Professional Documents
Culture Documents
Permainan Tradisional
Permainan Tradisional
Permainan Tradisional
(20 markah)
Lihat bahan grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
mempopularkan permainan tradisional. Panjang huraian anda hendaklah kurang daripada
120 patah perkataan.
Galakan ibu bapa
Kempen
CARA-CARA
MEMPOPULARKAN
PERMAINAN
TRADISIONAL
Pertandingan
Isi-isi penting
1.
2.
3.
4.
Penutup
-
AKTIVITI
Isikan tempat kosong di bawah dengan rangka jawapan yang disenaraikan.
Congkak, gasing dan wau merupakan beberapa contoh permainan tradisional. Mutakhir
ini, permainan tradisional semakin kurang diminati. Terdapat beberapa cara mempopularkan
permainan tradisional.
Antaranya, galakan daripada ibu bapa. Mereka boleh membelikan set permainan
tradisional untuk anak-anak mereka berbanding set permainan video. Selain itu, pihak tertentu
perlu mengadakan pertandingan permainan tradisional untuk menggalakkan penglibatan
masyarakat dengan permainan ini.
Seterusnya, penubuhan kelab permainan tradisional di sekolah dapat menarik minat
pelajar sekolah untuk bermain permainan tradisional. Malahan, kempen permainan tradisional
melalui media elektronik dan media cetak membantu memperkenalkan permainan ini sama ada
di dalam atau di luar negara. Kata orang tak kenal maka tak cinta.
Konklusinya, semua pihak perlu bekerjasama untuk mempopularkan permainan
tradisional. Usaha ini penting supaya permainan tradisional tidak terpinggir dalam arus
kemodenan.
(119 patah
perkataan)