Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENGUMUMAN

1) Untuk makluman pihak tuan, taklimat dan audit makmal sains yang telah
dilaksanakan oleh BPPDP mendapati masih terdapat ketidaktepatan data di
dalam Modul Pengurusan Sekolah (EMISONLINE).
2) Sehubungan dengan itu, pihak BPPDP memohon agar sekolah melalui Guru
Data dan Maklumat (GDM) di sekolah menengah membuat semakan semula
maklumat yang berkaitan dengan keadaan fizikal dan pendawaian makmal
sains di sekolah masing-masing sebelum 20 Jun 2016 ini.
3) Makmal yang perlu di semak dan kemaskini adalah :
i.
ii.
iii.
iv.

S201
S202
S203
S204

Makmal Biologi
Makmal Fizik
Makmal Kimia
Makmal Sains (Am)/Integrasi.

4) Berikut ialah panduan dan penjelasan dalam pengisian keadaan fizikal


bangunan.
A) KEADAAN FIZIKAL
1) BAIK
Amali sains boleh dilaksanakan dan keadaan makmal sains dalam keadaan
baik dan sempurna.
2) SEDERHANA
Amali sains boleh dilaksanakan dalam jangka masa lebih setahun
(berdasarkan pengamatan penilai) tetapi:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Terdapat kerosakan yang memerlukan pembaikan kecil.


Sinki tersumbat (kurang daripada 30%).
Kepala paip rosak (kurang daripada 30%).
Terdapat salah satu kebuk wasap makmal kimia tidak berfungsi dan
bakinya berfungsi dengan baik.
Perabot yang masih boleh digunakan tetapi dalam keadaan usang.

3) ROSAK SEDIKIT

Amali sains boleh dilaksanakan dalam jangka masa setahun (berdasarkan


pengamatan penilai) tetapi:
i.
ii.
iii.
iv.

v.

Terdapat kerosakan yang memerlukan pembaikan.


Sinki tersumbat (lebih daripada 30%).
Kepala paip rosak (lebih daripada 30%).
Terdapat salah satu kebuk wasap makmal kimia tidak berfungsi,
terdapat kebuk wasap berfungsi dengan tidak sempurna (mengambil
masa untuk dihidupkan, vakum udara tidak kuat) dan tidak mematuhi
spesifikasi .
Perabot yang masih boleh digunakan tetapi tidak sempurna (Cth:
lantai pecah dan siling bocor tetapi tidak berada di kawasan meja
guru dan murid, permukaan meja tidak rata dan kerusi yang longgar)

4) ROSAK TERUK
Amali sains tidak boleh dilaksanakan langsung atas sebab:
i.

Boleh membahayakan murid dan guru serta mengganggu


pelaksanaan amali sains (Cth: lantai pecah, siling bocor, keadaan
perabot yang tidak boleh digunakan, masalah anai-anai).
Tiada air.
Semua kebuk wasap makmal kimia tidak berfungsi.
Memerlukan pembaikan serta merta.

ii.
iii.
iv.

B) KEADAAN PENDAWAIAN
1) BAIK
Amali sains boleh dilaksanakan dan keadaan makmal sains dalam keadaan
baik dan sempurna.
2) SEDERHANA
Amali sains boleh dilaksanakan (berdasarkan pengamatan penilai) tetapi:
i.
ii.
iii.

Terdapat kerosakan yang memerlukan penyelenggaraan kecil


(kurang daripada RM5,000).
Bilangan soket yang tidak boleh digunakan kurang 30%.
Kekerapan litar pintas (ketika hujan sahaja dan berlaku sekali
sebulan).

3) ROSAK SEDIKIT
Amali sains boleh dilaksanakan (berdasarkan pengamatan penilai) tetapi:
i.
ii.
iii.

Terdapat kerosakan yang memerlukan penyelenggaraan kecil (kurang


daripada RM10,000).
Bilangan soket yang tidak boleh digunakan 30% hingga 90%
Kekerapan litar pintas (ketika hujan sahaja dan berlaku dua hingga
tiga kali sebulan).

4) ROSAK TERUK
Amali sains tidak boleh dilaksanakan langsung atas sebab:
i. Boleh membahayakan murid dan guru serta mengganggu
pelaksanaan amali sains (Cth: DB Box bermasalah dan selalu trip).
ii. Hanya 10% soket boleh digunakan.
iii. Tiada elektrik.
iv. Kekerapan litar pintas (ketika hujan atau tidak hujan)
v. Pendawaian melebihi 15 tahun dan menunjukkan keadaan yang
berbahaya.
vi. Keadaan boleh membahayakan keselamatan pengguna.
vii. Memerlukan pembaikan serta merta.

You might also like