Rumah Besar OKK Sedomon

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Biodata O.K.K Sedomon Bin O.K.K.

Gunsanad
Pengenalan
Beliau dilahirkan dalam tahun 1894 anak ke-5 kepada Isteri pertama OKK Gunsanad
(Randus).
Dari Bandukan, beliau beserta dengan keluarganya berpindah ke daerah Bingkor dalam tahun
1935 lalu mendirikan Rumah Besar. Beliau meninggal dunia pada 8hb. March, 1966.
Pengalaman
Sebagai tokoh perintis terhadap pembentukan masyarakat serta cendrong dalam arena politik.
Dalam pemerintahan British Chartered Company pada tahun 1936 beliau dilantik sebagai
Ketua Anak Negeri.Kemudian pada 3hb Oktober, 1955 Beliau menyandang jawatan sebagai
Ketua Daerah oleh Kerajaan British.
Dalam penjajahan tentera Jepun (1943-1945) ke North Borneo (Sabah), beliau telah
mengikuti kursus ketenteraan di Kuching, Sarawak selama sebulan.
Semasa penyerahan pihak tentera bersekutu ke atas Tentera Jepun dalam tahun 1945 beliau
serta keluarganya melarikan diri serta bersembunyi ke kawasan-kawasan seperti Bandukan,
Kandang Besar, Lipasu dan Mailu.
Setelah angkatan tentera Jepun menyerah, North Borneo menjadi kemakhotaan British Crown
Colony Beliau dan keluarganya kembali ke daerah Bingkor untuk meneruskan jawatannya
semula.
Anugerah
Beliau telah dikurniakan bintang-bintang kehormatan seperti:
Q.M.C. pada bulan Januari 1953.
M.B.E. (member of the British Empire) pada bulan Oktober 1961 oleh Kerajaan British
Chartered Company.

SURAT-SURAT/KEHORMATAN/KEANUGERAHAN OLEH TOKOH-TOKOH


BRITISH:
Jun 1953 - Mr Malcolm MacDonald, Commissioner General of the United Kingdom in South
East Asia.
April 1959 - The Rt. Hon Duncan Sandys, P.C.,M.P. British Minister for Commonwealth
Relations.
11 Sept 1962 - Lord Lansdowne.
Kegiatan-kegiatan Sosial
18hb Ogos 1960 beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Daerah, Kerajaan telah
melantiknya semula sebagai Re-engage Pensioner.
8hb September 1961 dan 25hb September 1961 mempengerusi mesyuarat tentang penubuhan
Malaysia. Atas dorongan rakyat, beliau membentuk parti "TungagTokouPasokMomogun
Action Party" (April 1962).
24hb April 1962 - menarik diri dalam permohonannya untuk mendaftar parti lalu
menghubungi parti "United National PasokMomogun Party" yang diketuai oleh adiknya,
Datuk G. S. Sundang. Parti tersebut telah gagal mencapai matlamatnya kerana lebih ramai
lagi rakyat menyokong terhadap penubuhan Malaysia sebagaimana yang telah nyata dalam
laporan penyelidikan Cobbold Commission.
14hb Januari 1964 - dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi dalam parti gabungan UNKO
menjadi UPKO - (United PasokMomogunKadazan Organization).
27 November 1964 - menyambut ketibaan Yang Dipertuan Agung Tunku Syed Putra Ibni AlMarhum Syed Hassan Jamallulail dan Raja Permaisuri Agung, semasa lawatan Baginda Ke
Keningau. Beliau telah memberi cenderamata berupa sumpitan (Blow pipe) dan topi.
Kegemaran (semasa muda)

Memburu binatang
Menangkap ikan
Memelihara Kuda
Bermain Polo

Keluarga kepada seorang pemimpin terkenal Sabah sebelum kemerdekaan, O.K.K


Sedomon O.K.K Gunsanad, (O.K.K bermaksud Orang Kaya Kaya) menolak cadangan
kerajaan negeri untuk menjadikan rumah pusaka keluarga itu di Bingkor, Keningau, Sabah
sebagai rumah warisan budaya. Sebaliknya keluarga berkenaan mahu status rumah berkenaan
sebagai rumah keluarga hak persendirian, dikekalkan.

Rumah pusaka Sedomon dibina O.K.K Sedomon pada 1937 hingga 1941 di tapak
seluas 4 hektar atau 12 ekar di Kg. Bingkor, Keningau, Sabah kira kira 130 kilometer dari
Kota Kinabalu. O.K.K Sedomon dan adiknya G.S Sundang yang pernah menjadi Timbalan
Ketua Menteri Sabah, dikenali antara tokoh penting di zaman sebelum Sabah merdeka dari
pemerintahan British, seterusnya membentuk persekutuan Malaysia bersama sama Sarawak
dan Singapura pada 1963. OKK Sedomon meninggal dunia pada 8 Mac 1966 ketika berusia
72 tahun.
Rumah OKK Sedomon turut dikenali di Sabah sebagai rumah besar Keningau. Dibina selama
4 tahun dari 1937 hingga 1941 menggunakan pekerja Cina. Peralatan membinanya
menggunakan bahan asas seperti gergaji dan tukul. Kebanyakan kerja dilakukan secara
manual tanpa dibantu mesin canggih seperti kerja membancuh simen dan mengangkat papan
kayu balak. OKK Sedomon mahu rumah itu dibina berdasarkan ciri arkitek istana kesultanan
Melayu awal abad ke 18.
Kayu Balak yang digunakan dalam pembinaan rumah besar itu dibawa menggunakan
pengangkat khas yang diikat pada kerbau atau "Guyudan" dalam bahasa Dusun. Rumah OKK
Sedomon mempunyai beberapa bilik dan tingkat dan ruangan khas untuk berkumpul bagi
acara beramah mesra sambil meminum minuman tradisional Tapai yang diperbuat daripada
beras.
Acara ramah mesra atau "Mongkorumo" ini sering diadakan bagi mengeratkan lagi
hubungan keluarga dan jiran serta penduduk kampung.

Namun pada 1942, keluarga

Sedomon terpaksa keluar dari rumah ini oleh tentera Jepun ketika perang dunia ke 2 yang
menggunakan rumah itu sebagai stesen mereka. Kekejaman Jepun bukan setakat menghalau
keluarga dari rumah sendiri, malahan juga tanaman dan ternakan keluarga Sedomon
dimusnahkan Jepun.
Malahan juga pernah berlaku kejadian tembak menembak antara tentera Imperial
Jepun dan tentera Australia di rumah ini. Sehingga kini ada kesan peluru menembusi dinding
rumah besar yang masih kelihatan. Sebuah kolam kecil juga dilaporkan terbentuk di halaman
rumah ini akibat ledakan bom ketika perang dunia ke 2.

Selepas perang dunia ke 2 tamat, keluarga Sedomon kembali ke rumah besar ini dan
melakukan pelbagai aktiviti ekonomi sara diri termasuk menternak lembu, kerbau, ayam dan
kambing serta menanam padi, kelapa, kopi dan sayur sayuran serta buah buahan di halaman
rumah ini.
Rumah besar OKK Sedomon pernah dilawati pelbagai pemimpin dan orang
kenamaan. Antaranya Sir William Goode, bekas Gabenor British North Borneo, Duncan
Sandys (Menteri hubungan Komanwel Britain), Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana
Menteri pertama Malaysia), Tun Razak Hussein (Perdana Menteri Kedua Malaysia), Tun
Datu Mustapha Datu Harun (bekas Ketua Menteri Sabah), Tun Mohammed Fuad Stephens
(bekas Yang di Pertua Negeri Sabah dan bekas Ketua Menteri Sabah), Tun Ahmad Koroh
(bekas Yang di Pertua Negeri Sabah) dan ramai lagi.
Rumah pusaka itu asalnya dicadangkan dibangunkan sebagai rumah warisan budaya
menerusi satu surat Jabatan Muzium Sabah kepada keluarga Sedomon bertarikh 22 julai 2011
lalu. Dalam satu sidang akhbar khas pada Rabu 17 Ogos 2011 di TNGC, Jalan Bundusan,
Penampang, keluarga Sedomon yang terdiri waris daripada 10 anak dan 17 cucu, menolak
cadangan itu. Kerana ia dikhuatiri boleh menyebabkan mereka kehilangan hak milik pusaka
ke atas rumah dan tanah apabila rumah itu diwartakan sebagai rumah Warisan Budaya kelak.
Tambahan lagi, perkara itu bertentangan dengan wasiat OKK Sedomon supaya rumah
itu terus dipelihara dan dikekalkan sebagai rumah pusaka oleh keluarga tanpa campur tangan
sebarang pihak luar. Wakil keluarga OKK Sedomon, Nilakrisna James berkata any owner if
just one owner says no, that no should be respected, that right of veto is there because
ultimately what Sedomon would have wanted is pusaka, what Sedomon would have wanted,
he would not have signed this lease unless he said I want that house to forever house my
descendants

jika pemilik mengatakan tidak, maka ia harus dihormati kerana apa yang Sedomon
mahukan adalah pusaka. kehendak Sedomon ialah memastikan rumah ini selamanya dimiliki
pewarisnya.

Gambarajah 1.1 : Nilakrisna James, Peguambela & Peguamcara, Pengurus Komunikasi ,


Wartawan Penyiaran Eksekutif, Pembaca berita TV , Penulis & Juruacara

You might also like