Kerja Kursus Sejarah PT3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Tajuk kajian

Muzium Bangunan Bersejarah Teras Pendidikan Peradaban Terengganu

Nama penulis
Muhamad Shahril Azamin Razak

Isi kandungan

Latar belakang muzium

Perkataan 'Muzium' yang diguna pakai hari ini dipetik daripada perkataan Inggeris.
Bagaimanapun 'Museum' dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Yunani
'Mouseion' yang bermaksud rumah suci 'MUSE' iaitu tuhan atau kumpulan sembilan dewi
lambang ilmu dan kesenian.
'MUSE' dalam bahasa Yunani juga bermaksud 'Gembira' (enjoy) atau dalam bahasa
Inggerisnya 'Amusement'.
Muzium Negeri Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara dan dikenali
sebagai Muzium Losong dikalangan penduduk tempatan.

Muzium negeri Terengganu telah dibina

pada tahun 1996 dan dirasmikan oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, iaitu
Sultan Terengganu

atas tapak seluas 27 hektar di Bukit Losong, Kuala Terengganu.

Penubuhan ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976 dan
mula berkuatkuasa pada 1 November 1977.
Pada tahun 1955, Y.A.B. Dato Menteri Besar, Dato Haji Kamaruddin Bin Haji Idris ( Menteri
Besar Terengganu ketika itu ), telah menubuhkan satu jawatankuasa serta membayangkan
hasrat untuk mewujudkan Muzium di Negeri Terengganu. Jawatankuasa ini telah dianggotai
oleh Y.B.M. Engku Pengiran Anom, Haji Mohd Salleh Bin Haji Awang, Cikgu Muhamad Akil Bin
Atan serta Haji Wan Endut Bin Othman. Peranan utama jawatankuasa ini ialah untuk
mengumpul dan memperolehi barang-barang lama dan bersejarah. Namun begitu, perjalananan
jawatankuasa ini terbantut kerana masalah kewangan dan peruntukan undang-undang.

Kesinambungan daripada itu, pada 14 januari 1960, Y.B. Dato Setiausaha Kerajaan
Terengganu, Dato Andika Indera, Encik Ishak Bin Mohd Isa telah membuat satu
perjumpaan dan hasilnya, satu persetujuan dicapai sebulat suara untuk menubuhkan
satu jawatankuasa yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Barang Lama dan
Sejarah Peringkat Negeri. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.B. Dato
Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala Allahyarham Dato Setia Jasa ( Dato Haji
Mohd Saleh Bin Haji Awang ) berperanan sebagai Setiausaha. Serentak dengan itu,
satu peruntukan telah diwujudkan di bawah kelolaan Jabatan Setiausaha Kerajaan
Negeri untuk membeli barang dan koleksi warisan sejarah serta budaya negeri
Terengganu. Kerja-kerja pengumpulan barang dan koleksi mula digiatkan mulai Julai
1960 dan ianya telah ditempatkan di dalam almari di satu sudut khas Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Jalan Cherung Lanjut, Kuala Terengganu.
Perkembangan yang positif ini telah mengorak langkah yang lebih luas lagi dan
hasrat untuk mempunyai Muzium sendiri semakin mendapat perhatian dan sokongan
Kerajaan Negeri . Pada 3 Febuari 1974, sebuah jawatankuasa untuk menguruskan
hal ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk.
Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato Wira Jaya, Dato Setiausaha
Kerajaan Negeri Terengganu pada waktu itu. Dengan pembentukan jawatankuasa ini,
hasrat untuk menubuhkan Muzium Negeri mula menampakkan bibit-bibit kejayaan
khususnya apabila termaktubnya Enakmen Lembaga Muzium Negeri Terengganu
( Enakmen Bil 9/ 1976 ).
Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1979, kerja-kerja pengumpulan
dan perolehan barang-barang lama dan bersejarah diteruskan dengan lebih giat.
Operasi dan fungsi muzium terus diperluaskan. Pada waktu itu, dua orang tokoh
yang memainkan peranan yang penting di dalam mengemudikan perkembangan dan
kemajuan Muzium Negeri ialah Allahyarham Dato Setia Jasa ( Dato Hj. Mohd Saleh
Bin Awang ) dan Tuan Haji Othman Bin Haji Ali. Kerja-kerja penyelidikan, galicari
dan pemuliharaan bangunan lama yang bersejarah telahpun dimulakan.
Era tahun 1980 an telah meningkatkan lagi perkembangan Muzium Negeri. Pada
tahun 1981, seorang kurator telah dilantik untuk menerajui Muzium Negeri.
Manakala menjelang tahun 1985, jawatan ini telah ditingkatkan kepada jawatan
Pengarah.

Pada bulan April 1994, sekali lagi berlaku perubahan yang menarik di dalam sejarah
Muzium Negeri. Ini kerana segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pameran
telah berpindah ke rumah baru , iaitu Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang
terletak di kawasan seluas 27 hektar di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu.

Kompleks muzium tersebut mempunyai keluasan sebanyak 75,075 meter. Muzium ini mempunyai 4

buah blok bangunan muzium utama, sebuah muzium maritim serta 5 buah rumah
tradisional di perkarangannya.
Di dalam blok bangunan muzium utama terdapat 7 Galeri iaitu Galeri Islam, Galeri Tekstil,
Galeri DiRaja, Galeri Sejarah, Galeri Kraf, Galeri Pertroleum dan Galeri Ilmu Kejadian.
Di bahagian Muzium Maritim pula terdapat 2 galeri, iaitu Galeri Perikanan dan Taman Laut
serta Galeri Pelayaran dan Perdagangan.
Batu Bersurat Terengganu yang dipamerkan di Galeri Islam yang menjadi bukti penyebaran Islam dan permulaan
tulisan jawi di Nusantara.
Di samping itu, terdapat beberapa artifak lain yang tentunya membolehkan para pengunjung menyingkap lebih
banyak rahsia warisan silam.
Di Galeri Sejarah pula, boleh disaksikan paparan perjalanan peristiwa penting zaman lampau berdasarkan artifak
yang ditemui serta kisah tokoh-tokoh yang telah memperkaya dan mencipta sejarah tanah air.
Kehebatan Terengganu dalam bidang tekstil pula terpancar melalui Galeri Tekstil yang memaparkan sejarah, proses
penghasilan, perkembangan serta jenis tekstil yang dihasilkan seperti songket, limar, batikdan sutera.
Pelbagai jenis busana tradisional juga dipamerkan untuk tatapan meliputi pakaian harian dan upacara tertentu
seperti persandingan serta berkhatan.
Untuk menghayati kehalusan kerja dan kesenian teknologi tradisional yang menghasilkan pelbagai barangan kraf
tangan, Galeri Kraf adalah tempat yang paling sesuai dilawati.
Di sini keindahan tikar yang dianyam, barangan tembaga, emas dan perak tentunya memikat perhatian penggemar
barangan tersebut.
Selain itu, boleh disaksikan juga keunikan pelbagai jenis senjata tradisional seperti keris, lawi ayam, kuku harimau
serta sundang yang mencerminkan kemahiran dan kehebatan tukang besi zaman dahulu.
Sesuai dengan kemajuan Terengganu yang berkait rapat dengan hasil petroleumnya, sebuah Galeri Petroleum
diwujudkan yang memaparkan secara menarik perkembangan industri minyak tempatan.
Bagi menggambarkan kepelbagaian habitat serta jenis sumber alam yang dimiliki negeri yang turut terkenal dengan
pendaratan penyu di Rantau Abang itu, sebuah Galeri Sumber Alam dan Ekonomi diwujudkan.
Pelbagai flora, fauna, batu-batan dan galian yang terdapat di Terengganu terdapat di sini yang tentunya berkait rapat
dengan kemajuan dan kepentingannya terhadap kehidupan rakyat.
Satu lagi, kekuatan muzium ini yang tidak boleh dinafikan ialah mengenai kehidupan para nelayan yang merupakan
salah satu pekerjaan utama penduduk.

Sesuai dengan keadaan itu juga, sebuah Galeri Taman Laut dan Perikanan yang membolehkan pengunjung merasai
suasana nyaman dan ketenteraman sebuah perkampungan nelayan dalam bentuk tersendiri diwujudkan di sini.
Di kampung ini juga, berbagai jenis peralatan menangkap ikan dan perahu yang digunakan oleh penduduk tempatan
turut dipamerkan.
Antara peralatan yang dipamerkan ialah bubu, tembilar, tetubun, bintol ketam, tangguk, serkap dan onak.
Manakala perahu yang dipenuhi dengan dekorasi atau perhiasan tertentu pula seperti perahu bedar, perahu payang,
perahu sekoci, perahu buatan Barat, kolek lincang dan kolek kuel.
Kesemua perahu yang diperbuat dari kayu cengal ini diletakkan di kawasan lapang di luar galeri termasuk perahu
besar Terengganu yang merupakan satu-satunya perahu tradisi terbesar orang Melayu yang masih kekal sehingga
kini.
Lebih menarik dua buah perahu yang dibuat dari batang kayu cengal dan sebuah perahu yang dibuat dari kulit kayu
sepenuhnya turut menjadi koleksi pameran yang menarik.
Untuk menyingkap kaedah pembuatan perahu, peralatan serta teknologi tradisional yang digunakan, Galeri
Pelayaran dan Perdagangan mempunyai maklumat untuk pengunjung.
Ekoran kedudukannya sebagai tumpuan utama rujukan pencinta sejarah, suasana di kompleks sejarah ini turut
dihidupkan dengan kewujudan mini zoo, bukit herba dan lima buah rumah tradisional Terengganu.

Sebab muzium dibina


Rentetan sejarah menyatakan bahawa hasrat dan cita-cita untuk menubuhkan Muzium Negeri
Terengganu ini tercetus disebabkan penemuan Batu Bersurat di Kampung Buloh,Hulu
Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902.Peristiwa penemuan Batu Bersurat
yang bersejarah ini menggembirakan rakyat Terengganu dan timbulnya rasa kesyukuran yang amat.
Masalah yang dihadapi apabila tiadanya tempat untuk meyimpan batu bersejarah ini. Menyedari
keadaan ini,pihak pimpinan negeri ketika itu mula berhasrat untuk menubuhkan satu muzium sendiri
bagi menyimpan artifak-artifak dan peninggalan berharga seperti batu bersejarah ini.
Oleh itu,jika anda lihat di pintu masuk utama dimana terletaknya Batu Bersurat sebagai salah satu
bukti juga pengaruh awal Islam di negeri Terengganu. Istana Lama Terengganu dan bot tradisional lama
juga dipamerkan di perkarangan muzium. Muzium Negeri Terengganu adalah muzium yang terbesar di
Asia Tenggara yang kaya dengan artifak sejarah dan hasil seni yang berabad lamanya.

Untuk menyelamatkan warisan sejarah dan budaya dengan cara memungut, memelihara,
meyimpan, dan mempamerkan barang-barang lama dan baru yang mempunyai nilai
sejarah
Untuk menjalankan beberapa penyelidikan dan kajian dalam sejarah dan budaya dalam
kebudayaan supaya pengetahuan mengenainya dapat disampaikan kepada rakyat
Untuk menjalankan beberapa penyelidikan dan kajian dalam pemuliharaan flora, fauna
dan batu batan yang terdapat di negeri ini
Sebagai sumber pelancongan yang menerima tarikan pengunjung dan pelancong asing
bagi memehami kebudayaan dan sejarah peninggalan dahulu
Menjana dan meningkatkan ekonomi negeri

Menganalisis fungsi dan keadaan muzium pada masa kini

Bagi Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Dato Ibrahim Ismail,
persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa muzium hanya untuk
golongan tertentu memang tanggapan yang salah. Pada masa dahulu,
muzium terbatas kepada golongan bangsawan. Hal ini dikatakan demikian
kerana golongan tersebut suka dan mengumpulkan barang, jelas Ibrahim
ketika ditemui di pejabatnya. Namun begitu, keadaan sudah berubah dan
muzium sudah terbuka kepada semua golongan.
Muzium memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan,
kebudayaan dan pembangunan ekonomi bagi setiap negara dan
masyarakat. Malah Muzium turut membentuk dan mengambil
bahagian yang utama membangunkan masyarakat dan negara
melalui peranannya yang berbagai (Multifunctional role).
melihat gambaran tentang sebuah peradaban budaya daerah, baik zaman purbakala maupun di
zaman modern.
media untuk menunjukkan perubahan sosial serta pertumbuhan budaya dan ekonomi.
berperan dalam proses transformasi yang mewujudkan perkembangan struktur intelektual dan
tingkat kehidupan yang membaik. Perkembangan tersebut tentu disesuaikan dengan kondisi
masyarakat yang bersangkutan dalam bahasa dan budayanya masing-masing.
digunakan untuk acara-acara kegiatan kemasyarakatan, melakukan seminar untuk mengasah
intelektual,
menjadi cermin identiti suatu bangsa dan inspirasi bagi masyarakat.

muzium merupakan lokasi utama dan penting bagi setiap peringkat umur
untuk mengetahui, mempelajari, dan mengenali tamadun peradaban
manusia. Muzium diibaratkan sebagai gedung ilmu yang menempatkan
pelbagai maklumat, seperti sejarah, budaya, sains dan kemasyarakatan.
Menurut mantan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini
menyandang jawatan Penasihat Sosiobudaya Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim,
muzium merupakan aspek yang sangat penting dalam mencemerlangkan
peradaban bangsa dan negara. Peranan muzium bukan sahaja memaparkan
persejarahan lampau negara, malah isu terkini yang wajar didekati dan
difahami oleh masyarakat.
mendidik anak bangsanya tentang sesuatu ilmu. Bagi sesebuah negara
maju, peranan muzium sangat ditagih bagi membantu kanak-kanak dan
remajanya memahami dan menghayati perjalanan dan liku yang dilalui
sehingga tertubuhnya negara tersebut.

Langkah-langkah memulihara dan memelihara muzium

Sesungguhnya penjagaan dan pengawalan itu adalah lebih baik daripada menerima
rawatan. Mengelakkan bahan-bahan koleksi tinggalan sejarah daripada mengalami
sebarang jenis kerosakan adalah objektif utama Bahagian Pemuliharaan. Demi itu,
Bahagian Pemuliharaan telah membentuk beberapa peranan yang positif bagi
merealisasikan objektif serta matlamat jabatan dan kerajaan iaitu dengan :1. Melakukan kerja-kerja pemuliharaan dan pengawalan ke atas bahan-bahan artifek
dan bahan kertas ( dokumen penting dan manuskrip ) agar ianya tidak mudah di datangi
oleh faktor-faktor kerosakan dan kemusnahan.
2. Memberi penumpuan kepada rumah-rumah tradisional ( koleksi Muzium ) dengan
membuat pemeriksaan serta pengawasan dan menjalankan "treatment" sekiranya perlu.
3. Membuat pemeriksaan serta pengawalan ke atas galeri-galeri dengan mengukur
kadar suhu, R.H. dan cahaya yang bersesuaian dengan bahan yang dipamerkan.
4. Menyelia kerja-kerja pengurusan setor koleksi Muzium Negeri Terengganu dengan
mengenal pasti permasalahan dan memberi pendedahan mengenai kesesuaian dan gaya
penyusunan koleksi yang sesuai di dalam setor-setor dari sudut ilmu konservasi.
Pemeriksaan tahap R.H. dan suhu juga dijalankan oleh Bahagian Pemuliharaan.
5. Menjalankan penyelidikan mengenai teknik lama dan baru dalam kerja-kerja teknikal
pemuliharaan.
Pemuliharaan Artifek

Skop kerja bagi pemuliharaan artifek bermula dari pemeriksaan, pencucian, pemulihan,
pemeliharaan dan pengawalan. Kerja-kerja konservasi yang dilakukan ke atas bahan artifek ini
adalah melalui kaedah-kaedah tradisional dan sainstifik. Bahan-bahan artifek yang terlibat
ialah dari jenis seperti buluh, kayu, rotan, seramik, tekstil, tembaga, logam, perak, emas dan
lain-lain.
Artifek-artifek yang terlibat adalah seperti ukiran kayu, jebak, perangkap, barang kraf,
tembikar, pasu, keris, pinggan mangkuk, kain, baju, barang kemas dan lain-lain lagi.

Pemuliharaan Kertas
Muzium Negeri Terengganu ada menyimpan banyak koleksi manuskrip lama, dokumen-dokumen
bahan bercetak yang penting, peta-peta dan lain-lain bahan yang berbentuk kertas. Koleksi
seperti ini sangat mudah didatangi oleh faktor-faktor kerosakan dan kemusnahan. Oleh itu ia
perlu dijaga dan bagi bahan-bahan yang telah hampir rosak, kerja-kerja konservasi perlu

dijalankan segera ke atasnya. Proses bermula dari semakan, pengeyahan asid, pengawetan dan
penjilidan.

RUMAH-RUMAH TRADISIONAL
Penumpuan diberikan juga kepada rumah tradisional koleksi Muzium Negeri Terengganu
seperti Rumah Limas Belanda, Rumah Bujang, Rumah Tele/ Rumah Berserambi, Istana Tengku
Long / Limas Bungkus dan Bukit Puteri. Pemeriksaan dilakukan 2 kali sebulan dan sekiranya
terdapat sebarang masalah yang boleh mendatangkan unsur-unsur kerosakan maka trement
yang bersesuaian akan dilakukan ke atasnya.
PAMERAN
Membuat kajian serta penyediaan bagi ' Pameran Sementara' sekiranya ada.
Pameriksaan ke atas Galeri

Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan kadar suhu, R.H. dan cahaya di dalam persekitaran
showcase adalah bersesuaian dengan bahan yang dipamerkan demi keselamatan koleksi.
Segala catatan mengenai suhu, R.H. dan kadar cahaya akan direkodkan bagi tujuan rujukan.
Kawalan

Setiap showcase di galeri akan dibekalkan dengan silika gel bertujuan untuk
mengawal humuditi persekitaran bahan pameran. Setiap minggu kerja-kerja
menukar silika gel akan dijalankan di setiap showcase .
PENYELIAAN SETOR-SETOR KOLEKSI
Membantu setiap bahagian dalam penyusunan dan penyimpanan semula koleksi di setor dengan
kaedah yang betul. Mengadakan mesyuarat 4 kali setahun bersama dengan kesemua pembantupembantu muzium yang terlibat secara langsung dengan pengurusan setor di bahagian masingmasing. Mesyuarat ini bertujuan mengenal pasti permasalahan dan memberi pendedahan
mengenai pengurusan koleksi di setor dari sudut konservasi agar dapat diberi tindakan yang
tepat dan bersegera. Perbincangan mengenai kesesuaian rak dan penyusunan koleksi secara
sistemetik dilakukan.
Pemeriksaan dari setor ke setor akan dilakukan oleh bahagian konservasi setiap bulan dengan
menentukan tahap R.H. dan suhu adalah bertetapan sepertimana kadar yang telah disarankan.
Segala catatan dan rekod pusingan graf akan di simpan sebagai rujukan.

Rumusan
Sejarah telah membuktikan bahawa muzium merupakan tempat terbaik para
ilmuwan dan sejarawan berkumpul untuk bertukar-tukar pendapat. Ia mempunyai
perkaitan rapat dengan institusi pendidikan. Kedua-dua entiti ini sebenarnya saling
berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain di mana institusi pendidikan
memerlukan muzium menjadi sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Manakala muzium memerlukan institusi pendidikan
sebagai medium untuk mendidik dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat
terutama generasi muda mengenai sejarah, seni, budaya dan warisan bangsa.
Muzium tidak seharusnya dilihat sebagai destinasi lawatan hanya apabila tiba
musim cuti persekolahan sahaja tetapi ia harus digunakan sebaik-baiknya oleh
masyarakat di dalam menimba ilmu pengetahuan. Pembelajaran di dalam kelas
adalah bersifat teori dan abstrak di mana ia memerlukan kepada daya pemikiran
imaginatif berbanding kaedah pembelajaran di muzium yang memberikan
kesempatan kepada pelajar untuk mendalami ilmu pengetahuan dan menimba
pengalaman serta mengalami keadaan sebenar. Muzium juga mampu memberikan
gambaran yang konkrit dan kerana itu muzium dapat menjadi media pendidikan
yang efektif. Ini memberikan peluang keemasan kepada pelajar untuk lebih
memahami dan menghayati sejarah negara sendiri dengan lebih berkesan dan
mendedahkan diri kepada suasana penyelidikan persejarahan. Penglibatan institusi
pendidikan di dalam program-program anjuran muzium merupakan satu perubahan
yang baik untuk memberikan kefahaman terhadap pelajar tentang peristiwa masa
lalu dari pelbagai sudut dan perspektif. Ini akan membuka minda pelajar-pelajar dan
membentuk fakulti keintelektualan dalam diri mereka. Kaedah ini akan membuat
pelajar lebih sedar terhadap persekitaran sejarah. Ruang dan suasana 8
pembelajaran yang berbeza mampu menarik minat dan meningkatkan kefahaman
mereka terhadap mata pelajaran Sejarah. Selain itu, ia juga dapat membentuk nilai
dan sikap patriotik di kalangan pelajar-pelajar. Ini memberikan satu lagi dimensi
dalam pendidikan sejarah kepada pelajar-pelajar dan sebagai satu alternatif
pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan.

Rujukan
http://ohterengganu.blogspot.my/2010/05/muzium-negeri-terengganu.html
http://www.angelfire.com/mt/muzium/sejarah.htm
https://museumku.wordpress.com/2012/01/16/peranan-museum-bagi-masyarakat-masakini/
http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=613

Abdullah bin Haji Jedi dalam Muzium Negara Malaysia : Sejarah Perkembangan 1958
1975, Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia
http://www.angelfire.com/mt/muzium/orgpem.htm

lampiran
muzium dahulu

Muzium sekarang

You might also like