Air Asia

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

MPU3123

OUM BUSINESS SCHOOL

MAY / 2016

MPU 3113
HUBUNGAN ETNIK

NO. MATRIKULASI

881226495214001

NO. KAD PENGNEALAN

881226495214

NO. TELEFON

0178338157

E-MEL

sitinawal@oum.edu.my

MPU3123

PUSAT PEMBELAJARAN

TAWAU, SABAH

MPU3123

Malaysia merupakan nama yang tidak asing lagi di pentas dunia


kerana keunikannya dengan pelbagai masyarakat yang berbilang bangsa,etnik,dan agama.
Kesemua masyarakat ini hidup dengan aman dan damai walaupun mempunyai pelbagai
perbezaan dari semua sudut. Keitimewaan ini telah lama bertapak di Malaysia sejak
zaman Malaya lagi dan pembentukan Malaysia pada 16 september 1969,tanah melayu
digantikan dengan nama Malaysia. Keadaan ini juga merupakan kesan daripada
penjajahan Negara asing dan budaya luar yang agak lama bertapak di tanah melayu pada
ketika dahulu. 31 ogos 1957 merupakan tarikh keramat bagi Malaysia kerana telah
Berjaya bebas dari cengkaman penjajah sepenuhnya, namun begitu tidak dapat di elakkan
hubungan yang baik juga telah terjalin melalui perkahwinan campur. Seperti yang kita
sedia maklum Malaysia mengecapi kemerdekaan dalam jangka masa yang agak panjang
dan membolehkan rakyat Malaysia membentuk kerajaan mengikut acuan sendiri. Tiga
kaum terbesar terdapat di Malaysia iaitu melayu (termasuk masyarakat pribumi di
semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ), Cina juga India. Kepelbagaian kaum,suku
dan kepercayaan terjalin dan wujud disebabkan berlakunya proses migrasi, perdagangan,
hubungan diplomatik dan perkahwinan. Situasi ini secara lansung mewujudkan
perkongsian yang sihat di antara masyarakat di Malaysia dalam apa juga yang boleh
dikongsikan. Malahan tidak dinafikan masyarkat berlainan fahaman, budaya dan
kehidupan saling hormat menghormati sehingga keamanan penduduk dapat dikekalkan
dengan lebih baik. Pembentukan Malaysia jelas diiringi oleh masyarakat majmuk yang
seterusnya melahirkan generasi yang sudah biasa berkongsi pelbagai keadaan, sumber
dan apa sahaja keistimewaan di Malaysia, oleh itu kemajmukan masyarakat Malaysia
menjadikan Negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Asimilasi bangsa juga turut
berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk Malaysia mempunyai
darah kacukan melayu-arab, melayu-india, melayu-cina, dan lain-lain. Corak masyarakat
Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang
berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. J.S.Furnivall merupakan orang pertama
yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia
dan Burma. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang
sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan
mereka amat berkurangan dalam hubungan mereka yang terbatas kepada hal ekonomi
2

MPU3123

dalam jual beli. Kedatangan masyarakat melayu ke tanah melayu akhirnya telah
membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba dan Nyonya dan cina muslim. Wujudnya
golongan baru ini membawa kepelbagaian dan menambah lagi kemajmukan masyarakat
di Malaysia dan menggambarkan keunikannya kepada masyarakat luar. Kestabilan
ekonomi dan politik merupakan asas kepada perpaduan yang dikecapi pada hari ini perlu
dihargai agar terus dirasai oleh generasi yang akan datang.

Masyarakat majmuk di Malaysia memberi kesan yang amat ketara kepada


kehidupan harian masyarakat tidak kisahlah dari segi makanan, alat-alat digunakan ketika
makan, bermain alat muzik, perayaan, juga lain-lain. Jika dilihat dengan mata kasar
terdapat banyak restoran juga tempat makan yang di sediakan mengikut cara masingmasing yang menarik selera dan keinginan semua masyarakat. Sebagai contoh,
penyediaan makan seperti nasi yang beralaskan daun pisang yang mana situasi ini
merupakan cara orang india menyediakan makanan dalam adat meraka, namun
peneydiaan ini diterima oleh semua masyarkat. Bukan itu sahaja penggunaan alat
chopstick daripada buluh malahan lebih moden telah dihasilkan daripada pelbagai sumber
iaitu plastic dan besi turut digunakan oleh semua masyarakat hari ini, seperti yang kita
tahu alat ini digunakan oleh masyarakat cina ketika makan namun ia diterima dan diguna
pakai oleh semua masyarakat.bukan itu sahaja malahan restoran india seperti mamak
cafeteria, kopitiam, dan warung di datangai oleh semua masyarakat pelbagai kaum hanya
perlu menjaga sedikit sensitiviti agama bagi orang islam yang sangat mementingkan logo
halal, seterusnya tidak akan menjadi masalah jika keadaan ini di ambil kira malahan di
Malaysia pelbagai kaum boleh duduk bersama untuk menikmati juadah bersama dengan
selesa. Begitu juga dengan nasi lemak yang sememangnya amat popular disediakan oleh
etnik melayu malahan ianya milik orang melayu namun begitu semua etik dan
masyarakat di Malaysia menjadikannya makanan yang sering di makan sehingga tiada
istilah nasi lemak milik melayu tetapi ianya milik semua.Berlainan pula dengan aktiviti
budaya seperti kenduri perkahwinan yang mana kebanyakan perkahwinan dipengaruhi
oleh budaya lain walaupun tiada dalam budaya itu sendiri contoh majlis berinai yang kini
semakin dilakukan oleh masyarakat melayu, ini jelas menunjukkan budaya kaum india
3

MPU3123

mempengaruhi sedikit sebanyak terhadap masyarakat melayu. Baju tradisonal juga turut
digunakan oleh semua suku kaum dan bangsa apabila bertandang ke majlis-majlis
tertentu. Kadangkala sesetenga majlis memerlukan latar muzik untuk menghidupkan
suasana, dalam pada itu pelbagai alat muzik pelbagai kaum dan etnik digunakan juga di
gabungkan dalam apa juga aktiviti yang melibat kan muzik, contohnya muzik tradisional
zapin melayu yang kadang kala menggunakan alat muzik kaum india iaitu sitar. Justeru
itu kehidupan masyarakat di Malaysia dapat dilihat boleh berkongsi apa saja yang mereka
miliki bersama masyarakat lain yang selesa juga ringan untuk berkongsi untuk
kesejahteraan bersama.

Melalui pengalaman dan aktiviti harian pelbagai kaum dan etnik di


Malaysia ianya memberi banyak kesan positif terhadam kesejahteraan dan perpaduan
rakyat di Malaysia. Apabila segalanya boleh di kongsi bersama-sama tanpa mengira
warna kulit dan fahaman secara lansung dapat menyatukan semua rakyat majmuk di
Malaysia. Apa yang dapat di lihat di Negara Malaysia sejak dahulu lagi, perpaduan sudah
lama terjalin lebih-lebih lagi selepas Sabah dan Sarawak bersatu dengan tanah melayu.
Seperti yang menjadi buah mulut warga masyarakat di Asia Malaysia telah melahirkan
ramai pengarah dan penerbit filem yang berkebolehan dan menghasilkan sesuatu yang
amat berguna kepada Negara. Sebagai contoh satu rancangan kanak-kanak yang
sememangnya popular iaitu

anismasi Upin Ipin merupakan satu usaha yang amat

cemerlang dalam menyatu padukan masyarakat berbilang kaum. Dalam filem ini kartunis
dan penerbit menampilkan watak-watak pelbagai kaum yang sentiasa bekerjasama
menyelesaikan apa saja konflik kehidupan juga menjadi sahabat baik yang boleh di
contohi oleh semua golongan umur. Bukan itu sahaja malahan persefahaman mudah
terjalin apabila artis tanah air yang giat dalam industri bekerjasama dengan composer
serta pencipta lagu berlainan kaum, etnik dan bangsa. Perbezaan bangsa dan kaum bukan
penghalang kepada perpaduan masyarakat hari ini yang terbukti dengan indutri seni tanah
air. Penyanyi terkenal Malaysia iaitu Sheila hamzah yang berbangsa melayu turut
menyanyikan lagu dalam bahasa cina dan ternyata kaum tersebut amat menyukainya dan
rasa dihargai walaupun mereka berlainan fahaman, malahan artis tersebut meluaskan
4

MPU3123

bakatnya sehingga ke Negara china kerana minat dan permintaan yang banyak daripada
kaum itu sendiri. Melaluinya, hubungan yang baik secara lansung terus terjalin sehingga
ke generasi akan datang, ini kerana lagu yang dihasilkan akan sentiasa di dengarkan pada
bila-bila masa dan sepanjang zaman. Filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bukan sahaja
pula bukan sahaja menghiburkan dan tidak ditalan zaman malah memberikan pengajaran
yang cukup baik dalam penyatuan bangsa di Malaysia. Filem beliau dapat mempengaruhi
berbagai bangsa di Malaysia , malah amat sesuai jika dikatakan filem Allahyarham Tan
Sri P.Ramlee menepati slogan YAB perdana menteri Malaysia iaitu slogan Satu Malaysia.
Selain itu, pada akta pendidikan 1995 merupakan antara usaha untuk menjaga
keharmonian dan kesepaduan social di Negara ini. Akta ini memberi jaminan berkenaan
kesinambungan sekolah vernakular cina dan india di Negara ini. Serta kuasa mentteri
pelajaran untuk menutup sekolah vernacular juga dimansuhkan.tindakan ini memberikan
keyakinan bahawa survival pendidikan vernak
ular akan dipertahankan sebagai satu langkah dalam usaha menjaga kesepaduan
masyarakat melalui preses pendidikan. Daripada sudut agama pula Malaysia menjadikan
Islam sebagai agama rasmi seterusnya agama lain bebas menganut agama masing-masing
tanpa sebarang sekatan daripada mana-mana pihak. Bahasa melayu juga dijadikan bahasa
utama di Malaysia walaupun banyak lagi bahasa daripada kaum lain, ini jelas
menampakkan bawaha amalan harian masyarakat sangat bekerja sama antara satu sama
yang lain.

MPU3123

iii) gambar 1 : Pelajar berbilang kaum di institut pengajian tinggi

Berdasarkan contoh gambar di atas jelas menunjukkan bahawa saya dan rakan-rakan lain
dalam kelas sedang rancak berbincang antara satu sama lain mencari jalan penyelesaian
berkaitan dengan apa yang sedang di bincangkan. Walaupun jelas kelihatan rakan-rakan
lain adalah terdiri daripada bangsa dan suku lain namun tidak menjadi penghalang untuk
kami saling berinteraksi dengan selesa. Dalam keadaan ini terlihat hubungan yang saling
memerlukan diantara semua pelajar yang berlainan kaum kerana terdapat aktiviti
6

MPU3123

berkumpulan yang sentiasa dilakukan ketika preses pembelajaran di jalankan. Sepanjang


pembelajaran tidak pernah berlaku sebarang perselisihan faham malahan hubunga
sahabat terjalin dengan sempurna tanpa membangkitkan isu-isu sensitif.

iii)

Gambar 2 : perayaan hari raya aidilfittri di sambut di bersama pelbagai

bangsa

Perayaan aidilfitri disambut bersama rakan-rakan yang terdiri daripada


berbagai bangsa dalam etnik yang berbeza seperti bajau, suluk, bugis, dan lain-lain.
7

MPU3123

Melalui aktiviti ini jelas terbukti hubungan persahabatan diantara mereka terjalin dengan
baik malahan tiada masalah untuk bersama-sama menyambut hari raya aidilfitri bersama
untuk mengeratkan lagi silaturahim bersama.

MPU3123

iii) gambar rajah3: perkahwinan melayu majlis berinai


berdasar kan gambar rajah yang ketiga ,merupakan majlis berinai yang dibuat oleh suku
melayu-pakistan yang mengenakan busana lengkap kaum india. Pada saat ini semua
kaum keluarga turut mengenakan baju tradisi kaum india untuk bersama-sama
menyambut majlis berinai menantu dan anak mereka. Jelasla tiada masalah wujud jika
majlis kaum melayu mengenakan pakaian kaum lain malahan menjadikan suasana lebih
meriah. Rakan-rakan dari kaum dan suku yang berbeza turut berpeluang menggunakan
pakaian sedondon di majlis secara lansung mengeratkan dan menjadikan suasana lebih
warna warni.

Walaupun perpaduan dan keamanan sentiasa terjalin dengan jayanya di


Malaysia namun begitu masyarakat harus terus menerapkan nilai-nilai murni di dalam
anak-anak muda generasi kini kerana ianya akan lebih membantu meneruskan keadaan
yang harmoni ini. Usaha ini boleh di lakukan dengan awalnya oleh ibu bapa, yang mana
mereka ialah insan yang paling dekat dengan anak-anak yang hidup dengan pelbagai
kemajuan dalam teknologi dan pergaulan yang luasa dalam mencari ilmu. Apabila anakanak sudah mahir berbahsa asing makan ibu bapa haruslah rajin memberi peringatan
kepada anak-anak agar terus menjaga perbatasan dalam pergaulan agarv tahu menjaga
sensitivity ketika berkomunikasi dengan orang lain. Nilai-nilai permuafakatan hendaklah
didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka
dapat berkembang dengan sempurna. Seterusnya, institusi-institusi

pendidikan perlu

bertangungjawap menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang


kaum. Antara langkah yang boleh di ambil adalah dengan memberikan kerja-kerja
berkumpula. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara
berkumpulan

dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains,

persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah. Pada masa yang sama juga,
rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan
provokasi kaum. Walaupun hakikatnya rakyat Malaysia bebas menyuarakan apa sahaja
9

MPU3123

pendapat, namun begitu mereka haruslah tidak mengambil kesempatan

dengan

mencetuskan isu-isu sensitive dan kontroversi yang dapat merosakkan muhibbah dan
perpaduan. Pihak media juga, tidak kira stesen radio, television, perfilemen, dan seni
muzik haruslah lebih banyak menyiarkan rancangan dan kesenian Negara yang
memberikan kesan positif terhadap masyarakat berbilang kaum di Malaysia agar mereka
lebih peka dengan situasi ini dan memberi tumpuan yang serius untuk menerapkan nilainilai perpaduan dalam diri masing-masing. Selain itu juga, rumah terbuka yang diadakan
pada hari perayaan apat mewujudkan perpaduan kaum di Negara kita. Rumah terbuka
bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan
tujuan untuk memupuk persefahaman. Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan
rakyat Malaysia dapat dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan
aktiviti yang sihat yang wajar mnjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga
boleh di sertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sebuah taman atau komuniti untuk
mengeratkan hubungan sesama kaum.

Gambar 4: perayaan tahun baru cina yang disambut setiap tahun di Malaysia

Perayaan di atas merupakan sambutan rumah terbuka tahun baru cina disambut bersama
pelbagai kaum. Ini membuktikan kesepaduan yang terjalin amat erat dan saling
menghormati. Perayaan ini di sambut bersama-sama dengan menggukan peralatan cina
10

MPU3123

ketika makan iaitu chopstik. Aktiviti ini sentiasa diadakan di Malaysia setiap tahun
musim perayaan samada hari raya aidilfitri mahupun deepavali. Keadaan ini menjadi salh
satu kebanggan Negara Malaysia kerapa dapat mengekalkan perpaduan sesama
masyarakat. Sehubungan dengan itu, tidak ada masalah yang wujud dalam berkongsi
perayaan bersama kaum lain yang turut hadir memeriahkan suasana.

Hubungan etnik sangat penting di dalam kehidupan bermasyarakat kerana


melalui perpaduan ini kita mampu menhgimbangkan keamanan yang berpanjangan
kepada Negara. Kegagalan mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi Negaranegara lain untuk menakluki Negara kita semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya
dan adat perlu belajar daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlansung
lebih dari seratus tahun tidak akan berulang. Pelbagai cabaran juga masalah yang tiba
tanpa diduga, justeru sesebuah Negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar
dapat mengharungi cabaran yang dating. Keupayaan sesebuah Negara mengharungi
cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan Negara berkenaan sebaris dengan
Negara-negara maju yang lain. Hal ini kerana, keamanan dan perpaduan yang tercapai
merupakan asas dan tiang utama sesebuah Negara untuk membentuk kecemerlangan
dalam bermasyarakat dan pelbagai masalah dapat dibendung dengan mudah kesan
daripada perpaduan yang kukuh.

11

MPU3123

12

MPU3123

3.
13

MPU3123

(Griffin, 2012)

14

You might also like