Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN PENJUALAN MINYAK GAMAT

PKU2013 KEUSAHAWANAN
PROJEK 1
LAPORAM PENJUALAN MINYAK GAMAT
DISEDIAKAN OLEH:
NORAISAH BINTI MASRI
E20161015237
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER 1(2016/2017)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Laporan Menjual Minyak Gamat


Oleh:Noraisah Binti Masri
Projek pertama keushawanan yang wajib disertai oleh semua maha siswa dan maha siswi
yang mengikuti kursus PKU 2013,Semester 1,sesi 2016/2017,nyata mengujakan dan
menyeronokkan.Sebanyak 20 botol minyak termasuklah 6 minyak gamat panas,6 minyak
gamat biasa,6 minyak balm dan 2 botol air gamat ternyata laris dijual ketika projek
dijalankan.
Laporan penjualan telahpun bermula sejurus projek minyak gamat ini dihebahkan oleh
pensyarah kursus iaitu

dan setelah minyak gamat dibahagi-bahagikan kepada para

siswa dan siswi.Apa yang telah saya lakukan ialah saya telah mengwar-warkan penjualan
minyak gamat ini kepada beberapa kenalan dan keluarga dengan menggunakan aplikasi
mudah alih whatsapp.Ramai yang memberikan tindak balas yang poitif dan ada juga yang
sebaliknya.Begitu juga,ramai yang memaksa saya untuk menurunkan harga jualan saya tetapi
saya telah menggunakan kaedah memujuk sehinggalah sebanyak 3 botol minyak gamat panas
dan 2 botol minyak gamat biasa berjaya dijual.
Saya meneruskan strategi penjualan minyak gamat ini semasa hari raya menjelma.Pada 6
Julai,hari raya pertama,saya telah mensasarkan penjualan minyak gamat saya kepada
penduduk kampung memandangkan hari tersebut merupakan hari Marhaban(ziarah
menziarahi satu rumah ke rumah yang lain)bagi kampung kami.Saya meletakkan minyak
gamat tersebut di dalam sebuah bakul berserta harga di tengah-tengah ruang
tamu.Disebabkan oleh masa yang terhad,tidak ramai yang perasan mengenai minyak
tersebut.Kesannya,saya hanya berhasil menjual sebanyak 2 minyak balm dan 1 minyak gamat
panas sahaja.
Pada hari berikutnya,7 Julai,saya telah mensasarkan penjualan saya kepada saudara-mara dan
sahabat handai yang bertandang ke rumah.Sedikit penerangan ringkas mengenai kebaikan
minyak gamat ini telah saya berikan.Hasilnya saya berjaya menjual 3 botol minyak gamat
biasa,2 botol minyak gamat panas dan 3 botol minyak balm kepada mereka.
Pada sebelah petang hari yang sama,saya telah berjaya menjual habis baki 1 botol minyak
gamat biasa dan 1 botol minyak balm kepada seorang guru yang pernah mengajar saya ketika
di sekolah menengah.Apa yang saya lakukan ialah saya telah membawa bersama minyak
tersebut ketika menziarahi beliau.Smbil-sambil menziarahi beliau,saya mengambil peluang

tersebut untuk menjual habis jualan saya.Alhamdulillah,penjualan 6 botol minyak gamat


panas,6 botol minyak gamat biasa dan 6 botol minyak balm telah pun habis dijual pada hari
itu.
Berkenaan 2 botol air gamat yang masih berbaki,saya telah menggunakan inisiatif
sendiri,mengeluarkan wang sendiri membeli 2 botol air tersebut.Air gamat tersebut telah say
hadiahkan kepada ayah rakan karib saya,Encik Yusuf Haron,65 yang menghidapi penyakit
kencing manis.Beliau baru sahaja menjalani pembedahan kecil mengeluarkan nanah di
bahagian telapak kakinya yang telah menyebabkan kaki beliau berlubang.Luka pada kakinya
yang mengambil masa untuk mongering sangat sesuai dengan kebaikan air gamat ini yang
boleh menyembuhkan luka-luka daripada dalam.
Daripada hasil penjualan yang saya dapat,saya berjaya mengumpul wang sebanyak RM
133.00 dengan meletakkan harga bagi setiap botol minyak gamat biasa,minyak gamat panas
dan minyak balm sebanyak RM5.50 dan sebotol air gamat dengan harga RM
7.00.Keuntungan yang saya ambil hanyalah sebanyak 50sen sahaja.Wang modal sbanyak
RM103.00 telah pun saya serahkan kepada pensyarah kursus ini.

You might also like