Tajuk 7 Mentaksir Matematik

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 21

TAJUK 7

7.2

MENTAKSIR MATEMATIK

KERANGKA TAJUK-TAJUK

MENTAKSIR MATEMATIK

7.3

KEMAHIRAN MATEMATIK

CARA PENTAKSIRAN

MASALAH MATEMATIK

MATLAMAT PENTAKSIRAN

KEMAHIRAN MATEMATIK
7.3.1

Pengenalan

Matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran


mantik, analitik, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta
kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat
berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1988). Oleh yang demikian proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan bagi memastikan matlamat pendidikan ini terlaksana. Salah satu cara
yang berkesan untuk melihat sejauh mana berjayanya proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku ialah melalui penilaian. Oleh itu, sebagai seorang guru,
anda harus memahami peranan penilaian dalam pendidikan matematik dan

memberi perhatian tentang hal ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.
1.

Kemahiran Pranombor

Kemahiran pra-nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu diperkenalkan sebelum
memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Kemahiran pranombor ini melibatkan
pengkelasan, turutan/seriasi, perbandingan kuantiti dan konservasi.

a. Pengkelasan
Murid akan didedahkan dengan kemahiran mengkelaskan sesuatu benda konkrit dan
semi

konkrit

mengikut

ciri-ciri

yang

ada

padanya

seperti

mengkelaskan

mengikut saiz (besar/kecil, panjang/pendek, tinggi/rendah), warna, bentuk dan jenis.


i.

Warna
- mengenal warna
- menamakan warna
- mencantumkan kad warna
- mengasingkan warna
- mengasingkan warna dengan benda-benda
- mewarna mengikut arahan yang diberi

ii.

Saiz
- membandingkan saiz benda konkrit yang ditunjukkan
- mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek
- menamakan saiz
- mengasingkan benda semi konkrit mengikut saiz
- memadankan saiz yang sama
- mewarnakan saiz yang sama

iii.

Bentuk
- mengasingkan benda mengikut bentuk
- menamakan bentuk
- memadankan bentuk yang sama dengan benda-benda konkrit
- mewarnakan bentuk-bentuk yang sama

iv.

Jenis
- menamakan benda mengikut jenis
- mengumpul benda mengikut jenis(semi maujud)
- mengkelaskan benda mengikut jenis(gambar)
- mewarna/melukis benda mengikut jenis

Kemahiran ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan secara tidak
langsung akan membantu murid membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang
akan mereka temui dalam pelajaran selanjutnya.

b. Turutan/ Seriasi
Turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan dalam matematik.
Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-objek mengikut saiz kecil, besar,
panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan. Konsep turutan ini akan
membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara
konsep matematik dengan yang lain. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang
mereka lalui akan lebih bermakna.

c. Perbandingan Kuantiti
Kemahiran ini akan membolehkan murid menyatakan kuantiti melalui perbandingan
iaitu banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih atau kurang. Antara
aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:
i.

mengasingkan kumpulan
- yang banyak atau lebih
- yang sedikit atau kurang
- yang sama banyak
- yang tidak sama banyak

ii.

mewarnakan kumpulan
- yang banyak atau lebih
- yang sedikit atau kurang
- yang sama banyak
- yang tidak sama banyak

iii.

menamakan kumpulan
- yang banyak atau lebih
- yang sedikit atau kurang
- yang sama banyak
- yang tidak sama banyak

d. Konservasi
Menurut Kamus Dewan, edisi ketiga (2002), konservasi bermaksud pemeliharaan atau
penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kemusnahan/kerosakan dan lain-lain.

Dalam konteks matematik khususnya aspek pranombor, konservasi dapat diertikan sebagai
pemeliharaan ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam kalangan murid. Untuk
memelihara atau memastikan ilmu berkaitan pranombor yang telah dikuasai oleh murid ini
bersifat kekal, aktiviti pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa.

Contoh:
A
B
Dalam contoh di atas, seorang murid yang yang kurang kemahiran
konservasi akan menyatakan bahawa kiub dalam susunan B di atas adalah lebih
banyak

2.

Kemahiran Komputasi
a.

Mengenal Nombor

Nombor merupakan asas yang penting dalam mata pelajaran matematik kerana
nombor digunakan dalam operasi asas matematik dan juga dalam topik-topik matematik
yang lain. Seseorang murid tidak akan dapat mempelajari matematik selanjutnya jika dia
tidak menguasai kemahiran menulis nombor, membilang serta menulis nilai sesuatu nombor.
Pada peringkat awal pembelajaran, murid didapati boleh membilang tetapi sering
menghadapi masalah menulis nombor dengan betul danpada peringkat seterusnya mereka
sering menghadapi masalah menentukan nilai tempat dan membundarkan nombor.

b.

Konsep Nombor

Konsep nombor ordinal dan kardinal perlu diajar dan diberi penekanan kepada murid
sejak awal lagi. Ini dapat mengubah struktur pemikiran kanak-kanak yang sering menghafal
nombor tanpa mengenal makna nombor itu yang menjadi penghalang kepada mereka untuk
membuat pertalian antara nombor ordinal dan nombor kardinal. Nombor kardinal digunakan

untuk membilang berapa banyak objek dalam satu set atau kumpulan. Memahami nombor
kardinal amat penting kerana dengan adanya kebolehan menjumlah serta mengenal kuantiti
sesuatu objek, murid akan dapat menggunakan nombor bulat untuk empat operasi
matematik. Walaupun nombor kardinal perlu diberi lebih penekanan,

murid juga perlu

diperkenalkan dengan cara kedua nombor digunakan iaitu penggunaan nombor ordinal.
Nombor ordinal ialah nombor yang digunakan untuk mengetahui kedudukan relatif sesuatu
objek atau peristiwa.
c.

Menghafal Nombor

Aktiviti menghafal nombor boleh dijalankan secara berperingkat iaitu nombor dalam
lingkungan 10, nombor dalam lingkungan 18, nombor dalam lingkungan 50 dan nombor
dalam lingkungan 100. Aktiviti yang paling berkesan bagi kemahiran menghafal nombor ini
adalah

latih

tubi.

Kebolehan

murid

menghafal

nombor

akan

membantu

mereka

menyelesaikan masalah matematik yang lain dengan lebih cekap dan pantas.

d.

Menunjuk Nombor

Aktiviti menunjuk nombor juga akan dapat mendekatkan murid dengan nombor dan
secara tidak langsung mereka dibiasakan dengan nombor tersebut dan hal ini membantu
mereka

untuk

lebih

mengenali

nombor-nombor

yang

diperkenalkan.

Guru

boleh

menggunakan carta nombor dan meminta murid menunjuk nombor yang disebut oleh guru.
Latih tubi begini akan meningkatkan kecekapan murid dalam mengenali nombor. Di samping
itu

juga,

guru

boleh

menggunakan

kad-kad

nombor

dan

meminta

murid

mengumpul(mengasingkan) angka yang sama atau menunjuk kad nombor yang guru sebut.

e.

Menulis Nombor

Sebaik-baiknya murid mula diperkenalkan dengan kemahiran menulis nombor setelah


mereka dapat mengaitkan makna nombor dengan angka. Mereka juga boleh mula berlatih
menulis angka ketika masih dalam proses pemantapan kefahaman tentang nombor.
Penulisan angka bagi sesuatu nombor harus dilakukan bersama-sama perwakilan model
nombor, sama ada dalam bentuk konkrit atau gambar dengan tujuan untuk memperkukuhkan
makna nombor itu. Sebelum menggunakan otot halus, penulisan angka boleh bermula
dengan menggunakan pergerakan otot kasar seperti menulis di udara, kotak pasir dan

sebagainya. Aktiviti lain yang boleh dijalankan adalah menyurih nombor-nombor timbul
dengan jari mengikut urutan, menekap mengikut urutan nombor dengan pensel warna pada
acuan angka dan membentuk angka mengikut garisan titik-titik.
f.

Nilai Nombor

Konsep nilai tempat merupakan suatu aspek penting dalam sistem penomboran
kerana kedudukan digit dalam sesuatu nombor mempunyai nilai tertentu. Murid
diperkenalkan kepada konsep nilai tempat apabila mereka sudah boleh membaca dan
menulis angka bagi nombor 0 hingga 9 serta boleh membilang dengan mengumpul secara
sepuluh-sepuluh. Antara pendekatan yang boleh digunakan untuk memperkenalkan konsep
nilai tempat melalui pengumpulan bahan berkadaran seperti menggunakan lidi, dan rod biji
kacang. Untuk mengukuhkan konsep ini dalam kalangan murid, guru boleh juga
menggunakan kaedah permainan bingo dan kad lipat.
g.

Menyebut dan Menulis Nombor

counting-on, (urutan menaik)

Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah membilang dan menyusun pembilang dari nilai
kecil ke besar, meletakkan kad angka di bawah pembilang dan menyusun angka secara
menaik dari kad angka yang diselerakkan.

counting-back (urutan menurun)

Bagi kemahiran ini, aktiviti yang boleh dijalankan adalah membilang dan menyusun
pembilang dari nilai besar ke kecil, meletakkan kad angka di bawah pembilang, menyusun
angka secara menurun dari kad angka yang diselerakkan dan melengkapkan turutan nombor
secara menurun.

skip counting (nombor di antara)

Pada peringkat ini, murid dilatih untuk mengisi nombor yang tepat diantara dua
nombor. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah meletakkan kad angka di antara kad-kad angka,
menamakan nombor diantara dan mengisi tempat kosong dengan angka yang sesuai.

3.

Kemahiran Aplikasi dan Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah adalah suatu situasi di mana masalah matematik tersebut dapat
deselesaikan melalui suatu pemilihan dan pelaksanaan operasi yang tepat. Untuk
mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri murid maka guru perlu bijak
menyelesaikan masalah yang bersesuaian dengan tahap murid, disamping menimbulkan
minat mereka. Aktiviti-aktiviti yang dikelaskan sebagai penyelesaian masalah matematik
biasanya melibatkan masalah berbentuk perkataan yang terdapat dalam buku teks, teka-teki,
masalah yang melibatkan rutin dan penggunaan matematik kepada kehidupan sebenar.
Dalam pengajaran penyelesaian masalah, matlamat pendedahan adalah untuk menolong
murid-murid mempelajari prosedur-prosedur penyelesaian masalah.
Secara umum, terdapat empat prosedur seperti berikut:
1.

Pemahaman masalah;

2.

Merancang bagaimana masalah hendak diselesaikan;

3.

Menyelesaikan masalah;

4.

Melihat semula masalah dan penyelesaian.

Berikut dicadangkan beberapa panduan bagi pengajaran penyelesaian masalah:


i.

Hubungkan pengajaran guru dengan pengetahuan sedia ada murid dan


bantu murid mengaitkannya dengan apa yang akan mereka pelajari,
misalnya bagi membantu murid mempelajari fakta tentang bahagi, guru
perlu membantu murid mengaitkan hubungan darab dengan bahagi
Contoh :

2
6
3
6
ii.

+
-

3
3
3
2

=
=
=
-

6
2
6
2

3
6
2
6

+
-

2
2
2
3

=
=
+
=

6
3
2
3

Murid diajar untuk memahami konsep dan operasi dalam matematik bukan
mengingat atau menghafal.

iii.

Murid didedahkan dengan masalah yang berkaitan dengan kehidupan


seharian.

iv.

Masalah matematik berperkataan diajar serentak dengan kemahiran

mengira.
vi.

Fokuskan juga kepada membantu murid membina sikap positif terhadap


matematik.

vii.

Tunjukkan strategi yang boleh membantu murid berdikari.

Guru harus memilih masalah yang seronok dan realistik, yang mencabar keinginan untuk
tahu sambil tidak lupa masalah yang dipilih itu berkadar dengan pengetahuan murid. Guru
wajar berkongsi idea dengan rakan sejawat mengumpul masalah-masalah matematik yang
bagus.
7.4

MASALAH MATEMATIK

Isu-isu berkaitan kelemahan pelajar dalam menguasai konsep dan kemahiran matematik
sering diperkatakan. Dalam laporan analisis yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), prestasi matematik SPM 1993 menunjukkan
bahawa masih terdapat segolongan besar pelajar yang belum dapat menguasai konsep dan
kemahiran asas matematik(Azrul Fahmi Ismail & Marlina Ali, 2007). Dapatan ini menunjukkan
bahawa ramai murid-murid yang memasuki sekolah menengah arus perdana, masih belum
menguasai konsep dan kemahiran asas matematik. Ini bermakna murid-murid Pendidikan
Khas adalah lebih cenderong kepada isu tersebut disebabkan oleh limitasi organ deria
mereka dalam menguasai kemahiran tersebut.
Berikut adalah beberapa masalah pembelajaran matematik yang sering dihadapi oleh muridmurid pendidikan khas.
7.4.1

i.

Mengenal pasti bentuk, pola


Pranombor
Tidak dapat mengasingkan kumpulan mengikut bentuk, saiz, warna dan jenis
benda.

ii.

Tidak dapat membezakan kumpulan benda yang seakan-akan sama banyak.

iii.

Tidak tahu cara menyesuaikan satu-satu benda dalam kumpulan untuk


menentukan nilai sama banyak, kurang, lebih dan tidak sama banyak.

7.4.2

Penguasaan konsep nombor


Konsep Nilai Nombor

i.

Keliru tentang nilai dengan lambang nombor.

ii.

Menulis nombor terbalik.

iii.

Tidak faham simbol-simbol dalam matematik.

iv.

Keliru kedudukan rumah angka.

v.

Tidak dapat memahami penyusunan nombor yang bercampur-aduk mengikut


susunan menaik dan menurun.

7.4.3

Penguasaan operasi asas matematik


Operasi Tambah

i.

Masih keliru konsep tambah melalui penyatuan dua kumpulan .

ii.

Masih keliru tentang bahasa Matematik yang digunakan dalam operasi


tambah.

iii.

Tidak dapat memahami operasi tambah yang melibatkan 0 (sifar).

iv.

Tidak dapat menyelesaikan operasi tambah melibatkan pengumpulan semula.

Operasi Tolak

i.

Keliru tentang konsep tolak melalui pengasingan.

ii.

Keliru diantara bahasa tambah dan tolak .

iii.

Keliru apabila melibatkan mengumpul semula.

iv.

Kurang kefahaman tentang bahasa matematik dalam operasi tolak.

Operasi darab

i.

kanak-kanak keliru tentang lambang x.

ii.

Kanak-kanak tidak dapat memahami konsep darab yang sebenar.

iii.

Tidak dapat mendarab dengan betul kerana darab diperkenalkan secara


hafalan.

iv.

Tidak faham darab melibatkan 0 (sifar).

Operasi bahagi

i.

Tidak dapat memahami konsep bahagi dengan betul.

ii.

Sukar memahami konsep bahagi cara agihan apabila berjumpa dengan


nombor yang besar.

iii.

Tidak dapat mengaitkan operasi darab dengan bahagi.

iv.

Keliru kedudukan nombor dalam jawapan.

Nyatakan masalah-masalah lain yang dihadapi oleh murid pemulihan dalam pembelajaran
matematik?

7.5

CARA PENTAKSIRAN
7.5.1

Senarai semak

Untuk mentaksir aspek-aspek kemahiran matematik yang tertentu, guru boleh menyediakan
senarai semak bagi memantau perkembangan murid. Senarai sub-sub kemahiran boleh
disusun dalam bentuk jadual dan guru boleh menandakan tahap penguasaan sub kemahiran
tersebut samada murid-murid menguasai, tidak menguasai atau menguasai dengan bantuan.
Tarikh murid-murid menguasai kemahiran tersebut juga boleh dicatitkan di dalam ruangan
catatan bagi memboleh guru mengenalpasti murid yang paling cekap. Senarai semak boleh
digunakan untuk pelbagai aspek kemahiran matematik. Guru-guru yang menggunakan
analisis tugasan dalam mengajar sesuatu kemahiran matematik juga boleh membuat
transformasi analisis tugasan tersebut ke dalam bentuk senarai semak untuk tujuan
penilaian.
Contoh I :
a.

Analisis Tugasan- Kemahiran Pranombor


Warna
-

b.

mengenal warna
menamakan warna
mencantumkan kad warna
mengasingkan warna
mengasingkan warna dengan benda-benda
mewarna mengikut arahan yang diberi

Senarai semak Kemahiran Pranombor: Warna


Nama murid: -------------------------------------------------Tarikh penilaian: --------------- hingga -------------------Bil.

Pengkelasan- warna

1.

Dapat mengenal warna:


a. Merah

Catatan

b. Biru
c. Kuning
2.

3.
4.

Dapat mengasingkan warna:


a. Merah
b. Biru
c. Kuning
Dapat mengasingkan warna dengan
benda-benda
Dapat mewarna mengikut arahan
yang diberi

Skala:
1.Menguasai

2. Tidak Menguasai.

3. Menguasai dengan bantuan

Diubah suai drp. Modul 2 : Pentaksiran dan Penilaian dalam Masalah Pembelajaran KPLILPBS, 2005.

Contoh 2 :
Senarai semak keupayaan membilang dan memahami nilai nombor
Nama murid: -------------------------------------------------Tarikh penilaian: --------------- hingga -------------------Bil.

Keupayaan membilang dan


memahami nilai nombor

1.

Keupayaan menyatakan bilangan


objek secara lisan
Menulis kedudukan objek yang
dibilang atau menulis bilangan
objek keseluruhan
Menentukan nombor yang mewakili
bilangan objek keseluruhan

2.
3.
4.

Keupayaan memahami nilai nombor

5.

Memadankan
nombor
dengan
bilangan objek yang diberi
Menulis nombor mengikut urutan

6.

Catatan

Skala:
1. Menguasai
2. Tidak Menguasai.
3. Menguasai dengan bantuan
Diubah suai drp. Modul 2 : Pentaksiran dan Penilaian dalam Masalah Pembelajaran KPLILPBS, 2005.

7.5.2

Analisis Ralat

Analisis ralat atau analisis kesilapan bermaksud menganalisis kesilapan atau kesalahan yang
sering dilakukan oleh murid semasa melaksanakan tugasan atau latihan yang diberi.
Matlamat analisis ralat adalah untuk mengenal pasti corak atau paten kesilapan yang sering
dilakukan oleh murid. Walau bagaimanapun tidak semua corak kesilapan dapat dikenal pasti
dengan mudah kerana banyak kesalahan dilakukan secara serentak / pada masa yang
sama. Tambahan pula analisis kesilapan merupakan teknik pentaksiran yang subjektif yang
bergantung kepada kemampuan guru untuk membuat penilaian dan pertimbangan. Oleh itu
adalah baik jika analisis kesilapan digunakan sebagai panduan untuk pentaksiran lanjut /
seterusnya.
Bentuk kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid semasa membaca termasuklah :

Pengulangan kesilapan yang sama

Corak/paten kesilapan yang sama

Kesilapan yang tertentu sahaja/spesifiki

Langkah-langkah Pelaksanaan Analisis Ralat adalah seperti berikut :

Contoh:

Memberi skor / menyemak hasil kerja

Kenal pasti kesilapan

Mengasingkan kesilapan menurut kategori

Teliti kesilapan menyelesaikan operasi matematik di atas. lakukan analisis terhadap


kesilapan tersebut.

Berikut adalah beberapa contoh lain kesalahan yang melibatkan operasi asas
tambah, tolak, darab dan bahagi bagi memberi variasi kesilapan yang sering
dilakukan oleh murid pendidikan khas.
i.

Jumlah unit dan puluh ditulis tanpa mengambil kira nilai tempat

ii.

8
6
14

3
7
10

Semua digit dijumlah tanpa mengambira kira nilai tempat

2
5
8

3
4
6

.
iii.

Kumpul semula diguna di tempat tidak perlu


1
1

6
3
2

5
4
1
1

iv.

Kumpul semula di tambah secara salah dalam operai darab


2
X
2

4
5
0

7.5.3

Inventori Matematik Tidak Formal

Dalam kebanyakan pelajaran matematik, terdapat bahagian bagi kerja individu


atau dalam kumpulan kecil kerana tugasan, latihan atau aktiviti buku kerja. Ketika
murid-murid menyelesaikan tugasan yang diarahkan, guru boleh memerhati dan
menilai tingkah laku murid. Dengan mengelilingi bilik darjah guru boleh
memerhati murid-murid yang sedang bekerja, mendengar perbualan murid dan
memerhatikan cara mereka mencatat atau menyiapkan latihan. Kesilapan mereka
memahami sesuatu konsep matematik boleh difahami melalui perbincangan
mereka semasa menyiapkan tugasan tersebut. Koleksi tugasan juga boleh
dianalisa untuk melihat pola kesilapan yang sering dilakukan oleh murid tersbut.
Oleh itu guru-guru perlu mempertingkatkan kemahiran memerhati mereka.
7.5.4

Penyoalan klinikal

Guru tentu menyedari bahawa terdapat sebilangan murid yang mempunyai sikap
negatif terhadap matematik. Pengalaman berhadapan dengan kesalahan dan
kesukaran pemahaman matematik boleh mendorong murid tidak menggemari
matematik.

Penyoalan

klinikal

merupakan

satu

teknik

berkesan

untuk

mengenalpati perasaan negatif dan sikap murid terhadap matematik.Dengan


penyoalan klinikal ini juga seseorang guru dapat mengetahui secara mendalam
cara yang digunakan oleh seseorang murid untuk menyelesaikan masalah. Pada
asasnya, prosedur penyoalan klinikal adalah seperti berikut:
i.

Menguji murid dengan sesuatu masalah matematik.

ii.

Menggalakkan murid itu mencari penyelesaiannya dan menyatakan

secara
lisan proses pemikirannya.
iii.

Mencabar murid itu supaya menunjukkan peringkat tertinggi yang


mungkin mengenai pemahamannya.

iv.

Membuat catatan semasa penyoalan klinikal dijalankan. Mencatat


secara tepat mengenai percakapan murid adalah berguna. Rakaman
audio boleh juga digunakan.

v.

Berikan cabaran dengan mengemukakan soalan-soalan yang sesuai


misalnya: Pastikah jawapan anda ini betul?

vi.

Janganlah mengajar atau memberi jawapan bagi masalah atau

menggunakan tanda saranan.


Penyoalan klinikal ini sesuai digunakan bagi kes khas sebagai satu cara diagnosis
bagi murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.
7.5.5

Ujian Rujukan Kriteria

Ujian rujukan kriteria bertujuan membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria


tertentu. Kriteria yang digunakan tidak bermaksud kemahiran tertinggi yang perlu dikuasai
pelajar, tetapi lebih kepada kriteria yang ditetapkan oleh guru.Ujian rujukan kriteria
menentukan status pencapaian yang harus dicapai oleh seseorang murid supaya dikira
sebagai lulus. Ujian ini adalah terperinci dan mendalam dan tidak semestinya mempunyai
indeks diskriminasi yang tinggi. Berbeza dengan ujian rujukan norma, kriteria tertentu akan
ditetapkan terlebih dahulu. Contohnya sekiranya 50% adalah markah lulus, markah lulus ini
akan kekal walaupun ramai murid yang mendapat markah kurang daripada 50%.

Ciri-ciri / kriteria:

Berdasarkan standard / taraf prestasi (ditetapkan) utk tentu pencapaian tanpa

buat perbandingan dengan individu / kumpulan lain


Bertujuan untuk tentukan taraf pencapaian seseorang yang dikehendaki
dalam sesuatu bidang kemahiran & diadakan setelah sesuatu kemahiran

diajar.
Keputusan ujian dibandingkan dengan kriteria yang telah ditetapkan,

contohnya : sebagai peringkat pencapaian minimum.


Pelajar-pelajar hendaklah menjawab sekurang-kurangnya 4 daripada 5 soalan

dengan tepat.
Untuk menguji sebahagian kecil isi kandungan pelajaran, iaitu satu / beberapa

kemahiran yang telah diajar seperti kemahiran mambaca, menulis,mengira.


Tentukan sama ada pelajar berkenaan menguasai kemahiran dalam peringkat

yang dikehendaki atau tidak.


Digubal khusus untuk mendapatkan ukuran yang membolehkan kita membuat
tafsiran daripadanya tentang apa dan setakat mana domain tingkah laku

spesifik yang seseorang individu dapat lakukan;


Skor yang diperolehi daripada ujian jenis ini boleh dirujuk-balik
kategori tingkah laku yang spesifik;

kepada

Juga boleh digunakan (walaupun kurang berkesan) untuk membuat


perbandingan.

Contoh:
Ujian A
1. 3 + 4 =
2. 5 + 6 =
3. 15+7 =
4. + =
5. 9 x 6 =
6. x =
7. x1/5 =
8. 162 =
9. 185 =
10. 24 + 6 =

Ujian B
1. 1 + 3 =
2. 2 + 6 =
3. 4 + 5 =
4. 5 + 2 =
5. 3 + 3 =
6. 7 + 2 =
7. 2 + 3 =
8. 4 + 4 =
9. 3 + 4 =
10. 38 + 5 =

Ujian C
1. 2 + 5 =
2. 6 + 3 =
3. 4 + 5 =
4. 4 + 3 =
5. 6 + 5 =
6. 8 + 7 =
7. 4 + 9 =
8. 5 + 8 =
9. 12 + 9 =
10. 15 + 7 =

Contoh ujian diagnostik.

7.6

MATLAMAT PENTAKSIRAN

Seperti yang telah dibincangkan, pentaksiran di dalam matematik dijalankan untuk


mengetahui kefahaman murid-murid tentang fakta asas matematik supaya mereka dapat
mengaplikasikannya di dalam kemahiran matematik yang lebih tinggi serta kehidupan
seharian.

Maklumat pentaksiran boleh membantu guru untuk mengambil tindakan yang

seterusnya. Ini termasuklah menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dan


merancang intervensi yang akan dijalankan. Intervensi yang dilaksanakan berdasarkan
pentaksiran yang tepat boleh membantu mengatasi masalah pembelajaran matematik murid
pendidikan khas.

Bagi ujian

diagnostik matematik, guru yang menggubal

soalan hendaklah

mencadangkan skema pemarkahan dan digunakan dalam memeriksa kertas jawapan pelajar
supaya perbandingan yang sah dapat dijalankan antara pencapaian pelajar dalam item
secara keseluruhan.
Apabila guru menandakan sesuatu kertas ujian, guru perlulah cuba menandakan
kesilapan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Di samping itu guru hendaklah
membuat analisis secara individu dan secara berkumpulan untuk mengenalpasti kelemahankelemahan dan kekuatan pelajar bagi mengatur langkah-langkah yang wajar.
Antara matlamat pentaksiran matematik adalah seperti berikut:
7.6.1

Rumusan hasil pentaksiran

Melalui ujian yang telah dijalankan, guru dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran


yang belum dikuasai oleh murid-murid ini. Guru memeriksa kertas jawapan dan membuat
analisis daripada keputusannya. Apabila bidang kelemahan telah dikenalpasti, guru
merancang aktiviti pemulihan untuk murid-murid yang bermasalah.
7.6.2

Pengenalpastian Matlamat Pengajaran

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, guru boleh merancang aktiviti pemulihan
dengan tujuan menolong murid itu membetulkan kesalahannya dan seterusnya menguasai
kemahiran menolak dua digit dengan dua digit gandaan 10 tanpa sebarang kesilapan. Untuk
merancang aktiviti pemulihan dengan berkesan, guru harus mematuhi beberapa prinsip asas
pengajaran pemulihan matematik, iaitu :
i.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang


kelemahan yang telah dikesan.

ii.

Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak


daripada mudah kepada susah, mengikut kebolehan dan pengalaman murid.

iii.

Di dalam peringkat permulaan, pelbagai jenis alat bantu mengajar perlu


digunakan supaya membantu murid-murid memahami konsep yang diperlukan
untuk menguasai kemahiran.

iv.

Semua simbol dan istilah matematik harus dikaitkan dengan pengalaman


murid atau alat bantu mengajar, supaya murid itu dapat mengenal pasti
kesilapan yang telah dipelajari dahulu.

vi.

Latihan congak dan latihan

bertulis harus diadakan selepas aktiviti

pengajaran guru. Soalan-soalan yang diberikan harus daripada mudah


kepada

susah

mempelajari

demi

membina

matematik.

menggunakan
menyelesaikan

alat
masalah,

Pada

keyakinan
peringkat

bantu
tetapi

pada

murid

terhadap

permulaan,
mengajar

akhirnya,

murid

kebolehan

murid

boleh

untuk
harus

dapat

menyelesaikan masalah itu secara bertulis tanpa alat bantu mengajar.


vii.

Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis
dalam kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan masalah
matematik secara bertulis. Penilaian ini akan menetukan sama ada objektif
pengajaran pemulihan itu tercapai atau tidak.

7.6.3

Tindakan susulan- Rancangan Pengajaran Individu(RPI)


Merancang RPI

Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan


pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai. Rancangan
Pendidikan Individu ini mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan pencapaian sedia
ada bagi murid dan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang
terlibat dalam perancangan dan bagi murid dengan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif
ini dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan.
RPI juga menentukan penempatan pendidikan dan perkhidmatan yang diperlukan bagi
mencapai matlamat dan objektif. Di dalam RPI, dinyatakan juga tarikh perkhidmatan yang
diberi.

RPI perlu dibentuk bagi setiap murid dengan keperluan khas dalam tempoh 30 hari
ataupun satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidakupayaannya. Pembentukan RPI
perlu dilakukan sebelum penempatan sebenar dilakukan, dan sebelum murid menerima
sebarang perkhidmatan yang sesuai atau pun diberi pendidikan khas. Semua RPI perlu
disemak dan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali oleh jawatankuasa RPI tetapi ibubapa
dan guru dapat memohon supaya semakan dilakukan dengan lebih kerap.

Melaksanakan RPI

Pada peringkat permulaan RPI, jawatankuasa perlu melibatkan pihak yang terlibat
dalam aspek penilaian ataupun orang yang mempunyai pengetahuan dalam prosedur
penilaian yang dijalankan terhadap murid dengan keperluan khas.
Semakan bagi RPI perlu dilakukan dari semasa ke semasa apabila berlakunya
perubahan dalam perkhidmatan yang diberi, penambahan ataupun perubahan matlamat dan
objektif, penambahan ataupun penamatan perkhidmatan, penambahan ataupun perubahan
penempatan dan perubahan penyertaan murid dalam aktiviti pendidikan. Persetujuan ibu
bapa perlu diperolehi bagi sebarang perubahan, penamatan ataupun penambahan
perkhidmatan. Pencapaian semasa bagi murid adalah satu kenyataan bertulis yang
menerangkan berkenaan kekuatan, kelemahan dan stail pembelajaran murid dalam bidang
akademik, vokasional, sosial, tingkah laku, persepsi, fizikal, komunikasi, kemahiran urus diri.
Maklumat ini adalah maklumat terkini, disokong dengan data yang relevan daripada penilaian
formal dan informal serta pemerhatian. Semua data disertai dengan penerangan yang
menjelaskan fungsi murid.
Matlamat yang dinyatakan menggambarkan pengetahuan berkaitan fungsi semasa
murid dalam kemahiran, kemahiran seterusnya dan anggaran bagi kadar pembelajaran murid
itu.
Latihan 1

Nyatakan kepentingan pentaksiran matematik kepada murid pemulihan

Latihan 2

Sediakan analisis tugasan bagi melaksanakan ujian diagnostik bagi tajuk


penambahan 2 digit dalam lingkungan 10 sehingga selesai.

Latihan 3

Apakah kepentingan Rancangan Pengajaran Individu?


Rancang RPI bagi pengajaran matematik seorang murid pemulihan

You might also like