Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

model-model disiplin bilik darjah

1.0 PENGENALAN
Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar.
Profesion keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi.
Jika dulu guru hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid
tapi kini guru dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang
berilmu sejajar dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk
mengetahui serba serbi termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif.
Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang
bermadani untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani
murid-murid dan persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk
mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik
darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung
dari peringkat awal lagi melalui pendidikan di sekolah.
Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi
Tingkah laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts,
Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh
dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah
dengan lebih berkesan.
2.0 KONSEP DISIPLIN
Perkataan disiplin beraal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud
mengajar. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran
dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib.
(Kamus Dewan edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula
menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara
keterangannnya adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus
atau pada tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan
hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid. Dalam
konteks bilik darjah disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada
murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin
merupakan salah satu aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran. (Charles

2008) berpendapat disiplin bilik darjah adalah sebahagian daripada pengajaran yang
juga meliputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah juga termasuk
hubungan dengan ibu bapa murid. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat lima model
pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru
sekolah bagi membentuk bilk darjah yang kondusif.. Model-model tersebut ialah
Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model
Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin, Model Terapi Realiti
Glasser

You might also like