Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pengenalan

Tahap kesihatan kita ditentukan oleh gaya hidup yang kita jalani. Gaya hidupyang
sihat akan memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang terbaik
danmerupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Definisi gaya hidup sihat
adalahgaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan
jangkitan penyakit.Amalan yang boleh dilakukan dalam menjalani gaya
hidup yang sihat termasuklahmengambil berat dari segi pemakanan dan
kesihatan, menangani konflik dan stresdengan berkesan dan menjauhkan
dari penyalahgunaan bahan seperti rokok, ubat-ubatan dan dadah. Terdapat
lima komponen dalam gaya hidup sihat iaitu makananseimbang, kebersihan diri,
penyalahgunaan dadah, rehat yang cukup dan senaman

A) Pemakanan Yang Seimbang


Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik
seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Setiap
kumpulan
makanan menyediakan hanya sebahagian daripada nutrien yang diperlukan oleh
tubuh
kita. Kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dengan
kadar
yang sesuai yang berasaskan kepada piramid makanan. Terdapat lima
kumpulan
makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang :
i) Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi.
ii) Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan
iii) Kumpulan susu dan hasil tenusu
iv) Kumpulan daging, ayam, telur ikan dan kekacang.
v) Kumpulan minyak, lemak dan gula.
B) Kebersihan Diri
Kebersihan diri memainkan peranan yang penting agar kesihatan dapat

dikekalkan. Ia merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, rambut, gigi, mata


dan
telinga. Penjagaan kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan
penampilan
kesejahteraan, fizikal, emosi dan sosial diri seseorang. Kepentingan
menjaga
kebersihan tubuh badan adalah dapat:
i) Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit seperti penyakit kulit.
ii) Menjaga kesihatan badan agar sentiasa sihat dan cergas.
iii) Mengekalkan persahabatan dengan kawan-kawan dengan mengamalkan
kebersihan diri.
C) Penyalahgunaan Bahan
Definisi penyalahgunaan bahan adalah menggunakan bahan-bahan yang boleh
menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada
tujuan
sebenarnya. Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok,
alkohol, gam,
turpentin, ubat batuk dan dadah. Perbuatan ini adalah salah dari segi
agama dan
undang-undang kerana bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan
kesihatan dan
menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan. Dadah dan ubat ialah bahan kimia
yang
dihasilkan daripada tumbuhan, haiwan dan mineral.
Perkembangan teknologi terkini, banyak dadah dan ubat yang dihasilkan secara
tiruan atau sintetik. Ubat yang dihasilkan perlu mendapatkan kelulusan
dan
pengesahan daripada Kementerian Kesihatan. Dadah terbahagi kepada beberapa
jenis
seperti heroin, morfin, candu, ganja dan kodein. Dadah diambil dengan cara dihidu,

disuntik, dihisap atau dimakan. Golongan belia adalah golongan paling ramai
terbabit
dengan penyalahgunaan bahan terutamanya dadah, rokok dan alkohol.
Punca
penyalahgunaan bahan adalah seperti berikut:
i) Terpengaruh dengan iklan
ii) Pengaruh internet
iii) Cabaran daripada rakan sebaya
iv) Terpengaruh dengan rakan sebaya yang menyalahgunakan dadah
v) Keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan kesannya.
vi) Ingin menonjolkan kehebatan diri antara rakan sebaya.
vii) Ingin mengikut aliran semasa seperti penggunaan pil ectasy
D Rehat yang cukup
Rehat bermaksud tempoh yang diambil untuk berhenti daripada
melakukan
sesuatu aktiviti fizikal, mental atau melakukan aktiviti yang ringan. Contohnya
waktu
rehat di sekolah, di tempat kerja. Waktu rehat boleh digunakan untuk
mengurangkan
keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Bagi merehatkan badan yang
penat
bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain
catur atau
permainan dalaman. Bagi merehatkan otak yang penat berfikir, kita boleh
mendengar
muzik, membaca majalah dan bersiar-siar. Rehat yang lebih panjang seperti tidur
dapat
menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah menurun. Semasa tidur,
otak
menjadi tidak aktif, suhu badan menurun, otot relaks atau berada dalam keadaan
rehat.

Keadaan ini dapat merehatkan badan sepenuhnya. Apabila bangun tidur, badan
akan
berasa segar dan fikiran menjadi lebih tenang.
E) Senaman
Senaman adalah asas kesihatan. Terdapat pelbagai cara untuk bersenam
bergantung
kepada kemampuan dan keinginan seseorang individu. Kebanyakan orang
bersenam
kerana mereka ingin menjadi cergas seumur hidup dan menikmati erti
kesejahteraan
yang sebenar. Faedah senaman adalah:
i) Senaman boleh meningkatkan penghantaran oksigen ke seluruh badan
ii) Senaman menguatkan jantung, membina kekuatan dan daya tahan otot
ii) Senaman mengurangkan lemak dan menguatkan jisim tulang dan sendi.
Keratan Artikel

8
Penutup
Kesimpulannya, mengamalkan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian
dapat mencegah daripada menghidap penyakit yang berpunca daripada kolesterol
yang
berlebihan. Diet yang sihat serta seimbang akan membekalkan nutrien
harian dan
komponen makanan lain yang membolehkan kita memiliki minda serta tubuh yang
sihat
dan juga bertenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian. Sebaiknya,
makanlah
pelbagai jenis makanan kerana tiada makanan khusus yang dapat
membekalkan
9

semua nutrien yang diperlukan. Makanan yang berbeza dalam kumpulan yang sama
(seperti beras, roti dan bijirin sarapan) membekalkan nutrien yang
berbeza dalam
jumlah yang berbeza.
Makanlah diet yang seimbang berasaskan buah-buahan, sayur- sayuran, bijirin
penuh dan makanan tenusu rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak,
gula
dan garam. Elakkan makanan yang mengandungi kadar kolesterol yang tinggi
seperti
sosej, nuget, burger, snek yang banyak mengandungi kolesterol jahat
untuk
mengelakkan daripada diserang penyakit seperti jantung. Untuk
mendapatkan
keseimbangan kolesterol sihat, kurangkan kuantiti kolesterol dan makanan
berlemak
daripada daging. Selain itu, tingkatkan pengambilan ikan (bukan ikan
goreng) dan
makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian. Senaman juga boleh
menolong
menghancurkan kandungan kolesterol dalam tubuh. Oleh demikian, senaman
adalah
salah satu cara untuk mengawal masalah ini.

Refleksi

Syukur alhamdulillah kerana tugasan ini dapat saya siapkan dalam tempoh masa

yang telah ditetapkan oleh pensyarah.. Tugasan kerja kursus pendek ini telah
saya
perolehi pada 21 Februari 2012 yang mengkehendaki saya membuat ulasan
mengenai
artikel gaya hidup sihat yang telah saya baca. Berdasarkan daripada artikel gaya
hidup
sihat yang telah saya baca dan ulas, banyak pengetahuan baru yang
telah saya
perolehi mengenai pemakanan seimbang dalam komponen gaya hidup sihat.

Saya telah memilih dan membaca artikel yang bertajuk Kolesterol


Tidak
Mengira Saiz Badan.
berpeluang

Melalui hasil pembacaan saya, saya telah

mengetahui apakah itu kolesterol, jenis kolesterol yang terdiri daripada kolesterol
baik
dan kolesterol jahat. Kolesterol baik akan membawa kolesterol ke
pembuluh darah
untuk dibawa ke hati dan seterusnya dikeluarkan dari tubuh, manakala kolesterol
jahat
akan membuatkan pembuluh darah tersumbat.
Melalui kerja kursus pendek ini, saya juga dapat mengetahui bahawa kolesterol
mempunyai kegunaannya. Tidak semua kolesterol itu tidak baik. Pengalaman ini
telah
membantu saya mengetahui kepentingan kolesterol dalam tubuh badan. Saya
juga
dapat mengetahui punca kolesterol berlebihan dan jenis-jenis makanan
yang
menyumbang kepada kadar kolesterol yang tinggi. Sebagai contoh, kulit ayam
goreng
mengandungi kadar kolesterol yang tinggi dan ayam goreng merupakan
makanan

kegemaran bagi semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak.


Saya mendapati pengalaman dalam menghasilkan tugasan ini adalah
amat
bernilai kerana saya berpeluang memperoleh pengetahuan baru mengenai
penjagaan
kesihatan.
diserang

Makanan yang berkolesterol tinggi menyebabkan kita mudah

penyakit jantung.
dan lazat

Pada pendapat saya, banyak makanan yang sedap

sememangnya mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.


demikian, kita

Oleh yang

sebagai pengguna hendaklah pandai dalam memilih makanan agar


makanan yang
dipilih itu adalah seimbang dan mempunyai zat makanan yang baik.
Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi kesempatan kepada saya untuk
menghargai kesihatan yang saya miliki sekarang. Artikel yang telah dibaca
membantu
saya dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat agar kesihatan diri kita lebih
terjamin.
Ini bertujuan bagi mengelakkan diri daripada diserang penyakit yang berbahaya
kerana
penyakit yang menyerang manusia pada masa kini tidak mengenal peringkat
usia.
Justeru itu, pengalaman yang saya perolehi ini akan saya aplikasikan dalam
kehidupan
seharian dengan mengamalkan corak pemakanan yang seimbang berdasarkan
piramid
makana

Rujukan dan Bibliografi

Berita Harian (2009). Minyak sawit terbukti mampu tingkat kadar kolestrol baik.
Dicapai
pada 10 Mac 2012, daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/VitaminEsawittingkatdayatahanbadanla
wan
penyakit/Article

Ellen Morrey (1999). Kolesterol dan Trigliserida. Synergy Books International.


Penerbit
Synergy Bookd International

Idris Mohamad, Shharudin Abd Aziz dan Zamry Ahmad (2007).KBSR


Pendidikan
Jasmani dan pendidikan kesihatan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majalah Kesihatan Rapi ( 2012). Penerbit Majalah Karangkraf.

Norlaila Hamima Jamaluddin (2011). Peranan lemak berbeza. Dicapai pada 15 Mac
2012. daripada
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perananlemakberbeza/Article/artikelM
A

Utusan Malaysia (2011). Kolesterol tidak mengira saiz badan. Dicapai pada 15 Mac
2012, daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (2011). Kawal kolesterol tinggi: Dicapai pada 15
Mac

2012. daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

You might also like