Dokumen Semasa Perniagaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

FAIZ NAJMI BIN MOHAMAD

Borang Pesanan
Pesanan boleh dilakukan dengan cara menulis surat pesanan ataupun
mengisi borang pesanan. Borang pesanan disediakan dalam dua salinan.
Satu salinan dihantar kepada pembeli, manakala satu lagi salinan akan
difailkan di pejabat sebagai rujukan.
Butiran dalam surat pesanan ialah :
a. Nama dan alamat pembeli dan penjual.
b. Nombor pesanan.
c. Tarikh pesanan.
d. Jenis barang yang hendak dibeli.
e. Kuantiti barang.
f. Harga barang dan nombor rujukan.
g. Kadar diskaun tunai dan diskaun niaga.
h. Syarat serahan dan pembayaran.
i . Tandatangan pihak yang membuat pesanan.

Invois
Invois dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila barang dijual
secara kredit. Invois ialah dokumen rasmi yang menyatakan butir barang
dijual dan jumlah bayaran perlu dijelaskan. Butir- butir dalam invois :

FAIZ NAJMI BIN MOHAMAD

a. Nama dan alamat penjual dan pembeli.


b. Nombor invois.
c. Tarikh invois.
d. Butir tentang barang.
e. Syarat serahan, pembayaran dan diskaun.
f. Singkatan K & K. diK.
Invois disediakan dalam dua salinan. Salinan asal akan diberi kepada
pembeli untuk membuat catatan dalam buku akaunnya. Salinan kedua
disimpan oleh penjual untuk tujuan yang sama.

Nota Debit
Nota debit dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu
bahawa satu catatan debit telah dilakukan di dalam akaunnya. Catatan
debit ini menambahkan hutang pembeli kepada penjual. Tujuannya adalah
untuk membetulkan kesilapan di dalam invois kerana pembeli telah
dikenakan bayaran kurang daripada sepatutnya.

FAIZ NAJMI BIN MOHAMAD

Nota Kredit
Nota kredit dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu
pembeli (yang menjadi penghutang) bahawa satu catatan kredit telah
dilakukan di dalam akaunnya. Catatan ini mengurangkan hutang pembeli
kepada penjual. Tujuan adalah untuk membetulkan kesilapan di dalam invois
kerana pembeli telah dikenakan bayaran lebih daripada sepatutnya.

FAIZ NAJMI BIN MOHAMAD

Nota Serahan
Dokumen ini disediakan oleh penjual dan dihantar bersama dengan
barang yang dipesan oleh pembeli. Nota ini menyatakan jenis dan kuantiti
barang yang diserahkan tanpa menyatakan harga.
Dokumen ini disediakan dalam tiga salinan. Satu salinan disimpan
oleh penjual sementara dua lagi diserahkan kepada pembeli.
Dokumen ini digunakan oleh pembeli untuk menyemak barang yang
diterima dan disahkan dengan tandatangan sebagai akuan penerimaan. Satu
salinan disimpan oleh pembeli dan satu salinan lagi dikembalikan kepada
penjual. Dokumen ini berfungsi sebagai bukti yang sah bahawa barang itu
telah selamat diterima.

FAIZ NAJMI BIN MOHAMAD

Nota Makluman
Nota makluman dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu
bahawa barang telah dihantar dan sedang dalam perjalanan. Nota ini
menyatakan jenis, kuantiti, cara penghantaran dan tarikh barang dihantar.
Nota ini dihantar terdahulu daripada barang tersebut untuk menerima
barang tersebut.

You might also like