Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

KAEDAH PEMBELAJARAN PONDOK

HASIL PEMBELAJARAN
Pendengar dapat mengetahui maksud pondok dan madrasah.
Dapat mempelajari tentang sistem pembelajaran di pondok
dan madrasah.
Dapat memahami kelebihan sistem pembelajaran di pondok
dan madrasah.
Dapat membezakan antara sistem pembelajaran pondok
tradisional dan pondok moden serta sistem pendidikan
konvensional.

1.0 PENGENALAN

Definisi Pondok:
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat pondok bermaksud rumah
(utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); atau madrasah dan asrama tempat
mengaji (belajar agama).

Menurut Sabri Haji Said (1983), pengajian pondok merupakan suatu pendidikan mengikut
cara tradisional dalam memainkan peranan penting untuk memperkenalkan,
menyebarkan, mengembangkan, dan meluaskan ilmu pengetahuan agama kepada anakanak bangsa.

Kemunculan sistem pondok di Malaysia tidak dapat dikesan


dengan jelas.
Namun, pada zaman dahulu ibu bapa masyarakat Islam
begitu bangga menghantar anak-anaknya belajar ke
institusi tradisional seperti ini terutamanya pada tahun
1930an dan 1940an.
Walaupun arus pendidikan Barat diperkenalkan oleh
penjajah Inggeris melalui sistem persekolahan vernacular
kepada masyarakat Melayu, namun institusi tradisional ini
tetap tegak dengan kukuh sehingga mewujudkan golongan
yang berpengetahuan agama yang luas, hatta institusi ini
telah menjelmakan semangat esprit de corps dalam
kalangan orang Melayu.

2.0 LATAR BELAKANG SEJARAH


SISTEM PENDIDIKAN PONDOK

Kemunculan Sistem Pondok Di Tanah Melayu


Sejarah kemunculannya dipercayai seiring dengan kedatangan agama Islam di Tanah Melayu iaitu
pada abad ke-14.
Berdasarkan kepada penemuan Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1303M yang dijumpai di Kuala
Berang, Terengganu.

Kemudian, pertumbuhan pendidikan pondok ini semakin pesat pada abad ke-18 dan ianya dipelopori
oleh golongan ulama dari Pattani.
- kebanyakannya daripada Nakorn Si Tammaraj, Trang, Krabi, Pangnga, Surat Thani, Phuket,
Patthalung, Chaiya dan Songkla.
- Contohnya: Pondok Tok Guru Haji Nor dikenali sebagai Ayah Nor
Pondok Tok Guru Haji Leh (Haji Salleh)
Pondok Tok Guru Haji Somad ( Haji Abd al-Samad)

Pondok Tok Guru Ghani dikenali sebagai Pondok Padang Langa

Hasil daripada murid-murid yang belajar di Pattani itu, mereka pulang ke negeri masing-maisng
seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor dan sebagainya.
Mereka menubuhkan pondok-pondok sendiri, dan penuntut-penuntut lain tidak lagi ke Pattani untuk
belajar.
Di Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok.
Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 M oleh Tuan Guru Haji Abdul
Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong). Selain dari pondok Pulai Chondong yang didirikan di
Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat
pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat tahun 1908, Pondok Kubang Pasu Kota
Bharu pada 1900, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok
Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan
gelaran Tuan Tabal.

SISTEM PENTADBIRAN DI PONDOK


Sistem pondok lazimnya diadakan di sebuah
perkampungan yang berpusatkan sebuah bangunan
surau/masjid yang bertindak sebagai sekolah dan
tempat beribadat
Tempat pengajian ini dikelilingi oleh rumah-rumah kecil
yang dipanggil pondoksebagai tempat kediaman santri.
Lokasinya berada di tempat pedalaman/desa, pada
zaman dahulu ianya dibuat dikawasan penanaman padi,
yang berhimpunnya orang Melayu beragama Islam.
Ditadbir secara bersendirian mengikut citarasa tuan guru
yang bertindak sebagai ketua.

Sambungan.
Tanggungjawab kyai/ tok guru adalah mengendalikan pengajian dan aturan hidup santri di kawasan
pondok.

Kemajuan sesebuah pondok itu selalunya bergantung kepada keilmuan dan daya kepimpinan yang
ada pada tok guru tersebut.
Kebanyakan pondok terkenal dengan nama kepada pengasas atau tuan guru di situ dan tempat
kewujudannya.
Pelajar-pelajar tidak dibahagi mengikut umur, sebaliknya dibuka secara umum.
- sesiapa sahaja boleh mengikuti pengajian daripada tok guru, apabila selepas meminta izin
daripada beliau.
- tidak mempunyai kelas, sebaliknya berbentuk halaqah bersam tuan guru.

Sambungan.
Kebanyakan sekolah pondok tidak mempunyai sumber
kewangan yang tetap.
- Bergantung kepada derma orang ramaidan pelajar
atau waqaf atau zakat dan sedekah.
Sistem pengajian yang digunakan adalah kaedah
pengajaran secara penyampaian oleh guru.
Pelajar/santri mengingatinya secara hafalan terhadap
pelajaran atau matan yang dipelajarinya.
Kebanyakan sekolah pondok mempunyai jadual pengajaran
mengikut solat lima waktu contohnya selepas subuh dan
maghrib.
Sistem pondok tidak menggunakan sukatan pelajar yang
tetap, sebaliknya menggunakan kitab-kitab tertentu
mengikut mata pelajaran yang diajar.

3.0 KAEDAH PEMBELAJARAN


DI PONDOK DAN MADRASAH

Sistem Pondok Dan Madarasah


Sistem pondok dan madrasah memainkan
peranan penting dalam memelihara jati diri
orang melayu dan menyediakan orang Melayu
dengan teras pendidikan islam. Sesetengah
cendekiawan berpandangan bahawa intipati
institusi pondok untuk masyarakat Melayu boleh
diterangkan dari sudut budaya pendidikan
dalam masyarakat Melayu Islam (ADNAN
YUSOPP 2002)

SISTEM PONDOK
Sebagai contoh sistem di Pondok Tradisional Terusan Limbat Pasir Tumboh (Madrasah Addiniah Pasir
Tumboh)
Dari segi pembelajaran sukatan pembelajaran yang didedahkan kpd para pelajar adalah tidak
tersusun, ia bergantung kepada kemahiran guru. Antara mata pelajaran yang diajar ialah tauhid, tafsir,
fekah, nahu saraf, hadis, doa-doa yang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Para pelajar juga
didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai kaedah jawi dan bahasa Arab.

Aktiviti:- Berqasidah, berzanji dan bernasyid turut diadakan.


Penjadualan
-Kebiassannya setiap selepas waktu solat akan diadakan kelas dan membentuk halaqah- halaqah
ilmu. Pelajar bebas untuk memilih kelas mengikut tahap penguasaan ilmu, dan tiada had umur.
Antara kitab yang dipelajari di Pondok:
-Kitab Matan Jurumiyah, Matan Bina, Matan Ummu Brahim
-Kitab Pelita Penuntut, Kitab Penawar Bagi Hati
-Kitab Al-falah, Kitab Kifayatul Muhtaj, Kitab Miyatul Musolli, Kitab Matla ul Badrain.

SISTEM MADRASAH
Sistem Madrasah adalah sama dengan sistem pondok
akan tetapi ia lebih sistematik.

Sistem Madrasah deobandi ini dimulakan dengan


penghafalan al-Quran selama 3 tahun.

Setelah selesai syahadah al-quraan, mereka akan


berpindah kelas kepada pengajian alim selama 8 tahun.
Pengajian selama 8 tahun ini, mereka akan belajar
daripada peringkat asas sehinggalah mendapat
menguasai 4 mazhab dan mempelajari sunnan sittah
secara bersanad sehingga kepada Rasullulah S.A.W.

Penjadualan:-Bermula jam 5.00 pagi hingga 11.00 malam

Sambungan.

Aktiviti:
- Imtihan: Dua kali setahun, sekiranya gagal akan mengulang selama setahun.
- Perbahasan agama dari aspek Masail, para ustaz akan menilai setiap dalam nas yang dihujahkan.
- Tarbiyah rohani melalui perjalanan dakwah.
- Tasawuf: Penggunaan kitab Hadith dan Riyadus solihin

Tahun 1
Tahun 4
- Pemantapan Bahasa Arab: Nahu, Sorof, Tauhid, Hadith 40, Matan Jurumiah, terjemahan juzuk
amma, Mantik, Tafsir Jalalain, Usul Fiqh, Mustohallah Hadith, Balaghah.

Tahun 5

Tahun 8

- Faraid, Usul Tafsir,usul Hadith, Ulum Quraan, Akidah, Misyakut Masobih, Mahalli, Tafsir Baidawi
dan belajar Hadith & Fiqh 4 Mazhab.
- Sunnah sittah : Bukhari, Muslim, Nasaie, Abu Daud, Tirmidzi, & Ibnu Majah.

4.0 PERBANDINGAN ANTARA SISTEM


PENDIDIKAN PONDOK TRADISIONAL DAN
MODEN

SISTEM PONDOK TRADISIONAL Sama sahaja apa yang telah dijelaskan sebelum ini.
SISTEM PONDOK MODEN: Pendidikan ala pondok yang mengabungkan sistem pendidikan agama dan akademik dari segi
ilmiah.
Tertubuhnya pendidikan pondok moden yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa
pengantar
Sukatan pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu pembelajaran booth (Feqah, Hadith dan
lain-lain) dan akademik (Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan lain-lain)
Wujudnya peperiksaan seperti Sijil Menengah Agama (SMA/SMU) dan Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM)
Mempunyai buku yang bercetak berbanding dengan sistem pondok tradisional yang hanya di
tulis
Pembelajaran hanyalah terhad pada sebelah pagi sehingga petang
Pembelajaran berbentuk sistem kelas yang mempunyai bilik darjah

SISTEM PEMBELAJARAN PONDOK

SISTEM PEMBELAJARAN KONVENSIONAL

Pembelajaran yang mementingkan ukhrawi

Pembelajaran yang mementingkan pendidikan


agama dan akademik

Waktu pembelajaran yang meluas dan tidak


terhad
- Pelajar yang belajar di pondok hendaklah
menghabiskan pengajian sebagiamana yang
telah ditetapkan oleh tok guru

Waktu pembelajaran yang terhad mengikut


jadual semasa
- Masuk sekolah jam 7 pagi dan pulang pada
jam 2 petang setiap hari persekolahan.

Tidak mempunyai pelarasan di dalam pendidikan Mempunyai pelarasan berlandaskan pendidikan


- Tok guru yang menetapkan silibus pengajian di bersepadu
pondok dan mereka belajar dari kulit ke kulit.
- Silibus pendidikan di sekolah berdasarkan buku
teks yang telah disediakan oleh kerajaan.

Sambungan.
Diasas oleh para alim ulama

Diasas oleh kerajaan dan jabatan agama di


setiap negeri

Pembelajaran berbentuk muzakarah, halaqah


dan syarahan

Pembelajaran yang berbentuk syarahan yang di


ketuai oleh guru dan mempunyai sesi soal jawab

Tidak mempunyai sistem peperiksaan


- Tok guru akan menyemak (tasmik) hafalan
santri/pelajar

Mempunyai sistem peperiksaan yang mengukur


tahap kecerdikan para pelajar.
- Mempunyai peperiksaan pada setiap
pertengahan dan akhir tahun bagi penilaian
pentaksiran pelajar.

Jadual 1: Perbandingan antara kaedah pendidikan pondok dan konvensional yang diadaptasi
daripada buku The Pondok & Madrasah in Pattani

5.0 KELEBIHAN DAN PERANAN


ULAMA TERHADAP SISTEM PONDOK

KELEBIHAN SISTEM PONDOK


1.

Menekankan kepentingan menuntut ilmu secara bersanad. Salasilah


ilmu sampai kepada Rasulullah S.A.W.

2.

Pembelajaran daripada permulaan kitab sehingga akhir kitab.

3.

Pengajarannya lebih bersifat penghafalan dan pemahaman


(SUFEAN 1996).

4.

Memberi latihan khutbah dalam Bahasa Arab. (Setiap minggu, wajib


setiap orang).

5.

Melahirkan pelajar berpengetahuan agama, berakhlak tinggi serta


dapat membimbing masyarakatnya. (GHAZALI BASRI 1991).

6.

Sistem pendidikan Islam yang menyeluruh dan berkesan dalam


mengubah paradigma masyarakat Melayu.

7.

Benteng kepada akidah dan keimanan masyarakat daripada anasir


luar terutamanya konsep-konsep modenisasi dan barat yang
bertentangan dengan Islam.

PERANAN ULAMA
DALAM SISTEM
PONDOK

Melahirkan ulama yang akhirnya menjadi ulama


terkenal.
Menyebar ilmu islam dengan penuh amanah dan
bertanggungjawab serta tidak mengharapkan apa-apa
balasan dan ganjaran.

Mengajar dan memimpin masyarakat melalui keilmuan


dan pengaruh dalam masyarakat.
Menjadi bahan rujukan masyarakat dan menyelesaikan
berbagai persoalan agama yang timbul
Mengarang, menulis dan menterjemah kitab-kitab yang
dihasilkan oleh ulama besar islam.

6.0 KESIMPULAN

KESIMPULAN

SISTEM PEMBELAJARAN DI PONDOK DAN MADRASAH


MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KEUNIKANNYA YANG
TERSENDIRI.

SISTEM PEMBELAJARAN INI PERLULAH DIKEKALKAN,


SETERUSNYA, DIPERKASAKAN UNTUK MELAHIRKAN
INDIVIDU MUSLIM YANG BERAKHLAK, DAN MAMPU
MENYAMBUNG KEGEMILANGAN ULAMA TERDAHULU.

Abdul Hafiz Mat Tuah. Zakaria Stapa. Ahmad Munawar. (2012). Memperkasakan Jati Diri Melayu
Muslim Menerusi Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Akhlak. Jurnal Hadhari Special Edition, 23-25.
Badriah Haji Salleh, Kampung Haji Salleh dan Madrasah Saadiah-Salihiah 1914-1959, Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur, 1984.
Hasan Madmarn, The Pondok & Madrasah in Pattani, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi, 1999.
Sabri Haji Said, Madrasah Al-Ulum Al-Syariah Perak 1937-1977: Satu Kajian Pendidikan Islam, Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur, 1983.

Wan Yahya Wan Ahmad, Pensejarahan Awal Islam, Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur, 1992.
Zamakhsyari Dhofier, Tradisi Pesantren: Studi tentang Pandangan Hidup Kyai, Penerbit Lembaga Penelitian,
Pendidikan dan Penerangan Ekonomi Sosial (LP3ES): Jakarta, 1982.
Ibnuatiq. (2010). Sejarah Awal Pengajian Pondok. Retrieved Februari 15, 2015, from http://www.al
bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=64:sejarah-awal-pengajianpondok&catid=10:info&Itemid=31

You might also like