Kertas Kerja Pameran Dan Ceramah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Tahun 2015

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

DOKUMENTASI

PROGRAM ALAM SEKITAR


KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) &
PERSATUAN GEOGRAFI & PELANCONGAN
Serta sarana ibu bapa

PAMERAN DAN CERAMAH OLEH


PERBADANAN PENGURUSAN SISA
PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
(PPSPPA)
TARIKH : 4 FEBRUARI 2015
HARI
: RABU
MASA
: 2.30 ptg 4.15 ptg
ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM
SMK DHARMA
1.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
Program ini adalah merupakan program yang telah dirancang oleh Unit
Kokurikulum SMK Dharma bagi salah satu daripada Aktiviti Kadet Remaja Sekolah

(KRS) & Persatuan Geografi & Pelancongan pada tahun ini. Program ini diatur
untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana perkhidmatan pengurusan
sisa pepejal dan pembersihan awam dilakukan.

2.0

NAMA PROGRAM

Program Alam Sekitar Kadet Remaja Sekolah (KRS) dengan kerjasama Persatuan
Geografi & Pelancongan
Pameran Dan Ceramah Oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan
Awam (PPSPPA)

3.0

TEMPAT

Makmal Komputer SMK Dharma


KM 10, Jalan Puchong,
58200 Kuala Lumpur.

4.0

TARIKH / MASA

4 FEBRUARI 2015 / 2.30 PETANG 4.15 PETANG

5.0

MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada semua pelajar dan guru
berkenaan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

6.0

SASARAN

Semua Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3

7.0

SUMBER TENAGA
a)
b)
c)
d)
e)

8.0

Pn.Hj Hasimah Binti Zakaria (Penolong Kanan Kokurikulum)


Pn.Norashila Binti Abd Rashid
Pn.Norhayati Binti Abd Malek
En. Mohd Hanif Bin Adnan
Guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan program ini.

ANGGARAN PERBELANJAAN
a. Cenderahati

= RM 120.00 (Peruntukan BKK)

JUMLAH

= RM 120.00

9.0 ATURCARA PROGRAM

1.50 PTG 2.15 PTG

- Penyusunan Kerusi Dalam Makmal Komputer

2.30 PTG 3.45 PTG

Ceramah dan Pameran

3.45 PTG 4.00 PTG

- Sesi Soalan Kuiz

4.00 PTG 4.15 PTG

Penyusunan Semula Kerusi Dalam Kelas

4.15

- Bersurai

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM ALAM SEKITAR KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


DENGAN KERJASAMA PERSATUAN GEOGRAFI & PELANCONGAN
PAMERAN DAN CERAMAH OLEH PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL &
PEMBERSIHAN AWAM
TARIKH : 4 FEBRUARI 2015
HARI : RABU

Pengerusi : Pn.Hjh Latifah Binti Mohd Yusof


Naib Pengerusi 1 : Pn.Hjh Hasimah Binti Zakaria
Setiausaha : Pn.Norashila Binti Abd Rashid

Jawatankuasa Kertas Kerja / Program


1. Pn.Norashila Binti Abd Rashid
Jawatankuasa Persediaan Tempat
1. Ceramah Pn.Norhayati Binti Abd Malek
2. Pameran En.Mohd Hanif Bin Adnan
Jawatankuasa Penyediaan Sijil
1. Pn.Norashila Binti Abd Rashid
Juru Acara
1. Pn.Norhayati Binti Abd Malek
Dokumentasi
1. Pn.Norashila Binti Abd Rashid

LAPORAN PROGRAM ALAM SEKITAR KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) &


PERSATUAN GEOGRAFI & PELANCONGAN
Pada 4 Februari 2015 iaitu pada hari Rabu telah diadakan Program
Alam Sekitar Kadet Remaja Sekolah (KRS). Program ini telah dianjurkan
oleh Unit Kokurikulum SMK Dharma dengan kerjasama Persatuan Geografi
& Pelancongan telah menjemput pegawai
daripada
Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) yang beribu
pejabat di Wisma UOA Pantai memberikan ceramah dan pameran berkenaan
dengan program dan perkhidmatan serta bidang tugas yang dilakukan oleh
pihak PPSPPA.
Pihak PPSPPA telah hadir seramai 3 orang di mana 2 orang pegawai
menguruskan pameran dan memberikan bantuan apabila perlu manakala 1
orang pegawai telah menyampaikan ceramah.
Sesi ceramah juga berjalan dengan baik di mana penyampaian
penceramah berjaya menarik perhatian pelajar tentang bagaimana
pengurusan sisa pepejal iaitu sampah dilupuskan oleh perbadanan ini serta
apakah kesan yang akan berlaku apabila pengurusan sisa pepejal tidak
sistematik. Penceramah juga menyeru agar pihak sekolah menubuhkan Kelab
Kitar Semula agar amalan kitar semula dapat dipupuk sedari alam
persekolahan lagi kepada semua pelajar.
Selepas 2 hari ceramah dan pameran berlangsung pihak sekolah telah
didatangi semula oleh pegawai PPSPPA dengan membawa bersama kotak
kitar semula. Menurut pegawai tersebut kebetulan selepas pulang
memberikan ceramah di sekolah ini mereka telah menerima kotak kitar
semula. Justeru tanpa teragak-agak mereka telah menghantar kotak
tersebut ke sekolah.
Pihak sekolah telah mengadakan perasmian penggunaan kotak kitar
semula tersebut di tapak perhimpunan dengan dirasmikan oleh Pn. Pengetua
iaitu Pn.Hjh Latifah pada hari Isnin 9 Februari 2015. Pn.Hjh.Hasimah selaku
Penolong Kanan Kokurikulum telah memberikan taklimat berkenaan dengan
penggunaan kotak kitar semula tersebut. Kotak kitar semula yang dihantar
ke sekolah adalah terdiri daripada kotak bagi pembuangan barangan
aluminium/tetrapak, kotak pembuangan barangan plastik dan kotak
pembuangan barangan yang berunsurkan kertas. Pihak sekolah berharap
semua pelajar dan kakitangan sekolah dapat memanafaatkan penggunaan
kotak ini dengan baik. Hasil daripada kutipan barangan tersebut akan dijual
kepada pihak yang dikenalpasti dan kutipan wang yang diterima akan
digunakan untuk membantu program sekolah.

Secara keseluruhannya ceramah dan pameran ini sangat berguna dan


bermanfaat untuk semua pelajar. Untuk menjadikan pengetahuan lebih
bermanfaat dan mendalam pihak PPSPPA telah menjemput pihak sekolah
untuk mengadakan lawatan sendiri ke PPSPPA untuk mendapat penjelasan
yang lebih bekenaan dengan perbadanan ini.
DISEDIAKAN OLEH:

DISAHKAN OLEH:

..

---------------------

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM

Program ini merupakan sebuah program yang memberikan maklumat


yang berguna kepada semua pelajar. Pihak sekolah berharap akan terjalin
lagi kerjasama di antara pihak PPSPPA dengan pihak sekolah.
Cadangan program adalah dengan menjemput pihak PPSPPA hadir ke
sekolah menunjukkan demonstrasi menggunakan bahan terbuang untuk
dijadikan produk yang bermanafaat.
Cadangan seterusnya adalah dengan membuat demonstrasi
pembuatan baja kompos daripada sisa organik domestik. Objektif
pengkomposan adalah untuk mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang perlu
dilupuskan, mengubah bahan organik yang boleh mereput menjadi bahan
yang stabil serta menyediakan nutrien yang boleh menyuburkan tanah.

LAMPIRAN
GAMBAR

Lampiran Surat
Jemputan Pameran dan
Ceramah

KERTAS KERJA
PAMERAN DAN CERAMAH
OLEH

PERBADANAN PENGURUSAN
SISA PEPEJAL & PEMBERSIHAN
AWAM
(PPSPPA)

You might also like