Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Meningkatkan kesedaran kepentingan minum susu

BAGI meningkatkan kesedaran di kalangan murid mengenai kepentingan pengambilan susu


untuk tumbesaran kesihatan, syarikat pengeluar produk tenusu terkemuka, Dutch Lady Milk
Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) komited menggerakkan program pendidikan susu
khusus buat golongan tersebut dari semasa ke semasa.
Menurut Pengurus Hal Ehwal Dutch Lady Malaysia, Mohd. Afizi Mohd. Ross, usaha itu
bertujuan menyebarkan khasiat kebaikan susu dan mengajar murid mengenai cara-cara
pengambilan susu yang betul.
''Kami mengambil kesempatan mengunjungi 24 buah sekolah rendah di negeri Pulau
Pinang, Selangor dan Melaka untuk berinteraksi dengan 19,000 kanak-kanak sekolah
rendah, serta guru-guru mereka tentang khasiat kebaikan susu.
"Program ini merupakan sebahagian komponen pendidikan asas bagi 'Program Susu
Sekolah 1Malaysia' (PS1M) yang telah dijalankan di seluruh negara'', katanya.
Melalui kempen itu, katanya, murid dan guru diberikan pelbagai informasi dan maklumat
kesihatan yang diperlukan oleh badan, tulang serta perkembangan otak.
Di samping itu, program interaktif kepentingan pelbagai khasiat susu serta cara
pengambilan susu yang betul turut dianjurkan.
"Kita amat menekankan tentang kepentingan mengambil sarapan pagi dan elakkan
meminum susu dengan perut yang kosong.
"Pada masa yang sama, kita menerangkan tentang apa itu 'intoleransi laktosa' dan
menekankan aspek kebersihan diri khususnya membasuh tangan sebelum minum susu.
"Kami juga menasihati murid agar segera menghabiskan susu yang telah dibuka dan
menerangkan maklumat mengenal pasti pek susu yang elok untuk diminum," jelasnya.
Pada tahun ini, PS1M melibatkan lebih 1.4 juta murid dari 7,600 buah sekolah rendah di
seluruh negara dengan edaran sebanyak 90.16 juta pek susu sekolah 1Malaysia berperisa
coklat.
Terdapat empat pembekal susu sekolah 1 Malaysia yang terlibat dalam program PS1M
meliputi negeri-negeri Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka.

Pasukan PS1M, pakar pemakanan dan pasukan sukarelawan 'Blue Brigade' daripada Dutch
Lady Malaysia telah memulakan lawatan ke sembilan sekolah mambabitkan lebih 7,000
orang murid di Pulau Pinang dan Seberang Prai.
Sebelum tamat sesi persekolahan bagi tahun ini, pasukan dari Dutch Lady Malaysia akan
turun ke 15 buah sekolah lagi di Selangor dan Melaka dengan penglibatan seramai 11,000
orang pelajar.

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121029/pe_02/Meningkatkan-kesedarankepentingan-minum-susu#ixzz46BePkoZc
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like