Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

PENAJAAN TAMBAHAN PELAJAR

LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007

1. Mulai tahun 2008, Jabatan Perkhidmatan Awam akan menawarkan penajaan


tambahan untuk pelajar–pelajar yang cemerlang bagi mengikuti pengajian di
dalam dan luar negara. Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon
untuk mendapatkan tajaan JPA seperti berikut:

a. Program Luar Negara

i) Pelajar-pelajar yang sedang atau mendapat tawaran untuk mengikuti


pengajian Tahun I peringkat ijazah pertama di universiti-universiti Ivy
League atau setara.

b. Program Dalam Negara

i) Pelajar-pelajar SPM 2007 yang mendapat 9A dan ke atas yang sedang


mengikuti pengajian di Tingkatan 6 di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan,
Pusat Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat
Asasi Sains Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa atau
Pusat Matrikulasi / Asasi Sains lain di bawah Institusi Pengajian Tinggi
Awam;

ii) Pelajar-pelajar yang sedang atau mendapat tawaran untuk mengikuti


pengajian Tahun I peringkat ijazah pertama yang diiktiraf oleh Kerajaan
Malaysia di kampus cawangan University of Nottingham, Monash
University, Swinburne University dan Curtin University of Technology di
Malaysia;

1
2. Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah seperti berikut:

PROGRAM INSTITUSI

Tingkatan 6 Sekolah-Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan

Pusat-Pusat Matrikulasi di bawah Kementerian


Matrikulasi
Pelajaran Malaysia

i) Pusat Asasi Sains UM (PASUM)


ii) Pusat Asasi Undang-undang UiTM
iii) Pusat Asasi UIA
iv) Pusat Asasi Farmasi UiTM
Asasi Sains
v) Pusat Asasi Sains UiTM
vi) Pusat Asasi TESL UiTM
vii) Pusat Asasi Sains Pertanian UPM
viii) Pusat Tamhidi USIM

i) Nottingham University
ii) Monash University
Ijazah Pertama
iii) Curtin University of Technology
iv) Swinburne University

i) Brown University
ii) Cornell University
Ijazah Pertama iii) Columbia University
iv) Dartmouth University
Ivy League v) Harvard University
Univesities vi) Yale University
vii) Princeton University
viii) University of Pennsylvania

i) Cambridge University
Ijazah Pertama
ii) Oxford University
iii) Imperial College London
British Top
iv) London School of Economics
Universities
v) University College London

JPA hanya akan menaja bidang-bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan


Malaysia sahaja.

2
3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat-syarat Asas

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Umur tidak melebihi 20 tahun pada 31 Disember 2008;

(iii) Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam Bahasa


Melayu,Sejarah dan Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran
dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan
Moral serta mana-mana 6 matapelajaran berikut;

Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Inggerís,


Matematik, Prinsip Akaun, Perdagangan, Pengajian
Keusahawanan, Ekonomi Asas, EST, Geografi, Teknologi
Maklumat, Bahasa Arab Tinggi, Bahasa Arab Komunikasi,
Tasawur Islam, Pendidikan Seni;

(iii) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-


penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya;

(iv) Mendapat tempat ke Tingkatan 6 atau Pusat Matrikulasi di bawah


Kementerian Pendidikan Malaysia atau Pusat Asasi Universiti
Malaya atau Pusat Matrikulasi / Asasi Sains lain di bawah Institusi
Pengajian Tinggi Awam atau University of Nottingham, Monash
University, Swinburne University dan Curtin University of
Technology di Malaysia atau universiti-universiti Ivy League di
Amerika Syarikat dan universiti-universiti terkemuka di United
Kingdom atau setara;

(b) Syarat Khusus Bagi Permohonan Program Ijazah Pertama di


Nottingham University, Monash University, Curtin University of
Technology dan Swinburne University, Program Ivy League
Universities dan setara

(i) Calon-calon yang menerima tawaran di 4 kampus cawangan di


Malaysia disyaratkan memperolehi keputusan seperti berikut:

Kelayakan Keputusan
A-Level 12 Mata
South Australian Matriculatin (SAM) 90 %
Australian Matriculation (AUSMAT) 90 %
International Baccalaureate (IB) 33 mata

3
ii) Calon-calon yang menerima tawaran ke universiti Ivy League
disyaratkan memperolehi keputusan Scholastic Aptitude Test I
(SAT I) sekurang-kurangnya 1,400 mata bagi Critical Reading dan
Matematik, dan markah TOEFL sekurang-kurangnya 105 (Internet
Base Test).

iii) Calon-calon yang menerima tawaran ke universiti terkemuka


United Kingdom disyaratkan memperolehi Gred A dalam
sekurang-kurangnya 3 matapelajaran dalam peperiksaan A-
Level, atau 40 mata dalam peperiksaan International Baccalaureate
(IB), dan markah IELTS sekurang-kurangnya 7.0.

4. BIDANG TAJAAN

BIL. BIDANG CONTOH


1. Perubatan Perubatan, Pergigian, Farmasi,
Perubatan Veterinar

2. Sains Tulen Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains


Hayat
3. Sains Gunaan Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/
Sains Makanan, Perikanan/Sains
Samudera, Alam Sekitar, Teknologi
Maklumat
4. Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni
Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan
Bandar dan Wilayah

5. Sastera Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian


Islam/Syariah/Usuluddin, Kemanusiaan/
Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa,
Sains Pembangunan
6. Sastera Ikhtisas Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan
Perniagaan/Pentadbiran Awam,
Perakaunan, Undang-undang,
Pengajian Kuantitatif, Pengurusan,
Sains Perpustakaan dan Maklumat

4
5. CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

(i) Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan


asas dan khusus yang ditetapkan.

(ii) Pelajar-pelajar yang telah mendapat penajaan lain untuk melanjutkan


pengajian.

6. TEMPOH KONTRAK

Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan


Awam dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan dan sekiranya enggan,
tuntutan ganti rugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan
dan amaun tuntutan ganti rugi adalah seperti di bawah:

TEMPOH BERKHIDMAT AMAUN GANTI RUGI


DENGAN KERAJAAN (RM)
PERINGKAT/TEMPOH
PENGAJIAN Kursus
Kursus
Bukan IPTA IPTS
Profesional*
Profesional

Peringkat Ijazah:

4 tahun atau kurang 4 6 110,000 ) Kos


) sebenar
Lebih dari 4 tahun 5 7 130,000 )

Kursus Perubatan dan - 10 250,000 -


Pergigian

*Catatan: Kursus profesional meliputi kursus-kursus seperti perubatan,


pergigian, farmasi, perubatan veterinar, kejuruteraan, seni bina,
perakaunan, kejururawatan, undang-undang, penilaian harta,
ukur bahan dan ukur tanah.

5
7. CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (on-line) sahaja.


Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

(i) pemohon hendaklah mendaftar untuk mendapatkan kata laluan


percuma melalui talian di http://esila.jpa.gov.my mulai tarikh iklan
dikeluarkan;

(ii) pemohon yang telah berdaftar boleh mengemukakan permohonan


mulai tarikh iklan dikeluarkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
sila layari http://esila.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my.;

(iii) pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi


dibenarkan mengakses untuk mengemaskini atau meminda sebelum
tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja
diambil kira sebagai penerimaan permohonan;

(iv) borang permohonan dalam talian yang dimuat turun, dicetak dan
dihantar melalui pos tidak akan diproses;

(v) permohonan secara dalam talian tidak memerlukan penghantaran


salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pemohonan Penajaan
Tambahan SPM 2007”;

vi) pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna


dengan mencetak “Slip Pemohonan Penajaan Tambahan SPM 2007”
sebagai bukti permohonan telah dibuat;

(vii) pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang


permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-
8885 3550. Talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00
petang (Isnin – Jumaat); dan

(viii) pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan


menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja
mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat
esila@jpa.gov.my.

8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Jun 2008. Permohonan yang


diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

TAMAT

You might also like