Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SEJARAN DAN PERKEMBANGAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

(OSHA)1994 DAN AKTA KILANG DAN MESIN 1967

Peranan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia telah bermula sejak 120
tahun yang lalu, iaitu pada akhir abad ke-19. Bermula dengan keselamatan dandang dan
kemudiannya ke atas keselamatan jentera ini diikuti dengan keselamatan industri, keselamatan
dan kesihatan industri dan akhir sekali meliputi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan
yang meliputi semua bidang pekerjaan.
Sejarah, peranan dan perkembangan Jabatan ini boleh dijejaskan dalam lima era :
1. Era Keselamatan Dandang - sebelum 1914
Tugas keselamatan pekerjaan yang mula-mula dilaksanakan di Malaysia ialah pada
tahun 1878, di mana En. William Givan telah dilantik sebagai Pemeriksa Jentera.
Beliau ditugaskan untuk memeriksa keselamatan dandang stim yang ketika itu
kebanyakannya digunakan di lombong-lombong bijih timah.
Pada sekitar tahun 1890an, kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan sistem
pemeriksaan oleh orang perseorangan, di mana orang perseorangan yang mempunyai
kelayakan dalam bidang dandang stim diberi lesen perlantikan sebagai boiler surveyor
Pada tahun 1892 terdapat 83 dandang stim di Negeri Perak. Kesemua dandang
digunakan di lombong bijih timah melainkan 6 unit yang digunakan di kilang gula. Sistem boiler
surveyor telah ditamatkan pada tahun 1900 dengan terlantiknya En. C. Finchman sebagai
Inspector of Boiler.
Enakmen-enakmen dandang stim pada ketika ini bersifat kenegerian yang mana
keempat-empat negeri di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang
dan Negeri Sembilan) mempunyai perundangan dandangnya yang tersendiri.
Perundangan dandang yang pertama adalah dipercayai di Negeri Selangor, iaitu

Selangor Boiler Enactment 1892. Manakala di Perak pula perundangan dandang stim yang
pertama dikuatkuasakan ialah pada tahun 1903.
Pada tahun 1908 barulah kesemua Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai
perundangan dandang mereka masing-masing, dan kesemua pemeriksa pada ketika itu
dikenali sebagai 'Inspector of Boiler'.

2. Era Keselamatan Jentera - 1914 hingga 1952


Pada 1hb. Januari 1914 enakmen-enakmen dandang stim di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dimansuhkan dan digantikan dengan Machinery Enactment of 1913.
Dengan berkuatkuasanya enakmen 1913 pemeriksa tidak hanya membuat pemeriksaan
dandang stim sahaja tetapi juga ke atas jentera-jentera lain, termasuklah enjin pembakaran
dalam, turbin air dan pemasangan jentera auxiliary yang bersangkutan.
Pada masa yang sama jawatan Inspector of Boiler juga dimansuhkan dan diganti
dengan Inspectors of Machinery and Assistant Inspector of Machinery.
Pada tahun 1932, Machinery Enactment of 1913 telah dimansuhkan dan digantikan
dengan Machinery Enactment of 1932.
Pemeriksaan dan pendaftaran serta pemeriksaan pemasangan telah dikuatkuasakan.
Ketika itu Pemeriksa-pemeriksa Jentera adalah di bawah pentadbiran Jabatan Galian, iaitu di
bawah cawangan Machinery.
Ini adalah kerana pada ketika itu jentera-jentera kebanyakannya tertumpu di sektor
perlombongan yang mana merupakan perusahaan utama pada waktu itu.

3. Era Keselamatan Industri - 1953 hingga 1967


Cawangan Machinery berada di bawah Jabatan Galian sehingga 1952. Cawangan

Kejenteraan (Machinery) telah dipisahkan daripada Jabatan Galian dan ditukarkan nama
kepada Jabatan Kejenteraan. Pemisahan ini adalah perlu kerana kebanyakan pemeriksaan
telah berkembang luar daripada industri perlombongan.
Pada tahun 1953, kesemua enakmen kejenteraan yang dipakai di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta Negeri-negeri Selat telah dimansuhkan dan digantikan
dengan Machinery Ordinace 1953.
Dengan penguatkuasaan Ordinan 1953 ini, peranan Pemeriksa tidak lagi tertumpu
kepada dandang atau keselamatan jentera tetapi juga meliputi keselamatan pekerja di kilangkilang di mana jentera-jentera tersebut digunakan.
Ordinan 1953 masih mempunyai kekurangan dalam aspek-aspek kesihatan pekerja
walaupun terdapat peraturan-peraturan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di bawah
ordinan tersebut, tetapi tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.
Peruntukan-peruntukan utama ordinan-ordinan tersebut adalah seperti berikut:

maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Pemeriksa dengan kuasa-kuasa

mengendalikan pemeriksaan dan kelulusan sijil-sijil perakuan kebolehan;


maka peraturan-peraturan boleh dibuat;
maka jentera-jentera tidak boleh dijalankan tanpa sijil perakuan kelayakan; maka orang

yang disahkan sahaja boleh mengendalikan jentera;


maka jentera-jentera hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa;
maka kebenaran dari Pemeriksa hendaklah diberi sebelum jentera diperlesenkan atau

diubah;
maka semua kemalangan kepada orang atau harta benda bersangkut paut dengan

jentera hendaklah dilaporkan dan disiasat;


maka tiada sesiapapun boleh membuat kelakuan yang boleh mengakibatkan

kecederaan kepada yang lain atau menggunakan alat keselamatan;


maka jentera-jentera yang tidak mematuhi peraturan tidak dibenarkan dijual atau

dipinjamkan atau disewakan; dan


maka Pemeriksa diberi kuasa-kuasa untuk memasuki tempat-tempat dan
memberhentikan jentera-jentera yang tidak selamat.

Sehingga 1964 terdapat 786 dandang stim, 4537 pengandung tekanan tak berapi, 981
mesin angkat dan 11,366 pepasangan lain.

Kakitangan Jabatan Kejenteraan ketika itu terdiri dari 10 Pemeriksa, iaitu Jurutera
Mekanikal, 5 Penolong Pemeriksa terdiri daripada pemegang Diploma Kejuruteraan dan 9
Pemeriksa kilang (Juruteknik).

4. Era Keselamatan dan Kesihatan Industri - 1970 hingga 1994


Pada tahun 1967, Akta Kilang dan Jentera telah diluluskan oleh Parlimen. Selain
daripada itu penyusunan semula Jabatan telah dijalankan pada penghujung tahun 1960an di
mana tanggungjawab dan fungsi pemeriksa, kaedah pentadbiran dan sistem fail telah disusun
semula disamping penutupan pejabat-pejabat cawangan kecil di Rawang, Taiping, Tapah, dan
Muar.
Pada tahun 1970 Akta Kilang dan Jentera serta lapan peraturan-peraturan yang dibuat
di bawahnya dikuatkuasakan. Dengan berkuatkuasanya Akta ini, Ordinan Kejenteraan 1953
telah dimansuhkan dan nama Jabatan pula ditukar kepada Jabatan Kilang dan Jentera.
Pemeriksa-pemeriksa yang menguatkuasakan Akta tersebut bergelar Pemeriksa Kilang
dan Jentera. Akta ini digubal untuk mengatasi kekurangan-kekurangan yang terdapat pada
Ordinan Kejenteraan 1953, iaitu dari segi skop liputan ke atas pekerja, di mana para pekerja di
tempat kerja yang tiada penggunaan jentera telah juga dilindungi.
Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan kesihatan industri telah
diperlengkapkan.Secara umumnya, Akta ini telah digubal untuk memperuntukkan piawaian
minimum bagi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja yang mempunyai
5 orang pekerja atau lebih dan di semua premis di mana jentera digunakan, termasuklah di
kilang-kilang, tapak-tapak kerja binaan bangunan dan kerja binaan kejuruteraan.
Akta ini cuma berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sehinggalah pada tahun 1980
apabila pemakaiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Sehingga tahun 1968, Ketuaketua Pemeriksa adalah terdiri daripada rakyat British berbangsa lnggeris.
Pada tahun 1968 jawatan Pemeriksa di Jabatan Kejenteraan telah sepenuhnya diisi oleh
anak tempatan. Tahun 1968 juga menyaksikan penubuhan seorang Pegawai Perubatan dan

Pengawasan unit ini telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kejenteraan. Unit tersebut
tidak kekal lama di bawah Kementerian Buruh dan telah diletakkan di bawah pentadbiran
Kementerian Kesihatan pada tahun 1971.
Era ini juga menyaksikan pewujudan beberapa aktiviti serta bahagian yang penting
seperti tertubuhnya Bahagian Mencegah Pencemaran pada tahun 1971; penubuhan Unit
Industri Hygiene pada tahun 1975 dan penaikan tarafnya kepada Bahagian Industri Hygiene
pada tahun 1980;
Permulaan aktiviti Keselamatan Petroleum dengan tertubuhnya Bahagian Keselamatan
Petroleum pada tahun 1985; bermulanya aktiviti pemeriksaan khas bagi mencegah kemalangan
besar industri; aktiviti latihan keselamatan dan kesihatan industri pada tahun 1987 dengan
bantuan kepakaran daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO); penubuhan Pusat
Kebangsaan bagi Maklumat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (C.l.S) pada tahun 1988;
dan penubuhan Bahagian Major Hazards pada tahun 1991. Akta (Langkah-langkah
Keselamatan)
Petroleum telah dikuatkuasa pada tahun 1984 dan penguatkuasaannya dibuat oleh
beberapa agensi kerajaan. Jabatan Kilang dan Jentera menguatkuasakan peruntukanperuntukan akta yang bersangkutan dengan penghantaran petroluem melalui talian paip,
pangagihan dan penyimpanan petroleum serta peralatan perkakasan yang berkaitan.
Peraturan-peraturan (Langkah-langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Talian
Paip) 1985 telah dikuatkuaskan sepenuhnya oleh Jabatan ini.
Dengan tanggungjawab baru ini pemeriksa-pemeriksa kilang dan jentera telah juga
diwartakan sebagai Pemeriksa Petroleum.
Cadangan untuk mengadakan sebuah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
telah dikemukakan oleh Jabatan Kilang dan Jentera kepada Majlis Penasihat Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan pada tahun 1985. Kabinet telah meluluskan penubuhan
institut ini pada tahun 1991 dan pelancaran rasminya telah dibuat oleh Y.B. Menteri Sumber
Manusia pada bulan Disember 1992.

Institut ini adalah sebuah syarikat di bawah tanggungan kerajaan dan penubuhannya
bermatlamat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti latihan; pengumpulan dan penyebaran
maklumat, kajian dan pembangunan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Satu bengkel kebangsaan mengenai pembangunan strategi maklumat keselamatan dan
kesihatan pekerjaan telah diadakan pada 26 - 28hb April 1993 anjuran bersama Jabatan Kilang
dan Jentera, Asia-OSH dan Petubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Matlamat mengadakan bengkel ini adalah untuk mewujudkan satu rangkaian maklumat
berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan supaya pertukaran dan
penyebaran maklumat akan dapat dibuat dengan lebih berkesan. Sejak penyusunan semula
Jabatan pada tahun 1969, banyak perubahan telah berlaku disebabkan oleh pertumbuahn
pesat ekonomi negara dan juga ia disebabkan oleh penguatkuasaan beberapa peraturan yang
dibuat dibawahnya.
Penyusunan semula Jabatan juga adalah perlu memandangkan kepada perubahan
dasar Jabatan dari segi penguatkuasaan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,
iaitu peluasan skop perlindungan para pekerja dan penggalakkan falsafah pengaturan kendiri di
mana matlamat, fungsi, tanggungjawab dan pendekatan Jabatan adalah berubah.
Penggubalan Akta yang baru juga memerlukan penyusunan semula organisasi Jabatan
setelah 20 tahun berfungsi menurut organisasi yang lama yang tidak lagi sesuai untuk
menangani isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa. Jawatankuasa petugas
penyusunan semula yang telah ditubuhkan pada 1991 telah mengemukakan dua kertas kerja
kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan iaitu kertas kerja menaikkan taraf
jawatan Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera dan timbalannya dan kertas kerja cadangan
penyusunan semula struktur organisasi Jabatan Kilang dan Jentera Malaysia.
Bermula daripada tahun 1992 gred jawatan Ketua Pemeriksa ialah Jawatan Tertinggi C
dan Timbalan Ketua Pemeriksa pula menjawat gred Jawatan Tertinggi D. Penyusunan semula
Jabatan telah dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan 108 jawatan baru telah
diwujudkan. Struktur baru Jabatan telah mula berkuatkuasa pada 1hb Januari 1993.

5. Era Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan - selepas 1994


Perundangan baru Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan diperbuat pada tahun 1994.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah mendapat kelulusan
Parlimen pada 1993 dan telah diwartakan pada Februari 1994.
Perundangan ini diperbuat kerana memandangkan Akta Kilang dan Jentera 1967 hanya
meliputi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor perkilangan, perlombongan; dan
penguarian dan pembinaan, yang mana keselamatan dan kesihatan pekerja di sektor industriindustri lain tidak diliputi.
Pekerja-pekerja yang terlibat di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 hanyalah 24%
daripada jumlah tenaga kerja, manakala Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
merangkumi sejumlah 90% daripada tenaga kerja dan akta ini hanya mengecualikan pekerjaan
atas kapal dan angkatan tentera.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah bertujuan untuk memupuk dan
menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja-pekerja dan juga
mewujudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang berkesan.
Ini dilaksanakan melalui skim-skim pengaturan kendiri yang disesuaikan dengan industri
atau organisasi yang berkaitan. Akta ini, yang mengandungi 15 bahagian, adalah langkah
pembolehan yang bertindih di atas undang-undang keselamatan dan kesihatan sedia ada
seperti Akta Kilang dan Jentera 1967.
Tiga prinsip utama telah diambil untuk dijadikan asas dalam penggubalan Akta ini :
Prinsip pertama ialah self- regulation atau pengaturan kendiri. Untuk menangani perkaraperkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pihak majikan perlu
membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas. Bermula dengan mengadakan
satu polisi keselamatan dan kesihatan untuk pekerja-pekerjanya, pihak majikan perlu
mengadakan satu perkiraan atau arrangement yang baik untuk dilaksanakan.
Prinsip kedua ialah perundingan atau consultation, iaitu pihak majikan, pekerja dan kerajaan

perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah berkaitan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan di tempat-tempat kerja.
Prinsip ketiga ialah kerjasama atau co-operation, iaitu pihak majikan dan pihak pekerja perlu
bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di tempat kerja. Tanpa kerjasama di antara majikan dan pekerja tiada satu pun
program-program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan akan berjaya.
Akta ini juga memperuntukkan perlantikan pegawai-pegawai penguatkuasa, penubuhan
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pembentukan polisi dan
penyusunan langkah-langkah untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orangorang yang sedang bekerja dan orang-orang lain daripada bahaya yang timbul daripada aktiviti
orang-orang yang sedang bekerja.
Kuasa untuk penguatkuasaan dan penyiasatan, serta libiliti untuk kesalahan-kesalahan
juga dinyatakan dengan jelas.
Dengan kelulusan akta ini mulai April 1994 Jabatan Kilang dan Jentera dikenali sebagai
Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Pemeriksa dikenali sebagai
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Di bawah akta ini sektor-sekotr industri yang terlibat adalah seperti berikut:

Pengilangan
Perlombongan dan penguarian
Pembinaan
Pertanian, perhutanan dan perikanan
Kemudahan - gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan
Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
Perdagangan borong dan runcit
Hotel dan restoran
Kewangan, insuran, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan
Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun

SEJARAH OSHA DI MALAYSIA

Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari


Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan kilang mercun Bright
Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku pada 1991. Ketika berlakunya kejadian tersebut,
berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan seramai 26 orang terkorban di dalam insiden
tersebut.
Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan
Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan
seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan.

LIMA PRINSIP ASAS HAK PEKERJA MENURUT OSHA

1. Menjaga keselamatan diri serta orang lain di tempat kerja


2. Bekerjasama dengan majikan dan pegawai atasan dalam mematuhi keselamatan
yang telah ditetapkan
3. Memastikan pemakaian pakaian pelindung atau PPE sentiasa diamalkan di tempat
kerja
4. Menurut arahan lain berkaitan keselamatan dari pihak pengurusan
5. Mereka mempunyai hak untuk mendapat kemudahan rawatan terhadap sebarang
kecederaan dan hak ini tidak boleh disangkal oleh majikan

KEPENTINGAN OSHA KEPADA PEKERJA SERTA TANGGUNGJAWAB MAJIKAN KEPADA


PEKERJA

TANGGUNGJAWAB PEKERJA

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja :

Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan
orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.

Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan
apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu
melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau
pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa
risiko kepada keselamatan dan kesihatnnya.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan,kesihatan dan
kebajikan para pekerja semasa bekerja:

Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat praktik,
selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.

Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan
risiko.

Pengadaan, maklumat, arahan , latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu


untuk memastikan setakat yang praktik , keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang
sedang bekerja.

KESIMPULAN

Setiap organisasi di Malaysia perlu mengambil kira isu keselamatan dan kesihatan
dalam mengendalikan urusan peniagaan mereka. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan
sebenarnya merupakan satu pelaburan positif yang menguntungkan dalam tempoh jangka
masa panjang dan bukannya pembaziran atau kerugian yang akan ditanggung oleh organisasi.
Jika berlaku kemalangan yang boleh menyebabkan kematian dan kecederaan, ianya lebih
merugikan dan memberikan tekanan kepada organisasi.
Setiap organisasi juga perlu mewajibkan setiap pekerja untuk mengikuti program
latiahan keselamatan dan kesihatan. Selain daripada itu, badan pemantau OSHA pula perlu
memastikan setiap organisasi di dalam Malaysia menyediakan dan memberi program latihan
berkaitan dengan maklumat tentang kepentingan OSHA kepada setiap pekerjanya. Hal ini
kerana program-program ini berkemungkinan dapat membantu pihak organisasi atau pekerja.
Jika tidak mampu untuk menghalang 100%, namun sekurang-kurangnya ia dapat
mengurangkan kemalangan tersebut. Setiap program latihan terbabit perlu sentiasa
dipertingkatan dan perlu adanya penambahbaikan dari tahun ke tahun.

RUJUKAN
http://zainipmm.blogspot.my/p/bab-1.html

http://osnhp.blogspot.my/2011/04/prinsip-perangkaan-akta-kesihatan-dan.html
http://muzulsolutions.com.my/?p=95
http://chekguzaidi.blogspot.my/2011/08/akta-keselamatan-dan-kesihatan.html

You might also like