Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KEMAHIRAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya


boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti
carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen
dan projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam
aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat
ujikaji dan komputer.
Di bawah srategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pembelajaran memainkan
peranan penting dalam proses pengajaran & pembelajaran. Dengan menggunakan
strategi ini, guru menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta
lebih berkesan, manakala murid- murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih
bermakna serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara
kumpulan tanpa kehadiran guru. Di antara kaedah- kaedah yang berkaitan dengan
strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan
televisyen, perakam pita, projektor dan video, pengajaran terancang melalui mesinmesin mengajar seperti komputer dan modul yang melibatkan penggunaan bahanbahan bercetak.
Sesetengah-setengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran berkait
rapat dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah
demonstrasi atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu
mengajar seperti transparensi dan projektor. Sesetengah strategi
pengajaran pemusatan bahan pelajaran pula berkait rapat dengan strategi pemusatan
murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri- penemuan, kaedah penyelesaian
masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan bahan- bahan
pembelajaran yang lain.

KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN &


PEMBELAJARAN
Untuk memilih alat bantu mengajar yang baik dan berkesan, guru haruslah
mematuhi kriteria- kriteria berikut seperti alat bantu mengajar haruslah bersesuaian
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan
berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. Alat bantu mengajar harus
mengandungi idea- idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri. Alat bantu mengajar
boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh muridmurid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain, guru boleh
menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat
bantu mengajar .
Murid- murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan
lebih kekal dalam ingatan.Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan
berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, alat ini harus
disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna. Alat bantu mengajar harus
disediaka dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya
membuat alat bantu mengajar dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan
menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya. Alat bantu mengajar harus
disediakan dalam saiz yang berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan
disimpan.
Alat bantu mengajar yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran
pencapaian guru atau penggunaan murid. Sumber pengajaran & pembelajaran
haruslah mengandungi nilai- nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan
bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok
mata, atau menggunakan bahan- bahan yang mengandungi unsur negatif seperti
berjudi dan merokok.

CARA- CARA MENGGUNAKAN SUMBER DENGAN BERKESAN


Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar dalam aktivitipengajaran dan
pembelajaran adalah untuk membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah,
tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik
penggunaan alat bantu mengajar dan menggunakannya dengan cekap. Berikut ialah
beberapa garis panduan menggunakan alat bantu mengajar untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di suatu
tempat yang sesuai supaya semau murid oleh melihatnya dengan mudah.
Semasa menggunakannya guru haruslah membimbing murid- murid meneliti
perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid- murid serta boleh
mencapai hasil pembelajaran yang di kehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa
bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada
murid- murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh
menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka. Sebelum alat bantu
mengajar diedarkan kepada murid- murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus
memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan
dengan tepat, berdisplin dan mengikut masa yang ditetapkan.
Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid- murid hanya pada ketika yang
perlu. Jika sesuatu alat bantu mengajar ditunjukkan lebih awal, murid- murid akan asyik
tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada
aktiviti pengajaran guru. Guru harus membimbing murid- murid membincang faktafakta penting yang terkandung dalam alat bantu mengajar. Selepas itu, harus diadakan
pula aktiviti penilaian terhadap tindak balas murid- murid berdasarkan hasil penggunaan
alat bantu mengajar itu denagn tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif
pembelajaran. Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul
balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai.

Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru.
penggunaan alat bantu mengajar haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Pada amnya, cara
menggunakan alat bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap,
supaya murid- murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam
ingatan mereka. Nilai sesuatu alat bantu mengajar yang baik akan dihapuskan
sekiranya alat itu tidak disediakan mengikut kriteria- kriteria yang telah dihuraikan atau
penggunaanya kurang cekap ataupun kurang berkesan.
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERDASARKAN BAHAN
Untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berasaskan bahan, guru harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip
berikut seperti bahan-bahan hendaklah dipilih berdasarkan kepada objektif yang
ditentukan terlebih dahulu. Kandungannya hendaklah mengandungi fakta tepat serta
sesuai digunakan mengikut kebolehan pelajar. Sekiranya buku teks digunakan sebagai
bahan pelajaran, kandungan hendaklah di baca oleh guru terlebih dahulu supaya
mengenal pasti kelemahan dalam kandungannya, kemudian mengubahsuai bahan
mengikut objektif dan topik pelajaran yang akan diajarkan.
Proses penggunaan bahan pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang
mengikut langkah-langkah pelajaran yang akan disampaikan. Ianya termasuk set
induksi seperti menerangkan cara dan tujuan penggunaan bahan pelajaran hendaklah
dirancang. Aktiviti menilai keberkesanan pengunaan bahan-bahan pelajaran hendaklah
diadakan. Aktiviti ini mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian. Ia bertujuan
untuk mengukuhkan pelajaran yang baru disampaikan serta membolehkan guru
mengenal pasti kebaikan dan kelemahan penggunaan bahan pelajaran.

BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Langkah dan Kemahiran


Penggunaan
sumber Pengajaran dan
Pembelajaran

Langkah i : Pemilihan bahan


1.

Sesuai dengan objektif pelajaran

2.
Menarik dan mengekalkan
perhatian pelajar
3.

Bahan jelas, ringkas dan tepat

4.

Sesuai untuk murid-murid

5.

Bahan pembelajaran mencukupi


Langkah ii : Pengurusan bahan

1.
Bahan pelajaran diuruskan secara
sistematik dan mengikut langkah
penyampaian
2.
Bahan pelajaran digunakan
dengan cara berkesan
3.
Bahan pelajaran dikaitkan dengan
kaedah mengajar yang sesuai
Langkah iii : Penilaian dan
Pengukuhan
1.
Ada aktiviti penilaian murid yang
menggunakan bahan pelajaran
2.
Ada bahan pelajaran digunakan
untuk aktiviti pengukuhan dengan
berkesan.

Tandakan

Ya

Tidak

Tidak
Kelihatan

You might also like