Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana (Zainal Rashid Ahmad) KOMSAS

Tingkatan 3
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di
kampung. Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa
bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk
mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal. Mereka diajar mengaji oleh Hajah
Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka. Mereka juga
diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong. Hubungan penulis
dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian
kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan.
Tema
Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di
kampung. Masyarakat kampung banyak bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula
jadi bagi menjalani kehidupan mereka termasuklah dalam perubatan tradisional dan
sumber makanan harian bagi mereka. Guru mengaji dan imam pula merupakan tempat
rujukan bagi mendalami ilmu agama dan mengatasi sebarang masalah dalam
kehidupan harian.
Persoalan
i.

Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian.

Contoh: Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur
digunakan untuk merawat pelbagai penyakit.
ii.

Pendidikan agama dalam masyarakat.

Contoh: Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan
orang-orang penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat
iii.

Ketaatan kepada guru.

Contoh: Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat kepada


guru mengaji dan imam kampung.
iv.

Kemiskinan masyarakat di kampung

Contoh: Masyarakat kampung digambarkan sebagai masyarakat yang miskin. Penulis


dan rakan-rakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali dengan
kelaparan.
Plot
i.

Permulaan

Penulis mengingati zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka


membesar di kampung.
ii.

Perkembangan

Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai


penyakit bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu
dibayar oleh penduduk kampung.
iii.

Puncak

Penulis dan rakan-rakan amat sedih kerana kematian Hajah Tom dan Haji Salleh
Pumpong, kedua-dua orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka.
iv.

Peleraian

Penulis menganggap Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang yang
tidak akan dilupakan oleh mereka.
Teknik Plot
i.

Imbas Kembali

Contoh: Penulis menggunakan teknik imbas kembali bagi menyampaikan ceritanya dari
awal hingga akhir. Peristiwa menggambarkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya
semasa dibesarkan di kampung.
ii.

Dialog

Contoh: Dialog antara Hajah Tom dan penulis semasa menasihatkan anak-anak
muridnya supaya sentiasa tawakal, berserah dan berdoa kepada Allah Yang Maha
Berkuasa agar mendapat keberkatan ilmu.
iii.

Pemerian

Contoh: Penulis menceritakan secara langsung tentang daun-daun yang dapat


digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit.

iv.

Kejutan

Contoh: Pembaca dikejutkan dengan berita kematian Hajah Tom secara tiba-tiba.

Watak Utama
Aku/kami
i.
Penulis dan rakan-rakan merupakan anak kampung yang miskin dan dibesarkan
di kampung.
ii.

Rajin

Contoh: Penulis dan rakan-rakan rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh
Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.
iii.

Taat

Contoh: Penulis dan rakan-rakan bersedia untuk membuat apa-apa sahaja pekerjaan
yang disuruh oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.
Watak Sampingan
Hajah Tom
i.

Hajah Tom ialah guru Quran penulis dan rakan-rakan di kampung.

ii.

Beliau telah kematian suami pada usia yang masih muda.

iii.

Hajah Tom tinggal sendirian di kampung.

iv.

Beliau bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang.

v.
Kuat agama. Contoh: Hajah Tom sering menasihatkan penulis dan rakanrakannya agar sentiasa mengingati Tuhan.
vi.
Baik hati. Contoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya
dilihat murid-muridnya sangat letih kerana belum makan.
vii.
Pemurah. Contoh: Hajah Tom menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas
membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.

viii.
Penyayang. Contoh: Hajah Tom sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis
dan rakan-rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak. Penulis dan rakanrakannya juga telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom.
Haji Salleh Pumpong
i.

Haji Salleh Pumpong ialah imam tua di kampung penulis.

ii.
Berpengetahuan luas. Contoh: Aku menyatakan bahawa imam yang paling tahu
segala perkara yang berkaitan dengan agama.
iii.
Pembersih. Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau
walaupun surau itu telah uzur.
iv.
Penyayang. Contoh: Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong
seorang yang penyayang.
Latar
Latar Masa
i.
Waktu subuh. Contoh: Penulis dan rakan-rakan berasa takut pada waktu subuh
kerana ada anjing berkeliaran pada waktu itu.
ii.
Malam-malam pertengahan Ramadhan. Contoh: Hajah Tom menasihatkan
penulis dan rakan-rakan agar mengamalkan surah al-Ikhlas dan bertawakal kerana
tiada binatang buas yang akan mengganggu mereka jika mengamalkan surah tersebut
iii.
Pagi-pagi sebelum keluar rumah. Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa
menghafal surah yang telah diajar oleh Hajah Tom kepada mereka.
iv.

Sebelum habis bulan pertama persekolahan

Contoh: Dalam jangka masa tersebut, penulis dan rakan-rakannya telah menghafal
segala bacaan dan doa yang diajarkan oleh Hajah Tom kepada mereka.
v.
Suatu hari kelam-kelam buta.Contoh: Haji Salleh Pumpong meminta penulis dan
rakan-rakannya membersihkan surau.
vi.
Tiga bulan kemudian. Contoh: Hajah Tom meninggal dunia selepas tiga bulan
menyuruh Haji Salleh Pumpong mengajarkan solat jenazah kepada penulis dan rakanrakannya.
vii.
Awal Ramadhan. Contoh: Awal Ramadhan selepas kematian Hajah Tom, Imam
Haji Salleh Pumpong pula meninggal dunia.

Latar Tempat
i.

Kampung. Contoh: Tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan.

ii.

Kepala jalan masuk ke kampung sebelum menempuh jalan besar

Contoh: Tempat pertemuan penulis dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke


rumah Hajah Tom.
iii.
Surau. Contoh: Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah dan
penulis atau rakan-rakannya bergilir-gilir azan apabila disuruh oleh Haji Salleh
Pumpong. Penulis dan rakan-rakannya juga telah membersihkan surau kerana air
pasang yang membawa selut dan lumpur mengotori surau tersebut.
iv.
Gubir. Contoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal dunia
ditembak oleh pengganas.

Latar Masyarakat
i.

Masyarakat kampung.

Contoh: Masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat kampung yang


digambarkan bergantung kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan
perubatan tradisional.
ii.

Masyarakat miskin.

Contoh: Penduduk kampung menggunakan rawatan tradisional kerana tidak mampu


untuk mendapatkan rawatan di klinik.
iii.

Masyarakat yang taat kepada guru .

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah Tom sebagai
guru Quran mereka.
iv.

Masyarakat yang prihatin.

Contoh: Hajah Tom digambarkan sebagai seorang guru mengaji yang amat prihatin
terhadap anak-anak muridnya. Beliau sentiasa mengambil tahu hal-ehwal anak-anak
muridnya sebelum mula mangajar mereka.
v.

Masyarakat yang mengutamakan kebersihan.

Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu
sangat daif keadaannya.
vi.

Masyarakat yang mengenang jasa.

Contoh: Penulis dan rakan-rakannyanya tidak pernah melupakan jasa Hajah Tom dan
Haji Salleh Pumpong yang banyak mendidik mereka sejak kecil.
Gaya Bahasa
i.

Kata Ganda

Contoh:tua-tua/dewa-dewa/doa-doa/subuh-subuh/malam-malam/pagi-pagi/samasama/cepat-cepat/tahun-tahun/compang-camping/satu-satu/berlubang-lubang/sisasisa/berebut-rebut/budak-budak/lama-kelamaan.
ii.

Simile. Contoh: Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap dewa-dewa.

iii.

Pengaruh Bahasa Asing. Contoh: bahasa Arab - insya-Allah/Allah

iv.
Pengulangan kata. Contoh: Kalau dia kata jangan, maka segera kami jauhi;
kalau katanya mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.
Nilai
i.

Nilai ketaatan

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua
arahan guru Quran tersebut.
ii.
Nilai keprihatinan. Contoh: Hajah Tom amat prihatin kepada anak-anak
muridnya dan sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka sebelum mula mengajar Quran.
iii.
Nilai baik hati. Contoh: Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan
rakan-rakannya sekiranya mereka belum makan.
iv.
Nilai mengenang jasa. Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa
mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa
kepada mereka.
v.

Nilai kasih sayang

Contoh: Penulis dan rakan-rakan menyayangi Hajah Tom yang amat prihatin dan
mengambil berat hal-ehwal mereka sejak mereka kecil lagi sehinggalah beliau
meninggal dunia.

vi.
Nilai kebersihan. Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan
surau walaupun surau itu telah uzur.
Pengajaran
i.

Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita.

Contoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh
Pumpong.
ii.

Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.

Contoh: Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakanrakannya yang merupakan anak-anak kampung yang miskin.
iii.

Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.

Contoh: Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya
apabila mengetahui mereka keletihan dan kelaparan.
iv.

Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita.

Contoh: Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh
Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil lagi.
v.

Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.

Contoh: Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik hati
kepada mereka.

You might also like