Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 53

http://onlyyoumylaw.weebly.com/topik-2-undang-undang-kontrak.

html
contoh kes
Topik 2: Undang-Undang Kontrak

UNDANG-UNDANG KONTRAK
PENGENALAN
Undang-undang kontrak di Malaysia secara dasarnya ditadbirkan dan dikuatkuasakan oleh Akta
Kontrak 1950 (AK 1950). Sekiranya timbul perkara-perkara baru mengenai kontrak yang tiada
peruntukan di bawah Akta tersebut, undang-undang Inggeris dibenarkan dirujuk melalui
penguatkuasaan S.5 Akta Undang-undang Sivil 1956.
S.2(h) AK1950: Suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah satu
kontrak.
PEMBENTUKAN KONTRAK
Kontrak boleh dibuat secara
1.
2.
3.

bertulis;
lisan; atau
disiratkan daripada perlakuan pihak-pihak yang terlibat

Elemen-elemen kontrak:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Tawaran
Penerimaan
Balasan
Niat
Keupayaan
Ketentuan
Kerelaan

1.

Tawaran

Definasi tawaran
S.2(a) AK 1950: Apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seorang yang lain untuk
melakukan atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud untuk memperolehi
persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri daripada berbuat sesuatu itu,
maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan.
Tawaran = Kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin suatu hubungan yang sah dan mengikat
di sisi undang-undang apabila terma-termanya, sama ada secara nyata ataupun termaklum,

dipersetujui oleh pihak penerima.


Kepada siapa tawaran boleh ditujukan?
Tawaran boleh ditujukan kepada
1.

Seseorang yang tertentu atau khusus

Penerimaan boleh dilakukan oleh orang itu sahaja dan tidak orang lain.

Kes: Boulton lwn Jones


Defendan telah membuat cadangan untuk membeli paip besi daripada seorang pihak ketiga
tanpa mengetahui bahawa pihak ketiga tersebut sudahpun menjual perniagaannya kepada
plaintif. Plaintif telah menghantar paip besi tersebut seperti yang diminta oleh defendan. Walau
bagaimanapun, defendan enggan menerima dan enggan membayar harga kesemua paip besi
itu.KM: Tidak wujud penerimaan oleh plaintif disebabkan cadangan tersebut telah ditujukan
khusus kepada pihak ketiga dan bukannya kepada plaintif.
2.

Umum atau khalayak ramai.

Penerimaan yang sah boleh dibuat oleh mana-mana orang yang mengetahui tentang
tawaran tersebut dan melaksanakan apa sahaja obligasi yang diminta oleh tawaran itu.

Kes: Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Co Ltd


Defendan adalah pengeluar sejenis ubat yang diberi nama The Carbolic Smoke Ball. Bagi
tujuan mempromosikan ubat tersebut, mereka telah menyiarkan iklan yang menawarkan 100
kepada sesiapa sahaja yang membeli dan memakan ubat tersebut tiga kali sehari selama dua
minggu, tetapi masih mengidap selsema. Untuk menunjukkan niat jujur mereka, mereka
mengatakan bahawa sejumlah wang 1000 telah dideposit dengan Alliance Bank. Plaintif, yang
telah membeli dan memakan ubat tersebut mengikut arahan yang diberikan tetapi masih tidak
sembuh, menuntut 100 seperti yang dijanjikan dalam iklan. Pihak defendan menafikan liabiliti
dengan mengatakan bahawa tidak wujudnya tawaran yang dibuat kepada mana-mana pihak
tertentu kerana tawaran itu tidak pasti kepada siapa ia ditujukan.
KM: Sesuatu tawaran boleh ditujukan kepada seluruh dunia. Niat sebenar bukanlah untuk
berkontrak dengan seluruh dunia tetapi dengan sesiapa sahaja yang tampil melaksanakan apa
jua perbuatan atau syarat yang diminta oleh tawaran tersebut. Plaintif dikatakan telah menerima
tawaran berkenaan apabila beliau membeli dan memakan ubat itu mengikut arahan yang telah
ditetapkan. Kontrak yang sah wujud antara beliau dengan pihak defendan.

Tawaran mesti jelas

Tawaran mestilah dibuat dengan jelas, lengkap, terperinci dan muktamad bagi mengelakkan
sebarang keraguan.
Sebarang pernyataan yang tidak mempunyai ciri-ciri tersebut tidak merupakan satu tawaran.

Kes: Guthing lwn Lynn


Lynn menawarkan untuk membeli kuda daripada Guthing dengan syarat jika kuda itu
mendatangkan nasib yang baik kepadanya, dia akan membuat bayaran tambahan kepada
Guthing, 5 lagi.
KM: Syarat tersebut terlalu kabur untuk dijadikan satu kontrak yang mengikat.
Tawaran mesti dikomunikasikan
Sesuatu tawaran itu adalah tidak sah melainkan telah diberitahu kepada bakal penerima tawaran
untuk memberi peluang kepadanya sama ada hendak menerimanya ataupun tidak.
S.9 AK 1950: Sesuatu tawaran boleh dibuat sama ada secara nyata atau tersirat.
S.3 AK 1950: Tawaran mesti dikomunikasikan kepada penerima janji.
S.4(1) AK 1950: Komunikasi cadangan adalah lengkap, apabila cadangan itu sampai ke
pengetahuan pihak kepada siapa cadangan itu dibuat.
Tawaran boleh dikomunikasikan secara
1.
2.
3.

lisan;
bertulis; atau
disiratkan daripada perbuatan pihak yang berkenaan

Kes: Taylor lwn Laird


Taylor telah meletak jawatan sebagai nakhoda kapal kepunyaan Laird semasa dalam pelayaran.
Dia kemudiannya telah membantu untuk terus mengemudikan kapal itu pulang dan menuntut
bayaran bagi kerjanya itu.
KM: Taylor telah gagal mengkomunikasikan tawarannya untuk memberi khidmatnya
mengemudikan kapal itu pulang dan Laird pula tidak diberi peluang sama ada untuk menerima
atau menolak tawaran Taylor itu. Dengan itu, tiada kontrak yang sah wujud.
PENAMATAN TAWARAN
Bilakah sesuatu tawaran itu akan tamat / berakhir?
Sesuatu tawaran akan berakhir
1.

Apabila pencadang membatalkan cadangan.

S.6(a) AK 1950: Sesuatu cadangan adalah dibatalkan dengan mengkomuniksikan notis


pembatalan oleh pencadang kepada pihak yang lain itu.
Pencadang boleh membatalkan cadangannya pada bila-bila masa sebelum sesuatu penerimaan
dibuat oleh penerima cadangan.
Kes: Routledge lwn Grant
Pada 18/3/1825, defendan telah membuat cadangan untuk membeli rumah plaintif. Defendan
memberi plaintif tempoh selama 6 minggu dari tarikh cadangan untuk menerima cadangan yang
dibuatnya. Pada 9/4/1825, defendan telah membatalkan cadangannya. Pada 29/4/1825, plaintif
telah membuat penerimaan kepada cadangan tersebut.
KM: Defendan boleh membatalkan cadangannya pada bila-bila masa selagi belum ada
penerimaan dibuat oleh plaintif.
Kes: Dickinson lwn Dodds
Pada 10 Jun, defendan membuat tawaran untuk menjual tanahnya kepada plaintif dan
memberitahunya bahawa tawaran tersebut terbuka sehingga pukul 9 pagi, 12 Jun (Jumaat).
Pada 11 Jun (Khamis), defendan membuat penjualan kepada T tanpa memberitahu plaintif.
Pada hari yang sama, plaintif telah diberitahu oleh pihak ketiga yang boleh dipercayai bahawa
defendan telah menjual tanah berkenaan kepada orang lain. Walaupun mengetahui hal ini,
defendan tetap membuat penerimaan pada 12 Jun (Jumaat).
KM: Penjualan tanah berkenaan kepada pihak lain merupakan pembatalan tawaran dan
pembatalan tersebut adalah efektif apabila ia dikomunikasikan oleh pihak ketiga yang boleh
dipercayai.
2.

Apabila luputnya waktu.

S.6(b) AK 1950: Sesuatu cadangan adalah dibatalkan dengan luputnya waktu yang telah
ditetapkan dalam cadangan itu mengenai penerimaannya, atau apabila waktu tidak ditetapkan
sedemikian, dengan luputnya waktu yang munasabah, tanpa komunikasi penerimaan itu.
Kes: Ramsgate Victoria Hotel Co Ltd lwn Montefiore
Pada 8/6/1864, defendan telah memohon untuk membeli saham milik syarikat plaintif dan dia
telah membayar deposit. Defendan tidak mendapat apa-apa berita selepas itu sehinggalah pada
tarikh 23/11/1864 apabila dia diberitahu bahawa saham-saham tersebut telah diperuntukkan
kepadanya dan diminta membayar baki harganya. Pada waktu itu, defendan sudah tidak lagi
mengkehendaki saham-saham tersebut.
KM: Tidak wujud kontrak di antara mereka kerana jangka masa antara Jun dan November
adalah terlalu lama untuk urus niaga saham. Oleh itu, penerimaan yang tidak dibuat dalam
jangka masa yang munasabah telah menjadikan cadangan tersebut batal.
3.

Apabila pihak penerima melanggar syarat terdahulu mengenai penerimaan.

S.6(c) AK 1950: Sesuatu cadangan adalah dibatalkan atas kemungkiran penerima untuk

memenuhi syarat terdahulu mengenai penerimaan.


Tawaran balas = Apabila pihak yang sepatutnya membuat penerimaan mengubah / meminda
terma-terma yang disebut dalam tawaran.
Tawaran balas memansuhkan tawaran asal.
Kes: Hyde lwn Wrench
Pada 6 Jun, defendan membuat tawaran kepada plaintif untuk menjual tanahnya dengan harga
1,000. Pada 27 Jun, plaintif bersetuju membeli tetapi dengan harga 950. Defendan telah
menolaknya. Pada 29 Jun, plaintif menyatakan persetujuan membeli tanah itu pada harga asal
iaitu 1,000. Defendan enggan menjualkannya kepada plaintif.
KM: Tiada kontrak yang sah wujud kerana apabila plaintif menyatakan persetujuan membeli
dengan harga 950, dia dianggap membuat tawaran balas yang membatalkan tawaran asal.
4.

Pencadang mati / sakit otak.

S.6(d) AK 1950: Sesuatu cadangan adalah dibatalkan atas kematian / sakit otak pencadang, jika
fakta kematian / sakit otak itu diketahui oleh penerima sebelum penerimaan.
Kes: Bradbury lwn Morgan
J.M. Leigh telah menulis sepucuk surat kepada plaintif meminta plaintif memberi hutang kepada
Henry Jones Leigh. Sebagai balasannya, J.M. Leigh memberi jaminan, bayaran berjumlah 100
akan dibayar kepada plaintif. J.M. Leigh kemudiannya meninggal dunia. Tanpa mengetahui fakta
kematian tersebut, plaintif meneruskan penghantaran barangan secara hutang kepada Henry
Jones Leigh. Setelah gagal menuntut jumlah hutang 100 tersebut, plaintif membuat tuntutan ke
atas defendan yang merupakan pewaris J.M. Leigh. Defendan menafi bertanggungan dan
menegaskan bahawa hutang dan kontrak tersebut dibuat selepas kematian J.M. Leigh.
KM: Jika kematian pencadang tidak diketahui oleh penerima cadangan, penerimaan masih boleh
dibuat dan berkesan bagi mewujudkan satu kontrak yang mengikat. Oleh itu, defendan
bertanggungan ke atas hutang tersebut.
.
Tawaran dibezakan dengan pelawaan untuk membuat tawaran
PELAWAAN MEMBUAT TAWARAN
Pelawaan tawaran = Ajakan / jemputan satu pihak kepada pihak lain supaya membuat tawaran.
Pelawaan tawaran merupakan langkah pertama di dalam rundingan yang dibuat di antara dua
pihak yang mungkin akan berkesudahan dengan satu cadangan yang seterusnya menjurus
kepada kontrak ataupun rundingan tersebut hanya berakhir setakat rundingan sahaja.
Contoh-contoh pelawaan tawaran
1.

Iklan

Kes: Harris lwn Nickerson

Nickerson, seorang jurulelong telah membuat iklan bahawa dia akan menjual barangan tertentu,
termasuklah perhiasan pejabat. Lelongan itu akan diadakan pada tarikh dan tempat tertentu.
Harris telah hadir pada hari yang ditetapkan itu dengan niat untuk membeli beberapa perhiasan
pejabat. Nickerson sebenarnya telah membatalkan perhiasan pejabat daripada jualan. Harris
telah menuntut ganti rugi daripada Nickerson kerana pelanggaran kontrak, dengan
menghujahkan bahawa iklan itu merupakan tawaran yang mana dia telah menerimanya dengan
menghadiri jualan tersebut.
KM: Iklan tersebut hanyalah pernyataan niat untuk mengadakan satu jualan lelong dan bukan
satu tawaran. Ia hanyalah pelawaan membuat tawaran.
2.

Pameran barang-barang di kedai layan diri

Kes: Pharmaceutical Society lwn Boots Cash Chemist of Great Britain (Southern)
Ltd
Barang jualan yang sudah sedia dibungkus dan diletakkan harga telah dipamerkan dalam
sebuah kedai layan diri. Penjualan barang-barang tersebut adalah dikawal di bawah Akta Ubatan
dan Racun 1933. Timbul persoalan pada masa bilakah berlakunya jualan dan adakah barangbarang yang dipamerkan dengan harga yang masih dilekatkan padanya merupakan satu
cadangan atau pelawaan cadangan.
KM: Pameran barang-barang adalah satu pelawaan sahaja yang mempelawa orang ramai
membuat tawaran untuk membelinya. Mana-mana pelanggan yang berminat membelinya akan
membuat cadangan di kaunter pembayaran. Maka, di kaunter pembayaran itulah wujudnya
cadangan yang boleh diterima atau ditolak oleh juruwang.

Kes: Fisher lwn Bell


Defendan, seorang peniaga yang menjual pisau telah mempamerkan pisau lipat di kedainya.
Defendan telah dituduh melanggar peruntukan S.1(1) Akta Sekatan Senjata Merbahaya 1959
kerana membuat tawaran menjual pisau lipat kepada umum.
KM: Tindakan defendan meletakkan pisau tersebut untuk dipamerkan di kedainya bukanlah
merupakan satu cadangan, tetapi ia hanya mempelawa pembeli untuk membuat cadangan
membeli kepada defendan.
3.

Tender

Kes: Spencer lwn Harding


Defendan mengeluarkan surat edaran tender bagi pembelian barangan tertentu. Tender yang
dikemukakan oleh plaintif adalah tawaran yang paling tinggi tetapi defendan tidak menerimanya.
KM: Defendan berhak menolak tawaran tersebut kerana tiada kontrak yang sah wujud.
Pengumuman tender hanyalah pelawaan untuk membuat tawaran.
4.

Jualan lelongan

Kes: M & J Frozen Food Sdn Bhd & Anor lwn Siland Sdn Bhd & Anor
Dalam kes jualan tanah yang dibuat secara lelongan awam, persoalan yang timbul ialah sama
ada satu kontrak telah terbentuk apabila pelelong menjatuhkan tukulnya?
KM: Menurut peruntukan yang terdapat dalam Kanun Tanah Negara 1965, jualan dengan cara
jatuhan tukul ini akan terbentuk apabila barangan yang dilelong tersebut sudah tidak lagi
dipelawa kepada mana-mana pembeli, di mana pada waktu itu, pembeli yang telah berjaya
dalam lelongan sudah terikat dengan tawarannya untuk membeli.
5.

Jualan melalui katalog / surat edaran

Kes: Grainger & Sons lwn Gough


KM: Katalog yang diedarkan oleh penerbit buku adalah satu pelawaan untuk membuat tawaran.
6.

Prospektus saham

Tawaran dibezakan dengan kenyataan awal / keterangan awal


Apabila seseorang meminta sebut harga daripada seseorang yang lain, maka sebut harga yang
diberikan oleh seseorang yang lain itu bukanlah satu tawaran. Ini semata-mata satu kenyataan
awal dan terpulanglah kepada seseorang itu sama ada ingin membuat tawaran membeli atau
tidak barang tersebut.
Kes: Harvey lwn Facey
Defendan telah menghantar telegram kepada plaintif bertanyakan sama ada plaintif setuju
menjual kepadanya Bumper Hall Pen dan meminta plaintif menyebut harga barang tersebut.
Plaintif menjawab dengan telegram dan menyatakan, Harga tunai paling rendah untuk Bumper
Hall Pen ialah 900. Defendan terus menghantar telegram kepada plaintif menyatakan
persetujuannya membeli barang tersebut dengan harga yang dinyatakan oleh plaintif.
KM: Apa yang dilakukan oleh plaintif itu bukanlah satu tawaran yang muktamad tetapi hanyalah
satu sebut harga sahaja.

2.

Penerimaan

S.2(b) AK 1950: Apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan
dengan cadangan itu, maka bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima. Sesuatu
cadangan, apabila diterima, adalah menjadi janji.
Penerimaan = Tanda kesediaan seseorang yang telah menerima cadangan untuk menjalin suatu
hubungan kontrak dengan pihak yang membuat cadangan.
S.3 AK 1950: Penerimaan mestilah dikomunikasikan kepada pencadang.Komunikasi
penerimaan boleh dibuat sama ada secara
i.
ii.
iii.
iv.

lisan;
bertulis;
kelakuan atau
gabungan kaedah-kaedah di atas

Komunikasi penerimaan menurut kaedah am (penerimaan secara serta merta / segera)


Suatu penerimaan adalah dianggap lengkap terhadap pencadang apabila penerimaan itu
diketahui oleh pencadang.
Prinsip ini terpakai untuk penerimaan yang dibuat oleh pihak-pihak yang hadir, telefon, teleks
atau faks.

Syarat-syarat penerimaan
1.
S.7(a) AK 1950 : Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai suatu janji, maka
penerimaan itu mestilah mutlak dan tidak bersyarat.
Tawaran balas = Apabila pihak yang sepatutnya membuat penerimaan mengubah / meminda
terma-terma yang disebut dalam tawaran.
Tawaran balas memansuhkan tawaran asal.
Kes: Hyde lwn Wrench
Pada 6 Jun, defendan membuat tawaran kepada plaintif untuk menjual tanahnya dengan harga
1,000. Pada 27 Jun, plaintif bersetuju membeli tetapi dengan harga 950. Defendan telah
menolaknya. Pada 29 Jun, plaintif menyatakan persetujuan membeli tanah itu pada harga asal
iaitu 1,000. Defendan enggan menjualkannya kepada plaintif.
KM: Tiada kontrak yang sah wujud kerana apabila plaintif menyatakan persetujuan membeli
dengan harga 950, dia dianggap membuat tawaran balas yang membatalkan tawaran asal.
2.
S.7(b) AK 1950: Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai suatu janji, maka
penerimaan itu mestilah dinyatakan secara biasa dan munasabah, melainkan jika cadangan itu
menetapkan cara penerimaan. Jika cadangan itu menetapkan cara penerimaannya, dan

penerimaan itu tidak dibuat menurut cara yang ditetapkan itu, maka pencadang, dalam tempoh
yang munasabah sesudah penerimaan itu dikomunikasikan kepadanya, boleh menegaskan
bahawa cadangan itu hendaklah diterima menurut cara yang telah ditetapkan dan tidak
sebaliknya. Tetapi, jika dia mungkir berbuat demikian, maka, dia adalah menerima penerimaan
itu.

Kes: Weatherby lwn Banham


KM: Seorang pembaca majalah yang terus membaca dan menerima langganan majalah
walaupun tempoh langganan sudah berakhir jelas menunjukkan bahawa beliau telah membuat
satu penerimaan terhadap langganan tersebut. Perbuatan membaca dan menerima langganan
menunjukkan penerimaan yang dibuat dengan cara yang biasa dan munasabah.
Pencadang boleh menetapkan cara-cara penerimaan mesti dilakukan. Sekiranya cara
penerimaan ditetapkan, penerima cadangan mestilah menyatakan penerimaannya dengan cara
sedemikian. Penerimaan dengan cara selain daripada yang ditetapkan dalam cadangan tidak
akan mengikat pencadang.
Bolehkah diam dianggap satu penerimaan?
S.3 AK 1950: Penerimaan mestilah dikomunikasikan kepada pencadang.
S.7(b) AK 1950: Untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai suatu janji, maka penerimaan
itu mestilah dinyatakan secara biasa dan munasabah.
Berdiam diri bukanlah satu cara yang biasa dan munasabah bagi menunjukkan satu penerimaan
dan pencadang tidak akan terikat dengan penerima yang tidak melakukan sebarang cara yang
menunjukkan penerimaannya.
Kes: Felthouse lwn Bindley
Defendan adalah seorang pelelong yang ditugaskan menjual sebahagian harta dan ternakan
ladang kepunyaan John Felthouse. Plaintif (bapa saudara John Felthouse) berminat membeli
seekor kuda yang dijadualkan untuk dijual. Pada 2 Februari, dia telah menulis sepucuk surat
kepada John Felthouse menyatakan bahawa dia bersedia membeli kuda itu dengan harga 30
15 syiling. Di dalam surat tersebut, dia menyatakan, Jika saya tidak mendengar sebarang berita
mengenai kuda itu, saya menganggap ia adalah milik saya dengan harga 30 15 syiling. John
Felthouse tidak menjawab surat itu tetapi defendan telah diarahkan oleh John Felthouse untuk
menarik balik penjualan kuda tersebut. Kesilapan telah berlaku dan pada 25 Februari, kuda
berkenaan telah dijual oleh defendan. Plaintif membuat tuntutan terhadap defendan.
KM: Walaupun telah ada niat menerima dan menjual kuda tersebut pada harga itu, tetapi sikap
berdiam diri bukanlah merupakan suatu penerimaan. Oleh itu, kontrak tidak wujud di antara
plaintif dengan John Felthouse.
Kes: Powell lwn lee
Powell telah membuat permohonan kepada satu jawatankuasa pengurus sekolah bagi jawatan

guru besar di sebuah sekolah. Jawatankuasa itu telah membuat keputusan untuk melantik
Powell, tetapi tidak memberitahu Powell mengenai keputusan tersebut. Salah seorang ahli
jawatankuasa itu, tanpa kebenaran, telah memberitahu Powell bahawa dia telah dipilih sebagai
guru besar. Jawatankuasa itu kemudiannya telah menukar fikiran dan melantik orang lain. Powell
mendakwa telah berlaku pelanggaran kontrak
KM: Tidak wujud kontrak kerana jawatankuasa itu tidak mengkomunikasikan penerimaannya
kepada Powell.
Pembatalan penerimaan
S.3 AK 1950: Pembatalan penerimaan mestilah dikomunikasikan kepada pencadang.
i.

Pembatalan penerimaan secara serta merta / segera

Sekiranya cara serta merta digunakan untuk membuat penerimaan, maka penerima tidak boleh
membatalkan penerimaannya kerana ia telah dikomunikasikan kepada pembuat tawaran.Jika
dibatalkan juga, kesannya adalah melanggar kontrak kerana kontrak telah terbentuk.

Pengecualian kepada kaedah am


PENERIMAAN MELALUI POS
i.

Penerimaan secara pos

ii.
S.4(1) AK 1950: Komunikasi cadangan adalah lengkap, apabila cadangan itu sampai
ke pengetahuan pihak kepada siapa cadangan itu dibuat.
1. Komunikasi Penerimaan
S.4(2)(a) AK 1950: Komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap pencadang, apabila
komunikasi penerimaan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepadanya, di
mana ianya berada di luar kuasa penerima.
Bagi penerimaan yang dibuat secara pos, sebaik sahaja surat penerimaan diposkan,
penerimaan tersebut adalah lengkap mengikat pencadang.
Jika penerima dapat membuktikan pengeposan surat tersebut, maka pencadang adalah terikat
untuk berkontrak dengannya walaupun surat tersebut hilang dalam perjalanan ataupun tidak
sampai kepada pencadang.
S.4(2)(b) AK 1950: Komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap penerima, apabila
komunikasi penerimaan itu telah sampai kepada pengetahuan pencadang.
Kes: Byrne & Co lwn Leon Van Tienhoven & Co
Pada 1 Oktober, defendan membuat tawaran melalui surat untuk menjual bijih timah kepada
plaintif. Defendan kemudiannya membatalkan tawaran tersebut dan surat pembatalan tawaran
berkenaan telah dipos kepada plaintif pada 8 Oktober. Pada 11 Oktober, plaintif yang belum lagi

menerima surat pembatalan tawaran oleh defendan, telah membuat penerimaan secara pos.
Hanya pada 20 Oktober, plaintif menerima surat pembatalan tersebut.
KM: Pembatalan yang dibuat oleh defendan adalah tidak efektif kerana ia hanya sampai kepada
plaintif selepas penerimaan dibuat. Kontrak wujud pada 11 Oktober apabila plaintif mengepos
penerimaannya.
Kes: Adam lwn Lindsell
Pada 2/9/1817, defendan telah membuat cadangan untuk menjual bulu kambing kepada plaintif
berdasarkan terma-terma yang telah dipersetujui dan meminta jawapan dibuat melalui pos. Surat
tawaran tersebut diterima oleh plaintif pada 5/9/1817. Surat penerimaan diposkan oleh plaintif
pada 5/9/1817 dan tiba kepada defendan pada 9/9/1817. Pada 8/9/1817, defendan telah menjual
bulu kambing tersebut kepada pihak ketiga.
KM: Kontrak telahpun terbentuk di antara plaintif dan defendan sebaik sahaja surat penerimaan
diposkan pada 5/9/1817.
Entores Ltd. lwn Miles Far East Corporation
Hakim Denning: Apabila sesuatu kontrak dibuat dengan cara pos, adalah jelas di dalam
prinsip common law bahawa penerimaan tersebut menjadi lengkap dan sempurna sebaik sahaja
surat penerimaan dimasukkan ke dalam peti pos dan disitulah kontrak dibuat.
Kes: Ignatius lwn Bell
Kedua-dua pihak telah bersetuju menggunakan perkhidmatan pos sebagai media komunikasi.
Defendan telah membuat tawaran untuk menjual tanahnya kepada plaintif di mana tawaran itu
terbuka sehingga 20 Ogos. Plaintif menerima tawaran tersebut dan menghantar notis
penerimaan melalui pos pada 16 Ogos. Walau bagaimanapun, notis tersebut hanya sampai
kepada defendan pada 25 Ogos.
KM: Komunikasi penerimaan adalah lengkap apabila notis tersebut diposkan pada 16 Ogos
walaupun defendan tidak mengetahui tentang penerimaan tersebut.

Pembatalan tawaran secara pos:


S.5(1) AK 1950: Sesuatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi
penerimaannya adalah lengkap terhadap pencadang, tetapi tidak selepasnya.
S.4(2)(a) AK 1950: Komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap pencadang, apabila
komunikasi penerimaan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepadanya, di
mana ianya berada di luar kuasa penerima.
Pencadang boleh membatalkan cadangan yang dibuat sebelum S.4(2)(a) AK
1950 berkuatkuasa.
S5(2) AK 1950: Sesuatu penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi
penerimaannya adalah lengkap terhadap penerima, tetapi tidak selepasnya.

S.4(2)(b) AK 1950: Komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap penerima, apabila


komunikasi penerimaan itu telah sampai kepada pengetahuan pencadang.
Pembatalan berkesan:
S.4(3)(a) AK 1950: Komunikasi pembatalan adalah lengkap terhadap orang yang membuat
pembatalan, apabila komunikasi pembatalan itu telah dimasukkan ke dalam perjalanan
pengiriman kepada siapa pembatalan itu dibuat, di mana ianya berada di luar kuasa orang yang
membuatnya.
S.4(3)(b) AK 1950: Komunikasi pembatalan adalah lengkap terhadap orang kepada siapa yang
ianya dibuat, apabila pembatalan itu sampai kepada pengetahuan.
Pembatalan cadangan adalah efektif terhadap pencadang apabila surat pembatalan cadangan
diposkan.
Pembatalan cadangan adalah efektif terhadap penerima cadangan apabila surat pembatalan itu
sampai kepada pengetahuannya.
Pembatalan tawaran hanya efektif apabila surat pembatalan tawaran sampai kepada
pengetahuan pihak yang akan membuat penerimaan dan bukannya dari saat surat pembatalan
itu dipos.

ii.

Penerimaan dengan penunaian syarat

S.8 AK 1950: Penunaian syarat-syarat sesuatu cadangan adalah penerimaan cadangan itu.
Penerima tawaran tidak perlu memberitahu penerimaannya kepada pembuat tawaran.
Penerimaan dianggap wujud apabila penerima melaksanakan syarat-syarat yang dikehendaki
dalam tawaran.

Kes: Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Co Ltd


Defendan adalah pengeluar sejenis ubat yang diberi nama The Carbolic Smoke Ball. Bagi
tujuan mempromosikan ubat tersebut, mereka telah menyiarkan iklan yang menawarkan 100
kepada sesiapa sahaja yang membeli dan memakan ubat tersebut tiga kali sehari selama dua
minggu, tetapi masih mengidap selsema. Untuk menunjukkan niat jujur mereka, mereka
mengatakan bahawa sejumlah wang 1000 telah dideposit dengan Alliance Bank. Plaintif, yang
telah membeli dan memakan ubat tersebut mengikut arahan yang diberikan tetapi masih tidak
sembuh, menuntut 100 seperti yang dijanjikan dalam iklan. Pihak defendan menafikan liabiliti
dengan mengatakan bahawa tidak wujudnya tawaran yang dibuat kepada mana-mana pihak
tertentu kerana tawaran itu tidak pasti kepada siapa ia ditujukan.
KM: Sesuatu tawaran boleh ditujukan kepada seluruh dunia. Niat sebenar bukanlah untuk
berkontrak dengan seluruh dunia tetapi dengan sesiapa sahaja yang tampil melaksanakan apa
jua perbuatan atau syarat yang diminta oleh tawaran tersebut. Plaintif dikatakan telah menerima
tawaran berkenaan apabila beliau membeli dan memakan ubat itu mengikut arahan yang telah

ditetapkan. Kontrak yang sah wujud antara beliau dengan pihak defendan.

3.

Balasan

S.2(d) AK 1950: Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang
telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan
diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.
Balasan = Sesuatu yang mempunyai nilai di sisi undang-undang dan ia menjadi asas kepada
persetujuan yang dicapai

Apakah kesannya satu penerimaan yang dibuat tanpa mengetahui kewujudan tawaran?
Penerimaan yang dibuat dengan tidak mengetahui akan cadangannya akan menjadikan
penerimaan tersebut tidak sah menurut undang-undang.
Balasan mestilah mempunyai unsur timbal balik iaitu pihak-pihak yang berkontrak mestilah
mempunyai balasan masing-masing.
Jenis-jenis balasan
1.

Balasan eksekutori

= Balasan / janji yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan.


Contoh:
Romi bersetuju untuk menjualkan motosikalnya kepada Zuma dan Zuma berjanji akan
membayar RM3,000 apabila Romi menghantar motosikal tersebut kepadanya. Janji keduaduanya belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan pada masa akan datang. Pada masa
berlaku pertukaran kedua-dua janji tersebut, satu kontrak yang sah telah wujud walaupun yang
bertukar hanyalah janji-janji.
2.

Balasan tersempurna

= Janji / balasan yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum janji / balasan pihak yang
satu lagi dilaksanakan.
Apabila perbuatan yang merupakan balasan itu telah sempurna dilakukan, balasan tersebut
disifatkan sebagai tersempurna.
Contoh:
Umi berjanji akan memberikan hadiah RM200 kepada sesiapa yang memulangkan dompetnya
yang hilang. Didi menjumpai dompet tersebut dan memulangkannya kepada Umi. Tindakan Didi
memulangkan dompet itu adalah satu balasan tersempurna di pihak Didi dan Umi perlu
mengotakan janjinya untuk membayar RM200.

3.

Balasan lepas / lampau

= Balasan / perbuatan yang sudahpun dilakukan sebelum janji pihak yang satu lagi dibuat
Contoh:
Vee telah menyelamatkan Jee daripada dilanggar oleh sebuah kereta. Jee kemudiannya berjanji
akan memberikan Vee sebuah televisyen sebagai ganjaran. Perbuatan Vee menyelamatkan Jee
adalah balasan lampau kerana ianya sudahpun dilakukan sebelum Jee membuat janji.

Peraturan berkenaan balasan


1.

Balasan tidak perlu mencukupi / memadai

Huraian 2 S.26 AK 1950: Sesuatu perjanjian di mana persetujuan pembuat janji diberi secara
bebas tidaklah batal semata-mata kerana balasan itu tidak memadai, tetapi ketakberpadaannya
balasan itu boleh dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menentukan persoalan sama ada
persetujuan pembuat janji itu diberi secara bebas.
Balasan dalam sesuatu kontrak itu tidaklah perlu memadai bagi janji yang diberikan, tetapi ia
haruslah mempunyai nilai di mata undang-undang.
Jika perjanjian dicapai secara bebas, maka kecukupan harga itu tidak penting kepada
kewujudan kontrak yang mengikat.

Kes: Phang Swee Kim lwn Beh I Hock


Responden telah bersetuju secara lisan untuk memindah hak milik tanah kepada perayu dengan
harga RM500. Walau bagaimanapun, responden kemudiannya enggan memindah hak milik
tanah tersebut atas alasan bahawa kontrak tersebut tidak boleh dikuatkuasakan sebagai satu
kontrak yang sah disebabkan ketakberpadaan balasan.
KM: Kegagalan responden membuktikan bahawa kerelaannya tidak diberi secara bebas
menjadikan kontrak tersebut sah walaupun balasan yang diberikan tidak berpada.
2.

Balasan tidak semestinya datang daripada penerima janji

i.

Akta Kontrak 1950

S.2(d) AK 1950: Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang
telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan
diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.
Perkataan siapa sahaja menunjukkan bahawa balasan boleh diberi bukan sahaja oleh penerima
janji, bahkan siapa sahaja yang tiada kaitan dengan kontrak tersebut.

Kes: Venkata Chinnaya lwn Verikatara Maya


Seorang kakak bersetuju untuk memberi bayaran anuiti berjumlah Rs653 kepada adik-adik
lelakinya yang tidak memberikan apa-apa balasan kepada janji kakak mereka itu. Pada hari
yang sama, ibu mereka telah memberikan kepada si kakak beberapa bidang tanah dan
menyatakan bahawa kakak mestilah membayar anuiti tersebut. Kakak tersebut kemudiannya
telah didakwa oleh adik-adiknya kerana dia gagal membayar.
KM: Kakak tersebut mesti menunaikan janjinya walaupun balasan datang daripada ibu mereka
dan bukan daripada adik-adiknya.

ii.Undang-undang Inggeris
Balasan mesti datang daripada penerima janji itu sendiri dan bukannya daripada orang lain.
Kes: Price lwn Easton
William Price berhutang dengan John Price (plaintif) sebanyak 13. William Price bersetuju untuk
bekerja dengan Easton (defendan) di mana Easton bersetuju menggunakan wang gaji William
Price bagi menjelaskan hutang William Price kepada John Price. Walaupun William Price bekerja
untuknya, Easton tidak menjelaskan hutang William Price kepada John Price.
KM: John Price tidak boleh menyaman Easton untuk mendapatkan wang gaji William Price
memandangkan ketiadaan balasan daripada John Price dan dengan itu tiada kontrak yang boleh
dikatakan mengikat mereka.
3.

Balasan mestilah balasan yang sah

Bagi membolehkan sesuatu kontrak itu berupaya dikuatkuasakan di mahkamah, balasan yang
terdapat dalam kontrak itu mestilah sah.
Mana-mana kontrak yang mana balasannya tidak sah adalah dianggap batal.
S.24 AK 1950: Balasan / tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

dilarang oleh undang-undang;


bersifat mengecewakan peruntukan undang-undang;
merupakan frod;
mendatangkan atau melibatkan bencana kepada diri atau harta orang lain; atau
tidak bermoral atau bertentangan dengan muslihat awam.

4.

Balasan mestilah mempunyai nilai

Sesuatu balasan itu adalah memadai jika ia mempunyai nilai walaupun sedikit.Balasan tidak
wujud jika satu pihak melaksanakan perbuatan yang merupakan pelaksanaan tanggungjawab
yang sedia wujud.
Kes: Collins lwn Godefroy

Collins telah hadir ke mahkamah setelah disapina untuk memberi keterangan berkenaan satu
kes. Godefroy telah menjanjikan 6 guineas kepada Collins jika dia hadir dan memberi
keterangan di mahkamah atas pengorbanan masa kerjanya.
KM: Collins tidak memberikan apa-apa balasan kerana dia bertanggungjawab di bawah undangundang untuk menghadiri perbicaraan itu kerana telah disapina untuk memberikan keterangan.
Godefroy tidak terikat untuk memberikan wang yang telah dijanjikannya.
Kes: Stilk lwn Myrick
Seorang kapten kapal telah berjanji dengan anak kapalnya bahawa, jika mereka berkongsi
dalam melakukan kerja dua orang anak kapal yang telah melarikan diri dan melayar balik kapal
mereka ke London, maka upah anak kapal yang telah melarikan diri itu akan diagihkan antara
mereka. Kapten itu, walau bagaimanapun enggan menguatkuasakan janjinya.
KM: Tuntutan plaintif untuk mendapatkan bayaran lebih yang dijanjikan gagal memandangkan
plaintif sebenarnya bertanggungjawab di bawah satu kontrak sedia ada untuk membawa kapal
itu balik ke London. Janji itu tidak mengikat kerana anak kapal itu tidak memberi balasan.
Balasan wujud sekiranya satu pihak menjalankan lebih daripada apa yang dia terikat untuk
melakukan.
5.

Balasan tidak boleh samar-samar / kabur

Kes: Scammel & Nephew lwn Ouston


Ouston memesan sebuah van daripada S dan menganggap baki harga belian van itu boleh
dibayar secara sewa beli untuk tempoh 2 tahun.
KM: Pesanan (tawaran) itu terlalu kabur dan tiada makna yang sahih.
6.

Balasan mestilah boleh dilaksanakan

Suatu janji untuk melakukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan, tidak mewujudkan balasan.
Balasan lampau
Balasan lampau = Balasan / perbuatan yang sudahpun dilakukan sebelum janji pihak yang satu
lagi dibuat.
Balasan lampau menurut undang-undang Inggeris
Kaedah am: Balasan lampau tidak boleh dianggap sebagai balasan yang sah.
Kes: Re McArdle
M dan isterinya tinggal di dalam sebuah rumah pusaka peninggalan bapa M. Selain daripada M,
abang-abang dan kakak-kakaknya juga mempunyai hak ke atas rumah tersebut. Semasa ibu M
masih hidup, isteri M telah membuat pelbagai kerja baik pulih ke atas rumah tersebut yang
keseluruhannya bernilai 488. Defendan (kakak-kakak dan abang-abang M) telah berjanji secara
bertulis untuk membayar pampasan kepada plaintif (isteri M).

KM: Perjanjian tersebut adalah tidak sah memandangkan balasan daripada isteri M merupakan
balasan lampau.
Pengecualian: Jika tindakan yang dilakukan oleh penerima janji itu adalah pada asalnya atas
kehendak pembuat janji, maka ia akan menjadi balasan yang sah dan bernilai.
Balasan lampau menurut Akta Kontrak 1950
Balasan lampau adalah balasan yang sah.
S.2(d) AK 1950: Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang
telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan
diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu. S.2(d) merujuk kepada perbuatan yang
telah dilakukan atas kehendak pembuat janji sebelum sesuatu janji itu dibuat.
Perkataan telah di dalam S.2(d) menunjukkan bahawa walaupun sesuatu tindakan itu dilakukan
sebelum sesuatu janji diucapkan, tindakan itu boleh menjadi balasan yang sah jika ia
dilakukan atas kehendak pembuat janji.
Kes: Lampleigh lwn Brathwait
Defendan yang telah dijatuhi hukuman mati, meminta bantuan plaintif untuk mendapatkan
pengampunan daripada raja atas kesalahan yang telah dia lakukan. Plaintif berusaha sedaya
upayanya, berulang alik dari New Market ke London dengan belanjanya sendiri dan akhirnya
berjaya memperoleh pengampunan bagi defendan. Defendan kemudiannya berjanji akan
membayar 100 kepada plaintif, tetapi gagal membayar. Plaintif menyaman defendan.
KM: Walaupun janji itu dibuat berdasarkan kepada balasan lampau daripada plaintif, tetapi
kerana perbuatan itu dilakukan atas kehendak defendan, maka wujud kontrak yang sah.
Defendan terikat untuk menunaikan janjinya itu.
Kes: Kepong Prospecting Ltd & Ors lwn A.E. Schmidt & Majorie Schmidt
Schmidt telah membantu menubuhkan Syarikat Kepong Prospecting Ltd dan telah dilantik
sebagai Pengarah Urusan. Selepas penubuhan syarikat, satu perjanjian telah dibuat di mana
syarikat bersetuju membayar Schmidt, 1% daripada harga jualan semua bijih yang didapati
daripada lombong tersebut sebagai balasan kepada segala khidmat yang telah diberikan oleh
Schmidt bagi pihak dan atas nama syarikat sebelum dan selepas penubuhannya dan bagi
khidmat-khidmat yang akan datang. Tidak lama selepas itu, perselisihan berlaku dan Schmidt
membuat tuntutan berdasarkan perjanjian tersebut.
KM: Tiada khidmat yang boleh diberi kepada syarikat yang belum ditubuhkan dan syarikat tidak
terikat untuk membayar khidmat yang diberi sebelum tarikh penubuhannya. Namun begitu, bagi
khidmat yang dilakukan selepas penubuhan syarikat tetapi sebelum perjanjian dibuat boleh
menjadi balasan yang sah walaupun hal itu adalah perbuatan yang telah lepas.
S.26(b) AK 1950: Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal, kecuali ianya
suatu janji untuk memampas, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, kepada
seseorang yang telah berbuat sesuatu secara sukarela untuk pembuat janji atau berbuat

sesuatu yang pembuat janji boleh dipaksa di sisi undang-undang untuk


membuat.
S.26(b) merujuk kepada perbuatan yang telah dilakukan secara sukarela sebelum sesuatu janji
itu dibuat.
Kes: JM Wotherspoon & Co Ltd lwn Henry Agency House
Hakim Suffian memakai makna yang diberikan dalam Shorter Oxford Dictionary iaitu sukarela
bermaksud perbuatan yang dilakukan dengan kerelaan seseorang, atas pilihan dan kehendak
sendiri.
Keesahan kontrak tanpa balasan
Kaedah am:
S.26 AK 1950: Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal.
Pengecualian:
Terdapat beberapa kontrak yang sungguhpun tidak mempunyai balasan, tetapi masih boleh
dianggap sebagai kontrak yang sah.
1.

Perjanjian atas dasar kasih sayang.

S.26(a) AK 1950: Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal, kecuali ianya
dinyatakan secara bertulis dan didaftarkan menurut undang-undang (jika ada) yang pada masa
itu berkuatkuasa untuk pendaftaran dokumen sedemikian, dan dibuat berdasarkan atas kasih
sayang semulajadi antara pihak-pihak yang ada hubungan karib antara satu sama lain.
Syarat-syarat perjanjian atas dasar kasih sayang:
i.
Perjanjian dibuat secara bertulis;
ii.
Perjanjian itu didaftarkan menurut undang-undang (jika ada) yang ada pada masa itu
berkuatkuasa untuk pendaftaran dokumen sedemikian; dan
iii.
Dibuat atas dasar kasih sayang semulajadi antara pihak-pihak yang mempunyai
hubungan karib.

Kes: Re Tan Soh Sim


Sebelum Tan meninggal dunia, dia telah menyatakan niatnya untuk menyerahkan hartanya
kepada 4 orang anak angkatnya. Dia turut meninggalkan 10 orang waris yang telah membuat
perjanjian menyatakan kesediaan mereka melepaskan harta berkenaan kepada keempat-empat
anak angkat tersebut yang merupakan anak-anak saudara angkat mereka.
KM: Perkataan hubungan dan karib mestilah ditafsirkan berdasarkan kepercayaan dan
kebudayaan serta hal keadaan setiap kes yang terlibat. Bapa-bapa dan ibu-ibu saudara tersebut
tidak mempunyai hubungan karib dengan anak-anak saudara angkat mereka. Perjanjian

tersebut adalah batal.


2.

Janji untuk memberi pampasan tindakan sukarela yang telah lepas.

S.26(b) AK 1950: Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal, kecuali ianya
suatu janji untuk memampas, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, kepada
seseorang yang telah berbuat sesuatu secara sukarela untuk pembuat janji atau berbuat
sesuatu yang pembuat janji boleh dipaksa di sisi undang-undang untuk membuat.
`

Kes: JM Wotherspoon & Co Ltd lwn Henry Agency House

Hakim Suffian memakai makna yang diberikan dalam Shorter Oxford Dictionary iaitu sukarela
bermaksud perbuatan yang dilakukan dengan kerelaan seseorang, atas pilihan dan kehendak
sendiri
3.

Janji untuk membayar hutang yang terhalang oleh had masa.

S.26(c) AK 1950: Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal, kecuali ianya
sesuatu janji, yang dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang menanggungnya,
atau oleh agennya, yang diberi kuasa secara am atau khusus untuk maksud itu, supaya
membayar keseluruhan atau sebahagian daripada sesuatu hutang, yang pembayarannya boleh
dikuatkuasakan oleh pemiutang seandainya tidak ada undang-undang mengenai batasan
guaman.
Hutang yang terhalang oleh had masa = Hutang yang tidak boleh dituntut melalui tindakan
undang-undang kerana telah luput waktu tuntutannya.
Menurut Akta Had Masa 1953 (yang terpakai untuk Semenanjung Malaysia), had masa bagi
suatu tindakan dalam kontrak adalah 6 tahun dari tarikh timbulnya kausa (sebab) tindakan.
Pihak yang terkilan di dalam sesuatu kontrak, boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap pihak
yang melakukan pelanggaran kontrak dalam tempoh 6 tahun dari tarikh timbulnya kausa (sebab)
tindakan.
Pihak yang terkilan tidak berhak menuntut sekiranya tempoh 6 tahun itu telah berakhir.
Walau bagaimanapun, pihak yang terkilan berhak menuntut, walaupun tempoh 6 tahun itu telah
berakhir, sekiranya
i.
pihak penghutang telah membuat satu janji baru untuk membayar hutang yang
terhalang oleh had masa itu; dan
ii.
janji tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani orang yang menanggungnya,
atau oleh agennya yang diberi kuasa untuk berbuat demikian.
4.

Niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang

Niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang = Kesediaan setiap pihak untuk
menerima kesan dari segi undang-undang sekiranya mana-mana pihak gagal untuk
melaksanakan kontraknya.

Balfour lvn Balfour


Si suami merupakan kakitangan awam yang bertugas di Ceylon. Semasa cuti, si suami dan
isterinya telah kembali ke England. Si suami kemudiannya kembali ke Ceylon tetapi isterinya
terpaksa tinggal di England atas nasihat doktor. Si suami berjanji untuk memberi kepada
isterinya 30 sebulan sebagai saraan sehingga dia kembali semula ke England. Si suami gagal
memenuhi janjinya dan isterinya menyaman untuk menuntut bayaran saraan tersebut.
KM: Tidak wujud kontrak di antara mereka kerana perjanjian di antara kedua-dua pihak adalah
berbentuk kekeluargaan iaitu tidak diniatkan untuk mengikat di sisi undang-undang.

Kes: Jones lwn Padavatton


Puan Jones bermastautin di Trinidad. Anak perempuannya bekerja di Kdutaan India di
Washington. Puan Jones inginkan anak perempuannya itu pergi ke London mengikuti kursus
undang-undang untuk menjadi seorang barrister. Untuk itu, Puan Jones berjanji akan memberi
anak perempuannya elaun bulanan. Meskipun enggan, anak perempuannya itu bertolak ke
London pada tahun 1962. Puan Jones telah membeli sebuah rumah di London untuk anak
perempuannya tinggal bersama-sama beberapa penyewa yang lain. Wang sewaan cukup untuk
menyara perbelanjaan anak perempuannya itu. Tidak berapa lama kemudian, Puan Jones dan
anaknya berselisih faham dan Puan Jones mengeluarkan saman untuk mendapatkan sem
KM: Perjanjian di antara Puan Jones dan anaknya itu tidak bermaksud untuk melahirkan satu
kontrak yang mengikat.

Kes: Merrit lwn Merrit


Suami isteri berselisih faham dan si suami meninggalkan rumah yang dibeli bersama-sama
isterinya untuk tinggal bersama wanita lain. Rumah itu masih dalam gadaian kepada syarikat
gadaian harta. Si isteri telah bertemu suaminya dan hasil perbincangan, si suami bersetuju
membayar 40 sebulan kepada isteri. Sebahagian wang itu hendaklah digunakan untuk
menjelaskan baki bayaran ansuran gadaian. Si suami bersetuju untuk menyerahkan rumah
tersebut kepada isterinya sebagai pemilik tunggal sebaik sahaja semua ansuran gadaian
diselesaikan. Janji suami ini telah ditulis di atas sekeping kertas. Walau bagaimanapun, setelah
semua ansuran diselesaikan, si suami enggan menepati janji.
KM: Perjanjian yang dimasuki di antara suami isteri boleh dikuatkuasakan memandangkan
semasa perjanjian itu dibuat, kedua-duanya sudah tidak sehaluan dan tinggal berasingan.
Tambahan pula, perjanjian tersebut telah dibuat secara bertulis. Justeru, nyata sekali kedua-dua
pihak berniat untuk menghasilkan satu perjanjian yang mengikat.

2.

Perjanjian perniagaan

Kes: Edwards lwn Skyways Ltd


Defendan mengisytiharkan plaintif, salah seorang juruterbang mereka, diberhentikan kerja.
Defendan kemudiannya berjanji dengan pertubuhan juruterbang untuk membayar kesemua
juruterbang yang diberhentikan satu jumlah ex gratia yang menyamai jumlah yang
disumbangkan oleh defendan kepada tabung pencen. Defendan kemudiannya enggan membuat
bayaran, terutamanya disebabkan jumlah juruterbang yang diberhentikan begitu tinggi. Plaintif
kemudiannya membuat tuntutan ganti rugi kerana pecah kontrak terhadap defendan. Defendan
mengatakan bahawa perkataan ex gratia menunjukkan tidak adanya niat untuk mewujudkan
hubungan di sisi undang-undang.
KM: Janji defendan boleh dikuatkuasakan. Penggunaan perkataan ex gratia dalam perjanjian
tidak semestinya bermakna perjanjian itu tidak diniatkan untuk mempunyai hubungan undangundang. Memandangkan perjanjian ini merupakan perjanjian perniagaan, beban untuk
menyangkal andaian bahawa wujudnya niat adalah terletak di bahu defendan. Defendan gagal
untuk melangsaikan beban ini.

5.

Keupayaan

Keupayaan = Kebolehan mengetahui dan memahami implikasi / kesan kontrak ke atas mereka.
S.10 (1) AK 1950: Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak
yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang
sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Akta ini bahawa ianya batal.
S.11 AK 1950: Setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya dia dewasa menurut
undang-undang yang mana dia tertakluk, dan sekiranya dia berakal sempurna, dan tidak hilang
kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana dia

tertakluk.
Tiga syarat bagi melayakkan seseorang itu membuat kontrak:
i.

Dewasa menurut undang-undang yang mana dia tertakluk.

ii.

Berakal sempurna.

iii.
Tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut undang-undang yang mana
dia tertakluk.
Akta Umur Dewasa 1971: Seseorang dikatakan mencapai usia dewasa apabila beliau berumur
18 tahun.
Kontrak oleh kanak-kanak
Mana-mana orang yang belum mencapai umur 18 tahun dianggap sebagai kanak-kanak /
minor / remajawan.
Prinsip am:
Kesan S.10(1) & S.11 ialah seorang kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak dan kontrak yang
dimasuki oleh kanak-kanak adalah batal.

Kes: Mohori Bibee lwn Dhurmodas Ghose


Dhurmodas Ghose merupakan pemilik beberapa buah rumah. Pada 20/7/1895, semasa dia
masih di bawah umur 21, Dhurmodas Ghose telah menyempurnakan satu gadai janji untuk
manfaat seorang peminjam wang (yang diwakili oleh agen sahnya) bagi penerimaan jumlah
wang yang tertentu. Sebelum penyempurnaan gadai janji itu, agen peminjam wang itu telah
menerima sepucuk surat daripada seorang peguam yang memaklumkannya bahawa Ghose
berumur di bawah 21 tahun, tetapi agen ini tetap meneruskan transaksi tersebut. Dhurmodas
Ghose dengan ibunya dan penjaganya sebagai sahabat wakil, memulakan tindakan bagi
mengisytiharkan gadai janji itu sebagai batal.
KM: Kontrak yang dimasuki oleh kanak-kanak adalah batal
Kes: Tan Hee Juan lwn Teh Boon Keat
Plaintif, seorang minor telah menyempurnakan pindah milik tanah kepada defendan. Pindah
milik itu telah disaksikan dan didaftarkan bagi manfaat defendan. pendaftaran juga telah
dilaksanakan. Plaintif melalui sahabat wakilnya memohon arahan mahkamah membatalkan
pindah milik tersebut.
KM: Pindah milik tersebut adalah batal memandangkan plaintif merupakan seorang minor
semasa berkontrak.
Pengecualian:

Walaupun salah seorang pihak yang memasuki kontrak merupakan kanak-kanak, kontrak
tersebut masih dianggap sebagai sah.
1.

Kontrak perkahwinan
Kes: Rajeswary & Anor lwn Balakrishnan & Ors

Kedua-dua pihak adalah beragama Hindu Ceylon. Mengikut adat kaum India Ceylon, perjanjian
untuk berkahwin antara kedua-dua pihak mestilah disertai dengan pembayaran dowri oleh pihak
perempuan kepada pihak lelaki dan ini telah dilaksanakan oleh pihak perempuan semasa majlis
pertunangan antara mereka dijalankan. Kemudiannya pihak lelaki memutuskan pertunangan
kerana telah terpikat dengan wanita lain. Pihak perempuan telah membuat tuntutan supaya
dowri dan kerugian lain dibayar oleh defendan. Defendan enggan berbuat demikian dengan
alasan semasa perjanjian pertunangan dibuat, pihak perempuan baru berusia 16 tahun iaitu
masih minor lagi dan ini menjadikan kontrak itu sebagai batal.
KM: Walaupun plaintif masih seorang kanak-kanak, kontrak pertunangan ini adalah sah dan
boleh dikuatkuasakan.

2.

Kontrak untuk keperluan hidup

S.69 AK 1950: Jika seorang yang tidak berdaya membuat kontrak, atau sesiapa yang dianya
terikat di sisi undang-undang untuk menanggung, dibekalkan oleh seorang lain dengan
keperluan-keperluan yang sesuai dengan keadaan hidupnya, maka orang yang membekalkan
sedemikian berhak digantibayar dari harta orang yang tidak berdaya itu.
Syarat-syarat pemakaian S.69 AK 1950:
i.
Kontrak mestilah dibuat oleh pihak kanak-kanak
ii.
Kanak-kanak / tanggungan kepada kanak-kanak dibekalkan dengan keperluan hidup
iii.
Keperluan tersebut mestilah yang sesuai dengan keadaan hidup kanak-kanak tersebut
iv.
Kanak-kanak akan bertanggungan hanya sekiranya mempunyai harta
v.
Keperluan yang dibekalkan kepada kanak-kanak / tanggungan kanak-kanak hanya
boleh dikenakan harga yang munasabah
Beban untuk membuktikan bahawa barangan yang dibekalkan adalah suatu keperluan hidup,
terletak pada pihak penjual.

Kes: Government of Malaysia lwn Gurcharan Singh & Ors


Pihak kerajaan telah mendakwa defendan pertama dan penjamin-penjaminnya kerana
memungkiri perjanjian. Tuntutan adalah berjumlah RM11,500 yang ikatakan jumlah sebenarnya
yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan bagi tujuan pendidikan defendan pertama. Pada masa
kontrak itu dibuat defendan pertama adalah seorang remajawan.
KM: Kontrak di antara kedua-dua pihak adalah batal. Walau bagaimanapun, memandangkan

pendidikan adalah satu keperluan, defendan pertama boleh dituntut untuk membayar jumlah
yang telah dibelanjakan untuknya. Namun begitu, disebabkan defendan pertama telah
berkhidmat dengan kerajaan selama 3 tahun 10 bulan daripada tempoh kontraktual 5 tahun,
jumlah munasabah yang harus dibayar ialah RM2,683 dan bukanlah RM11,500.
Kes: Nash lwn Inman
Plaintif, seorang tukang jahit telah mendakwa defendan (seorang kanak-kanak) atas kegagalan
defendan menjelaskan harga 11 helai pakaian yang telah ditempahnya.
KM: Memandangkan kanak-kanak tersebut telahpun mempunyai pakaian yang cukup untuk
kegunaan hariannya, pakaian berkenaan tidak lagi dianggap sebagai satu keperluan. Kontrak
antara tukang jahit dan kanak-kanak tersebut adalah tidak sah dan tukang jahit berkenaan tidak
berhak menuntut harga pakaian yang telah dibekalkan itu.
3.

Kontrak biasiswa

S.2 Akta Kontrak (Pindaan) 1976: Perjanjian biasiswa ertinya apa-apa kontrak atau perjanjian
di antara sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan dengan seseorang (siswa) mengenai apa-apa
biasiswa, hadiah, bantuan, dermasiswa, pinjaman, anjuran atau perlantikan ke sesuatu kursus
pengajian, peruntukan cuti bergaji atau cuti tidak bergaji atau apa-apa jua kemudahan lain, sama
ada diberi langsung oleh pihak berkuasa yang berkenaan itu atau oleh mana-mana orang atau
badan lain atau mana-mana kerajaan di luar Malaysia bagi maksud pelajaran atau pengajian dari
apa-apa jenis.
Kontrak biasiswa yang dimaksudkan ini hanyalah terpakai jika pemberi biasiswa tersebut
merupakan sama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, badan berkanun atau institusi
pendidikan yang diiktiraf.
S.4(a) Akta Kontrak (Pindaan) 1976: Mana-mana kontrak biasiswa tidak boleh diisytiharkan
tidak sah atas alasan salah satu pihak kepada kontrak itu merupakan seorang kanak-kanak.
S.5(a) Akta Kontrak (Pindaan) 1976: Sekiranya berlaku kemungkiran perjanjian dan suatu
amaun yang kena bayar ada disebutkan di dalam perjanjian, maka siswa dan penjamin adalah
bertanggungan untuk membayar jumlah tersebut walaupun pemberi pinjaman tidak mengalami
apa-apa kerugian dan tiada potongan boleh dibuat untuk mana-mana bahagian tempoh
perkhidmatan yang dijalankan oleh penerima biasiswa tersebut
4.

Kontrak insurans

S.153(1) & S.153(2) Akta Insurans 1996: Kontrak insurans yang dimasuki oleh seorang kanakkanak yang berusia melebihi 10 tahun adalah sah. Jika umur kanak-kanak itu kurang daripada
16 tahun, dia hanya boleh memasuki kontrak insurans jika mendapat keizinan bertulis ibu bapa
atau penjaganya.

Kontrak orang tidak berakal sempurna


S.12(1) AK 1950: Seseorang adalah dikatakan berakal sempurna untuk maksud membuat
kontrak jika, pada masa dia membuat kontrak itu, dia berkeupayaan memahami kontrak yang

diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhaap kesan atas
kepentingannya.
S.12(2) AK 1950: Seseorang yang lazimnya tidak berakal sempurna, tetapi sekali sekala berakal
sempurna, boleh membuat kontrak apabila dia berakal sempurna.
S.12(3) AK 1950: Seseorang yang lazimnya berakal sempurna, tetapi sekali sekala tidak berakal
sempurna, tidak boleh membuat kontrak apabila dia tidak berakal sempurna.

Kes: Matthews lwn Baxter


Defendan bersetuju untuk membeli rumah dan tanah plaintif dalam satu jualan lelong. Ketika
menyatakan persetujuannya, defendan berada dalam keadaan mabuk. Apabila sedar daripada
keadaan mabuknya, defendan mengesahkan persetujuannya untuk membeli tetapi selepas itu
menukar fikirannya.
KM: Kontrak yang sah terbentuk sebaik sahaja defendan menyatakan persetujuannya apabila
dia sedar daripada keadaan mabuknya. Oleh itu, defendan terikat untuk menunaikan janjinya
membeli rumah dan tanah plaintif.

Kontrak yang dimasuki oleh orang yang telah hilang kelayakan


Seseorang dikatakan hilang kelayakan untuk membuat kontrak jika dia dilarang oleh mana-mana
undang-undang yang mana dia tertakluk atau ditegah oleh mana-mana undang-undang secara
khusus.

Kes: Gan Hong Hoe lwn Gan Kian Kee


KM: Seseorang yang diisytiharkan bankrap masih boleh dan berkelayakan untuk membuat
kontrak dengan pihak-pihak lain.

6.

Ketentuan

S.30 AK 1950: Perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak tentu atau atau tidak boleh
dientukan, adalah batal.
Kes: Karuppan Chetty lwn Suah Thian
Pihak yang berkenaan bersetuju memberi pajakan sebanyak RM35 sebulan seberapa lama
yang disukai oleh orang yang membuat pajakan.
KM: Keperluan ketentuan tidak dipenuhi. Kontrak tidak sah.

KERELAAN BERKONTRAK
Pengenalan
Kontrak batal = Perjanjian yang dibuat tanpa memenuhi ciri-ciri / kehendak sesuatu kontrak.
Contoh:
Veloo seorang kanak-kanak telah membuat kontrak dengan Moin dalam jual beli sebuah kereta.
Veloo telah membayar RM10,000 bagi pembelian kereta itu. Kontrak tersebut adalah kontrak
batal kerana kanak-kanak tidak layak berkontrak.
Kontrak boleh batal
S.2(i) AK 1950: Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang atas
opsyen satu pihak atau lebih daripada pihak-pihak perjanjian itu, tetapi tidak berdasarkan atas
opsyen pihak atau pihak yang lain, adalah suatu kontrak boleh batal.
Kontrak boleh batal adalah sah sehingga ia dibatalkan atas opsyen satu pihak dan tidak pihak
yang lain.
Contoh:
Riko mahu Bilal membeli rumahnya dengan harga RM300,000. Riko mengugut, jika Bilal enggan
membeli rumah itu, dia akan dipukul. Oleh kerana takut dipukul, Bilal membeli rumah itu menurut
harga yang dikehendaki. Kontrak ini adalah boleh batal kerana ada unsur paksaan
Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang
= Satu perjanjian yang sah tetapi tidak dapat dikuatkuasakan dengan tindakan di sisi undangundang kerana gagal memenuhi keperluan atau formaliti yang diperlukan oleh sesuatu statut /
undang-undang.
Contoh:
Akta Sewa Beli 1967: Perjanjian sewa-beli mestilah dibuat secara bertulis.
Sekiranya pihak yang berkenaan membuat perjanjian secara lisan, perjanjian itu sah di antara
pihak berkenaan. Tetapi sekiranya berlaku apa-apa pertelingkahan daripada perjanjian lisan
tersebut, sebarang tuntutan tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang disebabkan pihak
yang berkenaan membuat perjanjian tersebut tanpa mematuhi kehendak undang-undang.
S.10 (1) AK 1950: Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak
yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang
sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Akta ini bahawa ianya batal.
S.13 AK 1950: Dua orang atau lebih boleh dikatakan berkerelaan apabila mereka bersetuju

mengenai satu perkara yang sama dalam pengertian yang sama.


S.14 AK 1950: Kerelaan adalah dikatakan bebas apabila tidak disebabkan oleh
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

paksaan
pengaruh tak berpatutan
tipuan
salah nyata
khilaf

Fakta-fakta yang boleh menjadikan sesuatu kontrak boleh batal ialah paksaan, pengaruh tak
berpatutan, tipuan dan salah nyata.
Pihak yang telah memberikan persetujuan disebabkan oleh paksaan, pengaruh tak berpatutan,
tipuan atau salah nyata, diberi pilihan sama ada mahu menerima kontrak berkenaan atau
menolaknya.
Sekiranya pihak itu menerima kontrak tersebut, kontrak yang sah diteruskan dan hak-hak dan
tanggungjawab boleh timbul daripadanya.
Sekiranya pihak berkenaan menolak, kontrak itu bolehlah dibatalkan.
Fakta khilaf boleh menjadikan sesuatu kontrak itu batal.

1.

Paksaan

S.15 AK 1950: Paksaan ialah melakukan apa-apa perbuatan, atau mengancam untuk
melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang oleh Kanun Keseksaan, atau menahan secara
tidak sah atau mengancam untuk menahan, apa-apa harta, dengan memudaratkan sesiapa jua,
dengan niat menyebabkan seseorang untuk membuat suatu perjanjian.
Paksaan = Apa jua perbuatan yang melibatkan kekerasan atau ancaman untuk melakukan
kekerasan yang bertentangan dengan Kanun Keseksaan ke atas sesuatu pihak, keluarganya
atau hartanya, dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan pihak itu untuk memasuki sesuatu
kontrak.
S.19 AK 1950: Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan,
frod atau salah nyata, maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen
pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian. Sesuatu pihak kontrak, yang kerelaannya
disebabkan oleh frod atau salah nyata, jika dia fakir patut, berbuat demikian supaya kontrak itu
hendaklah dilaksanakan juga, dan mendesak supaya ia ditempatkan dalam kedudukan yang
seharusnya jika nyataan yang telah dibuat itu adalah benar.
Sesuatu kontrak yang dimasuki kerana paksaan boleh dibatalkan atas pilihan pihak yang
dipaksa
Kes: Kesarmal a/l Letchman Das lwn Valiappa Chettiar
Ketika pendudukan Jepun di Semenanjung Malaysia dahulu, satu pindah milik harta telah
dilaksanakan atas perintah Sultan. Perintah Sultan itu dilakukan atas paksaan dua orang
pegawai tentera Jepun.

KM: Memandangkan persetujuan tidak diberikan secara sukarela, perjanjian itu menjadi boleh
batal atas kehendak atau opsyen pihak yang persetujuannya diperolehi sedemikian.
Kes: Kaufman lwn Gerson
Gerson telah menyalahgunakan wang yang telah diamanahkan kepadanya oleh Kaufman.
Kaufman kemudian mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Gerson,
kecuali isteri Gerson sanggup membayar semula wang yang telah disalahgunakan itu. Isteri
Gerson telah bersetuju untuk membayar semula wang itu demi untuk menjaga nama baik
suaminya.
KM: Kontrak yang dibuat oleh isteri Gerson dengan Kaufman merupakan kontrak boleh batal.

2.

Pengaruh tak berpatutan

S.16(1) AK 1950: Suatu kontrak adalah dikatakan didorong oleh pengaruh tak berpatutan, di
mana pertalian di antara kedua belah pihak adalah sedemikian rupa hingga satu pihak adalah
dalam kedudukan boleh menguasai kemahuan pihak yang lain dan menggunakan kedudukan itu
untuk memperolehi faedah tak saksama ke atas pihak yang lain.
Sesuatu kontrak yang telah dibuat dikatakan didorong oleh pengaruh tak berpatutan jika didapati
satu pihak berkeupayaan untuk menguasai kemahuan pihak yang lain dan menggunakan
kedudukannya itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak adil ke atas pihak yang lain.
S.16(2) AK 1950: Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan makna yang tersebut di atas
(S.16(1)), seseorang boleh dianggap beradadalam kedudukan menguasai kemahuan seorang
yang lain
(a)
di mana dia memegang kuasa benar atau kuasa zahir ke atas orang lain itu, atau di
mana dia berada dalam perkaitan amanah dengan orang lain itu; atau
(b)
di mana dia membuat suatu kontrak dengan seseorang yang keupayaan akalnya
adalah terjejas oleh sebab usia, penyakit, atau penderitaan akal atau jasmani, sama ada
sementara atau berkekalan.
S.16(3)(a) AK 1950: Di mana seorang yang berada dalam kedudukan untuk menguasai
kemahuan seorang yang lain, membuat kontrak dengannya, dan ternyata bahawa urusan itu
adalah tidak patut, sama ada pada zahirnya atau atas keterangan yang dibuktikan, maka beban
membuktikan bahawa kontrak sedemikian itu tidak didorong oleh pengaruh tak berpatutan
hendaklah diletakkan ke atas orang yang berada dalam kedudukan untuk menguasai kemahuan
orang lain itu.
Beban untuk membuktikan bahawa kontrak sedemikian tidak didorong oleh pengaruh tak
berpatutan terletak ke atas orang yang berada dalam kedudukan untuk menguasai kemahuan
orang lain itu.
S.20 AK 1950: Di mana kerelaan untuk membuat sesuatu perjanjian adalah disebabkan oleh
pengaruh tak berpatutan, maka perjanjian itu adalah suatu kontrak boleh batal atas opsyen pihak

yang kerelaannya disebabkan sedemikian.


Apabila sesuatu kontrak itu dimasuki disebabkan pengaruh tak berpatutan, kontrak sedemikian
boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang telah dipengaruhi itu.
Kes: Chait Singh lwn Budin bin Abdullah
Seorang pemberi pinjaman wang (ceti) telah mengeluarkan satu pinjaman dengan kadar bunga
36% setahun kepada seorang peminjam yang buta huruf. Si peminjam telah menyerahkan
dokumen hak milik tanahnya kepada ceti tersebut untuk simpanan dan sebagai jaminan ke atas
hutang itu.
KM: Disebabkan jaminan yang baik telah diberi, kadar faedah yang melebihi 18% setahun
terhadap seorang yang buta huruf telah menimbulkan andaian bahawa pengaruh tak berpatutan
telah berlaku.
Kes: Tate lwn Williamson
Tate seorang pelajar, berhasrat menjual sebahagian hartanya bagi menjelaskan yuran
pengajiannya. Dia telah menemui defendan yang merupakan seorang peguam untuk
mendapatkan nasihat mengenai penjualan tersebut. Defendan kemudiannya telah membeli harta
Tate pada harga 7,000 tanpa memaklumkan kepada Tate bahawa nilai sebenar harta tersebut
ialah 20,000.
KM: Kontrak tersebut mesti diketepikan kerana terdapat perkaitan amanah antara defendan
dengan Tate. Ini kerana Tate telah merujuk kepada defendan untuk mendapatkan nasihat dan
oleh itu defendan tidak berhak membeli harta tersebut tanpa membuat pendedahan berkenaan.
Kes: Letchemy Arumugan lwn Annamalay
Plaintif yang merupakan seorang penoreh getah wanita yang buta huruf memohon untuk
mambatalkan perjanjian jual beli yang telah dimasukinya dengan pihak defendan yang
merupakan seorang pemaju perumahan. Menurut plaintif, defendan dengan bantuan peguamnya
telah mengambil kesempatan atas kejahilannya dengan memintanya menandatangani beberapa
dokumen dalam bahasa Inggeris. Plaintif menandatangani dokumen-dokumen tersebut tanpa
mengetahui dan menyedari bahawa hakikatnya beliau menandatangani suatu perjanjian menjual
tanahnya di Port Dickson. Defendan walau bagaimanapun mendakwa bahawa perjanjian
tersebut telah ditandatangani dengan disaksikan oleh seorang peguam yang telah menjelaskan
segala-galanya kepada plaintif.
KM: Defendan gagal membuktikan bahawa plaintif telah bertindak secara bebas dan memahami
surat perjanjian itu. Selain daripada wujudnya elemen tipuan, terdapat juga elemen pengaruh tak
berpatutan dikenakan oleh defendan ke atas plaintif. Plaintif berhak membatalkan perjanjian
berkenaan.

3.

Tipuan

S.17 AK 1950: Frod termasuklah mana-mana perbuatan yang berikut yang dilakukan oleh suatu

pihak yang membuat kontrak, atau dengan pembiarannya, atau oleh agennya, dengan niat untuk
memperdayakan pihak lain yang berkontrak atau agennya, atau mendorong pihak yang lain itu
untuk membuat kontrak:
(a)
mengenai suatu fakta, menyarankan sesuatu yang tidak benar oleh seseorang yang
tidak mempercayai bahawa sesuatu itu benar;
(b)
menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oleh seseorang yang mengetahui atau
mempercayai fakta itu;
(c)
membuat janji tanpa apa-apa niat untuk menepati janji itu;
(d)
mana-mana perbuatan lain yang padan untuk memperdaya;
(e)
mana-mana perbuatan atau ketinggalan sedemikian yang khususnya ditetapkan oleh
undang-undang sebagai frod.
Tipuan mestilah suatu perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk memperdaya atau
mendorong pihak lain membuat kontrak dengannya.
S.17 telah menyenaraikan lima jenis perbuatan yang boleh disifatkan sebagai tipuan.
Kes: Letchemy Arumugan lwn Annamalay
Plaintif yang merupakan seorang penoreh getah wanita yang buta huruf memohon untuk
mambatalkan perjanjian jual beli yang telah dimasukinya dengan pihak defendan yang
merupakan seorang pemaju perumahan. Menurut plaintif, defendan dengan bantuan peguamnya
telah mengambil kesempatan atas kejahilannya dengan memintanya menandatangani beberapa
dokumen dalam bahasa Inggeris. Plaintif menandatangani dokumen-dokumen tersebut tanpa
mengetahui dan menyedari bahawa hakikatnya beliau menandatangani suatu perjanjian menjual
tanahnya di Port Dickson. Defendan walau bagaimanapun mendakwa bahawa perjanjian
tersebut telah ditandatangani dengan disaksikan oleh seorang peguam yang telah menjelaskan
segala-galanya kepada plaintif.
KM: Defendan gagal membuktikan bahawa plaintif telah bertindak secara bebas dan memahami
surat perjanjian itu. Selain daripada wujudnya elemen tipuan, terdapat juga elemen pengaruh tak
berpatutan dikenakan oleh defendan ke atas plaintif. Plaintif berhak membatalkan perjanjian
berkenaan.
Bolehkah berdiam diri dianggap wujud satu penipuan?

Huraian S.17 AK 1950: Semata-mata membisu mengenai fakta-fakta yang boleh jadi melibatkan
kesediaan seseorang untuk membuat kontrak bukanlah frod melainkan jika kedudukan perkara
itu adalah sedemikian hingga, jika kedudukan perkara itu dipertimbangkan, adalah menjadi
kewajipan bagi orang yang membisu itu untuk berkata-kata, atau melainkan jika pembisuannya
itu dengan sendirinya adalah sama dengan kata-kata.
Kaedah am: Semata-mata berdiam diri / membisu mengenai sesuatu fakta yang boleh
menjejaskan kesediaan seseorang untuk membuat kontrak bukanlah satu tipuan.

Kes: Keates lwn Lord Cadogan

Defendan yang mengetahui plaintif amat memerlukan rumah, telah menyewakan kepada plaintif
sebuah rumah yang hampir musnah tanpa memberitahu keadaan tersebut kepada plaintif.
KM: Tuntutan plaintif untuk suatu gantirugi ditolak kerana pihak defendan tidak melakukan
tipuan.

Kes: Lau Hee Teah lwn Hargill Engineering Sdn Bhd & Anor
Perayu telah mendakwa bahawa satu salah nyataan tipu muslihat telah dikenakan terhadapnya
semasa dia memasuki perjanjian sewa beli dan dia berhasrat untuk membatalkan perjanjian
tersebut.
KM: Tidak timbul apa-apa kewajipan di pihak responden pertama (peniaga) untuk memaklumkan
kepada perayu tahun mesin tersebut dibuat dan hakikat bahawa mesin tersebut telah terbabit
dalam kemalangan kecil sebelum ini. Tindakan responden pertama tidak memberitahu perayu
tidak dianggap sebagai cuba menipu perayu ataupun mengakibatkan perayu memasuki
perjanjian sewa beli tersebut.

Kes: Vyramuttu lwn State of Pahang


Defendan menjual tanah secara lelong kepada plaintif. Defendan menyangkakan bahawa tanah
itu belum dimajukan, dan harganya jauh lebih rendah daripada harga yang sepatutnya.
Sebenarnya tanah tersebut telah dimajukan dan nilainya juga telah meningkat. Apabila sedar
akan kesilapan ini, defendan enggan meneruskan transaksi jual beli tersebut dan mendakwa
plaintif gagal memberitahu maklumat tersebut kepadanya dan plaintif akan mendapat faedah
atas fakta itu.
KM: Plaintif tidak terikat untuk memberitahu defendan tentang tanah itu dan berhak mendapat
ganti rugi kerana dia mengalami kerugian di atas keengganan defendan untuk meneruskan jual
beli itu.

Pengecualian:
Terdapat 2 keadaan di mana perbuatan membisu itu boleh menjadi satu tipuan:

i.

Apabila wujud tanggungjawab untuk berkata-kata dalam keadaan tertentu.

Apabila perkaitan amanah wujud antara kedua-dua pihak yang berkontrak, adalah menjadi
kewajipan pihak yang memikul amanah itu untuk mendedahkan segala fakta penting yang

diketahuinya kepada pihak yang satu lagi.


Contoh-contoh mereka yang mempunyai perkaitan amanah adalah seperti peguam dengan anak
guam dan doktor dengan pesakit.

Misalan (b) S.17 AK 1950: B ialah anak perempuan A dan dia baharu saja dewasa. Di sini, ada
hubungan antara kedua belah pihak yang mewajibkan A untuk memberitahu B jika kuda yang
hendak dijual itu tidak sihat.
ii.

Apabila pembisuan itu dianggap sama dengan kata-kata.

Misalan (c) S.17 AK 1950: B berkata kepada A, Jika kamu tidak menyangkal, maka saya
menganggap kuda itu sihat. A membisu. Di sini, pembisuan A itu adalah sama dengan A
berkata-kata.
S.19 AK 1950: Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan,
frod atau salah nyata, maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen
pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian. Sesuatu pihak kontrak, yang kerelaannya
disebabkan oleh frod atau salah nyata, jika dia fakir patut, berbuat demikian supaya kontrak itu
hendaklah dilaksanakan juga, dan mendesak supaya ia ditempatkan dalam kedudukan yang
seharusnya jika nyataan yang telah dibuat itu adalah benar.
Apabila wujud unsur tipuan dalam sesuatu kontrak, kontrak sedemikian boleh dibatalkan atas
pilihan pihak yang kena tipu.
Kecualian S.19 AK 1950: Jika kerelaan itu disebabkan oleh salah nyata atau oleh pembisuan
yang menjadi frod dalam pengertian S.17, maka kontrak itu, meskipun begitu, tidak boleh
dibatalkan, jika pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian ada jalan untuk mengetahui
kebenarannya dengan menggunakan ketekunan yang lazim.
Sekiranya pihak yang telah ditipu itu berupaya menyiasat kebenaran fakta yang disebutkan oleh
pihak yang lain, maka kenyataan yang dibuat secara tipuan itu tidak boleh membatalkan kontrak
berkenaan.
Huraian S.19 AK 1950: Sesuatu frod atau salah nyata yang telah tidak menyebabkan kerelaan
pada suatu kontrak oleh pihak kerelaan pada suatu kontrak oleh pihak kepada siapa frod telah
dilakukan atau kepada siapa salah nyata telah dibuat tidak menjadikan sesuatu kontrak itu boleh
batal.
Kontrak tidak boleh dibatalkan sekiranya tipuan tersebut tidak menyebabkan kerelaan pihak
yang kepada siapa tipuan itu dikenakan.
Beban untuk membuktikan kewujudan tipuan terletak pada pihak yang mendakwa dirinya ditipu.

4.

Salah nyata

Salah nyata = Kenyataan-kenyataan yang tidak benar / mengelirukan tentang suatu fakta yang
dibuat oleh seseorang dan ditujukan kepada seseorang yang lain, yang dibuat sebelum kontrak
dimasuki yang telah mendorong seseorang yang lain untuk memasuki kontrak.
S.18: Salah nyata termasuklah:

(a)
pernyataan positif oleh seseorang tentang sesuatu maklumat yang tidak benar tetapi
orang itu percaya ia adalah benar.
Contoh:
Lana mendapat maklumat bahawa kereta Protiga Maivi akan dinaikkan harga dua kali
ganda daripada harga sekarang dalam tempoh dua tahun lagi. Lana yakin dengan maklumat
tersebut dan memujuk Tira supaya menjual kereta Protiga Maivi kepunyaannya kepada Lana.
Maklumat tersebut ternyata tidak benar kerana selepas setahun, harga kereta Protiga Maivi telah
jatuh harganya
(b)
pelanggaran kewajipan yang dilakukan tanpa niat untuk menipu dan memberi
kelebihan kepada pihak yang melakukan pelanggaran itu.
Contoh:
Pada hari Ahad, Jiha telah bersetuju untuk menyewakan keretanya kepada Zain dengan kadar
RM70 sehari dan akan menyerahkan kereta tersebut kepada Zain pada hari Rabu. Walau
bagaimanapun, pada hari Isnin, Wana telah menemui Jiha dan ingin menyewa kereta Jiha atas
urusan kecemasan sehingga hari Rabu. Wana kemudiannya gagal memulangkan kereta seperti
yang dijanjikan. Ini menyebabkan Jiha tidak dapat melaksanakan kewajipan kontraknya dengan
Zain iaitu untuk menyerahkan keretanya kepada Zain pada hari Rabu. Di sini, ternyata Jiha
telah melanggar kewajipannya dengan tiadanya niat untuk menipu Zain tetapi pada waktu yang
sama Jiha tetap menerima bayaran sewaan lebihan daripada Wana.
(c)
menyebabkan, meskipun dengan suci hati, satu pihak perjanjian membuat kesilapan
mengenai perkara pokok perjanjian.
Contoh:
Vivi hendak menjual kereta terpakainya kepada Aqim. Vivi memberitahu Aqim bahawa kereta
tersebut tidak pernah terlibat dalam kemalangan sedangkan tanpa pengetahuan Vivi, kereta
tersebut sebenarnya pernah mengalami kemalangan sewaktu dalam milikan orang lain. Oleh itu,
salah nyataan yang dilakukan oleh Vivi telah mendorong Aqim memasuki kontrak dengan
membeli kereta tersebut.

Kes: With lwn OFlanagan


Seorang doktor berhasrat untuk menjual kliniknya kepada seorang lain dengan menyatakan
bahawa pendapatan bulanan kliniknya adalah 2,000. Lima bulan kemudian, pendapatan klinik
tersebut merosot tetapi maklumat ini tidak disampaikan kepada pembeli firma tersebut.
KM: Wujud salah nyataan ikhlas yang membolehkan pembeli membatalkan kontrak tersebut
disebabkan kegagalan penjual memberitahu pembeli pendapatannya yang sebenar.
Kenyataan yang disalah nyatakan mestilah berbentuk satu kenyataan fakta. Semata-mata
memberi pendapat dan buah fikiran tidak boleh digolongkan sebagai satu salah nyata.

Kes: Bisset lwn Wilkinson


Bisset yang berhasrat untuk menjual ladangnya kepada Wilkinson, telah menyatakan bahawa
ladangnya itu mampu menampung biri-biri sehingga 2,000 ekor. Kedua-duanya tahu bahawa
ladang itu tidak pernah digunakan untuk menternak kambing biri-biri. Wilkinson membeli ladang
tersebut tetapi kemudiannya mendapati ladang itu tidak boleh menampung sebanyak 2,000 ekor
biri-biri seperti yang telah dinyatakan oleh Bisset.
KM: Kenyataan Bisset itu hanyalah pendapat beliau sahaja dan ia tidak boleh menjadi salah
nyata walaupun pendapat yang diberikan itu adalah salah.
S.19 AK 1950: Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan,
frod atau salah nyata, maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen
pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian. Sesuatu pihak kontrak, yang kerelaannya
disebabkan oleh frod atau salah nyata, jika dia fakir patut, berbuat demikian supaya kontrak itu
hendaklah dilaksanakan juga, dan mendesak supaya ia ditempatkan dalam kedudukan yang
seharusnya jika nyataan yang telah dibuat itu adalah benar.
Kesan salah nyata ialah, kontrak boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang terkilan.
Kecualian S.19 AK 1950: Jika kerelaan itu disebabkan oleh salah nyata atau oleh pembisuan
yang menjadi frod dalam pengertian S.17, maka kontrak itu, meskipun begitu, tidak boleh
dibatalkan, jika pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian ada jalan untuk mengetahui
kebenarannya dengan menggunakan ketekunan yang lazim.
Kontrak tidak boleh dibatalkan sekiranya pihak yang dikelirukan berpeluang memeriksa
kebenarannya dengan usaha yang sewajarnya tetapi dia gagal berbuat demikian.
Huraian S.19 AK 1950: Sesuatu frod atau salah nyata yang telah tidak menyebabkan kerelaan
pada suatu kontrak oleh pihak kerelaan pada suatu kontrak oleh pihak kepada siapa frod telah
dilakukan atau kepada siapa salah nyata telah dibuat tidak menjadikan sesuatu kontrak itu boleh
batal.
Kontrak tidak boleh dibatalkan sekiranya salah nyata tersebut tidak menyebabkan kerelaan
pihak yang kepada siapa salah nyata itu dikenakan.
5.

Khilaf (silap fakta)

S.21 AK 1950: Di mana kedua-dua pihak perjanjian adalah khilaf mengenai sesuatu perkara
fakta yang mustahak untuk perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah batal.
Sesuatu perjanjian adalah batal sekiranya kedua-dua pihak telah khilaf mengenai satu perkara
yang mustahak dalam perjanjian itu.
Kes: Raffles lwn Wichelhaus
Plaintif dan defendan memasuki kontrak jual beli muatan kapas dari Bombay. Muatan tersebut
akan dibawa oleh kapal Peerless. Tanpa pengetahuan kedua-dua pihak, ada 2 kapal bernama
Peerless yang akan belayar dari Bombay. Satu akan belayar pada bulan Oktober manakala

yang satu lagi akan belayar pada bulan Disember. Defendan menyangka Plaintif mahu membeli
kapas yang dibawa oleh kapal yang belayar pada bulan Oktober, sedangkan plaintif mahukan
kapas yang dibawa dalam pelayaran bulan Disember.
KM: Kontrak antara mereka adalah batal kerana kedua-duanya telah silap fakta tentang kapal
berkenaan.
Kes: Couturier lwn Hastie
Dua pihak telah mengikat kontrak penjualan jagung. Kedua-dua pihak menyangkakan pada
masa membuat kontrak itu, jagung-jagung tersebut berada dalam pelayaran dari Salonica ke
England. Tanpa diketahui oleh mereka, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk, jagung-jagung
tersebut telah dijual oleh ketua kapal di Pelabuhan Tunis memandangkan jagung-jagung itu mula
rosak akibat disimpan di tempat yang panas.
KM: Kontrak tersebut tidak sah kerana mereka telah khilaf tentang kewujudan perkara kontrak itu
S.23 AK 1950: Sesuatu kontrak bukan boleh batal semata-mata kerana ianya disebabkan oleh
salah satu pihaknya yang khilaf mengenai suatu perkara fakta.
Khilaf fakta yang hanya dilakukan oleh satu pihak sahaja mengakibatkan kontrak bukan boleh
batal.
Kes: Tamplin lwn James
B membuat tawaran untuk membeli sebuah kedai minuman keras yang dilelong dengan
membuat kekhilafan bahawa sebuah padang termasuk dalam lot yang dilelongkan, sedangkan
hakikatnya tidak. Dia berjaya dalam lelongan. Menyedari kekhilafan yang telah wujud, dia ingin
membatalkan kontrak.
KM: Kontrak itu adalah sah dan permohonan untuk membatalkan kontrak ditolak.

KONTRAK BATAL
1.

Khilaf dua pihak.

S.21 AK 1950: Di mana kedua-dua pihak perjanjian adalah khilaf mengenai sesuatu perkara
fakta yang mustahak untuk perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah batal.
Sesuatu perjanjian adalah batal sekiranya kedua-dua pihak telah khilaf mengenai satu perkara
yang mustahak dalam perjanjian itu.
Kes: Raffles lwn Wichelhaus
Plaintif dan defendan memasuki kontrak jual beli muatan kapas dari Bombay. Muatan tersebut
akan dibawa oleh kapal Peerless. Tanpa pengetahuan kedua-dua pihak, ada 2 kapal bernama
Peerless yang akan belayar dari Bombay. Satu akan belayar pada bulan Oktober manakala
yang satu lagi akan belayar pada bulan Disember. Defendan menyangka Plaintif mahu membeli
kapas yang dibawa oleh kapal yang belayar pada bulan Oktober, sedangkan plaintif mahukan

kapas yang dibawa dalam pelayaran bulan Disember.


KM: Kontrak antara mereka adalah batal kerana kedua-duanya telah silap fakta tentang kapal
berkenaan.
Kes: Couturier lwn Hastie
Dua pihak telah mengikat kontrak penjualan jagung. Kedua-dua pihak menyangkakan pada
masa membuat kontrak itu, jagung-jagung tersebut berada dalam pelayaran dari Salonica ke
England. Tanpa diketahui oleh mereka, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk, jagung-jagung
tersebut telah dijual oleh ketua kapal di Pelabuhan Tunis memandangkan jagung-jagung itu mula
rosak akibat disimpan di tempat yang panas.
KM: Kontrak tersebut tidak sah kerana mereka telah khilaf tentang kewujudan perkara kontrak
itu.

2.

Balasan / tujuan tidak sah.

S.24 AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah sah di sisi undang-undang, kecuali
(a)
ianya dilarang oleh undang-undang
(b)
ianya bersifat sedemikian rupa jika dibenarkan, maka ianya akan mengecewakan
peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang; atau
(c)
ianya merupakan frod; atau
(d)
ianya mendatang atau melibatkan bencana kepada diri atau harta harta orang lain;
atau
(e)
mahkamah menganggapnya tidak bermoral atau bertentangan dengan muslihat
awam.
S.24 menyenaraikan apakah balasan / tujuan-tujuan dalam kontrak yang boleh menjadikan
suatu kontrak itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.
i.
S.24(a) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya
dilarang oleh undang-undang.
Contoh:
S.26(1) Akta Undang-undang Sivil, 1956: Semua kontrak, sama ada secara lisan atau bertulis,
melalui perjudian atau pertaruhan adalah batal dan tidak sah.
S.26(2) Akta Undang-undang Sivil, 1956: Tuntutan untuk mendapatkan wang atau barang hasil
pertaruhan tidak boleh dibuat.
ii.
S.24(b) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya
bersifat mengecewakan peruntukan undang-undang.
Kes: Hee Cheng lwn Krishnan

Plaintif telah memasuki kontrak dengan defendan untuk membeli rumah yang dibina oleh
defendan atas tanah lesen pendudukan sementara. Defendan mungkir janji dan plaintif menuntut
pelaksanaan spesifik.
KM: Menurut Peraturan 41, Peraturan Tanah 1930, tidak ada lesen pendudukan sementara
boleh dipindah milik. Kontrak itu adalah tidak sah di bawah S.24 di mana jika dibenarkan, ianya
akan mengecewakan peruntukan undang-undang yang berkaitan.
iii.
S.24(c) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya
merupakan frod
Misalan (e) S.24: Jika A, B dan C membuat satu perjanjian untuk membahagikan antara mereka
hasil yang mereka perolehi secara tipuan. Perjanjian ini adalah batal di bawah S.24(c).
Contoh: Kimi berjanji akan membayar RM2,000 kepada Emma jika Emma setuju untuk
memperdaya pihak kastam di Pelabuhan Klang bahawa barangan yang diimport itu bebas cukai.
Perjanjian ini adalah batal di bawah S.24(c).
iv.
S.24(d) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya
melibatkan bencana kepada diri dan harta orang lain
Contoh: Lola berjanji akan membayar RM1,000 kepada Dido jika Dido setuju untuk membelasah
Riko. Perjanjian tersebut batal di bawah S.24(d).
Kes: Syed Ahmad b. Mohamed Al-Habsyee lwn Puteh bt. Sabtu
Defendan yang merupakan pemegang amanah bagi tanah milik seorang kanak-kanak telah
bersetuju menjual tanah tersebut kepada plaintif.
KM: Perjanjian yang dibuat oleh defendan adalah batal kerana perjanjian seumpama ini boleh
memudaratkan kepentingan kanak-kanak tersebut.
v.
S.24(e) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya
tidak bermoral atau bertentangan dengan muslihat awam.
Kes: Aroomoogam Chitty lwn Lim Ah Hang
Plaintif telah meminjamkan sejumlah wang kepada defendan bagi tujuan mengusahakan
perniagaan pelacuran. Defendan mengatakan bahawa wang itu dipinjam olehnya untuk membeli
barang kemas dan pakaian untuk pelacur di bawah jagaannya. Defendan juga mendakwa
bahawa plaintif telahpun diberitahu mengenai tujuan pinjaman itu. Plaintif menafikan dakwaan
defendan dan mengatakan bahawa sepanjang pengetahuannya, defendan menjalankan
perniagaan beca. Setelah defendan gagal menjelaskan jumlah yang dipinjam, plaintif telah
mendakwa defendan.
KM: Perjanjian antara plaintif dan defendan adalah tidak sah dan batal keran ia dibuat untuk
maksud yang tidak bermoral. Tuntutan balik wang oleh plaintif telah ditolak.
Misalan (f) S.24: A berjanji untuk mendapatkan B satu pekerjaan dalam perkhidmatan awam dan
B berjanji akan membayar RM1000 kepada A. Perjanjian ini adalah batal kerana balasannya

tidak sah di sisi undang-undang dan memudaratkan perkhidmatan awam. Ia hanya akan
menggalakkan amalan rasuah di negara kita.
Kes: Foster lwn Driscoll
KM: Perjanjian untuk menyeludup arak Whisky ke United States adalah tidak sah kerana ianya
bertentangan dengan kepentingan negara.
Kes: Regazzoni lwn K.C. Sethia
Defendan bersetuju untuk menjual jut India kepada plaintif dan berkomplot untuk membawanya
dengan kapal ke Genoa untuk dijual di Afrika Selatan. Undang-undang India pada masa itu
melarang pengeksportan barang-barang dari India ke Afrika Selatan. Plaintif telah menuntut
ganti rugi atas kegagalan defendan membuat penghantaran sebagaimana yang dijanjikan.
KM: Kontrak batal kerana bertentangan dengan polisi awam.
Kes: Parkinson lwn College of Ambulance Ltd
Setiausaha kepada persatuan kebajikan defendan berjanji dan memberi jaminan akan
mendapatkan pangkat kesatria bagi plaintif sekiranya plaintif mendermakan wang yang cukup
kepada tabung persatuan kebajikan defendan. Plaintif telah menderma sebanyak 1000, tetapi
tidak menerima pangkat kesatria yang dijanjikan pada hari anugerah yang diadakan. Plaintif
mendakwa untuk mendapatkan kembali wang tersebut.
KM: Transaksi tersebut jelas menyalahi undang-undang dan tuntutan plaintif ditolak.

3.

Sebahagian daripada balasan / tujuan tidak sah.

S.25 AK 1950: Jika mana-mana bahagian sesuatu balasan untuk satu atau lebih tujuan, atau
satu atau sebahagian dari satu dari beberapa balasan untuk satu tujuan, adalah tidak sah di sisi
undang-undang, maka perjanjian itu adalah batal.

4.

Perjanjian tanpa balasan.

S.26 AK 1950: Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal.
5.

Perjanjian yang menghalang perkahwinan.

S.27 AK 1950: Setiap perjanjian yang menghalang perkahwinan seseorang, selain dari seorang
yang belum dewasa pada masa remajanya adalah batal.
6.

Perjanjian yang menghalang perdagangan.

S.28 AK 1950: Setiap perjanjian dengan mana seseorang dihalang dari menjalankan profesion
atau tred atau apa-apa perniagaan yang sah adalah batal setakat itu.

Kes: Wrigglesworth lwn Anthony Wilson


Defendan seorang peguam telah berjanji kepada majikannya bahawa dia tidak akan menjadi
pengamal undang-undang dalam kawasan 5 batu dari Kota Bharu untuk tempoh 2 tahun selepas
tamat berkhidmat dengan firma majikannya itu. Selepas tamat perkhidmatan, defendan terus
membuka firmanya di Kota Bharu. Bekas majikannya memohon injunksi daripada pihak
mahkamah bagi menghalang defendan daripada berbuat demikian. KM: Perjanjian tersebut
adalah batal di bawan S.28. Permohonan untuk mendapatkan injunksi ditolak.

7.

Perjanjian yang menghalang tindakan undang-undang.

S.29 AK 1950: Setiap perjanjian, dengan mana sesuatu pihak perjanjian itu dihalang dari
menguatkuasakan hak-haknya secara mutlak di bawah atau mengenai mana-mana kontrak,
dengan tindakan lazim di sisi undang-undang di hadapan tribunal biasa, atau yang
mengehadkan masa dalam mana ia boleh menguatkuasakan hak-haknya, adalah batal setakat
itu.
Kes: Corporation Royal Exchange lwn Teck Guan
Responden telah mengambil polisi insurans dengan syarikat perayu untuk melindungi kedainya
di Ampang. Pada 25 November 1911, kedai responden musnah dalam satu kebakaran.
Responden membuat tuntutan pada 8 Disember tetapi tuntutannya ditolak oleh syarikat perayu
pada 5 Januari 1912. Responden memulakan tindakan undang-undang pada 6 Mei 1912.
Tindakan responden ini tidak menepati syarat yang terkandung dalam polisi insurans yang
menyatakan, jika suatu tuntutan dibuat dan ditolak dan tindakan guaman tidak dimulakan dalam
tempoh 3 bulan selepas penolakan tersebutmaka semua faedah di bawah polisi ini akan
terhapus.
KM: Syarat tersebut adalah batal kerana bertentangan dengan S.28 Enakmen Kontrak pada
masa itu (sama dengan S.29 AK sekarang).
8.

Perjanjian yang mengandungi ketaktentuan

S.30 AK 1950: Perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak tentu atau tidak boleh
ditentukan adalah batal.
Kes: Karuppan Chetty lwn Suah Thian
Pihak yang berkenaan bersetuju memberi pajakan sebanyak RM35 sebulan seberapa lama
yang disukai oleh orang yang membuat pajakan.
KM: Keperluan ketentuan tidak dipenuhi. Kontrak tidak sah.
9.

Perjanjian pertaruhan.

S.31(1) AK 1950: Perjanjian-perjanjian secara bertaruh adalah batal, dan guaman tidak boleh
dibawa untuk mendapatkan sesuatu yang dikatakan dimenangi daripada mana-mana pertaruhan

atau sesuatu yang diamanahkan kepada sesiapa untuk mematuhi keputusan mana-mana
perjudian atau mana-mana peristiwa lain yang tak tentu di mana apa-apa pertaruhan dibuat.

PELEPASAN KONTRAK
Pelepasan kontrak = Penamatan kontrak / penamatan obligasi kontraktual.
Suatu kontrak itu dianggap dilepaskan apabila pihak-pihak dalam kontrak tidak lagi dikehendaki
untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan mereka dalam kontrak tersebut.
Bagaimana kontrak dilepaskan?
1.

Pelepasan dengan pelaksanaan syarat-syarat kontrak.

Pelaksanaan = Penyempurnaan penuh atau penyempurnaan lengkap kewajipan seseorang itu di


bawah kontrak.
Kaedah am: Kontrak hanya akan dilepaskan jika kewajipan di bawah kontrak itu dilaksanakan
sepenuhnya secara menyeluruh, tepat dan jitu.
S.38(1) AK 1950: Pihak-pihak suatu kontrak wajib melaksanakan atau wajib menawar untuk
melaksanakan janji mereka masing-masing, melainkan jika pelaksanaan sedemikian itu telah
dilepaskan atau dimaafkan oleh peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana undangundang lain.
S.40 AK 1950: Apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan, atau telah
tidak membolehkan dirinya dari melaksanakan janjinya pada keseluruhannya, maka penerima
janji bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika dia telah menunjukkan, dengan kata-kata
atau kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.
Kes: Bolton lwn Mahadeva
Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan. Setelah siap dipasang,
defendan mendapati alat tersebut tidak boleh digunakan dan enggan membuat pembayaran.
KM: Plaintif tidak berhak mendapat apa-apa bahagian daripada pembayaran yang dipersetujui
antara mereka.
Kes: Cutter lwn Powell
Defendan telah berjanji untuk membayar Cutter 30 guineas jika dia sanggup berkhidmat
dengannya belayar dari Kingston, Jamaica ke Liverpool. Sebelum pelayaran berakhir, Cutter
telah meninggal dunia dan isterinya (plaintif) telah menuntut bayaran yang dijanjikan.
KM: Pelaksanaan penuh kontrak adalah syarat yang mesti dipenuhi dahulu sebelum bayaran
boleh dibuat. Plaintif tidak berhak mendapatkan bayaran yang telah dijanjikan daripada pihak
defendan.

Pengecualian:
Dalam keadaan-keadaan berikut, plaintif / pihak yang teraniaya dalam kontrak berhak membuat
tuntutan bayaran walaupun kontrak itu tidak dilaksanakan secara menyeluruh.
a)
b)
c)
d)

Kontrak boleh bahagi


Pelaksanaan sebahagian besar
Pelaksanaan dihalang
Pelanggaran yang bukan perkara asas kontrak

2.
Pelepasan menerusi persetujuan pihak-pihak yang berkontrak / pelepasan
melalui perjanjian.
Suatu kontrak boleh dilepaskan melalui perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
dalam kontrak.
Persetujuan kedua-dua pihak boleh dibuat dengan apa cara sekalipun selagi kedua-duanya
mengetahui bahawa persetujuan telah dicapai untuk melepaskan obligasi masing-masing
menurut kontrak.
S.63 AK 1950: Jika pihak-pihak suatu kontrak bersetuju untuk menggantikannya dengan suatu
kontrak yang baharu, atau untuk membatal atau memindanya, maka kontrak asal itu tidak perlu
dilaksanakan.
S.63 menerangkan kesan novasi, pembatalan & pengubahan.
i.

Novasi = Penggantian kontrak asal dengan satu kontrak baru.

Kesan novasi: Melepaskan pihak berkenaan daripada pelaksanaan kewajipannya dalam kontrak
asal.
Persetujuan kedua-dua pihak yang berkontrak adalah perlu untuk novasi.
ii.

Pembatalan

Kontrak boleh dibatalkan dengan persetujuan kedua-dua pihak pada bila-bila masa sebelum
ianya dilaksanakan.
iii.

Pengubahan

Mana-mana satu atau lebih syarat-syarat yang terkandung dalam sesuatu kontrak boleh diubah
sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak-pihak yang berkontrak.

S.64 AK 1950: Tiap-tiap penerima janji boleh membebas atau mengurangkan sebahagian atau
keseluruhan daripada pelaksanaan janji yang telah dibuat kepadanya, atau boleh melanjutkan
masa untuk pelaksanaan sedemikian itu, atau boleh menerima sebagai gantinya sebarang
pemenuhan janji yang dia fikir berpatutan.

S.64 menerangkan pelaksanaan secara remitan.


Remitan = Penerima janji boleh mengurang, meringankan / melepaskan sama ada keseluruhan /
sebahagian daripada pelaksanaan janji yang dibuat kepadanya. Penerima janji boleh
melanjutkan masa pelaksanaan / menerima apa-apa pelaksanaan lain sebagai gantian
meskipun pelaksanaan yang tidak lengkap.

Kes: Kerpa Singh lwn Bariam Singh


Perayu telah mendapatkan penghakiman sebanyak RM8,650 terhadap responden. Anak
responden telah mengirimkan sekeping cek bernilai RM4,000 kepada perayu sebagai
melangsaikan sepenuhnya hutang bapanya terhadap perayu dan jika perayu enggan
menerimanya supaya memulangkannya kembali kepada si anak. Cek berkenaan telah
ditunaikan dan disimpan oleh peguam perayu.
KM: Memandangkan cek itu telah diterima dan ditunaikan oleh perayu, perayu telah bersetuju
menerima bayaran itu sebagai melangsaikan keseluruhan hutang responden kepadanya.

Suatu kontrak dilepaskan daripada pelaksanaannya jika terdapat mana-mana pihak di bawah
kontrak itu gagal memenuhi obligasinya seperti yang telah dipersetujui menurut terma-terma dan
syarat-syarat kontrak tersebut.
Pihak yang gagal ini dianggap telah memungkiri kontrak itu. Justeru memberikan hak kepada
pihak yang teraniaya untuk membatalkan kontrak yang telah dimungkiri dengan menuntut ganti
rugi daripada pihak yang telah memungkiri kontrak.

Keadaan-keadaan yang membolehkan pihak yang teraniaya membatalkan kontrak


i.

Penolakan kontrak.

Penolakan kontrak berlaku apabila salah satu pihak dalam kontrak memilih dan menyatakan
kepada pihak yang lain, sama ada dengan perkataan atau perbuatan bahawa dia tidak mahu
meneruskan kontrak tersebut.
S.40 AK 1950: Apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan, atau telah
tidak membolehkan dirinya dari melaksanakan janjinya pada keseluruhannya, maka penerima
janji bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika dia telah menunjukkan, dengan kata-kata
atau kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.
Kes: Chen Chuan Development Sdn Bhd lwn Ng Ah Hock
Perayu (pemaju perumahan) telah bersetuju untuk menjual sebuah rumah kedai kepada
responden dengan harga RM49,500. Responden telahpun menjelaskan wang tempahan kepada
perayu. Perayu kemudiannya cuba menaikkan harga rumah kedai tersebut kepada RM85,000.
Perayu seterusnya memulangkan cek dan wang tempahan pembeli. Peguam responden
merupakan salah seorang penerima cek tersebut dan dia telah menunaikannya.
KM: Satu penolakan kontrak telah berlaku apabila perayu menulis surat kepada responden
memaklumkan tentang kenaikan harga serta tindakannya memulangkan wang tempahan.
Tindakan peguam responden menunaikan cek yang diterima itu jelas menunjukkan
penerimaannya terhadap kemungkiran kontrak oleh perayu dan keadaan ini menyebabkan
kontrak tersebut tamat atas kemungkiran kontrak oleh perayu.
ii.

Kemungkiran asas kontrak.

Jika perkara yang menjadi asas kepada kontrak telah dimungkiri, ini jelas menyebabkan
kemusnahan kontrak tersebut secara keseluruhannya.

Kes: Upali (Malaysia) Sdn Bhd lwn Kontrak Manufacturing Services Sdn Bhd
Dalam perjanjian antara plaintif dan defendan, telah dipersetujui bahawa defendan hendaklah
menyimpan coklat-coklat milik plaintif dalam kilang defendan mengikut suhu tidak melebihi 20C.
Plaintif kemudiannya mendakwa bahawa coklat-coklat tersebut tidak disimpan oleh defendan
mengikut suhu yang telah dipersetujui di dalam kontrak tersebut.
KM: Penyimpanan barang mengikut suhu yang telah ditetapkan dalam kontrak adalah menjadi
satu syarat penting dalam kontrak yang membentuk keseluruhan kontrak tersebut. Maka,
kemungkiran defendan dalam mematuhi syarat berkenaan telah menyebabkan plaintif berhak
untuk menamatkan kontrak tersebut.
Kesan pecah kontrak

Akibat daripada kemungkiran kontrak yang dilakukan oleh salah satu pihak dalam kontrak, ia
memberi beberapa hak kepada pihak yang telah dimungkiri itu, iaitu:
i.

Hak untuk menganggap kontrak sebagai masih berjalan (S.40 AK 1950).

ii.

Hak untuk menganggap kontrak sebagai tamat (S.40 AK 1950).

Kes: Ban Hong Joo Mines Ltd lwn Chen & Yap Ltd
Pihak perayu meminta responden untuk menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah dan sebagai
balasan, perayu akan membayar responden setiap 2 minggu. Responden kemudiannya diminta
memberhentikan kerjanya kerana perayu gagal membayar. Responden membuat tuntutan
kerana menganggap tindakan perayu itu sebagai suatu tindakan menamatkan kontrak.
KM: Tindakan perayu sememangnya suatu penolakan dan responden berhak membuat tuntutan
sama ada ganti rugi kerana pecah kontrak atau quantum meruit untuk kerja yang telah
dilaksanakan oleh responden.
iii.

Hak di bawah S.65 AK 1950.

S.65 AK 1950: Apabila seorang yang mempunyai opsyen untuk


membatalkan sesuatu
kontrak membatalkannya, pihak yang lain dalam
kontrak itu tidak perlu melaksanakan
sebarang janji yang terkandung di
dalam kontrak di mana ianya adalah pembuat janji.
Pihak yang
membatalkan suatu kontrak boleh batal hendaklah, jika dia telah
mendapat sebarang faedah darinya daripada suatu pihak lain dalam
kontrak itu,
memulangkan faedah sedemikian, setakat mana yang boleh,
kepada orang dari siapa yang
dia menerimanya.
Apabila pihak teraniaya memilih untuk menamatkan kontrak yang telah dimungkiri, maka pihak
yang telah membuat kemungkiran tidak perlu lagi melaksanakan sebarang janji yang telah
dibuatnya di bawah kontrak tersebut. Pihak teraniaya dikehendaki memulangkan sebarang
faedah yang telah diterimanya daripada kontrak tersebut kepada pihak yang telah memungkiri
kontrak berkenaan.

4.

Pelepasan disebabkan kekecewaan.

S.57(1) AK 1950: Suatu perjanjian untuk melakukan suatu perbuatan yang sendirinya adalah
mustahil adalah batal.
S.57(2) AK 1950: Suatu kontrak untuk melakukan suatu perbuatan yang, selepas kontrak itu
dibuat, menjadi mustahil, atau oleh sebab suatu kejadian yang pembuat janji itu tidak dapat
mencegah, menjadi tidak sah, maka kontrak itu menjadi mustahil atau tidak sah.
Apabila kekecewaan berlaku, kedua-dua pihak dilepaskan daripada melaksanakan kewajipan
masing-masing di bawah kontrak berkenaan.
Keadaan-keadaan yang boleh mengecewakan kontrak:

i.

Apabila perkara utama kepada pelaksanaan kontrak itu musnah.

Kes: Taylor lwn Caldwell


Defendan telah bersetuju membenarkan plaintif menyewa dan menggunakan dewan muzik dan
perkarangannya bagi tujuan membuat persembahan. Sebelum tiba hari persembahan,
kebakaran berlaku dan memusnahkan dewan muzik tersebut. Plaintif menuntut ganti rugi
daripada defendan atas kemungkiran kontrak yang didakwa berlaku di pihak defendan,
walaupun pada hakikatnya, tidak melakukan sebarang kesalahan dan kemungkiran.
KM: Kontrak tersebut adalah tertakluk kepada syarat tersirat bahawa kedua-dua pihak haruslah
dilepaskan apabila pelaksanaan kontrak itu menjadi mustahil untuk diteruskan disebabkan
kejadian yang berlaku tanpa kesilapan mana-mana pihak. Defendan tidak bersalah.
ii.
berlaku.

Apabila sesuatu kejadian itu yang menjadi asas sesuatu kontrak tidak

Kes: Krell lwn Henry


Plaintif telah bersetuju untuk menyewakan defendan sebuah bilik di flatnya bagi menyaksikan
upacara pertabalan Raja Edward VII. Plaintif memberi jaminan bahawa ruang yang disewa itu
dapat memberi penglihatan yang jelas akan upacara itu nanti. Defendan bersetuju untuk
menyewa ruang tersebut pada kadar 75 pada 26 dan 27 Jun 1902. Kontrak tidak menyebut
tentang aturcara upacara selain hanya menyatakan ianya akan berlangsung pada dua tarikh
tersebut dan akan melintasi flat yang disewa itu. Semasa kontrak itu dimasuki, defendan telah
menjelaskan 25 kepada plaintif dan telah dipersetujui bahawa baki bayaran berjumlah 50 akan
dijelaskan pada 24 Jun 1902. Upacara tersebut telah dibatalkan atas sebab Raja itu diserang
sakit yang tenat. Atas sebab ini, plaintif telah menuntut baki 50 tersebut daripada defendan.
KM: Kontrak tersebut adalah batal. Ini kerana upacara pertabalan dan posisi flat yang disewa
merupakan perkara asas yang membentuk kontrak antara kedua-dua pihak. Upacara yang akan
diadakan itu pada hakikatnya merupakan perkara asas di dalam kontrak yang telah dibuat.
Defendan menyewa flat tersebut dengan tujuan untuk menyaksikan upacara berkenaan dan
walaupun kegagalan defendan untuk menyaksikannya bukanlah disebabkan oleh kemungkiran
di pihak plaintif, defendan akhirnya dilepaskan daripada kewajipannya menjelaskan baki sewaan
tersebut.
iii.
Apabila kematian / ketidakupayaan telah menghalang satu pihak daripada
melaksanakan kewajipan berbentuk peribadi.
Kes: Robinson lwn Davison
Isteri defendan (pemain piano terkemuka) telah membuat perjanjian untuk membuat
persembahan dalam satu konsert. Beliau kemudian jatuh sakit dan gagal untuk mengotakan
janjinya. Plaintif telah mendakwa defendan dan menuntut ganti rugi atas kemungkiran kontrak.
KM: Keadaan kesihatan isteri defendan adalah satu syarat yang utama dalam
perjanjian itu. Kontrak tersebut telah dilepaskan walaupun ia tidak dimungkiri oleh beliau dengan
tidak mengadakan persembahan konsert tetapi kegagalannya itu adalah disebabkan oleh

kesihatannya yang tidak berupaya untuk meneruskan persembahan yang dijanjikan.


Kes: Condor lwn The Baron Knights
A digaji untuk bermain dram selama 7 malam berturut-turut, selama 5 tahun. A jatuh
sakit dan doktor menasihatkannya supaya bermain dram hanya 4 malam sahaja. Kontrak A telah
ditamatkan.
KM: Disebabkan A sakit, dia tidak mungkin dapat meneruskan kontraknya.
iv.
Apabila perubahan undang-undang / campur tangan kerajaan dengan tiba-tiba
menjadikan sebarang percubaan untuk melaksanakan kontrak itu sebagai menyalahi undangundang.
Kes: Lee Kin lwn Chan Suan Eng
KM: Satu pajakan yang boleh diperbaharui untuk 5 tahun sekali dikatakan kecewa
apabila satu enakmen baru digubal memperuntukkan agar pajakan tersebut perlu diperbaharui
setahun sekali.

v.

Berlakunya peperangan.
Kes: Berney lwn Tronoh Mines

KM: Satu kontrak perkhidmatan menjadi kecewa akibat peperangan yang dilancarkan
oleh tentera Jepun di Malaya ketika itu.

REMEDI BAGI KEMUNGKIRAN KONTRAK


Remedi = Hak yang boleh dituntut oleh satu pihak terhadap pihak lain yang telah melakukan
pelanggaran kontrak.
Terdapat beberapa tuntutan remedi yang boleh dikemukakan oleh pihak yang terkilan iaitu:
1.

Menamatkan / membatalkan kontrak

S.40 AK 1950: Apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan, atau telah
tidak membolehkan dirinya dari melaksanakan janjinya pada keseluruhannya, maka penerima
janji bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika dia telah menunjukkan, dengan kata-kata
atau kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.
Sekiranya pihak yang terkilan itu memilih untuk menamatkan kontrak, maka tuntutan ganti rugi
bolehlah dibuat.

Kes: Muralindhar Chatterjee lwn International Film Co. Ltd


KM: Sekiranya pihak yang tidak bersalah yang membatalkan kontrak itu, telah menerima
sebarang faedah atau manfaat, dia perlu memulangkan semula kepada pihak yang
memberikannya, setakat yang wajar

2.

Ganti rugi / pampasan

Akta Kontrak 1950:


S.74 (1) AK 1950: Apabila sesuatu kontrak telah dipecahkan, pihak yang mengalami kerugian
akibat daripada pemecahan itu adalah berhak mendapat, daripada pihak yang telah
memecahkan kontrak itu, pampasan kerana kerugian atau kerosakan yang dialaminya oleh
sebab demikian, yang sendirinya timbul dalam keadaan biasa daripada pemecahan sedemikian
itu, atau yang diketahui oleh pihak-pihaknya, apabila mereka membuat kontrak itu, bahawa
mungkin akan berakibat daripada pemecahan itu.
Common law:
Kes: Hadley lwn Baxendale
KM: Jika dua pihak telah berkontrak dan salah seorang daripada mereka telah memungkirinya,
maka ganti rugi yang patut diterima oleh pihak yang lain, mestilah jumlah yang dipertimbangkan
dengan adil dan munasabah sama ada:
(a)

yang wujud sendiri menurut perjalanan biasa terbit dari kemungkiran itu, atau

(b)
yang boleh dijangkakan dengan munasabah sebagai telah diduga oleh kedua-dua
pihak sewaktu kontrak dibuat sebagai akibat yang mungkin timbul dari kemungkiran kontrak itu.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam S.74 (1) AK 1950 mengesahkan kaedah common
law yang ditegaskan dalam kes Hadley lwn Baxendale iaitu:
i.
Pihak yang terkilan berhak menuntut sebarang ganti rugi yang timbul dengan
sendirinya, mengikut keadaan biasa, ekoran daripada kemungkiran kontrak.
S.74 (1) AK 1950: Apabila sesuatu kontrak telah dipecahkan, pihak yang mengalami kerugian
akibat daripada pemecahan itu adalah berhak mendapat, daripada pihak yang telah
memecahkan kontrak itu, pampasan kerana kerugian atau kerosakan yang dialaminya oleh
sebab demikian, yang sendirinya timbul dalam keadaan biasa daripada pemecahan sedemikian
itu, atau yang diketahui oleh pihak-pihaknya, apabila mereka membuat kontrak itu, bahawa
mungkin akan berakibat daripada pemecahan itu.
Kerugian langsung = Kerugian yang timbul secara semula jadi mengikut perjalanan
biasa, sebagai satu akibat yang mungkin daripada pelanggaran.
Kes: East Asiatic Co Ltd lwn Othman

Defendan bersetuju untuk membeli kereta plaintif dengan harga RM6,390. Walau
bagaimanapun, defendan mungkir janji dan plaintif terpaksa menjualkan kereta tersebut kepada
syarikat lain tetapi pada harga yang lebih murah iaitu RM4,477.69. Plaintif menuntut ganti rugi
sebanyak RM1,912.31 yang merupakan perbezaan harga antara harga jualan yang boleh
diperolehi daripada defendan dengan harga jualan sebenar yang diperolehi daripada syarikat
lain itu.
KM: Plaintif berhak mendapatkan jumlah tersebut
Kes: Bee Chuan Rubber Factory lwn Loo Sam Mui
Pihak responden menyaman perayu untuk kerugian yang dialaminya akibat kelengahan perayu
menyiapkan rumah responden selama lebih kurang 4 tahun. Kelengahan ini mengakibatkan
responden terpaksa mencari penginapan alternatif pada kadar RM100 sebulan.
KM: Wujudnya pelanggaran kontrak akibat kelengahan perayu menyiapkan rumah responden.
Ganti rugi yang boleh dituntut termasuklah kos penginapan yang munasabah di tempat lain dan
penyimpanan perabot jika perbelanjaan tersebut sebenarnya berlaku.
ii.

Pihak yang terkilan boleh menuntut ganti rugi khas.

S.74 (1) AK 1950: Apabila sesuatu kontrak telah dipecahkan, pihak yang mengalami kerugian
akibat daripada pemecahan itu adalah berhak mendapat, daripada pihak yang telah
memecahkan kontrak itu, pampasan kerana kerugian atau kerosakan yang dialaminya oleh
sebab demikian, yang sendirinya timbul dalam keadaan biasa daripada pemecahan sedemikian
itu, atau yang diketahui oleh pihak-pihaknya, apabila mereka membuat kontrak itu, bahawa
mungkin akan berakibat daripada pemecahan itu.
Kerugian boleh ramal = Kerugian yang ada dalam pemikiran kedua-dua pihak, semasa membuat
kontrak, sebagai yang mungkin berbangkit daripada pelanggaran kontrak itu.
Ganti rugi khas = Ganti rugi yang melebihi kerugian biasa yang ditanggung oleh pihak yang
terkilan.
Sekiranya pihak yang terkilan hendak menuntut ganti rugi khas, dia hendaklah membuktikan
bahawa pihak yang memungkiri itu mengetahui, pada saat kontrak dimasuki, kerugian tersebut
berkemungkinan timbul akibat kemungkirannya.

Kes: Tham Cheow Toh lwn Associated Metal Smelters


Defendan telah bersetuju menjualkan sebuah dapur pelebur logam kepada plaintif
dan telah memberi jaminan bahawa dapur itu bersuhu tidak kurang daripada 2,600F. Spesifikasi
ini tidak dipenuhi. Plaintif mengambil tindakan dan mendakwa berlakunya kemungkiran kontrak,
serta menuntut ganti rugi khas kerana telah hilang keuntungan.
KM: Defendan tidak akan dikenakan bayaran ganti rugi kerana kehilangan
keuntungan tersebut melainkan ada bukti yang menunjukkan bahawa tujuan khusus dapur itu
telahpun diterangkan kepada mereka, dan mereka berkontrak atas dasar bahawa sekiranya

mereka lewat menghantar dapur tersebut, mereka terpaksa membayar ganti rugi kerana hilang
keuntungan. Dalam kes ini, defendan tahu betapa pentingnya dia menghantar dapur itu secepat
mungkin dan dapur itu mestilah berupaya mengeluarkan suhu 2,600F. Oleh itu, mereka
dikehendaki membayar ganti rugi berjumlah RM7,501.38 kepada plaintif kerana kehilangan
keuntungan berkenaan.

Pihak yang terkilan tidak berhak menuntut apa-apa kehilangan atau kerugian yang
jauh dan tidak langsung yang dialami akibat daripada kemungkiran kontrak itu.

S.74 (2) AK 1950: Pampasan sedemikian itu tidaklah boleh diberi kepada sebarang kerugian
yang terpencil dan tidak langsung atau kerosakan yang dialami oleh sebab pemecahan itu.

3.

Pelaksanaan spesifik

Pelaksanaan spesifik = Suatu dekri mahkamah kepada defendan mengarahkan defendan


menjalankan akujanjinya secara spesifik, iaitu berdasarkan terma-terma kontrak yang telah
dipersetujui di bawah kontrak.
S.11(1) & S.21(1) Akta Relief Spesifik 1950 (ARS 1950): Perintah pelaksanaan spesifik adalah
satu remedi yang bergantung pada budi bicara mahkamah.
Keadaan-keadaan yang membenarkan pemberian pelaksanaan spesifik
1.
S.11(1)(a) ARS 1950: Pelaksanaan spesifik boleh diperintahkan apabila obligasi yang
dipersetujui untuk dilaksanakan adalah suatu amanah yang mesti dilaksanakan.
Misalan
A memegang beberapa stok sebagai amanah untuk B. A secara salah melupuskan
stok itu. Undang-undang mewujudkan suatu kewajipan ke atas A untuk memulangkan kuantiti
stok yang sama kepada B, dan B boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kewajipan ini.
2.
S.11(1)(b) ARS 1950: Pelaksanaan spesifik boleh diperintahkan apabila tiada
standard yang wujud bagi menentukan ganti rugi sebenar yang disebabkan oleh
ketidaklaksanaan perbuatan yang dipersetujui untuk dilakukan.
Misalan
A bersetuju membeli, dan B bersetuju menjual, suatu gambar yang dilukis oleh
seorang pelukis yang telah mati dan dua buah pasu yang luar biasa dari negara China. A boleh
memaksa B secara spesifik untuk melaksanakan kontrak ini, kerana tiada standard untuk
menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan oleh ketidaklaksanaannya.
3.
S.11(1)(c) ARS 1950: Pelaksanaan spesifik boleh diperintahkan apabila pembayaran
ganti rugi tidak merupakan remedi yang mencukupi.

Kes: Gan Realty Sdn Bhd & Ors lwn Nicholas & Ors
KM: Perintah pelaksanaan spesifik boleh diberikan dalam kontrak jualan yang melibatkan saham
bank yang tidak diniagakan di pasaran. Sekiranya saham itu boleh didapati dengan mudah di
pasaran terbuka, pembayaran ganti rugi adalah remedi yang mencukupi.
4.
S.11(1)(c) ARS 1950: Pelaksanaan spesifik boleh diperintahkan apabila kemungkinan
bahawa pampasan kewangan tidak boleh didapati bagi ketidaklaksanaan perbuatan yang
dipersetujui untuk dilakukan itu.
5.
S.11(2) ARS 1950: Sehingga dan kecuali sebaliknya dibuktikan, mahkamah akan
mengandaikan bahawa pecah kontrak sesuatu kontrak untuk memindah milik harta tak alih tidak
boleh dipulihkan dengan memadai melalui pampasan dalam bentuk wang.
Kes: Mustapha bin Mohamed Noh lwn Osman bin Shahidah &Ors
Defendan bersetuju menjual tanah kepada plaintif dengan harga RM8,000. Wang pendahuluan
sebanyak RM2,000 telah dibayar kepada defendan. Apabila defendan enggan meneruskan
kontrak, wang deposit itu dikembalikan sebagai memenuhi kehendak perjanjian mereka yang
menyatakan bahawa sekiranya penjual gagal melaksanakan penjualan tanah tersebut, wang
pendahuluan hendaklah dikembalikan. Plaintif memohon arahan pelaksanaan spesifik.
KM: Plaintif berhak mendapat arahan tersebut.

Keadaan-keadaan yang mana pelaksanaan spesifik tidak akan diberikan


S.20(1) ARS 1950: Mahkamah tidak akan memerintahkan pelaksanaan spesifik
(a)
sekiranya pembayaran ganti rugi adalah remedi yang memadai apabila berlaku
pelanggaran kontrak.
(b)
jika sesuatu kontrak itu begitu terperinci butirannya atau melibatkan pengawasan rapi
oleh mahkamah atau apabila sesuatu kontrak itu bergantung kepada kelayakan peribadi /
khidmat pihak-pihak yang berkenaan.
(c)

apabila terma-terma kontrak tidak jelas dan tiada kepastian yang munasabah.

(d)
pihak.

sekiranya sesuatu kontrak itu boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh mana-mana

(e)
jika sesuatu kontrak itu dibuat oleh pemegang amanah, pemegang amanah itu telah
bertindak melampaui kuasa yang dimilikinya.
(f)
jika sesuatu kontrak itu dibuat bagi pihak sesuatu perbadanan / oleh penganjur
syarikat, kontrak itu dibuat secara ultra vires.
(g)
sekiranya kontrak itu melibatkan pelaksanaan yang berterusan tempohnya sehingga
melebihi 3 tahun dari tarikh ia dibuat.

(h)
apabila bahagian penting yang menjadi pokok perjanjian yang difikirkan wujud oleh
pihak-pihak yang berkontrak, hakikatnya tidak lagi wujud sebelum kontrak itu dibuat.

S.21(2) ARS 1950: Mahkamah boleh melaksanakan budi bicaranya untuk tidak memerintahkan
pelaksanaan spesifik dalam keadaan-keadaan berikut:
(a)
Apabila kontrak itu dibuat dalam keadaan yang mana ia akan memberi plaintif suatu
faedah yang tidak adil ke atas defendan, walaupun tidak melibatkan sebarang tipuan / salah
nyata di pihak plaintif.
(b)
Jika perintah pelaksanaan spesifik boleh menyebabkan kesusahan tak wajar kepada
defendan sedangkan jika ia tidak diperintahkan, tidak akan menimbulkan sebarang kesulitan di
pihak plaintif.
Contoh:
A berjanji akan menjualkan tanah yang diamanahkan kepadanya untuk kepentingan C kepada B.
Jika kontrak diteruskan, ini akan menyebabkan A dihadapkan ke mahkamah atas pecah
amanah.
4.

Injunksi

Injunksi = Suatu arahan mahkamah memerintahkan pihak defendan supaya membetulkan salah
lakunya yang menjadi punca kemungkiran kontrak itu.
S.50 ARS 1950: Injunksi diberi mengikut budi bicara mahkamah.
Injunksi boleh berbentuk positif dan negatif.
i.

Injunksi mandatori = Injunksi yang mengkehendaki tindakan tertentu dilakukan.


Kes: Neoh Siew Eng & Anor lwn Too Chee Kwang

KM: Mahkamah telah mengeluarkan injunksi memerintahkan defendan (pemilik


rumah) meneruskan bekalan air kepada plaintif (penyewa rumah). Defendan perlu mematuhi
segala peraturan Jabatan Kerja Air supaya bekalan air tidak lagi terputus.
ii.

Injunksi prohibitori = Injunksi yang melarang sesuatu tindakan daripada dilakukan.

Contoh:
Misalan (a) S.52 ARS 1950: Jika A menyewakan tanah tertentu kepada B, dan B berkontrak
bahawa beliau tidak akan mengorek pasir atau batu kerikil di situ, A boleh membawa tindakan
injunksi bagi menahan B daripada mengorek bertentangan dengan kontraknya.
Kes: Polygrams Records Sdn Bhd lwn Hilary Ang & Ors

Plaintif dan defendan telah memasuki kontrak di mana defendan pertama hingga
defendan kelima bersetuju mempersembahkan karya muzik hanya kepada plaintif selama dua
tahun. Plaintif memohon injunksi sementara untuk menghalang defendan pertama hingga kelima
daripada berkhidmat dengan defendan keenam.
KM: Plaintif berjaya mendapat perintah injunksi.
Injunksi sementara (injunksi interim) dan injunksi berkekalan (injunksi mandatori).
i.
S.51(1) ARS 1950: Injunksi sementara adalah yang berterusan sehingga suatu masa
yang ditetapkan, atau sehingga perintah selanjutnya oleh mahkamah. Injunksi sementara boleh
diberi pada mana-mana tempoh sesuatu guaman dan dikawal selia oleh undang-undang yang
berhubungan dengan tatacara sivil. Injuksi sementara boleh diberi pada bila-bila masa setelah
tindakan undang-undang dimulakan dan tertakluk pada atur cara mahkamah sivil.
Injunksi sementara diberikan oleh mahkamah untuk mengekalkan kedudukan (status
quo) kedua-dua pihak sehingga selesai perbicaraan atau tindakan undang-undang itu.
ii.
S.51(2) ARS 1950: Injunksi berkekalan hanya boleh dberi melalui dekri yang dibuat
pada masa perbicaraan dan atas merit guaman itu. Dengan itu, defendan dihalang secara
berkekalan daripada menuntut sesuatu hak atau daripada melakukan sesatu perbuatan yang
akan bertentangan dengan hak plaintif.
Injunksi kekal hanya boleh diberikan oleh mahkamah di akhir perbicaraan apabila
mahkamah telahpun menimbangkan keadaan sesuatu kes.
Apabila injunksi kekal diberikan oleh mahkamah di akhir perbicaraan, defendan
adalah disekat buat selama-lamanya daripada meneruskan / melakukan tindakan tertentu.
Kes: Neoh Siew Eng & Anor lwn Too Chee Kwang
KM: Mahkamah telah mengeluarkan injunksi memerintahkan defendan (pemilik
rumah) meneruskan bekalan air kepada plaintif (penyewa rumah). Defendan perlu mematuhi
segala peraturan Jabatan Kerja Air supaya bekalan air tidak lagi terputus.
5.

Quantum meruit

Quantum meruit = Sebanyak yang patut diterima


Quantum meruit boleh dituntut apabila pihak yang terkilan memohon kepada mahkamah
sejumlah bayaran terhadap apa yang telah dilakukannya dalam sesuatu kontrak.
Tuntutan bayaran berasaskan quantum meruit adalah tuntutan ganti rugi untuk satu jumlah yang
munasabah.
Quantum meruit boleh dituntut dalam keadaan-keadaan berikut:
i.
Apabila satu pihak dalam sesuatu kontrak itu menahan pihak yang satu lagi daripada
melaksanakan keseluruhan kontrak. Pihak yang terkilan berhak menuntut bayaran munasabah
berasaskan quantum meruit untuk kerja-kerja yang beliau telah lakukan berdasarkan kontrak itu.

Kes: Planche lwn Colburn


Plaintif bersetuju menulis dalam majalah terbitan defendan. Setelah plaintif menulis sebahagian
daripadanya, defendan memberhentikan penerbitan majalah.
KM: Plaintif berhak membuat tuntutan quantum meruit.
Kes: De Bernady lwn Harding
Seorang prinsipal secara salah telah menamatkan kuasa agennya sebelum agen itu
menyelesaikan tugasnya.
KM: Agen itu boleh membuat tuntutan berdasarkan quantum meruit bagi kerja-kerja yang telah
dilakukannya dan perbelanjaan yang telah dikeluarkannya semasa menjalankan tugas-tugas
tersebut.
ii.
Tuntutan quantum meruit boleh dipohon sekiranya pihak yang terkilan itu membuat
kerja atau berkhidmat di bawah suatu kontrak yang batal.
Kes: Craven and Ellis lwn Canons Ltd
Seorang pengarah urusan telah dilantik berdasarkan kontrak yang pada hakikatnya
adalah batal. Beliau telah menjalankan beberapa perkhidmatan kepada syarikat.
KM: Walaupun tidak dapat membuat tuntutan di bawah kontrak itu, beliau boleh mendapat
bayaran yang munasabah berdasarkanquantum meruit untuk perkhidmatan yang telah diberikan.
iii.
Jika terdapat kontrak yang nyata atau tersirat bagi menyediakan perkhidmatan, tetapi
ganjaran yang dibayar tidak ditetapkan dalam kontrak itu, maka jumlah yang kena dibayar ialah
jumlah yang munasabah.
Kes: Upton RDC lwn Powell
KM: Powell dikehendaki membayar sejumlah yang munasabah bagi perkhidmatan-perkhidmatan
yang telah diterimanya daripada Upton Fire Brigade.

You might also like