Laporan Permainan Tradisional

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN BAGI BENGKEL GURU CEMERLANG BAHASA TAMIL

Suatu Bengkel Guru Cemerlang Bahasa Tamil telah dianjurkan oleh


pelajar guru dari kelas Pengajian Tamil, Ambilan Jun 2013 bagi kursus WAJ .
Bengkel ini berlangsung selama 3 jam pada hari Jumaat iaitu 4 Mac 2016 di Blok
Baru (Bilik G-9) IPG Kampus Pulau Pinang. Seramai 18 orang peserta telah
mengambil bahagian dalam bengkel ini. Pensyarah kursusnya adalah En. Anbalagan
a/l Vadiappan dan beliau juga dikenali sebagai penasihat kami untuk pelaksanaan
bengkel ini. Atas sokongan dan dorongan beliaulah, kami berjaya melaksanakan
bengkel ini dengan sempurna dan baik tanpa sebarang gangguan. Kami telah
menjemput Pn. Letchumi a/p Perumal (guru cemerlang Bahasa Tamil) dari SJK(T)
Ramakrishna, untuk memberi ceramah yang bertajuk Budaya Guru Cemerlang.
Guru yang dipilih untuk memberi ceramah ini merupakan seorang guru yang amat
sesuai bagi ceramah ini, lagipun setiap perkara yang telah dinyatakan oleh guru
tersebut tersemai secara automatik dalam diri kami kerana ia merupakan perkaraperkara yang perlu ada pada diri seseorang guru dan penting bagi profesyen
keguruan ini.

sebelum
Kami sekelas dapat mengetahui tentang program BIG ini daripada Ketua
Kelas kami iaitu Puan Jamuna Muniandy. Dengan pantasnya, kami sekelas telah
mengadakan satu perjumpaan untuk memilih ahli untuk jawatan-jawatan tertentu
bagi memudahkan pelaksanaan bengkel ini. Manakala, mesyuarat kedua pula telah
diadakan di tempat yang sama untuk mengetahui perkembangan yang dilakukan
oleh setiap Ahli Jawatankuasa berkaitan tentang bengkel ini. Sebenarnya, kami telah
mengalami kesukaran dari segi mengaturkan perjumpaan dalam kalangan kami;
oleh kerana kami mengikuti praktikum fasa kedua. Walaupun, masing-masing sibuk
dalam melaksanakan tugasan praktikum namun kami cuba sedaya upaya kami
untuk mengadakan perjumpaan dan berbincang tentang perkara-perkara yang
penting berkaitan dengan bengkel ini. Penasihat kami sentiasa memastikan tugasan
yang diagihkan kepada kami dijalankan dengan sempurna. Tugasan seterusnya

Pelajar guru mengambil bahagian dalam


Permainan Tradisional

yang telah diamanahkan kepada kami adalah memilih seorang guru cemerlang
Bahasa Tamil untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Budaya guru
cemerlang. Kami telah diberi masa selama seminggu untuk memilih seorang guru
cemerlang Bahasa Tamil yang cekap untuk menyampaikan ceramah dan kami
berjaya mendapatkan seorang guru cemerlang walaupun kami sibuk dengan
praktikum kami. Selepas seminggu kemudian, kami sekelas telah mengadakan satu
perjumpaan untuk mengumumkan calon calon guru cemerlang yang dipilih oleh
kami selama seminggu ini. Selepas satu sesi perbincangan, akhirnya kami sekelas
telah memilih Puan. Letchumi a/p Perumal dari SJK (T) Ramakrishna untuk memberi
ceramah berkaitan tentang guru cemerlang Bahasa Tamil. Pengarah projek kami
iaitu Pn.Jamuna Muniandy telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan guru
tersebut bagi menentukan masa yang sesuai untuk mengadakan bengkel ini.

semasa
Pada pukul 2.45 petang kami sekelas telah berkumpul di Blok Baru (Bilik G-9) IPG
Kampus Pulau Pinang, 4 Mac 2016. Malah segelintir pelajar guru yang ditugaskan
sebagai ahli jawatankuasa makanan menyediakan tempat untuk makanan
sementara menunggu kedatangan tetamu khas iaitu Puan.Letchumi a/p Perumal
dan pensyarah kami Encik Anbalagan. Bengkel ini telah bermula tepat pada pukul
3.00 petang. Puan.Letchumi telah memberi penerangan yang lebih lanjut berkaitan
tentang Budaya Guru Cemerlang. Kami mengetahui sifat-sifat yang perlu
diamalkan oleh seorang guru bagi mengecapi kejayaan dalam profesyen perguruan
ini melalui ceramah ini. Sebenarnya, beliau hanya menunjukkan cara untuk
melaksanakan profesyen ini dengan lebih berkesan seperti yang diinginkan oleh
anak murid kita. Setiap perkara yang diperolehi daripada ceramah ini telah memberi
kesedaran dalam diri kami untuk melihat dan menghargai profesyen ini dari mata
kasih sayang, prihatin dan sebagainya.
Kemudian Puan.Letchumi telah menayangkan satu video yang berkaitan tentang
topik yang dibentangkan olehnya. Tayangan video tersebut memberi satu
pendedahan yang berefektif dalam diri kami. Selain itu, beliau juga menayangkan
satu lagu yang dapat memberi motivasi kepada diri kami yang bakal menjadi guru,

bagi menghadapi cabaran dalam profesyen yang amat bermakna ini. Seterusnya,
kami sekelas telah diagihkan kepada tiga kumpulan dan satu aktiviti kumpulan yang
menguji kreativiti guru. Masa yang diagihkan bagi aktiviti kumpulan ini adalah
selama 20 minit. Kami masing-masing telah cuba melakukan sesuatu yang terbaik,
namun demikian, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh kami
bagi memiliki minda yang kreativiti selaku seorang guru. Pensyarah kami
Encik.Anbalagan telah memberi komen dan penjelasan bagi setiap menara straw
yang telah dibina oleh kami.
Selepas itu, sesi soal jawab telah dijalankan dan para pelajar guru telah
mengemukakan soalan-soalan yang dapat meningkatkan mutu profesyen kami
selaku guru Bahasa Tamil pada masa akan datang. Puan. Letchumi telah memberi
penerangan yang jelas bagi setiap soalan yang ditanyakan oleh pelajar guru.
Kemudian, pengacara majlis bagi bengkel ini telah mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan.Letchumi yang sudi memberi ceramah dan melaksanakannya dengan
amat baik. Agenda seterusnya merupakan pemberian cenderahati kepada tetamu
khas

dan

Encik.Anbalagan

telah

dijemput

untuk

memberikannya

kepada

Puan.Letchumi. kemudian sesi jamuan minum petang telah dijalankan dan bengkel
ini telah menemui jalan penamatnya pada pukul 6.00 petang.

selepas
Selepas tamat bengkel Budaya Guru Cemerlang semua pelajar guru telah
membersihkan kawasan yang digunakan dan memulangkan alatan-alatan yang
digunakan. AhliJawatanKuasa Peralatan telah memastikan semua alatan- alatan
berada dalam keadaan yang baik dan selamat sebelum memulangkannya.
AhliJawatanKuasa Kebersihan juga memastikan bahawa kawasan yang digunakan
adalah bersih dan selamat.
Seterusnya, Pengarah Projek telah mengadakan mesyuarat untuk melakukan
Post- Mortem untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan Bengkel Budaya Guru
Cemerlang ini dan setiap jawatankuasa telah melaporkan kekuatan dan kelemahan
yang terdapat dalam jawatan yang disandang oleh mereka. Selepas mesyuarat,
AhliJawatanKuasa Dokumentasi telah menyediakan laporan dan menyerahkannya

kepada Setiausaha bagi bengkel Budaya Guru Cemerlang untuk didokumentasikan


sebagai bahan bukti dan bahan rujukan. Ahli Jawatankuasa Fotografi juga
menyediakan video Bengkel Budaya Guru Cemerlang ini untuk disimpan sebagai
bahan rujukan. Pengarah Projek dan Setiausaha Bengkel Budaya Guru Cemerlang
bagi menyediakan Fail Bengkel Budaya Guru Cemerlang dan menyerahkannya
kepada pensyarah pembimbing.

You might also like