini ialah kerana,
aktviti berjoging ini merupakan senama yang ringan, boleh di lakukan oleh semua
orang tidak kira muda atau tua dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk
melakukannya. Selain itu, aktiviti berjoging ini mempunyai banyak kebaikan pada
tubuh badan kita. Antara kebaikan yang kita perolehi jika kita melakukan aktiviti ini
ialah dapat melancarkan pengaliran darah, dapat menguatkan otot kaki,
melancarkan pengaliran oksigen dan sebagainya. Kesimpulannya, dengan
melakukan aktiviti berjoging ini 20 minit hingga 30 minit dua atau tiga kali
seminggu dapat menyihatkan tubuh badan kita.
Jika di sebut permainan atau sukan badminton di Negara kita, ia merupakan
salah satu sukan atau aktiviti yang tidak asing lagi dengan Negara kita. Di Negara
kita mempunya ramai pemaian terbaik dunia dalam sukan badminton, antaranya
ialah Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain dan ramai lagi.
Sukan Badminton juga merupakan salah satu sukan atau aktiviti yang seriang di
lakukan oleh keluarga saya apa bila bersenam atau beriadah di hujung minggu.
Selain itu, salah satu punca saya dan keluarga saya memilih sukan atau aktiviti ini
ialah kerana, sukan ini tidak memerlukan kawasan yang luas, kos yang sangat
minimum, bilangan pemain minimum dan peralatannya mudah di bawa kemanamana. Antara kebaikan yang kita perolehi apa bila kita melakukan aktiviti ini ialah,
menguatkan otot tangan dan kaki, membina kayakinan diri, meningkatkan
keseimbangan badan dan dapat membakar kalori dalam badan. Akhir sekali,
dengan melakuakan aktiviti sukan badminton ini kita dapat meningkatkan kesihatan
diri dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri.
Semenjak kebelakangan ini aktiviti mendaki menjadi trend dikalangan
masyrakat kita pada hari ini. Kebiasannya aktiviti mendaki dilakukan secara

kumpulan. Selain itu, aktiviti ini di lakukan di kawasan berbukit atau berhutan.
Antara tempat mendaki yang sangat popular dinegara kita ialah Bukit Beroga Kuala
Lumpur, Bukit Tabor Selangor, Bukit Kelung Terangganu dan banyak tempat lagi.
Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang di lakukan oleh kelurga saya di hujung
minggu atau pada cuti umum. Aktivit ini memerlukan sedikit persiapan apa bila
ingin di lakukan. Antara persiapan yang perlu di lakukan sebelum aktiviti mendaki
ini dialkukan seperti, beg yang tidak terlalu besar untuk mengisi barang, sedikit
makanan, minuman, kasut, baju, seluar yang sesuai untuk mendaki dan sedikit
pengetahuan mengenai tempat untuk mendaki. Antara tempat yang seriang saya
dan keluarga lakukan aktiviti mendaki ini ialah, Bukit Mertajam dan Hujan Simpan
Teluk Bahang. Selaian itu juga, aktiviti ini memerlukan semangat berpasukan yang
sangat tinggi. Hal ini kerana, aktiviti mendaki mengambil masa yang agak lama dan
memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk melakukan aktiviti ini. Akhir sekali,
dengan melakukan aktiviti mendaki ini hubungan saya dan kelurga saya lebih rapat
dan erat ini kerana aktiviti ini memerlukan semangat berpasukan yang tinggi dan
semanagat tolong menolong untuk menyelesaikan aktiviti ini.
Kesimpulannya, di zaman serba moden dan serba pantas ini terdapat
pelbagai aktiviti sukan dan bersenam yang kita boleh pilih dan lakukan. Semua
aktiviti bersukan mempunyai kebaikan dan kelebihan yang tersendiri, yang paling
penting sekali kita perlu memilih aktiviti sukan dan bersenam yang menyihatkan
badan. Aktiviti berukan dan bersenam ini perlu menjadi amalan dalam hidup kita
seharian. Aktiviti ini juga perlu di terapkan didalam keluarga kita supaya menjadi
budaya dan secara lansung mempunyai keluaraga yang sihat dan sejahtera. Selain
itu, dengan melakukan aktiviti bersukan dan beriadah sesama ahli keluarga dapat
mengiratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, memupuk semangat dan jati diri
yang kuat , menyemai sikap disipilin dalam diri dan yang paling utama ialah
menyihatkan tubuh badan.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

Soalan 2.
http://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.my/2012/08/senaman-joggingstressdalam-amalan-gaya.html
http://infokasi.blogspot.my/2013/12/kelebihan-badminton.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mendaki

http://healthhiker.blogspot.my/2009/07/kebaikan-aktiviti-mendaki.html

http://www.vitamin4kesihatan.com/7-tips-sebelum-melakukan-aktiviti-outdoor/

http://azuralea.blogspot.my/2013/07/karangan-fakta-faedah-bersukanbersukan.html

You might also like