Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

PENGENALAN

Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama sebelum 1937.
Selain itu, pada mulanya bandar Taiping adalah ibu kota bagi negeri Perak sebelum
ditukarkan kepada bandar Ipoh. Tambahan pula, asal usul nama Taiping dapat diketahui iaitu
Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Taiping bermaksud aman atau damai dalam bahasa Mandarin. Pertelingkahan puak-puak
pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut
iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu, malahan persatuan
kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air.
Walau bagaimanapun, setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih
sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut. Di samping itu, Bandar Taiping juga bermula
sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri Perak yang pertama. Malah
Taiping pada hari ini tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai
Bandar Warisan. Selain itu, bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang
Melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpa bijih timah.
1

Menurut Talib Samat Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang

bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Oleh itu, bersempena
nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut. 2Taiping juga terletak di atas permukaan
muka bumi yang tinggi terutama di bahagian Bukit Larut yang menjadikan Taiping sebagai
kawasan yang paling lembap di Malaysia dengan menerima taburan hujan sekitar 4,000
milimeter setahun. Di samping itu, Bandar Taiping lebih unik sebagai sebuah bandar yang
pernah menjadi ibu negeri bagi Perak yang kaya dengan pelbagai sejarah dan budaya.

POLITIK SEBELUM BRITISH


Pada tahun 1850 sehingga 1874 kuasa politik di Taiping dikawal oleh seorang tokoh iaitu
Long Jaafar. Pemerintahan beliau berlaku pada tahun 1850 iaitu sebelum datangnya British
menjajah Tanah Melayu. Pertelingkahan di Taiping sering berlaku di Taiping ketika itu.
Pertelingkahan ini terjadi kerana tercetusnya peperangan Larut yang pertama yang berlaku
pada bulan Julai 1861 apabila kongsi gelap Hai San cuba merosakkan tali air kongsi gelap
Ghee Hin dan pertelingkahan tersebut menyebabkan salah seorang daripada puak Ghee Hin
terbunuh. Walau bagaimanapun puak Hai San sekali lagi cuba melakukan serangan secara
mengejut kepada puak Ghee Hin di Klian Baru dan merampas kesemua harta milik puak
Ghee Hin. Serangan ini telah menyebabkan seramai 1,000 orang puak Ghee Hin lari ke
Pulau Pinang menemui ketua mereka iaitu Lee Ah Kun dan mereka mendapatkan bantuan
daripada residen British. Dengan itu, satu rombongan pasukan polis telah dihantar untuk
membuat siasatan berkaitan pertelingkahan yang berlaku. Hasil siasatan yang didapati puak
Hai San yang bersalah.
Perang Larut ini berlarutan sehingga tiga siri peperangan dan akibatnya perang ini
telah menyebabkan keaadaan semakin keruh serta menimbulkan pelbagai lagi masalah
apabila campur tangan pembesar-pembesar Melayu. Hubungan Puak Hai San dengan Ngah
Ibrahim begitu rapat dan akrab. Walau bagaimanapun, selepas kemangkatan Sulatan Ali pada
tahun 1871, Raja Muda Abdullah telah diketepikan dan raja Ismail yang merupakan Raja
Bendahara di lantik sebagai Yang Dipetuan yang baru. 3Ngah Ibrahim merupakan salah
seorang pembesar yang melantik Raja Ismail. Ngah Ibrahim tidak menyokong dan melantik
Raja Abdullah untuk berkuasa kerana beliau bimbang Raja Abdullah mendesak dan
merampas segala hasil Larut untuk dijadikan miliknya.

POLITIK SEMASA PEMERINTAHAN BRITISH


Oleh itu, Raja Abdullah mencari jalan untuk merampas Larut dengan meminta
bantuan daripada pelbagai pihak terutama mencari saudagar-saudagar daripada Singapura. Di
negeri Perak, Raja Abdullah telah memberi sokongan kepada Pihak Ghee Hin dan Hop Hup
Seah. Kemudian, melalui saudagar-saudagar dari Singapura, Raja Abdullah telah berjanji
dengan gabenor baru iaitu Sir Andrew Clarke bahawa beliau sanggup menerima seorang
Residen atau pegawai British sekiranya dapat membantunya menaiki tahkta. Tugas tersebut
telah diambil alih oleh pihak British pada tahun 1875 yang mengawal soal politik di Perak
sepenuhnya. 4Justeru, secara tidak langsung segala hal-hal yang berkaitan pentadbiran,
perundangan di Taiping akan diselesaikan oleh Pihak British maka suatu perjanjian telah
ditandatangani pada tahun 1874 yang diberi nama Perjanjian Pangkor

sekali gus

menyaksikan kekacauan di Larut telah ditamatkan. Oleh itu, pada tahun 1883 pembangunan
di Taiping berjalan dengan agak pesat kerana ada bangunan-bangunan baru yang digunakan
sebagai mahkamah dan pejabat.
5

Pihak British telah mula menyusun pentadbiran Larut. Tugas itu diserahkan kepada

Kapten Speedy yang telah dilantik sebagai Penolong Residen. Residen negeri Perak yang
pertama ialah J.W.W Birch dan beliau telah memilih Bandar Baru untuk di tadbir. Hilir Perak
merupakan sebagai pusat pentadbiran. Bagi menyusun kembali pentadbiran di Larut, pelbagai
pembaharuan yang dibuat oleh pihak British dalam pentadbiran Taiping. Hal ini demikian
kerana bandar Taiping mempunyai potensi yang amat besar untuk menjadi sebuah bandar
yang termaju kerana bandar ini begitu kaya dengan hasil bumi khususnya sumber bijih timah.
Buktinya pada 1980 tahun bandar Taiping telah muncul sebagai bandar yang sibuk. 6Hal ini
demikian kerana selepas pembunuhan J.W.W Birch, kematian Birch mengemparkan kerajaan
Negeri-Negeri Selat dan juga pejabat Kolonial di London pasukan tentera dihantar ke Pasar
Salak untuk mengatasi gerakan orang-orang Melayu ini.

Taiping telah dipilih sebagai pusat pentadbiran, iaitu ibu kota Perak. Dibawah
pentadbiran British, mereka juga telah menyediakan pelbagai bangunan untuk berbagai
tujuan, misalnya Pejabat Bendahari, untuk pasukan polis (terdiri daripada orang Punjabi),
rumah sakit, gudang senjata setor, dan banglo untuk pegawai British. Hal ini secara tidak
langsung telah mengukuhkan kedudukan pihak British di bandar Taiping. Pada tahun 1896,
Perak, Selangor, Pahang serta Negeri Sembilan disatukan sebagai sebuah Persekutuan oleh
pihak British. Ketika itu sepasukan askar yang dikenali sebagai Malay States Guides telah
ditubuhkan dan markasnya terletak di Taiping.
Angkatan sepai ini ditubuhkan untuk mempertahankan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu dan angkatan tentera ini boleh berkhidmat pada bila-bila masa sekiranya perlu
digunakan untuk mempertahankan Negeri-negeri Selat. Ketua Malay States Guides ialah
R.S.F Walker dan sebilangan besar rejimnya ini terdiri daripada orang Punjabi. Pada tahun
1915 sebahagian Sepai dihantar ke Aden di mana mereka berada di sana selama 4 tahun.
Dengan tamatnya perang dunia I, Malay States Guides telah dibubarkan. Seterusnya
Kompleks Sejarah Matang yang dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah
Ibrahim yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh
Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan yang merupakan anak kepada
Cek Long Jaffar orang Melayu pertama pada tahun 1840 yang telah membuka perusahaan
lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kompleks ini adalah merupakan
sebuah bangunan yang telah jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut
dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar.
Seterusnya bangunan ini dibina dengan menggunakan bahan-bahan yang terdiri
daripada batu bata sahaja. Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4
Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan pentadbiran Inggeris sehingga ianya
dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Kota ini dahulunya

pernah diserang oleh tentera Jepun yang datang ke Malaya untuk menjajah Tanah Melayu.
7

Buktinya terdapat beberapa serpihan enjin pesawat tentera Jepun yang terhempas di hadapan

tembok Muzium Matang semasa perang dunia ke 2. Selepas itu, kota ini pula dijadikan
sebagai Sekolah Melayu (1913-1941). Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu
(1941-1945) kota ini berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Pada tahun 1946 Perang
dunia kedua telah ditamatkan dan Jepun menyerah kalah maka kota tersebut telah dijadikan
semula sebagai Sekolah Melayu (1945-1984). Kota ini dijadikan Kompleks Sejarah Matang
hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ia diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia
(dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti). Dengan ini, jelaslah bahawa
pekembangan pesat yang berlaku di dalam politik dan pentadbiran di taiping dari tahun 1850
sehingga kemerdekaan Tanah Melayu.
POLITIK SELEPAS MERDEKA
Seterusnya, selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, politik
di Taiping telah di tadbir oleh orang Melayu tanpa campur tangan kuasa asing khususnya
kuasa British. Hal ini tentunya membawa perkembangan yang lebih pesat di Bandar Taiping.
Pentadbiran Taiping di bawah daerah Larut Matang dan Selama telah ditadbir dan diurus oleh
dua pihak tempatan iaitu, Majlis Perbandaran Taiping bagi beberapa kawasan di dalam
pentadbiran Larut dan Matang manakala Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama.
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 September 1979 hasil dari
termaktubnya akta 1714, akta kerajaan tempatan pada tahun 1976. Kini MPT dengan
keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari 8 Lembaga Pengurusan Kerajaan
Tempatan. 8Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah berjaya menutup tirai 1997 dengan
mencatat sejarah kegemilangan apabila memenangi 6 anugerah perkhidmatan awam, sekali
gus mencipta rekod sejak penubuhanya. Dari aspek pentadbiran, Majlis Perbandaran Taiping

telah melakukan beberapa aktiviti pembangunan bagi kawasan yang terlibat. Kawasan ini
merangkumi kawasan pinggir bandar dan meliputi 12 mukim iaitu Mukim Bandar Taiping,
Mukim Batu Kurau, Mukim Pengkalan Alor, Mukim Kamunting, Mukim Simpang, Mukim
Asam Kumbang, Mukim Sungai Limau, Mukim Jebong, Mukim Bukit Gantang, Mukim
Tupai, Mukim Terong, Mukim Sungai Tinggi. Mukim-mukim ini diketuai oleh penghulu.
Manakala MPT diketuai oleh Yang Dipertuan Agung. Selepas kemerdekaan sehingga tahun
2000, Taiping telah mula berkembang dengan begitu pesat.

EKONOMI SEBELUM BRITISH


Pada tahun 1850 sebelum kedatangan British ke Taiping, ekonomi di Taiping dikawal
oleh seorang tokoh iaitu Long Jaafar. Kegiatan ekonomi asas Taiping ialah pertanian. Tanah
dibahagikan kepada 9 gred mengikut mutu dan diserahkan kepada setiap keluarga
berdasarkan bilangan ahli. Tanah dibahagikan sama rata dan tidak kira lelaki atau wanita.
Mereka yang berumur 16 tahun ke atas mendapat satu bahagian dan yang berumur di bawah
16 tahun mendapat separuh bahagian. Harta menjadi hak milik bersama dan hak milik
persendirian diharamkan. Taiping juga mempunyai sebuah kenderaan khas yang digunakan
untuk menguruskan perkahwinan, kelahiran dan kematian. Penduduk Taiping juga digalakkan
terlibat dalam kegiatan ekonomi lain seperti pertukangan tangan dan penternakan bagi
menambahkan pengeluaran.

EKONOMI SEMASA BRITISH


Walau bagaimanapun, pada tahun 1874 semasa kedatangan British telah berlaku
kepesatan pertumbuhan ekonomi yang berlaku di Taiping, maka pihak British telah bertindak
merancang dan melaksanakan beberapa strategi untuk membangunkan ekonomi di Taiping.
9

Kedatangan British turut membawa kemasukan lebih ramai pemodal Inggeris untuk

menguasai kegiatan perlombongan bijih timah di Perak. Mereka terpaksa membawa masuk
pekerja dan peniaga keturunan Cina dari negara China untuk membantu mengeksploitasi
sumber yang berharga itu secara besar-besaran. Sejak tahun 1913 kegiatan perlombongan
bijih timah dikatakan dibuat secara aktif di Perak terutama di lubuknya di Lembah Kinta.
Selepas perlombongan bijih timah, Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi
pertama yang dibina di atas tanah bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman
tasik ini di buka pada tahun 1880. Ini juga membantu dalam perkembangan ekonomi di
Taiping.
Walaupun status Ibu Negeri Perak telah ditukar ke Ipoh, namun Taiping masih
berkembang maju terutama dalam bidang ekonomi.

10

Taiping mula berkembang dari segi

kemudahan yang telah dibina adalah kemudahan keretapi yang menghubungkan Bandar
Taiping ke Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Welt) bermula dari tahun 1882 dan siap pada
tahun 1885. Landasan keretapi ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, iaitu Sir Hugh
Low.

11

Tujuan pembinaan ini adalah sebagai kemudahan terhadap pengangkutan buruh

lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan bijih timah dari Taiping.
Kedatangan British telah memulau ekonomi orang Melayu. Wujud ekonomi dua
(dwiekonomi) iaitu ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan.
EKONOMI SELEPAS MERDEKA
Selepas kemerdekaan 1957, era perkembangan dari segi ekonomi, pembangunan dan
perindustrian bertambah maju sehingga tahun 2000. Pembinaan beberapa 4 buah bangunan
iaitu terdiri daripada beberapa buah syarikat seperti SYABAS BERHAD, MAYBANK
BERHAD, TELEKOM MALAYSIA BERHAD, BANK RAKYAT yang dianggarkan telah
mengambil masa selama kira-kira 4 tahun dan nilai kos yang dikeluarkan adalah sebanyak $
7000 yang dibiyai sendiri oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Selain itu, perkembangan

infrastruktur juga turut meningkat pada tahun 1988 seperti penubuhan bandar-bandar baru.
Dengan kemunculan industri-industri baru seperti Syarikat Perak Utara yang terlibat dalam
aktiviti perniagaan kejuruteraan di Taiping, malah aktiviti perniagaan ini juga berkaitan
dengan pembuatan dan industri. Seterusnya Taiping juga membangun dalam bidang pertanian
terutama dalam penanaman padi. Padi akan dihantar ke kilang selepas mencapai masa yang
sesuai untuk di proses dan di eksport ke luar negara bagi menambahkan pendapatan ekonomi
negara. Jelaslah bahawa aktiviti perindustrian telah berkembang dengan begitu pesat di
Taiping malah ia telah memberi banyak sumbangan selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
SOSIAL SEBELUM BRITISH
Sebelum penemuan bijih timah oleh Long Jaafar di Taiping Perak pada tahun 1948,
kesemua penduduk di Tanah Melayu rata-ratannya adalah orang Melayu. Jumlah penduduk
Taiping waktu itu dalam lingkungan 6,000 orang. Hanya sedikit sahaja golongan cina yang
datang sebagai pedagang dan membuka penempatan di Taiping. Pada tahun 1850 sebilangan
besar penduduknya terdiri daripada orang Cina.

12

Orang India telah juga tiba walaupun

bilangannya masih kecil. Kawasan penempatan yang berbeza seperti orang Cina tinggal di
lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang menjadi bandar seperti Ipoh,
Taiping manakala orang India tinggal di kawasan ladang getah iaitu di Gapis yang merupakan
tempat tinggal yang terpencil daripada orang Cina dan Melayu. Masyarakat Melayu pula
tinggal di kampung-kampung di luar Bandar seperti Kampung Sungai Tinggi. Penempatan
yang berbeza ini menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain. Disamping itu,
sebelum kedatangan penjajah, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan disurau, masjid dan
sekolah pondok.

SOSIAL SEMASA BRITISH


Selain itu, British hanya melantik golongan elit Melayu sahaja yang diambil untuk
bekerja di pejabat pentadbiran British. Namun pada zaman pemerintahan British, Tanah
Melayu tidak mempunyai sistem pendidikan yang jelas. Oleh itu, sistem pendidikan
vernakular yang diperkenalkan oleh Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan antara
kaum. Sistem vernakular ini bermaksud pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum
masing-masing
pembangunan

sebagai
(P&P)

bahasa

pengantara

di sekolah. Antara

dalam

pelaksanaan

sekolah vernakular

penyelidikan

tersebut

ialah

dan

sekolah

vernakular Melayu, vernakular Cina, vernakular India dan vernakular Inggeris.


Antara sekolah pertama ditubuhkan ialah Sekolah Inggeris yang dibina di Kamunting
pada tahun 1883. Walau bagaimanapun populasi pelajar yang menuntut di Sekolah Inggeris
semakin bertambah maka pihak British memindahkan ke bagunan baru pada tahun 1905 dan
bagunan tersebut dinamakan King Edward VII. Sekolah Inggeris untuk murid-murid
perempuan juga diwujudkan di Taiping. 13Sebuah sekolah perempuan pada tahun 1889 telah
ditubuhkan oleh kerajaan Perak kemudiannya pengurusan sekolah itu diserahkan kepada
Methodist Episcopal Mission dan diberi nama baru iaitu Treacher Girls School pada tahun
1902.
Taiping juga mendahului bandar-bandar lain dalam bidang pelajaran Inggeris. Sekolah
Inggeris yang pertama di negeri-negeri Melayu telah dibuka di Kamunting oleh Hugh Low
pada tahun 1878. Dalam mencapai abad ke-20 secara beransur-ansur sekolah-sekolah
Inggeris di lpoh telah mengungguli sekolah Inggeris di Taiping, sehingga akhir kurun ke-19
tidak dapat disangkal Taiping sebagai ibu kota, dianggap sebagai pusat kegiatan intelektual.
Misalnya, akhbar-akbar melayu diterbitkan di Taiping Pada 4 Julai 1894. Akhbar itu yang

diberi nama Perak Pioneer (naskhah-naskhahnya masih tersimpan di Muzium Taiping)


diusahakan oleh Syed Abul Hassan ibnay Burhan.
SOSIAL SELEPAS MERDEKA
Walau bagaimanapun, kepesatan aktiviti sosial yang begitu pesat berlaku di Taiping
telah menyebabkan bilangan penduduknya semakin bertambah dari tahun 1980 sehingga
tahun 2000 iaitu selepas merdeka yang terdiri daripada kaum Melayu, India, China, Serami,
Ceylon, Eropah dan lain- lain lagi. Demi menjadikan Taiping sebuah tempat yang maju pihak
British masih memantau aktiviti sosial secara minimum iaitu membangunkan pusat pengajian
dan persatuan untuk memberi tunjuk ajar atau melatih generasi yang berikutnya memerintah
Taiping.
Seterusnya, pembinaan Hospital Taiping mula dibina ketika itu. Pembinaan hospital
ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah.
Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh
kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19,
maka negeri Perak mempunyai hospital yang paling banyak di dalam negeri iaitu sebanyak
15 buah hospital. 14Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg.
Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik,
Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan. Sebelum diberi nama Hospital
Taiping, ia lebih dikenali sebagai Hospital Yeng Wah yang terletak di Jalan Taming Sari.
Hospital ini dibina pada tahun 1880, malah. Taiping pada dewasa itu mempunyai beberapa
hospital yang paling besarnya ialah Hospital Yang Wah khas untuk orang miskin. 15Hospital
itu diketuai oleh Dr. Wright dan mempunyai tempat untuk 900 orang pesakit ia adalah di
bawah urusan kaum Cina.

16

Hospital ini telah diiktiraf sebagai hospital yang tertua di

Malaysia kerana ia dilengkapi dengan kemudahan X-ray selepas beberapa bulan


diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya iaitu Prof.W.C Roetgean.
Selain itu, merujuk buku Taiping Ibu Kota Perak kemudahan Pos dan Telegraf
merupakan Pejabat Pos yang pertama di bandar Taiping yang dibina pada tahun 1875 dengan
menghubungkan telegraf sepanjang 43.2 km yang telah dipasang merentangi hutan dari
kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga bangunan Pejabat pembantu Residen di
Taiping. Old Post and Telegraph Office (now Taiping Court), Taiping, Perak (1884)
pemandangan dari Bukit Maxwell.
Di samping Itu, perkembangan Taiping turut diikuti dengan pembinaan muzium iaitu
lebih dikenali sebagai Muzium Perak. Taiping merupakan muzium tertua dan pertama adalah
Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli batoni dan geologi. Di sini tersimpanya lebih daripada
10,000 bahan pameran pelbagai specimen zoology, herbarium dan alat budaya masyarakat
Melayu selain lebih 5,000 bahan rujukan sejarah.
Pada tahun 1957 sehingga tahun 2000 Taman Mergastua Sultan Idris Shah telah
menjadi tempat komersial yang lebih dikenali sebagai Zoo Taiping. Zoo Taiping dirasmikan
pada tahun 7 mac 1964.

17

Pembangunan Zoo Taiping ini dilaksanakan secara berterusan

dengan beberapa bantuan daripada pihak kerajaan negeri dari semasa ke semasa. Tambahan
pula, Taiping mula membawa pelbagai pembaharuan dengan memperkenalkan pameran
haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dan mengutamakan habitat asal haiwan yang
dipamerkan.
Zoo Taiping terletak di Taman Tasik , keluasan Taman Tasik ini mencapai sehingga
62 hektar. Di taman ini pengunjung dapat menikmati pemandangan landskapnya yang cantik.
Dihiasi oleh pokok-pokok yang berusia ratusan tahun selain terdapat 10 kolam besar yang
lengkap dengan kemudahan tandas, laluan berjoging dan pondok berehat.

18

Pokok tersebut

ditanam pada zaman British menjajah negara ini yang diselia oleh Jabatan Perhutanan Daerah
Larut Matang dan Selama, tetapi kini telah diselia oleh Majlis Pembandaran Taiping dan
tidak lagi di bawah Pejabat Perhutanan Daerah.
Selain itu, Taiping masih mempunyai kemudahan-kemudahan untuk sukan yang tidak
terdapat di bandar-bandar lain, di negeri Perak kecuali Ipoh seperti stadium dan kolam renang
serta tempat-tempat untuk beristirehat seperti Bukit Maxwell.
Maxwell Hill merupakan nama bagi Bukit Larut. Maxwell dinamakan sempena nama
residen British iaitu George Maxwell yang bertugas di tempat itu sekitar tahun 1880.
Ketinggian Bukit Maxwell dianggarkan sebanyak 1250 meter dari paras laut. Selepas Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan, Bukit Maxwell ini telah berubah menjadi kawasan rekreasi
yang maju serta menjadi tempat tarikan pelancong asing dari seluruh Negara untuk
berkunjung ke kawasan itu, dan kawasan rumah residen yang dahulunya terletak di Bukit
Maxwell telah dimusnahkan. Kini Bukit Maxwell dijadikan sebagai sebuah pusat peranginan
tanah tinggi yang tertua di Malaysia kerana keindahan dan keselesaannya yang membuat para
pengunjung lebih gemar datang ke Bukit Maxwell untuk beriadah dan melakukan aktiviti
seperti mendaki.
Dari segi perkembangan sosial di dapati, Taiping telah berkembang pesat dengan
pertambahan bilangan penduduk dari pelbagai kaum. Dengan ini, jelaslah bahawa
perkembangan sosial jugak turut berkembang di Taiping pada tahun 1850 sehingga tahun
2000.

Kesimpulannya, dalam jangka masa yang lama iaitu dari tahun 1850 - 2000, Pelbagai
perkembangan telah berlaku di Taiping dan pelbagai proses pembagunan yang telah berkesan
dilaksanakan. Walau bagaimanapun, berbanding dahulunya Taiping merupakan sebuah
tempat yang jarang dikunjungi oleh pelancong asing. Kini Taiping menjadi sebuah bandar
yang menyimpan pelbagai kisah yang tidak dapat dilupakan. Peninggalan sejarah di Taiping
seharusnya dipelihara agar generasi yang akan datang dapat mengetahui sedikit sebanyak
tentang Taiping. Penduduk yang tinggal di Taiping sememangnya menyimpan harapan
supaya Taiping dapat mengekalkan identitinya yang sebenar sebagai sebuah bandar yang
bersejarah walaupun semakin ditengelami zaman. Taiping pada suatu waktu dahulu adalah
bandar utama di Semenanjung Tanah Melayu. Jelaslah bahawa Taiping telah membawa
pelbagai perubahan terutamanya dari segi politik, ekonomi dan sosial. Bandar Taping pada
hari ini telah menubuhkan Perkhidmatan Komuniti iaitu terdiri daripada Persatuan
Perkhidmatan Komuniti yang dikenali sebagai (ESDA), yang ditubuhkan pada 1 Januari 1999
untuk memberi kemudahan kepada penduduk yang tinggal di Taiping.

LAMPIRAN

NOTA HUJUNG

1 Talib

Samat,Kenali Tokoh Perak Terpinggir Tetapi Berjasa jilid 2 (Selangor:Pekan Ilmu Publication
Sdn Bhd,2010) 1.

Laman Web Wikipedia https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bandar_Taiping

3 Temubual

Pembantu Tadbir Unit Warisan Majlis Perbandaran Taiping Hilmi Alwi pada tarikh

11.2.2016.

Perjanjian Pangkor,1874 (Sumber Arkib Negara Malaysia)

5 Talib

Samat,Kenali Tokoh Perak Terpinggir Tetapi Berjasa jilid 2 (Selangor:Pekan Ilmu Publication
Sdn Bhd,2010) 3.

6 Abdullah

Zakaria Ghazali, Seputum menetak, Birch tenggelam dan tidak timbul 2 Keratan Akhbar
Utusan Malaya. 12.2 1979. 4.

77

Dr. Prof Emeritus Dato Dr Nik Hassan Shuhaim Nik Abd Rahman, Penyelidikan Arkeologi dan
Sejarah Awal Malaysia,2003.

Yahya Awang. MPT Cemerlang Sepanjang 1997 Berita Harian, 1998. 20 Februari.1998.1.

Azmi Md Deros. Pembukaan lomboh bijih timah perlu kajian. Berita Harian ,1998. 3 Februari
1998. 18.
9

10 Prof.

Khoo Kay Kim. Taiping Ibu Kota Perak 1985. (PERSATUAN MUZIUM MALAYSIA d/a
Muzium negara Kuala Lumpur 10.

Prof. Khoo Kay Kim. Taiping Ibu Kota Perak 1985. (PERSATUAN MUZIUM MALAYSIA d/a
Muzium negara Kuala Lumpur). 25.
11

Talib Samat,Kenali Tokoh Perak Terpinggir Tetapi Berjasa jilid 2 (Selangor:Pekan Ilmu Publication
Sdn Bhd,2010) 14.
12

13

Pelan Lokasi dan Pembangunan Bandar, 1880. (Jabatan Perancangan Pembangunan Bandar)

14 Laman Web

https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/1006.

Prof. Khoo Kay Kim. Taiping Ibu Kota Perak 1985. (PERSATUAN MUZIUM MALAYSIA d/a
Muzium negara Kuala Lumpur). 10.
15

16 Prof.

Khoo Kay Kim. Taiping Ibu Kota Perak 1985. (PERSATUAN MUZIUM MALAYSIA d/a
Muzium negara Kuala Lumpur). 25.

17 Abdul Munir Bin Samad, Zoo Taiping dapat RM 1 juta Keratan akhbar Berita Metro 1999. 9.
18 Haji Nasir

Haji Lamat. .Pokok Hujan-hujan indahkan Taman Tasik Keratan akhbar Utusan
Malaya 1990. 5.

You might also like