Perbezaan Kajian Kuantitatif Dan Kualitatif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

kuantitatif

untuk dapatkan fakta menggunakan

kualitatif
untuk mendapatkan maklumat secara

pengukuran objektif dan analisis statistik

terperinci dan mendalam di satu

data numerik untuk memahami dan

kawasan dan tempat yang kecil

menjelaskan sesuatu perkara atau

melibatkan individu dalam kawasan

fenomena yang boleh dijadikan panduan

berkenaan sahaja.

kepada amalan dan polisi


(Gay&Airasian,2000)
mengutamakan kuantiti.
-

Penyelidikan kuantitatif melibatkan


angka-angka, data-data numerikal

berasaskan kualiti.
-

atau statistik

Ianya bersifat deskriptif yang lebih


kepada penghuraian makna
perkara-perkara yang dikaji.

menggunakan eksperimen yang

data dikutip melalui teknik pemerhatian,

melibatkan data-data numerik yang

temu bual,penulisan diari dan analisis

membolehkan penggunaan analisis

dokumen.

statistik
-

pengiraan-pengiraan seperti min,


median, mod, peratusan, sisihan
piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan
sebagainya.

penyelidik tidak terlibat secara langsung

penyelidik turut terlibat dalam kajian

contoh:

contoh:

- Kajian eksperimen
- Kajian kuasai-eksperimen
- Kajian tinjauan
- Kajian kolerasi
berstruktur , mempunyai darjah

kurang berstruktur, terbuka dan lebih

kekaburan yang minima, makna yang

menumpukan kepada proses

jelas, bercorak linear, mempunyai


penjadualan yang jelas, dan

Kajian etnografi
Kajian kes
Kajian sejarah

menumpukan kepada hasil


skop kajian boleh melibatkan responden
yang besar

Skop kajian meliputi bilangan


responden yang kecil.

kaedah penyelidikan atau pendekatan


kuantitatif menggunakan kaedah postivis,
eksperimental, data numarika dan ujian
statistik

penyelidikan kualitatif
menggunakan kaedah interpretif,
penghuraian, kajian lapangan, kajian
sejarah, kajian kes, data verbal dan
triangulasi data.

PERBINCANGAN
Terdapat banyak perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dari
sudut kaedah penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah
postivis, eksperimental, data numarika dan ujian statistik. Manakala penyelidikan
kualitatif pula menggunakan kaedah interpretif, penghuraian, kajian lapangan, kajian
sejarah, kajian kes, data verbal dan triangulasi data.
Selain itu, dari segi konsep utama pula ialah penyelidikan kuantitatif
mengamalkan konsep variable, konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan
dan signifikan. Sebaliknya kaedah kualitatif pula mengamalkan konsep makna, esei,
pemahaman, pembentukan fenomena, konteks dan triangulasi.Seterusnya ialah
perbezaan dari sudut bidang yang dikaji oleh penyelidik. Kaedah kuantitatif lebih
menjurus kearah bidang sains asas, perindustrian, psikologi, sains politik,
kejuruteraan, ekonomi dan pendidikan.
Manakala kaedah kualitatif pula cenderung kearah bidang antropologi,
kemasyarakatan, linguistic, sosiologi dan sejarah. Dalam menentukan tujuan pula,
kaedah kuantitatif melihat kepada tujuan untuk menguji teori, membina fakta,
menunjukkan perbezaan, menunjukkan hubungan, meramal tingkah laku dan
menerangkan kejadian secara statistik. Berbeza pula dengan kaedah kualitatif iaitu
membina tujuan untuk melengkapkan teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan

kenyataan, menyatakan kejadian semulajadi dan menerangkan kejadian secara


verbal.
Melihat pula perbezaan dari sudut reka bentuk kajian, kaedah kuantitatif berbentuk
eksperimental, kuasi eksperimental, temubual berstruktur, pemerhatian berstruktur
dan tinjauan. Kaedah kualitatif pula berbentuk pemerhatian, pemerhatian peserta,
temubual tidak berstruktur, rujukan maklumat dokumentasi dan kajian kes. Dari sudut
sampel pula, kaedah kuantitatif mengambil sampel bersaiz besar, kaedah
persampelan kebarangkalian, pemilihan sampel secara rawak, kumpulan sampel
kawalan dan sampel berlapis.
Manakala kaedah kualitatif pula, sampel yang diambil berskala kecil,
persampelan bukan kebarangkalian dan pemilihan sampel dengan mempunyai
tujuan berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik. Keupayaan
keputusan yang digeneralisasikan adalah tinggi dengan menggunakan kaedah
kuantitatif berbanding kaedah kualitatif.
Melihat perbezaan dari segi data pula, kaedah kuantitatif mengumpul data
secara kuantiti, bilangan, pengukuran dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula
menjurus kearah penghuraian deskriptif, nota pandangan, catatan verbal, rakaman
pemerhatian atau temubual dan maklumat dari bahan dokumentasi.
Dari sudut analisis data pula, kaedah kuantitatif menganalisis data secara
deduktif dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menganalisis secara tertutup,
dalam jangka masa yang panjang dan secara mendalam. Seterusnya perbezaan dari
segi format instrument untuk membentuk data pula, kaedah kuantitatif adalah lebih
formal, spesifik, struktur, telah ditetapkan dan menggunakan skala. Manakala kaedah
kualitatif adalah sebaliknya.

PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF

i) Bentuk Data
KAJIAN KUANTITATIF
Data berbentuk angka yang boleh diukur.

KAJIAN KUALITATIF
Data berbentuk perkataan atau ayat yang
dikumpul melalui temubual atau yang
direkod dalam bentuk gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian


KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik menggunakan instrument seperti
soal selidik dan ujian pencapaian bagi
memungut data. Instrumen berfungsi sebagai
alat pengukur dan menjadi alat perantaraan
antara penyelidik dan peserta kajian.

KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik
adalah
instrumen
utama
memungut data. Penyelidik perlu berada
dalam situasi yang dikaji, mendengar dan
memerhati sendiri fenomena yang ingin
dikaji.

iii) Reka bentuk Kajian


KAJIAN KUANTITATIF
Reka bentuk ditetapkan
dipungut.

sebelum

KAJIAN KUALITATIF
data Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel,
boleh diubahsuai mengikut keadaan dan
keperluan situasi.

iv) Peserta Kajian


KAJIAN KUANTITATIF
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta
kajian adalah sampel yang dipilih dengan
menggunakan teknik persampelan tertentu.

KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik adalah sebahagian daripada
peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh
secara langsung daripada peserta kajian.

v) Metodologi Kajian
KAJIAN KUANTITATIF
KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan
yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan tidak berasaskan kebarangkalian.
dan dipilih berasaskan kebarangkalian.
KAJIAN GABUNGAN (MIXED-METHOD)
Kajian gabungan pula merupakan kajian yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan
kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.

You might also like